Jika timbul sebarang keraguan atau kebuntuan dalam menghadapi sesuatu isu, maka 6,236 ayat al-Quran dengan 4.780 ayat yang terkategori dalam surah-rirah Makiyyah dan 1,456ayat lagi yang terkategori dalam surah-surah Madaniyyah hendaklah dijadikan rujukan mutlak di samping puluhan ribu hadis Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. memberi jaminan seandainya al-Quran dan sunnah baginda dijadikan rujukan, maka umatnya tidak akan sesat. Sengguhnya sabda baginda tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Sebelum saya menjawab respon-respon yang dihantar oleh para penyilau blog saya ini, saya terlebih dahulu mengambil peluang untuk membuat pernjelasan terhadap SMS dan email yang diterima dan menganggap saya bepihak kepada Umno/BN apabila poster Umno/BN nampak semacam mengeliling pejabat saya.
Pada kesempatan ini saya mahu mengambil kesempatan menegaskan bahawa saya tidak berparti politik dan berkecuali, Pemangan poster mengelilingi pejabat saya adalah hasil kerja para petugas parti dan saya tidak ada kaitan.
Saya dan pejabat saya umpama si dagang yang tidak boleh memandai-mandai untuk sebarang pemasangan poster parti politik. Menyuruh tidak sekali-kali, mahu melarang apa sangatlah upaya saya yang hanya dagang mengkuang lalu...bukannya sebagaimana dagangnya Pak Malau.
Mudah-mudahan mereka yang mnghantar SMS dan email yang mengangap saya brpihak kepada Umno/BN boleh faham dan yakinlah bahawa dalam berpolitik saya mengambil sikap berkecuali kerana saya sendiri tidak pernah berminat berparti politik.
Berikut adalak komen-komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON (1) iaitu;
7 comments:
1. Anonymous said...
JAWAPAN BALAS DARI FADZLI Jawapan kepada rsponse no 20.Dalam ulasan artikel lain saya ada menjelaskan konsep bahawa PAS bukan Agama. PAS adalah wadah. Atau untuk lebih mudah faham PAS adalah kenderaan yang membawa matlamat ISLAM di Malaysia. jadi tidak timbul soal negara lain. Di negara umat Islam yang lain mereka ada Parti Islam mereka sendiri. Seperti juga UMNO menjadi kenderaan kepada matlamat MELAYU.Kalau Abg Meli persoalkan tentang matlamat ISLAM yang di bawa oleh PAS. Kenapa abg Meli tak persoal matlamat Melayu yang di bawa oleh UMNO. Pertamanya dari sudut agama Asobiyyah ini adalah dilarang. Keduanya apakah benar UMNO berjuang untuk Melayu? Sekadar menyebut beberapa contoh, siapakah yang membela nasib peneroka2 bandar Melayu yang rumah mereka diroboh. Kalau Semivellu pertahankan kuil dari dirobohkan, adakah UMNO ada berbuat demikian apabila Masjid dirobohkan atau ditutup? Kalau Samivellu berjaya menyelamatkan 31 penyokong Hindraf dari dipenjara atas tuduhan cuba membunuh Polis, adakah UMNO cuba menyelamatkan 2 orang Melayu yang ditembak dalam perhimpunan di batu Burok atas alasan cuba mencederakan POLIS?Ya saya setuju pasal Ibrahim Ali. Saya sendiri pun tidak selesa dengan sokongan PAS kepada beliau dalam pru 12 ini. Saya pun tak tahu apa muslihatnya. Apakah kerana sikap berbaik sangka Tok Guru? Cuma saya berharap seandainya Tok Him menang juga janganlah gadai harga diri sekali lagi kerana saya percaya kalau itu berlaku memang tidak ada maaf lagi bagimu.Saya pasti orang2 PAS akan mengecamnya sehingga 7 keturunan. Tok Him harus bersyukur dengan sikap pemaaf orang2 PAS sekarang kerana tidak akan ada maaf lagi selepas ini.Jawapan kpd response 14Saya tak setuju dengan Analogi nak makan daging lembu kena tumbang seekor lembu. Sebab saya boleh bagi analogi nak makan petai tak perlu tebang sepohon pokok petai. Atau nak makan durian lagi lah.. tunggu sahaja buahnya gugur. Kalau sebiji buah durian buruk adakah nak kena tebang sebatang pokok?Kalau analogi daging lembu dikira pakai, maknanya di Malaysia ni tak ada Parti Pemerintah. Kalau nak dikira PAS hanya memerintah negeri tetapi UMNO memerintah Negara. Kerosakan yang di buat oleh UMNO memang sangat dahsyat. tetapi yang peliknya kena Abg meli nak izinkan orang yang melakukan kerosakan dahsyat diperingkat Nasional mengambil alih pemerintahan kelantan dan akan menambahkan lagi zon kerosakkan yang akan dibuat?Jawapan kpd response 19Betul kata abang Meli, buruk dimata kita tapi elok dimata orang lain. Itu bergantung kepada citarasa kita. Ianya berkait juga dengan berapa banyak ilmu kita ada dan berapa tebal iman kita. Contohnya ada orang kata elok tak tutup aurat. Ada orang kata elok main judi atau minum arak.Saya tak boleh nak ulas isu Dato asri sebab waktu itu saya terlalu kecil untuk mengerti. Tapi dalam politik ini semua boleh jadi. Ada yang halal dan ada yang haram. Berselisih pendapat tidak jadi masalah selagi tidak berkaitan aqidah. Contohnya perbezaan fekah 4 mazhab. bukan sekadar tidak jadi masalah malah membawa rahmat pula.Hari ini kita boleh setuju esok mungkin tidak. Semuanya bergantung kepada maklumat yang kita dapat.Soal taksub kepada parti bukan sahaja berlaku kepada PAS..malah orang UMNO pun taksub kepada PARTI. Contohnya bila Pak lah buat ISLAM HADHARI, orang UMNO Taat. Habis negara yang Tak ada ISLAM HADHARI tu macamana? Kafir ker?Soal taksub atau jumud jangan disalahkan pada Parti. Tapi salahkan diri sendiri. Macam orang gila kereta Mercedes lah.. dia kata kereta itu saja elok sebab dia dah pakai lama. Tapi bila di cuba kereta lain dia kata kereta lain juga elok. Jadi nak letak kesalahan pada kereta ke atau kepada dia yang tak cuba cari maklumat lain?Jawapan kpd response 3Haa.. inilah tugas kita sebagai orang berilmu. Kalau kita faham ISLAM kita kena beri kefahaman kepada orang yang tidak faham. Macam Abg meli, ada surat khabar, ada nama, ada pengaruh, ada ilmu jadi kalau orang kampung masih tak faham bahawa PAS itu bukan Agama, Abg Meli dan orang2 yang faham wajib lah bagi kefahaman kepada mereka. Bagi tahu mereka bukan sokong PAS yang boleh masuk syurga. Syurga itu rahmat Allah. Jangan fikir sokong PAS sebagi Parti boleh masuk syurga. Tapi tak solat, tak tutup aurat, berjudi, mana boleh dapat rahmat Allah. Yang dimaksudkan ialah PAS membawa agenda ISLAM, kita kalau sayangkan ISLAM kena sokonglah ISLAM. Kita kena sokong sesiapa sahaja yang bawa agenda ISLAM (bukan ISLAM HADHARI)dalamasa yang sama kita sendiri jangan buat dosa. Apabila kita niat untuk kebaikan ISLAM kita dapat PAHALA. Kalau PAS nak hapuskan judi dan kita sokong tentu dapat pahala. Kalau UMNO pun nak hapus judi kita sokong juga dapat pahala. UMNO nak buat Masjid, baguslah kita sokong. Tapi jangan buat dalam hutan atau atas pulau yang tak ada orang. Jangan Masjid saja buat tapi tak sembahyang. Masjid Buat, maksiat Buat tak jadi. Orang Munafik pun buat Masjid siap mintak nabi Rasmi pula tu Macam Abdullah Bin Ubay.PAS tak janji syurga. Cuma ada golongan yang suka memutar belit kenyataan macam orang kata PAS nak Kawan Syaitan.Tapi kita kena ingat dalam sistem pemerintahan kita, kita perlukan Kuasa untuk melaksanakan Arahan Allah. Bila ada kuasa kita boleh hapuskan arak, judi, maksiat. Dan dengan kuasa juga kita boleh buat arak, judi maksiat. Jadi kalau kita sokong pihak yang ada kuasa dan buat maksiat, buat arak maka sudah tentu kita berdosa sebab kita lah yang menyebabkan mereka boleh berkuasa. Begitu juga apabila kita beri undi untuk orang yang berkuasa menghapuskan arak, judi dan maksiat Allah bagi Pahala. Jadi orang berdosa masuk neraka, habis kalau orang buat Pahala Allah balasa apa?Berkenaan Soal Parti Islam, Bank Islam, Pusat Islam. kenapa pula berbeza. Kenapa pula Islam boleh ada Bank, Islam Boleh ada Pusat tetapi Islam tak boleh ada Parti. Bukan setakat Parti yang dinisbahkan dengan Islam yang boleh menjejaskan nama Islam. Bank Islam kalau pentadbirnya melaksanakan riba juba boleh huduhkan Islam, Pusat Islam yang sering dijadikan sebagai pusat dakyah menhalalkan satu pihak untuk memburukkan pihak yang lain. Begitu juga dengan Parti Islam. Yang salah bukan Parti itu sebab Parti itu hanya satu wadah, satu kenderaan. Yang salah kalau ada adalah pengendalinya. Kalau Abg Meli kata Abg Meli faham tujuan Parti PAS menempel ISLAM pada PARTI apakah Abg Meli faham kenapa UMNO menempel MELAYU pada Parti UMNO? Apakah Abg Meli tak tahu dalam UMNO ada MAMAK, Ada SIAM, Ada IBAN yang terbaru ada orang Perancis nama Jean Abdullah. Jadi apa sebenarnya tujuan UMNO menempel MELAYU pada Partinya?Malas saya nak ulas isu tuhan mencarut, tuhan samseng dan berkawan dengan syaitan. Dah banyak kali ulas pun tak faham2 jugak. Mungkin inilah yang tok guru kata macam orang....Jawapan kpd response 6Tidak ada sapa yang boleh jamin apa akan jadi esok. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Tapi Allah bagi akal kepada kita bukan sebagai perhiasan atau aksesori.Memang saya tak boleh Jamin kalau PAS memerintah harga barang tak naik. Tapi apa guna ilmu ekonomi yang Allah kurniakan kepada kita kalau bukan digunakan untuk kebaikan manusia. Kita tengok beginilah dalam banyak2 ngeri di Semenanjung Malaysia ni negeri Mana yang kos sara hidup dia terendah? Jawapannya Kelantan. Manakala Terengganu yang hanya sepelaung dari kelantan ini selepas tahun 2004 menduduki tangga kedua kos sara hidup tertinggi. Kenapa? (ini bukan saya punya statistik, ini statistik rasmi kerajaan.Kalau kita urus ekonomi dengan baik, kita urus dengan amanah insya allah kita boleh turunkan harga barang. Cuba Abg meli tengok projek2 kerajaan Malaysia (yang BN kata projek kerjaan BN) kalau projek tu ditenderkan dengan RM10 juta tapi bila sipa dia jadi 20 juta. Kalau 100, 1000, 10000 projek macam ni bukankah ia mengakibatkan ekonomi jadi teruk. Tengok projek yang tak jadi dibuat pun macam Jambatan bengkok..kerajaan kena bayar setengah billion. Kalau duit sebnyak itu di agihkan kepada rakyat berapa puluh ribu orang dapat manfaat. Komisen kapal selam dan Jet sukhoi sampai setengah billion untuk dua tiga orang sahaja, bayangkan kalau digunakan untuk rakyat berapa puluh ribu lagi yang senang. Kalau nak senaraikan maslah pengurusan ekonomi kat sini memang panjang. Pokoknya kerana pengurusan ekonomi ini tidak cekap maka akibatnya rakyat yang tanggung.Jadi berbalik kepada persoalan samada kalau PAS memerintah boleh jamin tak samada harga barang tak naik...jawapannya Cuba lah dulu, kalau tak cuba siapa tahu, saintis pun mengorbankan tikus putih dulu untuk manfaat kepada manusia. Jangan risau ramai professional ekonomi dalam PAS, Insya Allah dari jenis yang takut kepada Allah.TAMBAHANAbg meli selalu kritik kenyataan TG Nik Aziz. Hari ini saya nak mintak Abg Meli ulas sikit berkenaan akhlak orang suka berbohong. Macam hari ini dia kata esok Parlimen tak bubar hakikatnya tak macam dia kata.satu lagi dia kata tahap kecekapan pengurusan Malaysia berada ditangga ke 6 tapi semakan dibuat Malaysia rupanya di tangga ke 23.Orang tua2 kata siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri. tapi orang muda kata Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama jadi Perdana Menteri.Sekian. Wassalam. FADZLI
MKJ RESPON: Saya faham dengan jawapan balas Sdra Fazli, malah ianya sama dengan hujjah saya bahawa Pas adalah wadah....ianya bukan agama. Persoalannya...yang saya dok perjuangkan ialah kefahaman orang awam...orang yang tak mengaji tinggi macam Sdri Fadzli...mereka menyangka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
Saya banyak menulis sama ada melalui blog atau melalui media cetak untuk mengubah kefahaman bersifat ketaksubisme dan kejumudisme itu tetapi siapa saya. Mereka bukan melihat saya cuba untuk memberi kefahaman, atas tujuan itu jugalah maka saya mengambil risiko menerbit akhbar, majalah dan buku kerana saya tak bolh dan tak reti bersyarah tetapi sebaliknya saya dilihat sebagai anti Pas dan anti Islam.
Saya tidak masuk kira Umno kerana parti itu tidak melabelkan parti berkenaan sebagai parti Islam macam Pas. Saya memberi penekanan kepada orang Pas supaya mereka tidak menjadi kumpulan yang menganggap melakkan kerja ahli syurga rupanya melakukan kerja ahli neraka.
Melihat Pak Lah, apatah lagi beliau semacam diperhinakan dengan pantun seloka...apakah selari dengan Islam? Kalau kita yakin dia buat salah...tegurlah secara terus terang. Selain dari ttih ulamak, beliau juga kalau tak silap saya ada BA kalau bukan MA dalam bidang pengajian Islam, beliau bekas murid Ad-Daeratul Wathaniah Butturworth, maknanya beliau bukan dari jenis jahil tukil.
Saya sering juga hantar surat khas kepada Tun Dr Mahathir sebagai PM, malah kepada Pak Lah serta menteri-menteri Melayu bila saya dapati mereka lakukan sesuatu yang tidak betul. Saya cuba tunaikan fardhu kifayah.
Rata-rata mereka akan balas dan berterima kasih, malah mengalu-alukan supaya saya terus membuat tegurann tanpa ditanya saya ni lepasa Al-Ahar atau tidak kerana mereka mengaku bahawa mereka adalah juga manusia biasa yang tidak perfect dan perlu sentiasa diperingatkan.
Kepada Presiden Saddam Hussein pun saya pernah hantar surat menggunakan bahasa Arab lintang pukang menegur pembinaan gambar dan patung beliau pada setiap sudut di Iraq yang bagi saya akhirnya akan menjadi antara punca petaka kepada negara dan rakyat Iraq.
Allahyarham membalas surat saya dan megucapkan terima kasih dan rasa terharu kerana berani menegur yang mana rakyat Iraq sendiri tak pernah tegur. Saya juga ada hantar surat supaya beliau lawan Amerika Syarikat dan sekutunya hingga ketitisan darah terakhir dan saya bangga dengan kematian beliau sebagai umat Islam yang bermaruah...di tangan ada al-Quran dan pada hujung nyawanya beliau sempat mengucap dua kalimah syahadat.
Tapi dalam Pas tak boleh tegur. Tanpa mengambil kira dari sudut positifnya teguran dan kritikan yang dibuat, orang kaki tegur dan kritik macam saya akan dianggap menerima upah dari Umno dan sebagainya. Tapi saya tidak akan berhenti menegur, soal nak diterima atau diherdik, itu hak pihak yang ditegur yang mungkin mengangap mereka perfect.
Sdra Fadzli kata saya sering kritik Tok Guru Nik Aziz, tak betul. Sdra kena ingat Tok Guru bukan nabi dan bukan malaikat, beliau juga banak buat silap kerana melakukan kesilapan adalah antara lumarh manusia.
Sebenarnya saya bukan kritik cuma saya memberi pendapat yang boleh diterima dan boleh juga ditolak. Mengorang-utankan orang yang tak sokong Pas adalah satu kemelampauan dalam melabelkan manusia makhlk istimewa ciptaan Allah. Syaitan dan iblis disenarikan sebagai ahli neraka dan kerana mempersendakan Adam, kerana merendahkan ciptaan istimewa Allah. Yang diperorang-utankan dan kini menjadi ratiban orang Pas adalah anak cucu Adam.
Tok guru barangkali sebut dengan tujuan yang baik tetapi ia menjadi bahan ratiban penyokong Pas yang jumud dan taksub untuk memperdebekkan lawan. Kalau beliau bercakap atas kapisiti seorang alim ulamak dan bukan atas nama Mursyidul Am Pas dan bukan pada majlis cramah barangkali persepsi umum akan berbeza....soalnya perkataan itu diungkap pada majlis parti.
Saya dapati Tok Guru banyak buat silap....mungkin tidak disengajakan kerana beliau menyangka orang awam boleh faham sebagaimana yang beliau faham dan orang macam Sdra Fadzli faham. Bukan semua orang ada daya dan keupayaan faham sesuatu perkara dan perkataan yang baru, terutama di kalangan yang kurang mengaji tinggi macam saya.
Misalnya bila dikatakan Allah juga samseng....niat Tok Guru memag molek tetapi penggunaan bahasa kurang tepat. Manusia yang samseng akan jerkah, tampar sepak orang walaupun kadang-kadang tak ada sebab yang munasabah untuk mereka lakukan demikian. Semasa diurusetia saya hasilkan buku pembelaan demi tugas tetapi saya diburu rasa bersalah
Di mana saha saya berada, timbul pertanyaan dalam diri saya sendiri untuk saya, apakah Allah pun macam tu sifatnya, samseng? Tampar, gocoh, sepak orang tak tentu-kalu. Tentulah tidak. Allah utuskan para rasul, untuk kita Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w. dan disediakan al-Quran supaya kita tidak ingkari larangan-Nya dan tidak abaikan suruhan-Nya. Yang sah tidak beriman dan bertaqwa sahaja dihumban ke neraka.
Demikian halnya dengan mencarut. Yang dimaksudkan dengan mencarut adalah penggunaan bahasa-bahasa kotor atau orang Kelantan menyebutnya 'menyapun'. Apakah Allah 'mnyapun?'. Lazimnya saya tegur Tok Guru dari sudut macam ni, bukan maksud untuk tunjuk lebih pandai tetapi kerana memenuhi peringatan dalam surah al-Asyr. Saya tak boleh berhujjah secara lisan...saluran teguran saya melalui mata pena.
Tujuan saya supaya orang awam tidak akan samakan Allah dengan makhluk. Bagi saya matlamat penubuhan Pas cukup molek tetapi orang Paslah yang menjadikan Pas dilihat tidak molek. Saya buat teguran supaya Pas sentiasa diimarahkan sebagaimana tujuan asal ia ditubuhkan, jangan pula dasar berubah mengikut keperlyan semasa kerana Islam statik sifatnya hingga kiamat.
Orang Pas kena elak dari terlalu ghairah, kemaruk dan ketagih peruduh orang lain tetapi kena lebihkan usaha untuk mencomelkan Pas sendiri, kena berhkmah dalam mendakwah lawan....jangan nak gila nak jadi tok wakil...tapi cuba gilakan diri untuk pastikan Islam dilihat dalam bentuk yang diserukan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa dipaliti dengan lumpur politik kepartian yang jumd dan taksub.
Orang yang agak culas dengan Islam kita kena dakwah supaya jadi jinak. Kalau kita asyik pruduh dengan macam-macam tuduhan...bila dan siapa yang sedia untuk kita dakwahi...sebaliknya mereka akan lihat Islam itu tak molek...walhal yang tak moleknya bukan Islam tetapi cara kita untuk sampaikan Islam kepada umm itu yang tak molek.
February 22, 2008 7:28 PM
2. Anonymous said...
Panje penerangan fadzli...nampak sangat bezanya pemikiran fadzli dengan abe li...Ni..ambo rasalah..fadzli ni budak baru lepas ngaji dan tidak duduk dalam masyarakat kampong di kelate..yang ramai ore-ore tua tidak ngaji sekolah belah mana..abe li pula dia duduk di kelate...dan duduk dalam parti pas...jare ore pas dale kelate ni hak fikiran serupa fadzli...tahu beza gapa parti..gapa islam..dan gapa pas.Mugo ambo ni dok kampong tapi ambo kerja jugalah huduh-huduh.Ore kampong ambo masih pakai buah lama lagi pakah pas boleh syurga sbb hak royat gitu tu..hak taraf uztad..tok imam.Pah tu puak-puak ore tua ni dia pulah dok syarah kita dok royak benda lagu tu...Pah tu tidak sekat ore tua saing-saing hak sama keja pun pahe serupa gitu juga...hak tok guru kata tu semua betul belaka...Memanglah serupa hak abe li kata..pakah pah dapat pahala..pakah pas masuk syurga sudah tertanam dalam fikiran ore pas sehingga kini...dan sbb kerana inginkan syurga meraka mereka lupa bahawa pas hanyalah sebuah parti..sama seperti parti lain..
MKJ RESPON: Tak apa. Walaupun penerangan Sdra Fadzli panjang lebar, namun ianya sarat dengan ilmu. Saya yakin kalau Sdra Fadzli berpeluang kerja dengan Kerajaan Pas, akhirnya dia juga akan jadi macam saya....akan nampak wajah sebenar Pas pada era mutakhir ini.
Kita jangan tertipu dengan menyangka manisnya buah kerana merah kulitnnya kerana ada sesetengah buah walaupun merah rasanya masam maam cuka, pahit, kelak dan sebagainya. Hanya orang yang pernah rasa sesuatu buah sahaja akan tau rasa sebenar setiap jenis buah.
Yang mejadi isu paling pasak, paling tunjang dan paling paksi ialah saya mahu tegaskan bahawa pendukung dan penyokong Pas jangan sekali-sekali menyangka, apatah lagi percaya bahawa Islam itu Pas dan Pas itu Islam di samping jangan terima apa yang pimpinan ungkapkan diterima sebagai benar belaka. Kalau nampak agak pelik bunnyinya...rujuk al-Quran dan Hadis.
February 23, 2008 12:47 AM
3. Anonymous said...
Sdr Fadzli. Mengapa tak dikomen ulasan di bawah ini? Ini soalan besar yang bawa implikasi besar.February 22, 2008 2:40 AM 29. Anonymous said... weh fadzli, kawe maroh kor drebar bas kl-kb sebab kawe dan gu2 kawe dah tau walaupun dia tulis tersenggong bas tu nak gi ke kb tapi hok sebenar dia tak akan gi ke kb, tapi gi ke lain jauh jelat pada kb atau tak bereti di mana2 duk main musing kut tulor. dalam keadaan mudarat lagu tu gat naik la nak naik bas mana dulu pun, bas hak slow sikit kis punoh atau bas lompat2, asal jelas sampai kor kb dari tak sampai langsung.dah la, kawe tak dok maso nak layan demo.
MKJ RESPON: Saya yakin Sdri Fadzli akan memberikan hujjah bernasnya. Islam sendiri agama yang cukup terbuka. Kita kena jadi Islam yang benar-benar faham apa itu Islam, bukannya masuk kerana ikut trend atau dalam keadaan tidak tahu apa itu Islam.
Bagi saya kalau sekadar dilahirkan hasl perkahwinan ibu dan bapa Islam...tidak semetinya kita Islam kalau apa yang Islam suruh tak pernah dibuat manakala yang dilarang pula jadi nasi makan air minum dalam kehidupan seharian, nak bersyahadah pun tak reti.
Kadang-kadang kerana selalu bertakbir gara-gara sering ke ceramah Pas....bila diuji supaya bersyahadah, maka dilaungkan Allahu-akbar: takbir disangka syadah manaka ungkapan 'aku bertobat lillah tu' disangka taubat nasuha. Apakah pimpinan Pas sedar tentang adanya manusia jenis ini dalam parti? Wajar mereka dibiarkan kekal dalam keadaan begitu?
February 23, 2008 1:11 AM
4. Anonymous said...
Senarai Calon Parlimen Parti Keadilan Rakyat KelantanP026 Ketereh Ab Aziz Kadir P027 Tanah Merah Amran Ab Ghani P029 Machang Saifuddin Nasution Ismail Senarai Calon Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat KelantanN01 Pengkalan Kubor Hassan BerahimN38 Kuala Balah Mohd Sulaiman DaudN40 Guchil Tuan Zamri Arif Tuan ZakariaN43 Nenggiri Mohd Zuki Ibrahim - N44 Paloh Reizal Abdul Rahim -
MKJ RESPON: Boleh menang ko?
5. Anonymous said...
Nik Aziz Rayu Penyokong Terima Saja Calon Pilihan PartiKOTA BAHARU, 22 Feb (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui bahawa barisan calon-calon parti itu yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ini di Kelantan tidak diterima sepenuhnya oleh penyokong parti itu.Katanya, PAS telah mencuba sebaik mungkin untuk menapis calon-calon parti itu tetapi masing-masing tetap mempunyai kelemahan hingga ada penyokong parti itu yang sebelum ini telah memastikan kemenangan PAS di Kelantan sejak empat penggal lepas, berbeza pendapat dan menyatakan rasa tidak setuju."Nama-nama yang dikemukakan pimpinan parti itu tolong terimalah. Buat (anggap) saja macam ubat, kemam dulu lepas tu telan. Insya-Allah lepas tu segar badan, cerah mata" katanya berhubung barisan nama calon parti itu yang diumumkannya di sini hari ini.Tanpa ditanya wartawan, dalam nada rayuan, Nik Aziz yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berkata beliau perlu membuat kenyataan itu kerana menyedari rasa kurang senang penyokong PAS terhadap senarai berkenaan."Perkara macam ni memang biasa berlaku. Kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang, saya sendiri pun ada yang tak suka. Nabi Muhammad sendiri pun ada (orang) yang tentang.""Kalau tak selesa (dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan) saya minta ketepikan perasaan itu," katanya yang turut meminta penyokong memberikan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di tiga kerusi parlimen dan lima kerusi DUN.Pada pilihan raya umum ini, PAS Kelantan sekali lagi akan berganding pakatan dengan PKR yang menyaksikan beberapa kerusi negeri itu diagihkan walaupun PKR kalah di semua dua kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen yang ditandinginya pada 2004.Penyokong PAS juga dikatakan kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan parti memberi laluan kepada bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas yang dipecat, Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS bagi menentang calon BN - bekas Pegawai Pengelola Istana Kelantan dan bekas Pegawai Daerah Pasir Mas Datuk Abdul Halim Ahmad.Langkah memberi laluan kepada Ibrahim yang pada satu ketika pernah mencemuh PAS dan Nik Aziz, menyaksikan penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas dari PAS, Ismail Noh tidak bertanding semula.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata calon yang dikemukakan itu juga tidak ubah seperti hidangan nasi, mengandungi pelbagai jenis lauk yang sesetengahnya tidak digemari oleh sesetengah individu.Bagaimanapun dalam nada memujuk, beliau berkata calon-calon PAS itu masih yang terbaik apabila terdiri daripada gabungan pelbagai latar belakang termasuk ahli akademik dan mereka yang mempunyai asas agama.Walaupun berhadapan dengan keadaan kurang selesa, Nik Aziz tetap yakin bahawa PAS mampu memerintah Kelantan dengan majoriti lebih besar berbanding 2004.Ditanya berulang kali oleh wartawan, Nik Aziz tetap enggan mendedahkan sasaran kerusi yang PAS yakin menang, sebaliknya berkata parti itu akan memperolehi lebih banyak kerusi berbanding BN.Pada pilihan raya umum lepas, PAS menang 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan manakala BN menang 21 kerusi. Bagaimanapun, BN merapatkan jurang menjadikan beza hanya satu kerusi di DUN Kelantan apabila berjaya merampas kerusi DUN Pengkalan Pasir pada pilihan raya kecil di situ pada Disember 2005.-- BERNAMA
MKJ RESPON: Undi hak pengundi dan menjadi hak mereka untuk undi calon arti mana. Tugas parti-parti politik umpama tukang hidang makanan ang pelbagai jenis dan yang akan memakannya hanya akan makan mana-mana hidangan yan sesuai dengan selera sahaja. Saya yakin para pengundi cukup bijak dalam membuat pilihan.
Cuma jangan lupa membaca Bismilah serta berdoa akan pilihan yang dibuat adalah betul dan mendatangkan pahala dan minta ampun dari Allah sekiranya pilihan yang dibuat tidak tepat kerana sebagai manuia yang lemah, kita tidak tahu sama ada apa yang kita lakukan dirasakan beerpahala adalah berdosa dan sebaliknya.
February 23, 2008 3:08 AM
6. Anonymous said...
Berat bedo'oh lalu dah la sampai Tok Guru nak kena merayu ni.. More bad signs..
MKJ RESPON: Merayu tak salah....memaksa tak boleh. Untuk Islamkan seseorang pun boleh kita rayu...tetapi memaksa seseorang supaya terima Islam tak boleh.
February 23, 2008 3:09 AM
7. Anonymous said...
Kena jawap juga walaupun sebenarnya saya jawab Abg Meli tapi ada orang nak menyelit kita beri laluan lah.Sdr Fadzli. Mengapa tak dikomen ulasan di bawah ini? Ini soalan besar yang bawa implikasi besar.February 22, 2008 2:40 AM29. Anonymous said...weh fadzli, kawe maroh kor drebar bas kl-kb sebab kawe dan gu2 kawe dah tau walaupun dia tulis tersenggong bas tu nak gi ke kb tapi hok sebenar dia tak akan gi ke kb, tapi gi ke lain jauh jelat pada kb atau tak bereti di mana2 duk main musing kut tulor. dalam keadaan mudarat lagu tu gat naik la nak naik bas mana dulu pun, bas hak slow sikit kis punoh atau bas lompat2, asal jelas sampai kor kb dari tak sampai langsung.dah la, kawe tak dok maso nak layan demo.MULANYA malas nak jawab soalan remeh ni, tapi kerana atas permintaan tuan nya kita jawab. Maaf kalau tak jelas sebab saya kurang faham loghat yang digunakan.Saya heran macamana BAS yang tulis pergi K.B tak sampai K.B. Tapi beginilah ada kisah sebuah BAS namanya Syarikat Kenderaan K.B-K.L Hadhari sendirian Berhad. Nama Bas tu sahaja begitu tapi sebenarnya hala laluannya K.L ke Johor Bharu. Dia taruk nama sebegitu adalah kerana dia tengok BAS ke J.B tak ramai penumpang jadi dia bubuh nama syarikat K.L-K.B Hadhari. Begitu jugalah diibaratkan kalau setakat taruk nama Hadhari kat belakang ISLAM tu tak akan sampai ke mana. Kalau naik bas loncat sampai matlamat tujuan ok lagi. Kalau naik bas canggih pun tak menuju ke destinasi tak guna juga. Jadi saya nasihatkan anda jangan baca kat badan bas tu sahaja tanya betul2 drebar dia tu mana arah destinasinya. Dalam hal ini bukan bas tu yang salah tapi anda yang bodoh sombong dalam mencari maklumat. Harap anda berpuas hati dengan jawapan saya.FADZLI
MKJ RESPON: Semuga penanya berpuashati dengan jaapan Sdra Fadzli. Cuma izinkan saya menokok...apakah Islam Hadhari itu pakai al-Quran dan Hadis baru atau sembahyang degan menukar arah kiblat dan tidak mengaku Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul akhir zaman?
Apakah antara ajaran Islam Hadhari itu ada mencatatkan jika tidak setuju denan Islam Hdhari tarafnya sama dengan orang utan yang ada otak tapi tak berakal. Kalau namanya kurang tepat tapi tujuannya molek, yang kena tukar namanya, bukan keseluruhan.
Macam kuih taik itiklah....namana tak molek tapi kuihnya sedap dimakan... sekarang ni namanya dah ditukar....tapi di Kelantan masih juga kekal dengan nama kuih taik itik.
Yang sediakan butiran Islam Hadahri tu bukan Pak Lah, bukan juga Dr Mahathir tetapi disediakan oleh kalangan yang pakar dalam bidang keagamaan. Saya difahamkan antara yang terlibat dalam penyediaan rangkan dan kerangka Islam Hadhari adalah Prof. Datuk Mahmud Zuhdi Abdul Majid (saya minta maaf kepada Yang Berbahagia Professor jika fakta saya tak betul) tak reti Islam?.
Saya sendiri masih lagi dalam proses mengkaji apa yang kena dan tidak kenanya isi kandungan Islam Hadhari itu selain dari namanya yang dikakan oleh kalangan pakar bahasa tidak berapa tepat tetapi sebenarnya ianya samalah seperti slogan Membangun Bersama Islam, Partai Islam Se Tanah Malayu/Se Malaysia, Bank Islam, Univeriti Islam Antarabangsa dan sebagainya.
Berikut pula 3 komen daripada 33 komen yang dihantar melalui posting RESPON TERHADAP KOMEN-KOMEN YANG DIHANTAR TERPAKSA DITANGGUHKAN yang belum saya jawab yakni;
February 22, 2008 3:25 AM
1. Anonymous said...
Ustaz Nasharuddin berdepan Awang Adek di Bachok Lanjusoh Fri Feb 22, 08 4:31:50 pm MYT KOTA BHARU, 22 Feb (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa disahkan bertanding bagi menentang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin di parlimen Bachok pada pilihan raya umum ini. Selain itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli juga bertanding di Kelantan iaitu di Parlimen Kuala Krai. Manakala Salahuddin Ayub kekal di kerusi Parlimen Kubang Kerian yang dimenangi pada penggal lalu. Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan PAS bertanding di 10 kerusi Parlimen, tiga diperuntukan kepada KeADIlan dan seorang calon Bebas yang bertanding di atas tiket PAS. “Di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) PAS bertanding di 40 kerusi, dan KeADilan lima kerusi,” katanya pada persidangan media mengumumkan nama-nama calon PAS bagi pilihan raya umum ke-12 di JKR 10 hari ini. Beliau juga berkata, lima Adun tidak bertanding iaitu Datuk Mohamad Daud di Dun Demit, Datuk Hassan Muhamad (Temangan), Haji Zakaria Yaakub (Kemuning), Haji Mohd Shukri Abdul Rahman (Kadok) dan Haji Buni Amin Hamzah (Salor). Ahli Parlimen Pasir Mas sesi lalu, Ustaz Ismail Noh juga tidak bertanding. Seorang ahli parlimen berpindah ke Dun iaitu Haji Abdul Fatah Harun dari Parlimen Rantau Panjang ke Dun Bukit Tuku. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar berkata, PAS Kelantan mengetengahkan 17 muka baru bertanding di kerusi Dun dan tujuh calon baru bagi peringkat parlimen. Calon-calon terbabit iaitu Dun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, 41, Datuk Ahmad Yakub, 58 (Pasir Pekan), Che Abdullah Mat Nawi, 48 (Wakaf Bharu), Wan Ubaidah Omar, 52 (Kijang), Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 77 (Chempaka), Ustaz Mohd Amar Abdullah, 49 (Panchor), Rohani Ibrahim, 43 (Tanjung Mas). Kota Lama - Datuk Anuar Tan Abdullah, 59, Bunut Payong - Datuk Takiyudin Hassan, 47, Tendong - Dr Mohd Daud Mohamad, 61, Pengkalan Pasir - Haji Hanifa Ahmad, 62, Chetok - Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, 47, Meranti - Ustaz Nusuruddin Daud, 43. Gual Periuk - Ustaz Mohamad Awang, 57, Bukit Tuku - Haji Abdul Fatah Harun, 60, Salor - Datuk Husam Musa, 49, Pasir Tumbuh - Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, 35, Demit - Ustaz Mohamad Mustapa, 50, Tawang - Ustaz Hassan Mohamood, 53. Perupok - Datuk Omar Mohamad, 63, Jelawat - Abdul Aziz Kadir, 56, Melor - Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, 53, Kadok - Azami Mohd Nor, 51, Kok Lanas - Datuk Ahmad Rusli Ibrahim, 51, Bukit Panau - Abdul Fattah Mahmood, 45. Gual Ipoh - Wan Yusof Wan Mustapa, 45, Kemahang - Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, 54, Selising - Drs Saiful Baharin Mohamad, 46, Limbongan - Drs Zainuddin Awang Hamat, 55, Semerak - Wan Hassan Wan Ibrahim, 51, Temangan - Dr Mohd Fadhli Hassan, 40, Kemuning - Wan Mohd Lutfi Wan Sulaiman, 48. Haji Suply Abdul Razak, 56 (Bukit Bunga), Ustaz Abdullah Yaakub, 41 (Air Lanas), Haji Mohd Apandi Mohamad (Kuala Balah), Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, 37 (Mengkebang), Haji Ismail Yaakub, 60 (Manek Urai), Arifabilah Ibrahim, 42 (Dabong), Chek Hashim Sulaima, 44 (Galas). Manakala bagi peringkat parlimen pula Datuk Kamaruddin Jaaffar, 57 (Tumpat), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, 69 (Pengkalan Chepa), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, 56 (Kota Bharu), Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Hajah Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Salahuddin Ayub, 47 (Kubang Kerian). Ustaz Nasharuddin Mat Isa, 46 (Bachok), Ustaz Mohamad Hussin, 57 (Pasir Puteh) dan Dr Mohd Hatta Ramli, 52 Kuala Krai. Kerusi Parlimen yang ditandingi KeADILan iaitu di Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Calon KeADILan di Machang iaitu Saifuddin Nasution Ismail, Abdul Aziz Kadir (Ketereh) dan Nik Yusof Nik Ablah (Tanah Merah). - mj TAK DOK ORANG BERANI NAK LAWAN KU LI DI GUA MUSANG DAN DATUK PA DI JELI KAH WEH?????
MKJ RESPON: Nama calon Pulai Chondong pun tak ada. Guano? Agaknya pelapor tercicir
February 22, 2008 3:59 AM
2. Anonymous said...
TENGOK, DALAM SENARAI KEADILAN, MANA ADA KEADILAN LETAK CALON DI JELI DAN GUA MUSANG? HA HA HATAKKAN NGAKU KALAH SEBELUM BERJUANG? DAR HATTA PUN TAKUT NAK LAWAN DATUK PA???BERAT, BERAT.GITU GAK KENA DR ZULKIFLI ATAU ZAKUAN TAIB LA LAWAN KU LI.KAKAS APANDI NI NAIK NAMA JUGAK DI KUALA BALAH DALAM DUK TIBENG PITIH KERAJAAN NEGERI BAGI CLAIM TIPU KAT DIRI SEDIRI DAN KAT ANAK2 BUAH PUN. CELAKAK SUNGGUH.
MKJ RESPON: Tak umum senarai mungkin satu strategi. Lepas tempon penamaan calon nanti barulah kita tau. Mudah-mudaan ada yang akan laporkan k blog ini untuk maklumat bersama.
February 22, 2008 4:04 AM
3. Anonymous said...
Askm. Nampak gaya macam betul dakwaan penulis kedua2 komen di bawah ini bahawa dia orang penting PAS sebab segala dakwaannya ternyata betul belaka bila dibanding senarai yang dikeluar tadi. Lihat, 18/2 dengan 22/2 adalah 4 hari... There must be something really wrong with PAS Kelantan somewhere somehow...February 18, 2008 3:52 AM 9. Anonymous said... MELI DUK MERABAN APA NI. ORANG BACA KAPAK JANGAK BUKAN NAK BACA TULISAN MELI TAPI NAK BACA KOMEN2 PENYILAU DAN KOMEN2 MELI PADA KOMEN2 PENYILAU. BILA INI DAH TIADA TAK ADALAH TARIKAN BLOG INI.MSO PUN DUK MERABAN APA LAGI. TAKIYUDDIN DAH DIPUTUS KEKAL DI BUNUT PAYONG. CIKGU RAHIM DAH DIPUTUS TANDING PARLIMEN KOTA BHARU. MUHAMMAD HUSIN DAH DIPUTUS TANDING PARLIMEN PASIR PUTEH. APA LAGI YANG BERGOLAKNYA? MELI DAN MSO, NAK MENULIS TU BIAR BERSUMBER SIKIT! MACAM ANA TAK APA LA SEBAB ANA BERSUMBER DIRI ANA SENDIRI (ANA ORANG PENTING PARTI JANGAN TAK TAU). February 18, 2008 4:15 AM 10. Anonymous said... Di sini bukan saya hendak membela Abdul Hamid. Tetapi biarlah berlaku adil. Hormatilah Abdul Hamid. Abdul Hamid sendiri khabarnya tidak ada masalah kalau beliau sudah ditakdirkan tidak menjadi calon. Malahan dalam satu ucapan yang didengari oleh Nik Aziz, Abdul Hamid mengatakan yang beliau bersedia menyokong sesiapa saja dan sanggup setia kepada parti.Tetapi biarlah penafian ke atasnya beradab. Abdul Hamid ada penyokong dan ada orang yang setia kepadanya. Beliau mungkin boleh sabar tetapi bagaimana dengan penyokongnya terdiri Penghulu dan sebagainya. Di sinilah tidak bijaksana dan kurangnya keikhlasan orang-orang Pas. Kalau pun hendak makan kawan sendiri tetapi biarlah sisanya tidak tertinggal!Mungkin Abdul Hamid juga merasakan dirinya dipermainkan. Kerana pada mulanya Ustaz Wan Roslan dinamakan sebagai calon Tendong. Kemudian lewat petang semalam nama Ustaz Yaacob Marcoco pula naik. Siapa dia Yaacob Marcoco ni?Apakah dia seorang lawyer, majistret, doktor atau siapa? Kalau itulah kriteria yang digunapakai untuk mengganti Abdul Hamid maka jelas sikap Pas Kelantan hari ini saling tidak tumpah dengan feel perangai ibu mertua P Ramlee. BERSAMBUNG. [wm.kl 15/02/08]APA YANG MSO MEREPEK NI???CALON PAS DI DUN TENDONG DAH LAMA DIPUTUS PADA DR MUHAMMAD DAUD, LULUSAN PHD! DUN TEMANGAN PUN DR FADLI HASSAN, PUN LULUSAN PHD! MELI DAN MSO JANGAN MEMBANGANGKAN DIRI SENDIRI MENULIS BENDA YANG ENTA SEMUA TAK TAU
MKJ RESPON: Saya dan Haji MSO orang luar parti....kami hanya boleh buat spekulasi berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada kami. Kalau maklmat yang diberikan betul...maka betullah...kalau tak betul tak betullah. Kami bukan nampak dalam hati dan perut pedal orang yang beri maklumat dan apa maksudnya bila dia berikan kami maklumat.
SEKIAN, JUMPA LAGI PETANG ATAU MALAM NANTI!!!!!!!
15 comments:
Calon wanita PAS menang di Kijang
Abdul Halim Mohd Rashid
Sun | Feb 24, 08 | 12:01:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - PAS menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak.
Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.
Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005.
SPR akhirnya menerima protes itu.
DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa.
KALU ORE HAK NAK SAMAN ABE LI TU TANDING SINI, MENANG FREE DIA. GI SANA AMBO RASA BERAT JUGAK TU DIA
Abg Lie weh, politik-politik jugak, nego-nego jugak, kalu boleh Abg Lie sediakan satu borang langganan untuk semua bahan penerbitan syarikat Abg Lie dengan harganya sekali dalam blog Abg Lie ni (mungkin ada hok nok belanggan sebulan ,setahun dan sebagainya).
Senanglah kalu ada borang, print wak tubit lepas tu tanda gapo hok nok dan hantar bersama dengan wang pos.
Drp: jauh di mata dekat di hati.
Jangan terperangkap dengan isu menang tanpa bertanding.Tahun 2004 duku org Pas tak berapa kabar bila menang tak tanding di Senggarang Johor. Alih-alih tengok makan tanah di Terengganu.
Hak menang kena bersyukur , Hak tak menang jangan berangan serupa dah menang dah. Hak menang tu di Kijang bukan di seluruh negeri Kelantan. Tak kena buat 8 hb 3 ni DUN Cempaka pun buleh ka ore. UMNO akan wat tubik buah kilas
hak paling pelik trip ni, Beringat sikit weh . Kalu buleh org2 Pas dok dalam air semaye sokmo. Berzikir dan selawat sokmo lah weh. Kalu buleh pakat abis sebuah quran dalam masa 12 hari ni hak mana reti baca Quran. hak mana isap rokok tolong bereti lah weh. Bo la pesen supply rokok di pos muga demo ore berjuang Islam.(Sapo isap rokok panas dekat nak mati).
Minta tolong benar2 dengan Tuhan. Jangan dok meto tak tentu kalu.
Cerita pasal menang tanding ni jangan buat main-main. Wak terlibat dengan pilihanraya banyak kali . Sekadar ingatan
1. Tahun 1999 pak jak nyaris2 menangtak bertandiung sbb kertas pencalonan Ku Li sampai lewat di Pusat penamaan calon Gua Musang- kes jalan jem.Benge jugak Kuli masa tu.
2. Azmi Khalid di tolak kertas pencalonan di Kerusi Bintong Perlis tahun 1982. Menang tak bertanding cikgu syuib calon Pas waktu tu.
3. Tahun 1982 jugak caloan Berjasa di Salor kena tolak kertas pencalonan, Calon Pas Usaz Par Berahim lawan calon bebas jalaldin. Calon bebas jadi bidan terjun wakil UMNO.
4. Tahun 1982 jugak kertas Haji Omar di Kemumin kena tolak , Gemulah Che Hasaan menang tak bertanding.
5. Tahun 1982 jugak kertas mat bbakar kena tolakdi selising. Ustaz Man calon pas menang tak bertanding.
6. Tahun 2004 Cikgu Jemin nyaris2 takleh bertanding di Melor ks tak ingat letak resit bayar duit menama calon.
7. Tahun 2008 Rafidah Aziz nyaris2 tak leh tanding kes tak saing bore pencalonan.
8. Tahun 2004 UMNO malu di tepat sendiri kes calon gi ambil ore luar kawasan jadi penyokong/pencadang. Kerusi Senggarang dimenangi oleh calon Pas DR Ramli.
9. Tahun 1995 kertas abe se serama kena tolak di Gua Musang. Menang tak ttanding ku li tahun tu.
Bab mengisi bore ni kalu buleh kena ada air semaye lah. Kena byk2selawat dan kena beringat soko dengan semua dokumen, IC, bore, pitih deposit atau resit kalau bayar awal. Pagi2 menama calon kena redi awal sbb dalam masa menama calon 60 minit jah, bukannya lama.
WAK HAMAD
Baiknye wak hamad hari ni menulis? setahu ambo tak dok sore pun ore dan pemimpin pas terperangkap dan koya bila berlaku menang tanpa bertanding. Kalu ada pun dijadikan sebagai penaik semangat perjuangan dan terus istiqamah dalam perjuangan, tak seperti wak hamad?Ambo lihat hok terperangkap dengan isu calon nye tak habis2 umno, koya nok ko kelate? dengan masalah umno ni, buleh koya ko rampas kelante? Bagi ambo, peluang untuk pas dan umno bukan 50:50, tapi sebaliknya. Kalu ikut mimpi ambo signal 1-0 tu ibarat 45-0. koh guanodemo?
Boleh tau apa buah kilas
hak paling pelik UMNO akan wat tubik dalam PRU kali ni???
Satu andaian:
Takkan UMNO BN dan Mustopha Ahmed tak tau Mustopha Ahmed ada kes muflis? Kalau ada kes pun mesti dah selesai sebab semua calon UMNO BN ditapis rapi Insolvensi, BPR DLL.
Tidakkah mungkin penolakan calon UMNO BN di Kijang ini perancangan UMNO BN bagi memaksa PRK diada di Kijang seperti PRK Gua Musang 1995 dulu bila rayuan Hussein Serama diterima? Lebih lagi kalau kerusi baki seri (22-22)?
Mustopha Ahmed pun kata kes tu dah selesai dan dia akan merayu pada SPR dan mahkamah.
Tak mustahil Kijang akan dirampas dalam PRK! Jangan asyik gembira saja, fikir juga bala.
Jangan marah, andaian saja.
Bakpor calon PAS Jeli bertukar dari Mat Rashid Mat Jais kepada Apandi Mohamad?
Bakpor ditukar sedang Pesuruhjaya PAS Negeri TG Nik Aziz umum calon PAS Jeli Mat Rashid Mat Jais?
Bakpor Mat Rashid Mat Jais tarik diri?
Bakpor Apandi Mohamad dicalon walau dia banyak rekod tak berapa elok?
4. Tahun 1982 jugak kertas Haji Omar di Kemumin kena tolak , Gemulah Che Hasaan menang tak bertanding.
5. Tahun 1982 jugak kertas mat bbakar kena tolak di selising. Ustaz Man calon pas menang tak bertanding.
9. Tahun 1995 kertas abe se serama kena tolak di Gua Musang. Menang tak ttanding ku li tahun tu.
Kes 4, 5 dan 9 menyebab kemenangan calon2 PAS 1982 dan S46 1995 dibatal. Pilihan raya kecil dibuat semula. Calon2 PAS kalah di Selising dan Kemumin, Ku Li menang majoriti rendah. Kes 9 mungkin sengaja dirancang untuk menjatuh atau memalukan Ku Li dengan mengalah atau mengurangkan majoritinya dalam pilihan raya kecil (yang kedua berlaku, Ku Li tak kalah tapi majoriti jauh berkurang).
Bab koya ni teringat ambo ka tok imam tepat ambo. Dia kata UMNO mimpi di siang hari nak tawan kelantan. Dia bakali jenis tak tahu Pas lekat kerajaan dulu kes dua undi. Tu pun dengan kobar kes setiausaha UMNO sa kelamin tak gi ngundi.
Tepat tok imam tu pun Pas kalah, peti undi dia pun pah kalah. Dok tengok chepaka gak berasa menang sokmo la wweh.
[Baiknye wak hamad hari ni menulis?]
Kalu ada apa yang ambo tulis tak baik tulung oyak la hak mana. Ambo tulung peringat jah weh takut ada hak kena ziarah gu atau waris di wad gila kes overconfident menang. Kesian ka warih jah kena ulang gi tengok. Hak gila tak apa lah lepas taksir , tak payah semaye bang dah.
WAK HAMAD
BN@UMNO perlukan kepada tulisan penaik dan pembakar semangat di sini. Ore BN jange luntur , kuatkan semangat, banyakkan solat taubat, teruskan solat hajat agar perjuangan kito istiqamah, semogo tuhan bukakkan mati hati untuk penerima kebenaran pendekatan islam hadari.bagi ambo buke 1-0 kot, tapi 44-1. Anonymous sama tulis ni. koh guanodemo
Nak tanyo wak hamad pangkoh parti mana pr ni? kalu pangkoh bn baik royat awai-awai, buleh naik semangat ko ore2 umno ni, al maklumlah ke. wak hamad parlimen peringat, dun melor ke?wok hamad keno yakin ko parti mana nok pilih? demo sendiri tok pilih, tak do sebab demo pun tak yakin? dok guano. ore2 hok betul2 yakin jah sebab dio pilih hok dio yakin. x salah hok mana kito yakin jika kaloh, tok jadi kes gila babi babut pun. Ambo takut bn pusat jah takut jadi babuk sebab kaloh banyok kerusi parlimen? pas biasa dah menerima kekalahan di kelante, apo salahnyo kalu nok gilor, biar gilor 5 tahun, jange superdupergilor 50 tahun
Jawapan Balas FADZLI 2
Abg Meli meletakkan kesalahan kefahaman orang awam terhadap Parti PAS adalah Agama ke atas Parti PAS adalah tidak betul. Kenapa pula kita tak mengaji tapi kita kata orang lain pula yang salah. Bukankah dalam Islam, amal orang jahil adalah sia-sia. Jadi maksud Abg Meli orang yang sokong UMNO tu semua dari jenis mengaji dan tidak jahil? Apakah orang jenis mengaji akan sokong orang yang menghalalkan arak, judi, kelab2 malam, riba, rasuah?
Saya juga merasa terkejut apabila Abg Meli kata sekiranya Abg Meli masih kerja dengan PAS Abg Meli akan terus jumud. Apakah selama Abg Meli kerja dengan PAS tu Abg Meli tak guna akal untuk menentukan mana baik mana buruk? Jadi adilkah kalau kita jahil dan jumud tetapi kita letakkan kesalahan itu pada orang lain? Kenapa kita sendiri tak pergi mengaji?
Tetapi saya tidak fikir rakyat awam kelantan walaupun yang berada di kampung begitu jumud dan jahil untuk membezakan antara Parti dan Agama. Abg Meli seolah-olah menghina orang negeri sendiri. Abg Meli sepanjang pengalaman saya, orang Kelantan lah yang paling cerdik dan bijak di Malaysia ini. Cuba lihat universiti2 di Malaysia malah di luar negara sekalipun penuh dengan orang yang makan budu ini. Lihatlah bijak pandai2 kebanyakkannya orang Kelantan. Takkan lah jumud dan jahil. Tak kan anak2 yang pandai2 ni tak mengajar ibubapa mereka.
Tentang usaha Abg Meli cuba menerbitkan media bagi menerangkan kepada orang2 awam saya ucapkan terima kasihlah. Tetapi setakat saya baca akhbar Wasilah saya lihat ianya lebih bermotifkan politik dari mendidik. Akhbar lain saya tak tahulah apa yg abg Meli terbitkan.
Memang lah UMNO tidak melabelkan mereka sebgai Parti Islam. Mereka parti perkauman. Saya fikir kalau Abg Meli kata salah PAS guna ISLAM pada Parti saya rasa UMNO juga salah mempergunakan Melayu pada Parti, setidak2nya orang kata padanlah Melayu teruk tengok perangai UMNO.
Nampaknya Abg Meli tak dapat bezakan antara PAS sebagai sebuah PARTI dengan ahli PAS. Kalau ABg Meli marahkan perangai seorang dua ahli PAS kenapa Abg Meli pukul rata semua. MAcamana pula pandangan Abg Meli kalau ada orang Islam yang JAHAT adakah Abg Meli kata ISLAM itu jahat? Abg Meli kalau menilai pada perangai ahli, saya rasa JAHAT UMNO tak ada tolok bandingnya. Ada yang pernah bunuh orang (Mokhtar Hashim), buntingkan anak orang, berpeluk dengan bini orang (Dr Rahman Gombak), ada yang kena saman pasal tak bayar hutang kalah judi (OSU SUKAM) ada yang sumbat anak orang dalam penjara tanpa bicara, yang rasuah, yang curi duit PPRT..dan banyak lagi. Tapi kenapa hati kira masih sayang kepada UMNO. Kenapa? Mesti ada yang tak kena dengan kita, baik kita muhasabah diri. Bukan UMNO yang menghapuskan lesen-lesen judi di Kelantan malah Pusat Judi Terbesar Asia ada di Malaysia. malah PM menziarahi mayat tokey judi tersebut. UMNO tak pernah cuba pun untuk menghapuskan maksiat malah menggalakkan lagi. Cuba lihat permit untuk membawa masuk artis2 indon dan barat begitu mudah sekali sehinggakan di KL setiap hujung minggu ada sahaja konsert. Tetapi jangankan kata permit nak berceramah, ustaz nak mengajar disurau pun dihalang. Adakah jahatnya ustaz2 ini berbanding dengan artis2 itu? Apakah selepas mendengar kuliah2 atau ceramah2 ustaz-ustaz ini maka anak2 muda akan berpelesan dan berzina?
Soal Pantun saya kepada Pak Lah, tengok.. bila kita sindir Pak Lah mesti kata..apa lah PAS ni, tak ikut Islam. Apakah pantun itu lebih jahat berbanding dengan perbuatan memegang bahu perempuan cina yang bukan mahram tanpa berlapik? Apakah lebih berdosa dan tidak islamik dari bersalaman dengan bukan mahram tanpa berlapik? Apakah lebih berdosa dan tidak islamik berbanding dari mengaku projek kerajaan malaysia sebagai projek barisan nasional? Apakah lebih berdosa pantun saya berbanding dengan mengarahkan polis menahan dan mengurung orang tanpa bicara?
Saya akui Abg Meli memang hebat dan ikhlas. Baguslah tegurang kepada Mahathir, Saddam dsb nya. Pernah tak Abg Meli tulis surat kepada Pak Lah suruh isteri dia tutup aurat. Diakan ada ilmu agama. Dia kan keturunan Ulama. Tapi guru-guru saya sering berkata IMAN ITU TIDAK DIWARISI. Guru2 saya juga pernah bercerita bahawa ada seorang abid yang 40 tahun beribadat kepada Allah dan akhirnya masuk neraka. Dan saya dengar cerita Anak Murid Ayah Pin juga seorang Ustazah lulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar. JAdi bolehkah kita berhujjah bahawa dengan adanya BA atau MA membawa maksud dia bukan JAHIL TUKIL? Pokoknya ikhlas atau tidak dengan ilmu tersebut. Seorang Penyajak Iran pernah berkata. SEORANG PENCURI YANG MEMBAWA LAMPU AKAN DAPAT MENCURI LEBIH BANYAK BARANG BERHARGA. Maknanya kalau kita tidak ikhlas dengan ILMU maka ILMU itu akan membawa lebih kerosakkan. Berbanding dengan orang jahil, sekiranya dia cuba menipu dalam bab agama orang tak akan percaya. Tapi bayangkan bagaimana orang ada MA atau BA Agama menipu dalam Agama, sudah tentu lebih banyak kemusnahan yang dia akan buat.
Saya setuju Abg Meli tegur TG Nik Aziz, dia memang bukan malaikat. Tapi yang saya maksudkan ialah saya lihat kalau nak kira dari segi melakukan perkara tidak betul, orang yang ada BA atau MA agama dari UM itu saban hari ada sahaja benda yang patut ditegur. Sudahkah Abg meli tegur pasal menipu dalam pembubaran Parlimen. Nampak macam kecil tetapi ianya dilakukan oleh orang besar dan ia membawa implikasi yang besar kepada negara. Kalau dalam soal pembubaran parlimen dia boleh berbohong apakah tidak mustahil dia berbohong pasal ekonomi negara? Jadi kalau benar Abg Meli ikhlas, sila tegur secara terbuka sebagaimana Abg Meli tegur TG Nik Aziz. Bak kata saudara MSO orang politik kena tegur secara awam.
Biarlah isu Samseng, mencarut itu tuan dia sendiri yang jawab. Saya rasa saya tidak jumud dan jahil dalam memahami isu ini.
Soal perhuduh atau menghina orang lain Abg Meli jangan sempitkan pemikiran Abg Meli. Kalau Abg Meli ikut ceramah2 UMNO pun sama juga yang bezanya kalau cermah PAS ramai spy nya. Cakap pagi malam keluar TV3. Tapi bila orang UMNO kata nik Aziz sebagai Najis tak pernah pun keluar tv. Bila orang UMNO kata PAS Parti Anak Setan, tak ada pula setan2 yang bawak masuk TV. Siapa yang jumud dan jahil sebenarnya? Pada saya orang yang dengar maklumat sebelah pihak sahaja itulah yang sebenarnya jumud dan jahil. Kenapa kerajaan tak bagi peluang kepada PAS untuk menjelaskan isu2 ini di TV?
Pada pandangan peribadi Abg Meli antara TG Nik Aziz dan Pak Lah atau Pak Najib siapa yang lebih berakhlak?
Mengenai Islam Hadhari. Kalau orang UMNO selalu kata PAS kata siapa undi PAS masuk Syurga. Saya nak tanya dalam Al-Quran, atau hadis2 nabi ada tak tulis pasal Islam Hadhari? Ada tak imam syafie bincang pasal Islam Hadhari atau ada tak dalam Sahih Bukhari pasal Islam Hadhari? Apakah Islam yang Rasulullah bawak tak cukup cantikkah? Bagaimana dengan negara yang tak ada Islam Hadhari..tak Islamkah mereka. Apakah boleh Islam di samakan dengan Kuih Taik Itik? Saya rasa kalau isu ini disebut oleh Nik Aziz pasti TV3 akat tulis Nik Aziz samakan Islam dengan Kuih Taih itik. Lepas tu Abg Meli akan kata tak patut tok guru menyamakan Islam dengan kuih taik itik. Orang2 UMNO yang lain pun akan berkata begitu juga sampai tujuh keturunan. Apakah kerana Prof Ahmad Zuhdi yang mencipta Islam Hadhari kita boleh beri cop mohor bahawa ianya sah di sisi Islam. Apakah Prof Ahmad Zuhdi tu lebih Pandai dari Rasulullah atau setidak2nya lebih pandai dari Imam Syafie? Kalau ISLAM memerlukan nama lain yang lebih sedap saya fikir sudah tentu sejak zaman sahabat atau tabiin lagi mereka buat. Tak usahlah kita samakan Prof Ahmad Zuhdi dengan Imam Syafie, cukup dengan ilmuwan2 Islam contemporary Malaysia adakah mereka bersetuju dengan Islam Hadhari.
Sebenarnya ISLAM HADHARI tidak boleh disamakan dengan Parti Islam, Universiti Islam, atau Membangun Bersama Islam. Lainlah kalau kita kata Islam Parti, Islam Universiti atau Islam bersama Membangun. sebab kalau UMNO boleh buat Islam Hadhari nanti ada orang Buat ISLAM Hitech. Kan dah wujud satu lagi agama. ISLAM tak boleh dinisbahkan atas benda lain. Buat lah nama apa pun tapi kalau Arak dan Judi terus berleluasa, riba dan rasuah bermaharaja lela, bini2 menteri tak menutup aurat, masjid dibina untuk tujuan menunjuk-nunjuk, penindasan terhadap golongan lemah masih berleluasa, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa menjadi-jadi tak ada faedahnya. Jadi samalah seperti saya beri analogi BAS KL-KB HADHARI SDN BHD nama sahaja KL-KB tapi arah perjalanan ke arah JB. Jadi sebenarnya ISLAM HADHARI ini hanya wujud kerana melihat rakyat sudah celik Islam dan kembali kepada PAS. jadi dia pun pakailah nama ISLAM ciptaan Mahmud Zuhdi.
Wallahu a' lam..FADZLI
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN:
"Saya yakin rakyat yang pernah pilih saya empat tahun lepas dapat melihat perubahan yang berlaku di Bachok. Kini Bachok sudah ada Hospital Daerah, sudah ada universiti, projek jalan menelan kos jutaan ringgit dan macam-macam lagi yang sedang dan telah dilakukan kerajaan pusat untuk rakyat di sini."
KEPADA SIAPA YANGTAHU - BILA SEPITAL BACHOK BEROPERASI. ADA DI MUKIM MANA? BERAPA KATIL ADA ? wAK tAK DAK MAKLUMAT LA PASAL SPITAL BACHOK NI. MEMANG ADA URA-URA NAK BUAT TAPI LAMA DAH RASA DOK URA-URA NI,HAK DENGARNYA DI DEPAN SEKOLAH JELAWAT PAS TU GI ALAH KE TANGGOK. KALAU SIAP DAH GAK TINGGALKERETA API LA WAK.
BAB U NI TAK SSOHOR MANA..KALAU NAMK BUAT SEPATUT LAMA DAH . SEPATUT ADA 7 BUTIR DAH U MUGA PUAK KITA ORE KELANTAN NI OTAK BIJAK2.
Nak tanyo wak hamad pangkoh parti mana pr ni? kalu pangkoh bn baik royat awai-awai, buleh naik semangat ko ore2 umno ni, al maklumlah ke. wak hamad parlimen peringat, dun melor ke?wok hamad keno yakin ko parti mana nok pilih? demo sendiri tok pilih, tak do sebab demo pun tak yakin? dok guano. ore2 hok betul2 yakin jah sebab dio pilih hok dio yakin. x salah hok mana kito yakin jika kaloh, tok jadi kes gila babi babut pun. Ambo takut bn pusat jah takut jadi babuk sebab kaloh banyok kerusi parlimen? pas biasa dah menerima kekalahan di kelante, apo salahnyo kalu nok gilor, biar gilor 5 tahun, jange superdupergilor 50 tahun
February 24, 2008 3:44 AM
DEMO NAK SURUH WAK UNDI HAK MANA? WAK DIJADUALKAN MENGUNDI DI PARLEIMEN KETEREH STETE KOK LANAS.
ACU ROYAK MOLEH NYA WAK UNDI SAPA?
WAK HAMAD
Nampaknya 2 isu besar akan melanda Kelantan kita. Kedua-dua isu ini akan menyebabkan para pengundi berada dalam kebingungan, nak setuju dengan hok mana so. BN terus memacu slogan PEMBANGUNAN dan PAS dengan panji-panji ISLAM. Bagi yang dah kejap, mari isu apa pun tak terjejas. Paku 6 inci lah katakan. Jika ditilik-tilik, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM oleh PAS agak perlahan. Membangun, tetapi slow sangat, buke takdok pembangunan tu. Pada masa yang sama Islam LEBIH TERJAGA. Pembangunan oleh BN melalui kerajaan pusat memanglah LAJU, tetapi pada masa yang sama ditakuti ISLAM TIDAK TERBELA. Islam tu ada, tapi TIDAK DIBERATKAN. Andai BN memerintah Kelantan, dibimbangi malah kemungkinannya sangat besar, anasir-anasir yang tidak ada di Kelantan selama ini akan tumbuh bagai cendawan lepas hujan; pusat belajar vokal, institut remp it, akademi senam tari, dan macam-macam lagi yang menggunakan pelbagai nama yang mengelirukan; akan menarik golongan muda/remaja dan seterusnya menjerat mereka. Kalau di negeri yang diperintah BN sekarang ini ada pusat karaoke di segenap kampung sebagaimana yang dipaparkan dalam Majalah 3 baru-baru ini, mengunjungnya terdiri daripada golongan lima puluhan pulaktu, ADAKAH RAKYAT KELANTAN SANGGUP MENERIMA PERUBAHAN SEPERTI INI? Adakah kedai-kedai judi dan nombor ekor akan kembali bertunas setelah sekian lama akarnya tertanam ditanah gersang. Adakah BN yang akan menggalinya setelah ditanam oleh PAS? Kemudian, berapa tahun pula rakyat Kelantan boleh kembali bebas daripada semua bencana itu? 18 tahun? Belitan sawa bagi kali kedua akan lebih kemas jika belitan pertamanya terlepas! Slow sangatkah pembangunan di bawah PAS? Tak ada hotel besar ke di Kelantan ni? KB Mall dah terima anugerah jualan terbanyak kalau tak silap saya. Kaya pulak orang Kelantan ni. Tempat tarikan pelancong pun banyak juga, kalau tidak taklah chalet-chalet banyak didirikan. Banyak juga idea-idea Kerajaan PAS Kelantan yang dibawa ke pusat oleh kerajaan BN untuk diaplikasikan ke seluruh negara. Kalau fikir-fikir, dan fikir lagi, rasanya tak sanggup menyerahkan Kelantan kepada pemerentah BN. Takut pula apa yang dikejar dapat separuh-separuh. Apa yang dapat tu pulak nilainya tak seberapa, tapi apa yang tercicir tu lebih tinggi harganya.Tajunm menulis.Lain kalilah open ID-nya.
Husam bodoh, cepat2 tunjuk diri bijak walhal tak sedar dah termakan umpan dipasang orang.
Monday February 25, 2008
Umno man disqualified, so PAS wins its first state seat
KOTA BARU: PAS won its first seat uncontested when the Umno candidate for Kijang, Mustopha Ahmed, was disqualified because he had been declared a bankrupt.
This resulted in PAS woman candidate and newcomer Wan Ubaidah Omar being declared the winner.
Mustopha’s campaign came to an abrupt halt as soon as he stepped into the Pengkalan Chepa nomination centre when PAS officers produced a letter dated Nov 25, 2005 from the Insolvency Department about bankruptcy charges filed against him.
Mustopha, 55, said he had been a guarantor for a friend who had taken a loan from Mara and he had received an explanation from Mara regarding his status, but there was insufficient time to submit it to the Election Commission (EC).
“I will appeal this through the courts and will not discount the possibility of standing in a by-election,” he said.
Mustopha had just resigned from Telekom Malaysia after serving 30 years and had been upbeat when his name was announced in the Umno candidate list on Thursday.
State Umno Youth chief Dali Husain said Mustopha was waiting for the release of a letter from the Insolvency Department which did not come.
Wan Ubaidah said she was extremely surprised that she had won.
“I had actually hoped that Datuk Nik Aziz Nik Mat would win uncontested. I really wanted to contest,” she said.
PAS vice-president Datuk Husam Musa said the win showed that Umno had not selected its candidates properly and that he had kept the information about Mustopha secret for the past 10 days.
“It was only during the nomination that I sent the documents to the returning officer,” he said.
Post a Comment