Wednesday, January 12, 2011

MUNCUL KEMBALI (929)

Displin berkulaiti boleh elak kes buli

KES kecederaan pelajar berusia 13 dari Tanah Merah Kelantan yang menjadi mangsa sebuah sekolah berasrama penuh di Pasir Puteh, juga di Kelantan adalah suatu tragedi malang dan mengaibkan arena pendidikan negara.


Seluruh warga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di bidang pendidikan, Jabatan Pelajaran Dareah dan Jabatan Pelajatan Pelajaran Negeri, malah Kementerian Pelajaran patut memandang serius terhadap apa yang berlaku.

Tidak cukup pihak sekolah terbabit atau pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri mahu pun Kemnterian Pelajaran memberi jaminan akan membuat siasatan, atau memohon maaf dan merakamkan rasa kesal serta dukacita atas apa yang berlaku.

Sepatutnya kejadian seumpama itu tidak berlaku, terutama di sekolah berasrama yang sepatutnya ditadbir penuh profesional dan para pelajar sepatutnya diawasi dengan displin yang ketat dan tidak sepatutnya berlaku sebaran ketirisan dari sudut kedisplinan para pelajar.

Berdasarkan kepada kecederaan yang dialami Nur Atifah Mohd. Nordin sehingga pelajar malang itu terpaksa menggunakan penyokong leher, terbukti kecederaan yang dialami adalah serius dan tidak mustahil boleh mendatangkan kecederaan kekal kepada pelajar terabit.

Skar untuk difikir dan dirumuskan, budaya apa sebenarnya yang menjadi amalan empat pelajar senior yang memaksa pelajar junior seperti Nur Atikah dan rakannya berlari dalam keadaan mata ditutup.

Barangkali mereka mahukan keseronokkan melalui budaya buli alan gensterisme. Nur Atikah dan rakannya bukan sahaja disuruh berlari tetapi dipaksa berlari dalam keadaan terbongkok di samping mata tertutup menyebabkan pelajar yang dibuli tercedera terlanggar tiang besi dan mengalami sakit kepala dan pening.

Muula adalah sebahagian dari kepala yang merupakan antara anggota penting atas sifat seseorang manusia. Kendeeraan pada kepala boleh menyumbang kepada kematian atau hilang ingatan kerana dalam kepala ada otak yang merupakan organ terpenting.

Macam mana kalau kerana gara-gara mahu seronok melihat junior dibuli, padahnya junior yang dibuli mata atau hilang ingatan. Akan berbaloikah keiinginan untuyk berseronok pelajar senior terhadap junior. Bukankah majlis suai kenal bertujuan menjalin hubungan dan saling kenal mengenal antara senior dan junior.

Merancang keseronokkan bertujuan bergurau atau membuli sehingga mendatangkan kecederaan adalah suatu bentuk perlakuan di luar batas-batas kemanusian dan bersifar anti ketamadunan yang kena dibanteras sama ada di sekolah atau kolej di negara ini.

Pelajar senior terbabit patut dikenakan hukuman setimpal dengan perlakukan yang telah dilakukan kerana junior telah teraniaya oleh angkara mereka supaya ianya akan menjadi pengajaran kepada pelajar senior lain dan tragedi yang seruapa tidak akan berulang di mana-mana sekolah dan kolej sekali pun.

Soal imej sekolah akan tercemar atau reputasi jabatan pendidikan daerah dan negeri serta kementerian mahu pun dunia pendidikan akan terjejas dan rosak kena diketepikan, sebaliknya rasa bimbang ibu bapa terhadap anak-anak yang belajar di sekolah atau kolej kena dihapuskan dengan jaminan sekolah dan kolej adalah tempat yang selamat, bukan tempat anak-anak terdedah kepada pengaiayaan dan kecederaan.

Bukan sahaja pelajar senior yang terbabit dan pembulian sahaja patut dihukum tetapi pihak pengurusan sekolah juga patut dikenakan tindakan sama kerana kejadian buli atau sebarang perlaku tidak senonoh tidak akan berlaku sekiranya para pelajar diikat dengan pengawalan dan displin yang berkualiti.

No comments: