Wednesday, January 26, 2011

MUNCUL KEMBALI (932)

PRK Tenang: fitnah akan leburkan Pas

BERBANDING dengan pihak pembangkang, Barisan Nasional (BN) kebelakangan ini lebih menepati amalam demokrasi dan tuntutan berpolitik dan berparti politik secara Islam, termasuk jika dilihat perbezaan dengan Pas yang kononnya perjuangannya berlandaskan Islam.


Oleh kerana masyarakat negara ini majmuk sifatnya serta kepelbagain anutan agama, budaya dan adat resam, maka mahu tidak mahu parti-parti politik Islam tidak boleh bergerak tanpa bersepakat dengan kalangan bukan Islam.

Bekerjasama dengan bukan Islam tidak dilarang tetapi kena melihat kepada status bukan Islam itu sama ada ianya dari kelas 'zinni' atau 'harbi'. Yang dibolehkan umat Islam bekerjasama adalah dengan 'kafir zinni' tetapi dengan 'harbi dilarang'. Antara 'kafir harbi' adalah syaitan dan iblis.

Dalam konteks Malaysia, MAC, MIC dan parti=parti komponen yang lain adalah merupakan 'kafir zinni. yakni walaupun bukan Islam tetapi merekat tidak menentang, apatah lagi menghina Islam dan umatnya secara total sebagaimana penentangan DAP.

Ertinya kerjasama Umno dengan rakan-rakan dalam BN adalah dibenarkan oleh hukum hakam manakala kerkasama Pas dengan DAP adalah meruipakan kerjasama yang terlarang kerana pimpinan parti itu mahu mayatnya dilangkah sebelum mahu mewujudkan negara Islam dan pentadbiran secara Islam dilaksanakan.

Justeru tidak hairanlah apabila dalam mendabik dada sebagai parti yang memperjuangkan Islam, Pas boleh melakukan, malah pastinya menghalalkan fitnah, maki hamun dan sumpah seranag terhadap orang sesama Islam kerana parti itu berada dalam pakatan kerjasama yang tidak dihalalkan oleh Islam.

Itu yang sedang Pas lakukan di Tenang sempena kempen pilihanraya kecil kawasan berkenaan dan saya yakin fitnahlah yang akan meleburkan Pas, malah rasanya haram bagi umat Islam memberi undi kepada parti yang menjalinkan pakatan secara yang tidak dihalalkan oleh Islam.

Sehubungan dengan itu walaupun saya mungkin ditohmah dan dipersepsi sombong serta mendahului takdir kalau saya katakan Pas hanya membuang masa dan tenaga mempertaruhkan calonnya dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Saya yakin tidak ada sebab untuk 14,735 pengundi di kawasan dewan undangan negeri bekenaan mengucap 'sayunara' kepada Umno/BN dan berahlamwasahlam kepada Pas yang dalam keadaan tidak dihalalkan kerana menjalin kerjasama dengan 'kafir harbi'.

Firasat saya juga, malah saya optimis mempercayai rekod pilihanraya umum tahun 2004 dengan bekas ADUNnya Sulaiman Taha yang meraih majoriti 5,517 akan menokok menjadi 7,901 walaupun pada pilihanraya umum tahun 2008 majoriti Allhayraham Sulaiman menurun kepada 2,492 daripada 14,735 pengundi berdaftar di kawasan berkenaan.

Berak keluar tahi hijau pun Pas tidak akan mencapai harapan memperolehi undi tambahan sebanyak 1,250 undi sebagaimana yang diharapkan, sebaliknya parti itu akan mengalami kemerosotan undi 2,384, yakni 1,134 lebih rendah dari jumlah undi yang diharapkan, antaranya kerana buruk laku Pas sendiri.

Sebagaimana dalam piliharaya kecil Galas di Gua Musang, Pas yang bertanding mewakili PR di DUN Tenang akan ditimpa kifarah apabila parti itu telah secara terang-teran mengkafirkan Allahyarham Sulaiman, bekas ADUN Tenang dari Umno/BN.

Pengafiran Sulaiman terbukti apabila Allahyarham dilabelkan dengan MENDIANG SULAIMAN yang mana 'mendiang' adalah pelabelan untuk orang bukan Islam. (Sila rujuk laporan oleh Jamilah Kamarudin dibawah judul 'Calon Pas untuk Tenang anak tempatan, dari golongan profesional' dalam web Free Malaysia Today, 24 Disember 2010).

Saya yakin para pengundi di Tenang tidak akan bersedia untuk bersekongkol dengan pihak yang mengkafirkan sesama Islam hanya semata-mata kerana kepentingan politik kepartian, apatah lagi apabila diketahui pas menjalinkan kerjasama dengan 'kafir harbi'.

Atas faktor itu, menjadikan Umno/BN sudah pun memperolehi kemenangan awal dari sudut moral dan reputasi, menjadikan Umno yang dilahirkan di Johor akan dipertahankan kemenangan oleh orang Johor, terutama pengundi dalam kawasan Tenang yang cukup arif tentang parti politik mana umpama intan permata dan parti politik mana pula umpama gerek dan kaca.

Umno/BN di Tenang bagi saya umpama akan dilawan bergocoh oleh budak baru nak masuk TADIKA. Berbanding dengan pilihanraya kecil di kawasan-kawasan lain, Umno/BN akan menikmati kemenangan yang amat 'tenang' pada pilihanraya kecil DUIN Tenang.

Pun begitu Umno/BN tetap kena bekeja kuat dengan semangat berpasukan bagi memastikan kemenangan akan diraih dengan majoriti yang paling besar, yakni bekerja bukan saja untuk kekalkan kemenangan tetapi untuk mengumpul majoriti yang lebih besar dan mewah.

9 comments:

Anonymous said...

Oh tenang, prk dun tenang, ... umno boleh tidur lena... pas terus berjuang menongkat arus,.. harga sebuah dakwah & jihad,.. bagai nabi noh, nabi ibrahim, para rasul yang berdepan dengan kaumnya... pun begitu... air yang tenang jangan sangka tiada "buaya"... kudrat & iradat Allah taala mengatasi segalanya!

Anonymous said...

Kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

MKJ kata

"Bekerjasama dengan bukan Islam tidak dilarang tetapi kena melihat kepada status bukan Islam itu sama ada ianya dari kelas 'zinni' atau 'harbi'. Yang dibolehkan umat Islam bekerjasama adalah dengan 'kafir zinni' tetapi dengan 'harbi dilarang'. Antara 'kafir harbi' adalah syaitan dan iblis.

Dalam konteks Malaysia, MAC, MIC dan parti=parti komponen yang lain adalah merupakan 'kafir zinni. yakni walaupun bukan Islam tetapi merekat tidak menentang, apatah lagi menghina Islam dan umatnya secara total sebagaimana penentangan DAP."
-------------------------

MCA TERANG2 TOLAK NEGARA ISLAM & HUKUM HUDUD SERTA LEBIH 50 TAHUN DOK KUASAI KERAJAAN PERIKATAN/BN YANG JUGA TIDAK MESRA ISLAM TU... SAMA SEPERTI SUARA2 DAP YANG DIKATAKAN HARBI TU.. MACAMANA?

JADI JIKA MCA KAFIR ZIMMI, MAKA DAP PUN ZIMMI JUGAK...

JIKA DAP KAFIR HARBI, MACA PUN SETARAF KAFIR HARBI JUGAK..

BEGITULAH DALAM REALITI POLITIK MALAYSIA HARI INI.... MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBS, PPB, SNAP, PBDS, PMS, LDP, DAP, PRM, PSM, .. LAIN2 PARTI2 YANG BUKAN ISLAM DISELURUH MALAYSIA HARI INI PADA PENDAPAT PERIBADI SAYA ADALAH ZIMMI.

SEMUANYA PARTI ATAU RAKYAK DIMALAYSIA BOLEH ADAKAN "KERJASAMA POLITIK" DENGAN PARTI2 MELAYU/ISLAM. UMNO/PAS. TAPI YANG PENTING ATAS ASAS YANG DIPERSETUJUI..

TAK PAYAH LAH MKJ TERLALU TAKSUB DENGAN KAEDAH UMNO/BN SAJA YANG BETUL! MUNGKIN KONSEP PAKATAN POLITIK PR JUGA ADA KELEBIHAN & HIKMAHNYA.

SILA BANDING & KAJI......

Anonymous said...

Puak-puak PAS Khawarij ini dah mabuk dengan DAPig. Mapuhhhhh PAS di DUN Tenang dengan Fatwa babuk Tok Garunya. Tolong ajak Guang Eng dan Karpal Singh untuk joint untuk masuk Syurga PAS.

umnoningok said...

set2 umngok/apco pulok dipimpin tangan masuk nerako oleh csl aka chua soi lek..hahahahahah...

Anonymous said...

Salam. weh meli lama tak ikuti blog demo. Tapi seperti sokmo tulisan demo kawe kenal sokmo. bahagian ngampu Umno. tak habih2. demo gi semua tempat kah di Tenang tu? Confident begitu lalu nah demo. Umno menang dgn majoriti lebih besar. Serupa hok TPM kato. Aiiii kawe rasa tak sehebat tu Umno menang. Gi mana pun kita tengok lah karang. Demo ada di Tenang kaoh tu? atau demo dok merapu d rumah jah. Baca berita dari blogger2 Umno. Kutip situ sikit sini sikit demo buat prediction. Nyampeh.

pok nik said...

Betul lah telahan Abg Meli..berak tubik tahi hijau campur merah dan kecing keluar air biru muda..PAS x boleh menang..Aku cuma kesian kat "normala" dok berjoget atas pentas disaksikan Cina2 apek 'Harbi" berseluar pender..Nauzubillah

Herannya Nik Aziz ni..sapa la penasihat politik dia ni? Keras kepala macam Karpal Singh..Kalau berdakwah ajak masuk Islam..bagus jugak tapi aku takut sebalinya..

Anonymous said...

N.ajis sampai sahaja di Labis hujan tutun tanpa henti selama 3 hari lalu membawa banjir. Kesian Labis sebelum N.ajis sampai cuaca panas tapi berubah secara tiba-tiba sebab bala yang Allah turunkan.Bukannya Allah turunkan rahmat bersama N.ajis.
Celaka! Celaka ! Celaka !

Anonymous said...

Keputusan prk dun tenang lbh kurang yg abe meli kito kato la..Umno menang dgn majoriti lbh bsr dan pas kalah dgn pengurangan undi sbnyak seribu lbh.pah guano pok2 pas?mu kecek pki statistik ko kecek pakai palo lutut?