Saturday, December 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (895)

Jangan perjudikan hak istimewa Melayu kerana undi

SAYA amat bersetuju dengan pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia bahawa hak Melayu jangan cuba dicuit-cuit.


Yang jelas cuitan itu bukannya dilakukan oleh rakyat pelbagai kaum tetapi tetapi dilakukan oleh orang politik bagi memancing undi. Paling malangnya yang mencuit adalah di kalangan orang politik berbangsa Melayu sendiri.

Besar bahayanya jika cuitan hak Melayu semakin diketarakan kerana boleh menjadi suatu wabak dan sindrom yang mungkin sukar dibendung apabila bangsa lain tidak menghormati hak orang Melayu dan orang Melayu pula mahu mempetahankan hak mereka.

Sehubungan dengan itu, apa yang disuarakan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah itu perli diberi perhatian serius dan semua pihak kena segera mencuit hak Melayu, juga jangan memperjudikan hak Melayu semata-mata kerana undi.

Peranan orang politik adalah membina dan memelihara kesatu-paduan dan kesefahaman rakyat yang telah menerima hakikat hak masing-masing, bukannya diungkit apa yang tidapat patut diungkit.

Mungkin golongan yang sudah tua dan berpengalaman hidup masa sebelum merdeka, zaman darurat dan ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei akan melihat cuit yang dibuat bersifat bertujuan kepentingan politik oleh kalangan tertentu.

Tetapi bagaimana dengan golongan muda yang lahir dalam keadaan negara aman damai, yang tidak memhami dan mengkaji kepentingan kontrak sosial, pasti akan mudah terpengaruh dengan cuitan terhdap hak Melayu.

Justeru itu pihak berkuasa tidak sepatutnya membiarkan pihak-pihak yang mecuit hak Melayu terus dengan cuitan-cuitan mereka. Tindakan pembendungan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) patut digunakan sebelum retak menjadi belah, nasih menadi bubur dan stitukan nila merosakkan susu sebelanga.

2 comments:

tebing tinggi said...

Macam mana pehak berkuasa nak bertindak ,kerana pehak berkuasa "kerajaan yang ada sekarang" dari kalangan pemimpin UMNO sendiri GAHIRAH terdorong sama mengambil langkah untok meraih undi cina dan india .
kalau diperhatikan banyak dasar atau pendeketan dibuat kearah ini,secara tidak langsongnya menapikan kepentingan Melayu.

Melayu kena terima hakikat yang undi mereka tidak penting.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia

Cikgu Di said...

Salam buat tuan...
Dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia ini maka tolenrasi dan sosial kontrak sudah pun termaktud dalam perlembagaan cuma lagi kaedah dan perlaksanaan semasa oleh pemimpin yang perlu jelas dan
tegas.Strategi pentadbiran kerajaan bukanlah mudah dan omongan kosong. Ia perlu mengambil kira semua pihak. Dan ini dapat difahami melalui sejarah dan etika kerajaan. Jangan mudah tersumbat dengan emosi dan daya politik singkat yang mengambil mudah atas kautan undi semata-mata.Keharmonian kaum hari ini adalah perjalanan rentetan yang dilahirkan oleh pemimpin dahulu yang dipersetujui bersama. Cuma hari ini mula pincang bila berlaku tuntutan antara kaum mula kehadapan yang kebetulan UMNO sebagai tunjang pemerintah agak berkurang sedikit undian dalam pilihanraya yang lepas maka lahirlah petualang yang cuba menguji kesabaran kaum Melayu. Dan keharmonian ini agaknya akan goyah jika kita tidak kembali kepada perpaduan sejati apatah lagi jika Melayu sudah mula mencurigai sesama sendiri dan mengambil langkap yang sumbang dalam mencari identiti bersama orang lain yang lebih dipercayai dari darah daging sendiri. Hakikat inilah yang perlu disedari.Jika kita yang menyala api maka yang terbakar bukan sahaja jari malah BUMI dan warisannya juga akan turut menjadi abu.Maka bukan mudah dengan hanya menuding jari dan melepas emosi tapi selamilah dunia politik hari ini yang ranjau dan onaknya dari bangsa sendiri....walahualam.