Sunday, March 6, 2011

MUNCUL KEMBALI (952)

Jangan percaya ramalan dan firasat saya sentiasa tepat

FIRASAT adalah fiRasat dan ianya tidak akan membuahkan hasil yang mutlak. Firasat - dalam dunia kemediaan dipanggil analisis - adalah berdasarkan kepada pemerhatian keadaan dan suasana sekItar dan dirUmuskan oleh pembuat analisis atau pemirasat.

Mempercayai firasat adalah betul dan tepat bagi saya tidak wajar, malah barangkali boleh punahkan akidah. Yang kena dipercayai adalah apa pun keputusan serta jumlah majoriti dalam sesuatu pilihanraya, hakikat dan hakikinya telah sedia terskrip dalam suratan takdir dan ketentuan-Nya.

Saya terkejut, malah amat menakutkan saya, apabila Umno/BN menang di Merlimau dan Kerdau, saya menerima ucapan tahniah dan terima kasih kerana kononnya telah membuat firasat yang tepat: Umno/BN menang di kedua-dua kawasan dan majoriti bertambah.

Yang patut menerima tahniah adalah calon yang menang, yang patut menerima ucapan terima kasih adalah para pengundi dan yang penting kena panjatkan kesyukuran kepada Allah. Paling penting yang menang jangan takbur, yang kalah jangan bersedih dan mempersoalkan takdir dengan pelbagai alasan dan tohmahan.

Meli (saya) hanya peramal dan pemirasat cabut, ramalan kekampungan yang tidak ada sebarang unsur-unsur profesionalisme kerana saya tidak ada ilmu amal yang banyak, mulut tidak masin, jauh dari memiliki ilmu laduni. Saya amat bersetuju dan berterima kasih dengan Hassan (penjenguk yang memberi komen pada pposting MUNCUL KEMBALI (951) yang mencatatkan: "Jangan terkejut firasat meli hanya sekadar firasat kampung seperti yang berlaku PRU 12"

Kalau adalah kebih dari seorang orang macam Hassan, pasti tidak akan berlaku ketakburan di kalangan para pemimpin yang sanggup menyenarai-syurga-nerakakan orang, malah tidak akan berlaku unsur-unusr pemBERHALAan dan penDEWAan semasa manusia atau melabelkan seseorang itu keramat atau bermulut masin, sehingga takut untuk menegur apa jua kesilapan dan keteelanjuran yang dilakukan.

Ada yang mendakwa setelah diistikarah, maka diyakini Pas akan menang di Merlimau dan Kerdau tetapi keputusan adalah sebaliknya. Maknanya siapa yang menang pada PRK Kerdau dan Melimau telah terskrip dalam takdir dan suratan-Nya. Justeru apa yang nampak dalam istikarah tidak akan menjadi kenyataan apabila ianya bercanggah dengan apa yang terskrip dalam suratan dan takdir-Nya.

Kenapa saya menfirasat Pas akan kalah, malah akan kehilangan kerajaan di kelantan? Apakah kerana ada dendam atau rasa tidak puashati dengan kerajaan? Jawabnya kerana pimpinan Pas sekarang dikerak dan didakikan oleh unsur-unsur takbur, sombong dan bongkak. Dalam bahasa ilmuan Islam dipanggil riak. Penyakitlah yang menyebabkan Pas dikifarah.

Insyaallah berdasarkan pengalaman kemediaan selama 31 tahun yang telah mempeluangkan saya terdedah dengan pelbagai maklumat dan peristiwa, saya akan terus membuat ramalan dan firasat tetapi jangan percaya bulat-bulat kerana saya tidak boleh mendahului takdir.

Firasat yang dibuat bertujuan supaya orang berkaitan beringat, jangan sombong, bongkak, riak dan jangan enggan memuhasabah diri tetapi bila kalah suka menudingkan kesalahan kepada orang lain. Adalah lebih untuk kalau jmencari dan membnetulkan kesilapan sendiri dari pada untuk menafikan ak sesama Islam masuk syurga hanya kerana tidak separti dengan kita.

Ketentuan syurga-neraka adalah hak mutlak Allah. Banyak alim ulamak yang lebih alim dari pimpinan Pas diriwayatkan masuk neraka kerana riak dengan kealiman mereka dan banyak bari yang menceritakan tentang orang jahil masuk syurga kerana khidmatnya tulus dan tidak mimpikan syurga sebagai balasan atas amal yang dilakukan.

7 comments:

hassan said...

Assalamuailakum,

Pada pendapat saya, tak kena mengatakan firasat = analisis. Rujuk kamus mana ni. Firasat = kata hati iaitu benda di dalam, Analisis = Amatan + hipotesis iaitu benda di luar. Adalah memalukan jika kita berfirasat (berperasan) cakap pulak terang2 depan orang, bukti tak wak maghi. Pengalaman media 31 tahun adalah 1 contoh sombong,takbur, riak. Mengapa tak disamakan pengalaman Mubarak di Mesir selama 30 tahun.

hassan said...

Perjuangan Islam tak ada BERHALAkan orang tak ade menDEWAkan orang.Yang menyembah BERHALA dan DEWA adalah org. pernah kecewa di dalamnya kemudian keluar. Banyak contoh tak kira PAS atau UMNO juga pengamal media.Kita diberikan pilihan SISTEM ISLAM vs SISTEM KONVENSIONAL. Salahkah sesiapa yang mahu kepada sistem Islam walaupun belum semantap konvensional.Kat pasaran sekarang, org berlumba2 ambil sistem Islam termasuk bukan Islam, tapi dalam bab politik masih jugak konvensiUMNO.Ini realiti semasa berlaku, lebih2 lagi golongan muda yang berilmu

kukujariku said...

Assalamualaikum...

Tidak sombong kalau sekadar kita berkata benar untuk memberitahu orang.

Yang riaknya ialah tunjuk alim, warak, menganggap diri sendiri yang pling betul dan kadang-kadang menjanjikan sesuatu kepada orang padahal kitapun belum tentu dapat.

Yang paling kesian, ada orang bertukar antara agama dengan partubuhan politik.

Sebab itulah kadang-kadang berdoapun tuhan tak makbul kerana pastinya tuhan tidak menerima kalau berdoa dalam keadaan riak.

wallahualam...

Anonymous said...

Pengikut PASik mendewakan ulamak yang takabbur dan merendah-rendahkan kalangan ilmuan agama yang tidak sealiran mereka. Apatah lagi mengesahkan syurga/neraka seseorang. Meletakkan parti setaraf dengan Islam boleh mengelincirkan akidah seserang. Moga Umat Islam dilindungi dari PAS yang membawa malapetaka besar berkaitan akidah ummah.

Anonymous said...

Menganggap boktan tok guru sembahyang hajat minta hujan, maka hujan pun turun, anggap bila tok guru jadi menteri besar, maka banjir tak berlakju, mengaminkan doa supaya orang pecah perut dan MEMBERHALAKAN orang ke tu? Mempercayai kekermatan seseorang samalah seperti memberhalakan.

Pengalaman penting. Memilki satu pengalaman bukan satu ketakburan. Pengalaman itu datang tanpa tidak disengajakan. Meli menceburi bidang kemediaan dan dia berada dalam dunia tu. Orang yang berada di luar bidang tu tak akan tau apa yang dia tahu, kecuali orang yang sebdang dengannya.

Meli yang asdalnya penyokong Pas telah tidak menyokong Pas setelah berpengalaman bekjerja dengan kerajaan Pas selama lapan tahun. Urussetia kalau tidak silap saya adalah pusat malkumat Kerajaan Pas. Kenapa Meli tidak cenderiung pada Pas selepas itu? Apakah orang yang masih setia dengan Pas pernah menimba pengalaman bekerja dengan kerajaan Pas?

Kickdefella juga hebat membongkar Pas setelah beerpengalaman bekerja dengan agnmsi dinbawah kerajaan. Sebelum itu Kickdefella tidak serang pun. Kickdefella itu pula adalah pertalian darang dengan Mursyidul Am Pas.

Apa pun Meli teruskan kerja anda. Pedulikan orang babuk macam Hassan. Pokoknya PRU-13 Pas tumbang di kelantan dan kita pakat beri peluang pada Umno/BN. Antarasa jasa besar masa Umno/BN perintah adalaj Kota Darianiam yang kokonnya macam ketik Siam yang kini jadi tempat sami-sami Pas duduk kerusi goyang bila hari, cukup bulan ambil gaji, Lebuhraya Timur Barat, Lebuhraya KB-Gua Musang yang kalau Pas perintah tentunya pusat pemerintahan lagi di tempat yang kini jadi pejabat MPKB, orang nak KL tentunya masih berbekalkan telur rebus naik keretapi. Apa yang Pas ada selain dari batu pelir dan retoriksme, maaf pinjam kata Meli.

Anonymous said...

jaguh firasat.... bila tarikh/masa nak mati ya? ... tak firasat nasib anakbini sendiri ko?

ambo beriman & beramal ikut perintah Allah saja.. keputusan itu hak Allah! Tanpa firasat pun ... ketentuan dan keputusan Allah adalah pasti berlaku...

Anonymous said...

Bila nak mati pun tak tau? Bila habis nyawa matilah. Tak ada seorang pun orang mati bernyawa. Anak bini nak firasat buat apa,hanya hanya sebuah kerajaan kecil yang tidak akan memberi bekas kepada sebuah negeri atau negara. Parti politik meliputi kerajaan yang membabitkan kepentingan ramai. Kalau yang tu pun tak tau, BODO BERTA DARI BATU PELIR.