Gara-gara Tandas dan berak merata, India rugi berbilion ringgit
LAPORAN Reuters dari New Delhi, India, baru-baru ini nampak kecil kerana ia hanya berkaitan dengan tandas dan berak merata-rata tetapi kesannya cukup besar kerana berkaitan dengan ekonomi sebuah negara.
Gara-gara kekurangan tandas dan cara hidup yang tidak bersih di negara itu, menyebabkan ianya kerugian berbilion ringgit.
Menurut laporan Reuters yang memetik kenyataan Bank Dunia, India sebagai negara kuasa besar ekonomi ketiga terbesar di Asia kerugian sebanyak RM169.3 bilion (AS$54 bilion) setiap tahun ekoran kurangan tandas dan cara hidup yang tidak bersih.
Ketua Program Air dan Sanitasis Selatan Asia bagi Bank Dunia, Christopher Juan Costaim, dipetik oleh Reuters sebagai berkata, sejak sedekad lalu Bank Dunia menyedari tentang kekurangan dan masalah sanitasi di India.
Ekoran dari itu berlaku kekerapan kematian bayi paramatang dan kos rawatan pesakit yang hanya merugikan masa serta melemahkan produktiviti selain dari turut melumpuhkan industri pelancongan.
India mengalami kemelesetan ekonomi dan kanak-kanak serta penduduk miskin hidup dalam keadaan sanitasi yang sangat teruk.
Masalah kesihatan yang dialami adalah punca utama berlakunya kemelesetan ekonomi di India. Sebanyak 450,000 kematian daripada 575 juta kes cirit-birit berlaku setiap tahun di negara berkenaan.
Masih ramai penduduk bandar dan luar bandar berak di merata-rata tempat, tidak mencuci tangan dan diselubungi perparitan yang sangat teruk dan daif.
Kes rawatan pesakit akibat penyakit cirit-birit, malaria, trakoma, cacing dalam usus dan kematian bayi pramatang menyebabkan India terpaksa berbelanja RM121.12 bilion (AS$38 bilon) setiap tahun.
Selebihnya kos sebanyak RM33.66 bilion (AS$10.7 bilon) adalah akibat dari kerugian masa yang banyak dihabiskan untuk mencari tandas awam serta terpaksa berak merata tempat berbanding jika seseorang itu mempunyai tandas sendiri yang bersih dan selesa di rumah.
Kurangan tandas di sekolah dan pejabat juga menjadi punca pelajar perempuan serta pekerja wanita tidak hadir atau ponteng sekolah dan pejabat kerana mereka rasa tidak selesa.
Apa yang berlaku di India itu patut dijadikan iktibar supayaan keadaan yang serupa tidak akan berlaku di negara kita kerana jika ianya berlaku, mahu tidak mahu akan menjejaskan ekonomi.
Penyediaan tandas yang sempurna di samping kerbersihannya terpelihara boleh membantu membendung kerugian kepada negara dari sudut perekonomian.
Thursday, December 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment