Mursyidul Am Pas tidak halal takdir dan suratan-Nya?
APA yang diharapkan penyakit angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak kerana menganggap diri sebagai tokoh berpengaruh dan mempunyai bilangan penyokong taksub yang ramai hasil bisikan syaitan dan iblis laknatullah bukan sedang menawan pemikiran dan perasaan, Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Penulis sering mengikuti Kuliah Jumaatnya serta ceramah-ceramahnya, malah sepanjang tahun 1998-2005 semasa bertugas di Unit Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Negeri Kelantan (UPKn), tugas penulis adalah mencatat ucapannya dan menyiatkan melalui Buletin UPKn, buku atau pun Al-Jidariah (akhbar dinding) yang menjadi tugas rutin penulis.
Antara yang penulis sangat ingat dan dikunci dalam otak kepala penulis adalah kata-katanya bahawa tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin-Nya. Manusia tidak boleh kenyang kalau tidak makan kerana kewajiban untuk kenyang kena makan, kemestian untuk hilang dahaga kena minum, kewajipan untuk hilangkan mengantuk kena tidur dan sebagainya.
Dengan kata lain apa pun yang berlaku hanya akan berlaku hanya dengan izin-Nya walaupun bertentangan dengan naluri manusia. Manusia tidak mampu untuk melakukan apa-apa juga kehendak sendiri tanpa izin-Nya, terasuk untuk menggerakkan walaupun hanya sebatang jari, untuk tidak berkelip dan segala macam 'tidak' bagi yang sepatutnya berlaku.
Keupayaan manusia hanyalah berusaha untuk menggapai apa yang dimahukan. Sama ada gagal atau jaya miliki apa yang diharapkan, segala-galanya bergantung kepada ketentuan-Nya tetapi manusia dituntut berusaha tanpa rasa putus asa di samping berdoa. Berputus asa dilarang dalam Islam manakala usaha tanpa kenal jemu dan putus asa itu adalah ibadah.
Tetapi bila memberi respon kepada setiap kali keputusan pilihan, penulis perhatikan Nik Aziz sering tidak pernah kota apa yang dikata. Beliau tidak mengaggap keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada Pas/PR sebagai ketentuan takdir dan suratan-Nya. malah tidak pula cuba untuk memuhasabah diri kenapa Allah tidak mentakdiran Pas/PR menang.
Setiap kali kalah, maka akan dituding, dituduh dan ditohmah Suruhanjaya Pihanraya (SPR) berat sebelah dan tidak telus, lawan guna taktik kotor, kerana pengundi hantu, orang yang sudah mati pun masih mengundi dan macam-macam alasan lagi yang kadang-kadang kalau diteliti jelas ketentuan dan taksir Allah ditolak tepi.
Secara hakikat dan natijahnya, tudingan, tuduhan, andaian dan tohmahan yang dibuat bersifat mengkeranakan keklahan Pas/PR sering menyimpang jauh dari dari hakikat bahawa segala-galanya telah ditentukan oleh takdir dan suratan-Nya. dari 'KUM' firman Allah, maka 'FAYAKUN'lah sesuatu perkara itu.
Apakah berat sebelah dan ketidak-ketelusan SPR jika benar berlaku, taktik kotor lawan jika benar terjadi, pengundi hantu dan orang yang suda mati pun mengundi jika benar-benar wujud dan macam-macam sebab dan kerana lagi yang dijadikan punca dan faltor penyebbab kekalahan Pas/PR mampu melawan dan membaiki takdir dan suratan-Nya?
Bukankah apa yang telah, sedang dan akan terjadi telah sedia tercatat sebagai skrip takdir dan suratan-Nya yang wajib dipercayai kerana ianya adalah sebahagian dari Rukun Iman yang yanng enam. Mengenepikan takdir dan suratan-Nya bukankah boleh membawa kepada kepunahan akidah?
Keupayaan manusia adalah hnya berusaha di samping berdoa, malah lebih bersifat pencarian sama ada apa yang diusahakan selari dengan apa yang telah tersurat dalam suratan dan takdir-Nya atau pun sebaliknya. Setelah berusaha tanpa rasa rasa putus asa, maka manusia yang beriman dan bertakwa kena redha dengan takdir dan suratan-Nya.
Dengan segala rujukan yang ada, penulis cuba mencari apa rasionalnya Nik Aziz boleh tidak menghalalkan kemenangan Umno/BN Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau baru-baru ini semata-mata kerana mendakwa Umno/BN guna taktik kotor dan jentera kerajaan berat sebelah Taktik kotor itu adalah dalam bentuk dakwaan. Bila dakwaan ianya tidak semestinya betul.
Jentera kerajaan berpihak kepada kerajaan adalah suatu kewajaran kalau pun iannya benbar-benar berlaku kerana jentera kerajaan memnag kena mempertahankan kerajaan yang mendapat majoriti rakyat. Kalau jentera kerajaan, malah jika pegawai kerajaan secara individu membantu pembangkang ianya adalah suatu bentuk pembelotan dan sabotaj, malah bersifat pecah amanah terhadap mandat rakyat.
Pegawai/jenteraan kerajaan yang memberi khidmat kepada pembangkang samalah seperti menjual rahsia dan senjata kepada musuh dalam peperangan. Kena letak jawatan dulu baru boleh tentang kerajaan kerana kerajaan terbentuk hasil majoriti dan mandat rakyat. Menentang kerajaan bermakna menentang majoriti rakyat yang menyumbang kepada pembentukkan kerajaan dan pembangkang kena menerima hakikat dan risiko bahawa mereka sebenarnya mencabar mandat dan majoriti rakyat.
Malah kalau 'orang pembangkang' didapati membantu kerajaan pun, pasti akan dikenakan tindakan. Tokoh yang dipersohor dan dijulang Pas kerana dalam ucapan sering menyebut wamakaru wamakarollah pun sekarang sudah menjadi sasaran kecaman Pas/PR kerana meninggalkan PR dan menjasi wakil rakyat Bebas.
Kebangaan terhadap Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zaid Ibrahim juga bertukar dengan cacian kerana kedua-duanya tidak lagi berpihak kepada PR dan ledidukan mereka sekarang boleh menjadi ledakan bom kepada PR. Ini jelas membuktikan bahawa kedua-duanya dilabel sebagai pembelo yang mana pembelotan adalah tindakan dan perlakuan yang dianggap tidak ajar oleh semua pihak.
Ertinya kalau jentera kerajaan berpihak kepada kerajaan ianya dalah suatu kewajaran. Pegawai/jentera kerajaan yang menentang kerajaan barulah menjadi tidak wajar. Menmpersoalkan kewajarannya jentera kerajaan bepihak kepada kerajaan dan tidak menghalalkan kewajaran jentera kerajaan berpihak kepada kerajaan sebenarnya yang tersangat dan teramat-amat tidak wajar.
Lagi pun jika dilihat dari sudut pandangan Islam, dengan mata iman dan takwa, apakah berat sebelah dan ketidak-telusan SPR, jentera kerajaan berat sebelah dan macam-macam alasan dan sebab yang diberikan oleh Pas, lebih-lebih lagi oleh Nik Aziz sebagai Mursyidul Am yang digezet sebagai 'tok guru' cukup berkuasa melawan dan membaiki takdir dan ketentuan-Nya.
Hakikat dan natijahnya, kemenangan Umno/BN di Kerdau damn Merlimau telah sedia terskrip dalam suratan dan takdir-Nya. Umno/BN tidak ada kuasa yang mampu merubah dan menghadapu suratan dan ketentuan takdir. Kalau Nik Aziz tidak halalkan kemenangan itu bermakna beliau tidak menghalalkan suratan dan takdir-Nya.
Persoalannya, siapa Nik Aziz Aziz untuk mempertikai dan menolak, apatah agi untuk tidak menghalalkan suratan dan takdir-Nya. Penulis tidak yakin orang yang kononnya alim boleh mengucapkan kata-kata 'tidak halal' untuk apa yang telah dimaktubkan oleh takdir dan suratan-Nya. Pengucapan sedemikian hanya diucap oleh kalangan yang 'jahil teropong', yang 'jahil tukil' pun tak akan sanggup mengucapkannya.
Suara ketidak-halalan itu bagi penulis bukan suara Nik Aziz yang menurut dakwaan penuh kemegahan para penyokong taksubnya bahawa tokoh yang mereka taksubi itu cukup banyak amal ibadah dan sembahyang bangnya. Sebaliknya bagi penulis suara itu adalah suara syaitan dan iblis yang boleh menyesat dan memunah-ranahkan akidah kalau tidak segera beristighafar memohon keampuan-Nya, malah kena ada keberanian di kalangan pendukung dan penyokobng Pas untuk memperingatkan Nik Aziz bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah, kalau tidak seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong Pas akan brdosa.
Syaitan dan iblis boleh ada laluan untuk menggunakan orang yang tidak sepatuntnya tidak membuat kesilapan itu kerana orang yang berkaitan barangkali adakalanya ada penyakit angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak kerana menganggap diri tokoh berpengaruh dan mempunyai bilangan penyokong taksub yang ramai. Manusia angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak bersaudara dengan syaitan dan iblis yahg dilaknat,
Kalau suara yang tidak bersulamkan bisikan syaitan dan iblis pasti akan mengucapkan kata-kata antara lain berbunyi: "....kita telah berusaha...kita terlah terangkan tentang apa baiknya kalau pengundi memilih kita dan apa yang tidak baiknya jika mengekalkan sokongan kepada Umno/BN tetapi nampaknya majoriti pengundi masih juga memilih Umno/BN.
Kepada kita Umno/BN tidak molek tetapi rakyat masih melihat Umno/BN molek, apa yang boleh kita buat kalau rakyat membuat pilihan sedemikian. Kita hormati keputusan rakyat sebagai pengundi dan kita sebagai parti yang berjuang berteraskan ajaran Islam tidak akan berputus asa untuk terus berusaha. Kekalahan ini pasti ada hikmahnya.
Kita akan muhasabah...memncari punca kenapa Allah masih tidak mengizinkan, tidak mentakdirkan kita menang. Sesungguhnya sebagai manusia, kita hanya boleh berusaha sambil berdoa, tetapi kita tidak mampu merubah takdir dan suratan-Nya. Kemenangan Umno/BN di Merlimau dan Kerdau adalah kerana itulah ketentuan dan suratan-Nya. Kita kena redha, calon yang kalah dan para penyokong kena redha".
Sesungguhnya mengecam Umno/BN kerana menang dalam pilihanraya bermakna mengecam rakyat selaku pengundi yang memberi undi dan memanangkan Umno/BN yang seara hakikatnya Umno/BN tidak ada sebarang kuasa luar biasa untuk menang kalau bukan kerana para pengundi yang memberi mandat dengan izin-Nya dan juga kalau bukan kerana kemenangan itu menag telah termaktub dalam tadkir dan suratan-Nya.
4 comments:
SPR tu hanyalah asbab kekalahan PAS sahaja. Memang takdir dah tersurat.Cuma bab 'tak halal' ni benda dalam hati seseorang dan tak patut terluah. Jika terluah juga melalui kata-kata, kita kena tengok asbab dia. Mungkin kalu Malaysia ada duit RM100,PRU12 lepas rakyat dah bahagikan RM51 untuk BN, RM49 untuk PR.Masing2 ada saham sebagai kerajaan dan sebagai pembangkang. Kadang2 saya nak tergelak juga bahasa Utusan Malaysia kata, "...kerajaan pakatan pembangkang di selangor.....Akhbar perosak bahasa Melayu. Moralnya di sini rakyat yang melabur duit RM49 tu melihat ketidakadilan dan berat sebelah tentang bagaimana corak pentadbiran negara dijalankan, contoh yang terbaik adalah liputan media kerajaan di negeri2 selangor, kedah, pulau pinang dan kelantan. Semenjak saya dlm darjah 2 (tahun 1993), bila cikgu ajukan soalan pengetahuan am berkenaan menteri besar negeri2, semua jawab hampir betul tapi jawapan mb kelantan dibiarkan kosong sebab tak tahu. Moralnya di sini pentingnya media mengenal siapa kerajaan, siapa pembangkang dan sistem pemerintahan berpusat dan federelisme yang menjadi amalan Malaysia..
Dulu :
celaka..celaka....celaka...
Sekarang :
tak halal ... tak halal ... tak hala
Esok :
????????....??????....????????????
Kalau kita angkuh dan sombong...
suatu masa nanti Allah akan menyedarkan jua...
Tsunami di Jepun mengajar kita tentang kekuasaan Allah...
Dalam sekelip mata saja bangunan dimusnahkan...
Begitulah dengan kuasa...
Tunggulah hari dan waktunya...
jika diizinkannya...
Barangkali masa itu baru akan sedar...
Segalanya datang dari Allah...
Bukan SPR...
Bukan Pengundi Hantu...
Bukan Jentera Kerajaan...
Bukan Taktik Kotor...
Tapi...
KUN FAYAKUN...
MasyaAllah membaca tulisan Abg Meli..sepatutnya ini tulisan Dato MB Kelantan..Tapi bila amarah menguasai qalbu..jadilah kenyataan sepertimana diucapkan oleh YAB Dato MB Kelantan yg tidak bersandarkan kpada Qada dan Qadar...Penyokong pun tidak "berani" nak menegur takut2 di chap "menyokong" UMNO..jadilah penyokong2 yg mendengar dan tidak bereaksi.. Punahnya sistem politik kepartian..
Post a Comment