Gelombang Merah di Kelantan boleh turut mengancam Pas/PR di Kerdau dan Merlimau
APABILA namanya politik, maka setiap pemainnya yang memang benar-benar ada bakat dan berkemahiran dalam dalam berpolitik akan bercakap dengan maksud berlapis bagi menyembuyikan apa yang sebenarnya berlaku dalam parti. Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya adalah antara pemain politik yang berbakat dan berpengalaman.
Bila beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan keyakinan bahawa Pas/PR akan menang di Kerdau dan Merlimau, maka keputusan bagi kedua-dua kawasan adalah sebaliknya, maknanya Pas/PR tidak ada harapan untuk menang, malah akan kalah dengan lebih teruk.
Demikian juga bila beliau kata Pas mengamalkan kempen yang adil, bersih, tiada sogokkan dan ugut mengugut, maka yang diamalkan oleh parti itu adalah sebaliknya kerana beliau menggunakan bakat dan pengalaman bercakap berlapis-lapis sebagai pemain politik dan merupakan keperluan dalam kepentingan berpolitik dan berparti politik.
Sebenarnya pelancaran program Gelombang Merah, Transformasi 1 Kelantan Gelombang Rakyat yang dilancarkan oleh Umno kelantan baru-baru ini sangat memberi impak kepada Pas/PR, terutama Pas/PR Kelantan yang sedang mengalami masalah kemerosotan sokongan dan simpati kerana gara-gara bermain api oleh pimpunan parti itu yang menjalin kerjasama dengan DAP.
Beberapa pimpinan Pas mengakui sendiri kepada saya baru-baru ini bahawa Gelombang Merah merupakan ledakan bom yang mendatangkan ancaman kemusnahan dan sangat meresahkan Pas. Taktik, teknik dan pendekatan Mustapa Mohamad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan sekarang dilihat lebih merbahaya dan sangat menggugat Pas berbanding dengan era Tan Sri Annuar Musa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
Berbanding dengan Annuar, Pas/PR Kelantan lebih takutkan Mustapa. Ini adalah kerana Kerajaan Pas Kelantan nyaris-nyaris tersungkur pada pilihanraya umum kesebelas dulu yang mana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan pada waktu itu adalah Mustapa, apabila parti Pas hanya mampu mengekalkan kerajaan hanya dengan majoriti dua kerusi dan kemudiannya hanya tinggal satu kerusi yang mana satu kerusi itu pula hanya dimenangi dengan majoriti dua undi sahaja.
Dengan program Gelombang Merah, tidak mustahil Kerajaan Pas akan tumbang pada pilihanraya umum akan datang dan terpaksa menunggu setidak-tidaknya selama 20 tahun untuk kembali merampas Kelantan, itu pun kalau Umno/BN cuai dalam menjaga dan memelihara hati dan kebajikan rakyat selaku pengundi. Kalau Umno/BN tidak cuai memenyumpurnakan tanggungjawab, Pas/PR akan mengambil masa yang lebih panjang untuk kembali berkuasa di Kelantan.
Keberkesan program Gelombang Merah yang menterpaksakan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini tegar dengan pendirian mahukan apa pandangan dan perlakuannya dianggap betul belaka dan kalau dibantah alamat boleh kena marah, telah menukar pendirian dari tidak bangga menjadi dan dilahirkan sebagai Melayu kepada perjuangan Pas akan utamakan Melayu.
Sasaran utama Pas Kelantan melalui kumpulan propaganda dan gerak sarafnya bagi menyekat kebangkitan Umno di Kelantan melalui program Gelombang Merah, Transformasi 1 Kelantan Gelombang Rakyat ialah dengan mewujud dan memprovokasi ketidak-sefahaman di kalangan pimpinan Umno, sama ada di pusat mahu pun di negeri-negeri.
Di Kelantan akan dprovokasi kewujudan Kumpulan Hussein Serama, Kumpulan Mustapa, Kumpulan Annuar Musa, Kumpulan Awang Adek dan sebagainya, termasuk Kumpulan Ibrahim Ali yang kononnya sangat berpotensi memecah-belahkan perpaduan Umno Kelantan kerana sikap Ubarhim yang tidak statik berada dalam sesebuah parti politik.
Seandainya Umno gagal dipecah-belahkan dan semua pimpinan Umno pula boleh membulatkan mandat mereka bagi membolehkan Mustapa mengatur strategi, taktik dan teknik, maka Kerajaan Pas Kelantan akan tumbang di Kelantan kerana pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong parti itu sedar dan kena menerima hakikat serta natijah bahawa sama ada parti atau pun kerajaan Pas Kelantan selama berkuasa di Kelantan hanya beretorik dalam hampir semua perkara dan ianya kini ibarat telur busuk yang telah pecah dan baunya tidak boleh dihadang dari menusuk hidung rakyat lagi.
Gelombang Merah adalah suatu kejutan dan ledakan yang benar-benar mencemaskan Pas sehingga sebagai tindakan bagi menyekat gelombang itu telah menterpaksakan Kerajaan Pas, antaranya mengagih-agihkan beras percuma bagi menfaat 4,500 rakyat miskin pada jumlah sekampit yang beratnya 10 kilogram sebulan.
Keghairahan menyerang kerajaan Umno/BN sedangkan kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang sama ada yang didomenasi oleh Pas, PKR atau pun DAP gagal membuktikan mereka lebih baik dari kerajaan Umno/BN yang memerintah sebelumnya menjadikan pembangkang dilihat oleh rakyat hanya jaguh beretorik, berangan-angan dan bermimpi tetapi gagal membuktikannya dalam bentuk realiti, menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat.
Dakwaan kononnya PR semakin kuat, hebat dan mantap pada hakikat dan natijahnya umpama menegakkan benang basah kerana hakikat dan natijah sebenar adalah di sebaliknya. Pas/PR tahu bukan senang untuknya menyembunyikan bau busuk telur temelarnya yang sudah pecah dalam usaha untuk menarik undi dan simpati di Kerdau dan Merlimau.
Sebagaimana sukanya untuk menyembunyikan bau busuk retoriknya, maka demikian juga betapa sukarnya untuk Pas/PR mencapai kemenangan di Kerdau dan Merlimau yang mana kekalahan di kedua-dua kawasan itu setelah mengalami banyak kekalaan dalam pilihanraya kecil sebelumnya, akan menjadi wabak, sindrom dan virus yang akan mereput dan meleburkan Pas, termasuk di Kelantan pada pilihanraya umum ketiga nanti.
No comments:
Post a Comment