Sunday, May 22, 2011

COME-BACK (24/2011)

Berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan

RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintamassaktumbihimaa-
lantadhilluu-abadan-kitaaballahi-wasunnatarasuulih yang bermaksud: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".

Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan.

Saya juga selalu semak terjemahan 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dalam surah-surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah surah-surah Madaniyyah di samping sentiasa membaca terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV untuk membolehkan saya terima hujah, padangan dan kepercayaan bahawa Pas wajib disokong dan Umno wajib ditolak, sokong Pas boleh masuk syurga, sokong Umno tidak layak masuk syurga.

Justeru itu saya berpendirian sama ada jadi ahli/penyokong Pas atau Umno tidak akan membantu umat Islam masuk syurga. Yang boleh membawa seseorang itu ke syurga adalah apabila dipatuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tanpa sebarang excuse.

Yang kena dirujuk adalah al-Quran dan Hadis, bukannya parti politik atau tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, yang mabuk dan gilakan pengaruh serta kuasa sehingga sanggup maki dan doakan kemusnahan orang, mencarut, memutuskan silatur-rahim dan menolak ketentuan Allah apabila kalah dalam pilihanraya.

Saya pilih Umno untuk disokong dan mufarakah dari menyokong Pas adalah kerana saya berpegang kepada hakikat bahawa menentang kerajaan yang berketuakan seorang yang beragama Islam adalah haram dan tindakan terlarang.

Sejak merdeka negara ini sentiasa berketua-kerajaankan seorang yang beragama Islam. Kalau negara ini berperdana-menterikan seorang yang bukan Islam, saya bukan sahaja akan menentang melalui pena/tulisan tetapi saya bersedia untuk bermain dengan bedil dan bom sekali pun dalam melawan kerajaan.

Soal sejauh mana tahap kealiman dan ketakwaan ketua-tua yang menerajui kerajaan negara ini sejak mula merdeka ke mari, hanyalah Allah yang Maha Adil membuat penilaian dan pengiktirafan. Manusia tidak pernah adil dalam membuat penilaian kerana banyak penilaian dibuat berdasarkan kepada penilaian secara zahiriah.

Kerajaan yang ada dan dilabel sebagai sekular, malah tidak juga mendabik dada sebagai parti atau kerajaan Islam banyak menyediakan kemudahan bagi keselesaan umat Islam beribadah, banyak masjid dibina tanpa ditampal lambang dacing atau lambang Umno atau pun dicat biru berbanding dengan Pas walaupun madrasah yang dibina hanya guna kayu selinap, akan ditampal dengan lambang-lambang bulan dan akan dicat hijau yang merupakan warna identiti Pas yang kalau ikut nama panjangnya Pasti Islam Se Malaysia (dulu Se Tanah Melayu) nama singkatan bagi Pas adalah PIS, bukannya Pas.

Untuk uruskan kemasukkan umat Islam ke dalam Islam, maka diwujudkan PERKIM. Pas ada agensi apa untuk Islamkan kalangan bukan Islam selain dari terlalu ghairah menafikan keislaman sesama Islam yang tidak sokong Pas, terutama ahli Umno. Apa pun yang Umno buat semuanya buruk pada Pas.

Pas semacam lupa memuhasabah diri sepanjang berkerajaan di Kelantan dan Kedah, dah berapa ramai yang bukan Islam diislamkan oleh Pas berbanding dengan jumlah yang dinafikan keislaman mereka oleh Pas. Berapa banyak masjid dan surau dibina oleh kerajaan Pas, malah berapa banyak jamban yang Pas bina. Paling banyak Pas sediakan adalah uncang-uncang bagi pemungutan derma dari antaranya adalah kalangan yang patut menerima derma, bukannya memberi derma.

Kalau ada madrasah yang dibina oleh Pas pun adalah hasil derma orang ramai yang kadang-kadang pemimpin dan wakil rakyat Pas sendiri tak derma pun, malah penceramah-penceramah Pas dibayar sehingga ratusan dan ribu ringgit, termasuk kos tambang menambang, adalah hasil dari kutipan derma pada sesuatu majlis ceramah yang diadakan.

Untuk umat Islam negara ini ke Mekah menunaikan fardu haji, diwujudkan Tabung Haji. Pas ada sediakan kemudahan apa untuk tujuan yang serupa selain dari hanya tahu kritik Tabung Haji. Malah ada pemimpin Pas ke Mekah hasil tajaan walaupun ianya seorang yang ada kemampuan untuk ke Mekah walaupun tidak ditaja.

Saya akan tentang Umno dan kerajaan yang ada kalau masjid-masjid tidak dibina, malah masjid yang ada dirobohkan, kalau umat Islam dipersulitkan untuk beribadah, dihadang untuk tunai haji, kalau mata pelajaran agama Islam, termasuk Kelas Jawi dan Fardu Ain di sekolah-sekolah rendah dan menengah dimansuhkan, al-Quran dibakar dan kalangan yang pakar dalam bidang agama dianiaya, dipenjara atau dibunuh.

Paling menjadikan saya boleh 'mensetuju' dengan Umno dan mufrakah dari menyokong Pas adalah kerana ulamak-ulamak yang menyokong Umno tidak pernah mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong Umno serta kerana Umno terlebih dahulu menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Islam dengan Umno adalah pendominasinya.

Pas yang pada awalnya mengkafirkan Umno kerana bekejasama dengan parti-parti bukan Islam telah meniru cara Umno dengan menjalin kerjasama dengan DAP yang anti Islam tetapi malangnya Pas bukan jadi pendominasi, sebaliknya hanya jadi anggota pakatan yang suaranya sering dinafikan oleh pendominasi yakni DAP. Dalam Pakatan Rakyat (PR) Pas hanya menjadi tikus, bukannya menjadi kucing, Pas hanya menjadi anak ayam bukannyua menjadi helang.

Pun begitu saya tidak bergantung kepada kerana sokong Umno untuk masuk syurga, sebaliknya saya melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya serta menjauhi segala yang dilarang sekadar yang termampu oleh saya dengan menyerahkan kepada Allah untuk menilai kualiti ibadah saya. Bagi saya berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan.

Selebihnya terpulang kepada ihsan Allah sama ada penempatan saya nanti di syurga atau neraka tetapi saya tidak lupa berdoa supaya kedua ibubapa, saya, datuk nenek, isteri, anak-anak, cucu cicit serta mereka dibawah tanggungan saya dan sekalian kaum muslimin dan muslimat yang telah mati, yang masih hidup dan yang bakal lahir, akan disyurgakan, akan dihalalkan hidup di dunia ini, di alam kubur dan di akhirat nanti.

42 comments:

Anonymous said...

biso meli boleh tafsir hadis nah loni

Anonymous said...

biso smjk nak bbini ni...tapi hanyut sikit loni. loghat semace.. nak minum sekali payoh doh

Anonymous said...

meli ada kelulusan gapo eh....layak ke dia tafsir2 ni,pehe molik ko dia,ko bijok sdiri jah.

kukujariku said...

Kita sokong dan kita tentang dengan prinsip...atas nama islam dan kebenaran sebenar-benarnya...
syurga bukan milik tok guru...kalau dengan syaitan pun hendak berkawan sekiranya berlaga angin itu bukan sebenar-benarnya sifat orang islam kerana allah telah meyatakan bahawa syaitan itu adalah musuh islam yang paling nyata...sebab itulah aku macam meli, was-was dengan kata-kata tok guru ini...
kalau orang nak masuk syurga kena masuk PAS, kerana orang nak bertaubat pun kena masuk PAS...tak tahulah aku apa aqidah orang ini...
padaku bukan PAS jalan ke syurga...
bukan PAS dijadikan alatan bertaubat...
Jalan ke syurga adalah kita menyembah Allah dan bukan PAS!

Anonymous said...

Tak guna dok bahas dengan orang PAS yang cuma tahu perkembangan PAS seolah-olah bersifat ilmuan dalam agama. Umpama, cerdik tak boleh mengajar dan bodoh tak boleh diajar.Setiap yang dikeluarkan berupa ayat menghina dan boleh menyakitkan hati orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah, hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Muttafaq ‘Alaihi) Lalu dalam hadis lain disebutkan: “Allah SWT memberi rahmat keapda orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan.” (HR. Ibnul Mubarak)

Anonymous said...

kita nak persoal loni bukan pas, bukan umno atau pkr..cuma betul ko demo tu buat loni? baik molek atau buruk ada belako. Semua ada helah masing2. RAKYAT LAGU MANA?
1.barang naik sbb minyak,gula dan letrik.
2.Status kematian Sarbani dan kes2 kematian yg lain.
3.Kenapa BEKU kerja?
4 membazir duit rakyat seperti beli kapalselam maintance rm1 billion setahun.
5. nak beli 257 kereta kebal dari syarikat DEFFTECH Sdn Bhd – harga 8 billion ringgit membazir projek plkn, membazir buat istana baru.
6. mengalakan rakyat tonton video lucah.
7. Tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).dan banyak lagilah.., semua ni MEMBEBANKAN RAKYAT meli.Kena kaba sikit kalu tak banyakpun.

Anonymous said...

"Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan"

ni adalah contoh manusia yg pendek akal,menulis atas dasar benda lain...nak tafsir hadis tapi demo sendiri xpehe molik,

zaman dulu ada intenet?zaman dulu ada laptop?xdok ker....
zaman dulu tulis2 ilmu ni dgn gapo???dengan kulit2 kayu,kulit2 binatang....so demo pun kena cari kulit nate,xpun cari kulit pokok sawit demo untuk tulis gapo2.

zaman dulu nabi gi mana2 dgn gapo?dgn kuda dan unta kan???
lepas ni demo naik unto dgn kuda deh meli,sebab zaman nabi xada motor xada kereto.

demo ni mmg xreti sejaroh la meli,sistem bpolitik yg kita ada skrg ni,dari mana?sapo yg mula2 tubuhkan parti2 ni,undang2 dinegara kita ni dari mana?acu mu jawap meli.

demo xleh samakan nabi dgn manusia biasa meli,selepas nabi wafat,org pakat undinok lantik abu bakar,zaman dulu mmg xdok undi2 pangkah2 mcm zaman loni,abu bakar xnaik sendiri2,ko abu bakar lantik diri sendiri jadi ketua???dok...cuma cara dia undi tu xtau la,angkat tangan ko,main setuju setuju ko,kira undi la juga tu.

Anonymous said...

meli weh,
lama doh demo tak nulih ni. 1 minggu lebih doh. tadak modal doh koh. atau tok jupo hadis2 yang molek untuk demo ngajar kito orang. salah pilih iseng demo weh. nanti ore gelar MELI GILA ISENG pulaAK?????? KAH, KAH, KAH

Pakcu Rantau Panjang said...

Gaya penulisan yang baik melambangkan isi hati yang baik. Gaya penulisan yang mencemuh dan menilai orang hingga ketahap gila melambangkan seorang yang lebih teruk dari apa yang diperkatakan.

Jadilah seorang yang baik dalam menegur sebagaimana Musa menegur Firaun...jika kita termasuk dari orang yang berilmu....walahualam.

Anonymous said...

Meli byk kijo hak kena buat - termasuk urus tenaga kijo ladang kelapa sawit. Meli buke srupa Anon 31 May 2011 1:09 AM yang tak kijo melainkan dok tunggu syurga hak dijanjikan oleh kepala golongan babuk hak boleh wi syurga ko dia.

Haji Pelior said...

Saya nok jemput semuo make di chow kit gerai MZ Darulnaim. Kito make samo2 gaaakkkkk....

Ramli Abdul Halim (Melikapakjangak) said...

Pengumuman!
Saya tidak muncul dengan posting baru atas dua sebab;

PERTAMA: saya tengah sibuk dengan urusan perniagaan baru, kalut cari 100 pekerja. Sapo-sapo yang ada orang lombok untuk kait sawit, sila hubungi saya melalui nombor 017-9871322 atau Norsita 012-5698582. Setiap orang yang dibekalkan anda akan dibayar RM50 sebulan selagi pekerja berkenaan masih bekerja dengan kami.

KEDUA: kerana dashboard blog saya tidak boleh dibuka. Saya tak reti masalah teknikal. Saya sedang meminta rakan yang pakar mengesan punca dan memulihkannya kembali. Saya akan muncul dengan posting yang kapakkan Pas tetapi juga cincang Umno bila dah pulih nanti sesuai dengan prinsip tidak berpati politik saya.

Saya muncul untuk buat pengumunan ini pun melalui laluan rakan.

-Ramli Abdul Halim@Meli Gila Iseng
(Terima kasih atas anugeah baru)
Pengelola Melikapakjangak

Ramli Abdlul Halim (Melikapakjangak) said...

PERHATIAN!
Anonymous May24,2011 10:54 PM:
SebEnarnya saya terjemah hadis berdasarkan terjemahan yang telah dibuat oleh mereka yang pakar, saya bukannya tafsir hadis. Kebetulan saya bersekolah agama, dapat membaca jawi (termasuk jawi klasik)dengan agak baik. Selain dari membaca terjemahan al-Quran dan Hadis, saya banyak juga baca kitab-kitab lama terutama tulisan Sheikh Daud Al-Fatani, Syeikh Abdul Samad Al-Palembani dan lain-laim.

Sebenarnya antara terjemahan dan tafsiran dua perkara yang berbeza. Semua orang boleh baca terjemahan al-Qyran atau Hadis tetapi bukan semua orang boleh tafsir kerana ianya memerlukan ilmu yng kena diperolehi dengan belajar. Sebagai lepasan sekolah agama, saya ada juga belajar ilmu tafsir tetapi tidak banyak, hanya boleh untuk dijadikan kegunaan sendiri sahaja tetapi tidak mampu untuk ilmukan orang lain. Kerana itulah saya boleh sangga ala kadar kalu tafsiran hadis dan Quran dibuat dengan tujuan tak berapa betul walaupun saya tak alim dan tak berimejkan ustaz atau lebai.
- Ramli Abdul Halim
Melikapakjangak

Anonymous said...

biarkan Meli Kapak Jangak dengan tafsirannya setiap kita bebas dengan cara pemikiran masing-masing.. kebenaran yang nyata hanya milik Allah, kita hambaNya diberi akal fikiran masing-masing fikirlah mana yang baik dan mana yang buruk.. jangan kita bercakar sesama Islam dan yang akhirnya menang adalah mereka yang tidak seagama dengan kita.. siapa yang rugi dan siapa pula yang untung.. fikir-fikirkan lah.. kita selalu bertengkar dan berselisih pendapat tentang hal yang remeh temeh tanpa memikirkan isu-isu kenegaraan, sedangkan isu kenegaraanlah yang paling penting..

Anonymous said...

meh la kita pakat taubat meli....meh la kita pakat2 taubat belako meh,kita manusia biasa,mintak byk wak doso dgn tuhe.

Anonymous said...

Tak payah dok nak taubat. Ambo orang PAS. Tok guru kata dah jamin masuk syurga. Hak kena taubat orang UMNO sebab Tk Guru kata orang UMNO masuk neraka.

Anonymous said...

Tahniah kepada Tuan Guru Shahibul Samahah AsShekh Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, Naib-Naib Presiden Tuan Guru Hj Salahuddin Ayub, Tuan Guru Haji Husam Musa dan Tuan Guru Mahfuz Omar. PAS di bawah kepimpinan Ulamak.

Anonymous said...

ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha.. ha..ha.. Mat Sabu 121 Timbalan Presiden PAS Ke ?

Anonymous said...

Tahniah kepada saf Kepimpinan Fullamak PAS yang baru dipilih. Hidup Tuan Guru Haji Mohamad Sabu Al-Juburi.

melikapakjangak said...

PERHATIAN:
Atas beberapa masalah teknikal, blog saya bermassheadkan Melikapakjangak terpaksa ditukar kepada ramliabdulhalimmelayu@blogspot.com, namun isi kandungan blog tetap sama.
- Ramli Abdul Halim

Ore Islam said...

Saudara teruskan berkata benar walaupun menyakitkan hati penyokong-penyokong PAS. Kita berdoa semoga mereka diberi taufik dan hidayah seperti saudara dengan meninggalkan PAS.

Mari kita lihat Nik Aziz. Dia sokong Anwar tanpa mengambil tahu sebelah pihak Saiful. Kenapa dia tak berjumpa dengan Saiful untuk mendengar sebelah pihaknya. Nik Aziz tidak berlaku adil. Mana adilnya kalau dengar sebelah pihak terus jatuh hukum. Bukankah Islam itu adil? Kenapa Nik Aziz tidak mahu berlaku adil?

Teruskan perjuangan. Saya juga percaya Insya Allah PAS akan jatuh di Kelantan di PRU 13.

Ore Islam said...

Anon 5.54 AM Jun 4 -

Tok Guru Nik Aziz pun belum tahu tempatnya di akhirat nanti. Syurga dan neraka bukan dia yang menentukannya.

Ramli Abdul Halim said...

Nampaknya blog saya masih terus bermasalah dan dashboard masih belum berfungsi walaupun beberapa orang yang pakar dalam bidang teknikal mencari punca dan cuba untuk memulihkannya.

Usaha terus dibuat supaya dashboard blog saya ini kembali berfungsi keerana banyak isu yang bagi saya menjadi fardu kifayah keapada saya untuk menulisnya.
- Ramli Abdul Halim

pok nik said...

Dunia akhir zaman.. bilamana org islam cinta dunia dan takut utk mati. Sikit2 tanda dah ada. Org yg berkhalwat dgn bini ore pon dipilih jd Timb Presiden Parti Islam... 420 perwakilan inilah yg cintakan dunia dan takut benar kpd mati..

Ambo mufarakah dr sokong PAS. Tp ambo pohon ampun dan maaf dr ayhanda ambo yg masih menjdi ahli PAS. Beliau hanya senyap membisu.. ya pon tidak dan tidak pon tidak. Ambo fikir senyap merupakan "ya". Cuma bila ambo cuba menyakinkan beliau supaya mufarakah dr sokong PAS..beliau hanya tersenyum. InsyaAllah doakan ambo berjaya menyakinkan ayhanda ambo supaya turut sma memufarakah dr sokong PAS...Ini lah jihad kita menentang juak2 Anwar Ibrahim dlm PAS.

Wake UP! said...

PAS tu parti. Pemimpin PAS tu manusia bukan wali. Jadi bagaimana pula undi parti untuk naikkan manusia gunakan agama jadi pemimpin, pengundinya masuk syurga?

Melikapakjangak2 said...

MAKLUMAN:
Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, bagi mereka yang ingin menikmati posting trerbaru saya, sila bukan http://www.melikapakjangan-2.blogspot.com
- Ramli Abdul Halim
Melikapakjangak dan masalah tekinlaisme

Melikapakjangak2 said...

PEMBETULAN:
http://www.melikapakjangak-2.blogspot.com

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Blogger melikapakjangak said...

PEMBETULAN:
http://www.melikapakjangak-2.blogspot.com

June 19, 2011 9:30 PM

Sdra Romeli

Pembetulan gaponnya, tok leh nk masuk gak. Blog blum registar nih...

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

http://ramliabdulimmelayu.blogspot.com/

tak cool ler Meli. Warna merah sakit mata.....

Melikapakjangak2 said...

Cuba alamat:
http://www.melikapakjangak2.blogspot.com

Melikapakjangak2 said...

Blog saya selepas ini akan dikenali dengan MELI-KAPAK-BINJAI-MANIS ekoran dari blog saya hadapai masalah tidak bolleh buat posting baru.

2. Pelbagai usaha sedang dibuat oleh kalangan yang pakar bagi memastikan MELI-KAPAK-BINJAI-MANIS akan mudah dibuka sebagaimana mudahnya penjenguk menjenguk MELIKAPAKJANGAK.
------ Ramli Abdul Halim

Melikapakjangak2 said...

Untuk membaca posting-posting baru saya, penjenguk cuba taip: melikapakjangak2.

2. Saya telah berusaha untuk membolehkan posting dibuat pada blog saya yang lama tetapi gagal. Minta maaf atas kesulitan yang berlaku.

Anonymous said...

Buta bahasa jawi ke? PAS dieja dalam bahasa jawi - Fa@Pa (Parti) Alif (Islam) Sin (Semalaysia). Jadi, amik bahasa jawi, Pa Alif Sin (PAS la)...bukan PIS!!!

Anonymous said...

Salam Abang Meli..
Nama PAS singkatan dari perkataan jawi ﻔﺎﺭﺗﻲ ﺍﺴﻼﻡ ﺴﻤﻠﻴﺳﻴﺎ (PA, ALIFF, SIN ) agak nye kut...

Anonymous said...

PAS itu aprti politik sama aje dengan UMNO. PERKIM, LUTH atau UIA itu semua Kerajaan yang buat. Kerajaan adalah termasuk semua rakyat dalam negara ini. Sebab semua rakyat bayar cukai.

Semakin tua, semakin bodoh pula tulisan

Unknown said...

SALAM MELI KAPAK JANGAK ... MINTA IZIN LINKKAN BLOG SAUDARA BERSAMA BLOG GELOMBANG WANGSA MAJU ... WASALAM.

Anonymous said...

meli.... kato mu bini dh... lagu mano burit bini baru ni... ado bezo dok ngan burit dulu???

Melikapakjangak2 said...

BERJUMPA DI melikapakgangak2g

ash said...

saya minta tuan empunya blog sila kaji dan belajar semula buku mustika hadith keluaran jabatana perdana menteri serta sila berfikir dengan waras 'adakah seorang pemimpin tu di kata kan islam yg bertakwa sekiranya syariat islam tidak mahu di tegakkan seperti hukum hudud?sila belajar semua apakah erti islam.kerna yang saya faham, untuk menjadi islam itu perlu beriman pada semua ciri-cirinya dan tidak boleh tolak walaupun satu bahagian pun.sekian terima kasih.

Otak geliga said...

ash

mmg tak boleh TOLAK tapi BOLEH diTANGGUHkan kerana permasalahan berbangkit terutamnya bila bercakap ttg Hudud

sebenarnya HUKUM HUDUD berada di bawah Muamalat & di bawah muamalat barulah ada jenayah & dibawah jenayah inilah HUKUM2 ISLAM terletak.....jadi apa HUKUM ISLAM tersebut????

adakah HUDUD sahaja???...bagaimana cara utk menjalankan HUDUD sebelum, semasa & selepas.....byk perkara kita terlepas pandang bila berbicara ttg Hudud

apa2pun niat itu mmg BAIK & Kerajaan di bawah UMNO TIDAK PERNAH sama sekali MENOLAK HUKUM HUDUD....cuma buat masa ini kekangan terlalu byk & perlu diselesaikan satu persatu seperti PENERANGAN

bukan bila kata nak buat HUDUD terus nak buat tanpa persiapan yg lengkap sepertimana HUDUD yg PAS ingin laksanakan.....akhirnya byk masalah yg timbul spt isu liwat, saksi etc sehingga menyebabkan T. Mahathir pd masa itu terpaksa menghalang PAS dr menganiaya umat Islam atas kelemahan persiapan PAS sendiri

jika ingin melakukan HUKUM Allah, lakukanlah dgn Ikhlas & sesempuna mungkin dr pelbagai segi bukan dilakukan kerana menagih undi utk pilihanraya dgn menggadai kesempurnaan Islam itu sendiri

kel13 said...

Nik Aziz tu pulak kelulusan apa? Universiti Al-Azhar atau entah dari mana?

Anonymous said...

kok mana2 pun kawe x kan sokong PAS..sebabnya...PAS ni bagi kawe supo buoh nangko...alik luar molek tp alik dale buruk..bnyak ulat!cubo ramai2 ni pakat renung gapo hok kawe kato...