Wednesday, February 13, 2008

Advertorial





HASIL KEBABILAN DAN KEDEGILAN SEORANG MELI, MAKA MUNCUL SEBUAH LAGI AKHBAR ALTERNATIF






MENARIK BERTAHU RAKAN-RAKAN, KURANG MENARIK BERITAHU KAMI, HANYA RM3.00 SEMINGGU BERSAMAAN DENGAN RM12,00 SEBULAN, MAKLUMAT DARI PELBAGAI PELOSOK DUNA DATANG KE RIBA ANDA, SEBUAH AKHBAR BERKONSEPKAN ANDA TAK PAYAH KE GERAI AKHBAR, KAMI AKAN DATANG KE RIBA ANDA. PESANAN/PERTANYAAN BOLEH DIBUAT MELALUI EMAIL editorfajar@gmail.com.
EKSEKUTIF PENGIKLANAN, EKSEKUTF PEMASARAN, PEREKABENTUK DAN WARTAWAN/SIDANG EDITORIAL DIPRLUKAN

3 comments:

Anonymous said...

Apa sebenarnya telah terjadi dgn Husam ni? Dari telaah ana terdhp komen-komen blog ini, Husam berada dlm lanskap nazak. Betui tak? Itu di Kelantan.
Kawan-kawan di KL pulak keluh kesah juga dgn Husam ini. Dari isu buat TVPAS ketepikan mesyuarat, buat Wasilah, isu beli bangunan Pejabat Agong di Jalan Raja Laut hinggalah ke isu-isu persengkongkolannya dengan group JIM yang berdiri atas nama profesional dan sedang rancak "meminggirkan" Islam PAS dgn menggantikannya dgn perjuangan "demokrasi" dan "malaysia baru".
Ana tak sangka juga. Tapi setelah diselidiki, Husam antara pemodal kpd kerja-kerja ini. Dari mana dia dapat duit?
Gaji Yunus Said yang mengendalikan TVPAS saja dibayar hampir RM12,000 dan sudah habis lebih dari RM1 juta untuk bagi hidup TV yang tak banyak beri manfaat kpd PAS itu.
Buat Wasilah sahaja sudah habis dekat RM1 juta. Nasib baik Tuan Meli tarik balik permit. Itu tak termasuk beli bangunan untuk operasi TV Kelantan dan Wasilah di Kota Bharu yang dianggarkan RM1 juta. Beli bangunan dan ubahsuai Pejabat Agong PAS katanya mencecah RM7 juta. Semuanya Husam tanggung.Bagi Pusat Penyelidikan PAS Pusat tak tau berapa banyak. Bagi biayai kos cetakan sisipan dalam Harakah hampir RM20,000 untuk satu keluaran. Husam juga tanggung. Bagi Lajnah Kebajikan PAS Pusat (Dr. Lo Lo)untuk projek "Kami Prihatin" katanya banyak ribu juga. Hai entahlah. Banyak sungguh duit Husam ni. Dari mana dia dapat? Duit yang Tuan Meli sebut RM7 juta itukah? Atau duit lain dari konsesi balik atau AKSB yang sedang dipertarungkan ini?
Masa kempen rebut jwt Naib Presiden PAS dulu, ramai juga juak-juaknya dari siswasah Kelantan bekerja keras untuk tumbangkan Dato' Halim Abd Rahman. Cerdik dan liciknya, maka tercalonlah Halim ke jwt Timbalan Presiden yang tidak dimakan congak itu. Dua calon dari Ktan bertanding. Halim rebut Timbalan Presiden dan Husam kejar Naib Presiden.
Bacanya cukup mudah. Husam mahu Halim berkubur di Pusat dan sekaligus dia menang ke jwt Naib Presiden. Maka, Halim dicalonkan rebut Timbalan Presiden. Sudah tentulah Halim kalah. Maka, di Kelantan Husam tentu sekali jadi pemimpin nombor dua slps Nik Aziz sebab dia Naib Presiden. Tapi tak taulah, apa yang tersirat disebalik semuanya ini. Apakah kisah-kisah Umar Abd Aziz yang terpaksa memadamkan api lilin kerana lilin itu milik kerajaan; masih relevan untuk kepimpinan Nik Aziz.
Tapi, sayang, dalam blog ini tidak siapa berani untuk menyalahkan Nik Aziz selaku MB. Kononnya, orang keliling-kelalang yang merosakkan keadaan. Nik Aziz patut peka dan jangan terlalu berjurus. Akibatnya rakyat mulai culas dan muak dgn perkembangan hari ini. Orang Ktan bukan mengundi PAS kerana Islam. Kalau itulah tekadnya, pastinya PAS tidak akan kalah-kalah hingga hari qiamat. Tetapi mereka undi PAS kerana Umno dilihat menyeleweng. Sebab itu, PAS kalah di Pangkalan Pasir dan majoriti 50-50 sekarang. Kenapa? Mana sokongan pada 1990 dulu? Apabila rakyat tengok dgn mata, dengar dgn telinga dan membaca dgn hati, PAS sudah mulai goyang dgn kebendaan, berebut pengaruh, berebut harta, berebut betina (menyusun bini)dll, maka tidak ada sebab rakyat Ktan mahu menjulang PAS lagi. Mereka akan mencuba Umno semula. Inilah yang sdg terjadi.... Wassalam.

Anonymous said...

Kenali Datuk Ibrahim Ali

Waris baru takhta Kelantan
BH, 19/03/1993
KUALA LUMPUR, Khamis - Anggota Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali memberitahu Bernama bahawa menurut sejarah, Tengku Ahmad Panglima Raja adalah orang paling berhak menaiki takhta itu pada 1944, bukan Tengku Ibrahim yang kemudian bergelar Sultan Ibrahim.
Allahyarham Sultan Ibrahim ialah ayahanda kepada Allahyarham Sultan Yahya Petra iaitu ayahanda kepada Sultan Kelantan sekarang.
Ibrahim membuat dakwaan itu sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa orang yang berhak menduduki takhta Sultan Kelantan sekarang ialah Tengku Ibrahim Petra (sepupu Sultan Kelantan sekarang) kerana beliau ialah anakanda kepada Tengku Indera Petra, anakanda sulung Almarhum Sultan Ibrahim.
Di antara putera dan puteri Tengku Ahmad Panglima Raja ialah Allahyarham Tengku Zahid, Tengku Iskandar, Tengku Noor Asiah dan Tengku Zanariah.
Tengku Noor Asiah ialah bekas Ahli Parlimen Tumpat manakala Tengku Zanariah ialah Sultanah Johor sekarang.
Allahyarham Tengku Zahid pernah menjadi Ahli Parlimen Pas manakala Tengku Iskandar selain seorang ahli perniagaan, turut cergas dalam siasah tanah air khususnya di Kelantan.
Ibrahim tidak menghurai lanjut peristiwa yang boleh menyokong dakwaan beliau kononnya Tengku Ahmad Panglima Raja `menyerahkan takhta' itu kepada orang lain.

Ibrahim: Claim on succession justified
NST, 20/03/1993
PASIR MAS, Fri. - Pasir Mas Member of Parliament Ibrahim Ali said today his claim that a descendant of the late Tengku Ahmad Panglima Raja was the rightful heir of the Kelantan throne was justified.
He said he was prepared to disclose details and produce local historians, most of whom had been in the Kelantan court and knew the true story of how the succession to the throne had been manipulated.
He said the system of succession to the Kelantan throne was in shambles, especially after the Japanese Occupation.
"From historical documents that I have read so far, the British administration decided to deny Tengku Ahmad Panglima Raja and his descendants a right to the Kelantan throne after World War II because he was one of those who had opposed the British.
"The manipulation by the British and other quarters in the State to deny Tengku Ahmad Panglima Raja and his descendants the throne can be traced through historical documents and interviews with the elders from the Kelantan court," he said at his residence here today.
Newspaper reports today quoted Ibrahim as saying that one of Tengku Ahmad Panglima Raja's children should be occupying the throne based on historical facts.

MP raises new poser in Kelantan throne issue
NST, 13/04/1993
KUALA LUMPUR, Mon. - Pasir MAS MP Encik Ibrahim Ali today claimed that the Kelantan throne rightly belonged to the descendants of the late Tengku Ahmad Panglima Raja in whose place Tengku Ibrahim had been installed as Sultan in 1944.
He said he would raise the matter in the Dewan Rakyat which begins sitting on April 26.
Ibrahim claimed that the Kelantan royal lineage showed that after the death of Tengku Senik, Tengku Abdul Ghafar should have been installed as Sultan but he could not be reached in Thailand where he was living.
His younger brother, Tengku Sulong, was installed as the Sultan and not Tengku Ahmad Panglima Raja, the son of Tengku Abdul Ghafar.
Ibrahim said the rightful heir to the throne was Tengku Iskandar, the son of Tengku Ahmad Panglima Raja, or Tengku Kamaruzaman, the grandson of Tengku Ahmad Panglima Raja. Tengku Kamaruzaman is the son of Tengku Zahid, the eldest son of Tengku Ahmad Panglima Raja. Both of them were engaged in business in Kelantan, he said.
The other children of Tengku Ahmad Panglima Raja are Tengku Noor Asiah, Parti Semangat 46 Wanita chief, and Tengku Zanariah, the Sultanah of Johor. - Bernama

Ismail Petra bukan waris sebenar
BH, 03/05/1993
Nasir Hassan
PASIR MAS, Ahad - Tengku Ismail Petra yang mewarisi takhta Sultan Kelantan sekarang bukanlah daripada keturunan atau kerabat diraja yang benar-benar berhak mewarisi takhta kesultanan Kelantan.
Beliau adalah daripada keturunan Sultan Ahmad Tengah yang dilantik menjadi raja pada 30 Oktober 1886, setelah berkahwin dengan Tengku Sulong, iaitu kakak kepada Tengku Abdul Ghafar Tengku Temenggong (Tengku Putra Dalam Kebun).
Tengku Abdul Ghafar adalah ayah kepada Tengku Ahmad Tengku Abdul Ghafar (Tengku Panglima Raja), satu-satunya kerabat diraja yang berhak memahkotakan sultan Kelantan, termasuk Sultan Ibrahim, Sultan Yahya Petra dan Sultan Ismail Petra (Sultan Kelantan sekarang), pada hari pertabalan masing-masing.
Adik ipar kepada Tengku Ahmad, Abdul Kadir Abdullah, 72, berkata Tengku Abdul Ghafar tidak dilantik menjadi raja kerana tidak cukup umur dan terpaksa tinggal bersama keluarga di Pattani, Thailand.
Menurutnya, Tengku Abdul Ghafar kecewa dengan sikap kerabat diraja yang memerintah Kelantan ketika itu sehingga beliau membawa diri ke Che Hir, dekat Tak Bai, Selatan Thailand.
Tengku Abdul Ghafar meninggal dunia di sana, jenazahnya diperintah oleh Sultan Ismail (1935) dibawa pulang dengan bot ke Kelantan dan dikembumikan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.
Dalam perintahnya, Sultan Ismail dikatakan sanggup menanggung segala dosa terhadap kesilapan yang dilakukan berhubung takhta kesultanan itu.
"Bagi mengingati dan menghormati kemangkatannya, kerajaan Siam membina makam diraja di sana. Ketika itu, Kelantan diperintah oleh kerajaan Siam," katanya.
Beliau juga menunjukkan carta salasilah keturunan raja-raja Kelantan itu kepada Berita Harian dalam satu pertemuan khas, di sini, hari ini.
Carta salasilah itu diserahkan oleh Tengku Ahmad kepada adik iparnya itu (Abdul Kadir) pada 1964.
Abdul Kadir berkata carta itu dipersetujui oleh Raja Permaisuri Agong ketika itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Badariah Tengku Ismail.
Katanya, Tengku Abdul Ghafar mempunyai empat anak, termasuk seorang anak lelaki tunggal, iaitu Tengku Ahmad (Tengku Panglima Raja) yang meninggal dunia pada 1 Ogos 1989.
Sewaktu istiadat pemakamannya, Tengku Ahmad diberi penghormatan penuh adat istiadat raja-raja Melayu Kelantan dengan dilepaskan tujuh das tembakan meriam dan jenazahnya diletakkan di hadapan singgahsana Istana Balai Besar.
Menurut Abdul Kadir, Tengku Ahmad satu-satunya kerabat diraja Kelantan yang bertanggungjawab memahkotakan Sultan Ibrahim, Sultan Yahya Petra dan Sultan Ismail Petra.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, mendedahkan pewaris raja sebenar yang berhak menduduki takhta kesultanan Kelantan ialah daripada keturunan Tengku Ahmad Panglima Raja.
Allahyarham kini meninggalkan seorang anak lelaki, Tengku Iskandar dan enam anak perempuan, iaitu Tengku Azizah, Tengku Noor Asiah, Tengku Zanariah (Sultanah Johor), Tengku Nora, Tengku Zaidah dan Tengku Izah.
Dua anaknya, Ahli Parlimen (Pas) Pasir Mas, Tengku Zaid, meninggal dunia 11 Mei 1983, manakala anak sulungnya, Tengku Fatihah meninggal dunia pada bulan April 1989.
Menurutnya, selepas Tengku Ahmad, tidak ada lagi kerabat diraja yang digelar sebagai Tengku Panglima Raja.

Anonymous said...

Baru jumpa cari blog Meli. Apa serang Datuk Ibrahim Ali ni? Itu cerita dulu, sekarang Datuk Him dah kamceng dengan istana.