Tuesday, December 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (908)

Rampas kuasa: provokasi liar dan kurang ajar

TERLALU ghairah dan terlalu panjang angan-angan menjadikan pelbagai andaian dan provokasi dicipta tanpa mengambil kira kesan sampingannya kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Demikian juga dengan kenyataan Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa Barisan Nasional (BN) akan melakukan rampasan kuasa jika pakatan pembangkang memenani pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).

Kenyataan itu bersifat provokasi liar, kurang ajar terbit dari pemikiran serta khalayan cemar dan tidak menghormati demokrasi dan profesionalisme. Pemberi pendapat adalah spesis makhluk yang sangat merbahaya kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Mahfuz pada saya terbawa-bawa dengan khalayan dan mimpin yang tidak menjadi realiti projek 16/9 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya akan menumbankan kerajaan BN hasil pembelotan ahli-ahli parlimen dari BN, terutama dari Sabah.

Tidak hairan kalau Mahfuz sebagai antara tokoh Pas khayal dengan sedemikian rupaya kerana Pas sendiri sentiada dalam keadaan berkhayal, nak tumbangkan kerajaan walhal dalam sejarah pilihanraya negara ini, Pas tidak pernah letak calon dengan bilangan yang mencukupi untuknya membentuk kerajaan jika semua kerusi yang ditandingi dimenangi kesemuanya.

Saya yakin kenyataan Mahfuz itu akan menjadi anjalan yang mengehentam Pas sendiri dan akan mengakibatkan sokongan dan kecenderungan serta simpati rakyat sbagai pengundi terhadap parti itu akan terjejas oleh gara-gara sikap pimpinan yang menunjukkan sikap yang kurang cerdik.

Mahfuz dan rakan-rakan separti dan sepakatan patut berhenti dengan tanggapan dan persepsi bahawa rakyat selaku pengundi tidak matang dalam berpolitik menjadikan mereka mudah digula-gulakan dengan ugutan dan provokasi liar.

Rakyat sebenar cukp berpengalaman dan matang dan berpolitik dan dapat membuat penilaian parti politik mana yang patut mereka beri mandat dan mereka tidak akan mudah memperjudikan apa yang sedang dinikmati untuk mencuba kewjudkan keajaan baru yang belum tntu mampu menyamai rekod kecemerlangan kerajaan yang sedia ada, apatah lagi untuk mengatasinya.

Apa yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang pasti akan menyebabkan seluruh rakyat akan memberi majoriti yang lebih mantap dan utuh kepada kerajaan yang sedia ada dan menyebabkan pembankang kekal dengan angan-angan mat jenin mereka.

19 comments:

kukujariku said...

bila angan-angan lebih, mengampu pun lebih...hasilnya habuk pun tak da...

Cubaan said...

Bukankah Mahfuz Omar yang telah meminta kerajaan pada tahun 1997 supaya mengambil tindakan kepada Anwar Ibrahim kerana isu moralnya?

Hairan bin Takjub perangai pemimpin PAS yang seorang ni.

Raja Lawak said...

..huahahahahaha..tak kenal lagi ke siapa si Mahpus ni..dia adalah seorang pemimpin PAS yang berkelibar dan berpandangan jauuuuh..bakal Menteri Penerangan dalam kerajaan PR selepas PRU 13. Lulusan Uni Oxford dan rakan sekuliah dengan Mr Bean.

Anonymous said...

Maaflah kalau sebut. Mahpus tu lulus SPM je. So, tahap mikir dia pun camtu le... Jgn la dok harap lebih dari dia. Dia sendiri pun penjilat Anwar dan Ust Lim Kit Siang. Dok dalam PAS boleh lah title Ustaz. Kalau dok dalam UMNO nak jumpa dia dalam ghelung padi le. Kesian kat dia.

Anonymous said...

Sejarah politik Malaysia dan "rampas kuasa UMNO" selepas merdeka 1957..

Kerajaan negeri PAS Terengganu... melalui "tindakan SB & beli wakil rakyat" .... beralih kepada UMNO ...

Kerajaan negari PBS Sabah ... "berpindah" .. kepada UMNO ..

Pecubaan rampas kuasa kerajaan negeri kelantan selepas PRU11 2004 ...

Terkini,
Kerajaan negeri PAKATAN di Perak dibentuk selepas 8 Mac 2008 kemudian melalui "drama yang panjang" ditabalkan Zambry sebagai MB kerajaan negari baru BN .....

Apakah semua rakyat Malaysia hari terlalu bodoh sejarah dengan politik UMNO ini?

Kecuali pengampu2 UMNO yang merasakan mereka terlalu "cerdik & hebat lebih dari orang lain" yang suka merendah2kan orang lain yang bukan UMNO ....

Mahfuz walaupun tiada "sijil Universiti Penjajah" dan "fikrah politik sekular", tapi ada "tarbiah amal Islami" dan "fikrah politik Islam". Beliau mempunyai asas & fakta yang boleh dianalisis oleh semua rakyat & para penggundi terutama bila milih "pemimpin masa depan yang berkualiti" dalam PRU13 nanti.

En. Meli & gang tak payah lah hina kewibawaan & ketokohan orang lain jika pemimpin2 UMNO masih ditakok lama!

Anonymous said...

betul 3X

Anonymous said...

nak tanya abe meli,
kalu abe ada kemusykilan agama, pada sape yang abang nak rujuk nama-nama yang saya sebutkan ini.. NAJIB, MUHYIDIN, ANWAR IBRAHIM, NIK ABDUL AZIZ.. jawab jujur soalan nie sebelum soalan selanjutnya saya utarakan.. (Nanti abe meli dapat melihat siapa abe meli sebenarnya)

Anonymous said...

Abang Meli, kalu Abang Meli ada masalah dalam aspek pengurusan pentadbiran dan aspek ketenteraan serta strategi pemantapan ekonomi, kepada siapa yang akan Meli akan rujuk (bagi jawapan secara jujur) :

A - Nik Aziz
B - Dato' Sri Najib
C - Karpal Singh
D - Lim Kit Siang

melikapakjangak said...

Anonymous said...
nak tanya abe meli,
kalu abe ada kemusykilan agama, pada sape yang abang nak rujuk nama-nama yang saya sebutkan ini.. NAJIB, MUHYIDIN, ANWAR IBRAHIM, NIK ABDUL AZIZ.. jawab jujur soalan nie sebelum soalan selanjutnya saya utarakan.. (Nanti abe meli dapat melihat siapa abe meli sebenarnya)

December 16, 2010 12:44 AM

RUJUKAN MUTLAK SAYA ADALAH AL-QURAN DAN HADIS. SAYA TAK PERCAYA DENGAN ULAMAK PARTI POLITIK YANG BAGI SAYA TERDIRI DARI KALANGAN ULARRRRRRRRMAK, BUKAN ULAMAK. BIA ORANG AGAMA BERCAKAP TENTANG SESUATU ISU, SAYA AKAN SEPADANKAN DENGAN AL-QURAN DAN HADIS. KALAU SEPADAN SAYA TERIMA, KALAU TIDAK SAYA TOLAK WALAPUN SESEORANG ITU SERBANYA SEBESAR PUSU DAN EKOR SERBANNYA PANJANG 46 HASTA.
----------------------------------
Anonymous said...
Abang Meli, kalu Abang Meli ada masalah dalam aspek pengurusan pentadbiran dan aspek ketenteraan serta strategi pemantapan ekonomi, kepada siapa yang akan Meli akan rujuk (bagi jawapan secara jujur) :

A - Nik Aziz
B - Dato' Sri Najib
C - Karpal Singh
D - Lim Kit Siang

December 16, 2010 2:48 AM

SAYA TAK ADA MASALAH DALAM BIDANG BERKAITAN KERANA SAYA BUKAN ORANG PENTADBIRAN. SAYA AKAN MERUJUK KEPADA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT. RASULULLAH PEMIMPIN AGUNG TETAPI TIDAK KAYA, PARA SAHABATAN ASALNYA KAYA TETAPI BILA JADI KHALIFAH/PEMIMPIN HIDUP MEREKA JAUH LEBIH SESAK.

KALAU ADA PEMIMPIN YANG MENDAKWA MENTELADANI KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DAN PARA SAHABAT SEDANGKAN IANYA MENJADI KAYA BERBANDING SEBELUM JADI PEMIMPIN, BAGI SAYA IANYA PEMIMPIN TEMBERANG DAN MEMPERALATKAN ISLAM DAN MENIPU RAKYAT.

Anonymous said...

kemas molek jawapan abe li, tak ambik muka tu hok tike tanya tu.

Anonymous said...

kemas molek jawapan abe li, tak ambik muka tu hok tuke tanya tu. Cara jawab dan jawapan Abe Li amat sesuai dengan cara soalan ditanya dan jangkaan jawapan yang dikehendaki oleh tuke tanya. Tahniah abe li.

Anonymous said...

Setaro tuh ja lah tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen di Malaysia ni!!!!Sebelum buka mulut tak buat "homework" dulu.. Lepas tu lagu mana nak memerintah Malaysia? Bekecek hok asas pon yunggang langgang tepoh tiang koksir kokdan..

Anonymous said...

RUJUKAN MUTLAK SAYA ADALAH AL-QURAN DAN HADIS. SAYA TAK PERCAYA DENGAN ULAMAK PARTI POLITIK YANG BAGI SAYA TERDIRI DARI KALANGAN ULARRRRRRRRMAK, BUKAN ULAMAK. BIA ORANG AGAMA BERCAKAP TENTANG SESUATU ISU, SAYA AKAN SEPADANKAN DENGAN AL-QURAN DAN HADIS. KALAU SEPADAN SAYA TERIMA, KALAU TIDAK SAYA TOLAK WALAPUN SESEORANG ITU SERBANYA SEBESAR PUSU DAN EKOR SERBANNYA PANJANG 46 HASTA.

Terima kasih atas jawapan tidak jujur abe meli.

1). Abe Meli merujuk Al Quran dan Hadith secara MUTLAK.

2). Abe Meli akan SEPADANKAN sesuatu isu dengan Al Quran dan Hadith.

Soalan saya lagi..

1). Tahap mana kemampuan Abe Meli mentafsir Al Quran dan Hadith? Adakah pentafsiran Abe Meli seperti mentafsir novel cinta atau karya politik? Kemudian Abe Meli SEPADANkan pentafsiran itu sama seperti pentafsiran Al-Quran dan Hadith? Jujur saya katakan yang saya jahil dalam agama, TETAPI saya tidak berani membuat tafsiran sendiri kemudian BERKOKOK menyatakan yang saya mengikut Al-Quran dan Hadith, kemudian saya sebarkan dalam blog yang boleh dibaca satu dunia. Bayangkan jika ada kekhilafan tafsiran dan ianya diterima oleh "pengikut kita", SEDANGKAN kita tidak layak membuat tafsiran, apa yang kita nak jawab dengan ALLAH nanti??

2). Abe Meli tidak percaya dengan ULARRRRRRRMAK POLITIK? Abe Meli, jika tidak ada mereka di dunia ini nescaya PEMERINTAH PARTI POLITIK akan membuat hukum sesuka hati mereka. Sebabnya? Sebab ulamak dibawah mereka akan meng"IYA"kan apa yang di "FATWAKAN" agar SEPADAN dengan kehendak pemerintah. Agaknya Abe Meli nak jadi "Musang Berjanggut" sebagaimana watak Tukang Nikah yang boleh mentafsir hukum sesuka hati...

Saya tak berhasrat menanyakan soalan lagi sebab saya dan "nampak" siapa Abe Meli sebenarnya walaupun Abe Meli masih tercari-cari siapa Abe Meli sebenarnya....

Mohon kemaafan jika terkasar bahasa semoga Abe Meli sekeluarga di lindungi Allah. Amin..

melikapakjangak said...

Anonymous December 16, 2010 5:36 PM

Tuan!
Saya bukan ahli tafsir walaupun ilmu tafsir saya mengaji jugalah lebih kurang tapi tak sampailah ke Mesir macam orang Pas.

Tetapi saya padankan apa yang ularrrrrrrmak dan kalangan cedekiawan Islam tetapi tidak menstatuskan mereka sebagai ulamak kata, dengan terjemahan al-Quran atau Hadis. Saya miliki beberapa buah al-Quran terjemahan serta Terjemahan Hadis Sohih Muslim I,II.III dan IV dan Terjemahan Hadis Sohih Bukhari I,II, III dan IV.

Soal jujur tidak jujur hanya Allah Maha Adil menilainya. Tuan mana boleh nampak apa yang terkandung dalam hati saya, lantas tuan tafsir tentang kejujuran saya berdasarkan persepsi tuan semata-mata. Kalau tuan kenal saya, tuan akan tahulah macam mana sikap saya.

Saya merujuk pada terjemahan, bukan tafsiran. Terjemahan dibuat ikut makna setiap ayat al-Quran. Tafsiran dibuat berdasarkan kefahaman penfsirnya. Saya kurang pakai penafsiran tetapi lebih kepada terjemahan dan terjemahan pula saya rujuk kepada banyak terjemahan, bukan hanya satu terjemahan. Saya boleh membaca jawi dengan baik, termasuk bahasa dan tulisan jawi ulamak Pattani yang orang boleh bertukar 'buluh' dngan 'boleh', 'bulu roma' dengan 'bulu rom', 'berbekam' dengan 'birobbikum'.

Tuan meletakkan saya sebagai terlalu jahil semata-mata kerana saya bukan orang Pas. Asalnya (untuk makluman tuan) saya Pas tetapi akhirnya saya rasa saya tidak boleh terus jadi Pas dengan alasan-alasan yang saya sendiri kalau dicatatkan pun tidak akan ditrerima oleh orang Pas, kecuali bagi yang tidak berparti politik secara taksub dan tidak ada sikap memberhalakan sesama manusia. Saya mengambil sikap untuk tidak berpati politik tetapi tetap berpolitik.

Tuan tidak tahu siapa saya dan sebenarnya tuan yang sedang tercari-cari siapa tuan tetapi menganggap saya sedang mencari diri saya. Saya dah temui saya sendiri lama dulu lagi. Kerana itu dari menyokong kuat Pas dan ratusan ribu duit saya habis membiayai penerbitan buku menjulang Pas, akhirnya saya mufarakah dari Pas. Kalau saya tidak temui diri saya barangkali sampai sekarang pun saya masih terus dalam Pas dan buat dosa dengan menganggap pihak lain tidak Islam belaka kecuali ahli dan penyokong Pas.

Tuan boleh labelkan saya dengan MUSANG BERJANGGUT, JIN BERJANGGUT, SYAITAN/IBLIS BERJANGGUT, LEMBU BERJANGGUT dan sebagainya tetapi belum tentu pelabelan tuan tepat dengan pelabelan Allah terhadap saya.

Rasulullah s.a.w. doakan kesejateraan umatnya, yang kafir suruh masuk Islam, yang alim suruh alim. Ularrrrrrrmak Pas asyik doa supaya orang yang tak sokong Pas pecah perut, buta mata dan macam-macam. Al-Quran dan habis mana yang benar umat Rasulullah s.a.w. didoa agar ditimpa petaka.

Cuba buka tafsir al-Quran dan tengok ayat 148 Surah An-Nisa', bukankah berkata buruk pun dilarang, apatah lagi doakan kemusnahan dan petaka ke atas orang. kalau anggap orang Pas ternaiaya, apa yang teraniayanya, kalau rasa terniaya bukankah kerana angkara sendiri, dah tau tak mampu jadi pemimpin buat apa nak jadi pemimpin. Padahnya doa akan jatuh atas kepala sendiri.

Saya yakin orang Pas akan lebih payah masuk syurga berbanding dengan bukan orang Pas kerana banyak yang dibuat bercanggah dengan apa yang diketahui dan didakwa bersandarkan hukum hakam.

Anonymous said...

Abe Meli,
Saya mohon maaf jika pertanyaan dan kenyataan saya menyinggung perasaan. Bukan hasrat saya hendak melabelkan Abe Meli dengan sesuatu yang tidak elok.

Saya bukan ahli PAS, UMNO pun bukan. Cuma saya amat menghormati Institusi Ulamak yang memperjuangkan Al-Quran dan Hadith. Tak kira Ulamak PAS atau UMNO.

Jika Abe Meli berpendirian begitu, teruskanlah kalau betul. Cuma kita sesama bangsa dan agama wajib tegur jika terdapat kekhilafan sesama kita. Tak kira samada Ulamak, Ulamak Politik atau pemimpin negara.

Walau bagaimanapun saya tetap anggap Abe Meli saudara saya.

JAZAKAULLAHU KHAIRAN KHATIRA

melikapakjangak said...

Tak apa tuan. Saling bercanggah pendapat itu adalah suatu keindahan. Saya bukan dari jenis mudah terasa hati pun.

Saya pun hormati ulamak yang benar-benar ulamaklah, yang jaga lidahnya, yang tinggi moralnya.

Ulamak tulen tidak pernah mengaku dirinya pandai/alim, apatah lagi minta dilabel sebagai tok guru, ustaz, tok lebai dan sebagainya.

melikapakjangak said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sedap hok tukang tanya pn.klu tnya ambo lagu tu,ambo buwi penampar sj dh.mmg bekas muka tu.Kecek xjangak skt abuk.nk uji abe li staro mana.demo tu stara mana gak alim ny nk test2 ore?jd abe li xkna diri dio lg,demo kena ko diri demo lagu mana?sapa demo nk tnya ore knl dok dr sndr?demo rs demo lbh bgs dr ore lain?ctu ujub dh!dlm dunia ni,nik aziz sore jh ko tok guru ny hok blh ngaja,blh wi fatwa?jd hok nik aziz kato jh ko kna dgr?tok guru lain xbtl,xleh dgr?eh nik aziz pn ore,bke malaikat xdk wat slh.demo rs nik aziz alim,rmi lg luar sana lbh alim drpda nik aziz tp die xbgga diri dn xgege kokre pn.demo igt abe meli ni jahil sgt ko bab agama?demo xbc ko sjrh hdp die?die ngaji mana dl?klu mu nk th,die ngaji sekolah pondok!mu reti dok?!tkt die nge demo lbh die eh?klu demo xth,xsoh kecek kokse.xsoh dk ajar la itik berenang!g dalami ilmu agama dl dgn rmi tok guru.buke dgn tok guru nik aziz sore jh.pah buat la bndgn hok mana terbaik.luuu pkkkk la sndrrrrr!

Anonymous said...

debat dan hujah yg menarik tapi knapa pendek sangat.. teruskan lagi sampai ke natijah.. bukan nk tau sape mnang kalah..