Thursday, February 14, 2008

MOHON BERSABAR

SAYA masih belum berpeluang memberi respon kepada komen-komen yang dihantar kerana komputer saya (di rumah) belum berjaya dibaik-pulih. Godaman kononnya mengunakan penyerangan 404 terhadap blog saya (ikut kata pakarlah) melibatkan belanja yang besar dan kononnya dibuat oleh kumpulan pakar khas.

Kenapa sampai begitu sekali. Bahaya sangatkah blog saya. Berpengaruh sangatkah saya. Berbisa sangatkah respon-respon saya terhadap komen-komen yang dihantar sehingga blog saya digodam dan dileburkan macam Siam meleburkan tanda-tanda pemerintahan Kerajan Melayu Pattani di Krisek.

Bukan setakat ramliabdulalimmelayu.blogspot.com tidak tingal bekas, tetapi komuter saya juga megalami kesorasakkan, isi kandugannya tidak boleh diselamatkan termasuk manuskrip tiga antologi cerpen, empat novel, lima buku politik dan ratusan simpanan gambar.

Oleh kerana di pejabat saya belum lagi ada line streamyx walaupun ada 15 unit komputer, namun buat sementara ini operasi blog masih lagi bermarkas di bilik tidur rumah saya dan buat sementara blog saya melikapakjangak.blogspot.com dikendalikan menggunakan laptop.

Kerana saya belum mahir guna laptop, maka sukar untuk saya memberikan respon kepada komen-komen yang dihantar sebagaimana yang saya lakukan dalam mengendalikan ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com.

Ikut tukang betul kerosakkan komputer saya, pada hari Sabtu atau Ahad komputer saya akan dipulihkan sepenuhnya. Sebagai seorang yang tak mengaji mana, bila ada yang maklumkan tentang perang siber dan peghantaran virus, saya hanya meganggap ianya adalah khayalan dari cerita filem sahaja, rupanya ia memang benar-benar boleh berlaku.

Menurut petugas saya yang diberi taggungjawab mengumpul komen dan respon saya untuk dibukukan, beliau sempat pungut Respon (1) hingga Respon (138). Respon (139) hingga Respon (147) tidak sempat dipungut apabila blog saya digodam dan dileburkan.

Mana-mana penyilau-kelih blog ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com yang sempat memungut dan menyimpan Respon (139) hingga Respon (147) mohon diemailkan kepada aya melalui alamat email meli_industry@yahoo.co.uk. Buku berkenaan saya akan terbitkan dalam tempoh kempen PRU-12 sebagaimana yang dijadualkan.

Pada kesmpatan ini saya mengambil peluang untuk merakamkan ucapan berbanyak terima kasih dan rasa terharu teramat terhadap saya serta pnghormatan tinggi saya kepada Wak Hamad dan Shifu67 yang telah menghantar kepada saya komen berserta respon saya yang sempat mereka pungut.

Jasa baik anda tidak mampu saya balas kerana nilainya bagi saya lebih bernilai dari segala isi dunia ini. Saya akan doakan semuga anda sentiasa dalam kerahmatan-Nya, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipertingkakan kualiti iman dan takqwa.

Mengenai usaha saya untuk dapatkan identiti penggodam, sehingga takat ini saya baru dapat kenalpasti jenis godamaan. Berdasarkan maklumat-maklmat yang ada, saya sudah pun menghantar surat resmi kepada pihak berkaitan, termasuk kepada BLOGSPOT. Selain dari meminta identiti penggodam, saya juga membuat nota bantahan.

Saya akan hantar surat susulan setiap minggu selagi saya tidak dapat jawapan yang memuaskan. Hasilnya nanti kalau tidak membawa kepada keaiban kepada mana-mana pihak dalam bentuk invidu atau kelompok, saya akan publishkan melalui blog saya ini. Apa tindakan saya nanti, bergantung kepada siapa penggodamnya.

Nota: Kapak Jangak (pojok) turut dimuatkan dalam Fajar Islam (page 33) dan akan menake dan menarah pada hari Isnin setiap minggu

Jumpa lagai!

3 comments:

Anonymous said...

MSO kata,
Sehubungan itu tersebar juga khabar mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa tidak akan bertanding di mana-mana kerusi baik Parlimen ataupun DUN pada pilihan raya akan datang.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan masalah kepada Umno Kelantan.

Annuar yang dianggap sebagai menjadi liabiliti kepada Umno dikatakan akur dengan kemungkinan strategi itu.

Ambo kato.....
pah firsat meli lagu mano... kata nuar musa akan jd mb kelate...
nampak sekali lg firasat demo x leh pakai, bangga sgt la dehh ngan firasat demo hak selalu betul tu ... walau sekadar firasat kawe caya firasat hj mso.

Anonymous said...

Firasat Meli tak leh pakai. Tidak Meli ramal PRU bulan Mei? Meli tak dok kredibiliti.

Anonymous said...

Nak tau siapa calon PAS di Kelantan?

Datuk Husam tanding di DUN Salor. Buni Amin dinyah seperti diramal.

Tempat Datuk Husam di DUN Kijang diambil oleh Senator Wan Ubaidah, isteri arwah Wan Azim adik Cikgu Wan Rahim.

Ustaz Mat Mustapha bekas Ketua PKR Kelantan tanding di DUN Demit. Ustaz Mat Iraq direhat.

Dr Rosli Allani tanding di DUN Bunut Payong. Datuk Takiyuddin dipindah ke Parlimen Kota Bharu.

Nasaruddin Mat Isa tanding di Parlimen Bachok.

Dr Hatta Ramli tanding di Parlimen Pasir Puteh.

Cikgu Wan Rahim YDP Kota Bharu tanding di Parlimen Rantau Panjang.

Datuk Halim tanding di Parlimen Pengkalan Chepa.

Salahuddin Ayub tanding di Parlimen Kubang Kerian.

Datuk Kamaruddin Jaafar tanding di Parlimen Tumpat.

Datuk Ibrahim Ali tanding di Parlimen Pasir Mas.

Dr Zulkifli Mohamad YDP Gua Musang tanding di Parlimen Kuala Krai.

Bekas Senator Siti Zailah tanding di Parlimen Jeli.

Dah 10 Parlimen, Gua Musang, Tanah Merah, Ketereh, Machang tak relevan. Tak payah tau siapa calon dia.

DUN mana lagi nak tau?

Cukup lah tu dulu. Kalau umum semua kan tak ada benda lagi Tok Guru Nik Aziz nak umum nanti. Kena kesian juga kat dia, he he he.