Saturday, March 12, 2011

BERBALAS PANTUN (1)

SANTAI

ATAS cadangan rakan-rakan penjenguk yang mahu bersantai dalam berblog, maka saya perkenalkan ruangan baru yakni pantun melalui blog saya ini bagi membuka peluang kepada penjenguk menyerlahkan kreativiti masing-masing sambil bersantai melalui pantun. Saya mulakan dengan pantun saya;

Siberuk tua berbekwoh besar,
Kakoh lutung dan kera siamang dijemput belaka;
Kita hidup kena jauhi perkara mungkar,
Supaya nanti tidak dilempar songsang ke dalam neraka.

Kakoh lutung dan kera siamang dijemput belaka,
Dijemput sama seisi keluarga;
Neraka bukan tempatnya untuk bercanda,
Siksa dan perit pedihnya berganda-ganda.

Dijemput sama seisi keluarga;
Boleh datang dengan motosikal atau kereta;
Siksa pedih neraka berganda-ganda;
Sehari di akhirat sama dengan lima ratus tahun di dunia.

Boleh datang dengan motosikal atau kereta,
Berbasikal atau berjalan kaki pun tak apa;
Supaya terelak dari jilatan dan bakaran api nerka,
Banyakkan buat pahala dan jangan nak cuba buat dosa.

Berbasikal atau berjalan kaki pun tak apa,
Setiap tetamu dilayan mesra belaka;
Untuk mengelak dari dibakar api neraka,
Kepada ibubapa dan suami jangan derhaka.

Setiap tetamu dilayan mesra belaka,
Jumlah tetamu beribu-ribu.
Antara menunya meehon dan mi;
Ketaatan kepada ibubapa jangan dipersenda
Kalau syurga bagi anak di bawah tapak kaki ibu
Syurga bagi isteri pula di bawah tapak kaki suami.

4 comments:

MAMAT said...

haha, lepas geram kat melah demo napok gayo demo ni li? bukan saloh melah sepenuh jugok li, tapi saloh ketua2 dia di pas kota bharu. kalu ketua2 dia tak sumbat dalam palo dia benda2 karut pasal li, tetu melah tak berani nak mitok cerai.

melikapakjangak said...

Bukan boktan Pas dan pimpinan Pas wei...kes kawe sesak nak mampus...pelir pun mampus. Ttino mano lapar ko tok llaki sesak nak mampus dan pelir mampus. Dia dok gila ko ore...pah ko kereto kancil pun dia buwi ko jate tu lagi...kawe ata anok sekolah rela jale kaki. Mugo kereto tu kreto dia...pah jate tu pilihe dia...gohead gi la...kawe tok ambil ddoli. Demo-demo hok tok beso gilo ko ore buleh kato mace-mace. Dan keno penyakit angau...kentut busuk pun bau wangi. Kawe reda dan syukur dengan apa yang berlaku...kawe tak sedih dan tok dukacita sikit abuk. Tu penange Pasar Borong wei...banyak setan dan iblis ssitu. Jange tekejut kalu tak lama lagi ada ore mati panah llita ssitu.

kukujariku said...

Ruponya ore tino yang nampak islamik pun nok ko mugo tu jugok dih?????
Harta dan kejantanan!
ih ih ih...tok seko?????

melikapakjangak said...

Hasbiyallahinikmatil-wakil. Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah untuk memberi balasan bila saya hamba-Nya dihina. Allah tidak akan cipta saya kalau bukan kerana ada tujuannya. Bila hamba-Nya dihina, Allah tidak akan biarkan kerana ciptaan-Nya serba sempurna dan bukan untuk dihina melalui kata-kata atau perbutan.

Saya tidak menyimpan dendam walaupun saya mulai sedar betapa 31 tahun lamanya saya dihina dan dipersendakan, sekaligus saya menyaksikan lakunan dan temberang seorang teman yang tidur sebantal, seselimut dan sekatil, malah dalam penuh kepura-puraan boleh pula menjadi ibu kepada anak-anak saya.

Saya selalu berdoa dalam sujud: Laailaahailla-antasubhainiii-kuntuninadzoliminnnnnn. Seisi dunia perlu melihat keadilan Allah supaya akan menjadi pengajaran dan iktibar untuk generasi akan datang.

Sebenarnya saya dah tahu lama gerak geri kecurangan....saya baca SMS dalam telefon tetapi saya hanya diamkan saja walaupun ianya adalah suatu kedayusan...malah yang menjadi kebimbangan saya adalah bala yang bakal diterima yang pastinya tidak akan tertanggung olehnya....saya minta Allah jangan menjatuhkan hukuman terlalu berat supaya anak-anak tidak akan sedih dan negeri melihat keadaan ibu mereka. Dalam tahajud saya...saya diberi bayangan yang seisi alam akan ngeri mendengarnya baritentang siksaan yang akan diterimanya, apatah lagi menyaksikannya. Cuma kalau Allah mahu balakannya...saya mohon biarlah setelah anak bongsu saya dewasa dan boleh faham kenapa sedemikian dasyat hukuman yang diterima. Curang (tidak semestinya merlaku perzinaan tetapi berkasih dengan orang lain sedangkan sudah bersuami juga dalah suatu kejalangan) dan menderhakai suami adalah dosa yang amat besar....perlu mememinta dan menerima maaf secara terbuka walaupun sudah bercerai. Perceraian tidak akan melupuskan dosa masa lalu letika bersama.

Dalam kes ini saya tak rugi apa-apa kerana kesabaran dan reda dengan segala ujian adalah berpahala. Barangkali inilah bonus pahala buat saya yang adakalanya terleka dalam menyegerakan menunaikan sembahyang fardu dan sebafai kerana terleka dengan tugas mencari rezeki untuk anak bini. Apa yang berlaku menginsafkan saya bahawa apa jua usaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak bini tidak akan ke mana kerana apa yang dikrjar hanya daki semata.

Saya tidak malu membongkar masalah hidup saya dengan harapan iannya akan menjadi pedoman untuk generasi akan datang. Insyaallah!