Tuesday, May 3, 2011

COME-BACK (5/2011)

Biarkan Pas dengan 'syok sendirinya'

MENGAKU saja dengan segala kekemarukkan dan keketagihan sebagai parti Islam dan para pemimpin dan penceramahnya berceramah, bercakap dan berhujah berdalilkan ayat-ayat al-Quran dan hadis tetapi parti itu tidak pernah berhenti menipu kalangan yang celik mata tetapi masih terus buta mata hati dan perut pedal,

Antara penipuan yang Pas lakukan ialah apabila dalam Pas beria-ia mahu tumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada setiap kali pilihanraya umum diadakan tidak pernah cukup kuota pun untuk membentuk kerajaan kalau pun kerusi-kerusi yang ditandingi dimenangi keseluruhannya.

Perlu apa Pas berak taik gajah sedangkan luas lubang juburnya hanya mampu berakkan taik kancil sahaja kalau bukan kerana disebabkan pimpinan parti itu berpasak-paksikan nafsu besar tenaga kurang sehingga sanggup menipu untuk hancurkan sebuah kerajaan seutuh kerajaan berdominasikan Umno.

Yang sangat jelas umpama sudah terang lagi bersuluh apabila berak besar 'tak padan dengan jubur' Pas itu secara tidak langsung dan secara langsung telah membajai DAP yang semakin subur dan merimbun di estet politik negara. Andainya BN tumbang, pendominan kerajaan soh-lighoh adalah DAP.

Kalau ibarat senjata dan kekuatan melawan yang Pas ada, hakiakt dan natijahnya parti hanyalah sekadar memiliki 'kentut kepal' atau 'kentut perut kembung' kerana makan ubi setelo masak rekus, bunyi kuat tapi belum ada dalam catatan sejarah orang mati kerana terkejut oleh derasnya bunyi kentut.

Bagi saya segala hujah, strategi dan janji serta keyakinan Pas akan berjaya menumbangkan kerajaan BN berdominanasikan Umno samalah seperti melepas kentut kepal dan kentut perut kembung oleh penggemar ikan dan daging perkasam, ada yang menonye kerana tidak tahan dengan busuk-banganya kentut tetapi tidak akan ada tercedera atau mati kerananya.

Dalam pada itu para pendukung dan penyokong Pas terus terdedah kepada kemungkinan punah dan rosak akidah kerana ada unsur-unsur memBERHALAkan sesama manusia dan sering mengkeranakan sesuatu yang berlaku disebabkan oleh tokoh-tokoh tertentu.

Antaranya bila Nik Aziz berdoa minta turun hujan umpamanya dan secara kebetulan hujan turun walaupun jauh lebih awal dari masa Nik Aziz berdoa, maka akan dipercayai bahawa hujan turun kerana Nik Aziz berdoa, kerana berkat, mustajab dan menjadinya doa Nik Aziz.

Walhal apa pun yang berlaku sudah sedia terskrip alam suratan dan takdir-Nya. Mempercayai ketetapan Allah adalah antara pokok iman dan takwa, mempercayai sesuatu yang berlaku diikeranakan selain dari KERANA ALLAH sama ada kerana tok guru, kerana hantu raya, kerana toyol, kerana penunggu dan sebagainya boleh punah-janem-likatkan akidah dan mencacatkan iman dan takwa.

Mempercayai berlakunya sesuatu selain kerana Allah, kerana Kuasa-Nya, kerana ketentuan dan takdir-Nya boleh menyumbang kepada kerosakkan akidah. Nik Aziz tidak ada keupayaan untuk merealitikan apa yang menjadi mimpinya, antaranya untuk pecahkan perut Najib yang pernah didoakannya.

Sehubungan dengan itu bagi saya setelah menunaikan tuntutan fardu kifayah meminta Pas tinggalkan DAP. Datuk Seri Najib atau mana-mana pimpinan Umno bagi mana-mana peringkat tidak perlu lagi membuang masa, tenaga dan buah fikiran untuk memainkan peranan ke arah menjalin apa jua bentuk kerjasama dengan Pas atau mengulangi permintaan.

Jika permintaan yang sama diulang dan ada semacam respon positif dari mana-mana pemimpin Umno dari mana-mana peringkat mahukan Pas menunaikan permintaan PM walaupun semurni mana pun niat dan tujuanya akan menjadi Pas semakin tidak 'kaba kediri' dan akan terus mahu berak taik hajah walaupun hanya berjubur kuman.

Paling baik biarkan Pas terjun dengan labu-labunya dan sama-sama kita saksikan sejauh mana hebatnya Pas, termasuk dalam menerima pertolongan dari langit dalam mencapai impian yang bagi saya ibarat katak puru yang sentiasa berangan-angan agar badannya akan licin bila bunyi guruh yang dinantikannya dengan penuh angan-angan dan sentiasa lemas dalam lautan impian yang tidak mungkin jadi realiti.

15 comments:

Anonymous said...

Salam Abe Li..Ambo kalu baca ghowi abe li rasa naik ngha bulu tekok..memang tepat dan kelas bena abe li BACA pado lagok dan peel ore PAS HamPAS nih..timo kasih be li masih berblog..semoga Abe Li sihat Afiat dan bahagia seadanya..wallahualam
JaKOL

Anonymous said...

berhalakan tok guru memang haram, .. BERHALAkan UMNO .. OK?

Bila UMNO nak tukar perlembagaan sekular ni?

Anonymous said...

perlembagaan sekular nilah yang digunakan di kelantan. bila PAS nak laksanakan undang-undang Islam dan hukum hudud yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat. Harap ada piagam untuk bina negara Islam melalui Pakatan Rakyat nanti sepertimana Perlembagaan Madinah. kalau tidak nanti Pakatan ini menjadi pakatan syaitan dan haram untuk dekati. Ini berdasarkan Fatwa PAS pada tahun 1969.

Anonymous said...

meli kaki belit!!!

lastikmelayu said...

Saudara Meli,
Pemimpin utama PAS terutama dua insan kononnya tok guru berada sebaris Labu Labi dan Lebai Malang. Pengikut tidak salah kerana PAS mempunyai jiwa dan semangat tega.Jika mereka berlapang dada dan buang sifat keduniaan, akan muncul keikhlasan untuk berjasa kepada umat melalui silaturrahim dan pendamaian. Pas tidak salah tetapi pemimpin utama yang hati kering dan busuk hati kerana mendekati mati. Biarlah PAS dan UMNO berbalah kerana resam dunia pinggan mangkukpun berlaga hingga pecah. Biar semua terlopong...kita peduli apa kata kunci pemain politik kepartian.

BUNGA MELAYU SOLUSI
KOTA BHARU.

Anonymous said...

Ulasan seorang ahli syurga PAS yang menggelarkan dirinya Anonymous pada 3 Mei 2011 jam 10:19 PM

meli kaki belit!!!

Gemulah Abang Ya Daging said...

kalu abang ya masih hidup lagi, abang ya tapar dah ni adik li weh...

Anonymous said...

53 tahun memerintah UMNO tak terasa diri sendiri dah banyak silap dan bergelumang dengan dosa ke? Itulah ego UMNO - dok salahkan PAS, PKR dan DAP saja sedangkan yg memerintah UBN ...

minahdopak said...

bak pa nah marah sangat ke tok guru meli?.
Tok guru tak bela demo tika demo kena buang dari pejabat penerangan dulu sebab demo ore kelas tak lih buat kerja.
Tok guru nak buat grano, muka demo hanya duduk mengatik, buke duduk buat kerja.

Anonymous said...

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas.

Ahmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.

"Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

"Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?

“Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura
memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.

"Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia
membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.

"Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold...”

"Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya.

Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau

Anonymous said...

Apa bezanya antara istilah:

"KERJASAMA POLITIK" dengan "PENYATUAN POLITIK"?

KERJASAMA POLITIK (Tahalluf Siasi/Political pact)= amalan sunnah Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiyyah, Peperangan Ahzab/Khandak, dsb- semuanya bersetuju untuk menghormati dan melindungi satu sama lain tanpa menggugurkan prinsip dan identiti masing2.

PENYATUAN POLITIK (Tauhidul Siasi/Political unity)= amalan sunnah Rasulullah dalam Bai’ah Aqabah, Piagam Madinah, Peristiharan Futhul Makkah, dsb.- semuanya akur dengan Dasar & Perlembagaan Islam.

PAS bersama dalam PR.. PKR & DAP atau laian2 dalam konteks kerjasama politik ...... tanpa membuang prinsip dan identiti masing2 .... segala tohmahan UMNO terhadap PAS itu merupakan propaganda mereka saja, lupakah UMNO telah ‘banyak’ khianati Islam, Melayu dan tanah air melalui persekongkolan dengan MCA, MIC, dll dalam Perikatan dan BN …..

Jika UMNO merasa perlu bergabung & bersatu dengan PAS atas tuntutan “PENYATUAN POLITIK MELAYU ISLAM”, maka syarat disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Ulamak Haraki kontemporari Malaysia, adalah cadangan paling syarie… “UMNO tukar perlembagaan dan prinsip perjuangan kepada Dasar Islam”!! Fikirkanlah secara berobjektif dengan keimanan bukan nafsu duniawi semata-mata!

Anonymous said...

Anon May 5, 2011 1:44 AM telah menyeleweng fakta bagi membenarkan kerjasama Pakatan Rakyat.
katanya :
Kerjasama Politik(Tahalluf Siasi/Political pact)= amalan sunnah Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiyyah, Peperangan Ahzab/Khandak, dsb- semuanya bersetuju untuk menghormati dan melindungi satu sama lain tanpa menggugurkan prinsip dan identiti masing2.
Sebenarnya :
Dalam Perjanjian Hudaibiyyah/Perang Khandak mahu pun perlembagaan Madinah jelas mencatatkan bahawa Islam memimpin. Pembentukan masyarakat Madinah ( ummatan wahidah) yang menggabungkan Islam dan Bukan Islam adalah berteraskan kepimpinan Islam. Sebagai mengiktiraf sokongan itu Islam membenarkan kebebasan agama dan sosial bagi kalangan yang bukan Islam dengan hak dan tanggungjawab besar untuk mematuhi pentadbiran rasulullah dan sama-sama mempertahankan negara Madinah.

1) Cuba nyatakan kedudukan perjanjian (piagam) Pakatan rakyat (PR).
2) Siapa yang mengetuai PR
3) Nyatakan kedudukan Islam dalam PR
4) Sejauhmana gabungan PR memperketuakan Islam
5) Bagaimana kedudukan hudud dan negara Islam di bawah PR.

Kalau tiada jawapan kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan, ternayata PR adalah Pakatan Syaitan yang wajib diperangi hingga kiamat.

Anonymous said...

Anon 3:12 ,

Piagam bersama PR menetapkan segala peruntukan Perlembagaaan Persekutuan sedia ada dipatuhi... Kedudukan Agama Islam, hak beragama bukan Islam, kedudukan Melayu dan bumiputra, bahasa dan budaya, kedaulatan raja2 melayu, dsb... yang termaktub adalah mantapkan dalam BUKU JINGGA.

Begitu juga isu ketua PR, adalah ternyata hari ini dalam konteks masyarakat majoriti Malaysia adalah MELAYU atau ISLAM. DAP maupun MCA pun akur tentang realiti itu. Sekarang ini pun, walaupun DAP majoriti dari segi bilangan kerusi di Parlimen berbanding PAS atau PKR tetapi mereka bersetuju sebagai Ketua Pasukan di sebelah PR adalah dari kaum majoriti dalam PAS dan PKR itu MELAYU ISLAM.. Anwar Ibrahim sebagai Ketua Wip Pembangkang walau sangat dimusuhi oleh golongan aristokrat UMNO! Mengapa bangap sangat kamu untuk fahami isu dogengan UMNO itu?

Sekiranya pemahaman yang betul, kedudukan Agama Islam sebagai agama persekutuan serta penghayatan seluruh boleh dimantapkan termasuk memperkemaskan Undang-undang Syariah setiap negeri selarah dengan Islam syumul dengan pewujudan akta khusus: "Akta Pelaksanaan Perundangan Syariah" dibawah Perlembagaan Persekutuan, seperti pewujudan Akta Perbankan Islam dizaman Anwar dalam kerajaan BN dulu bagi membolehkan seluruh amalan syariah dan muamalat Islam dihayati dalam institusi kewangan dan perekonomian negara disamping Undang-undang Sivil yang sedia ada.

Ucapan kamu terhadap PR .. "PR adalah Pakatan Syaitan yang wajib diperangi hingga kiamat" .. itu tidak lebih kamu mengambarkan bagaimana gabungan dan pakatan BN itu sendiri yang selama ini banyak amalan korupsi dan kezaliman yang menyamai amalan syaitan itu adalah Barisan Nasional (BN) sendiri. Maka BN adalah Pakatan Syaitan yang wajib diperangi hingga kiamat!

Anonymous said...

Kata Anon May 5, 2011 4:05 AM :

Piagam bersama PR menetapkan segala peruntukan Perlembagaaan Persekutuan sedia ada dipatuhi..

Huraian:
PAAS menentang UMNO kerana UMNO dituduh oleh PAS mempertahankan perlembagaan sekular dan Presiden PAS sekarang pada 7 April 1981 telah mengeluarkan amanat yang berbunyi:

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Tambahan :

Tidak cukup dengan itu, Mursyidul Am PAS semasa menyampaikan khutbah di Masjd Pengadang Baru Marang pada Oktober 2001 menyebut:

"Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."

Ulasan :

Apa rasionalnya PAS dalam PR akan kekalkan Perlembagaan Kafir yang pernah ditentang dulu.

Marilah kita perangi PAS dan PR kerana mempermainkan peraturan Allah dan hukum hudud.

Anonymous said...

salam...
PAS tak boleh bekerjasama dgn UMNO kerana UMNO adalah sekular, tak Islamik, Perlembagaan belum Islam dsb...

Pas boleh bekerjasama dgn DAP...Perlembagaannya Islamik ker?. Dok marah kat MCA ttg judi, ttg negara Islam...DAP tak tentang ker?. Bkn kah pengerusi DAP sndiri yg yg cakap "langkah mayat sy dulu kalau nk buat negara Islam"

CUKUPLAH!...org2 UMNO jgn lg dok ajak org2 PAS ni. Mereka sudah terlalu bongkak, sombong, angkuh, bangga diri, sumaah dalam soal penyatuan Melayu Islam ni....nyo tindih di prase doh puok2 ni!!!!