Sunday, February 17, 2008

CATATAN RINGKAS

SAYA minta maaf kerana tidak muncul semalam. Saya benar-benar sibuk. Fajar Islam yang sepatutnya dicetak malam tadi tidak dapat dicetak. Perasaan saya sedikit tercalar dan terbakar. Fajar Islam tidak dapat dicetak kerana saiz artworknya lebih besar untuk dicetak oleh web printing yang satu-satunya ada di Kelantan pada waktu ini.

Percetakannya terpaksa ditangguhkan ke pukul 8.00 malam ini dan Insyaallah pembaca di Pantai Timur akan dapat membacanya esok. Kata seorang rakan, kalau ada yang muka bengkak, bera atau berdarah hidung, pasti di tangannya ada Fajar Islam kerana dia berjaya dalam berebut-rebut nak dapatkan Fajar Islam sehingga tunduk dah bengannya jadi serentak dengan pembaca, sampai berlaga kepala, kononny mugo barang sedap baca.

Bagi saya selaku penerbit dan Ketua Pengarang, apa yang diharapkan ialah jika menarik, anda sebagai pembaca beritahulah rakan-rakan, jika kurang menarik beritahu kami. Kerja kami ialah membentulkan segala kesalahan, menguuumkan mana-mana yang kurang ummmm.

Ada yang SMS dan email semalam dan tengah malam tadi tanya, kenapa menyepikan diri. Apakah saya merasa tertembak dan otak kepala saya telah bersepai bila Haji MSO kononnya menempelak saya dalam responnya terhadap tulisan saya yang diposting berhubung dengan nasib Kerajaan Pas Kelantan dalam PRU-12.

Sebagai penulis, saya dah tulis apa yang patut ditulis. Apa yang saya tulis itu pula tidak semestinya boleh diterima oleh semua orang dan saya juga tidak mengharapkan segala pandangan saya yang tergarap dalam tulisan-tulisan saya diterima oleh semua orang.

Saya bukan nabi dan rasul untuk menjadikan orang mesti setuju dengan saya, kena ikut dan kena kata tidak ada yang tidak betul melainkan betul belaka apa yang yang kata dan garapkan dalam tulisan-tulisan saya.

Macam mana pun saya akan tulis apa yang saya rasa patut tulis dan apa yang saya tulis pasti akan ada hikmahnya kerana jangankan nak tulis ribuan patah perkataan, nak tulis sebutir huruf pun saya tak akan mampu tanpa izin-Nya.

Kalau kerana ikut sentimen kepartian atau takut hilang tanggapan serta pelabelan keramat rakyat Kelantan terhadap tokoh-tokoh tertentu, saya boleh tulis kata Pas akan menang semua kerusi parlimen dan negeri di Kelantan dan calon-calon Umno akan mampus deposit belaka dan orang Pas akan suka dan masing-masing akan kata MELI TU ORANG KITA.

Saya juga boleh membohongi hati dan perasaan sendiri dengan brkata Kerajaan Pas Kelantan yang kini bekerajaan dengan majoriti satu kerusi dan satu kerusi itu pula hanya dengan lebihan dua undi sudah kembali kuat macam PRU-8 (1990) dan PRU-10 (1999). Solanya betul ke Pas kembali kuat dan Kerajaan Pas Kelantan kembali kukuh?

Dalam PRU-8 Pas menang mewah kerana bantuan S46 dan menang mewah sekali lagi pada PRU-10 kerana dibantu oleh aura Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tapi kenapa S46 pecah boleh kongsi dan kenapa KeADILan@PKR sering resah-gelabah duduk semukim dengan Pas?. Rakyat sebagai pengundi perhati semua ini. Pengundi sekarang bukan zaman ada pengundi yang boleh bertukar takir antara asam jawa longgok dengan buah kurma longgok lagi.

Kalau S46 lari, rakyat boleh terima kata S46 fe'el uduh, tapi kalau dah KeADILan@PKR pun menonye sokmo gara-gara sikap orang Pas, boleh ke kita kata boktan KeADILAN@PKR berjangkit sindrom fe'el uduh S46 atau macam mana.

Secara lojiknya, apakah boleh Pas kekalkan pemerintahannya di Kelantan setelah pengundi memberi amaran yang begitu keras dan nekad sehingga kemenangan setiap calonnya dengan begitu mewah dalam PRU-10 telah disenjah balik dan menjadikan mandat yang diterima umpama hidup segan mati tak mau.

Apakah dengan berkerajaan dengan hanya mandat lebihan satu kerusi dan kerusi yang lebih satu itu pula hanya bermajoritikan dua undi, pimpinan Pas telah berusaha selama tempoh PRU-11 ke mari bagi dan membaiki diri?

Asyik-asyik diberi alasan lawan menipu, SPR tidak telus dan pengundi hantu yang menjadi punca kekalahan, malah kalau Pas kalah dalam PRU-12 kononya kerana Umno sudah punggah ratusan ribu pengudi luar ke Kelantan dengan menyediakan ratusan buah bas.

Maknanya kalau dah sah Umno bawa sedemikian banyak pengundi luar, ditokok tambah pula dengan sikap pimpinan Pas yang semua orang tahu macam mana sekarng lloni di samping timbul pula isu calon import, bila saya dok hitung kira sama ada guna mesin kira, guna buah ketik Cina atau pun guna batu-batu krikil, mana ada jalan Pas boleh menang.

Supaya tidak ada yang diserag sakit jantung, saraf otak dan boleh bawa kepada menjadi gila kerana tidak boleh menerima keputusan PRU-12 kerana Kerajaan Kelantan bertukar tangan, maka saya memberi peringatan awal supaya semua orang Pas bersedia untuk kalah dan kalau kalah sengoti nanti tidaklah terasa sangat siksanya kerana persediaan mental dan fizikal untuk itu telah dibuat.

Kalau menang jugak gat, mujurlah. Dalam pilihanraya ni kita kena ingat hanya ada dua keputusan jah: menang atau kalah. Tapi menang pun kalau sampai aqidah tercalar dan rosak, lebih baik tak menang. Kalau kalah pun ada hikmah, antara mungkin kerana kita gagal dalam ujian Allah bila kita dimenangkan.

Saya tetap berpegang kepada keyakinan bahawa anggapan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas adalah angapan yang boleh membawa kepada kepunah-ranahan aqidah. Saya juga tidak setuju, malah bagi saya boleh punahkan kualiti iman dan taqwa kalau dikatakan undi Pas dapat pahala, tolak Pas berdosa.

Syurga disediakan untuk orang yang beriman dan bertaqwa tanpa mengira ahli parti politik mana dan neraka pula adalah untuk mereka yang tidak beriman dan tidak bertaqwa. Politik memang tidak boleh dipisahkan dngan Islam sebagai agama tetapi parti politik tidak boleh disamatarafkan dengan agama kerana parti politik tidak sesuci Islam.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan....saya terpaksa pergi awal ke pejabat dan kita berpisah dulu setakat ini. Jangan risau tentang parti mana yang akan saya undi dalam pilihanraya kali ini kerana saya rasa saya tak akan mengundi.

Malam nanti saya terpaksa bertumas di kilang cetak dan seterusnya akan menguruskan bekalan untuk para pengedar Fajar Islam, akhbar altenatif milik lelaki marhain. Sekian, wsallam!

29 comments:

Anonymous said...

Apa kau kau merepek ni meli, duk ulang-ulang benda tula, tak dak isu lain ker. Jangan jual ubat BN dah lah. Ore tak was-was guano ko demo mugo web log demo siap masuk sawang BN Guanodemo lagi. Pas tu tak nak timbul fitnah dan kata-kata org. macam mana, mugo demo sendiri berusaha ke arah itu. Pada pemerhatian kawelah, pas masih kekal lagi menjadi kerajaan di kelante, ni atas sokongan pengundi anak2 kelante di perantauan yang lebih terbuka dan terdedah dengan lebih banyak isu nasional berbanding demo sendiri. Memang pun kita tahu dan tak dok ore kato pas maksum, tak dok ore kato syurga, neraka dibawah pas, tak dok ore kato mengundi umno jatuh kapir, tak dok ore kato hilang tuk guru, hilang pas, cuma tu adalah pandangan dan pemikiran kekampungan demo sendiri. Kalu buleh demo banyokkanlah membaca, menyelongkar maklumat dan internet, dengar habis ceramah secara langsung untuk tahu apa tersirat dan tersurat supaya kita betul2 tahu dan faham sesuatu isu. Ambo rasa pun kalu BN pusat dan negeri lain pun banyok tok betul, tok ke BN kelate so jah hok betul, pah tu nak membetulkan pah hok tok betul. Demo pun sama nok membetulkan pemimpin pas hok tok betul. Meli weh demo ni masuk bab politik dan pernah kerja dengan orang politik, tak heran jika demo banyok tahu kelemahan dan keburukan politik ore2 pas, sebab ore lain pun lagi tahu kelemahan dan keburukan politik BN. Cuma palo jah lain -lain

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kawan2. Itu pandangan Abe Li kito, yang mano ambo raso ado jugok hok moleknyo. Tokkae la kito nok suruh ore kato hok kito kkene jah. Tok gitu.
Walaubagaimana pun, anggaplah itu sebagai satu motivasi kepada pimpinan dan pejuang2 PAS untuk muhasabah diri/parti untuk menuju ke arah yang lebih cemerlang. Insya Allah.

Anonymous said...

Bagi saya selaku penerbit dan Ketua Pengarang, apa yang diharapkan ialah jika menarik, anda sebagai pembaca beritahulah rakan-rakan, jika kurang menarik beritahu kami. Kerja kami ialah membentulkan segala kesalahan, menguuumkan mana-mana yang kurang ummmm.

kata ambo...
kalau fajar islam meli mintak pandangan org sbg penerbit....
pah kalu blog ni dok belawok, bawak fitnah, bui org ruang nak buat fitnah tu lagu mano pulak xsir ko mintah pandangan org???
mungkin ado juga hak molek dlm blog meli ni tp banyak hok x molek, ini pendapat dan pandangan ambo.

Anonymous said...

Tok soh duk menujum la meli weeeee, nntkan org panngei meli nujum pak belalang bukan meli kapak jangak

Anonymous said...

Mursyidul Amnya yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya ini sebaliknya 'orang utan yang tidak tahu undang-undang'.

"Lawan UMNO ni bukan lawan parti politik tetapi kumpulan yang tidak reti agama dan undang-undang macam orang utan.

Apa pendapat meli??? sbb sblm ni jrg dgr meli pukul Tok Guru.

Anonymous said...

"Lawan UMNO ni bukan lawan parti politik tetapi kumpulan yang tidak reti agama dan undang-undang macam orang utan.

- Ikut demolah tok guru..mugo demo tok guru dah..nak kata ore utan ka ore gapa pun..demo lebih tahu hal agama ..hal dosa pala..agak-agak kalu tok guru kata lagu tu..gapa pulak hak anak buah dia pehe dan pah tu dok ngata pulak ke ore...

-Mugo ore lain tak cerdik belaka puak pas jah cerdik..boleh pakai piah hijaa gak...berasa dia isle lebih pada ore lain.

Anonymous said...

Sudah memasuki empat tahun saya tinggal dan bertugas di Kelantan. Satu perkara yang saya faham mengenai Pas ialah:
memakai kopiah dan menjadi ahli atau penyokong Pas adalah tiket untuk maki hamun atau menjatuh hukum dosa pahala terhadap orang lain, walaupun diri sendiri sebenarnya tak berapa betul atau wayar hijau putus, seperti kata Meli.

Anonymous said...

Aku nok tengok lagu mano rupa muko kolibatok-kolibatok nik aziz kalunyo sengoti lepas pru 12 kelate diperintah oleh puak-puak spt ore utan.xpibvvqv

Anonymous said...

MELI DUK MERABAN APA NI. ORANG BACA KAPAK JANGAK BUKAN NAK BACA TULISAN MELI TAPI NAK BACA KOMEN2 PENYILAU DAN KOMEN2 MELI PADA KOMEN2 PENYILAU. BILA INI DAH TIADA TAK ADALAH TARIKAN BLOG INI.

MSO PUN DUK MERABAN APA LAGI. TAKIYUDDIN DAH DIPUTUS KEKAL DI BUNUT PAYONG. CIKGU RAHIM DAH DIPUTUS TANDING PARLIMEN KOTA BHARU. MUHAMMAD HUSIN DAH DIPUTUS TANDING PARLIMEN PASIR PUTEH. APA LAGI YANG BERGOLAKNYA?

MELI DAN MSO, NAK MENULIS TU BIAR BERSUMBER SIKIT! MACAM ANA TAK APA LA SEBAB ANA BERSUMBER DIRI ANA SENDIRI (ANA ORANG PENTING PARTI JANGAN TAK TAU).

Anonymous said...

Di sini bukan saya hendak membela Abdul Hamid. Tetapi biarlah berlaku adil. Hormatilah Abdul Hamid. Abdul Hamid sendiri khabarnya tidak ada masalah kalau beliau sudah ditakdirkan tidak menjadi calon. Malahan dalam satu ucapan yang didengari oleh Nik Aziz, Abdul Hamid mengatakan yang beliau bersedia menyokong sesiapa saja dan sanggup setia kepada parti.

Tetapi biarlah penafian ke atasnya beradab. Abdul Hamid ada penyokong dan ada orang yang setia kepadanya. Beliau mungkin boleh sabar tetapi bagaimana dengan penyokongnya terdiri Penghulu dan sebagainya. Di sinilah tidak bijaksana dan kurangnya keikhlasan orang-orang Pas. Kalau pun hendak makan kawan sendiri tetapi biarlah sisanya tidak tertinggal!

Mungkin Abdul Hamid juga merasakan dirinya dipermainkan. Kerana pada mulanya Ustaz Wan Roslan dinamakan sebagai calon Tendong. Kemudian lewat petang semalam nama Ustaz Yaacob Marcoco pula naik. Siapa dia Yaacob Marcoco ni?

Apakah dia seorang lawyer, majistret, doktor atau siapa? Kalau itulah kriteria yang digunapakai untuk mengganti Abdul Hamid maka jelas sikap Pas Kelantan hari ini saling tidak tumpah dengan feel perangai ibu mertua P Ramlee. BERSAMBUNG. [wm.kl 15/02/08]

APA YANG MSO MEREPEK NI???
CALON PAS DI DUN TENDONG DAH LAMA DIPUTUS PADA DR MUHAMMAD DAUD, LULUSAN PHD! DUN TEMANGAN PUN DR FADLI HASSAN, PUN LULUSAN PHD! MELI DAN MSO JANGAN MEMBANGANGKAN DIRI SENDIRI MENULIS BENDA YANG ENTA SEMUA TAK TAU!

Anonymous said...

BN Tidak Perlu Layan Karenah Nik Aziz - Annuar

KOTA BAHARU, 18 Feb (Bernama)-- Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak perlu melayan karenah dan tuduhan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan anggota BN dengan Orang Utan kerana kononnya menolak Islam.

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata faktor usialah yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu mengeluarkan bermacam-macam kenyataan tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Sebelum ini PAS juga menuduh Umno kafir dan sekarang dia kata pula Umno sama dengan Orang Utan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penjagaan Alam Sekitar dan Mengamalkan Kebersiahan, di Pasar Ketereh di sini, hari ini.

Seramai 200 pemimpin Umno dan penduduk tempatan mengambil bahagian dalam program itu yang turut dijalankan di pasar Peringat dan Melor di sini dalam usaha mendidik orang ramai supaya mengamalkan kebersihan di kawasan pasar.

Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam berkata PAS Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri ini pada pilihan raya ini sebaliknya "Orang Utan yang tidak tahu undang-undang".

Beliau berkata "Lawan Umno ni bukan lawan parti politik tetapi kumpulan yang tidak reti (tahu) agama dan undang-undang macam Orang Utan", katanya.

Annuar berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipengaruhi oleh usianya yang sudah tua, tekanan kerja yang banyak dan sikap orang bawah yang bermacam-macam ragam menyebabkan beliau mungkin tertekan.

"Kita nampak dia bercakap macam tidak konsisten, mungkin disebabkan usia yang tua, mungkin juga kepenatan kerja dan mungkin disebabkan stres," katanya.

Hmm, ada lagi barang begini? Bukan dah diminta tampal plaster kan?

Anonymous said...

KAN BAGUS KALAU SEMUA NEGERI, TERMASUK KELANTAN BUAT BEGINI, UMUM NAMA CALON AWAI-AWAI.

Presiden umum calon Perlis, Dr Haron Din dicalonkan Parlimen Arau
Bashir Ishak
Mon | Feb 18, 08 | 6:10:29 am MYT
KANGAR, 18 Feb (Hrkh) - PAS Perlis mengambil langkah awal mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 yang akan berlangsung pada 8 Mac akan datang.



Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi pada majlis ceramah sempena siri 'Jelajah Presiden ke Negeri Perlis'.

Seramai 14 orang calon yang terdiri daripada dua orang calon parlimen dan 12 orang calon dewan undangan negeri (Dun) yang telah diamanahkan oleh PAS untuk menjadi calon pada PRU akan datang.

Selepas menyampaikan ceramahnya, Abdul Hadi menerima senarai calon yang dinanti-nantikan oleh para hadirin termasuk para wartawan daripada pelbagai akhbar untuk diumumkan daripada Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Bagi kawasan Padang Besar calon-calonnya ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin (Parlimen Padang Besar); Bendahari PAS Perlis, Mohd Ali Puteh (Dun Chuping); AJK PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Dun Mata Ayer) dan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz ABdul Rashid Abdul Rahman (Dun Santan).

Di Kawasan Kangar, AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Dun Bintong; AJK PAS Kangar, Ustaz Osman Abdullah (Dun Sena); Bendahari Jabatan Pilihan raya PAS Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh (Dun Kuala Perlis) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (Dun Kayang).

Sementara itu di Arau, Timbalan Muryidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din sekali lagi akan bertanding di Parlimen Arau. Di Dun pula, Timbalan Yang DiPertua PAS Arau, Abu Bakar Ali akan bertanding di Pauh, manakala AJK PAS Arau, Ustaz Che Nordin Che Ahmad bertanding di Tambun Tulang.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil akan bertanding di Dun Guar Sanji, Rus'sele Eizan di Dun Simpang Empat dan Ustaz Hashim pula akan bertanding mempertahankan kerusi Dun Sanglang.

Empat orang ulama; Abdul Rashid, Osman, Ya'akub dan Che Nordin bersama Rus'sele adalah muka baru manakala Ahmad Tajudin pula pernah bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1995.

Dalam pada itu, Harakahdaily difahamkan masih ada satu kerusi yang diperuntukkan untuk PAS yang masih di peringkat akhir perundingan bersama KeADILan iaitu sama ada kerusi Dun Beseri atau Titi Tinggi.

KeADILan pula diperuntukkan tiga kerusi sudah pasti akan bertanding di Parlimen Kangar dan Dun Indera Kayangan.

Mengulas tentang barisan calon, Abdul Hadi menyifatkan mereka terdiri daripada mereka yang mampu dan berwibawa sama ada daripada segi ilmu dan moral.

Menjawab pertanyaan wartawan, katanya setiap calon yang bakal bertanding telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.

"Mereka terdiri daripada campuran muka baru dan lama, gabung ulama,profesional dan aktivis masyarakat yang mampu membawa Perlis kepada negeri kepada sebuah negeri berkebajikan," katanya.

Ditanya tentang peluang PAS Perlis, beliau melihat PAS-Barisan Alternatif mampu untuk menawan Perlis jika amalan demokrasi di negara ini diamalkan dengan baik.

"Sekiranya demokrasi diamalkan dengan betul tanpa penipuaan, pilihan raya yang adil, kita mampu menawan Perlis. Kita harap boleh menang dan memerintah atau sekurang-kurangnya menjadi pembangkang yang kuat,"jelasnya.

Ribuan manusia menghadiri majlis ceramah dan pengumuman calon yang diadakan di tapak kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok. Turut berceramah ialah Ustaz Hashim dan Dr Haron. - mks.

Anonymous said...

DARI AGENDA DAILY

Bekas Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali mendapat nafas baru apabila PAS memberi laluan kepada beliau untuk bertanding di mana-mana kawasan di negeri ini pada pilihan raya umum 8 Mac depan atas tiket apa sahaja.

Bukan setakat memberi laluan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu akan membantu memastikan kemenangan Ibrahim. "PAS akan beri laluan di mana-mana kerusi atau tiket apa dia (Ibrahim) nak bertanding, kita bantu dan kita tak akan bertanding di situ," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu, Isnin.

BINGAI PUNYA HUSAM, KALAU IBRAHIM ALI NAK TANDING DI PENGKALAN CHEPA ATAU KUBANG KERIAN MACAM MANA??

AWAT MALU SANGAT NAK CAKAP BAGI HUSAM TANDING DI PASIR MAS?? SEDANG TOK GURU DAH BERAPA KALI JUMPA JENTERA PASIR MAS MAKLUM PAS TAK TANDING DI PASIR MAS DAN AKAN SOKONG IBRAHIM ALI DI SITU??

Anonymous said...

Maaf abang Meli saya ingin mencoretkan sikit di laman blog ini. Bukan saya nak tunjuk pandai atau nak tunjuk lagak cuma untuk melahirkan pula pandangan saya yang berbeza sikit dari Pandangan abg Meli. Kalau nak ikutkan usia atau siapa makan garam dulu, memang tak layak bagi saya untuk menafikan pandangan seorang tokoh media yang menulis sejak saya berusia dua tahun. Tetapi rasanya tak salah untuk saya berbeza pendapat dengan abg Meli.

Saya mula mengenali abg Meli melalui blog MSO Melayu. Sempat dua tiga kali saya melayari laman asal kapak jangak sebelum ianya digodam atau dalam bahasa bebudak sebaya saya disebut Hacked.

Buat pengetahuan abg Meli, saya kalau dari satu segi memang tak layak untuk menentang pendapat abg. Saya bukanlah rakyat Kelate. Tidak pernah tinggal di Kelate. Tapi biasa pergi ke Kelate. Saya juga bukan ahli PAS tapi boleh kata sebagai orang PAS. Saya penyokong kuat PAS tapi bukan fanatik PAS. Saya paling kagum dan hormati Tok Guru Nik Aziz. Terus terang saya kata orang kutuk PAS saya boleh terima tapi kalau hina Nik Aziz saya tak boleh terima. Tapi tidaklah sampai tahap saya mendewakan Tok Guru Nik Aziz. Setakat yang saya tahu tidak ada cacat celanya dengan Tok Guru. Kalau ada kelemahan pun hanya bersifat sebagai seorang manusia.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah mengenai harapan abg Meli agar PAS akan kalah di Kelantan dalam PRU 12 ini. Saya buntu. Abg Meli kata abg bukan orang UMNO/BN tapi abg mahu PAS tewas di Kelantan. Saya fikir apakah penyebab kepada iltizam yang begitu kuat bagi abg Meli untuk melihat kejatuhan PAS di Kelantan.

Apakah kerana abg sudah "dibeli" oleh UMNO seperti yang ramai orang kata? Tapi secara peribadi saya tidak berkata demikian walaupun saya tidak mengenali abg Meli. Saya mahu lari dari pemahaman tipikal kebanyakkan orang apabila seseorang mempunyai pendapat yang bercanggah.

Apakah juga kerana abg Meli ada dendam peribadi dengan seorang dua orang besar PAS? Atau abg Meli sudah bosan melihat Kelantan tidak "maju" macam Terengganu yang mendapat limpahan kemewahan selepas BN merampas kembali.

Atau kerana abg Meli menyampah dengan perangai seorang dua orang besar PAS Kelantan? Atau kerana soal perniagaan seperti penyewaan permit akhbar Wasilah tidak berjalan seperti yang dijanji?

Saya tidak tahu cuma abg Meli sahaja yang arif.

Sekiranya harapan abg Meli itu datang dari rasa geram dengan seorang dua orang besar PAS Kelantan yang sudah sama macam orang UMNO apakah rasionalnya berdoa agar PAS kalah?

Apabila berharap PAS kalah di Kelantan bermakna yang naik adalah BN atau lebih tepat lagi ialah UMNO. Masalahnya kalau UMNO memerintah Kelantan adakah perangai pemimpinnya lebih baik dari seorang dua orang besar PAS tadi? Takkan abg Meli tak kenal Annuar Musa? Mustapha Mohamed pun sama, bukan bersih sangat orangnya. Sekadar menyebut satu dua nama.

Teruk sangatkah PAS Kelantan? Pada pengamatan saya BAndar Kota Baru dah jauh maju berbanding zaman Mohamed Yaakob dulu. Kalau isu pembangunan yang menjadi alasannya. Saya tak heran kalau Bandar Kota Baru sekarang jadi begitu kalau UMNO memerintah. Tapi saya kagum kerana Bandar Kota Baru begitu happening zaman PAS yang begitu terbatas kewangan dan kuasanya. Betapa hebatnya orang yang menguruskan negeri dengan segala kedaifan namun tidak bangkrap negeri itu. Bayangkanlah kalau orang yang sama memerintah Malaysia dengan Dana dan Kuasa yang banyak. Alangkah makmurnya.

Apakah benar Kerajaan PAS Kelantan tak pandai memerintah atau mengurus negeri? Dalam pengetahuan saya banyak idea yang lahir di Kelantan kini menjadi ikutan negeri2 yang mendakwa Kelantan mundur. Takkan abg Meli tak tahu. Sistem pajak gadai Islam, cuti hari sabtu, insurans kaafalah, Projek pokok depu, cuti bersalin 3 bulan. Sekadar menyebut dua tiga contoh.

Walaupun belum begitu berjaya tapi usaha-usaha untuk membasmi punca maksiat sekurang-kurangnya sedang dicuba untuk dilaksana. Seperti peraturan menutup aurat, pemisahan antara lelaki dan perempuan di pasaraya dan pawagam, cuba melaksanakan hukum Al-Quran walaupun belum berjaya kerana faktor kuasa yang terhad. Menutup premis2 arak dan judi. Jangan dibangkit soal premis2 haram kerana ianya diluar kawalan kerajaan negeri. Agensi Polis dibawah kuasa pusat.

Memang sukar untuk membasmi gejala sosial seperti dadah dan arak serta seks kerana Kelantan bersempadan dengan Siam. Dan kawalan keluar masuk sempadan agak longgar dan senang dicerobohi kerana sungai Golok yang sempit. Takkan abg Meli tak tahu. tetapi sekurang-kurangnya ada ikhtiar kearah untuk membasmi.

Abg Meli takkan kerana marahkan seorang dua pembesar PAS maka negeri sanggup digadaikan.

Abg Meli sedar atau tidak, Malaysia ini diibaratkan sebuah Syarikat oleh UMNO. CEOnya perdana menteri. Sebab itu boleh lantik Menantu sebagai Director. Semua projek sub kat anak menantu. Berapa billion projek dapat kepada SCOMI sebab daddy kasi? Menantu yang masih hingusan boleh beli saham berpuluh juta ringgit.

Apakah abg Meli nak tengok Kelantan juga di jadikan anak Syarikat kepada Syarikat Dollah Badui and Sons Sdn Bhd? Saya tengok tak ada cacat celanyanya Tok Guru Nik Aziz. Sehinggakan anaknya pun tak dibenarkan bertanding selagi dia ada. Malah Nik Abduh pernah kata ayahnya suruh letak jawatan dalam parti padahal orang lantik sebab nampak dia ada bakat.

Abg Meli percaya ke dengan Annuar Musa? Apakah besar dosa Husam Musa berbanding Annuar Musa kepada rakyat Kelantan? Abg Meli rasa kalau UMNO perintah Kelantan, hutan-hutan balak tu selamat ke? Abg Meli kalau isu balak dikatakan kepada PAS saya rasa kita kena faham. Balak itu hasil negeri yang utama. Ada minyak tapi kuasa ditangan pusat.

Sebenarnya orang Kelantan bertuah. Seluruh Malaysia melihat Kelantan. Uniknya Kelantan kerana satu-satunya Negeri bukan dibawah BN. Orang2 UMNO luar Kelantan yang mengutuk Kelantan inilah yang membanjiri Bandar Kota Baru setiap kali cuti Sekolah. Walaupun mulut menutuk PAS tapi hati mereka berkata sebaliknya. Kelantanlah satu-satunya negeri yang masih ekonomi untuk berbelanja. Lihat Terengganu selepas jatuh semula ke tangan UMNO menjadi negeri kedua tertinggi sara hidup di Malaysia. Walaupun zahir mata melihat curahan kemewahan tetapi sekadar fizikal hakikinya yang miskin bertambah miskin.

Apakah jahat sangat PAS lebih jahat dari UMNO sehingga begitu tinggi sekali harapan abg Meli untuk melihat PAS tewas di Kelantan. Lupakah abg Meli apa UMNO buat kepada PAS di Terengganu apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS. Habis duit royalti disapu dijadikan harta mak bapak sendiri. Dibiarkan PAS terkontang-kanting memerintah tanpa pendapatan. Dahlah nak kena bayar balik hutang yang dibuat mereka dulu. Bercakap soal hutang kerajaan Negeri. Nampaknya hanya Kelantan mempunyai rekod yang baik membayar hutang. Kalau nak kira UMNO tidak menghormati prinsip Persekutuan Malaysia secara logiknya Kelantan tak payah bayar pun hutang tersebut..bukan mereka yang buat hutang. Tapi kerana faham dengan konsep persekutuan Malaysia dan gheti hukum hakam agama maka bersusah payah Kerajaan Kelantan membayar hutang tersebut.

Apakah PAS lebih teruk dari UMNO sehinggakan abg Meli tak sanggup lagi duduk bawah pemerintahan PAS? Memang saya percaya sekiranya Kelantan jatuh ke tangan BN, Kelantan akan berubah sekelip mata. Sebagaimana Terengganu sekarang.. Kelantan akan ditabur dengan berbagai-bagai kemewahan material. Kalau Terengganu ada Masjid Kristal di Pulau tanpa penghuni silap2 Kelantan ada Masjid Berlian dalam hutan Banat. Tapi apa makna limpahan material tersebut.

Abg Meli, orang kelantan ni cerdik2. Mereka bukan sahaja menguasai Malaysia malah diluar negara pun bertaburan orang Kelantan. APakah ini disebabkan kerana tiada pekerjaan di Kelantan? Pada saya tidak salah berkerja diluar malah menguntungkan lagi kerana mereka membawa balik hasil ke Kelantan juga akhirnya sebagaimana rakyat indon membawa pulang berbilion2 duit dari Malaysia setahun. Kalau ikut sejarah nabi pun nabi tidak sekadar berniaga di Makkah malah hingga ke Syam.

Jadi apa sebenarnya masalah abg Meli dengan PAS. Apakah abg Meli tidak terfikir bahawa hasrat abg Meli itu umpama cuba lari dari mulut kucing jatuh ke mulut Buaya.
Pada pandangan saya kalau ada yang abg Meli tidak berkenan satu dua dengan PAS lebih elok kalau diperbetulkan seorang dua itu dari terus membuang kesemuanya. Kerana kita dah kenal yang nak ganti itupun lebih teruk lagi.

Sekian

FADZLI

Anonymous said...

ambo nak tolong jawab bagi pihak meli:

pokok masalah dengan cadangan fadzli di atas (perbetulkan seorang dua yang tidak berkenan itu dan bukan buang kesemuanya) ialah yang seorang dua itu dah tak dapat diperbetul lagi. kalau nak perbetul yang seorang dua itu perlu dibuang kesemuanya. nak buang yang seorang dua itu tak upaya melainkan dibuang kesemuanya. kerana hanya sebab yang boleh buang kesemuanya sahaja yang yang boleh buang seorang dua itu.

awak faham atau tidak pokok masalah ini? yang seorang dua itu terlalu berkuasa dalam parti hingga sampai ke peringkat jadi "untouchables". kita dah cuba segala upaya kita perbetul yang seorang dua itu dari dalam tapi masih tak upaya. jadi apa lagi pilihan yang ada? tolong beritahu kami, apa pilihan yang ada?

kalau ada pilihan lain pun (kami tak rasa ada), dah terlambat. kerana nasi dah pun jadi mengkoleh..

walaupun banyak yang lain yang meli kata tak betul, tapi yang meli kata pas akan tersungkur di kelantan kali ni adalah betul, percayalah kata ambo..

Anonymous said...

"PAS akan beri laluan di mana-mana kerusi atau tiket apa dia (Ibrahim) nak bertanding, kita bantu dan kita tak akan bertanding di situ," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu, Isnin.

IBRAHIM ALI, YOU TANDINGLAH ATAS TIKET DAP PUN, ATAS TIKET SOSIALIS PUN, ATAS TIKET APA PUN, DI CHEMPAKA PUN, DI MANA SAJA PUN, KITA TAK AKAN TANDING DAN KITA AKAN BANTU

PENGGADAI MARUAH NO 1
DESPERADO NO 1
BAHALOL NO 1

Anonymous said...

Menarik juga tulisan MSO dua tiga jam lalu

Yang kurang menariknya, MSO tak berani sebut nama hantu tu

Sebut je la hantu tu Ustaz Mat Husin, bekas ADUN Gaal 1990-1995 dan bekas YDP Pasir Puteh yang baru saja dikalahkan oleh Dr Nik Mazian dalam pemilihan lalu

MSO, hang jangan main-main dengan Ustaz Mat Husin ni, dia ni anak emas (sebab itu dia tak pergi opis di PKS dan makan gaji buta pun tak bagi kudis kat dia) Tok Guru Nik Aziz sendiri, hang tau tak???

Hang nak pukoi Tok Guru Nik Aziz ka, MSO???

Kes Cikgu Musa Salleh, bekas YDP Pasir Puteh, pun melibat Tok Guru Nik Aziz sendiri, hang tau tak???

Sekali lagi, hang nak pukoi Tok Guru Nik Aziz ka, MSO???

P/S: Yang pelik, Wan Hassan boleh dipilih jadi calon DUN Semerak walhal waktu dia jadi wakil calon kepada Wan Fauzi waktu PRK Semerak 1997 dulu pun peribadinya yang teruk disebut satu faktor yang menyebab Wan Fauzi kalah (cuba hangpa semua belek minit mesyuarat jawatankuasa pusat dan belek laporan post-mortem kalau tak caya). ni pulak nak jadi calon??? astaga wa naga...

Bingkisan Rasa 4
Ada Hantu Tukang Cocok di Pasir Puteh

(Kemelut Pasir Puteh)

SEPANJANG pengamatan saya terhadap politik Kelantan, saya merumuskan Rantau Panjang adalah the real politic Umno manakala Pasir Puteh pula adalah the real politic Pas. Kedua kawasan ini memiliki sejarah politik dan wajah serta karektor sebenar politik babarian dan menggerunkan.

Kebetulan saya pernah tinggal di Pasir Puteh dan menjadi pemerhati yang hampir dengan Pas kawasan ini. Saya melihat bagaimana adu domba, perbalahan atau 'balah kekah' sesama sendiri menjadi budaya lasak sejak sejak lebih 25 tahun lalu. Ia berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Dari zaman Wan Sulaiman Wan Ismail, cikgu Musa Salleh, Mahmood Hussein, Mohammad Hussein (adik beradik) (semua sudah arwah) hingga ke zaman ustaz profesional Muhammad Hussein, Othman Wahab, Alwi Jusoh dan hinggalah ke zaman terkini.

Politik di sini keras dan adakalanya sangat rendah mutu dan akal budinya. Barang kali analogi Orang Utan yang digunakanpakai oleh Tok Guru Nik Aziz terhadap orang Umno itu juga boleh dipakai untuk politik Pas di kawasan-kawasan seperti Pasir Puteh ini.

Kalau di Rantau Panjang Umno hendak memilih Ketua Bahagian sampai tembak menembak, tidak kurang juga dengan Pasir Puteh. Pernah berlaku seorang pemimpin Pas kawasan ini dipukul dengan kapak. (Bukan Kapak Jangak!)

Pemimpin tertinggi
Jika diteliti kenapa belaku insiden demikian ialah kerana penglibatan pemimpin tertinggi Pas peringkat negeri. Ada cambpur tangan ataupun orang yang menjadi hantu mencocok dan memberi semangat sehingga berlaku haru biru begitu. Mereka berbuat begitu kerana hendak membina kroni tanpa mempedulikan implikasi buruk kepada parti.

Di zaman cikgu Musa Salleh, terang-terang ada campur tangan dan (kebencian) oleh pemimpin tertinggi Pas Kelantan? Gara-gara itu kedudukan cikgu Musa sebagai Yang Dipertuan Kawasan dinafi sama sekali. Jasa dan pengorbanan cikgu Musa dikala Pas Kelantan dalam nazak tahun 1978 langsung tidak dikenang. Bahkan untuk melantik cikgu Musa menjadi ahli Majlis Daerah pun dinafikan secara hidup-hidup.

Budaya dan amalan itu terus berlaku dan terbawa ke hari ini. Setiap kali menjelang pilihan raya umum kawasan ini bergolak dan akan berlaku perebutan menjadi calon. Tahun ini tidak terkecuali. Pasir Puteh juga ada masalah tersendiri. Mungkin bagi mereka yang baru menjejak kaki ke situ akan pening dan tidak sanggup berhadapan dengan politing yang semrawik itu.
Khabarnya masalah perebutan calon di kawasan ini masih belum tuntas. Calon bertukar setiap lima jam sekali! Ini sungguh menghairankan. Kenapa berlaku demikian. Bukankah nama-nama calon diangkat oleh Pas Kawasan yang mendapat petunjuk dari cawangan. Kenapa harus menjadi rumit.

Misalnya calon Parlimen Pasir Puteh, mulanya nama Bendahari Agong Pas, Dr Mohd Hatta Ramli disebut-sebut akan bertanding di sini. Dr Mohd Hatta katanya sudah pun turun ke Pasir Puteh untuk membuat persiapan. Beliau sudah pun mengira-ngira berapa wang yang harus di belanjakan. Rumus mengenainya akan bertanding di Pasir Puteh juga sudah tersebar ke seluruh dunia.

Alih-alih kini nama Dr Mohd Hatta hilang dalam senarai diganti dengan nama lain. Siapakah angkara menyebabkan Pasir Puteh menjadi caca merba begitu?

Berkorban

Malu... malu apa yang berlaku. Kalau pun Pas tidak malu kepada Umno kerana mereka 'Orang Utan', tetapi malulah kepada Dr Mohd Hatta Ramli. Beliau orang luar yang berpolitik secara profesional dan ikhlas. Beliau bukan menangih untuk ke Pasir Puteh tetapi dibawa. Orang macam mana lagi yang Pas inginkan untuk jadikan jurubicara rakyat kalau pejuang rakyat segigih Dr Mohd Hatta pun dipermainkan. Seharusnya orang yang membawanya bertanggungjawab dan berkorban kerusi dan berikan kepada beliau.

Katanya masalah di Pasir Puteh bermula apabila salah seorang bekas pemimpin Pas kawasan itu tergila-gila untuk bertanding. Beliau tidak mendapat sokongan peringkat cawangan. Namun kerana beliau dikatakan ada hubungan dengan pemimpin tertinggi Pas Kelantan dan mempunyai kepakaran membuat heboh, maka namanya disenaraikan. Beliaul inilah polong yang meracau di Pasir Puteh.

Penyenaraikan nama orang itu yang mendapat restu salah seorang pemimpin Pas Kelantan itu menimbulkan kemarahan dan bantahan. Kehadirannya yang pernah dikapakkan itu dianggap sebagai pengacau. Di sinilah bermulanya kemelut perebutan calon Pasir Puteh.

Mulanya beliau berminat untuk bertanding di Gaal kerusi yang diduduki Exco Pertanian Dr Nik Mazian Mohamad. Apabila beliau memasuki Gaal inilah keadaan menjadi kelam kabut. Untuk tujuan itu ada pelan untuk menghantar Nik Mazian ke Selising. Tujuan bawa Nik Mazian (foto) ke Selising tidak lain dan tidak bukan untuk mengkarunggunikan Exco itu di situ.


Berlakulah bantahan sehingga penghantaran memorandum ke Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut. Kenapa harus berlaku sampai begitu sekali? Di era tahun 70an dan 80an dulu kalau pun ada bantahan setakat rumah Pesuruhjaya di Kota Bharu saja, tidak sampai ke Kuala Lumpur. Namun akhir-akhir ini bantahan dan bangkangan terbawa begitu jauh sekali. Apakah ini menandakan akan kehebatan Pas di era profesionalisme dan menggambarkan kelemahan era kepimpinan ulama di bawah Tok Guru Nik Aziz?

Apakah akan berlaku kepada Pas di masa akan datang? Diharap mereka yang terlibat secara langsung menjadi hantu, menyocok dan mengaturkan agenda peribadi insaf dan sedar. Bahawa perbuatan anda itu tercela dan busuk. Lebih busuk daripada tahi kambing jamnapari yang kering!

TERBARU : Katanya soal pembahagian kerusi di pasir Puteh telah selesai lewat petang tadi. Nik Mazian dikembalikan semula ke Gaal, manakala tempat Dr Mohd Hatta diganti oleh orang yang begitu ghairah untuk bertanding salah sebuah DUN dengan harapan dilantik menjadi Exco. Dr Mohd Hatta disebut pula akan dihantar ke Jeli untuk berhadapan dengan Mustapa Mohamad.

Soalnya apakah penyelesaian itu membawa kemenangan kepada Pas? [wm.kl 9:45 pm 18/02/08]

Anonymous said...

ambo nak tolong jawab bagi pihak meli:

pokok masalah dengan cadangan fadzli di atas (perbetulkan seorang dua yang tidak berkenan itu dan bukan buang kesemuanya) ialah yang seorang dua itu dah tak dapat diperbetul lagi. kalau nak perbetul yang seorang dua itu perlu dibuang kesemuanya. nak buang yang seorang dua itu tak upaya melainkan dibuang kesemuanya. kerana hanya sebab yang boleh buang kesemuanya sahaja yang yang boleh buang seorang dua itu.

awak faham atau tidak pokok masalah ini? yang seorang dua itu terlalu berkuasa dalam parti hingga sampai ke peringkat jadi "untouchables". kita dah cuba segala upaya kita perbetul yang seorang dua itu dari dalam tapi masih tak upaya. jadi apa lagi pilihan yang ada? tolong beritahu kami, apa pilihan yang ada?

kalau ada pilihan lain pun (kami tak rasa ada), dah terlambat. kerana nasi dah pun jadi mengkoleh..

walaupun banyak yang lain yang meli kata tak betul, tapi yang meli kata pas akan tersungkur di kelantan kali ni adalah betul, percayalah kata ambo..

February 18, 2008 8:29 AM

EN FADZLI BAGI PENDAPAT DAN TANYO MELI.... BAKPO DEMO DUK JAWABNYO.... NI BLOG MELI, KALU NAK JAWAB GAK BUAT LA BLOG SENDIRI...KO BLOG SENDIRI X LAKU... DEMO NI JENIS PUTUS WAYAR HIJAU...... BENGONGGGGGGGGGG.

Anonymous said...

(Menjawab jawapan ambo nak tolong jawab bagi pihak meli:)

Saudara tidak ada makhluk yang untouchable. Mungkin cara belum kena lagi. Anwar Ibrahim pun boleh tumbang tanpa mengorbankan UMNO. Tapi jangan lag guna cara pendekatan UMNO kerana mereka tu berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara.

Pada saya anda sebenarnya telah dikuasai rasa marah sehingga menutup jalan yang rasional. Apakah anda fikir UMNO akan jadi lebih baik? Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Kalau seorang dua yang buat ONAR saudara rasa marah, bagaimana pula kalau hampir semua buat ONAR? Cuba saudara teliti wakil2 rakyat UMNO seluruh Malaysia...elokkah perangai mereka. Elokkah perangai Annuar Musa tu? Lupakah Saudara penyelewengan Annuar terhadap rakyat termiskin. Apakah saudara fikir pemimpin UMNO benar-benar mahu membangunkan Kelantan kerana patriotik atau kerana kepentingan peribadi. Kenapa pemimpin UMNO tidak membantu PAS untuk mendaratkan minyak di Pantai Kelantan demi pembangunan Kelantan. Tahukah saudara berapa banyak tanah yang sudah disapu oleh pemimpin UMNO bagi projek laluan paip minyak dari kedah ke Kelantan.

Saudara sekiranya UMNO perintah Kelantan, ONAR nya pasti akan lebih dahsyat lagi dan yang teruknya apabila kuasa ditangan mereka adalah sukar untuk merampasnya kembali. Masa tu menangis pun tak berguna lagi.

Pilihlah antara Husam Musa dengan Annuar Musa. Husam Musa bukan untouchable. Jangan risau saudara tak akan di ISA kalau mahu jatuhkan HUSAM. Mungkin saudara belum dapat memberi bukti yang jelas kepada Tok Guru untuk bertindak. Mungkin hanya cakap-cakap sahaja. Walaupun saya suka Husam, tapi kalau benar dia menyeleweng saya juga tak rela dia terus berkuasa. Tapi untuk menggantikan PAS dengan UMNO tidak sama sekali. Kalau PAS orang kata buruk, buruk lagi UMNO. Jadi antara dua yang buruk...buang yang paling buruk.

FADZLI

Anonymous said...

Dipetik dari http://kelantankini.com/blog

Respon: Jangan Bakar Kelambu

“Bagi saya berdoa agar PAS kalah berdosa besar!“

Apologi kepada sdr Ramli
Oleh MOHD SAYUTI OMAR

SEBELUM melelapkan mata saya sempat menyilau ke blog Kapak Jangak kepunyaan sahabat saya sdr Ramli Abdul Halim. Tertera satu posting terbaru olehnya - ‘Berani Tulis Berani Tanggung 3′ -. Saya paksa juga membacanya kerana ingin tahu apa mesej yang hendak disampaikan meskipun mata sudah mengantuk.

Ada tiga subjek saya fahami yang hendak disampai atau diterangkan. Pertama, sikap orang PAS yang taksub dan ekstrem (menganggap mereka terbaik dan orang lain jahat), kedua, mengenai pilihan raya 8 Mac depan, dan akhirnya tentang harapannya agar PAS kalah dalam pilihan raya ke-12 ini. Dalam erti kata lain biarlah Kerajaan Pas Kelantan lenyap. Mesej ini menyeksakan saya.

Ramli mungkin bertujuan baik dan mahu menyedarkan mana-mana oknum yang tidak sedar di dalam parti itu. Di sini saya tidak mahu mengupas mengenai apa yang ditonjolkan iaitu sikap orang PAS yang mengaku Islam dan mengkafirkan orang Umno. Bagi saya isu itu adalah lama dan tidak berbangkit serta perlu dibangkitkan lagi. PAS tidak lagi berpegang kepada pandangan begitu. Itu berlaku di era tahun 60an - 70an di zaman ulama dan ustaz oder lama.

Anonymous said...

Hidup Fadzli!!!!!!!!!!

pewaris sejati Mat Sabu, semakin ramai orang macam Fadzli, makin cepat lah PAS Kelantan mam!!!!!pus!!!!!!.

Anonymous said...

TERBARU : Katanya soal pembahagian kerusi di pasir Puteh telah selesai lewat petang tadi. Nik Mazian dikembalikan semula ke Gaal, manakala tempat Dr Mohd Hatta diganti oleh orang yang begitu ghairah untuk bertanding salah sebuah DUN dengan harapan dilantik menjadi Exco. Dr Mohd Hatta disebut pula akan dihantar ke Jeli untuk berhadapan dengan Mustapa Mohamad.

Soalnya apakah penyelesaian itu membawa kemenangan kepada Pas? [wm.kl 9:45 pm 18/02/08]

MSO, jangan jadi bodoh sombong. Antara biar Siti Zailah lawan Dato' Pa dengan bagi Dr Hatta lawan Dato' Pa sape yang lebih tinggi peluang kalahkan Dato' Pa? Nik Mazian kembali ke Gaal bermakna kita akan kekal menang di Gaal. Kalau Mat Husin tanding di Gaal dan Nik Mazian tanding di Selising dua-dua akan gagal. Hang jangan lupa, geng2 yang dilapor keluar PAS dulu adalah geng2 Mat Husin, hang tau dak?

Anonymous said...

suara kedai kopi...

mengundi pas berdosa..bakpa ambo tanya...dia kata"Ho la dok sokong kerajaan hak tak leh bui air..bangun pagi nak mandi wajib, nak sembahyang subuh tak leh tak dak air...pah kita pakat sokong wat gapa..." Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

Agaknya dah 18 tahun orang kelantan Tak Mandi sebab Tak ada air kat Kelantan..(kata orang kat atas ni haah! Termasuk dia lah tu)

Nampaknya orang Kelantan hari-hari minum Coca Cola sejak 18 tahun lalu.

Anonymous said...

Bukan sudah 18 tahun tak mandi..sudah 18 tahun dok supah seranah setiap kali takdak air sapa seminggu...dan hak dok tadah tubek air karat jah..
Tadak air ni jangan dok bekok...segala benda kerjaan kena ada air...
Kalu demo tidak dok kelate...tak sah keceklah..sebab tulah rumah ore kelate peting ka telaga..mugo tahu dah air paip tak dak sokmo...

Anonymous said...

laaa.. ingatkan orang Kelantan dah 18 tahun tak mandi, sebab orang kat atas tu cakap macam 18 tahun tak ada air.

Tapi orang kat bawah sikit cakap seminggu tak dak air, lepas tu keluar air berkarat. maknanya seminggu tak mandi atau mandi air berkarat.

nasib baik tak jadi orang melaka bertahun mandi sungai tahi babi. Kat Selangor pun selalu keluar air karat. Sebab itu kat rumah mesti pasang Water Filter kalau tidak dapat minum air oren aje tiap2 hari. Kat Selangor juga ada sungai tadahan tercemar dengan najis babi.


Nasib baik dapat mandi air berkarat, kami mandi air tahi babi lagi.

Agaknya Kat kelantan tu dalam tangki ada Keris dan Dacing berkarat kot.

Anonymous said...

Ish....buke setakat keris dan dacing berkarat....tahi ore utan pun ada...

Anonymous said...

kali ni ambo yakin doh UMNO mene di kelate....sebab apo??sebab ore kelate puah doh nge PAS...tu jah...kawe buke sokong mano2 tapi kawe rasho jah...tengok ore2 kapung

Anonymous said...

tak po lah kalu demo puah doh denge PAS tapi kawe kat negeri lain nih SERIK doh denge BN. Demo ore kayo kot sebab lepas ni hargo minyok naik lagi dan lagi dan lagi...

Kalu demo baru 18 tahun doh puah denge PAS kawe sejok beghanok lagi dok dengan BN.. ore tuo kato doh 50 tahung..SERIK DOH WEHHH