Monday, March 7, 2011

MUNCUL KEMBALI (947)/7

Ramalan dan firasat untuk DUN Pasir Pekan PRU-13

DUN Pasir Pekan mempunyai 21,462 pengundi berdaftar berdasarkan perangkaan pada pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) dengan 98.69% daripadanya adalah Melayu, 0.95% Cina, 0.13% India dan 0.21% bangsa-bangsa lain. Kedudukan Pas di DUN ini turut terjejas kerana para pengundi atas pagar tidak akan berpihak kepada Pas/PR ekoran Pas dianggap sudah tergelincir rel dari matlamat dan tujuan asal penubuhannya kerana bekerjasama dengan DAP. Ramalan dan firasat keputusan di Pasir Pekan adalah seperti berikut:

Keputusan PRU-12
UMNO/BN: 6,590
PAS/PR: 11,106
MAJORITI: 4,516
UNDI ROSAK: 253
KELUAR MENGUNDI: 83.63%

Keputusan PRU-13 (berdasarkan ramalan dan firasat)
UMNO/BN: 7,590
PAS/PR: 7,691
AKIM/KITA: 20
MAJORITI: 163
UNDI ROSAK:13
KELUAR MENGUNDI:15,314 (Kemenangan tipis Pas di Pasir Pekan pada PRU-13 adalah kerana pengundi sayangkan bodi calonnya jika yang bertandingnya masih lagi Dato' Ahmad Yaakub. Kalau calon lain yang bertanding, Umno/BN akan menangdengan majoriti 3,000 ke atas)

NOTA: esok saya akan berikan ramalan/firasat untuk DUN Bukit Tuku. Ramalan hanya tertumpu kepada DUN-DUN sahaja kerana ianya akan menentukan pembentukkan kerajaan negeri. Di Pusat pada hemat/firasat saya Umno/BN tidak akan tergugat untuk tempoh 230 tahun akan datang.

5 comments:

Anonymous said...

Marilah sama-sama kita membantu merealitikan firasat Pak Cik Meli di sini...(Sinar Harian), AFUNDI SETUJU pada bancian sinar harian terbaru ini,

'Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan BN di Kerdau dan Merlimau memberi isyarat bahawa seluruh masyarakat berbilang kaum telah dapat menerima perubahan dari segi dasar-dasar transformasi ekonomi dan sosial yang dibawa oleh Perdana Menteri.'
Setuju
29%
Tidak setuju
71%
Jum. Undian : 10194

Jangan dah sampai 30k 40k AFUNDI TIDAK BERSETUJU barulah nak kata baru banyak itu. Mintak sama-samalah kita mengejutkan sahabat di BATANG AI, BATU SAPI, BANGAN PINANG, KERDAU, MERLIMAU, GALAS, HULU SELANGOR untuk sama-sama AFUNDI, WiFi pun dah lama masuk dan percuma.

Saya bukannya apa, sebenarnya kesian kat Pak Cik Meli digelakkan oleh 'Anonymous' pondan tak bernama.Mencari kesempatan diatas kesusahan org. lain. Sepatutnya 8 tahun Pak Cik Meli di Urusetia Penerangan tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Habis madu hutang pulak meminggang.Itu realiti berlaku bersama PAS, macam itulah realiti berlaku dibalik sana bersama UMNO. Kalau tidak, tak akan berlaku PAS masuk UMNO, UMNO masuk PAS

hassan... said...

*

hassan said...

Mengapakah UMNO tidak memakai sistem ISLAM sepertimana PAS. Petikan dari Mystar Bahasa Melayu'@

...Tindakan PAS Haramkan Tiket Loteri Timbulkan Rasa Tidak Senang Masyarakat Bukan Islam – Muhyiddin

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat bukan Islam kerana ia dianggap menyentuh hak mereka.

“Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata sekatan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS itu telah dianggap oleh masyarakat bukan Islam sebagai menyentuh hak mereka.

“Dari segi undang-undang tindakan mereka (orang bukan Islam) membeli loteri tidak salah. Jadi isu pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat bukan Islam,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau juga telah dimaklumkan bahawa MCA juga akan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenainya.

“Berdasarkan apa yang saya baca di akhbar, MCA akan buat laporan kepada pihak berkuasa, cuma saya belum dimaklumkan apakah bentuk tindakan mereka itu.

“Saya pasti ada pihak yang merasakan hak mereka telah dihalang atau disekat dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan itu,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu sejajar dengan konsep ‘Membangun Bersama Islam.’

Saya orang muda dan rasanya saya pasti mempunyai jiwa Islam dan mahu kepada sistem Islam tak kira politik, ekonomi, sosial setelah melihat realiti yang berlaku di sepanjang hidup.Bolehkah saya mendapatkannya di dalam UMNO? Firasat mahu sebegitu tapi realiti tak sebegitu

Cekati Pinang said...

Ramalan/firasat untuk DUN Chetok macam mana dengan stastik...

Anonymous said...

Abang Li tak usaha pedulikan puak-puak PASik yang nak masuk syurga secara mudah dengan mengisi orang Parti je. Puak ni sentiasa tak mengalah pada orang lain kecuali DAPig aje. Kekalahan dalam 5 PRK pun tak nak diakui akan perubahan minda rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Tapi bila menang je PRK mereka tidak sebut pulak perkara itu. Inilah perangai anak syaitan yang bergurukan "Tuk Guru Babuk" yang mendahului Allah dalam menentukan syurga/neraka seseorang.Teruskan firasat yang dibuat.