RAKAN minum pagi saya hairan kerana saya masih selamba selepas mengalami peristiwa isteri nusyuz (tinggalkan rumah) kemudian buat tuntutan cerai di mahkamah syariah dan seterusnya rumahtangga kami musnah.
Mereka hairan macamana saya masih boleh selamba, tidak menunjukkan tanda-tanda serabut atau sedih macam orang lain yang bercerai.
Tambah menghairankan mereka saya boleh kata saya gembira kerana bekas isteri sudah berkahwin dengan lelaki yang bagi saya adalah pasangan ahli syurga. Kalau terus jadi isteri saya dia tidak mungkin masuk syurga kerana sikap dan perilakunya yang sukar dirubah.
Lelaki berkenaan pernah datang ke rumah pada hari raya puasa lepas dengan duduk berdua-duaan bersama bekas isteri di ruang tamu. Ketika itu tidak ada sesiapa pun dirumah.
Saya tetap raikannya sebagai tamu dalam tempoh masa yang singkat ketika saya pulang dari hospital untuk mengambil barangan keperluan ibu yang dimasukkan ke ward walaupun saya sudah tahu hubungan asmara mereka. Sms yang dihantar dan balasan sms isteri (kini bekas isteri) saya baca tetapi saya pura-pura tidak tahu. Saya juga tahu orang yang bersubahat dan bersekongkol dalam kes asmaranya.
Sikap terlalu baik dan mudah berkira saya menjadikan saya tidak dihormati dan mungkin dianggap bodoh serta boleh diperlakukan apa sahaja. Saya tidak sedih kerananya atas alasan saya tahu Allah akan tolong saya.
Justeru itu saya sudah bersiap sedia untuk bercerai dari awal-awal lagi kerana sebagai seorang yang bermain dengan firasat dan maklumat, saya sudah agak akhirnya bekas isteri tidak mampu untuk terus berlakon dan berpura-pura. Pada sudut mana pun dia berada samada kerana aktiviti politik mahu pun ketika menjalankan tugas di pasar borong Wakaf Che yeh, maklumat pergerakannya sentiasa sampai kepada saya.
Ada rakan yang tanya saya tidak malu ke setelah isteri lari dari rumah, tuntut cerai dan seterusnya berkahwin setelah habis edah sedangkan saya masih solo, malah terpaksa menjadi bapa dan ibu kepada anak-anak.
Bagi saya ianya tidak memalukan, malah sekelian orang, malaikat dan juga Allahn dapat melihat moral bekas isteri yang saya yakin, malah ramai yang percaya akan tiba saat dia menerima hukuman yang akan membuatkan dia sedar akan betapa besar dosanya dengan tindak tanduk yang dilakukannya termasuk dosa nusyuz.
Kalau bekas isteri anggap saya tidak laku, tidak akan ada wanita yang sudi jadi isteri saya selepasnya, dia silap besar sebenarnya ramai wanita yang bersedia untuk dinikahi dan menjadi isteri saya, termasuk yang semuda 19 tahun tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa dalam memilih isteri, saya tidak ikut rasa 'muga' dalam kain 'keras'.
Saya mengutamakan kualiti bakal isteri dan saya telah menemuinya yang bukan sahaja menyintai saya tetapi juga meyayangi anak-anak saya, malah mampu memesrai anak-anak melebihi ibu kepada anak-anak saya sendiri.
Pun begitu kami tidak terlalu tergesa-gesa untuk bernikah, sebaliknya masih dalam proses untuk mengenali secara lebih terperinci antara satu sama lain. Kami bukan sahaja akan bernikah setakat kami berdua sahaja sebaliknya akan menikahi keluarga masing-masing, terutama anak-anak, kami mahu jadi macam kaum Ansar dan Muhajirin dalam menjalin hubungan silatur-rahim.
No comments:
Post a Comment