Thursday, February 14, 2008

SESEKALI JENDELA MINDA TERKUAK (1)

PRU-12 Pas Terlepas?
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

SAYA sukar untuk menemukan wajah lojiknya bila ada SMS dan email dihantar kononnya kerana mahukan saya melalui Kapak Jangak tidak ikut sama menyibuk sempena PRU-12, maka ada pihak yang sanggup berbelanja besar membiayai penyangak siber menggodam blog saya.

Kononnya kalau saya tidak memberikan password sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, tidak mudah, malah adalah merupakan seperkara yang mustahil untuk sesebuah blog digodam, apatah lagi dimusnahkan sehingga blog saya seolah-olah tidak pernah wujud di alam siber.

Bila saya memberi hujjah setiap yang kena jadi akan musnah, yang tak akan musnah hanya Allah sebagai balasan kepada email dan SMS yang dihantar, maka rata-rata membuat kesimpulan ianya dilkakukan oleh sekumpulan pakar yang mengambil masa yang lama dan upahnya pula mahal bagi mengodam dan memusnahkan blog saya.

Walapun kalau boleh saya tak mahu percaya tetapi oleh kerana saya bukan pakar siber dan terknologi IT, kenalah juga percaya tetapi dengan tanda tanya kenapa mesti bebelanja besar untuk musnahkan ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com?

Hujjah yang diberi kerana blog saya tidak menguntungkan banyak pihak, sebaliknya boleh merugikan dari sudut kepentingan politik dan moralisme. Kononnya blog saya disilau-kelih oleh semua jenis manusia Malaysia termasuk yang berada di luar negara.

Keterbukaan, kebebasan dan kemerdekan yang memprinsipi saya sama ada dalam kehidupan sebabagai seorang manusia dan juga sbagai pengendali blog dilihat boleh mengikis ketaksuban kepada parti politik, kepada pemimpin, malah boleh membuka mata banyak pihak tentang nilai kemanusiaanisme, termasuk di kalangan pegawai kerajaan yang selama ini rata-rata menyokok kepada orang politik.

Firasat-firasat saya yang kononnya sering tepat dilihat boleh mempengaruhi keputusan PRU-12, terutama di Kelantan. Kerana itulah blog saya digodam pada ambang menjelangnya perisytiharan pembubaran parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri setelah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong.

Tujuannya supaya saya dibisukan sepanjang kempen pilihanraya.

Ini adalah kerana hujjah-hujjah saya bahawa bagi yang anggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas boleh merosakkan aqidah, melompat parti tidak membawa kepada murtad, kuat Pas sahaja kalau tidak smbahyang-bang tetap akan masuk neraka walaupun dikapan dengan bendera Pas, merupakan hujjah-hujjah yang boleh membangunkan pendukung dan penyokong Pas dari ulitan ketaksuban melampau.

SUMPAH SEORANG MELI turut menjadi senjata pemusnah kepada kalangan tertentu yang selama ini menyibarkan dakyah bahawa saya telah dibeli dan diupah oleh kalangan tertentu, terutama oleh Umno dan Datuk Haji Annuar Musa sehingga saya menjadi lantang dalam menyatakan pendirian dan mempertahankan prinsip.

Itu antara hujjah-hujjah yang diberikan kenapa ramliabdulhalimmelayu . blogspot.com digodam dan dileburkan dengan demikian rupa, malah membawa kepada kerosakkan segala sistem komputer saya. Macam mana pun saya harap itu semua hanya andaian sahaja.

Saya sendiri percaya kemusnahan blog saya hanyalah kerana kenakalan pemain siber yang menguji-kaji kepakaran mereka. Saya akan muktamadkan kepercayaan saya apabila saya dapat jawapan bertulis dari pelbagai pihak berkaitan dengan alam siber, termasuk dari BLOGSPOT.

Untuk menyekat suara saya tidak mungkin kerana saya ada Mingguan Wasilah dan yang terbaru akan dipasarkan Fajar Islam (mingguan - terbit setiap hari Isnin) dan Konsep (majalah bulanan) untuk bersuara, itu hujjah saya.

Sebagai ketua pengarang saya boleh bersuara ikut apa yang saya mahukan jika saya ada agenda. Anak buah ingkar saya boleh pecat atau berikan memo peringatan supaa wajahkan akhbar-akhbar dan majalah saya ikut apa yang saya mahu.

Hujjah balas yang diberikan ialah pengaruh blog lebih luas kerana dia boleh sampai ke mana-mana sahaja melalui petikan hujung jari. Kalau sekadar akhbar dan majalah edarannya sangat tehad. Pelayar blog pula berilmu dan lebih berpandangan luas berbanding dengan mereka yang beli akhbar dan majalah bukan sesetenga bukan untuk dibaca tetapi kerana ada gambar tokoh yang ditaksubi.

Saya tidak boleh menolak dengan mudah hujjah itu dan saya berikan jaminan akan bina blog baru menggunakan masshead sedia ada yang kebetulan ada tersimpan dalam disket. Maka saya lahir, bina dan bangunkan http://www.kapakjangak.blogspot.com/ menggunakan konsep yang sama dengan ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com.

Saya ditanya tentang firasat saya mengenai keputusan PRU-12, malah ketika saya makan di sebuah kedai makan semalam, ada yang dekati saya, lepas melahirkan rasa terkejut dengan godaman terhadap blog saya, ditanya firasat saya tentang PRU-12.

Saya cuba mengelak untuk menjawab atas alasan saya bukan orang parti politik. Bagaimanapun saya semacam didesak untuk menyatakan firasat saya, kononnya laporan cawangan dan laporan orang parti tak boleh pakai mana, semuanya yakin berlebihan, macam PRU-11, kononnya Kedah, Perlis, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang boleh ditawan tetapi keputusan terbukti jauh berbeza.

Kerana didesak juga, saya kata bahawa Pas akan gagal mempertahankan Kelantan, gagal merampas Terengganu dan tidak sampai 10 peratus daripada 60 kerusi parlimen dan lebih 200 kerusi dewan undangan negeri yang ditandingi akan dimenangi, Pas akan kalah teruk, DAP tetap akan memegang majoriti pembangkang di parlimen.

Pas hanya boleh menang jika lebih dari 10 peratus dari kursi-kursi yang ditandingi jika parti itu berhenti jual lagak, jual bual besar dan perasan cukup hebat dan berpengaruh untuk tumbangkan kerajaan Umno/BN sedangkan ianya hanya bertanding 60 kursi parlimen sahaja.

Pas boleh menang di Kelantan, boleh pertahankan Kelantan dengan majoriti sakit sekiranya Umno gagal mewujudkan semangat 'Kelantan Mesti Ditawan' tanpa ada penyakit gila nak jadi tok wakil sehingga bila tidak terpilih akan disabotaj calon dari parti sendiri yang bertanding.

Saya juga yakin, pada 8 Mac nanti, Datuk Haji Annuar Musa selaku Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar manakalan Husam Musa akan menjadi Ketua Pembangkang kalau dia tidak dinyahkan dari DUN Kijang.

Semua calon import Pas, termasuk di Kubang Kerian kalau pun Sallehuddin Ayob yang cukup bagus sebagai wakil rakyat terus dicalonkan bagi mempertahankan kerusinya, Pas akan kalah atas faktor-faktor semasa. Yang selamat cuma Pengkalan Chepa, itu pun pada firasat saya denga majoriti sakit.

Bila Umno/BN menang, Pas terpaksa mengambil masa yang lama untuk tawan Kelantan kembali kerana Umno/BN tidak akan mengulangi lagi melakkan apa yang rakyat tidak disenangi sehingga parti itu tumbang pada tahun 1990 dan Umno/BN juga tidak akan lakukan apa yang dilakukan oleh Pas yang menyebabkan parti itu kalah teruk pada PRU12 yang hari penamaan calon dan tarikh .

Macam mana pun ini hanyalah firasat saya sahaja, keputusan sebenar telah tersurat dalam ketentuan dan takdir-Nya. Manusua tida cukp hebat dan cukup berengaruh serta kekuatan untuk merubah suratan dan takadir Allah!

Bgi saya nak tahu sama ada Pas dalam keadaan tertekan atau tidak, boleh dilihat sama ada Tok Guru Nik Aziz masih bertanding atau tidak. Kalau Tok Guru Nik Aziz masih bertanding, bemakna Pas dalam keadaan sangat terdesak dan Tok Guru Nik Aziz terpaksa dijadikan denak dan kalangan yang kecewa kerana tidak berpeluang jadi MB kerana Tok Guru lambat bersara, terpaksa berlakun maniskan muka.

Kalau Pas yakin boleh menang, Tok Guru Nik Aziz tidak akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihanraya umum kali ini kerana faktor usia dan serangan yang agak teruk terhadap anak-anak dan menantunya tidak mustahil akan memerosotkan undi yang diperolehinya.

JUMPA LAGI!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

FIRASAT GILA DAN BENGONG DAN TAK BERPIJAK DI BUMI NYATA.

Anonymous said...

Nak tau siapa calon PAS di Kelantan?

Datuk Husam tanding di DUN Salor. Buni Amin dinyah seperti diramal.

Tempat Datuk Husam di DUN Kijang diambil oleh Senator Wan Ubaidah, isteri arwah Wan Azim adik Cikgu Wan Rahim.

Ustaz Mat Mustapha bekas Ketua PKR Kelantan tanding di DUN Demit. Ustaz Mat Iraq direhat.

Dr Rosli Allani tanding di DUN Bunut Payong. Datuk Takiyuddin dipindah ke Parlimen Kota Bharu.

Nasaruddin Mat Isa tanding di Parlimen Bachok.

Dr Hatta Ramli tanding di Parlimen Pasir Puteh.

Cikgu Wan Rahim YDP Kota Bharu tanding di Parlimen Rantau Panjang.

Datuk Halim tanding di Parlimen Pengkalan Chepa.

Salahuddin Ayub tanding di Parlimen Kubang Kerian.

Datuk Kamaruddin Jaafar tanding di Parlimen Tumpat.

Datuk Ibrahim Ali tanding di Parlimen Pasir Mas.

Dr Zulkifli Mohamad YDP Gua Musang tanding di Parlimen Kuala Krai.

Bekas Senator Siti Zailah tanding di Parlimen Jeli.

Dah 10 Parlimen, Gua Musang, Tanah Merah, Ketereh, Machang tak relevan. Tak payah tau siapa calon dia.

DUN mana lagi nak tau?

Cukup lah tu dulu. Kalau umum semua kan tak ada benda lagi Tok Guru Nik Aziz nak umum nanti. Kena kesian juga kat dia, he he he.