Wang caruman untuk isteri - cadangan yang patut dipraktikan
CADANGAN yang baik dan berfaedah tidak kira datangnya dari mana kena diberi perhatian, dinilai dan seterusnya dipraktikkan dan diterima pakai.
Dalam usaha untuk mencelik-hurufkan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. misalnya, baginda turut menggunakan khidmat tawanan perang bukan Islam untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis.
Demikian juga dengan seruan Wanita Gerakan supaya kerajaan mewujudkan satu skim caruman untuk isteri dengan mewajibkab suami membayar kepada isteri secara bulanan sebagai wang tanggungan wajib selain wang nafkah, patut diberi perhatian.
Ianya adalah satu seruan yang baik dan berfaedah sekiranya dipraktikkan walaupun ianya dibuat atas nama Wanita Gerakan.
Saya sependapat dengan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe bahawa cadangan itu sebagai langkah awal menjaga kepentingan kebajikan isteri sekiranya berlaku perceraian yang kini semakin meningkat dan membimbangkan.
Bagaimanapun kadar caruman hendaklah didasarkan kepada pendapatan bulanan suami dan tidak boleh diseragamkan supaya iaya tidak menjadi satu bebanan kepada kaum lelaki, sekali gus akan mewujudkan kelompok lelaki yang tidak mahu hidup beristeri kerana tidak mahu menanggung beban.
Paling khusus hendaklah diberikan kepada para isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa kerana sekiranya berlaku perceraian, golongan inilah yang terpaksa berdepan dengan penderitaan kerana tidak ada punca pendapatan.
Si suami pula hendaklah diberi hak untuk membatalkan caruman dan membatalkan hak untuk mendapatkan keseluruhan atau separuh dari jumlah caruman untuk isteri sekiranya berlaku perceraian kerana kerenah isteri sendiri.
Ertinya hanya isteri-isteri yang menjadi mangsa ketidak-bertanggujawaban suami sebagai ketua keluarga sahaja yang sepatutnya layak menerima skim berkenaan dan setiap caruman tidak boleh dimutlakkan sebagai hak isteri supaya isteri yang buat kerenah boleh dihilangkan hak mendapat hasil caruman
Sunday, December 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Satu cadangan yang bagus. Jangan bagi peluang kepada lelaki mempergunakan perempuan.
Suami haruslah memberi nafkah kepada isteri. Bukan isteri pulak beri nafkah pada suami, suami jadi dayus makan duit isteri.
Post a Comment