DENGAN izin-Nya kita berjumpa lagi dan insyaalah akan terus bertemu dan hendaknya blog ini tidak akan digodam sebagaimana blog saya ramliabdulalimmelayu@blogspot.com digodam.
Kedukacitaan saya kerana kejahanaman blog saya ramliabdulhalimmelayu@blogspot.com sedikit terubat apabila saya melalui Meli Industry mendapat keizinan dari pemegang permit AL-HAQ untuk diterbitkan bagi tujuan komersial.
AL-HAQ sebelum ini lebih berupa akhbar lidah Umno Kelantan dan diedarkan secara percuma. Bagaimanapun di bawah urusterbit oleh Meli Industry ianya akan dijadikan akhbar yang bebas dan berkecuali, sesuai dengan matlamat untuk komersialkan.
Kalau segala-galanya berjalan lancar sebagaimana yang diranka dan dikerahgkakan, Insyaallah AL-HAQ dibawah urusterbit Meli Industry akan mula diedarkan pada 4 Februari dan isi kandungannya akan ditumpukan kepada PRU12.
Kesemua halaman akan dijual kepada calon-calom pilianraya yang barangkali mahu berjimat dalam berkempen dan sasaran kempen akan menyeluruh dengan calon atau wakil masing-masing menyediakan bahan lengkap dengan gambar untuk satu lembaran akhbar bersain 280mm X 365 mm dalam prigram Indesign atau PageMaker. Bahan yang dibekalkan tidak akan disunting.
Meli Industry mengenakan bayaran RM7,700 bagi saiz sehalaman untuk sekali siar manakala calon-calon tanpa mengira ianya dari Umno, Pas atau Bebas akan diberi tawaran membeli AL-HAQ untuk diedarkan di kawasan masing-masing pada harga RM1.50 senaskah untuk bekalan 10,000 naskah ke atas. Harga runcit AL-HAQ adalah RM2.00 senaskah.
Maknanya dengan belanja sekitar RM22,7000 (belanja beli halaman RM7,700 + pembelian 10,000 naskah akhbar bernilai RM15,000) calon-calon boleh sampaikan maklumat diri kepada pengundi di kawasan masing-masing dan pihak penyokong dan juga penentang bepeluang mengetahui latarbelakang calon serta apa kebaikan yang akan diperolehi jika seseorang calon diberikan mandat.
Calon-calon dewan undangan negeri atau calon kawasan parlimen di Kelantan (tanpa mengira parti yang diwakili) yang berminat untuk membeli ruang Al-HAQ dan mendapatkan naskah Al-HAQ bolelah hubungi kami melalui telefon 09-77473797 atau 7747395 atau 017-9871322 (24 jam) untuk tujuan tempahan. Tarikh akhir menerima tempahan adalah pada petang 3 Mac, 2008. Kami akan siarkan bagi mereka yang membuat pembayaran sepenuhnya sahaja.
Sebelum saya undurkan diri untuk kali ini , berikut adalah respon saya terhadap komen-komen yang dihantar melalui posing MKJ RESPON (2) yakni;
13 comments:
1. Anonymous said...
Calon wanita PAS menang di Kijang Abdul Halim Mohd Rashid Sun Feb 24, 08 12:01:10 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - PAS menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak. Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak. Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005. SPR akhirnya menerima protes itu. DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa. KALU ORE HAK NAK SAMAN ABE LI TU TANDING SINI, MENANG FREE DIA. GI SANA AMBO RASA BERAT JUGAK TU DIA
MKJ RESPON: Rezeki ssepak Puan Wan Ubaidah Wan Omar dan memang itu yang telah tersurat dan ditakdirkan kepadanya. Kalau orang lain yang bertanding di kawasan berkenaan, belum tentu hal ang serupa akan berlaku, malah belum tentu Umno akan calonkan Mutopha Ahmed. Pada kesempatan saya ambil kesempatan mngucapkan tahniah kepafa Puan Wan Ubaidiah yang sudah bertakhta YB 13 hari lebih awal dari calon-calon lain.
Dalam tempoh lima tahun akan datang beliau akan berdepan denan pelbagai kerenah pengundi. Yang kuat menyokong beliau pada waktu ini belum tentu akan terus menyokong...boleh jadi akan jadi penentang yang paling utama...seperkara yang lazim sebagai akl rakyat yang tidak mnkin mampu memuaskan hati berbelas ribu pengundi.
February 23, 2008 8:49 PM
2. Anonymous said...
Abg Lie weh, politik-politik jugak, nego-nego jugak, kalu boleh Abg Lie sediakan satu borang langganan untuk semua bahan penerbitan syarikat Abg Lie dengan harganya sekali dalam blog Abg Lie ni (mungkin ada hok nok belanggan sebulan ,setahun dan sebagainya).Senanglah kalu ada borang, print wak tubit lepas tu tanda gapo hok nok dan hantar bersama dengan wang pos.Drp: jauh di mata dekat di hati.
MKJ RESPON: Insyaallah akan disairkan sedikit masa lagi. Yang pasti selepas pilihanraya selesai. Kini kami tenga kalut siapkan bahan untuk diterbitkan. Yang tebaru Al-HAQ, dulu smacam suaran Umno Kelantan, sekarang akan dinetrulismekan sebagai akhbar komersial. Laporan mengenai Pas pun akan dimuatkan.
February 23, 2008 9:47 PM
wak hamad said...
3. Jangan terperangkap dengan isu menang tanpa bertanding.Tahun 2004 duku org Pas tak berapa kabar bila menang tak tanding di Senggarang Johor. Alih-alih tengok makan tanah di Terengganu.Hak menang kena bersyukur , Hak tak menang jangan berangan serupa dah menang dah. Hak menang tu di Kijang bukan di seluruh negeri Kelantan. Tak kena buat 8 hb 3 ni DUN Cempaka pun buleh ka ore. UMNO akan wat tubik buah kilashak paling pelik trip ni, Beringat sikit weh . Kalu buleh org2 Pas dok dalam air semaye sokmo. Berzikir dan selawat sokmo lah weh. Kalu buleh pakat abis sebuah quran dalam masa 12 hari ni hak mana reti baca Quran. hak mana isap rokok tolong bereti lah weh. Bo la pesen supply rokok di pos muga demo ore berjuang Islam.(Sapo isap rokok panas dekat nak mati).Minta tolong benar2 dengan Tuhan. Jangan dok meto tak tentu kalu.Cerita pasal menang tanding ni jangan buat main-main. Wak terlibat dengan pilihanraya banyak kali . Sekadar ingatan1. Tahun 1999 pak jak nyaris2 menangtak bertandiung sbb kertas pencalonan Ku Li sampai lewat di Pusat penamaan calon Gua Musang- kes jalan jem.Benge jugak Kuli masa tu.2. Azmi Khalid di tolak kertas pencalonan di Kerusi Bintong Perlis tahun 1982. Menang tak bertanding cikgu syuib calon Pas waktu tu.3. Tahun 1982 jugak caloan Berjasa di Salor kena tolak kertas pencalonan, Calon Pas Usaz Par Berahim lawan calon bebas jalaldin. Calon bebas jadi bidan terjun wakil UMNO.4. Tahun 1982 jugak kertas Haji Omar di Kemumin kena tolak , Gemulah Che Hasaan menang tak bertanding.5. Tahun 1982 jugak kertas mat bbakar kena tolakdi selising. Ustaz Man calon pas menang tak bertanding.6. Tahun 2004 Cikgu Jemin nyaris2 takleh bertanding di Melor ks tak ingat letak resit bayar duit menama calon.7. Tahun 2008 Rafidah Aziz nyaris2 tak leh tanding kes tak saing bore pencalonan.8. Tahun 2004 UMNO malu di tepat sendiri kes calon gi ambil ore luar kawasan jadi penyokong/pencadang. Kerusi Senggarang dimenangi oleh calon Pas DR Ramli.9. Tahun 1995 kertas abe se serama kena tolak di Gua Musang. Menang tak ttanding ku li tahun tu.Bab mengisi bore ni kalu buleh kena ada air semaye lah. Kena byk2selawat dan kena beringat soko dengan semua dokumen, IC, bore, pitih deposit atau resit kalau bayar awal. Pagi2 menama calon kena redi awal sbb dalam masa menama calon 60 minit jah, bukannya lama.WAK HAMAD
MKJ RESPON: Ternyata Wak Hamad berpengalaman dalam soal-soal begoni.
February 24, 2008 12:58 AM
4. Anonymous said...
Baiknye wak hamad hari ni menulis? setahu ambo tak dok sore pun ore dan pemimpin pas terperangkap dan koya bila berlaku menang tanpa bertanding. Kalu ada pun dijadikan sebagai penaik semangat perjuangan dan terus istiqamah dalam perjuangan, tak seperti wak hamad?Ambo lihat hok terperangkap dengan isu calon nye tak habis2 umno, koya nok ko kelate? dengan masalah umno ni, buleh koya ko rampas kelante? Bagi ambo, peluang untuk pas dan umno bukan 50:50, tapi sebaliknya. Kalu ikut mimpi ambo signal 1-0 tu ibarat 45-0. koh guanodemo?
MKJ RESPON: Saya rasa tak sabar tunggu 8 Mac. Macam mana pun hati saya kata Pas tidak akan dapat memprtahankan kerajaan pada kali ini. Bagaimanapun itu kata hati saya yang tak semestinya btul. Pun begitu eloklah kalau Pas tidak terlalu yakin.
February 24, 2008 2:12 AM
5. Anonymous said...
Boleh tau apa buah kilas hak paling pelik UMNO akan wat tubik dalam PRU kali ni???
MKJ RESPON: Benda dok dalam kilas lagi manalah kita nak tau. Jangan terlucut kilas dah lah.
February 24, 2008 2:14 AM
6. Anonymous said...
Satu andaian:Takkan UMNO BN dan Mustopha Ahmed tak tau Mustopha Ahmed ada kes muflis? Kalau ada kes pun mesti dah selesai sebab semua calon UMNO BN ditapis rapi Insolvensi, BPR DLL.Tidakkah mungkin penolakan calon UMNO BN di Kijang ini perancangan UMNO BN bagi memaksa PRK diada di Kijang seperti PRK Gua Musang 1995 dulu bila rayuan Hussein Serama diterima? Lebih lagi kalau kerusi baki seri (22-22)?Mustopha Ahmed pun kata kes tu dah selesai dan dia akan merayu pada SPR dan mahkamah.Tak mustahil Kijang akan dirampas dalam PRK! Jangan asyik gembira saja, fikir juga bala.Jangan marah, andaian saja.
MKJ RESPON: Andaian boleh dibuat tetapi betul ke tidak... belum tentu lagi. Saya pun peliklah kalau benda tu betul....macam mana Umno boleh calonkan calon yang ada penyakit bankrup. Kalau nantinya mahkamah buktikan Mustopha dah bersih dari bangkrup....siapa yang nak disalahkan?
February 24, 2008 2:20 AM
7. Anonymous said...
Bakpor calon PAS Jeli bertukar dari Mat Rashid Mat Jais kepada Apandi Mohamad?Bakpor ditukar sedang Pesuruhjaya PAS Negeri TG Nik Aziz umum calon PAS Jeli Mat Rashid Mat Jais?Bakpor Mat Rashid Mat Jais tarik diri? Bakpor Apandi Mohamad dicalon walau dia banyak rekod tak berapa elok?
MKJ RESPON: Pertanyaan yang kalau dikatak mampus pun saya tak bulh jawab.
February 24, 2008 2:42 AM
8. Anonymous said...
4. Tahun 1982 jugak kertas Haji Omar di Kemumin kena tolak , Gemulah Che Hasaan menang tak bertanding.5. Tahun 1982 jugak kertas mat bbakar kena tolak di selising. Ustaz Man calon pas menang tak bertanding.9. Tahun 1995 kertas abe se serama kena tolak di Gua Musang. Menang tak ttanding ku li tahun tu.Kes 4, 5 dan 9 menyebab kemenangan calon2 PAS 1982 dan S46 1995 dibatal. Pilihan raya kecil dibuat semula. Calon2 PAS kalah di Selising dan Kemumin, Ku Li menang majoriti rendah. Kes 9 mungkin sengaja dirancang untuk menjatuh atau memalukan Ku Li dengan mengalah atau mengurangkan majoritinya dalam pilihan raya kecil (yang kedua berlaku, Ku Li tak kalah tapi majoriti jauh berkurang).
MKJ RESPON: Maknanya kemenangan percuma YB Wan Ubaidah Wan Omar pun satu bentuk strategi lawan?
February 24, 2008 2:49 AM
9. wak hamad said...
Bab koya ni teringat ambo ka tok imam tepat ambo. Dia kata UMNO mimpi di siang hari nak tawan kelantan. Dia bakali jenis tak tahu Pas lekat kerajaan dulu kes dua undi. Tu pun dengan kobar kes setiausaha UMNO sa kelamin tak gi ngundi.Tepat tok imam tu pun Pas kalah, peti undi dia pun pah kalah. Dok tengok chepaka gak berasa menang sokmo la wweh.[Baiknye wak hamad hari ni menulis?]Kalu ada apa yang ambo tulis tak baik tulung oyak la hak mana. Ambo tulung peringat jah weh takut ada hak kena ziarah gu atau waris di wad gila kes overconfident menang. Kesian ka warih jah kena ulang gi tengok. Hak gila tak apa lah lepas taksir , tak payah semaye bang dah.WAK HAMAD
MKJ RESPON: Moleklah kalau saling tegur mngegur. Tuhan pun mahu begitu supaya kita dalam hdup dalam kerugian. Cuba kita rujuk surah al-Asyr.
February 24, 2008 3:32 AM
10. Anonymous said...
BN@UMNO perlukan kepada tulisan penaik dan pembakar semangat di sini. Ore BN jange luntur , kuatkan semangat, banyakkan solat taubat, teruskan solat hajat agar perjuangan kito istiqamah, semogo tuhan bukakkan mati hati untuk penerima kebenaran pendekatan islam hadari.bagi ambo buke 1-0 kot, tapi 44-1. Anonymous sama tulis ni. koh guanodemo
MKJ RESPON: Kalau mana-mana parti menang pun jangan menang dengan majoriti mewah sangat. Dewan undangan negeri akan hidup kalau ada barisan pembangkang yang kuat. Kerajaan pun tak leh duduk sedap.
February 24, 2008 3:34 AM
11. Anonymous said...
Nak tanyo wak hamad pangkoh parti mana pr ni? kalu pangkoh bn baik royat awai-awai, buleh naik semangat ko ore2 umno ni, al maklumlah ke. wak hamad parlimen peringat, dun melor ke?wok hamad keno yakin ko parti mana nok pilih? demo sendiri tok pilih, tak do sebab demo pun tak yakin? dok guano. ore2 hok betul2 yakin jah sebab dio pilih hok dio yakin. x salah hok mana kito yakin jika kaloh, tok jadi kes gila babi babut pun. Ambo takut bn pusat jah takut jadi babuk sebab kaloh banyok kerusi parlimen? pas biasa dah menerima kekalahan di kelante, apo salahnyo kalu nok gilor, biar gilor 5 tahun, jange superdupergilor 50 tahun
MKJ RESPON: Undi rahsia. Mana boleh ghoyat ko orang.
February 24, 2008 3:44 AM
12. Anonymous said...
Jawapan Balas FADZLI 2Abg Meli meletakkan kesalahan kefahaman orang awam terhadap Parti PAS adalah Agama ke atas Parti PAS adalah tidak betul. Kenapa pula kita tak mengaji tapi kita kata orang lain pula yang salah. Bukankah dalam Islam, amal orang jahil adalah sia-sia. Jadi maksud Abg Meli orang yang sokong UMNO tu semua dari jenis mengaji dan tidak jahil? Apakah orang jenis mengaji akan sokong orang yang menghalalkan arak, judi, kelab2 malam, riba, rasuah?Saya juga merasa terkejut apabila Abg Meli kata sekiranya Abg Meli masih kerja dengan PAS Abg Meli akan terus jumud. Apakah selama Abg Meli kerja dengan PAS tu Abg Meli tak guna akal untuk menentukan mana baik mana buruk? Jadi adilkah kalau kita jahil dan jumud tetapi kita letakkan kesalahan itu pada orang lain? Kenapa kita sendiri tak pergi mengaji?Tetapi saya tidak fikir rakyat awam kelantan walaupun yang berada di kampung begitu jumud dan jahil untuk membezakan antara Parti dan Agama. Abg Meli seolah-olah menghina orang negeri sendiri. Abg Meli sepanjang pengalaman saya, orang Kelantan lah yang paling cerdik dan bijak di Malaysia ini. Cuba lihat universiti2 di Malaysia malah di luar negara sekalipun penuh dengan orang yang makan budu ini. Lihatlah bijak pandai2 kebanyakkannya orang Kelantan. Takkan lah jumud dan jahil. Tak kan anak2 yang pandai2 ni tak mengajar ibubapa mereka. Tentang usaha Abg Meli cuba menerbitkan media bagi menerangkan kepada orang2 awam saya ucapkan terima kasihlah. Tetapi setakat saya baca akhbar Wasilah saya lihat ianya lebih bermotifkan politik dari mendidik. Akhbar lain saya tak tahulah apa yg abg Meli terbitkan.Memang lah UMNO tidak melabelkan mereka sebgai Parti Islam. Mereka parti perkauman. Saya fikir kalau Abg Meli kata salah PAS guna ISLAM pada Parti saya rasa UMNO juga salah mempergunakan Melayu pada Parti, setidak2nya orang kata padanlah Melayu teruk tengok perangai UMNO.Nampaknya Abg Meli tak dapat bezakan antara PAS sebagai sebuah PARTI dengan ahli PAS. Kalau ABg Meli marahkan perangai seorang dua ahli PAS kenapa Abg Meli pukul rata semua. MAcamana pula pandangan Abg Meli kalau ada orang Islam yang JAHAT adakah Abg Meli kata ISLAM itu jahat? Abg Meli kalau menilai pada perangai ahli, saya rasa JAHAT UMNO tak ada tolok bandingnya. Ada yang pernah bunuh orang (Mokhtar Hashim), buntingkan anak orang, berpeluk dengan bini orang (Dr Rahman Gombak), ada yang kena saman pasal tak bayar hutang kalah judi (OSU SUKAM) ada yang sumbat anak orang dalam penjara tanpa bicara, yang rasuah, yang curi duit PPRT..dan banyak lagi. Tapi kenapa hati kira masih sayang kepada UMNO. Kenapa? Mesti ada yang tak kena dengan kita, baik kita muhasabah diri. Bukan UMNO yang menghapuskan lesen-lesen judi di Kelantan malah Pusat Judi Terbesar Asia ada di Malaysia. malah PM menziarahi mayat tokey judi tersebut. UMNO tak pernah cuba pun untuk menghapuskan maksiat malah menggalakkan lagi. Cuba lihat permit untuk membawa masuk artis2 indon dan barat begitu mudah sekali sehinggakan di KL setiap hujung minggu ada sahaja konsert. Tetapi jangankan kata permit nak berceramah, ustaz nak mengajar disurau pun dihalang. Adakah jahatnya ustaz2 ini berbanding dengan artis2 itu? Apakah selepas mendengar kuliah2 atau ceramah2 ustaz-ustaz ini maka anak2 muda akan berpelesan dan berzina?Soal Pantun saya kepada Pak Lah, tengok.. bila kita sindir Pak Lah mesti kata..apa lah PAS ni, tak ikut Islam. Apakah pantun itu lebih jahat berbanding dengan perbuatan memegang bahu perempuan cina yang bukan mahram tanpa berlapik? Apakah lebih berdosa dan tidak islamik dari bersalaman dengan bukan mahram tanpa berlapik? Apakah lebih berdosa dan tidak islamik berbanding dari mengaku projek kerajaan malaysia sebagai projek barisan nasional? Apakah lebih berdosa pantun saya berbanding dengan mengarahkan polis menahan dan mengurung orang tanpa bicara?Saya akui Abg Meli memang hebat dan ikhlas. Baguslah tegurang kepada Mahathir, Saddam dsb nya. Pernah tak Abg Meli tulis surat kepada Pak Lah suruh isteri dia tutup aurat. Diakan ada ilmu agama. Dia kan keturunan Ulama. Tapi guru-guru saya sering berkata IMAN ITU TIDAK DIWARISI. Guru2 saya juga pernah bercerita bahawa ada seorang abid yang 40 tahun beribadat kepada Allah dan akhirnya masuk neraka. Dan saya dengar cerita Anak Murid Ayah Pin juga seorang Ustazah lulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar. JAdi bolehkah kita berhujjah bahawa dengan adanya BA atau MA membawa maksud dia bukan JAHIL TUKIL? Pokoknya ikhlas atau tidak dengan ilmu tersebut. Seorang Penyajak Iran pernah berkata. SEORANG PENCURI YANG MEMBAWA LAMPU AKAN DAPAT MENCURI LEBIH BANYAK BARANG BERHARGA. Maknanya kalau kita tidak ikhlas dengan ILMU maka ILMU itu akan membawa lebih kerosakkan. Berbanding dengan orang jahil, sekiranya dia cuba menipu dalam bab agama orang tak akan percaya. Tapi bayangkan bagaimana orang ada MA atau BA Agama menipu dalam Agama, sudah tentu lebih banyak kemusnahan yang dia akan buat.Saya setuju Abg Meli tegur TG Nik Aziz, dia memang bukan malaikat. Tapi yang saya maksudkan ialah saya lihat kalau nak kira dari segi melakukan perkara tidak betul, orang yang ada BA atau MA agama dari UM itu saban hari ada sahaja benda yang patut ditegur. Sudahkah Abg meli tegur pasal menipu dalam pembubaran Parlimen. Nampak macam kecil tetapi ianya dilakukan oleh orang besar dan ia membawa implikasi yang besar kepada negara. Kalau dalam soal pembubaran parlimen dia boleh berbohong apakah tidak mustahil dia berbohong pasal ekonomi negara? Jadi kalau benar Abg Meli ikhlas, sila tegur secara terbuka sebagaimana Abg Meli tegur TG Nik Aziz. Bak kata saudara MSO orang politik kena tegur secara awam.Biarlah isu Samseng, mencarut itu tuan dia sendiri yang jawab. Saya rasa saya tidak jumud dan jahil dalam memahami isu ini.Soal perhuduh atau menghina orang lain Abg Meli jangan sempitkan pemikiran Abg Meli. Kalau Abg Meli ikut ceramah2 UMNO pun sama juga yang bezanya kalau cermah PAS ramai spy nya. Cakap pagi malam keluar TV3. Tapi bila orang UMNO kata nik Aziz sebagai Najis tak pernah pun keluar tv. Bila orang UMNO kata PAS Parti Anak Setan, tak ada pula setan2 yang bawak masuk TV. Siapa yang jumud dan jahil sebenarnya? Pada saya orang yang dengar maklumat sebelah pihak sahaja itulah yang sebenarnya jumud dan jahil. Kenapa kerajaan tak bagi peluang kepada PAS untuk menjelaskan isu2 ini di TV?Pada pandangan peribadi Abg Meli antara TG Nik Aziz dan Pak Lah atau Pak Najib siapa yang lebih berakhlak?Mengenai Islam Hadhari. Kalau orang UMNO selalu kata PAS kata siapa undi PAS masuk Syurga. Saya nak tanya dalam Al-Quran, atau hadis2 nabi ada tak tulis pasal Islam Hadhari? Ada tak imam syafie bincang pasal Islam Hadhari atau ada tak dalam Sahih Bukhari pasal Islam Hadhari? Apakah Islam yang Rasulullah bawak tak cukup cantikkah? Bagaimana dengan negara yang tak ada Islam Hadhari..tak Islamkah mereka. Apakah boleh Islam di samakan dengan Kuih Taik Itik? Saya rasa kalau isu ini disebut oleh Nik Aziz pasti TV3 akat tulis Nik Aziz samakan Islam dengan Kuih Taih itik. Lepas tu Abg Meli akan kata tak patut tok guru menyamakan Islam dengan kuih taik itik. Orang2 UMNO yang lain pun akan berkata begitu juga sampai tujuh keturunan. Apakah kerana Prof Ahmad Zuhdi yang mencipta Islam Hadhari kita boleh beri cop mohor bahawa ianya sah di sisi Islam. Apakah Prof Ahmad Zuhdi tu lebih Pandai dari Rasulullah atau setidak2nya lebih pandai dari Imam Syafie? Kalau ISLAM memerlukan nama lain yang lebih sedap saya fikir sudah tentu sejak zaman sahabat atau tabiin lagi mereka buat. Tak usahlah kita samakan Prof Ahmad Zuhdi dengan Imam Syafie, cukup dengan ilmuwan2 Islam contemporary Malaysia adakah mereka bersetuju dengan Islam Hadhari.Sebenarnya ISLAM HADHARI tidak boleh disamakan dengan Parti Islam, Universiti Islam, atau Membangun Bersama Islam. Lainlah kalau kita kata Islam Parti, Islam Universiti atau Islam bersama Membangun. sebab kalau UMNO boleh buat Islam Hadhari nanti ada orang Buat ISLAM Hitech. Kan dah wujud satu lagi agama. ISLAM tak boleh dinisbahkan atas benda lain. Buat lah nama apa pun tapi kalau Arak dan Judi terus berleluasa, riba dan rasuah bermaharaja lela, bini2 menteri tak menutup aurat, masjid dibina untuk tujuan menunjuk-nunjuk, penindasan terhadap golongan lemah masih berleluasa, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa menjadi-jadi tak ada faedahnya. Jadi samalah seperti saya beri analogi BAS KL-KB HADHARI SDN BHD nama sahaja KL-KB tapi arah perjalanan ke arah JB. Jadi sebenarnya ISLAM HADHARI ini hanya wujud kerana melihat rakyat sudah celik Islam dan kembali kepada PAS. jadi dia pun pakailah nama ISLAM ciptaan Mahmud Zuhdi.Wallahu a' lam..FADZLI
MKJ RESPON: Nampaknya polemik ini tak akan selesai kerana, Tak apalah... kalau dah dirasakan Pas itu adalah yang terbaik dan hanya orang pimpian Pas suci belaka tak apalah....Sdra Fadzlai bolehlah terus dengan Pas tapi saya akan terus dengan saya yang tidak berparti politik....cuma akan berpolitik,
Dalam hujjah-hujahnya Sdra Fadzli semacam melihat saya sebagai antara orang Umno. Sebenarnya saya ni Umno pun tidak, Pas pun bukan. Pandangan seorang yang tidak berparti politik tentulah tidak akan sealiran dengan orang yang berparti politik.
Saya tidak cukup berilmu, sekadar 4 thanawi sahaja. Kerana itu saya sering berpesan supaya pandangan saya boleh untuk tidak dipersetujukan. Oleh kerana Sdra Fadzli lebih berilmu (berdasarkan hujjah-hujjahnya) lebih baik hujjahnya diterima-pakai dan hujjah saya dibuang demi untuk kepentingan keselamatan aqidah dan kemantapan iman dan taqwa,
Macam mana pun kefahaman orang awam yang percaya bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas kena diperbetulkan. Bagi saya Pas tidak cukup suci untuk seganding dengan Islam.
Teguran untuk pimpinan Umno akan terus dibuat dari masa ke sesama kerana mereka lazimnya akan terima dan mengalu-alukan pandangan kita, namun dengan orang Pas saya tak boleh berbuat demikian kerana jika ditegur dan dikritik kita akan dilihat sebagai pengacau...tambah-tambah bagi orang yang tak ada degree macam saya.
February 24, 2008 3:54 AM
13, wak hamad said...
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN: "Saya yakin rakyat yang pernah pilih saya empat tahun lepas dapat melihat perubahan yang berlaku di Bachok. Kini Bachok sudah ada Hospital Daerah, sudah ada universiti, projek jalan menelan kos jutaan ringgit dan macam-macam lagi yang sedang dan telah dilakukan kerajaan pusat untuk rakyat di sini."KEPADA SIAPA YANGTAHU - BILA SEPITAL BACHOK BEROPERASI. ADA DI MUKIM MANA? BERAPA KATIL ADA ? wAK tAK DAK MAKLUMAT LA PASAL SPITAL BACHOK NI. MEMANG ADA URA-URA NAK BUAT TAPI LAMA DAH RASA DOK URA-URA NI,HAK DENGARNYA DI DEPAN SEKOLAH JELAWAT PAS TU GI ALAH KE TANGGOK. KALAU SIAP DAH GAK TINGGALKERETA API LA WAK.BAB U NI TAK SSOHOR MANA..KALAU NAMK BUAT SEPATUT LAMA DAH . SEPATUT ADA 7 BUTIR DAH U MUGA PUAK KITA ORE KELANTAN NI OTAK BIJAK2.Nak tanyo wak hamad pangkoh parti mana pr ni? kalu pangkoh bn baik royat awai-awai, buleh naik semangat ko ore2 umno ni, al maklumlah ke. wak hamad parlimen peringat, dun melor ke?wok hamad keno yakin ko parti mana nok pilih? demo sendiri tok pilih, tak do sebab demo pun tak yakin? dok guano. ore2 hok betul2 yakin jah sebab dio pilih hok dio yakin. x salah hok mana kito yakin jika kaloh, tok jadi kes gila babi babut pun. Ambo takut bn pusat jah takut jadi babuk sebab kaloh banyok kerusi parlimen? pas biasa dah menerima kekalahan di kelante, apo salahnyo kalu nok gilor, biar gilor 5 tahun, jange superdupergilor 50 tahunFebruary 24, 2008 3:44 AMDEMO NAK SURUH WAK UNDI HAK MANA? WAK DIJADUALKAN MENGUNDI DI PARLEIMEN KETEREH STETE KOK LANAS.ACU ROYAK MOLEH NYA WAK UNDI SAPA?WAK HAMAD
MKJ RESPON: Saya nak tolong pilih pun takut tak belaga angin dengan Wak Hamad pulak. Saya sendri bokali tak mengundi kal ni....kad pengenalan belum tukar....belum ada mykad. Tak ada kesempatan untuk tukar kad penenalan.
Kalau kad pengenalan lama boleh guna saya mengundi....alau tak boleh pakai saya tak akan mengundi. Lagi pun dalam hidup saya ni baru sekali saya mengundi. Masa jadi orang press dulu tak sempat....asyik buat liputan sana sini...sedar-sedar tempoh mengundi tamat.
February 24, 2008 2:49 AMPost a Comment
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
JUMPA LAGI ESOK!!!!!
17 comments:
PAS vice-president Datuk Husam Musa said the win showed that Umno had not selected its candidates properly and that he had kept the information about Mustopha secret for the past 10 days.
“It was only during the nomination that I sent the documents to the returning officer,” he said.
HUSAM, APA DUK "I", "I" NI???
NAMPAK SANGAT HANG GILA PUBLISITI!!
DAN NAK TONJOL KEHEBATAN DIRI!!!
PEJUANG ISLAM SEBENAR TAK AKAN TONJOL KEHEBATAN DIRI SENDIRI TAPI TONJOL KEKUATAN JENTERA PARTI!!!
BETULLAH HUSAM LONE RANGER DAN AKAN BUAT APA SAJA UNTUK NAIKKAN NAMA SENDIRI!!!
TAK BOLEHKAH SEBUT INI BUKTI KECEKAPAN JENTERA PARTI??? DARI MANA HUSAM DAPAT DOKUMEN BUKTI BANKRUPSI MUSTOPHA AHMED KALAU TAK DIBERI OLEH ORANG LAIN???
TAKKAN SEORANG YANG ADA JAWATAN SEBAGAI PENGURUS BESAR TELEKOM MALAYSIA KELANTAN SEBODOH ITU???
Monday February 25, 2008
Tough days for Awang Adek
BACHOK: For MB-in-waiting Datuk Dr Awang Adek Hussin, the past two weeks have been challenging.
Apart from being named the man to lead Umno’s charge in Kelantan, he also has had to deal with the hospitalisation of his 82-year-old mother, Mek Wook Nor, for the past three weeks.
It brings back memories of another difficult time when the economist lost his father, Hussin Mamat, three months before the 2004 general election.
Then, he was a newcomer hoping to make a breakthrough in the Bachok parliamentary seat.
Today, Dr Awang Adek finds himself being the only Umno candidate in the peninsula to contest two seats in the 12th general election.
This time, he will battle PAS strongman Datuk Omar Mohamed in the Perupok state seat, and defend his Bachok seat against PAS deputy president Nasharudin Mat Isa. (Perupok is one of the state seats under Bachok along with Tawang and Jelawat.)
Dr Awang Adek, 52, however, takes it all in his stride, saying, “People sometimes see me as relaxed but I am thinking of strategies all the time to bring victory to Barisan here. At times, I just laugh it off, some of the issues. I am keeping myself grounded. It is how I am built.”
At a warong, the politician had the patrons laughing when he told them he can hardly finish his cigar because of the overwhelming work and distractions.
To cap it off, Dr Awang Adek also has to care for an autistic son, a 22-year-old whom he described as “my special child”.
“I am keeping myself alert and responsive to the challenges ahead. I am up to it despite my personal concerns.”
His wife Datin Latifah Mohd Yusof, meanwhile, ensures the family is well taken care of so that her husband can devote his time to serving the people.
“I know he is sincere in serving people. That was the first thing that struck me when we met while we were both studying for our post-graduate degrees in the United States.”
Latifah, a chemist by training who hails from Batu Gajah, Perak, gave up her profession to care for their five children – three girls and two boys – including their “special child” Azran.
Dr Awang Adek also paid tribute to his wife for her sacrifices to the family. Her dedication to the family has enabled him to focus on his political career, which saw him rising fast since he quit as Bank Negara assistant governor in the mid-1990s.
He is praying hard for his mother to recover in time to witness his victory.
“I stand to be Kelantan’s first mentri besar from Bachok. I hope my village mates realise this as I am counting on their support.”
1. JELAS DI SINI AWANG ADEK AMAT BERHARAP NAK JADI MB PERTAMA DARI BACHOK
2. AWANG ADEK MAINKAN SENTIMEN KEDAERAHAN UNTUK BOLEHKANNYA JADI MB
3. ADA DOKTOR PAKAR TAK DI SINI? KALAU ADA, APA PUNCA PENYAKIT AUTISTIC, APAKAH IA DARI GENETIK? KALAU GENETIC, BERMAKNA BAKA AWANG ADEK ADA MASALAH.
Monday February 25, 2008
Ibrahim Ali: I’m not beholden to any party
KOTA BARU: Former Umno strongman Datuk Ibrahim Ali will contest on a PAS ticket against Barisan Nasional's Ahmad Rosdi Mahmad for the Pasir Mas parliamentary seat where he had served for many terms.
Ibrahim has won the seat in previous elections under the Umno and Parti Melayu Semangat 46 ticket.
But he told reporters at the nomination centre yesterday that he would not join the Islamist party.
“I am fed up with joining political parties,” said Ibrahim, who is renowned for party hopping.
He said his role if he was elected to Parliament would be to debate policy, adding that he would criticise anybody, including PAS, if they did something he did not agree with.
HA HA HA, AMBIK KAU HUSAM!!
IBRAHIM ALI DAH CAKAP AWAI2 DIA TAK AKAN SERTAI PAS DAN DIA TAK AKAN TERAGAK-AGAK KRITIK PAS LAGI.
TAHNIAH HUSAM, TAHNIAH!!!
AKU NAK TENGOK BERAPA LAMA IBRAHIM ALI BOLEH BERTAHAN SEBELUM JILAT BALIK LUDAH DIA YANG DIA TAK AKAN SERTAI MANA2 PARTI POLITIK LAGI.
MASA DENGAN SEMANGAT 46 DULU PUN BERSUMPAH TAK AKAN CIUM BONTOT DR MAHATHIR, TENGOK SAJALAH APA JADI, DIA WAKIL RAKYAT PERTAMA DARI SEMANGAT 46 MASUK UMNO!!
PIGI MAMPUS LA IBRAHIM ALI
Monday February 25, 2008
Stopa faces old nemesis Apandi
KOTA BARU: PAS sprang a last-minute surprise when it fielded former giant-killer Mohd Apandi Mohamad, a land surveyor, against his nemesis Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed in Jeli.
In 1999, Apandi defeated Mustapa in Jeli by 693 votes. But in 2004, Mustapa trounced Apandi by 7,353 votes.
According to state PAS secretary Datuk Takiyuddin Hassan, the decision to field Apandi was only early Saturday morning because it was feared that Parti Keadilan Rakyat would field him for the Kuala Balah state seat as PKR could not find suitable candidates.
LOJIKKAH ALASAN TAKIYUDDIN MENGAPA APANDI TETAP DITURUN GANTI RASHID JAAIS DI JELI INI? KALAU LOJIK PUN, INI ALASAN YANG BODOH DAN TAK KUAT. TAKKAN PAS TAK BOLEH CONTROL APANDI WALAU PUN PKR NAK CALONKAN APANDI DI KUALA BALAH? DI MANA HARGA DIRI NIK AZIZ SEBAGAI MURSYIDUL AM BILA KATANYA DAH TAK DIDENGARI ATAU NIK AZIZ HANYA UMUM NAMA CALON DISEDIA ORANG LAIN?
MALU, AMBO CUKUP MALU DENGAN SEGALA KECOH-KECOH DI JELI.
Pilih calon berkhidmat, bukan asyik ceramah - Awang Adek
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
BACHOK 24 Feb. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yakin rakyat Kelantan akhirnya tidak akan memilih wakil rakyat yang lebih memberi khidmat dalam bentuk ceramah berbanding usaha membangunkan kehidupan mereka agar lebih sejahtera.
Menurut beliau, rakyat semakin jelas melihat perubahan-perubahan yang digerakkan oleh Barisan Nasional (BN) terutama melalui wakil-wakil rakyatnya sepanjang empat tahun lalu.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan memberikan contoh penduduk jajahan Bachok yang sebelum ini dikategorikan sebagai kawasan termiskin mendapat banyak pembelaan dalam aspek kebajikan mereka.
Katanya, kawasan yang diwakilinya itu sebelum ini menerima perubahan pesat yang melonjakkan kegiatan ekonomi masyarakat seperti pembinaan kampus tetap Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hospital dan kolej perubatan.
"Justeru, saya tidak gentar dan bersedia menerima sesiapa saja lawan kerana saya yakin rakyat Bachok berpeluang melihat segala usaha yang dibuat demi kebaikan mereka," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di sini hari ini.
Awang Adek akan berhadapan dengan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bagi kerusi Parlimen dan bekas Exco Kerajaan negeri, Datuk Omar Mohamad untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok .
Pada proses penamaan calon tersebut, kira-kira 10,000 penyokong Pas dan BN membanjiri pekarangan pejabat berkenaan.
Awang Adek yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen dan menawan kerusi DUN Perupok yang selama ini dikatakan menjadi kubu kuat Pas.
"Kalau berjaya inilah pertama kali anak Bachok khususnya dari Perupok dapat duduki kerusi Menteri Besar sekiranya BN berjaya menawan Kelantan, orang Bachok memahami keadaan ini," katanya.
Peguam peneroka tanding Bebas
KOTA BHARU: Peguam yang mewakili 354 peneroka Felda Kemahang III dalam saman mereka terhadap Felda dan memperoleh pampasan RM7.8 juta bulan lalu, adalah antara tiga calon Bebas bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Asmadi Abu Bakar bertanding di Parlimen Tanah Merah sebagai calon Bebas dalam saingan tiga penjuru mencabar Datuk Shaari Hassan (BN) dan Amran Abdul Ghani daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketika ditemui, Asmadi berkata, keputusannya bertanding sebagai calon Bebas adalah kerana mahu memberi peluang kepada pengundi memilih wakil rakyat yang mudah didampingi walaupun tidak mewakili mana-mana parti.
"Banyak masalah dihadapi rakyat sebelum ini, tidak dapat diselesaikan termasuk nasib peneroka di Felda Gugusan Kemahang.
"Menyedari hakikat itu dan harapan pengundi, saya mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya yang mempunyai firma guaman di Tanah Merah dan Kota Bharu.
Beliau memilih lambang Wau Bulan sebagai logo pada undi dan bahan kempen, berkata keputusannya bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik yang turut bertanding sama.
Calon Bebas bagi Parlimen Rantau Panjang, Isma Airfath Hassanuddin, berkata beliau tidak akan menggantung sepanduk dan poster untuk mendapatkan sokongan pengundi.
Malah, beliau yang juga bekas ahli Umno Cawangan Padang Nyior berusia 38 tahun itu, berkata tujuannya menyertai pilihan raya umum ini adalah sebagai tanda protes terhadap pucuk pimpinan semata-mata.
Selain Isma Airfath, Mohammad Zulkifle Abd Rashid yang mahu dikenali sebagai Che Bob, bertanding di kerusi DUN Gual Periok yang terletak dalam Parlimen Rantau Panjang menggunakan lambang Ayam.
Ku Li yakin kerajaan Pas tumbang
GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyuarakan keyakinan BN dapat merampas Kelantan pada pilihan raya umum, 8 Mac ini.
Beliau berkata, perkembangan positif itu berikutan banyak perubahan membabitkan sokongan kuat rakyat terhadap BN yang ingin melihat perubahan besar berlaku di negeri ini.
“Rakyat Kelantan kini menerima langkah BN menamakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai bakal Menteri Besar jika BN menang kelak.
"Saya melihat BN boleh menguasai semula Kelantan kerana sokongan kuat pelbagai lapisan rakyat negeri ini yang dahagakan kemajuan dan perubahan," katanya ketika berucap kepada penyokongnya di Bukit Chekati, semalam.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, kandungan manifesto Kelantan Baru dan Kelantan Maju menarik minat rakyat yang ketika ini ketinggalan daripada menikmati kemajuan.
Beliau berkata, rakyat mulai sedar selama 18 tahun di bawah Pas, tidak banyak kemajuan mereka nikmati, malah dibebani pelbagai kejadian tidak diingini termasuk rampasan tanah," katanya.
Berhubung saingannya di Parlimen Gua Musang, beliau yakin mampu menang engan selesa termasuk tiga DUN di bawahnya yang dikuasai BN iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh, berikutan sokongan rakyat.
Beliau berkata, BN akan memastikan kemenangan besar untuk mengekalkan sejarah kemenangan di Parlimen Gua Musang dengan mendapat majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.
Rekod BN di Kelantan diakui rakyat
BACHOK: Barisan Nasional (BN) yakin rakyat Kelantan akan memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya 8 Mac ini berdasarkan rekod dan prestasi wakil rakyatnya sejak 2004.
Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata rekod perkhidmatan wakil rakyat BN selama ini kepada rakyat tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Kita sudah banyak mencapai kemajuan dalam masa empat tahun ini dan kita akan terus memberi penekanan terhadap perkhidmatan untuk rakyat supaya mereka lebih mendekati kita.
"Malah kita akan memberi tumpuan kepada masalah yang belum diselesaikan serta pelbagai usaha lagi bagi membawa perubahan kepada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon bagi Parlimen Bachok di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, dekat sini semalam.
Dr Awang Adek yang mempertahankan Parlimen Bachok akan berdepan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Pada masa sama, beliau turun mencabar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, Datuk Omar Mohamed.
Bagi DUN Tawang, penyandangnya, Hassan Mohamood daripada Pas akan berdepan cabaran calon BN, Datuk Ibrahim Mat Din, manakala penyandang kerusi DUN Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain berdepan calon Pas, Abdul Azziz Kadir.
Dr Awang Adek berkata, beliau tidak menghadapi masalah untuk berdepan calon Pas kerana yakin rakyat dapat menilai sendiri perubahan yang dibawa BN sebelum ini.
"Kita mempunyai rekod yang baik di Bachok dan rakyat yang memilih saya sebelum ini sebagai wakil rakyat dapat merasai sendiri perubahan yang berlaku di kawasan ini.
"Malah, rakyat kawasan ini juga kurang senang dan tidak yakin dengan kemampuan orang luar bagi menjadi pemimpin mereka kerana rakyat tahu dia tidak mampu untuk membawa perubahan," katanya.
Ketika mengulas mengenai DUN Perupok yang disandang Pas pada pilihan raya umum lalu, beliau yakin akan mendapat sokongan padu daripada rakyat kawasan itu bagi memenangi kerusi terbabit.
Katanya, pada pilihan raya umum lalu, rakyat kawasan itu sudah menunjukkan sokongan padu apabila memberi kemenangan kepada beliau bagi Parlimen Bachok.
Beliau berkata, rakyat kawasan itu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat anak kelahiran Bachok akan menduduki kerusi Menteri Besar pada pilihan raya umum kali ini dan beliau yakin akan menang dengan majoriti besar.
Beliau yakin keseluruhan calon BN yang dipertaruhkan pada pilihan raya kali ini mantap dan bakal mencapai kemenangan serta membentuk kerajaan baru di Kelantan.
Sementara itu, Nasharuddin yakin rekod Pas sejak empat tahun lalu mampu membantunya menarik sokongan rakyat untuk mempertahankan parti itu ketika mencabar Dr Awang Adek.
"Saya bertanding bagi kerusi Parlimen dan berdepan Timbalan Menteri, bukan bertanding dengan bakal Menteri Besar Kelantan yang belum tentu menang atau tidak.
"Kawasan Bachok sebenarnya sudah beberapa kali menerima calon import yang dihantar Pas Pusat dan membuktikan mereka juga mampu memperoleh kemenangan di sini," katanya.
DARI FADZLI
Abg Meli,saya tidak pernah mengatakan saya lebih baik dan saya tidak pernah mengatakan pemimpin PAS semuanya suci belaka. Jelas dalam tulisan saya mengatakan Hujjah lawan Hujjah. Saya rasa hujjah2 yang saya kemukakan bukan peluru kosong. Saya sertakan dengan contoh2. Saya akan bersetuju atas perkara yang betul dan saya akan menyanggah jika saya rasa tak betul. Di sini pun ada benda yang saya setuju dengan Abg meli saya kata saya setuju.
Berkenaan pemimpin PAS yg abg Meli dakwa saya kata semua suci.. Saya membantah. saya pernah berkata kalau satu dua orang PAS yang tak betul takkan kita nak buang semua. Maknanya saya setuju ada yang tak betul. Tapi kalau nak dibandingkan yang tak betul dalam UMNO lagilah teruk. Jadi saya kata adakah logik nak ganti PAS dengan UMNO. Ibarat mengantikan spare part yang rosak kepada yang lebih rosak.
Abg Meli tak perlu nak merendah diri. 4 thanawi tu bukan calang2 ilmu. Saya sendiri bukan lulusan agama. Saya juga macam Abg Meli, bukan ahli politik. saya bukan ahli PAS apalagi bermimpi nak jadi pemimpin. Saya memang kenal ramai ahli politik macam Husam Musa, Abdullah badawi dan Nik Aziz tapi tidak seorang pun dari mereka kenal saya. Saya juga macam abang Meli, saya akan terus berpolitik tanpa Parti. Kerana saya rasa saya boleh membantu dengan lebih berkesan tanpa dikenali. Cuma saya tak sehebat abg Meli. Saya tak ada surat khabar, saya tak pandai menulis.
Insya Allah saya akan terus menyilau redah dan redas blog Abg Meli dan saya akan terus mengatakan setuju atas perkara yang betul dan akan berhujjah atas perkara yang saya rasa tidak betul. Saya rasa ini tanggung jawab saya.
Saya tidak penah menganggap Abg Meli gila seperti yang pernah orang kata pada Abg Meli. Sya juga tak pernah kata Abg Meli kena beli oleh UMNO. Mana mungkin saya berkata begitu sebab saya sendiri tak kenal Abg Meli.
Jadi saya harap Abg Meli menyanggah sekiranya hujjah yang saya kemukakan tidak benar.
Terima Kasih kerana memberi saya ruang untuk berhujjah di sini.
FADZLI
Dengar cerita beberapa hari lepas, PAS Ketereh adakan sembahyang hajat di padang Majlis Daerah Ketereh. Hanya sekitar 200 org je yg hadir!!! Saya tdk pasti maklumat ni betul atau tidak. Tp yg maklumkan kpd saya maklumat ini ialah mereka yg tdk menyokong mana-mana pihak. Kalau maklumat ini betul, apakah tandanya....
PAS menang di Kijang. Alhamdulillah....Tp bagaimana sekiranya kes dibawa ke mahkamah dan pilihanraya kecil diadakan? Seluruh jentera BN akan turun ke Kijang sepertimana di Pengkalan Pasir tempoh hari. Sekiranya jumlah bilangan kerusi yg dimenangi oleh PAS dan UMNO hampir sama, maka Kijang akan menjadi rebutan. Kita tunggu dan lihat 8 Mac nanti.
3. ADA DOKTOR PAKAR TAK DI SINI? KALAU ADA, APA PUNCA PENYAKIT AUTISTIC, APAKAH IA DARI GENETIK? KALAU GENETIC, BERMAKNA BAKA AWANG ADEK ADA MASALAH.
-penyakit gapa pulak awang adek ni..ambo dok bachok tadak dengar awang adek ada penyakit..cuma baru-baru ni mak dia ada sakit...sakit tua dok di sepital..
Ambo tau orghe BN mulo glaboh bilo PAS mene kat Kijae tuh. Pah tu kawe denga kat Chempaka pong kalu tok kerana SPR, Tok Guru pun mene percumo jugok. Doh la calon2 hok Nuar Muso Umum awal-awal dulu hok BN kato hebat2 sapa taraf Professor tarik diri sebab dio sendiri tak yakin buleh mene. Meme drop water face UMNO maso tuh.
Sapo2 hok mimpi atau firasat selamo ko nih baik pikir balik lah, orghe kato mimpi sekalonya terbalik.
So lagi kalu UMNO raso nok buat petition pikir baliklah. Kalu nok kiro kalu tok kerano jaso baik SPR banyok kerusi PAS mene percumo.
Demo tok baco surat khaba ko? Dua tiga hari sebelum penamaae calon SPR buat undang2 baru suruh mati stem denge niat nok nyusoh kan pembangkang... last2 bilo hari penamaae calon tengok2 semua calon PAS mati stem Calon UMNO pulok hok tok Mati Stem tibo2 kata peraturan tu batal.
Demo kato SPR suci tapi kawe kato suci dale debu. Kalu rekod dunio kato manusio tertuo didunio umur 114 tahun kat Malaysia SPR kato sekure2 nya ado 10 orae umur 120 tahun kat selangor.
Lepas mene kek gi, jange lupo blanjo SPR make seafood.
spr, suruhanjaya penipu rakyat
Kalu tak yakin menang..atau tak berani menghadapi kekalahan tanding wat gapa..dok isi bore nak jadi tok calon sangat..pah tu tarik diri..wat nyusah ka parti kerjaan lagu ni..Respek ka 'nenek'tok calon ghanu..berani hadapi kenyataan...
WAK HAMAD
KETEREH JADI JAJAHAN BARU
Wak baru lepas dengar Hj Mat Alwi calon DUN Kok Lanas berceramah
di rumah Tok Ggawa Ripin Ketereh.Kalu dengar hak Hj Mat royak bare
tentu lah Kota Darul Naim akan bertukar tuan mulai 8 hb 3 ni. Antara
point yang ambo ingat :-
1. Hotel Perdana kena jual dah weh.. tapi kerajaan negeri tak istihar lagi tunggu lepas pilihanraya...Dengar khobar jual ke PNM- Hamad Kamapiah.
2. Jangan wat musuh ,jangan kata hudoh ka ore Pas. Masa
menama calon orang Pas dok laung Mapuh UMNO dia jawab terima
kasih, terima kasih.
3. Masjid negeri akan di bina di stadium sultan mohamed ke
empat sekarang.
4. Stadium dan kompleks sukan akan dibina di kok lanas.
5. Airport baru akan di bina di labak. Sekarang pun memang
dah ada airport di labok tapi ramai hak tak tahu.
6. Segala jenis tunggakan cukai , hasil, kepala bakul,parking
akan dihapuskira dan kadar baru yang lebih rendah akan diberi selepas
kemenangan BN di Kelantan.
7. Kolej komuniti bagi menyediakan pusat latihan dan
pembelajaran seumur hidup akan diwujudkan.
8. Jajahan baru ketereh akan diwujudkan. Ketereh akan ada
pejabat tanah sendiri,IPD sendiri.
9. Besi -besi parking di sekitar pasar ketereh bulehlah dikerat
ambil untuk dijual mulai 9 Mac kerana bayaran parking akan dihapuskan.
10. Gaji imam akan dinaikkan supaya mampu pakai kereta dan
kakitangan tetap masjid yang menguruskan masjid diwujudkan. Ini bagi
memastikan masjid tidak berlumut seperti dok ada lani.
Banyak lagi hal hak hj Mat royak tapi wak trak salin dok ralin suka sbb hj mat ni byk wat lawak walau nampok muka serius pun.
Beliau juga memuji tok ggawa ripin sewaktu jadi ADUN Ketereh yang
bekerja kuat melobi supaya kem tentera di bina di Bukit Cina,Kok Lanas,
faedahnya untuk rakyat ketereh cari makan. Begitu juga usaha Tok
gawa ripin juga bekerja keras mewujudkan majlis daerah kota bharu
yang bertempat di ketereh walaupun Foo Chow Yow asalnya mahu bina
di Melor.
Apapun nati kelih lah 8hb ni , tapi ramalan wak setakat ni memng Pas
paling hebat pun buleh 7 kerusi DUN dan 2 parlimen.
WAK HAMAD
MKJ RESPON: Saya pula diberitahu borang pencalonan Tok Guru pun ada masalah bila nama Tok Guru yang diisi dalam borang tak serupa dengan nama dalam kad pengenalan. Mujur jugalah Dr Nik Zain tak mmati stem borangnya...kalau tidak, dia yang akan menang percuma.
Kalaulah keadaan itu berlaku...kalau pencalonan Tok Guru dibatalkan...parak SPR kena kutuk. Maknanya orang Pas kena mujur kerana kesilapan teknikal Dr Nik Zain telah menyelamatkan Tok Guru. Mungkin kerana Tok Guru tulus...maka berlaku hal-hal yang menjadikannya selamat.
Borang Tok Guru Tidak Silap, SPR Subahat
Selamatkan BN
BERHUBUNG catatan di bawah tajuk "Penamaan Calon" yang dipostingkan semalam ada sedikit penjelasan. Bahawa apa yang dilaporkan nama Tok Guru Nik Abdul Aziz juga tersalah tulis dalam borang pencalonan adalah tidak benar. Pencadang kepada Tok Guru merangkap peguam penal, Nik Bahrum Nik Abdullah menjelaskan laporan itu tidak tepat.
Dalam posting komenter yang dihantarnya kepada blog beliau menjelaskan tidak ada apa-apa kesilapan terhadap borang pencalonan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Sebelum ini difahamkan bahawa bantahan ke atas kesilapan borang lawan Tok Guru Nik Aziz, Dr Nik Zain Nik Omar tidak diterima dan kononya ada kompromi kerana borang Tok Guru juga berlaku kesilapan kecil.
Persoalannya kalau tidak ada kompromi seperti mana yang dikatakan itu mengapa Dr Niik Zain boleh atau dibenarkan juga bertanding sedangkan kesalahannya jelas iaitu dikatakan tidak menanda tangani borang penamaan calon. Apakah yang berlaku sebenarnya kompromi antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Dr Nik Zain?
Jika berlaku kompromi demikian maka jelas lagi bersuluh SPR bersubahat menyelamatkan kerusi Chempa daripada dimenangi Pas secara percuma. [kb. 10:30 am 25/02/08]
Kalu Berita Meli dengar betul, maka benarlah Tok Guru selamat kerana kesilapan Calon BN. Tapi kalu berita MSO benar, maka tak ragu2 lagi bahawa SPR memang menjadi BARUA UMNO. Lihat sahaja isu mati Setem.. Niat SPR nak menyusahkan Pembangkang tapi bila berlaku sebaliknya orang UMNO tak mati Setem maka BPR batalkan syarat mati Setem.. kalau tidak UMNO MATI. Dengar kabar kesemua calon BN Marang tak mati setem, begitu juga calon BN Titiwangsa. tapi SPR tolak calon PKR DUN SEMENTA selangor yang tak mati setem. Fikri2kan jangan termasuk dalam jumudisme dan jahilisme.
Post a Comment