Sunday, March 13, 2011

MUNCUL KEMBALI (953)

Antara penerima dengan pemberi mandat, siapa perlukan siapa?

EKORAN kegagalan Kerajaan Pas Kelantan, terutama barisan exco, termasuk Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal menunaikan janji berkaitan dengan Bazar Tok Guru, maka para peniagaan yang diberi janji tidak tertunai cuba mahu dibelit, dihimpit dan dikapit dengan kesalahan.

Pelik, anih dan ada semacam krjanggalan dan kesongsangan apabila para peniaga diminta memohon maaf kepada seorang exco kerana para peniaga mendedahkan kenenaran tentang nasib mereka yang tidak mendapat pembelaan, malah jenguk muka pun tidak bila timbul isi Bazar Tok Guru.

Bagi saya menamakan bazar berkenaan dengan 'Bazar Tok Guru' sudah satu bentuk pemberhalaan sesama manusia kerana ianya lebih bersifat pemujaan kepada tokoh tertentu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat ketika masing-masing masih hidup.

Sepanjang pengetahuan saya, belum ada Bazar Rasulullah s.a.w. atau Bazar, Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan sebagainya di mana-mana pun di dunia ini walaupun Rasulullah s.a.w. dan para sahabat layak dipuja kerana masing-masing disahkan sebagai ahli syurga.

Bila menuntut para peniaga yang enggan berpindah ke Bazar Tok Guru yang harganya mahal tetapi ruang niaganya sempit meminta maaf, ianya adalah merupakan suatu bentuk belitan, himpitan dan kapitan supaya para peniaga menerima janji yang tidak ditepati dan semacam dipaksa mengaku salaj untuk kesalahan yang dibuat oleh Kerajaan Pas.

Soal exco terpaksa ketepikan urusniaga kerana menceburi politik dan waktu rehatnya terganggu tidak patut dibangkitkan kerana bukan rakyat yang pergi usung mereka di rumah atau di pejabat syarikat dan dihumban ke gelanggang politik, sebaliknya wakil rakyat dan exco itu sendiri yang terjun masuk ke kawah politik, malah merayu dengan ratap tangis pun rakyat tak pernah buat.

Lagi pun masuk ke gelanggang politik dan menjadi wakil rakyat, apatah lagi exco bukan tidak dapat habuan pun. Ramai wakil rakyat Pas yang hidup susah sebelum jadi wakil rakyat hidup senang selepas bergelar Yang Berhormat, tambah-tambah yang dilantik sebagai exco.

Elaun sebagai wakil rakyat dapat, elaun exco dapat, elaun pengerusi itu dan ini dapat di samping pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang tidak dinikmati pun oleh rakyat, termasuk oleh para peniaga yang Kerajaan Pas mempalsukan janji pada mereka.

Yang menyebabkan seseorang itu menjadi wakil rakyat atau exco adalah rakyat selaku pengundi yang memberi mandat. Maknanya yang menerima budi adalah wakil rakyat dan exco, bukannya rakyat selaku pengundi yang tidak dibayar apa-apa pun dalam memberi undi selain dari digantung harapan supaya apa jua masalah rakyat dipedulikaan, seterusnya diselesaikan.

Bila rakyat bangkitkan isu dan mereka diminta meminta maaf, maka sudah jadi terbalik kot. Sebenarnya antara pemberi mandat (rakyat) dengan penerima mandat (wakil rakyat/exco/menteri besar), siapa memerlukan siapa? Siapa yang datang melutut minta undi dan mandat?

Sepatutnya wakil rakyat, exco dan menteri besar yang kena minta maaf kerana mungkir janji. Bukankah pemungkir janji itu munafik? Kalau enggan meminta maaf kepada pemberi budi dalam bentuk mandat, maka bersedialah untuk terima pengjhaliman rakyat pada pilihanraya umum nanti.

6 comments:

Anonymous said...

meli...
siapakan yg bertangungjawap terhadap bazar tok guru tu sebenarnya?bazar tu dibawah arahan siapa?tok guru ke?TMB ke?husam ke?
boleh demo senaraikan ahli jawatankuasanya???

Anonymous said...

mcm mana nak berbincang?klu sama2 keras kepala.

demo kuat jadi broka tanah ker meli,org hok nak beli tanah tu suruh demo ejas gano2 pun supaya tuan tanah jual,tapi tuan tanah tu xser jual,demo ejas kot tu,demo ejas kot ni,xleh juga,pah demo suruh pulok saim demo hok set2 broka tanah ejas juga,xleh juga selesai hal ni,pah nak wak gano meli?...kadang2 dalam urusan broka tanah hok demo jadi broka tu pun,tak semua berjaya,betul tak meli?

sama la pasal bazar tok guru tu,kita ejas doh kot tu,kita ejas kot ni,mcm2 doh buat,100 org lebih dah terima,hok selebihnya tu xser terima,kita nak wak gano lagi?

klu la demo exco(kalu),demo nak wak gano klu tjadi kes sperti ini?

Anonymous said...

meli kapak jangak:"Bagi saya menamakan bazar berkenaan dengan 'Bazar Tok Guru' sudah satu bentuk pemberhalaan sesama manusia kerana ianya lebih bersifat pemujaan kepada tokoh tertentu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat ketika masing-masing masih hidup"

kawe:dalam kes...sekolah2/masjid2/ipt/nama2 jalan mengunakan nama2 individu(seseorg untuk mengabadikan jasa) tu kira gano pulok meli?

melikapakjangak said...

Benda tu tak patut bubuh belaka. Tetapi tak pelik kerana mereka dikatakan tidak Islamik dan mengamalkan sekularisme. Kenapa kita yang dabik dada berjuang berteras, berpasak-pasikan Islam ikut apa yang orang yang kononnya sekularisme buat. Sepatuinya kita kena tunjuk teladan apa yang patut dan tidak patut dibuat berdasarkan hukum hakam.

Kalau kita pun ikut sama yang orang kononnya sekularisme buat, maka apa bezanya antara kita dengan mereka. Nak jadi pejuang Islam antara zahir dengan batin kena sama, apa yang dibuiat secara terang dan sembunyi kena serupa.

Tentang pertanyaan penjengok yang tanya kalaulah demo (Meli) jadi exco, demo nak wat lagui mana klu terhasi kes ni? Jawabnya senang jah, letak jawatan kerana kawe akan malu pada diri sendiru...contohnya bila bini utamakan parti dari anak dan tok llaki, kononnya rela masuk neraka kes derako ko tok llaki namun parti jafi pilihan...kawe cerailah, taroh buat ggapo lagi. Intiuk maklumaan demno kawe tok minat jadi orang besar-besar babitkan orang ramai, apa lagi nak jadi wakil rakyat atau exco...boktan tu kawe tak mmain politik...rakut seksok payah nak jawab depan Tuhan. Lloni noleh jawab dan dalih belako.

Anonymous said...

dalam kes ini,siapa yg perlu letak jawatan?

cahaya minda said...

Gambar Tsunami Sendai,Jepun-11Mac

www.mindaharian.blogspot.com