Monday, March 24, 2008

FAJAR ISLAM TERBARU DI PASARAN



LEBIH MENARIK DAN LEBIH SEDAP DIBACA

BERSLOGANKAN 'menarik beritahu rakan-rakan kurang menarik beritahu kami, Fajar Islam yang diusahakan dengan pelbagai kekurangan (kekurangan modal, kekurangan tenaga mahir dan kurangan segalanya) berjaya dimunculkan di pasaran.

Mereka di Kelantan dan di Pahang akan dapat menerima bekalan awal pagi ini manakala bekalan untuk utara, selatan dan tengah akan mula dapat bekalan mereka tidak lama lagi apabila urusan melantik wakil-wakil negeri di kawasan-kawasan berkenaan selesai.

Kami juga dalam proses mengiklankan pengisian jawatan kosong bagi membantu kami melancarkan kerja-kerja pengumpulan bahan, pemasaran dan pengiklanan.

Sehuhubungan dengan itu permohonan dialu-alukan dari kalangan siswazah menganggur atau mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan untuk pengisian jawatan-jawatan berikut;

1. Penolong Pengarang (3 kekosongan) - kena mahir guna komputer
2. Penyunting/Penterjemah - mahir komputer
3. Pereka grafik (3 orang) - mahir PageMaker, Indesign, Photoshop
4. Eksekutif Pengiklanan (5 orang) - kena mahir komputer
5. Pemberita/wartawan/sidang editorial (10 orang) - kena mahir komputer

Calon-calon yang berminat mestilah yang berminat dalam bidang penerbitan akhbar dan majalah dan mampu bekerja tanpa mengira masa dan di bawah seliaan yang terhad serta mampu siapkan kerja menepati date-line.

Kepada yang berminat bolehlah mengemukan permohonan (resume) dengan menyatakan jumlah gaji yang diharapkan dan gambar ukuran paspot (tidak dikemablikan), hantar melalui email: meli_industry@yahoo.co.uk atau melalui editorfajar@gmail.com atau hantar ke alamat;

Penguru Besar
Meli Industry
Lot 147B, Jalan Sultanah Zainab,
Kampung Sireh,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

1 comment:

Anonymous said...

Fajar Islam keluaran terbaru semakin molek. Isi takleh nak takwil tapi susunletaknya kurang profesional. Macam mana pun saya kagum dengan kegigihan Abe Li. Pembaca yang mahukan ilmu dan maklumat tak patut ketinggalan dapatkan Fajar Islam.