Monday, January 10, 2011

MUNCUL KEMBALI (928)

Interlok menjadi mangsa tikus membaiki labu

HAKIKAT yang kena diperakukan, bukan semua orang pakar dalam semua bidang dan perkara walaupun ianya berstatus sarjana/cendekiawan. Kerana itu setiap sarjana/cendekiawan tidak boleh terlepas cakap untuk semua item.


Demikian halnya dengan isu novel Interlok hasil buah tangan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein (Pak Dollah) yang digunakan sebagai antara kteks untuk kompoenen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.

Gara-gara novel berkenaan yang dilihat dan dinilai dengan penilaian berneracakan kepentingan politik, maka ianya menimbulkan kemelut sehinggakan berlaku kes pembakaran naskah-naskahnya dan membabitkan penglibatan sama wakil-wakil rakyat dan tokoh dari kalangan politil tertentu.

Paling malang punca berlakunya kemelut ekoran dari penilaian yang dibuat oleh orang politik yang menganggotai kabinet yang mencadangkankan supaya dibatalkan Interlok sebagai buku teks atas alasan kandungannya mengeji agama Hindu yang bertuhankan lembu.

Sepatutnyanya sebagai anggota kabinet dan menduduki kerusi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T.Murugiah jangan mudah melatah oleh senriviti politik dan perkauman, tetapi kena melihat isi kandungan novel dari sudut seni sasteranya, dari sudut pembinaan minda serta penyaluran ilmu dan maklumat.

Pada saya. Murugiah melakukan dosa besar kepada kerajaan dan seni sastera negara serta kepada para karyawan, terutama kepada Pak Dollah kerana kekeculaparannya menyebabkan seorang sasterawan negara yang sudah menjangkau usia 91 tahun itu dan novelnya dikemelutkan.

Malah, tindakan Murugiah itu lebih bersifat mensatobaj kerajaan kerana secara tidak langsung timbalan mentei itu telah membuka ruang untuk pembangkang yang telah ketandusan isu menyerang kerajaan, malah tokoh-tokoh dari pembangkang turut membabitkan diri dalam demonstrasi dan pembakaran Interlok.

Apakah wajar Pak Dollah dipolitikkan sedangkan selama ini beliau tidak pernah aktif dalam mana-mana parti politik, sebaliknya beliau telah mengabdikan diri mengembang dan merancankkan seni sastera negara. Apa yang Murugiah dapat dengan sikap 'tikus membaiki labu'nya dalam membuat penilaian terhadap Interlok.

Apakah Murugiah dan kalangan yang menganjur dan menyertai demonstrai serta membakar Interlok telah membaca keseluruhan novel berkenaan. Kalau dibaca pun, apakah difahami apa yang tersurat dan yang tersirat yang menjadi konten novel berkenaan.

Pada saya Interlok telah menjadi mangsa trend bantah tanpa diketahui untuk apa dibantah di kalangan orang politik sebagaimana yang pernah berlaku kepada novel Shit karya Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad kerana isi kandungannya dilihat dengan mata politik dan dihayati dengan penghayatan politik.

Walah hasil karya sepatunya dinilai dengan mata seni sastera dan dicari gali ilmu dan maklumatnya kerana tugas para karyawan berkarya adalah bagi tujuan penyibaran ilmu dan maklumat serta keberkecuali yang hakiki. Masa berkarya, para karyawan akan berada dalam keadaan berkecuali dan tidak akan bepihak kepada mana-mana watak yang dikaryakan.

Percayalah besar bahayanya kepada orang politik dan parti-parti politik dan amalan demokrasi itu sendiri kalau semua perkara dipolitikkan, apatah lagi kalau bidang kesusasteraan yang berperanan membentuk keberkecualian di samping penyalur ilmu dan maklumat kepada para pembaca dipalitkan dengan politik.

Ingatlah bahawa mata pena seorang penulis lebih tajam dari mata pedang. Bukan sahaja Murugiah akan lebur dan berkubur oleh runtuhan parti politik yang dianuti tetapi kaum yang diwakilinnya boleh jadi debu berterbangan disepuh angin jika para penulis bergabung melancarkan perang pena.

3 comments:

Anonymous said...

ko dah baca ke novel tu??

santauangin said...

Sebenar nya Murugiah ini tak tahu apa pun pasal sastera. Apa yg dia tahu nak cari nama agar dia akan kekal dlm SAF Kabinet Najib. Tengok sahaja lah walaupun dah di gugurkan dari PPP akhirnya dia masuk pulak MIC. Apa semua ini ? Bukankah ini hanya untuk nama dan masa depan sendiri.

Jadi bila isu ini di bankitkan maka keluarlah dia sebagai hero filem India dimana kononya dia akan melawan untuk memulihkan nama bangsa nya. Pada hal tak ada apa pun dgn novel ini. Hanya bercerita pada masa yg sepatutnya sewaktu penulis itu mengarang nya.Dalam hal ini Pariah dlm novel itu tak lah ke mana pun tapi yg lebih PARIYA adalah Murugiah.

Anonymous said...

dah lama bangsa pariah ni naik toncang... malysia jadi lubuk "pengganas belaan yahudi tamil Ealan sri lanka" ..... kerna silap umno bagi sijil kerakyatan "jus soli" kepada pendatang bawaan penjajah dulu... dek krn umno nak merdeka senang la konon terpaksa telan semua apa yg penjajah suapkan...