Thursday, December 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (910)

Utamakan kepentingan kesihatan awam: boleh bendung sidrom doktor letak jawatan

WANG dan harta benda bagaikan bayang-bayang. Jika dikejar ia akan lari dan manusia yang tamak lagi haloba akan terus dalam keadaan berlari dan memburu kekayaan walaupun kekayaan sebenarnya bukan faktor pasak untuk kebahagiaan hidup.


Gara-gara memburu wang dan harta benda pastinya yang mendorong 884 orang doktor melepaskan jawatan dari perkhidmatan kerajaan dari tahun 2007 hingga bulan September tahun ini, yakni pada nisbah 221 orang setahun.

Untuk tempoh September tahun ini 197 orang doktor berhenti dari perkhidmatan kerajaan. Perangkaan mengikut tahun doktor berhenti berkhidmat dengan kerajaan ialah 167 orang doktor berhenti dari perkhidmatan kerajaan pada tahun 2007, seramai 203 pada tahun 2008 dan 217 pada tahun 2009.

Hakikat dan natijah yang tidak dapat ditolak, sidrom doktor menamatkan khidmat dengan kerajaan itu boleh melambatkan proses mengenapkan keperluan doktor demi kepentingan kesihatan umum.

Bagi yang tamatkan khidmat atas pelepasan dengan izin untuk berkhidmat dengan agensi kerajaan seperti universiti dan pihak berkuasa tempatan (PBT) barangkali boleh diterima kerana ianya tetap menyumbang ke arah memenuhi keperluan masyarakat.

Yang berhenti tetapi tidak berkhidmat dengan mana-mana agensi kerajaan yang menjadi persoalan kerana jumlah mereka agak ramai yakni 757 berbanding dengan hanya 127 yang berhenti sebagai doktor kerajaan dan memilih berkhidmat dengan universiti atau PBT.

Memang tidak dapat dinafikan, berbanding dengan khidmat sebagai doktor kerajaan, bertugas di hospital swasta atau membuka klinik sendiri lebih besar pendapatannya, malah tempoh masa bekerja juga boleh diatur dan tidak terikat dengan peraturan perkhidmatan jika membuka klinik sendiri.

Bagaimanapun sayugia diinat bahawa jumlah mereka yang kurang berkemampuan lebih ramai berbanding dengan mereka yang berkemampuan. Mereka yang tidak mampu tidak mungkin mampu membayar kenaan bayaran jika ke klinik swasta jseandainya sakit kerana RM25 bagi mereka barangkali sama nilainya dengan RM250, RM2500, RM25000, RM25000 atau RM2.5 juta.

Ikut peraturan, kerajaan tidak boleh halang kakitangannya, termasuk doktor melepaskan jawatan. Namun para doktor sendiri kena mengambil kira untuk apa sebenarnya mereka memilih menjadi doktor, untuk memberi khidmat pengubatan kepada yang memerulannya atau untuk wang dan harta benda.
Sepatutnya doktor utamakan kepentingan kesihatan umum, bukannya mengambil kesempatan memanipulasi kalangan yang sakit dan memerlukan pengubatan doktor untuk mengumpul kekayaan. Justeru itu sebelum menamatkan khidmat dengan kerajaan, para doktor ketika berfikir ribuan kali sebelum buat membuat keputusan.
Pihak kerajaan juga tidak patut hanya melihat dengan sayu tindakan doktor menamatkan khidmat, langkah proaktif bagi tujuan pembendungan perlu dilakukan.

Barangkali sindrom doktor letak jawatan boleh dibendung jika bagi doktor yang berkhidmat dengan kerajaan dikecualikan membayar balik pinjaman bagi menampung kos pengajian dan bayaran akan dipungut daripada mereka yang memilih berhenti dari perkhidmatan dengan kerajaan.

No comments: