Saya akan bersabar dan redha
MASIH ramai penjenguk blog saya yang keliru, lantas membuat tomahan, andaian, persepsi dan tanggapan liar dan melulu. Dari email dan SMS yang diterima, ramai yang menuduh saya gila talak tiga ekoran keruntuhan rumhatangga saya, maka saya membuat ramalan tentang keputusan yang pilihanaua umum ke-13 di Kelantan yang tidak berpihak kepada Pas.
Apa yang dimaklumkan, dalam membuat kajian dan bancian mengenai kedudukannya di Kelantan, Pas mengesahan parti itu akan kehilangan 24 kerusi, kerana itu nada pimpinan, termasuk Dato' Nik Aziz berubah berkaitan dengan Melayu. Namun pada saya Pas akan kalah teruk dan akan kehilangan kuasa di Kelantan pada pilihanraya umum akan datang.
Saya buat ramalan itu berdasarkan pemerhatian saya sebagai pengamal media yang telah berpeluang menyaksikan kejatuhan Pas pada tahun 1978 dan kejatuhan Umno/BN pada tahun 1990. Mood kejatuhan Pas tahun 1978 dan mood kejatuhan Umno/BN pada tahun 1990 sedang bertunas dan merimbun di Kelantan sekarang.
Yang kena penjengok blog tahu, saya bukan orang parti politik walaupun saya bukan baru dalam dunia politik. Soal bekas bini terus kuat Pas atau tidak, bukan menjadi faktor penyebab saya buat ramalan dan firasat. Lagi pun yang dorong dia masuk Pas dari S46 adalah saya.
Sejak lama dulu saya menang penyokong kuat Pas, tetapi saya bukan ahli Pas. Ratusan ribu duit saya hanyut terbitkan buku julang tokoh Pas. Penjegok boleh semak buku-buku saya. Antaranya: Gara-Gara Penangan Tok Guru Orang Istana Merana, Amanat Tok Guru, Menteri Besar Berkopiah Bawa Tuah, Parti Pilihan Rakyat Kelantan, Panglima Jihad Pas, Nik Adli Hero Baru Persada Politik Negara dan sebagainya di samping siri Membangun Bersama Islam, serta akhbar mingguan dan majalah bulanan yang saya terbitkan.
Kerana itulah agaknya, maka saya diundang berkhidmat di Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan, bukan kerana saya orang parti politik tetapi kerana profesionalisme saya sebagai pengamal media. Mesyuarat cawangan parti diadakan di tingkat bawah rumah saya pun saya tak pernah turun menyertainya.
Bila masuk urusetia, saya mula kenal orang-orang Pas. Lapan tahun makan gaji dengan Pas adalah suatu pemenjaraan minda dan perasaan yang anti ketaksuban dan kejumudan. Pas molek tapi orang Pas yang menjadi pertikaian. Macam juga Umno, matlamatnya baik tapi orang yang mencoraknya yang buat masalah.
Saya mula menegur Pas masa saya masih bekerja di urusetia lagi, bukan baru. Kerana itu walaupun ada yang anggap saya banyak hentam Pas kerana dendam dan kecewa berpunca dari tidak disambung kontrak, saya tak ambil kisah kerana ianya tohamah liar dan andaian kalangan yang tidak tahu duduk perkara sebenar.
Demikian juga kes perceraian saya dengan bini saya. Bukan kerana bercerai dengan bini, maka saya serang Pas. Saya ceraikan dia kerana tidak mahu dia terus memikul dosa kerana abaikan suami dan anak-anak serta dosa menghina saya sebagai suami di depan rakan-rakan Pasnya.
Dia anggap Pas boleh menjanjikan syurga berbanding dengan memberi perkhidmatan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Dia tidak tahu dan tidak diberitahu bahawa syurga bagi seorang isteri dibawah telapak kaki suami. Kalau saya bagi tahu dia perlekeh kerana saya bukan ustaz, tapi hakikatnya saya mengaji sekolah agama dan banyak juga tadah kitab, setidak-tidaknya darah Tok Padang Jelapang dan Tok Wali Hassan ada mengalir dalam tubuh saya walaupun tidak banyak.
Dia tidak akan fail permohonan cerai kalau saya berhenti menegur pimpinan Pas sebagaimana yang dia mahukan apabila dia sering terdedah dengan kecaman, perli, sindir dan dikecam dalam mesyuarat parti kerana tulisan-tlusan saya yang tidak labakan Pas tetapi saya ada prinsip, saya bersekolah agama, saya memilih untuk memenuhi tuntutan cerainya dari berhenti menegur Pas.
Saya tahu bekas bini saya terlalu mentah dalam soal politik di samping dia bukan dari didikan sekolah agama, dia terpedaya dengan tarbiyah songsang Pas. Dia ibarat orang buta jamah ekor gajah, kerana buta, ekor pun dah dikata gajah dah.
Saya hormati minat dan ketaksuban dia, malah bersimpati. Untuk elak dari dia terus pikul dosa kerana derhaka sebagai isteri, maka saya ceraikan dia kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk dia dan juga saya yang dia sendiri labelkan sebagai dayus kerana tidak ceraikan dia yang kononnya kalau saya ceraikan dia pagi ni, sebelah petangnya dah akan ada yang akan masuk meminang dia. Saya faham, dia orang popular kerana itu dia mengalami kejutan budaya.
Tidak timbul soal gila talak tiga dan sebagainya kerana saya yakin bekas bini saya cukup tahu sikap dan prinsip saya. Untuk makluman para penjenguk, saya yang nak bagi dia talak tiga tetapi dia yang minta saya hanya bagi talak satu semasa di mahkamah.
Walaupun bukan lagi laki bini, kami tetap sahabat, lagi pun antara kami ada pertalian keluraga walaupun pada sekadar bau-bau bacang. Dia juga waris kepada bapa tiri saya. Di samping itu walaupun saya dianggap tidak pernah berbudi dan berjasa kepadanya dan anak-anak, dalam saluran darah anak kami mengalir darahnya dan darah saya.
Saya sanggup kehilangan bini dan menyebabkan anak-anak sedih dan kecewa kerana bagi saya adalah fardu kifayah bagi saya untuk menegur Pas kerana bila mati Allah akan tanya apa yang saya buat semasa di dunia. Kerana saya bersekolah agama dan ada menadah kitab lebih kurang, saya tidak mudah taksub kepada Pas dan mana-mana parti politik sekali pun.
Pasal bini....kalau saya ada selera untuk kawin lagi, saya boleh kawin bila-bila masa. Ada muslimat Pas sendiri pun yang tawarkan diri sebagai pengganti bekas bini saya, kononnya saya seorang saumi yang terlalu baik. Saya tak tahu pula saya ini baik. Lagi pun kalau saya baik macam mana bini boleh tuntut cerai.
Kepada muslimat berkaitan saya kata saya belum bersedia untuk berkahwin lagi kerana saya mahu beri tumpuan dalam mendidik anak-anak, terutama anak paling kecil yang agak terabai kerana kegilaan melampau bekas bini saya dengan kerja-kerja politiknya.
Lepas anak saya besar dan mampu berdikari nanti, kalau masih ada hayat barulah saya akan kawin, itu pun kalau saya ada selera. Sebagai bapa yang kononnya tidak pernah berbakti, berjasa dan berbudi kepada bini dan anak-anak (berdasarkan tanggapan bini saya) saya tidak harapkan anak-anak yang kena ada kehidupan sendiri akan menjaga saya ketika tua, tidak mustahil bila anak-anak sudah ada kehidupan sendiri, saya akan memilih menghuni rumah orang tua-tua untuk menghabiskan sisa usia.
Saya lebih mengharapkan anak-anak memberi tumpuan kepada mama mereka kerana hidup sebagai janda akan terdedah kepada pelbagai fitnah, malah kalau dia kahwin lain pun, belum tentu suami barunya mampu bersabar dengan kerenahnya yang hakikatnya jauh bezamya antara zahir dengan hakikat. Saya adalah 31 tahun pengalaman bersamanya, beristerikannya perlu kesabaran berganda-ganda.
Bagi saya bini bukan satu keperluan terdesak dalam hidup kerana saya bukan kaki kemaruk seks pun...masa saya lebih banyak kepada berkarya serta memberi tumpuan kepada menunaikan tuntutan fardu kifayah di samping melipat-gandakan keawjipan fardu ain kerana umur pun dah semakin senja. Lagi pun saya ada juga kemahiran memasak, tanpa bini saya boleh masak sendiri, malah masa ada bini pun saya sering masak sendiri kerana bini lebih memberi tumpuan kepada aktiviti parti.
Mengakhiri posting ini, saya mengambil kesempatan berterima kasih atas kritikan dan penghinaan terhadap saya. Saya seronok menerimanya kerana ianya akan dapat menampung jumlah pahala yang tidak seberapa yang mampu yang himpunkan kerana kejahilan dan kurangnya ilmu saya. Melalui tuduhan, tohmahan, tanggapan, andaian liar, penghinaan dan sebarang usaha untuk buruk dan hina saya adalah bonus pahala buat saya.
Terima kasih juga kepada mana pihak sama ada dalam bentuk kumpulan atau individu yang telah menjadikan bekas bini saya mengalami 'kejutan budaya'. Apa juga sumbangan yang diberi yang menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga menyebabkan anak-anak berdukacita, ada dalam catatan para malaikat.
Jika selepas bercerai dengan saya bekas bini saya menjadi semakin baik, semakin beriman dan bertakwa, maka mungkin penyebab kepada keruntuahan rumahtangga saya akan dapat pahala, jika yang berlaku adalah sebaliknya, maka dosa akan timpa menimpa selagi tidak menerima maaf dari anak-anak saya.
Saya yakin walaupun kepada orang Pas saya lebih hina dan tidak berguna dari anjing kurap buruk kepala, namun di sisi Allah saya tetap ada harga, kalau tidak awal-awal lagi saya tidak akan dicipta-Nya kerana kelahiran saya ke dunia ini bukan saya yang minta, malah macam mana saya ni orang adalah sebagai yang telah tercatat dalam skrip takdir dan ketentuan-Nya.
Kerana itu saya tidak pernah berdukacita dengan penghinaan sesama manusia kerana saya yakin Allah akan berlaku seadil-adilnya terhadap setiap hamba-Nya, termasuk saya selagi saya mampu bersabar dan redha dengan apa yang berlaku dan yang dirancang serta dilakukan terhadap saya untuk apa tunjuan, maksud dan matlamat sekali pun.
17 comments:
Petikan Bancian di Sinar Harian..
"Sikap berdiam diri Pas dalam isu pluralisme iaitu satu fahaman yang amat bertentangan dengan akidah Islam jelas membuktikan kepimpinan parti itu sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa."
Setuju
35%
Tidak setuju
65%
Jum. Undian : 36332
Yang ni bukan ramalan atau firasat, tapi kenyataan yang bakal diterjemah PRU 13. Ini bukan 1 pertama bancian, trend bancian sebelum ini di Sinar juga menyebelahi rakyat yang pro-PR
Pro PR apa ke benda. PRK merlimau and kerdau tak menang jugak. Takat budak2 undi kat internet citer lain beb. Ni undi nak kena cukup umur, daftar pengundi dan sbgnyer.
Kalau betul rakyat pro-PR, apsal kalah kat merlimau ngan kerdau? Pasal tu kawasan BN? Kata 'rakyat' pro-PR. 'Rakyat' mana? Hok main starcraft kat cybercafe?
Jangan syok sendiri. Banci baru 36 000, takde mende beb.
Kepada Meli, mu jange takut. Mu oghe baik.
Hancur harapan nak tengok kelantan di tawan umno gara-gara sikap tak pandainya berpolitik mca (proksi umno dlm bn)dalam isu loteri( haram disis islam tapi sah kalau ada lesen dari kerajaan pusat)!
Penat2 pok syeikh kick dok bongkar dlm ejen 'johnson'nya bila pbt pergi ambush premis tu..cina mca pulok bantah. Rujuk sinar harian edisi kelantan hari ini 5/3 (MCA protes premis loteri diserbu). Pah tu umno nok hidup macam mana di Kelantan ni.
Sib baik bukan DAP yang berbunyi. kalu tidak tu macam mana la set-set umno mengaum. Ini lah bagusnya bila DAP bersain denga PAS ke guano Cik Meli kito?..haddoi le mca..mca..you ruin Cik Meli prophecy la..
Pluralisme adalah fahaman yang sesat lagi menyesatkan sama seperti Parti PASik yang ternyata sesat disisi Allah kerana menentukakan Syurga / Neraka seseorang, sedangkan ianya hak mutlak. Bukannya ditentukan oleh Tok Guru Babuk yang sorang tu.
tambahan (hendaklah dibaca)
......sedangkan ianya hak mutlak Allah, bukannya manusia.
Haji Yeop Pelior...
Kalau nak tahu trend lagi, mintak Utusan dan Berita Harian pun buat bancian sama. Ini letak bancian tahap minta budak2 tadika. Mystar Melayu pun menunjukkan trend yang sama dengan Sinar.Trend ini majoriti berlaku di kawasan bandar dan pinggir bandar. Jangan terkejut firasat meli hanya sekadar firasat kampung seperti yang berlaku PRU 12.
Salam buat tuan..
Untuk membuat sesuatu ramalan atau firasat tentunya setiap orang mempunyai perkiraan masing-masing. Setiap kita mempunyai hujah yang tersendiri untuk menyatakan firasat masing-masing. Biarpun begitu saat penentuan sebenar adalah setelah pengiraan undi dikira dan diumumkan maka ianya adalah jelmaan diatas firasat yang benar..
Biarpun begitu dalam membuat firasat kadang-kadang secara kebetulan ia menjadi dan kadang-kadang ia meleset. Apapun isu semasa banyak mencorak kearah terjadinya sesuatu firasat kerana firasat yang berfakta banyak menyumbang kearah kebenaran,
Sungguhpun begitu kalau terjadi sesuatu isu panas yang terakhir disaat kemuncak PRU maka firasat tersebut dengan sendiri akan berubah dan berpusing 360 darjah,
Firasat bukan sebuah dogengan seperti Nujum Pak Belalang....tapi lahir dari kajian dan penyelidikan...walahaualam
Pas/PR kalah di Melimau dan Kerbau kerana pengundi hantu kot...jangan-jangan orang yang dah mati pun mengundi.
Di Kelantan pernah dikatakan orang yang dah mati pun megundi masa PRK Pengkalan Pasir, sebab tu Pas kalah ketika itu.
Yang peliknya wahai makhluk di langit dan di bumi, orang dikatakan mati dan mengundi tu benar-benar hadir di mahkamah bagi membuktikan dia yang Pas kata mati masih hidup.
Percayalah kalau Pas dengan wajahnya sekarang, saya yakin macam Meli kata, 230 tahun lagi pun Umno/BN tidak akan tumbang dan tidak ada sebab untuk tumbang.
Para Pengjenguk yang dihormati!
Firasat adalah fitasat dan ianya tidak akan membuahkan hasil yang mutlak. Firasat - dalam dunia kemediaan dipanggil analisis - adalah berdasarkan kepada pemerhatian keadaan dan suasanba sekutar dan dirmuskan oleh pembuat analisis atau pemirasat.
Mempercayai firasat adalah betul dan tempat adalah tidak wajar, malah barangkali boleh pinahkan akidah. Yang kena dipercayai adalah apa pun keputusan serta jumlah majoriti dalam sesuatu pilihanraya telah sedia terskrip dalam suratan takdir dan kettentuan.
Saya terkejut, malah amat menakutkan saya, apabila Umno/BN menang di Merlimau dan Kerdau, saya menerima ucapan tahniah dan terima kasih kerana kononnya telah membuat firasat yang tepat: Umno/BN dan majoriti bertambah. Yang patut menerima tahniah adalah calon yang menang, yang patut menerima ucapan terimakasih adalah para pengundi dan yang penting kena panjatkan kesyukuran kepada Allah.
Meli hanya peramal dan pemirasat cabut, ramalan kampung yang tidak ada sebarang unsur-unsur profesionalisme kerana Meli tidak ilmu, mulut tidak masin. Saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan Hassan yang mencatat: "Jangan terkejut firasat meli hanya sekadar firasat kampung seperti yang berlaku PRU 12"
Kalau adalah kebih dari seorang orang macam Hassan, pasti tidak akan berlaku ketakburan di kalangan para pemimpin yang sanggup menyeanai-syurga-nerakakan orang, malah tidak akan berlaku unsur-unusye pemBERHALAan semasa manusia atau melabelkan seseorang itu kermat atau bermulut masin.
Ada yang mendakwa setelah diistikarah, maka diyakini Pas akan menang di Merlimau dan Kerdau tetapi keputusan adalah sebaliknya. Maknanya siapa yang menang pada PRK Kerdau dan Melimau telah terskrip dalam takdir dan suratan-Nya. Justeru apa yang nampak dalam istikarah tidak akan menjadi kemnyataan apabila ianya bercanggah dengan apa yang terskrip dalam suratan dan takdir-Nya.
Insyaallah berdasarkan pwngalaman kemeiaan selama 31 tahun menyebabkan saya terdedah dengan pelbagai maklumat dan peristiwa, saya akan terus membuat ramalan dan firasat tetrapi jangan percaya bulat-bulat kerana saya tidak boleh mnendahului takdir. Firasat yang dibuat bertujuan supaya orang berkaitan beringat, jangan sombong, bonmgkak dan jangan enggan memuhasabah diri.
Ulasan Meli terhadap PRK Merlimau dan Kerdau
MUNCUL KEMBALI (949)
Gelombang Merah di Kelantan boleh turut mengancam Pas/PR di Kerdau dan Merlimau
APABILA namanya politik, maka setiap pemainnya yang memang benar-benar ada bakat dan berkemahiran dalam dalam berpolitik akan bercakap dengan maksud berlapis bagi menyembuyikan apa yang sebenarnya berlaku dalam parti. Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya adalah antara pemain politik yang berbakat dan berpengalaman.
Bila beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan keyakinan bahawa Pas/PR akan menang di Kerdau dan Merlimau, maka keputusan bagi kedua-dua kawasan adalah sebaliknya, maknanya Pas/PR tidak ada harapan untuk menang, malah akan kalah dengan lebih teruk.
Demikian juga bila beliau kata Pas mengamalkan kempen yang adil, bersih, tiada sogokkan dan ugut mengugut, maka yang diamalkan oleh parti itu adalah sebaliknya kerana beliau menggunakan bakat dan pengalaman bercakap berlapis-lapis sebagai pemain politik dan merupakan keperluan dalam kepentingan berpolitik dan berparti politik.
Sebenarnya pelancaran program Gelombang Merah, Transformasi 1 Kelantan Gelombang Rakyat yang dilancarkan oleh Umno kelantan baru-baru ini sangat memberi impak kepada Pas/PR, terutama Pas/PR Kelantan yang sedang mengalami masalah kemerosotan sokongan dan simpati kerana gara-gara bermain api oleh pimpunan parti itu yang menjalin kerjasama dengan DAP.
Beberapa pimpinan Pas mengakui sendiri kepada saya baru-baru ini bahawa Gelombang Merah merupakan ledakan bom yang mendatangkan ancaman kemusnahan dan sangat meresahkan Pas. Taktik, teknik dan pendekatan Mustapa Mohamad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan sekarang dilihat lebih merbahaya dan sangat menggugat Pas berbanding dengan era Tan Sri Annuar Musa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
Berbanding dengan Annuar, Pas/PR Kelantan lebih takutkan Mustapa. Ini adalah kerana Kerajaan Pas Kelantan nyaris-nyaris tersungkur pada pilihanraya umum kesebelas dulu yang mana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan pada waktu itu adalah Mustapa, apabila parti Pas hanya mampu mengekalkan kerajaan hanya dengan majoriti dua kerusi dan kemudiannya hanya tinggal satu kerusi yang mana satu kerusi itu pula hanya dimenangi dengan majoriti dua undi sahaja.
Dengan program Gelombang Merah, tidak mustahil Kerajaan Pas akan tumbang pada pilihanraya umum akan datang dan terpaksa menunggu setidak-tidaknya selama 20 tahun untuk kembali merampas Kelantan, itu pun kalau Umno/BN cuai dalam menjaga dan memelihara hati dan kebajikan rakyat selaku pengundi. Kalau Umno/BN tidak cuai memenyumpurnakan tanggungjawab, Pas/PR akan mengambil masa yang lebih panjang untuk kembali berkuasa di Kelantan.
Keberkesan program Gelombang Merah yang menterpaksakan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini tegar dengan pendirian mahukan apa pandangan dan perlakuannya dianggap betul belaka dan kalau dibantah alamat boleh kena marah, telah menukar pendirian dari tidak bangga menjadi dan dilahirkan sebagai Melayu kepada perjuangan Pas akan utamakan Melayu......
.......... Sasaran utama Pas Kelantan melalui kumpulan propaganda dan gerak sarafnya bagi menyekat kebangkitan Umno di Kelantan melalui program Gelombang Merah, Transformasi 1 Kelantan Gelombang Rakyat ialah dengan mewujud dan memprovokasi ketidak-sefahaman di kalangan pimpinan Umno, sama ada di pusat mahu pun di negeri-negeri.
Di Kelantan akan dprovokasi kewujudan Kumpulan Hussein Serama, Kumpulan Mustapa, Kumpulan Annuar Musa, Kumpulan Awang Adek dan sebagainya, termasuk Kumpulan Ibrahim Ali yang kononnya sangat berpotensi memecah-belahkan perpaduan Umno Kelantan kerana sikap Ubarhim yang tidak statik berada dalam sesebuah parti politik.
Seandainya Umno gagal dipecah-belahkan dan semua pimpinan Umno pula boleh membulatkan mandat mereka bagi membolehkan Mustapa mengatur strategi, taktik dan teknik, maka Kerajaan Pas Kelantan akan tumbang di Kelantan kerana pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong parti itu sedar dan kena menerima hakikat serta natijah bahawa sama ada parti atau pun kerajaan Pas Kelantan selama berkuasa di Kelantan hanya beretorik dalam hampir semua perkara dan ianya kini ibarat telur busuk yang telah pecah dan baunya tidak boleh dihadang dari menusuk hidung rakyat lagi.
Gelombang Merah adalah suatu kejutan dan ledakan yang benar-benar mencemaskan Pas sehingga sebagai tindakan bagi menyekat gelombang itu telah menterpaksakan Kerajaan Pas, antaranya mengagih-agihkan beras percuma bagi menfaat 4,500 rakyat miskin pada jumlah sekampit yang beratnya 10 kilogram sebulan.
Keghairahan menyerang kerajaan Umno/BN sedangkan kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang sama ada yang didomenasi oleh Pas, PKR atau pun DAP gagal membuktikan mereka lebih baik dari kerajaan Umno/BN yang memerintah sebelumnya menjadikan pembangkang dilihat oleh rakyat hanya jaguh beretorik, berangan-angan dan bermimpi tetapi gagal membuktikannya dalam bentuk realiti, menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat.
Dakwaan kononnya PR semakin kuat, hebat dan mantap pada hakikat dan natijahnya umpama menegakkan benang basah kerana hakikat dan natijah sebenar adalah di sebaliknya. Pas/PR tahu bukan senang untuknya menyembunyikan bau busuk telur temelarnya yang sudah pecah dalam usaha untuk menarik undi dan simpati di Kerdau dan Merlimau.
Sebagaimana sukanya untuk menyembunyikan bau busuk retoriknya, maka demikian juga betapa sukarnya untuk Pas/PR mencapai kemenangan di Kerdau dan Merlimau yang mana kekalahan di kedua-dua kawasan itu setelah mengalami banyak kekalaan dalam pilihanraya kecil sebelumnya, akan menjadi wabak, sindrom dan virus yang akan mereput dan meleburkan Pas, termasuk di Kelantan pada pilihanraya umum ketiga nanti.
salam semua,
semua org boleh membuat ramalan, apa salahnya, lantak dia lah.
jgn main nombor ramalan sudah, yg itu haram.
kalau PAS menang dimana-mana pilihanraya kerana pertolongan malaikat. kalau PAS kalah sebab pengundi hantu. Bangsat dan Dajal punya PAS. Parti PASik.
mungkin penggunaan ramalan itu tidak tepat..lebih baik kiranya gunakan analisa ...
Boleh dinamakan anialisa/analisis berdasarkan kepada keadaan dan suasana semasa dan pengalaman lalu, firasat adalah ramalan secara dalaman, benda yang belum berlaku ditetapi diyakini boleh berlaku dan ianya tidak seestinya berlaku.
Kasih Tok Guru Nik Aziz pada rakyatnya
Posted on Jun 28, 2009 by ummuabbas
Suatu hari, Tok Guru menghadiri majlis jamuan. Seorang lagi tokoh agama di negeri Kelantan duduk bersebelahan Tok Guru.
Sebaik hidangan diangkat, tokoh agama itu segera menyuapi makanan di depan mata. Telah beberapa suap dia makan namun Tok Guru di sebelah hanya diam tanpa menyentuh makanan.
Tokoh agama itu bertanya Tok Guru kenapa beliau belum juga menyentuh makanan.
Tok Guru menjawab bahawa dia teringatkan rakyatnya yang tiada makanan. Mungkin di saat dia makan itu, ada rakyat yang kelaparan.
Tokoh agama itu tersentuh hatinya dengan jawapan Tok Guru. Dia lantas menangis teresak-esak di sisi Tok Guru. Tokoh agama itu juga seorang YB namun dia terasa betapa berbeza dirinya dengan Tok Guru. Begitu halus perasaan Tok Guru pada rakyatnya.
Saya peminat kuliah Tok Guru dan tokoh agama itu (yang saya tidak sebut nama) sejak awal remaja. Saya sering mengikut Ma dan Abah ke kuliah-kuliah mereka di masjid-masjid. Saya mengenali dan dapat rasakan kelembutan hati tokoh agama itu lewat kuliahnya yang menyentuh rasa. Saya juga cinta dan rindu pada nasihat dan kalam ulama seperti Tok Guru. Bila mengetahui kisah di atas yang disampaikan oleh seorang ulama muda yang hafiz pula, saya agak tersentak juga. Dalam saya mengagumi kedua ulama itu, rupa-rupanya masih wujud perbezaan yang ketara di antara keduanya.
Saya tidak bermaksud merendahkan tokoh agama yang saya tidak sebut namanya itu. Bahkan saya mahu tonjolkan betapa hati dan jiwa Tok Guru yang sangat akrab dengan peribadi Rasulullah s.a.w. Itulah yang tersirat di sebalik amanah maha berat yang dibebankan Allah pada Tok Guru sebagai Mursyidul Am sebuah gerakan Islam di Malaysia.
Tok Guru berusaha sedaya upaya yang mampu mencontohi Nabi Muhammad s.a.w dalam segenap aspek. Pada peribadi, hubungan dengan anak isteri dan hubungan dengan orang ramai.
Tahukah saudara-saudariku? Dalam kempen sekelompok Melayu yang tidak mahu Islam di Manik Urai sekarang yang mahu menjatuhkan peribadi Tok Guru itu, hati Tok Guru sentiasa risau dan bimbang tentang keselamatan mereka di dunia dan akhirat.
Tahukah saudara-saudariku? Antara amanah sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am, Tok Guru merasa sangat berat dengan amanah sebagai Mursyidul Am. Ia bukan calang-calang tanggungjawab. Tanggungjawab memimpin roh dan akal manusia menuju Allah. Tanggungjawab mendekatkan manusia kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi dan yang hanya berhak disembah di dunia ini secara mutlak.
Pandangan Tok Guru bukan sekadar terhenti di dunia, bahkan merenung jauh ke akhirat. Tok Guru tidak mempunyai Syafaat Kubra seperti Nabi Muhammad s.a.w untuk membantu rakyat dan umat Islam di Malaysia khususnya. Tok Guru hanya mampu menyampaikan ilmunya pada kita dan memberi peringatan demi peringatan agar kita bersedia menghadapi hari hisab di akhirat kelak.
Kasih Tok Guru kepada kita sebagai rakyat dan ummah amat besar sekali. Justeru itu hati Tok Guru tidak lekang dari Allah. Bagaimana bisa Tok Guru mewarisi amanah para nabi dan rasul ini jika Tok Guru tidak cuba memiliki hati para nabi dan rasul?
Kalian dapat lihat pada khusyuk dan tawaduknya Tok Guru… bak kata seorang anak usrah saya, “Tengok wajah Tok Guru pun sudah rasa insaf”. Apa yang kita nampak di sebalik khusyuknya sosok yang disegani ramai ini? Iya…jawapannya hanya satu… sifat MURAQABAH pada seorang ulama bertaqwa.
MURAQABAH ialah merasa Allah itu hadir dan hati seolah-olah dapat melihat Allah yang maha melihat. Justeru hamba yang mencapai tahap ini merasa dirinya bagai dipenjara di dunia fana. Setiap tindakan dan percakapan perlu diperhalusi adakah akan mendapat reda Allah atau murkaNya.
Jika kita sayangkan Tok Guru, sukakah kita melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati Tok Guru? Lakukan sesuatu dengan meletakkan Allah dan Rasul di hadapan kita. Jiwa Tok Guru akan tenang jika setiap rakyatnya mendahulukan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Bila melihat peribadi Tok Guru, saya teringat pujian Allah pada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah al-Taubah ayat 128,
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
Ayat 129, “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
Ya Allah… kembalikan kami kepadaMu dengan rahmatMu sebagaimana Engkau menghidupkan kami dengan belas kasihanMu.
Hamba yang faqir,
Ummu Abbas
5 Rejab 1430H
8.30pm
Post a Comment