Wednesday, March 5, 2008

MKJ RESPON (15)

MASIH ada kesempatan kita berjumpa. Bagaimanapun saya tidaklah lagi terdedah dengan keterpaksaan meresponi terlalu banyak komen, brangkali kerana pengomen-pengomen yang rajin dan ketagih memberi komen sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyempurnakan tanggungjawab pemberian mandat untuk nanti akan rasa syukur atau menyesal bagi tempoh 5 tahun.

Selepas selesai mengundi...seperti pada masa-masa yang lampaulah...tidak akan ada lagi mereka yang akan memesrai kita dan menilai kita seberharga sepanjang tempoh berkempen. Duit tambang menambag yang dijanji kepada mereka yang tinggal di kawasan luar tempat mengundi kalau belum dilunasi lagi...belum tentu akan dilunasi.

Barangkali kalau wakil-wakil rakyat yang menang tidak muncul dalam tempoh sebulan dua...kalau namnpak payah nak senyum dan mesra macam semasa tempoh berkempen, bolehlah dimaafkan kerana mereka belum hilang letih. Kalau masuk bulan keenam...masuk setahun atau dua hingga empat tahun, realiti tidak seindah mimpi, maknanya kita telah tersilap membuat pilihan.

Jika keadaan itu berlaku...kita tak boleh salahkan sesiapa, sebaliknya kena salah diri kita sendiri kerana silap dalam membuat perhitungan. Kerana itu kepada sayalah, keperibadian calon kena lebih diutamakan dalam pemberian mandat berbanding dengan parti kerana parti adalah benda mati dan kaku yang tidak boleh berbuat apa-apa.

Parti sama seperti to'kong, walaupun disembah menonggeng-nonggeng to'kong tak boleh beri apa-apa kepada kita miskipun to'kong diperbuat daripada emas dan ditatah dengan intan berlian supaya ianya mempunyai nilai yang sangat mahal.

Calon adalah orang yang boleh bercakap, yang boleh kita soal dan boleh menjawab apa yang kita tanya sama ada secara jujur, secara telus dan tulus atau pertanyaan kita dijawab dengan pelbagai putar-belit dan muslihat.

Kalau kita pilih calon pasti kita tidak akan menyesal kerana calon boleh kita tuntut agar sempurnakan janji tetapi kalau kita pilih parti apa parti yang kaku dan mati boleh buat dan dasar serta pendekatan sesebuah parti itu pula bergantung kepada gaya dan pendekatan kepimpinan semasa.

Umno/BN dibawah kepimpinan Almahrhum Tunku Abdul Rahman berbeza dengan era Allahyarham Tun Razak yang juga berbeza dengan era Tun Hussein Onn yang berbeza dengan era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan berbeza dengan era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang.

Demikian juga dengan Pas dibawah era kepimpinan Haji Fuad Hassan berbeza dengan era kepimpinan Burhanuddin AlHelmy yang berbeza dengan era kepimpinan Prof. Zulkifli Mohamad yang berbeza dengan era kepimpinan Haji Yusoff Rawa yang berbeza dengan era kepimpinan Asri Haji Muda yang berbeza dengan era kepimpin Datuk Dr Fadzil Mohd. Noor dan berbeza dengan kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekarang.

Kemelonjakkan sokongan dan kemeruduman kencenderungan sama ada kepada Umno/BN mahu pun Pas/BA bergantung kepada kualiti kepimpinan semasa. Ertinya kualiti parti politik tidak statik macam Islam yang tidak boleh terpinda dan diubah sehingga kiamat. Jika terpinda atau dipinda, maknanya mereka yang terlibat dalam pemindaan dan keterpindaan itu sah-jilah punah aqidah.

Justeru itu, pada pagi-pagi Sabtu ini dalam keadaan berwudhu' marilah melangkahlah ke tempat mengundi dengan iringan doa memohon petunjuk dari Allah agar kita membuat pilihan yang betul dari kacamata Islam.

Jangan lupa baca Bismillah dan akhirnya dengan Alhamdulillah sebagai ikhtiar dan selepas itu kita kena serah kepada apa yang telah disurat dan ditakdirkan-Nya. Kalah atau menang parti pilihan kita, kenalah kita redha.

Kita juga tidak boleh mengharapkan kita akan dipuja dan dinilai tinggi lagi sebagaimana sepanjang tempoh kempen walaupun kita sebagai pengundi sepatutnya menerima layanan itu sampai bila-bila kerana wakil-wakil rakyat yang menang telah menerima budi undi kita. Tapi lazimnya manusia yang harapkan budi sangat mudah lupa diri.

Seterusnya adalah komen-komen yang dihantar untuk diresponi dan saya mulakan dengan 1 daripada 22 komen yang dihantar melalui posting RKJ RESPON (13) yakni;

March 5, 2008 3:14 AM
1. Anonymous said...
Tajunm respon...

Terima kasih di atas respon Abe Li terhadap tulisan saya kelmarin. Cuma saya kurang senang dengan "Pas menang saya takleh faedah begapo...Umno menang pun kawee takleh begapo-begapo".

Respon 1 : Faedah itu boleh dilihat sekurang-kurang daripada dua aspek; individu dan masyarakat.
Kalau PAS menang, mungkinlah Abe Li takleh begapo, tetapi sebelum BN menang Abe Li dah pun buleh Al-Haq.

Daripada aspek kemasyarakatan, dengan menangnya BN saya rasa ( Abe Li pun biasa guna firasat seperti ini )kemungkaran akan lebih banyak di Klate ni. Anak-anak kita akan lebih terdedah kepada masalah sosial. Buke bermakna la ni tak dok masalah tu, cuma akan LEBIH kalau BN perentah. Tak payah bui contohlah, sebab kalu kita gi K Lumpur gak, nak-nak ceruk buleh napok.

Di bawah pemerentahan PAS kita sudahpun mendapat faedahnya. Pendek kata gak, anak pinak kita lebih selamat la. Mungkin Abe Li lebih ko hak individu, sebab tu Abe Li rasa takleh begapo
.

MKJ RESPON: Setiap komen yang dihantar akan saya responi...kecuali yang terlepas pandang. Saya kata saya takleh begapo kerana saya sendiri tidak berusaha untuk boleh begapo-begapo. Kebetulan saya bukan orang parti politik dan tidak berminat berparti politik. Tapi saya bukan buta kayu dalam politik.

Pada saya (maaf cakap)anda tidak cukup faham dalam berpolitik walaupun anda barangkali orang parti politik. Untuk makluman anda...AL-HAQ asalnya akhbar yang menjadi alat Umno...terbitan khusus untuk julang Umno tapi permitnya bukan kepunyaan Umno, sebaliknya milik individu macam saya juga yang tidak berparti politik.

Saya bukan tak boleh pohon sendiri permit...malah rasanya atas nama pemohon individu...saya adalah antara individu yang paling banyak ada permit akhbar mingguan dan majalah bulanan. Kalau saya pohon permit baru pun KDN akan lulus kerana segala syarat akan saya penuhi menjadikan KKDN tidak ada sebab yang munasabah untuk menolak.

Tetapi kenapa saya ambil AL-HAQ dan akan netrulkan corak persembahannya. Hanya mereka yang bijak dan berpengalaman dalam berpolitik sahaja boleh nampak apa yang tersurat dan tersirat. Anda ingat mudah ke bagi seseorang pemilik permit nak serahkan permit akhbar miliknya?

Saya sendiri tak mudah untuk serahkan permit kepunyaan saya untuk diurusterbit. Dalam berpuluh orang yang datang melahirkan hajat dan hasrat untuk urusterbit permit-permit saya...hanya segelintir yang saya izinkan walauapun akhirnya saya yang terima padah.

Bagi saya pemain politik yang bijak dan berpengalaman boleh berada dalam kumpulan lawannya tanpa dicurigai oleh lawan...boleh dalam keadaan selamba menerima kecaman lawan untuk pada masa yang sama akan dapat dikenalpasti strategi lawan.

Yang paling penting dalam menentukan pendirian kita bukan bergantung kepada warna tetapi kena tersimpul kukuh di hati. Kalau setakat bila orang kita pakai baju warna lawan kita dah anggap dah bertukar fikrah, maknanya standard berpolitik masih terlalu rendah walaupun dalam berparti politik kira terseranai dalam kumpulan kelas atas dan hebat.

Kerana itu dalam tentera dan polis ada pasukan risikan...yang boleh berada bersama komunis umpamanya dan dalam tentera pula ada musuh dan kerana kejayaan musuh menyelinap masuklah maka jatuhnya Kota Melaka, malah ianya membawa kepada kemusnahan Kerajaan Melayu Pattani, kemusnahan pemerintahan Presiden Saddam Hussein dan kemusnahan Kerajaan taliban dan sebagainya.

ISA yang namnpak kejam diwujudkan untuk langkah pembasmian musuh yang menyelinap masuk dan boleh selamba tidak menampakkan wajah kemusuhanlah. Walaupun ISA nampak kejam kepada mereka dan keluarga yang pernah kena tetapi ISA banyak menyelamatkan negara. Kalau ada yang kena ISA yang sepatutnya ia tidak kena, mungkin ia berlaku kerana kelemahan manusia dalam membuat risikan dan pengumpulan maklumat.

Langkah terawal dalam mengalahkan lawan lazimnya orang akan tawan media dan penyaluran maklumat. Kerana itulah Amerika Syarikat boleh bom Stesen TV Al-Jazzera yang mana mengikut peraturannya dalam perang selain dari pasukan perubatan...media tidak boleh dijadikan sasaran serangan. Tapi Amerika Syarikat dan Israel tak pernah patuhi larangan dan peraturan itu dan kedua sering menang dalam perang.

Soal masalah sosial tu dia tak kira tempat. Olek kerana anda berada di KL, anda akan lebih tahu tentang KL. Saya yang berada di Kelantan pula akan lebih tahu mengenainya di Kelantan. Keadaan amat mencemaskan. Budak-budak sekolah rendah dah mula sedut gam...sekolah menengah main ubat batuk...lepas SPM main pil kuda dan seterusnya. Tidak ada kampung yang tidak ada penagih dadah.

Parti-parti politik tidak boleh selesaikan masalah ini. Ianya memerlukan komitmen semua pihak. Anak-anak kebanyakan dilahirkan di hospital. Keluar dari perut ibu kalau kebetulan doktornya Islam dan tidak melihat bang untuk bayi lelaki dan qamat untuk bayi perempuan sebagai suatu adat, mereka akan bang/qamat. Kalau doktornya bukan Islam macam mana?

Ertinya penipuan roh Islam kepada anak-anak kita bertukar dengan perkataan 'OK', BERES, FINISH dan sebagainya sebagai tanda bayi lahir dengan selamat. Ibubapa terlalu sibuk dan menghabiskan banyak masa untuk mencari rezeki. Yang aktif dalam politik terlalu memperhambakan diri pada aktivis politik dan anak-anak terbiar. Soal begini kena dilawan secara sepakat termasuk oleh parti-parti politik kerana anak orang Pas pun terbabit dalam masalah sosail ni, termasuk tagih dadah dan masalah sosial yang lain.

Anda tidak kenal saya secara dekat anda boleh kata apa sahaja. Apa kepentingan individu yang saya tak dapat yang anda maksudkan. Pernahkah saya minta kawasan balak sepanjang kira-kira lapan tahun saya bekerja dengan kerajaan Pas kerana saya diajak masuk bekerja?. Masa diajak masuk saya tak pernah tanya pun berapa gaji saya. Debek-debek saya pun...saya ni bekas ketua biro kepada akhbar harian...malah ketika itu saya sudah pun menerbitkan majalah sendiri.

Kalau anda ada rakan diurusetia penerangan...anda cuba tanya apakah perbelanjaan harian saya sepadan dengan gaji yang saya terima. Bila pejabat Datuk Hassan Ali dan Pas-Pas Negeri minta bahan-bahan terbitan urusetia saya akan hantar guna wang sendiri kerana pejabat tidak menyediakan peruntukkan tambang menambang pada waktu itu.

Kakitangan nak kawin...nak simin buat rumah...nak beli mangkuk tandas...lazimnya saya tempat mereka mengadu walaupun kononnya minta hutang tetapi saya kira hutang tak payah bayar dan kebanyakan dalam bentuk amal jariah. Kalau mualaf datang minta derma dan mengadu dihalau oleh orang di pejabat MB...untuk bersihkan nama kerajaan, saya akan sign cek...malah hantar ke bank untuk tunaikan cek. Orang kamopung nak cat masjid, nak karpet, nak mesin rumput, malah kadang-kadang nak bola supaya tolong minta dengan wakil rakyat...saya lulus on the spot...kata wakil rakyat suruh buwi.

Pimpinan Pas tahu ke semua ni? Ttentu ak tau. Yang tahu hanya Cik Lah CC, Abang Soh Drebar, Annuar Derebar dan kalangan yang rapat dengan saya. Rakan sekerja nak beli kereta kes payah nak datang kerja pun saya buwi pitih untuk beli.Bakpo saya buwi? Saya kaya ko?

Dok. Saya bukan kaya...tapi saya cuba untuk jaga imej kerajaan yang kononnya berlandaskan Islam. Walaupun hanya menaip dengan guna dua batang jari...rezeki saya agak mudah dan pleh kerana saya boleh dengan mudah, maka kenapa saya mesti payah untuk sumbangkan kepada mereka yang perlukannya. Saya tak papa kerananya walaupun saya tak kaya dan tak mungkin kaya sampai bila-bila dan saya tak bercita-cita nak jadi kaya.

Saya tak patut bangkitkan ini semua kerana mungkin saya akan hilang tulus dan pahala saya akan lupus. Tapi oleh kerana bukan sahaja anda tetapi ramai yang beranggapan bahawa yang banyak tegur kerajaan kerana gagal dapat kepentingan peribadi walhal saya tidak pernah mohon sebarang kepentingan peribadi pun, maka saya terpaksa jelaskan supaya orang Pas (terutama mereka yang baru jadi Pas) jangan terlalu mudah prejudis, terlalu mudah nak bubuh senarai orang dalam neraka. Kena belajar jadi orang politik...bukan setakat berbangga kerana hebat dijulang sebagai orang parti politik.

Cuma barangkali perlu saya peringatkan, kalau Pas masih perintah Kelantan, kena elak dari orang macam saya ni dibawa masuk dalam kerajaan atau parti kerana tidak tahu apa yang sebenar berlaku di sebali slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM adalah lebih baik dari saya dan orang macam saya tahu. Biar saya dan macam saya hidup dalam dunia saya dan orang macam saya: Umno tak laba, Pas pun tak rugi
.

Berikut pula komen-komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON

5 comments:
1. wak hamad said...
Barangkali ini tulisan terakhir Wak sebelum mengundi.
Sehingga saat - saat akhir ini Wak dengan penuh rasa rendah diri
masih berpegang tegoh kepada keyakinan bahawa:-

1. Haji Hadi akan kalah state dan parlimen
2. Adil tak leh sa kerusi habuk.
3. Pas Kelantan meninggal tak sampai sepuluh kerusi dun

dan menang dua kerusi parlimen.
4. Semua penyokong BA akan terkejut beruk dengan

keputusan PRU.
5. Hari jumaat 7 Mac 2008 adalah jumaat terakhir kuliah

boleh dibuat di Jalan Dato Pati. Kalu nak gi buat kali terakhir

gi lah.Lepas ni kalau nak dengar Tok Guru ngajar

lagi gak kena gi Pulau Melaka la.

Kepada semua penyokong Pas khasnya di Kelantan...kalu nak

bertewah bagi benda dengan UMNO bermakna Pas menempah

lubang kubur.

InshaAllah buleh menang balik pada pru akan datang kalu ppakat

insaf dan sedar kediri. Belajar lah ilmu tasauf yang tidak

membenarkan kita mengata uduh apalagi mengumpat ka ore.

Yakinlah Islam tidak mengizinkan kita menghalalkan semua cara

asalkan matlamat tercapai. Berakhlaklah dengan akhlak nabi

kerana itu sebaik-baik cara untuk berkempen.

Soal pengundi hantu bagi Wak kalau ya pun itu hanyalah sebab

musabbab Allah nak tarik balik kekuasaan dari Pas. Kalau Pas tetap

atas nama Islam , hidup serupa nabi hidup, tak temoon ke dunia

maka tak da sebab hantu tak undi Pas dengan izin dan taufik Allah

s.w.t.....

Tapi apakan daya ikan segar dah jadi ikan kering basah..dah kena

peng ke lalat pun.

Indahnya Islam dan lebih indah apabila Pas dan UMNO pakat ingat

selepas hidup di dunia ada hidup di akhirat. Di sana Tuhan jua lah

yang akan memberi pengakiman yang abadi.

Bagi ikhtiar untuk mengelakkan terkena serangan sakit jantung, terkejut, trauma ,

naik darah sampai buleh kena stroke , pening, bbabak, maka wak

ingatkan diri wak dan penyokong Pas agar memperbanyakkan baca

ayat 51 surah At Taubah.

Sekian, jumpa lagi kalau berkesempatan.
Ampun maaf daripada WAK

WAK HAMAD


MKJ RESPON: Lepas ni kalau Wak Hamad ada masa dan kesempatan...tulislah kepada akhbar dan majalah terbitan saya juga. Kalau ada manuskrip buku pun bolehlah dihantar...saya cadang nak terbitkan sebulan sejudul buku. SELAMAT MENGUNDI!!!!

March 5, 2008 5:25 AM
2. Anonymous said...
Membaca respon ke 14 baru rasa menarik sikit sebab sekala respon yang keluat takdak perenggan dia tak keluar mace kita tulis komen.Malam ni barulah sedap nak baca..Bakali abe li pun baru perasan komen hak keluar tu kalu panjang gak masa baca tak tahu nak bereti mana.


MKJ RESPON: Saya tak mampu untuk puaskan hati semua pihak.

March 5, 2008 6:48 AM
3. Anonymous said...
Dua Lagi Projek untuk Rakyat Kelantan PDF Cetak E-mail
Yusoff Taib
Tuesday, 04 March 2008
Dua lagi projek mega yang menguntungkan rakyat Kelantan akan dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan negeri ini pada pilihan raya umum Sabtu ini.

Dua projek itu adalah projek hidroelektrik dan Lembah Bio di jajahan Gua Musang. Bagi projek hidroelektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menunjukkan keinginan untuk melaksanakannya di kawasan Nenggiri bagi membekalkan tenaga elektrik secara berterusan.

Bagi projek Lembah Bio pula, sebuah syarikat korporat yang terkenal dalam industri automotif iaitu Mofaz telah menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian di Lojing. Mofaz bercadang untuk melabur RM10 bilion melibatkan penanam herba dan ternakan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata projek seperti itu sangat digalakkan untuk menjamin bekalan tenaga berterusan berbanding petroleum atau arang batu yang bekalannya boleh habis dalam tempoh tertentu.

"Selain itu projek hidroelektrik yang akan menelan kos sebanyak RM5 bilion ini juga mampu menjadi projek tebatan banjir dengan pembinaan empangan yang boleh mengawal pengaliran air ke hilir,"

Beliau menyatakannya selepas melancarkan Manifesto BN Kelantan peringkat Parlimen Pasir Mas di hari ini. "Seandainya projek ini berjalan seperti yang dirancang, kemungkinan ia akan melibatkan kawasan penempatan dan kita sudah merancang sama ada untuk membayar pampasan atau menyediakan satu kawasan perumahan baru yang lebih selesa," katanya.

Awang Adek yang bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri Perupok dan kerusi Parlimen Bachok menegaskan, semua projek ini bukan sahaja dapat memajukan Kelantan dari segi ekonomi tetapi memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar.

Beliau berkata kini terpulang kepada rakyat sama ada ingin memilih BN untuk memerintah Kelantan kerana kedua-dua syarikat korporat ternama itu sudah membayangkan keinginan mereka untuk menjalankan projek berkenaan jika BN memerintah selepas pilihan raya umum ini.


MKJ RESPON: Kalau rakyat beri mandat, janji kena ditepati.

March 5, 2008 10:38 AM
4. Anonymous said...
Ini adalah hari terakhir pemimpin PAS Kelantan untuk turun naik ke Kota DarulNaim. Apabila pejabat dibuka semula Ahad depan, InsyaAllah Kota Darulnaim akan menjadi Pejabat YAB Datuk Dr Aweng Adek Hussin selaku MB Kelantan.

Kepada penyokong PAS, jangan bersedih. Anda bekorban dengan memilih UMNO bagi membetulkan PAS itu sendiri. Tiada salah tindakan anda tidak menyokong PAS kali ini. Ini lebih kepada memastikan pemimpin PAS sedar kesilapan mereka semenjak 18 tahun lalu dan memperbetulkannya.

Berilah 5 tahun kepada rakyat Kelantan utk merasa berada dibawah kepimpinan BN. Selepas itu, jika tdk berkenan tukar semula kepada PAS.

Selaku anak Kelantan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong-penyokong PAS yg telah membuat keputusan utk menyokong UMNO hari Sabtu ini.

Jika tdk ingin menunjukkan sokongan anda kepada UMNO di depan khayalak ramai, tunjukkan sokongan anda pada kertas undi....


MKJ RESPON: Para pengundi kena guna kebijaksanaan sendiri dalam mengundi. Kempen-kempen boleh didengar, diteliti dan dihayati. Mana yang munasabah teriama...yang tak munasabah tohok buang. Undi kita sulit.

March 5, 2008 4:05 PM
5. Anonymous said...
PAS dan pembangkang lain bising mengatakan SPR berpakat dengan BN. Kalau tak percayakan ketelusan SPR, saya rasa baik semua parti pembangkang jgn bertanding. Banyak duit dpt dijimatkan....

Tp kenapa mereka masih bertanding walaupun mereka menuduh pilihanraya tdk berjalan secara adil dan telus!!!! Pelik bukan?

Tak percaya kpd sistem pilihanraya, tp ada hati bertanding.

Sebenarnya pembangkang terpaksa berbuat demikian kerana mereka dalam keadaan tertekan. Jadi kalau kalah nanti, sbb kalahnya ialah kerana SPR tdk adil.

Tp kalu menang, tdk pula mereka kata SPR itu adil.

Itulah masalah pembangkang, terutamanya PAS. Kerja cari alasan. Kalau pilihanraya tdk adil, dah lama PAS tersungkur di Kelantan.

Masa mereka menang di Kelantan sebelum ni, tdk pula mereka kata kemenangan tersebut adalah atas keadilan SPR....


MKJ RESPON: Salahkah orang lain kerana kelemahan sendiri sampai bila pun kelemahan tidak akan dapat diatasi. SPR terikat dengan undang-undang dan perlembagaan. SPR bukan Umno/BN yang wujudkan. SPR terletak bawak kuasa Yang Dipertuan Agong

March 5, 2008 5:28 PM
Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

JUMPA LAGI MALAM NANTI!



March 5, 2008 9:19 AM
Post a Comment

6 comments:

Anonymous said...

Tajunm respon...

Terima kasih sekali lagi Abe Li.

Sejak zaman berzaman, dah jadi adat orang yang berjuang, mereka kena berkorban dan terkorban. Tiada dalam kamus perjuangannya untuk mendapat balasan di dunia ini, melainkan balasan dari Allah jua. Jika mendapat apa-apa di dunia ini, itu adalah limpah rahmat Allah yang patut di syukuri.

Tetapi apabila kita sebut 'takleh begapo', bermakna ada sesuatu yang kita harapkan. Kita tak akan sebut perkataan seperti itu jika kita benar-benar ikhlas. Sebaliknya, dalam tidak mengharap, kekadang diberi juga, itulah yang kita harus berterima kasih dan syukuri.

Bab kita tolong orang itu adalah kerana kemurahan hati kita dan patut sekali diamalkan dan biarlah berkekalan. Benda baik, nak tingga buat begaponya. Cuma mace Abe Li kata jugak lah, gege la kalu kita ghoyat ko orghe lain gak.

Oleh kerana Abe Li buat kot belake, sudah bare tentu orghe tak tahu. Pah kita nak salah ko dia ko?

Dari penjelasan panjang lebar Abe Li tu, terasa mace Abe Li benar-benar kecewa dan mungkin juga terasa tidak dihargai. Lantas Abe Li mengambil satu pendekatan kendiri, mengikut jalan dan haluan sendiri. Susah senang tanggung sendiri, tak dok orang yang kita nak luahkan perasaan. Kalu adapun hak sama-sama frust. Malah kalau diluahkanpun orang tak dapat memahami masalah kita.

Tak tahulah Abe Li wei, kalu alik ambo gak, jatuh bangun biarlah bersama kepimpinan Islam. Di Malaysia ni, Jamaah Islam yang kita boleh harapkan untuk membawa Islam ni saya tak nampak hak lain doh, melainkan PAS sahaja. Insya-Allah saya tidak akan menikam mereka dari belakang.

Anonymous said...

Tajunm menulis . . .

Rasanya dekat-dekat nak ngundi ni, makin rancaklah dalam kalangan PAS dan BN/UMNO mengadakan sembahyang hajat. Saya percaya masing-masing memohon agar diberikan kemenangan melalui PRU12 pada 8 haribulan ni.

Pastinya salah satu hajat, sama ada hajat PAS atau UMNO akan dimakbulkan.

Terbayang dalam benak fikiran ini, bagaimanakah penerimaan daripada pihak yang kalah. Kalau PAS yang menang, bagaimana reaksi UMNO, apatah lagi kalau BN yang menang. Adakah orang PAS akan menyalahkan Allah kerana tidak memberikan kemenangan yang diharapkan.

Setiap kali kita menunaikan solat hajat, sudah pasti kita mengharapkan Allah akan memakbulkan apa yang kita harapkan. Walau bagaimanapun, kekadang terfikir juga adakah apa yang kita kehendaki itu adalah yang terbaik buat kita. Apakah mungkin lebih baik bagi kita jika Allah tidak makbulkan apa yang kita hajatkan?

Sesungguhnya Allah yang terlebih mengetahui apa yang baik dan buruk bagi kita. Justeru, mengapa kita tidak memohon kepada Allah agar mengurniakan apa yang baik itu kepada kita, dan manjauhkan kita daripada sebarang keburukan, bala dan bencana.

Oleh yang demikian, sama ada PAS atau BN yang menang sepatutnya kita terima dengan hati yang terbuka. Penyokong yang menang tidak wajar menyambutnya dengan cara yang keterlaluan untuk melahirkan kegembiraan mereka, dan yang kalah pula tidak sepatutnya tidak keluar rumah sampai seminggu.

Terimalah dengan dada yang terbuka. Sesungguhnya Allah lebih mengetahu akan sebab musabab diberikan kemenangan itu kepada sebelah puhak, dan membiarkan sebelah pihak menanggung kekecewaan.

Sewajarnya, semua pihak, termasuk sebagai seorang individu, bermuhasabah dan menggariskan faktor-faktor positif dan negatif yang mempengaruhi keputusan PRU ini. Seterusnya, memulakan langkah awal sebagai persediaan PRU akan datang. Perjuangan tidak boleh berhenti. Kerja ini sepanjang hayat. Ambil iktibar daripada segala kekuatan dan kelemahan dapam PRU12 kali ini.

Teruskan solat hajat masing-masing. Mohonlah agar Allah memberikan yang terbaik untuk kita dan Kelantan khususnya.

Akhirnya, selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing. Jumpa lagi selepas pilihanraya ini, insya-Allah.

RetakBulan said...

Bangunan UMNO Negeri Kelantan dibanjiri oleh kaum cina di sekitar Kota Bharu. Seramai 300 orang kebanyakkan menerima SMS Palsu dan panggilan telefon dari orang tidak dikenali supaya datang ke Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk menyemak daftar Pemilih dan diberi wang sebanyak RM 50 daripada Dato’ Fatmi (Calon Parlimen Kota Bharu) dan Ir Tan Ken Ten (DUN Kota Lama).

Ini merupakan satu SMS yang tidak bertanggungjawab yang merupakan satu psywar pihak PAS untuk memecahkan undi Kaum Cina kepada Barisan Nasional. Satu Laporan Polis telah dibuat di Pejabat Polis Daerah Kota Bharu berkenaan SMS Palsu ini. PAS sekarang telah terdesak dan sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan ini. Adakah ini mainan Husam????..Ini kerana pada pukul 2.00 pagi telah muncul di Blog anak didik Husam iaitu Kickdefella berkenaan cerita ini. Cerita yang mengatakan Kickdefella melalui jalan di bangunan UMNO adalah tidak masuk akal. Siapa yang tidak kenal dengan Kickdefella, Ahli UMNO yang dibayar oleh PAS ini?? Mungkin husam telah lama merancang tentang ini...tetapi sesiapa yang menghantar SMS jahat dan palsu ini telah menganiyai pengundi Cina yang tua, tidak berdaya untuk datang menuntut wang yang entah dari mana.

Beginilah sifat Parti PAS yang bertopengkan ISLAM. Beginikah sikap / mainan Politik PAS?..Kemana hala tuju parti PAS selepas ini??..PAS sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan politik mereka..mereka mengamalkan politik menghalalkan cara. Adakah ini Parti yang anda Pilih..?????????? Fikirkanlah.

Anonymous said...

Walaupun saya bukan org Kelantan, tapi saya seronok dapat membaca pelbagai komen dan pandangan di dlm blog ini yang dapat memberi sedikit-sebanyak pengetahuan mengenai kelantan kpd saya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara Ramli ,saya ni anak kelantan tapi sudah daftar mengundi di KL.,sejak PRU 10 ,kerana kerja dan cari makan di sini. Saya sependapat dengan saudara Ramli PRU 12 esok akan memihak kepada BN di kelantan .Insyaallah .SELAMAT MENGUNDI

Anonymous said...

Tajunm respon . . .

Alhamdulillah, lega rasanya. Gembira dengan kisah penemuan Abe Li di Siam.

Sejak lama dulu saya merasakan bahawa Shamsiah Fakih dan sebahagian anggotanya bukanlah komunis sebagaimana yang dilabelkan. Bagi saya beliau adalah pejuang kemerdekaan.Beliau mempunyai latar belakang agama yang kukuh. Mana mungkin beliau akan terpengaruh dengan komunis yang tidak beragama. Walau bagaimanapu, perjuangan beliau
dengan pihak komunis ada titik persamaan; iaitu menentang pemerentah Inggeris pada masa itu. Pada masa yang sama orang-orang Melayu diterajui oleh Dato'Onn Jaafar (kalau tak silap). Perjuangan Melayu dan Bangsa oleh Dato' Onn sudah tentu tidak selari dengan perjuangan Shamsiah Fakih yang lebih Islamik. Kebanyakan pemimpin Melayu yang berpengaruh pada masa itu mendapat pendidikan barat. Sudah tentu mereka lebih selesa dengan corak pemerentahan dan pendekatan Inggeris, dan lebih mudah menerimanya. Tidak pada Shamsiah. Lantaran itu penentangan Shamsiah dilihat lebih bahaya oleh Inggeris berbanding dengan penentangan Dato' Onn. Apatah lagi Shamsiah bekerjasa dengan komunis membuat penentangan secara gerilla. Oleh itu beliau juga dilabelkan sebagai komunis. Dato' Onn tak perlu perbetulkan perkara ini, kerana lebih memudahkan perjuangannya. Selepas merdekapun sejarawan hanya mengikut sahaja sejarah yang ditulis oleh Inggeris, kerana tidak membawa apa-apa kesanpun kepada mereka, sebaliknya Dato' Onn yang dilihat sebagai pejuang bangsa. Dalam sejarah langsung tidak ditulis mengenai perjuangan agama Islam. Pada saya itulah yang dibawa oleh Shamsiah.

Saya bukan orang sejarah, sebab itu fakta sejarah saya tidak tahu. Apa yang saya catatkan adalah mengikut firasat saya selama ini.