Tuesday, October 14, 2008

LAGI PENGUMMAN!!!!!!!!!

KALAU SUDAH REZEKI...............

BETULLAH kata orang, kalau dah rezeki tidak akan ke mana. Dalam keadaan sulit dan sukar menjalankan perniagaan tanpa modal yang mencukupi, nampaknya rezeki demi rezeki datang menggolek. Terbaru seorang taukeh percetakan di Kota Bharu menyerahkan kilang percetakkannya untuk diurus sementara proses pembelian resmi selesai dan sampai saatnya nanti kami mampu bayar dan untuk mesin-mesin dan peralatan cetaknya menjadi milik kami.
Dengan memiliki kilang cetak sendiri, matlamat kami untuk menerbitkan sejudul buku sebulan pasti akan cepat mencapai matlamatnya. Sehubungi dengan itu mereka yang berpengalaman dan berkepakaran mengendalikan mesin cetak KORD single dipelawa berkhidmat dengan kami untuk jawatan operator terlatih dan operator pelatih. Kami juga memerlukan operator mengendalikan mesin TOKO, Hamada dan platon. Gaji pokok permulaan bagi operator KORD adalah RM900 ke atas.
Calon mestilah yang boleh bekerja dengan kawalan terhad dan sanggup bekerja lebih masa kerana kami merancang akan mengoperasikan kilang cetak itu nanti 24 jam. Yang berminat bolehlah membuat permohonan melalui surat, dihantar kepada;
PENGURUS BESAR
Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd
Lot 147B, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: 07-7475387/ Fax: 09-7475385
Mereka yang berminat dan berkemahiran juga boleh datang terus ke pejabat untuk sessi suai-kenal dan perbincangan pada hari bekerja (Sabtu hingga Khamis). Kami juga memerlukan tenaga kerja bagi jawatan eksekutif pemasaran.

No comments: