PERISTIWA 1: Ketua dewan pemuda dan ketua dewan muslimah Pas disatu kawasan di Kelantan ditangkap berkhalwat dalam bilik sebuah resort di Cherating, Pahang. Ketua pemuda adalah suami orang manakala ketua dewan muslimah pula isteri orang ketika itu.
Saya selaku Ketua Biro Harian Watan di Kelantan ketika itu disaman kerana menulis lapuran mengenainya tanpa menyebut 'bekas' sedangkan ketika lapuran itu ditulis, kedua-duanya telah digugurkan dari jawatan masing-masing atas kesalahan berkhalwat.
PERISTIWA 2: Seorang wakil rakyat/pimpinan Pas disebuah kawasan di Kelantan dipukul kerana berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik kenamaan coach VIP keretapi. Peristiwa itu berlaku di stesen keretapi Tanah Merah ketika ditangkap, si perempuan dikatakan dalam keadaan berkemban manakala si lelaki hanya berseluar dalam.
PERISTIWA 3: Seorang pimpinan Pas kawasan(kini wakil rakyat) menarik masuk wanita Siam(sundal) kedalam biliknya disebuah hotel di Hadyai semasa mengikuti rombongan Speaker Dewan Undangan Negeri membuat lawatan ke sana. Biliknya bersebelahan dengan bilik saya.
PERISTIWA 4: Aktivis muslimat Pas Kota Bharu yang ketika itu masih bersuami mengaku lelaki lain sebagai suaminya bila ditanya oleh rakan tentang tahap kemesraan luar biasa dengan lelaki berkenaan sedangkan si yang bertanya tadi mengenali suami sebenar aktivis berkenaan.
Aktivis itu nusyuz menghilangkan diri berbulan-bulan lamanya dan seterusnya memohon perceraian dari suaminya.
Masa dalam edah aktivis berkenaan sudah pun hilir mudik dengan lelaki yang dia mengaku sebagai suaminya. Pimpinan Pas tahu tentangnya tetapi tidak mencegahnya. Apa yang dicatatkan adalah merupakan antara kes salah moral dalam Pas dan akan menjadi antara faktor kifarah yang akan menyebabkan Pas tersungkur di Kelantan pada PRU-13 nanti.
2 comments:
SURAT KEPADA KETUA POLIS NEGARA
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email:iho@rmp.gov.my
YDH Tan Sri,
KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PDRM SEMAKIN PARAH
1. Sejak dua minggu kebelakangan ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk caramana tindakan PDRM menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim.Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM.Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh Polis sendiri,dan diperbesarkan oleh media,kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian.
1.1. Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan,saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan “pisang akan berbuah dua kali”.
http://tukartiub.blogspot.com/2011/05/baca-dan-fahami-di-mana-punca-rasuah.html
syeikh..kenapa nampak muka syeikh keruh smacam je...ada janggut...tapi x nampak tanda wara'...
Post a Comment