Tok Pengulu Kak Lah mengamuk sakan
Bakpo mu gila hambat orang gi umah cari aku, kata mcam2...dh aku fail dh cara mahkamah la....mmg mu malu muka mu sndiri.
Itu mesej yang diterima yang dihantar oleh bini saya pada 04:59:19pm, 06-12-2010 yang saya terpandang apabila saya semak telefon genggam saya selepas sembahyang Subuh pagi ini. Saya tak banyak bawa atau buka telefon kebelakangan ini.
Saya amat sedih dan terkilan dengan amukkan kata-kata kesatnya menyebabkan benteng kesabaran saya goyah. Ini adalah kerana saya tidak pernah hambat, arah, petut, minta, merayu atau apa-apa perlakuan yang seerti dengannya untuk berjumpa dan memujuknya supaya kembali kepada saya.
Malah dengan anak-anak pun saya tidak tanya tentang ibu mereka walaupun ada anak yang nampaknya bersikap tidak profesional, sering adakan pertemuan dengan ibu mereka tapi rahsiakan dari pengetahuan saya, malah ada bibit-bibit kebencian terhadap saya dan anak bongsu saya.
Macam mana pun saya tidak berkecil hati kerana lima dari anak saya membesar dalam didikan bini saya. Mahu tidak mahu mereka akan lebih mesra ibu dari saya sebagai bapa, mereka lebih memiripi sikap ibu mereka dari sikap saya.
Waktu itu saya sibuk dengan tugas-tugas kewartawanan, jarang ada di rumah dan tidak sempat untuk melihat pembesaran anak-anak. Pun begitu bila saya di rumah, saya yang banyak tukar lamping dan bedung perut anak-anak kecil masih kecil. Kebetulan saya sukakan budak-budak, khususnya budak lelaki.
Hanya anak yang bongsu membesar depan mata saya, bila celik mata dan mula memberikan senyuman suci seorang bayi, senyuman itu diberikan pada saya kerana saya yang membawakanya perahan susu ketika dia dalam inkubator. Dia yang lebih mesra dengan saya hingga kini.
Setakat ini saya tidak ambil tahu di mana bni saya tinggal, dengan siapa dia tinggal, sapa kawan rapatnya. Macam mana pula saya boleh dituduh hambat orang pergi rumah cari dia sedangkan saya tidak tahu di mana tempat tinggalnya.
Atas apa yang berlaku saya amat-amat dan tersangat-sangat dukacita. Orang yang pergi jumpa bini saya itu saya tidak tahu siapa dan ianya tidak pernah rujuk pada saya, apatah lagi minta keizinan saya. Bagi saya ini soal saya dengan bini saya. Tindakannya itu boleh memburukkan lagi keadaan.
Saya tidak tahu dia pergi atas kapasiti apa dan apa tujuannya, sama ada tujuan baik atau tujuan sebaliknya. Ke rumah mana orang tu pergi pun saya tak pasti.
Saya sendiri telah menyerahkan kepada Allah sepenuhnya kes saya - HASBIYALLAHU-NIKMATIL-WAKIL. Saya benar-benar yakin Allah akan uruskan dengan paling adil untuk saya dan untuk bini saya. Pengadilan Allah lebih tulen berbanding dengan pengadilan yang dibuat oleh sesama manusia, termasuk oleh mahkamah syariah.
Saya tulis melalui blog apa yang berlaku supaya orang parti dan mereka yang ada kepentingan dengan tugasnya sebagai penghulu wanita atau aktivitis Pas tidak lagi datang ke rumah mencarinya kerana susah untuk saya beri jawapan.
Bila dikatakan tak ada di rumah, akan ditanya pula pukul berapa baru ada. Bila diberitahu dia sudah tidak duduk di rumah ni lagi, akan ditanya pula dia duduk di mana. Bila saya kata tak tahu, saya pula dimarahi: tok llaki apa bini tak tau pergi ke mana.
Saya telan dengan rasa syukur bila bini labelkan saya dengan dayus, tak tau malu, takdok harga diri, tidak ada maruah dan kata-kata kesat yang lain yang barangkali kalau 'tok imam Masjid Mekah' pun yang menerima ucapan begitu, pasti bininya akan berpinar biji mata makan penampar tawar.
Saya anggap apa yang keluar dari mulutnya adalah bahasa-bahasa syaitan dan iblis dan saya membalasnya dengan doa supaya dia berhenti dari terus berada dibawah pengaruh syaitan dan iblis demi untuk selamatkannya dari api neraka. Lagi pun saya seorang penulis, saya hanya boleh menulis untuk membalas hujah tetapi tidak mampu berbahas secara lisan.
Bila berdepan dengan sesiapa, saya akan lebih banyak berdiam diri. Saya tidak dianugerahkan kebolehan berhujah di samping saya tidak ada latihan untuk jadi penghujah. Kerana itulah barangkali saya kurang berminat berparti politik yang memerlukan kebijaksanaan bermain lidah.
Dalam pada itu saya catat melalui blog untuk memberi peringatan kepada kaum lelaki bahawa dengan beristerikan muslimat Pas atau bakal beristerikan muslimat Pas, jangan harap akan menerima layanan sebagaimana isteri Rasulullah s.a.w. dan isteri para sahabat memberi layanan kepada suami masing-masing.
Di sebalik label muslimat dan pakaian kononnya tutup aurat, ada mulut dan perut muslimat Pasbyang lebih busuk dari mulut dan perut Puteri Umno atau wanita Umno, malah lebih busuk dari mulut dan perut wanita MCA dan MIC.
Kalau nak layanan bayangan bini Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, pilihlah gadis atau janda di kalangan tahfizah atau lepas sekolah agama dan sekolah pondok di Selatan Thai atau pun wanita Thai yang diIslamlan. Mereka akan mandikan suami, malah segala bulu gemulu akan dicukur dan segala kekotoran akan dibersihkan.
Mereka akan benar-benar memperhambakan diri sebagai isteri dan sentiasa merendahkan suara dengan suami walaupun bukan muslimat Pas dan tidak ditarbiyah oleh Pas yang kononnya parti yang perjuangannya berlandaskan Islam.
Semuga selepas ini tidak akan ada sesiapa lagi 'membeli kerja' berjumpa bini saya berhubung dengan kes saya. Saya lebih tahu betapa kerasnya hati bini saya, malah bila ditelefon anak dalam kesakitan dan memerlukan kehadirannya, saya dituduh guna anak supaya dia kembali kepada saya kerana saya tahu dia berada dalam kelompok manusia yang sentiasa bersepsi dan bersangka buruk pada orang lain yang bukan di kalangan jamaahnya.
Monday, December 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
bosa weh kawe duk baca pasal bini mu ni,ikut dia la weh,mu cari tino lain la....mu xada komen ko pasal kuli dgn sultan mahammad V ni,aku buka blog mu sebab nak tau pasal komen mu,ko mu tak berani tulis dah pasal tuanku?
li kawe bimbe dgn demo nih, takut timbul balek perangai mu jaman mudo ,
kawe tau mu beso tetak org jaman2 mudo dulu, kawe tau mun jenih tak make saman,
minta bersabar li, tuhan tetap bersama dgn org hok sabar,
sabar dgn org hijau,
jange pening kalu ore hijau jupo mu,
buang tohok setanmu jame dulu tu,
sbb aku beso sangat dgn org biaso tetak ore ni,
w/pun dah lama dah insaf tapi kalu silap haribulan klewe lama diasah semula,
sabar2.
Baso menate Anymous sekor ni jenih baso bengo. Hok jenis lagu nidok raso mudah makan pukulan 6/9 puak-puak Li kawe. Tapi demo keno soba Li, demo tua doh.
Kawe ingat lagi lagu mano Li kawe dengan puak-puak dia boleh bertimbuk 5 lawan belas-belas orang di stesen Pas Tanah Merah, lagu mana polis pun kena gocoh tempat Dikir Barat di Tok Uban.
Dia pun jenis beso gi tarik orang atas rumah selam air sampai lembek. Pernah ketua pasukan nak bertetak dengan puak-puak Kakampung Sipol dekat keretapi keh gu dia berebut betina. Ttekoh dia jjadi ore molek, jangan duduk teben kosek la wei.
Dia kata doh, dia tulis kes dia penulis, dia nak jawab dengan lisan tokleh. dia tak reti.
Yang ada orang dok gi cari bini dia, gi kata macam-macam sedangkan Li kawe tak suruh tu bakpo. Pah bini dia dok kato Li kawe suruh, walhal dia tak ambik ddoli pun bini nak gi mmano, nak berkendak dengan sapo, mugo dia kato bagi dia bini dia mati doh, dia semayan mayat (ghaib)doh 'kan. Tak kan tak rei lagi.
Yang ore parti dan ore ado kerja dengan urusan tok ngulu gi lagi dumah dia bakpo? Boktan bini dia ore partilah yang jadi ada velue story ke begapo mugo, kawe bukan wartawan kawe tok reti istilah orang menulis ni.
Kalau bini dia bukan ore parti dan dia bukan orang menulis, bokali 400 kali gi rumah mahkamah syariah takdok sapo tau.
Kalu Anymous jenih baso bengo tak tebulah, dia tentu nampak sebelum posting yang dia kata bosa weh baco tu, Li kawe ada tulis pasal komen Ku Li. Tok baco ke?
Salam buat tuan...
Sebagai penulis dan blogger saya faham situasi tuan. Melalui penulisan, sekurang-kurangnya tuan dapat melepaskan perasaan yang terhimpit dan sekaligus menjelaskan keadaan sebenar tentang perkara yang terjadi. Kepada penjenguk yang kurang senang dengan situasi berlaku seharusnya janganlah menambah andaian yang bukan-bukan kerana naluri dan perasan manusia jarang benar dapat bersabar dengan keadaan tersebut.Bukannya simpati yang perlu ditunjukkan tapi seakan senang dengan penderitaan orang lain...maka inilah satu sikap dan sifat yang tak seharusnya ada pada insan yang mempunyai hati dan naluri....Semoga Tuhan menjauhkan saya,tuan serta penjenguk bloger yang ikhlas terjauh dari sifat yang seburuk itu....amin
Bang li,
Tokoh maal hijrah kelate tahun ni..TGNA. Apa komen bang li?..sesuaikah atau tak sesuaikah? kalau tengok pada sumbangan selama 20 tahun TGNA jadi MB yg bang li tulis...yillek!! habis tu macamana jadi tokoh?..kerja ampu sana ampu sini panel pemilih ke????...
oh...maaf meli,kawe tak perasan pasal komen demo hok ku li tu,sebab kawe buka je blog demo,mesti je pasal bini demo...tu kawe tak tgk hok posting lain,serabut jah duk baca,mujo org lati ada sebut,
buat org lati,terima kasih la,tapi demo kecek molik la skit...nak tegur org tu ok la,tapi klu tak xkena caro gak,marah ko org,demo gebeba staro mana pun,mati juga....so xleh ko kecek molik,tegur org molik,baru xbalah,baru tak ngocoh.
p/s:xperlu kata org bengo ko gapo,just ckp je
"buat anonymous yg kata bosa baca pasal bini...li kawe dah ada tulis posting pasal kuli sblum posting ini,sila demo rujuk smula"
Kawe minta maaf la. Kawe kalu orang lembut kawe pun lembut. Boleh mati kkaki kata orang.
Dekpon caro demo tulis napak agah...kawe tokleh dengan orang agah, kawe pun agah getek la.
Li tu sebenarnya worih kawe. Muloh ayah dia dengan Muloh ayah kawe sepupu. Kiro kawe dengan dia dekat lagi la. Bini dia tu pun ada pertalian juga kot alik mak kawe dengan gemula che dua, Pakdo Arun. Tapi jauh sikit la.
Kawe tahu baka dan asal usul kedua-dua laki bini ni. Sebab tu kalu Li kena niaya atau pun Melah bini dia kena niaya kawe pun terasa jugak.
Li ni dia jenih takpo belako. Kalu muloh ayah dia, mudah benar bercerai berai ni. Kalau tak silap kawe gat mulah ayah kawe royat, bini gemulah ayah Li kurang so 40.
Pah ko Merapoh Pahang nun bekas bini dia ada.
Mugo dia orang bengkeng. Nnikoh seminggu pun ccerai, ada hak dua hari ccerai. Ratan ni kawe tabik dengan Li. Dia tak menurun.
Tapi benkeng tu kawe tau dia ada menurun. Gemulah ayah dia ni zaman muda banyak masuk jel dari duduk luar, kes katak orang. Hak banyak kes tolong gu-gu.
Bila dah tua dan bila berbini di Kampung Apam baru gemulah ni jadi molek, muga asal dia mengaji pondok, di Pondok Lati. Bini dia yang terakhir, mak tiri Li, Maksu Lijah banyak membantu menyedarkan dia untuk tinggalkan cara hidup lama, tapi bengkengnya tetap ada.
Dia jadi broker kereta ggalo... ssaloh drebar silap janji nyo katak selalu. Pas gat kelik dumo suruh tok ttua/bini jual lembu bayar denda.
Kawe takut kalu serabut Li nyo jadi macam ayah dia masa mudo. ttekoh dia umur muda. Dia pun guna cara gemulah ayah dia, pantau dia dari jauh, kalau Li bbaloh dan tau Li dianaya, alamat kena batang langsat orang yang wat niaya oleh wakil gemulah ayah dia.
Feel Li dengan ayah dia sama...sama-sama tak kkecek banyak...banyak senyum dan tersengih. Dalam senyum dan sengih tu lah dia katak. Li anak tunggal gemulah ni.
Kawe ada jjupo Li dengan gu dia duk make Mi udang Lemal. Kawe tanya lagu mano lloni. Dia kata serupo sekalo. Bila tanya pasal Melah, dia royat tok kelik lamo doh. Tu la kawe tau tu.
Dia kato setiap pergerakkan bini dia...dia tau...cuma dia toksir ambik ddoli lagi. Yang sohnyo dia marah ko parti. Kawe tau Li kawe tu orang Pas, ayah dia orang Pas, Paksu Deroman Pak Saudara dia mati masa Pas kalah tahun 1978 kerana terkejut. Kami anak beranak Pas belako.
Tok Latif tok Li pesan dah, anak cucu kena dok alik Pas. Li ni ada kaitan dengan gemulah Pakcu Hassan dan juga Tok Padang Jelapang. Masa gemulah Ustaz Yusoff Abdullah, waris dan rakan sesekolah gemulah ayah Li masa ttande banyak minta tolong gemulah ni.
Sebab tu kalau ada yang kata Li orang Umno, kawe tak ccayo. Kalu dia kata dia tak sokong mana-mana parti kawe ccayo. Sebab tu kalau tak betul Umno pun dia tegur Pas pun dia tegur. Dia kata tak minat politik. Kalau mengundi dia pilih calon...bukan parti. Kalau parti molek tapi perangai calon tak molek, parti akan jadi tak molek. Itu pendiria Li yang kawan tau.
abe li..
bunyi kaba nik aziz sakit..yolo ko??
Kalau sakit pakat-pakatlah kita doa supaya dia cepat sembuh, jangan ikut feel perangainya, doa orang supaya pecah perut.
Allah akan terima doa-doa yang bertujuan dan berniat baik. Doa yang tidak baik akan menimpa balik ada batu jemala pendoa itu sendiri.
Semuga Tok Guru kembali sembuh, sihat macam anak muda umur 20-an yang hebat bersukan kerana beliau kena tengok sendiri dan dalam keadaan segar bugar dan penuh kewarasan kekalahan Pas di Kelantan dalam PRU-13.
Mari kita bakat-pakat doa dengan niat tulus ikhlas untuk kesihatan kalau benar dia sakit.
Bakpo mu gila hambat orang gi umah cari aku, kata mcam2...dh aku fail dh cara mahkamah la....mmg mu malu muka mu sndiri.
BETUL KE NI BAHASA YANG MUSLIMAT PAS KITA MESEJ PADA SUAMI DIA?
TINGGALKAN RUMAH, ABAIKAN SUAMI DAN ANAK-ANAK TAK MALU. BILA ADA ORANG NAK BERKIRA UNTUK PULIHKAN KEADAAN RUMAHTANGGA TANPA RUJUK KE SUAMINYA DULU BOLEH DIMAKI SUAMINYA MACAM TU?
INILAH PADAHNYA KALAU HAK TAK MENGAJI AGAMA PUN DILANTIK KE JAWATAN DALAM MUSLIMAH. PUNAH JAMAAH. LAIN KALI PIMPINAN KENA UTAMAKAN KUALITI DARI KUANTITI SUPAYA PARTI TIDAK DIKIFARAH.
ANA PUN TENGOK SI MAKHLUK NI NAIK BERBULU MATA. JANGOK SEMACAM. LEBIH HAD TIDAK NAMPAK CIRI-CIRI MUSLIMAH SEJATI. PERGAULAN DENGAN MUSLIMIN NAMPAK AGAK BEBAS.
ANA SEBAGAI MUSLIMAT AMAT MALU, MALAH RASA SELURUH MUSLIMAT IKUT TERPALUT DOSA KERANA PERBUATANNYA, APATAH LAGI BELUM BERCERAI DAH BERDAMPINGAN DENGAN LELAKI LAIN DAN BOLEH MENGAKU SUAMI DIA PULA. ANA YAKIN MUSLIMAT YANG TIDAK LAYAK BERGELAR MUSLIMAT INI AKAN DITIMPA BALA.
KALAU DENGAN SUAMI PUN BOLEH BUAT LAGU TU, DENGAN IBUBAPA PUN DIA TENTU DIA BOLEH BUAT. MAKNANYA ORANG MACAM NI BUKAN ASET UNTUK PARTI TETAPI LEBIH BERSIFAT TUBA, RACUN DAN BOM JANGKA.
DIA SEMACAM TAK TAU, MENUNTUT CERAI DARI SUAMI ADALAH DOSA BESAR. TAK TERCIUM BAU SYURGA. SELURUH MUSLIMAT, PEMUDA DAN MUSLIMUN PATUT JAUHI SPESIS MANUSIA JENIS INI KERANA IA AKAN JADI WABAK PENYAKIT YANG BOLEH MEREBAK DAN AKAN MEROSAKKAN MATLAMAT SEBENAR PERJUANGAN.
ANA BERHARAP SANGAT AGAR PIHAK PIMPINAN KENAKAN TINDAKAN DSPLIN TANPA KOMPROMI.
KENA ADA ROMBONGAN TEMUI SUAMINYA MOHON MAAF KALAU KERANA PAS MAKA ISERINYA JADI MACAM ITU. TAPI ANA YAKIN ITU ADALAH SIFAT DAN SIKAP SEMULA JADINYA. LATARBELAKANG KELUARGANYA JUGA PATUT DISELIDIK DENGAN TERPERINCI.
Saya amat bersetuju dengan Muslimat Pas Anti Kemungkaran, parti kita perlu dibersihkan dari elemen-elemen yang tidak sihat. Parti kena utamakan kualiti dari kuantiti. Ahli atau penjawat jawatan dalam parti yang boleh menjejaskan parti patut dinyahkan tanpa kompromi. Saya adalah penjengok setia blog Melikapakjangak dan pembaca setia buku-buku karya dan terbitan pengendalinya.Sebelumnya segala pandangannya banyak memberi kredit kepada Pas tetapi sekarang nampaknya sudah jauh berubah. Perubahan berlaku saya namoak dalam tahun 2000 ke mari.Pimpinan parti kena ambil perhatian kenapa keadaan itu berlaku. Sebagai seorang profesional, beliau tidak akan ubah haluan tanpa sebab-sebab yang munasabah. Banyak hujah, ramalan dan firsatnya tepat. Kesediaannya memaparkan kisah rumhatangganya walaupun boleh mengaibkannya pada saya mempunyai tujuan bahawa Pas kena betul-betul Pas yang bermatlamat berpolitik secara Islam. Keperibadian, moral dan maruah ahli semua peringkat, apatah lagi para muslimat yang terdedah kepada fitnah perlu benar-benar dijaga dan dipelihara supaya parti tidak terdedah kepada kemungkinan dikifarah. Paling penting setiap muslimat yang sudah berkahwin hendaklah mendapat keizinan suami untuk hadiri apa-apa aktiviti parti manakala yang belum berkahwin kena dapat keizinan ibubapa.Muslimat kena disedarkan bahawa syurga bagi seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami. Apa-apa pun suami dan anak-anak serta rumahtangan kena diutamakan, lepas tu baru parti. Manakala kalangan dewan pemuda dan muslimin pula hendaklah mengelak dari mengambil kesempatan menggoda para muslimat, lebih-lebih lagi yang sudah bersuami. Jangan ambil kesempatan dari mudah cairnya hati wanita untuk jual minyak. Kes pengelola blog dengan isterinya kalau tidak ditangani secara bijaksana bagi saya boleh membarahi parti kerana bukan mudah untuk melawan pengaruh penulis yang ada pengaruh dan pengikutnya yang bukan sedikit. Saya perhatikan, ekoran dari kes ini, beberapa kelemahan dalam Pas terdedah melalui komen pengunjung seperti kes kejahilan aktivitis tentang sembahyang jamak/qasar dan sujud sawi atau sujud tilawah. Kalau dibiarkan, pasti akan lebih banyak lagi kejadian serta kemungkaran yang boleh menjejaskan reputsai parti akan terdedah, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum akan datang.Saya setuju dengan Muslimat Pas Anti Kemungkaran, kena ada rombongan kepimpinan bertemu suami Penghulu Kak Lah mohon maaf kalau kerana Pas isterinya boleh mengeluarkan kata-kata kesat seperti berikut:
Bakpo mu gila hambat orang gi umah cari aku, kata mcam2...dh aku fail dh cara mahkamah la....mmg mu malu muka mu sndiri.
Kalau bini saya yang hemburkan kata-kata sebusuk itu, kalau tidak masuk hospital pun, pasti dalam tempoh seminggu tidak akan hilang biru saya tangankan. Muslimat yang tergamak mengeluarkan kata-kata sekesat itu pada suami, saya yakin tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama atau dididik oleh keluarga yang jahil atau pun ada masalah mental kronik. Muslimat dan Pas seluruhnya tidak patut dirosakkan imej oleh invidu yang tidak bermoral dan rosak akhlak.
Joostspring, untuk makluman demo, pemimpin PAS dan penyokong mereka sebenarnya mengamalkan kehidupan bercorak kepartian yg mengaku Islam. apapun dakwa mereka sebenarnya Islam dalam PAS adalah gincu semata-mata. tujuannya nak tarik perhatian orang. manakala amalan Islam sebenarnya telah dibelakangkan oleh puak-puak bernafsu dunia dan bertuankan harta ini. Cuma kelebihan puak ni ialah kebolehan mereka dok jaja dan lelong Islam. manakala ganjarannya Tok Garu dia wi jaminan masuk syurga cara mudah.
Bakpo mu gila hambat orang gi umah cari aku, kata mcam2...dh aku fail dh cara mahkamah la....mmg mu malu muka mu sndiri.
Manisnya bahasa. Jenih salah asuhan, salah tarbiyah. Muslimat Pas, HAMPAS.
Kalu pimpinan Pas duk buat ambik buat kira lagi gat muslimat lagi ni berat la. Berat bahasa hak nyo maki tok llaki.
Kalau boleh mengaku jantan lain tok llaki dia ketika dengan tok llaki hak ada masih tak ccerai lagi bera penat benarlah muslimat Pas.
Bila dan mengaku tok llaki gat, tak tau la lagu mana pergaulan keduanya. Minta jauhlah muslimat lagu ni mana-mana baka aku ssaloh kutip buat baka. Tak rela.
Takdok arah la Abe Li. Nasib demo. Sokmo pun ore sabar dan baik hari sering diuji. Banyak-banyak sabar deh. Ambo raso tak lamo bini Abe nyo timpa bbalo.
Mace dosa dengan makbapak juga, doso dengan tok llaki ni dibalas atas dunia lagi. Hak akhirat lagi berat.
Ayam lagu ni akhirnya ayam tak patuk itik tak sudu. Kalu Abe Li gelap mata nyo wi talak tiga, alamat gila talaq ayam lagu ni.
Inilah contoh Tok Ngulu yang ditarbiyah PAS. Berbeza dengan mereka yang ditarbiyah Islam. Tapi bagi puak pAS yang yang Tok Ngulu Melah buat betul sokmo. Sebab PAS sentiasa akan pertahan puak dia. Kecuali mereka yang faham Islam.Sama dengan Tok Garu dia. Apa yang puak PAS buat betul semua. Inilah nak kenal puak Asobiyyah yang ditolak Rasulullah SAW. Jangan ambik wat baka kalu bulih. Basa jenis ayam mata dene.
Post a Comment