Wednesday, February 13, 2008

Terimakasih




TERHARU

Saya amat terharu kerana walaupun http://www.melikapakjangak.blogspot.com/ baru dilahirkan bagi mengambil tempat ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com yang dibunuh kejam, namun sambutan yang diterima mengharukan saya.

Ketika saya sendiri tercari-cari dan terkedat-kedat mencari semula blog saya yang baru dibina kerana kurang cerat alamat penuhnya, bila jumpa dan dibuka, dah ada komen yang diterima. Macam mana pun saya tidak dapat memberi respon pada waktu ini.

Komputer saya terpaksa diformat semula kerana bukan sahaja blog saya ramliabduhalimmelayu.blogspot.com digodam oleh penyangak siber tetapi komputer saya dimasukan virus trojan, remeo dan beberapa jenis virus lagi.

Menggunakan laptop agak kekok bagi saya kerana saya jarang menggunakannya, menaip pun terpetat-petat macam orang rabun kehilangan tongkat. Saya akan mula memberi respon pada malam esok kerana ikut tukang format, komputer saya akan dapat berfungsi seperti biasa esok.

Hanya nama sahaja berbeza tetapi imej, identiti, nada dan sikap http://www.melikapakjangak.blogspot.com/ dan saudaranya ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com yang mati dibunuh tetap serupa. http://www.melikapakjangak.blogspot.com/ adalah fotostat kepada ramliabdulhalim melyau.blogspot.com.

Oleh kerana nak browse gambar pun saya tak reti lagi, maka untuk melihat, menatap dan mncari kecacatan Fajar Islam untuk nantinya diberitahu kepada kami ntuk dibaiki, para penyilau kelih blog saya dinasihatnya membuka blog http://www.msomelayu.blogspot.cm/ dan http://www.sanggahtoksago.blogspot.com/.

Sekian, slamat malam dan jumpa lagi!

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Cubaan

Anonymous said...

Abg Lie, dengar cerita petang ni Datuk H.... akan tanding di DUN Salor. Sumber ini saya rasa sah. Kesian ko Abg Bunyamin kita. Gi manalah dia.

Anonymous said...

Demo tak tahu ke dia pergi mana?
Puak tu kata, pergi mampuslah!!!!! janji cita-cita tercapai, matlamat akan menghalalkan segala cara, itulah cara perjuangan pemimpin muda Pas kini, bukan macam Tok Guru.
Kalau pemimpin gini naik jadi MB, alamat lagi mampuslah!!!!!!!

Anonymous said...

Biso jugok Datuk Husam ni. Demo2 tak ingat kor dale sidang dewan bulan 11 baru ni dio umum ngundi akan dibuat pado 17 Mac 2008. 8 Mac denga 17 Mac tu dekat benar doh, bezo 9 hari jah. Inilah contoh pemimpin bervisi, pemimpin berpandangan jauh, dapat meramal apa berlaku masa depan. Dari ramalan inilah baru perancangan dapat dibuat. Ramalan tepat, perancangan pun tepat. Sokonglah Datuk Husam untuk masa depan Islam dan Kelantan yang gemilang.

Anonymous said...

Saya tidak minat – Nik Abduh
KOTA BHARU 13 Feb. – Nik Mohd. Abduh, anak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadi calon mewakili Pas di mana-mana kawasan di negeri ini dalam pilihan raya umum ke-12.

Nik Mohd. Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri menjelaskan pada setiap masa beliau berusaha untuk tidak menjadi calon atau melobi ke arah itu.

Bagaimanapun, Nik Mohd. Abduh, 38, menyerahkan sepenuhnya urusan pemilihan calon itu kepada Badan Perhubungan Pas negeri yang diterajui oleh ayahnya.

‘‘Saya tak mahu ulas lanjut mengenai perkara ini tambahan pula pilihan raya umum dah makin dekat.

‘‘Saya secara peribadi telah maklumkan kepada sahabat-sahabat bahawa saya tidak berminat dan tidak akan berusaha untuk menjadi calon,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamad Zaki Ibrahim bahawa namanya antara senarai calon Pemuda yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan untuk dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak akan memilih anaknya sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, ini bukan masa bagi anaknya untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang besar itu.

“Saya pun tak tahu, tengok surat khabar hari ini je. Dia masih muda lagi, berilah pada orang lain... jawatan wakil rakyat bukan satu perusahaan, ia bagi mentadbir negeri dan ini tanggungjawab di akhirat nanti,” katanya.

Anonymous said...

Ramli Abdul Halim,

BN yakin akan menawan Kelantan pada pilihan raya terdekat.

Mereka yakin menawan sekurang - kurangnya 26 kerusi, atau 31 kerusi.

PAS yakin akan mengekalkan kerajaannya.

Mereka yakin memperolehi 2/3 majoriti di DUN.

BN yakin dengan:

1) kemampuan mereka menggunakan kekuatan pengundi luar. Lebih 30000 akan dibawa mengundi di Kelantan.

2) isu Husam Musa dan cengkamannya ke atas Dato Nik Aziz.

PAS yakin dengan:

1) kemampuan mereka memperkenalkan sebuah kerajaan kebajikan.

2) Kelemahan BN memerintah negara. Barang naik, isu sosial dan sebaainya.

BN tak kisah halal haram. tergadai tak tergadai. Yang penting mereka menang. Lihat Terengganu. Mereka tipu tapi bala tak datang pun. Itu akidah BN.

Ketahuilah, mereka terlalu yakin.

Bukan Anuar Musa. Tapi Awang Adek atau Ramzi akan jadi MB. Usaha bawa Ku Li gagal.

Anuar Musa dipaksa senyap jangan lawan. Lokap! PPRT.

PAS juga yakin. Tapi mereka tak boleh kotor sebab mereka jamaah Islam.

Mereka diajar Islam kalah kerana dosa sendiri, bukan dosa musuh. Musuh dah lama berdosa. Mereka menang dalam dosa. PAS menang kerana pahala. Kalau mereka jadi macam UMNO, mereka takkan diberi kemenangan.

Itu akidah PAS ajar. WaLlahu a'lam.

Jika PAS yakin menang, atau mahu menang, ingat 2 perkara:

1) Lawan taktik jahat BN sebijaknya.

2) Kenali Husam Musa. Ini senjata BN.

Husam di sisi BN:

1) menguasai Dato Nik Aziz.

2) membina Autokrasi dalam PAS.

3) Mengguna wang demi pengaruh.

Husam di sisi penyokongnya dalam PAS:

1) Pembantu terbaik Dato Nik Aziz.

2) Pengganti terbaik Dato Ni Aziz.

3) Pembawa kestabilan ekonomi Kelantan.

4) Musuh ketat BN.

Husam di sisi lawannya dalam PAS:

1) Pelopor politik wang dalam PAS.

2) Oportunis.

3) Pendendam.

4) Penipu Dato Nik Aziz dan pembodek teragung dalam sejarah Dato Nik Aziz.

5) Sombong.

6) Peribadi tunggang langgang.

MAKA, ada kesamaan antara hujah BN guna isu Husam dengan anggapan lawan Husam dalam parti PAS.

BN memiliki banyak maklumat pasal Husam. SB BN menjelajah segala urat nadi Husam.

Husam adalah peribadi terbaik menumbangkan PAS.

Senarai yang BN tahu, yang lawannya dalam PAS tahu, yang penyokongnya tak tahu:

1) Husam berbini dua. Yang kedua disembunyi.

2) Husam 'pau' duit tauke cina banyak sekali.

3) Kajian rambang menunjukkan Husam berbelanja hampir mencecah juta RM di Kijang sahaja, demi survival di DUN kesayangannya.

Di mana dia dapat duit? Ini rekod wakil rakyat PAS! Baki 44 dun berkuyu mata tengok kemewahan Husam. Yang pasti, Nik Amar tahu sangat sebab dia YDP.

Coooool di luarrrr. Hooooot di dalammm!

4) Husam pandai tipu dan bodek Dato Nik Aziz. Buktinya, Husam sering dipuji di khalayak. Terbaik dan terbijak. Pujian melampau yang jarang didengar daripada Dato Nik Aziz.

Pembodek sering mampu membutakan yang dibodek. Husam ada senjata bodek yang bagus. Husam bacakan kemampuannya cari duit untuk Kelantan. Orang lain tak pandai.

Dato Nik Aziz mana pandai cari duit. Maka dia seronok tengok duit masuk banyak ke Kelantan.

Senarai yang UMNO tak tahu, penyokongnya tak tahu, yang lawannya dalam PAS tahu:

1) Husam bini dua.sembunyi. Cina. Tak tutup aurat. tak pakai tudung.

Ini pemimpin Islam?

2) Anak Husam rekod sosial buruk. Ada gambar h/p duduk berdakap dengan pelacur kopek tersembol!
Jika dapat pada BN, 2 isu ini pasti jadi macam isu tengkolok Ku Li dulu.

Pemimpin anak muda Islam yang baik?

3) Mengkayakan kroninya dengan dahsyat! Lulus balak macam hak 'mak bapak' dia. Lihat Wan Fauzi Pasir Puteh! Nak tutup diri, tuduh Takiyuddin jaga kroninya, Razak Abas.

4) Tokoh perajuk. Husam ada rekod merajuk tak dapat jadi TMB. Rekod nak letak jawatan exco.

Semua ini senjata terbaik untuk jaga diri. Lawannya takut lawan terbuka sebab takut Husam merajuk. Hancur negeri. Macam kes Buniamin YB Salor.

Semua ini Dato Nik Aziz tak tahu sebab:

1) Husam bodek.

2) Lawan Husam tak bagitahu Dato Nik Aziz.

Ranking musuh Husam sebagai mana keluar dari mulut Husam:

1) Nik Abduh, anak Dato Nik Aziz.

2) Nik Amar, YDP Bahagian Pengkalan Chepa.

3) Takiyudin, Setiusaha PAS Kelantan.

4) Mohamad Daud Iraqi dan ulama - ulama PAS.

3) Ahmad Yaacob, TMB Kelantan.

Ada lawan dia kata, sebenarnya bukan Nik Abduh, tapi NikAmarlah
paling ditakutinya.

TMB di ranking ke 4 sebab Husam yakin dia lemah dan tak melawan.

BN yakin isu Husam akan meruntuhkan PAS Kelantan.

Jika begitu, Husamlah peruntuh PAS Kelantan.

Itulah senjata Kedua BN.

Senjata pertama adalah undi luar. Jika BN buat dengan sungguh - sungguh, PAS tahu mereka akan kalah.

Tapi PAS yakin mereka ada ALLAH. Allah bersama pejuang Islam.

Nasihat aku pada PAS:

1) Kenali Husam dengan baik. Husam jahat sebenarnya.

Jika ini betul, ALLAH mungkin tak tolong. MUNGKIN.

2) Jangan kelirukan Dato Nik Aziz. Mengapa tiada yang berani bagi tahu yang sebenar pasal Husam?

Semua orang sayang PAS Kelantan. Dato Nik Aziz sayang. Husam Sayang. Nik Amar sayang. Hanya BN benci PAS.

3) Tingkatkan kekuatan jentera. Undi luar dan 'dajjal' duit puluhan juat akan tiba mengail undi atas pagar.

Nasihat aku pd BNjika bermanfaat ):

Takutlah neraka...

Berita terakhir dari pejabat PM, cubaan membeli Buniamin sebanyak 10 juta 2 minggu lepas gagal. Buniamin tolak. Tahniah Buniamin. Merajuk pun, masih saynag ugama. Dato Nik Aziz tahu ini.

Ramli Abdul Halim,

Ini untuk tatapan PAS dan UMNO sahaja. Moga tiada MCA dan MIC masuk blog ini. Aku tak suka mereka!

Anonymous said...

Husam,
Bakpo mu saman NST je? Bakpo mu tak saman Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Sinar Harian juga. Semua suratkhabar ni pun siar juga berita hak NST siar tu.

Ni, contoh ni, mu tengok berita Utusan Malaysia ni, tak sama dengan berita NST?

Dua wakil BN buat laporan BPR.
KOTA BHARU 27 Nov _ Dua wakil Barisan Nasional hari ini membuat laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan penyelewengan kerajaan negeri dan beberapa pemimpin setelah tidak berpeluang membangkitkan perkara berkenaan dalam Dewan Undangan Negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik yang merasakan mereka dinafikan hak bersuara memilih langkah itu bagi terus mengetengahnya rungutan rakyat dan meminta kerajaan Pas menjelaskan kepada BPR.
Ini berikutan kedua-dua wakil pembangkang itu digantung keanggotaan melalui satu usul yang diluluskan DUN semalam atas tuduhan menghina Dewan dan digantung selama enam bulan.
Pergantungan mereka yang mendakwa Spekaer tidak berlaku adil dan mengabaikan peraturan DUN akan berterusan sepanjang tempoh itu jika mereka enggan memohan maaf.
Ketika membuat laporan kira-kira pukul 12.45 tengah hari, mereka turut menyerahkan pelbagai dokumen penting yang berkaitan termasuk dokumen bank, voucer dan lain-lain.
Turut sama mengiringi Nozula dan Mohd. Adhan membuat laporan di Pejabat BPR Negeri, Wisma Persekutuan ialah kesemua ADUN Barisan Nasional (BN).
Sementara itu dalam laporan tersebut, terdapat sembilan perkara utama dinyatakan iaitu salah guna kuasa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa; laporan penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan endirian Berhad (AKSB) dan isu kegagalan pengurusan AKSB kerana kroni yang dilindungi Husam.
Isu lain ialah berhubung pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang; pembelian kambing jamnapari yang melibatkan dana Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK); penyelewengan kawasan balak yang kononnya untuk dibuka ladang getah sedangkan ia bertujuan mendapatkan hasil balak.
Tiga isu lagi ialah penyelewengan pembelian lot tanah Mukim Gual Periok; laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Pengarah Urusan KPK dan isu kesembilan iailah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang melibatkan percubaan menjual rezab Melayu.
Dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan kemudiannya mereka menegaskan bahawa tindakan membuat laporan kepada BPR hari ini adalah kerana tiada pilihan lain bagi menyuarakan masalah rakyat.
Kata mereka, ini apabila hak untuk bersuara sebagai ADUN dinafikan sedangkan banyak lagi isu yang hendak dibangkitkan dalam Sidang DUN ini sesuai dengan tugas sebagai wakil rakyat bertanggungjawab.
``Justeru kami serahkan kepada BPR segala maklumat dan dokumen berhubung penyelewengan terancang Pas untuk disiasat sendiri BPR setelah kami tidak lagi berpeluang mendapat jawapan daripada kerajaan Pas dan biarlah Pas memberi jawapan kepada BPR,'' katanya.- Utusan

Respon Saya - Soalan macam ni saya tak boleh nak respon. Kena Dato' Haji Husam jawab sendiri. Bagaimanapun pada saya...ini bukan masa yang sesuai untuk saman media. Nak saman tokoh-tokoh atau individu tertentu tak jadi masalah...tetapi saman media rasanya tak berapa bijak kerana pilihanraya dah dekat.

Bagaimanapun tentu Dato' Haji Husam ada pertimbangan dan alasan sendiri kenapa tindakan menyaman media yang dilihat akan merugikan parti kerana beliau dilihat sebagai naib presiden. Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Anonymous said...

Husam, awat hang tak saman Meli sama? Meli dakwa berlaku penyelewengan wang derma parti RM7 juta? Saman juga Sayuti yang dakwa hang susut bini muda di KL. Hidup Husam!

Respon Saya - Kalau saya disaman sama...saya kena hadapilah. Menang kalah macam saya dah kata sehalanya telag ditetapkan oleh takdir dan suratan. Tapi kalau saman saya pun apa sangatlah yang saya ada. Saudara Sayuti pun kalau disaman kena hadapilah. Bila dah tangan berani mencincang...bahu kenalah berani memikul.

Perkembangan terbaru yang berlaku tidak akan mengecut-perutkan saya untuk terus mengendalikan blog ini dengan bebas, telus dan tulus.

Anonymous said...

Biso jugok Datuk Husam ni. Demo2 tak ingat kor dale sidang dewan bulan 11 baru ni dio umum ngundi akan dibuat pado 17 Mac 2008. 8 Mac denga 17 Mac tu dekat benar doh, bezo 9 hari jah. Inilah contoh pemimpin bervisi, pemimpin berpandangan jauh, dapat meramal apa berlaku masa depan. Dari ramalan inilah baru perancangan dapat dibuat. Ramalan tepat, perancangan pun tepat. Sokonglah Datuk Husam untuk masa depan Islam dan Kelantan yang gemilang.

KALU DAH HUSAM BISO BUAT RAMALAN GAK..KITA PAKAT TENGOK JOLOR KO RAMALAN HUSAM PAS BOLEH MENE SERUPA KERUSI HAK DIA RAMAL.

BA..BETULAN GITU..BERASA BISO SELALU..TAKBORRR TU..

Anonymous said...

Biso jugok Datuk Husam ni. Demo2 tak ingat kor dale sidang dewan bulan 11 baru ni dio umum ngundi akan dibuat pado 17 Mac 2008. 8 Mac denga 17 Mac tu dekat benar doh, bezo 9 hari jah. Inilah contoh pemimpin bervisi, pemimpin berpandangan jauh, dapat meramal apa berlaku masa depan. Dari ramalan inilah baru perancangan dapat dibuat. Ramalan tepat, perancangan pun tepat. Sokonglah Datuk Husam untuk masa depan Islam dan Kelantan yang gemilang.

jauh benar ngan firasat meli.... kata bulan 5, dgn bangga nya meli kata firasat dia selalu betul. fikir fikirkan lah.

Anonymous said...

Nak tau siapa calon PAS di Kelantan?

Datuk Husam tanding di DUN Salor. Buni Amin dinyah seperti diramal.

Tempat Datuk Husam di DUN Kijang diambil oleh Senator Wan Ubaidah, isteri arwah Wan Azim adik Cikgu Wan Rahim.

Ustaz Mat Mustapha bekas Ketua PKR Kelantan tanding di DUN Demit. Ustaz Mat Iraq direhat.

Dr Rosli Allani tanding di DUN Bunut Payong. Datuk Takiyuddin dipindah ke Parlimen Kota Bharu.

Nasaruddin Mat Isa tanding di Parlimen Bachok.

Dr Hatta Ramli tanding di Parlimen Pasir Puteh.

Cikgu Wan Rahim YDP Kota Bharu tanding di Parlimen Rantau Panjang.

Datuk Halim tanding di Parlimen Pengkalan Chepa.

Salahuddin Ayub tanding di Parlimen Kubang Kerian.

Datuk Kamaruddin Jaafar tanding di Parlimen Tumpat.

Datuk Ibrahim Ali tanding di Parlimen Pasir Mas.

Dr Zulkifli Mohamad YDP Gua Musang tanding di Parlimen Kuala Krai.

Bekas Senator Siti Zailah tanding di Parlimen Jeli.

Dah 10 Parlimen, Gua Musang, Tanah Merah, Ketereh, Machang tak relevan. Tak payah tau siapa calon dia.

DUN mana lagi nak tau?

Cukup lah tu dulu. Kalau umum semua kan tak ada benda lagi Tok Guru Nik Aziz nak umum nanti. Kena kesian juga kat dia, he he he.