TERASA sangat kekosongan balas-bicara tanpa Wak Hamad, Fazdli, Shifu67, oregunung, anak perantau, RJ dan mereka yang berselindung di sebalik. Agaknya masing-masing sedang berada di kamoung atau dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi.
Kepada semua diucapkan selamat pulang untuk tunaikan kewajipan dalam menentukan masa depan negara dan akan selamat kembali semula ke tenpat mencari rezeki. Jangan kerana takut makbul doa agar kepulangan anada ditimpa musibah kerana kita kena yakin tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa dengan izin-Nya, malah untuk gerakkan sebatang anak jari pun kita tidak mampu kalau bukan kerana keizinan-Nya.
Sebelum berangkat ke Kuliah Jumaat Tok Guru di Dataran Ilmu (ada yang kata inilah Kuliah Jumaat terakhir Tok Guru - mudah-mudahan tidak akan berlaku sedemikian), saya akan cuba memberi respos kepada dua komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON (15) yakni;
2 comments:
1. Anonymous said...
Tajunm respon...Terima kasih sekali lagi Abe Li.Sejak zaman berzaman, dah jadi adat orang yang berjuang, mereka kena berkorban dan terkorban. Tiada dalam kamus perjuangannya untuk mendapat balasan di dunia ini, melainkan balasan dari Allah jua. Jika mendapat apa-apa di dunia ini, itu adalah limpah rahmat Allah yang patut di syukuri. Tetapi apabila kita sebut 'takleh begapo', bermakna ada sesuatu yang kita harapkan. Kita tak akan sebut perkataan seperti itu jika kita benar-benar ikhlas. Sebaliknya, dalam tidak mengharap, kekadang diberi juga, itulah yang kita harus berterima kasih dan syukuri. Bab kita tolong orang itu adalah kerana kemurahan hati kita dan patut sekali diamalkan dan biarlah berkekalan. Benda baik, nak tingga buat begaponya. Cuma mace Abe Li kata jugak lah, gege la kalu kita ghoyat ko orghe lain gak.Oleh kerana Abe Li buat kot belake, sudah bare tentu orghe tak tahu. Pah kita nak salah ko dia ko? Dari penjelasan panjang lebar Abe Li tu, terasa mace Abe Li benar-benar kecewa dan mungkin juga terasa tidak dihargai. Lantas Abe Li mengambil satu pendekatan kendiri, mengikut jalan dan haluan sendiri. Susah senang tanggung sendiri, tak dok orang yang kita nak luahkan perasaan. Kalu adapun hak sama-sama frust. Malah kalau diluahkanpun orang tak dapat memahami masalah kita.Tak tahulah Abe Li wei, kalu alik ambo gak, jatuh bangun biarlah bersama kepimpinan Islam. Di Malaysia ni, Jamaah Islam yang kita boleh harapkan untuk membawa Islam ni saya tak nampak hak lain doh, melainkan PAS sahaja. Insya-Allah saya tidak akan menikam mereka dari belakang.
MKJ RESPON: Sebelum saya diminta bekerja dengan Kerajaan Pas Kelantan...saya pun rasa macam yang saydara rasakan...tidak ada yang lain boleh diharapkan untuk membawa Islam selain dari Pas. Tapi bila berada di dalam saya mengalami kegelisahan kerana tidak bukan sebagaimana yang saya gambarkan.
Saya pernah tidak datang bekerja selama tiga bulan dengan harapan saya akan dipecat apabila suasana kerja yang sangat tidak sesuai dengan saya yang terlatih dalam sektor swasta yang perlu serba laju masuk ke weekor kerajaan yang gaya kerja yang serba lambat dan bertangguh.
Selama itu saya ke Selatan Thai...menziarahi penepatan bekas anggota Melayu Parti Komunis Malaya, berjumpa dengan Pengerusi PKM dan Majlisd Kerja Pusat PKM seperti Hajjah Suriani (isteri Abdullah CD), jumpa Pak Abu Samah Mohd. Kassim dan Rashid Maidin.
Saya terkejut melihat gambar-gambar mereka yang turut masuk ke istana dan diarikan, masuk ke pejabat PM dan diraikan, bergambar mesraya dengan menteri, dengan ahli akademik, dengan ahli budaya, sasterawan dan sebagai, malah mereka ke Mekah tunai fardhu haji dibiayai oleh kerajaan Malaysia.
Saya tanya mereka dan menyelami hadi budi mereka...cuba mencari kejahatan dan keganasan mereka sebagai individu dan puak yang dilabelkan sebagai ansir subversif. Saya ingat mereka tidak sembahyang, rupaknya tanggapan saya salah...walaupun saya dari sekolah agama dan sejak belum mumayyit sudah terdedah kepada kuliah-kuliah agama dari madrasah di depan rumah di kampung kelahiran saya...jelas ilmu anggota Melayu PKM atau angota Rejimen Ke-10 PKM (RJK-10) lebih banyak ilmu dari saya.
DI dalangan mereka, sama isteri atau suami kepada anggota RJK-10) adalah merupakan bangsa tionghua yang dimuslimkan. Saya sendiri melihat ke dalam diri...sepanjang hayat saya tidak ada yang masuk Islam kerana dakwah saya....kecuali seorang berbangsa India dari Seremban yang menghubumngi saya melalui surat mengaku bahawa dia tertarik kepada Islam dan memeluk Islam kerana tertraik dengan novel saya berjudul BANJIR DI MATA KEMARAU DI HATI. Macam mana pun kami tidak pernah bertemu mata.
Dalam RJK-10 saya menemukan isteri Abdullah CD selaku Pengerusi PKM yang merupakan. Isterinya berbangsa tionghua yang memeluk agama Islam dan mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang Islam, Abdullah CD sendiri adalah antara pengkuliah agama di masjid perkampungan.
Isteri Rashid Maidin yang dikatakan komunis tidak bertuhan juga saya dapati adalah bangsa tionghua yang memeluk Islam dan seorang yang sangat kamaruk beribadah dan matinya atas nama hajjah. Soalnya berapa ramai kita yang dapat dada sebagai pejuang Islam, yang melihat orang lain tak berapa Islam kerana tidak ikut dan tidak sokong perjuangan kita berjaya Islamkan orang bukan Islam?
Saya melihat dan mencari maklumat dalam tempoh 3 bulan kisah kehancuran Kerajaan Melayu Pattani...saya kumpulkan untuk buku saya dan paling utama saya boleh membina jati diri secara tidak langsung. Balik semula ke pangkuan keluarga dan semasa mahu keluarkan wang dari bank, saya dapati gaji saya masih juga dimasukkan dalam tempoh saya tidak hadir kerja.
Bila saya tanya kenapa gaji saya dibank-inkan juga sedangkan saya tak bekerja selama tiga bulan, saya diberitahu ada kakitangan lain yang tak pernah datang ke pejabat sepanjang dilantik tetap menerima elaun. Atas rasa terhutang sejumlah wang...saya bekerja tanpa cuti, malah banyak kerja dibawa ke rumah dilakukan hingga menjelang Subuh.
Saya bukan tak berapa taksub bukan kerana saya kecewa kerana orang tak fahaman masalah saya tetapi kerana saya nampak dari dalam bahawa wabak retoriksme begitu menular. Bila masyarakat Orang Asli diIslamkan misalnya....sekadar ajar mereka mengucap dan diberi kopiah...diajmu makan untuk hari rombongan datang ke perkampungan mereka...lepas tu ditinggalkan. Nampak tidak ada keseriusan langsung dan lebih bersifat sekadar melepas batuk ditangga.
Dengan berpandukan kegembiraan Umar Al-Khattab yang gembira dengan teguran si pincang dan menghunus mata pedang pada leher baginda dan bersumpah pedang itulah yang akan penggal leher khalifah jika memerintah tidak menepati apa yang Allah dan Rasul-Nya mahukan, saya cuba membuat kritikan tetapi bukan sahaja tidak dihirau...namun saya dilihat sebagai duri dalam daging....habuk dalam mata. Wabak perbutan tidak sama dengan perlakuan terus berlaku.
Itu puncanya kenapa saya berhenti taksub berminat kepada Pas....bukan kerana tidak dapat barang benda yang memang saya tak pernah minta. Hanya kerana kontrak saya tidak di sambung, ditambah pula dengan saya menarik balik permit Mingguan Wasilah demi untuk keselamatan permit, maka bila saya terus menulis yang tidak melabakan Pas saya dianggap kecewa dengan Pas walhal saya mula kritik sejak tahun pertama saya disuruh bekerja dengan Urusetia Penerangan, yakni kira-kira tujuh tahun sebelum kontrak saya tidak disambung...lagi pun masa disuruh bekerja dulu pun saya dijanjikan hanya perlu bekerja untuk tempoh yang singkat sahaja kerana ketika itu tidak ada tenaga dalam bidang kepengarangan.
Bekerja untuk tempioh kira-kira lapan tahun pada satu tempat dikira sangat lama dalam sejarah hidup saya. Rakan-rakan media ingat sebagai pengarang yang kemudiannya diturunkan sebagai penolong pengarang, gaji saya sama dengan pengarang atau penolong pengarang majalah kalau pun tidak sama atau lebih tinggi dari gaji pengarang atau penolong pengarang akhbar. Tapi saya diajak bekerja atas nama kebajikan...kerana itu soal gaji saya tak pernah bangkit. Saya bersekolah agama....saya melihat apa-apa dari sudut agama.
Komen anda semacam melihat saya kecewa dengan Pas maka saya berhentik taksub. Sebenarnya bukan begitu...saya tidak kecewa kerana saya tidak pernah minta dan harap apa-apa. Walaupun saya di unit penerbitan, saya boleh jadi tukang pasang layar LCD, saya boleh sediakan bahan-bahan untuk pameran, malah boleh tukang gulung wayer alat siaraya dan menjalankan kerja-kerja despect.
Anda tidak akan labelkan saya sebagaimana orang lama di urusetia tidak akan labelkan saya sebagaimana yang anda labelkan jika anda pernah kenal, pernah rapat dan pernah kerja bersama saya. Pun saya tak salahkan anda kerana anda tidak tahu. Cuma yang kena anda percaya, saya tidak terus taksub bukan kerana kecewa...tetapi berdasarkan ilmu setipis klulit bawang yang saya ada...saya tidak boleh terus taksub. Macam mana saya tak berhak untuk larang lain supaya jangan terus taksub....malah bini saya (asal S46 dan berpihak kepada Pas atas pilihan dan kesedaran sendiri) ...anak-anak saya...ibu-ibu dan bapa-bapa saudara saya dan jiran sekampung saya juga tak pernah saya halang...mereka semuanya orang bulan.
March 6, 2008 2:18 AM
2. Anonymous said...
Tajunm menulis . . .Rasanya dekat-dekat nak ngundi ni, makin rancaklah dalam kalangan PAS dan BN/UMNO mengadakan sembahyang hajat. Saya percaya masing-masing memohon agar diberikan kemenangan melalui PRU12 pada 8 haribulan ni.Pastinya salah satu hajat, sama ada hajat PAS atau UMNO akan dimakbulkan. Terbayang dalam benak fikiran ini, bagaimanakah penerimaan daripada pihak yang kalah. Kalau PAS yang menang, bagaimana reaksi UMNO, apatah lagi kalau BN yang menang. Adakah orang PAS akan menyalahkan Allah kerana tidak memberikan kemenangan yang diharapkan.Setiap kali kita menunaikan solat hajat, sudah pasti kita mengharapkan Allah akan memakbulkan apa yang kita harapkan. Walau bagaimanapun, kekadang terfikir juga adakah apa yang kita kehendaki itu adalah yang terbaik buat kita. Apakah mungkin lebih baik bagi kita jika Allah tidak makbulkan apa yang kita hajatkan?Sesungguhnya Allah yang terlebih mengetahui apa yang baik dan buruk bagi kita. Justeru, mengapa kita tidak memohon kepada Allah agar mengurniakan apa yang baik itu kepada kita, dan manjauhkan kita daripada sebarang keburukan, bala dan bencana.Oleh yang demikian, sama ada PAS atau BN yang menang sepatutnya kita terima dengan hati yang terbuka. Penyokong yang menang tidak wajar menyambutnya dengan cara yang keterlaluan untuk melahirkan kegembiraan mereka, dan yang kalah pula tidak sepatutnya tidak keluar rumah sampai seminggu. Terimalah dengan dada yang terbuka. Sesungguhnya Allah lebih mengetahu akan sebab musabab diberikan kemenangan itu kepada sebelah puhak, dan membiarkan sebelah pihak menanggung kekecewaan.Sewajarnya, semua pihak, termasuk sebagai seorang individu, bermuhasabah dan menggariskan faktor-faktor positif dan negatif yang mempengaruhi keputusan PRU ini. Seterusnya, memulakan langkah awal sebagai persediaan PRU akan datang. Perjuangan tidak boleh berhenti. Kerja ini sepanjang hayat. Ambil iktibar daripada segala kekuatan dan kelemahan dapam PRU12 kali ini.Teruskan solat hajat masing-masing. Mohonlah agar Allah memberikan yang terbaik untuk kita dan Kelantan khususnya.Akhirnya, selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing. Jumpa lagi selepas pilihanraya ini, insya-Allah.
RKJ RESPON: Sembahyang hajat minta kita menang dan lawan kalah rasanya tak molek. Tapi kalau sembahyang hajat supaya kulaiti iman dan taqwa kita meningkat manakala orang yang culas dengan Islam menjadi jinak....yang memusuhi Islam akan menjadi pembantu Islam...patutlah diadakan...molek-moleknya diadakan pada waktu tengah malam bersendirian.
Saya tak ada menemukan qisas bahawa nabi dan para sahabat semasa menjadi khalifah mengadakan sembahyang hajat berjemaah....apatah lagi sembahyang hajat untuk meminta agar lawan kita (yang sama-sama Islam) ditimpa malapekata. Kalau ada pun barang diadakan sembahyang sunnat Istisqa'.
Barangkali kerana tidak mengaji tinggi mana...saya agaknya ketidak maklumat tentang sembahyang hajat berjemaah yang saya kata nabi tak pernah lakukan. barangkali baginda pernah lakukannya....kalau tidak macam mana para alim ulamak sekarang berani mengadakannya....dengan namakan SEMBAHYANG SUNAT HAJAT PERDANA dan sebagainya kalau nabi tak pernah buat....bukankah nanti akan jadi kita yang buat lebih alim dari nabi pulak jadinya sedangkan nabi kata amalan yang dibuat sedangkan baginda tak pernah buat tidak akan dikira ibadat.
Macam mana pun saya masih mencari maklumat mengenainya.
March 6, 2008 7:19 AM
Post a Comment
JUMPA LAGI MALAM NANTI!
Thursday, March 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Transkrip sidang media Dato' Husam Musa 06/03/08
Written by Siti Masitah Mohamed
Friday, 07 March 2008
Dato; Husam : Assalamualaikum…Pada pagi ini saya ambil kesempatan bagi pihak PAS negeri Kelantan untuk ucap terima kasih kepada Tun Mahathir dalam interview khas eksklusif dengan Malaysiakini yang disiarkan pada malam tadi telah meramalkan insyaallah Kelantan akan kekal dengan PAS pada 8hb ini. Berdasarkan pengamatan beliau, beliau yakin Barisan Nasional tidak akan berjaya merampas, dia bukan datang nak pujuk orang Kelantan tapi dia datang nak serkup Kelantan. Jadi ini adalah satu approach yang tidak diterima rakyat Kelantan. Orang Kelantan dia suka orang yang berbudi bahasa. Kalau kasar, kalau tunjuk angkuh ataupun gedebe bagi bahasa Kelantan, dia tak heran. Kalau baik hati orang panggil jughuh la orang Kelantan panggil, itu dia mudah terpaut. Jadi kenyataan Tun Dr Mahathir itu sekali lagi pada pendapat saya, adalah refleksi daripada gambaran umum yang diperolehi di semua peringkat bahawa PAS di Kelantan dan di seluruh Malaysia serta parti-parti pembangkang yang lain sedang mendahului Barisan Nasional di sesetengah tempat dan sedang mendapat sambutan hangat di tempat- tempat yang selama ini tidak menjadi harapan PAS seperti Parlimen Titiwangsa yang telah saya sebutkan.
Kedua saya ingin update saudara/i mengenai dengan pengundi luar Kelantan. Angka terbaru yang keluar pada pagi ini ialah registered dengan ibu pejabat UMNO tingkat 26 bangunan PWTC pukul 6 pagi tadi ialah 21,000 orang. Dan mereka akan dilepaskan balik dengan bas secara rasmi oleh Jeneral Husaini pada jam 9pagi esok di Bukit Jalil. Alhamdulillah kita mempunyai senarai penuh 21,000 orang pengundi ini dan kita yakin mereka adalah pengundi yang smart. Sebahagian besar adalah penyokong PAS tapi mereka pergi ambil voucer wang tunai untuk didermakan kepada pengundi-pengundi di kampung mereka masing-masing. Insyallah. Yang penting disini ialah Presiden UMNO telah menyebut ada 80,000 orang pengundi luar Kelantan yang akan balik dan angka yang sama disebut oleh menantu beliau, saudara Khairy. Kali ni nampak ada persamaan antara figure bapa mertua dengan menantu, sekarang bila 21,000 yang berdaftar dengan PTWC tingkat 26 bermakna ada 60,000 lagi short jadi 60,000 ini dijangka pengundi yang tidak legitimate yang akan diangkut ke Kelantan dengan berbagai cara dan kita akan mengawasi mereka sepenuhnya dengan cara baik, kita tak ada kuasa nak halang mereka cara kekerasan. Antara lain kita akan letakkan sepanduk-sepanduk yang lebih kurang maksud supaya mereka insaf dan takut dengan laknat Allah kerana mereka bukan pengundi yang sah dan mereka datang untuk mengalahkan suara rakyat ini satu perbuatan durjana yang tidak patut diizinkan dan perbuatan ini tidak akan diampunkan oleh pengundi-pengundi yang sah dunia dan akhirat. Oleh itu kita berharap mereka dapat berfikir semula.
Sebahagian daripada 60,000 pengundi ini adalah pada pendapat saya ini pengundi bertindih, Alhamdulillah pada pagi ini kita dapat senarai penuh pengundi tentera secara pos di seluruh negarta di semua kem-kem yang telah tidak dibekalkan oleh SPR tetapi Alhamdulillah rangkaain kita diseluruh negara mempunyai akses tersebut dan kita mempunyai senarai penuh nama-nama ini bersekali no IC tentera mereka dan sebahagian telah dapat kita mengesan mempunyai nama bertindih sebagai pengundi awam bermakna seorang pengundi mempunyai peluang mengundi sebanyak dua kali dan ini boleh ditafsirkan sebagai satu kedudukan di mana elector role kita telah dijangkiti satu virus yang sangat dahsyat yang boleh meruntuhkan sistem demokrasi kita yang membawa keamanan dan kemakmuran untuk kita selama 50 tahun sejak kita merdeka.
Langkah yang kita ambil hari ini ialah menghantar senarai ini kepada peti-peti undi untuk mereka menyemak secara manual pertindihan ini dan ditandakan di atas buku daftar pemilih yang akan digunakan oleh poly agent kita sebagai rujukan di pusat mengundi dan Insyaallah kita cuba berunding dengan SPR di pusat mengundi untuk menghalang mereka secara baik daripada mengundi kerana mereka mempunyai dua nama di undi pos satu dan undi awam satu dan mereka telahpun sepatutnya mereka mengikut peratuaran mengundi secara pos. Kalau kita menghalang pengundi ini secara berperaturan dan secara rundingan kerana kita mengenalpasti mereka, mengecam mereka dan mungkin kita juga merakam pergerakan ataupun gambar mereka secara sulit macam yang berlaku pada Chua Soi Lek di mana secara tidak disedari ada satu cctv yang merakamkan aksi pengundian ataupun pengundi ini. Kita yakin Insyaalah kita akan dapat mengurangkan potensi pengundi yang diseludupkan atau zombie atau klon voters ini daripadA mengundi. Ada soalan sebelum kita pergi lebih lanjut.
Q :
Dato’ Husam : We communicating with them, keep up date us gerakan mereka, siapa bos mereka. Alhamdulillah ini saya rasa ini satu contoh orang Kelantan adalah smart voters kalau tidak tak ada challenge, tak ada…saya boleh updatekan saudara perkembangan bilik gerakan BN ini dengan kerusi-kerusi yang mereka kategorikan sebagai kerusi hitam, kerusi kelabu dan kerusi putih. Bagi mereka ada 7 kerusi hitam legam, Insyaallah Alhamdulliallah, dan 13 kerusi kelabu. Hitam campur kelabu jadi 20 kerusi. Dan hitam kelabu itu kategori mereka, tadi hitam-solid… black… black is beautiful tapi lepas tu yang hitam manis, hitam manis ni saya tambah hitam manis lah, tapi dalam kategori dia kelabu; ada 13 dan hitam kelabu ada 6, so means 26 state seat yang kita pertarungkan pada kategori bilik gerakan BN sehingga hari ini. Ialah kawasan hitam, dan hitam kelabu bercampur kelabu. Parlimen yang hitam bagi UMNO ada 2, yang kelabu bagi UMNO adalah 6, yang kelabu hitam ada 2 jadi lebih kurang ada 10 kerusi Parlimen yang boleh dikategorikan sebagai suram oleh UMNO. Dan kalau saudara rasa tak percaya dengan maklumat saya, saudara boleh tanya dengan pemimpin UMNO saya rasa bila mesej ini sampai footage ini disampaikan kepada bilik gerakan UMNO yang sedang observe PC kita, Insyaallah tepat apa yang telah saya sebutkan.
Q :
Dato’ Husam : Kelabu is not 50-50, kelabu is PAS leading. Hitam tu memang dia tak boleh penetrate jadi kita ada masa dua hari lagi untuk menutup kubu kita Insyaallah dan mengekalkan momentum yang sedia ada serta fokus kita ialah pada pengundi yang tidak legitimate tadi secara yang bijaksana Insyaallah kita akan boleh capai kemenangan walaupun usaha-usaha yang begitu dahsyat telah dilakukan untuk merampas Kelantan dengan cara-cara di luar garis pertandingan biasa.
Q :
Dato’ Husam : Jangan tanya soalan berat, berat (ketawa). Masalah kita untuk beri secara terus terang kedudukan di seluruh negara ialah kita bimbang ada sadback dari segi kebimbangan pengundi bukan Melayu yang sedang berjinak dengan PAS dan parti-parti pembangkang Meraka pada asasnya tak nak BN hilang kauasa tetapi mereka suka ada perimbangan antara pembangkang dan kerajaan mereka lebih prefer satu balance di mana kerusi majorit BN dikurangkan. Tetapi tidak sampai kepada satu keadaan kerajaan berubah jadi saya tak boleh berterus terang disini. Tetapi pada keseluruhannya fenomena tiga bangsa besar, tiga ras besar, bukan bangsa, bangsa kita adalah bangsa Malaysia tiga ras besar di negara kita pertama kali bergabung tenaga adalah fenomena baru. Yang sangat kita hargai dan ini adalah tanda positif PAS boleh diterima untuk menerajui multiracial society dalam negara kita dan kita mempunyai asas multiracial approach yang menguntungkan semua pihak. Saya rasa kerana itu saya tidak akan memberikan angka tersebut tetapi telah saya sebutkan tiga empat bulan yang lepas bahawa kali ini pertandingan adalah serata dan setara kita tak ada satu negeri tumpuan yang utama tetapi kita ada kebangkitan yang setara di seluruh negara. Kebangkitan ini bukan kerana PAS kuat, DAP kuat, Keadilan kuat tetapi kerana kebangkitan dan tuntutan rakyat terhadap kelekaan dan kelenaan BN selama empat tahun yang telah menodai harapan tinggi pada tahun 2004, dalam isu-isu rasuah, jenayah, kebajikan rakyat isu-isu governance termasuk pengagihan projek-projek yang tertumpu pada kronisme kroni-kroni tertentu dan tidak melalui proses prudent. Erosion dalam judiciary juga dan janji-janji reform dalam polis telah diabaikan. Jadi satu needs satu keperluan untuk kita bangkit.
Q :
Dato’ Husam : Tiap-tiap malam dia jalan dengan saya dan dia yang pandu saya masuk, dia buat declarasion terbuka. Saya ingat usaha untuk memecahbelahkan PAS saya rasa childish pada peringkat ni.
Q :
Dato’ Husam : ….gas ni saya, saya sayang nak beritahu nanti UMNO gila nak ambil Kelantan pula, tapi natural resources yang ada di Kelantan adalah satu factual yang tidak boleh dinafikan dan sebab itu kita menekankan wakil rakyat yang hendak dipilih mestilah seseorang yang mempunyai latar belakang kejujuran dan amanah. Sekiranya mereka peniaga-peniaga yang mempunyai track rekod yang agak buruk seperti menjual projek ada masalah kewangan, ada hutang yang besar, blacklisted dengan bank-bank, ada sivil … …di mahkamah kerana projek yang dijual bertindan. Ini satu ancaman kepada khazanah negeri Kelantan. Kita edarkan pada hari ini finding yang telah proven bukan satu imagination dan ini sebahagian ada di siar dalam media juga cuma kita compilekan dan put in order. Macam kawasan joint development authority dengan Thailand ini adalah fakta yang telah diketahui umum ada 13 trilion…..gas yang boleh tahan pengeluarannya untuk 7 generasi, dan hasil royalty minyak yang kita projected jika 5 percent dibayar kepada kerjaaan negeri Kelantan daripada… Malaysia kita tak ambil …Thailand kerana ini adalah JV 50-50 Malaysia – Thailand, 5% of that 50% royalty yang akan dibayar untuk 7 generasi tadi dengan harga current prize 7.8 dolar satu metrik…..dengan harga minyak satu barrel dia akan mendatangkan royalty pada negeri Kelantan untuk 7 generasi bukan sekarang ya, bukan esok boleh dapat terus unutk keseluruhan jangka masa tersebut iailah 121 trilion, bukan billion. Nanti Pak Lah terkejut pula, biasa dia suka billion saja, sekarang dah naik trillion. Jadi oleh kerana itu kita memerlukan satu kerajaan yang jujur yang boleh menjaga amanah ini dan model Terengganu tidak relevan dengan Kelantan. Model Terengganu ialah hasil minyak 1.2 bilion satu tahun, dia masih duduk dalam ranking kedua termiskin di Malaysia dan rumah-rumah rakyat masih lagi miskin, sampan yang digunakan masih lagi sampan tradisi pakai kolek, pergi tangkap ikan pakai perahu kecil lautnya luas, hasil laut begitu banyak, nelayan hanya pergi pagi balik petang, ini tidak ada satu transformation struktur masyarakat ke arah industri perikanan dan industri lain yang relevan dengan mereka. Format ini ataupun model ini adalah tidak sesuai dengan negeri Kelantan, di mana fokus utama kerajaan Terengganu ialah membina projek cepat, instant projek secara runding terus yang dianggap projek-projek mega yang tidak berpijak di alam nyata, masjid-masjid yang besar tapi rakyat masih lagi miskin.
Di bawah prinsip Islam kerajaan tidak boleh bermewah dengan projek-projek mega sebelum kemudahan asasi rakyat dipenuhi jika sekiranya negeri tersebut mempunyai sumber yang mencukupi. Ini prinsip governance Islam. Pada masa Saidina Umar Al Khattab memerintah wilayah Islam telah berlaku semasa kemarau di mana setengah penduduk di setengah wilayah Islam itu tidak mempunyai makanan yang cukup kerana bekalan makanan kekurangan dalam pasaran. Kerajaan Islam di bawah Saidina Umar telah mengeluarkan satu degree kerajaan bahawa binatang ternakan tidak diizinkan makan gandum dan buah tamar sehingga semua rakyat dia, Islam atau bukan Islam mencukupi keperluan asas mereka. Jadi kalau Saidina Umar hidup di Terengganu saya rasa beratlah kerajaan Terengganu pasal dia bina masjid dengan harga beratus juta tapi rumah-rumah rakyat masih lagi daif. Kalau saudara tak percaya boleh pergi sekitar Darul Iman, Wisma Darul Iman atau menara Darul Iman naik tingkat 8, 9 kita dah boleh nampak rumah-rumah yang uzur dan daif di sekeliling wisma tersebut yang menjadi manifestasi bahawa ada satu jurang diantara yang mendapat kekayaan dengan projek segera dengan rakyat yang menunggu sudah hampir 50 tahun sejak kita merdeka.
Q : Gas found..
Dato’ Husam : ……adalah di betul-betul di luar pantai Kelantan, pantai Bachok, pantai Pengkalan Chepa, PM301 betul-betul dalam perairan Kelantan, sekurang-kurang ada 6 telaga yang telad disahkan ditemui, telaga gas yang sesuai untuk pengeluaran. Ikut jadual yang ada pada Petronas dia akan naik 2009, 2010, 2011, 2012 so started by 2009 kita jangka kita dapat royalty daripada gas.
Q :
Dato’ Husam : We’ll negotiate after we win this coming election this is one of the main agenda, after election, insyaallah.
Q :
Dato’ Husam : If we had that discussion I no need to review, I tak tahu tapi we have some link not discussion but sometimes, sometimes dia punya lampu nyala-nyala sikit macam tu lah
Q :
Dato’ Husam : Pak Lah won’t confirm anything, that….flight dia kadang-kadang tak boleh confirm.
Q :
Dato’ Husam : Itu kita kira satu telaga ke enam telaga. PM301 I think…tapi kalau you pergi Utusan Online buat search Petronas lepas tu dia punya you click media release you’ll find it, PM301. I think dalam Petronas release pun ada. You can find yourself.
Q :
Dato’ Husam : I want to sleep, before I know the result. Because I’m too sleepy right now. Lepas voting I think I want to sleep 24 hour, pukul 11 baru bangun.
Q :
Dato’ Husam : Normally we go to the pejabat PAS, Jalan Dato’ Pati.
Q :
Dato’ Husam : Okey yang kita luluskan dengan kerjasama Jabatan Laut, kita menggunakan jeti Jabatan Laut di Kuala Besar, sebagai starter kita luluskan kepada Kuala Besar supply base untuk memulakan pembinaan supply base bagi kegunaan exploration pengelauran production dekat joint development authority tu satu dan yang juga telah memulakan pengeluarn di kawasan Tochu Malay Basin yang telahpun mengeluarkan minyak dan gas sekali dan TMB ini adalah kawasan pertindihan Kelantan dan Vietnam, their ready started production there. Kalau tak silap saya dalam web tu ada lebih 80ribu tong sehari pengeluaran minyak but that not sure because I do this search masa saya jadi ahli Parlimen dulu so dah empat tahun setengah. My memory not that sharp, macam Tun Mahathir jugalah masuk court tak berapa ingat.
Okey, back to this question, bila ada pengeluaran di dua pelantar ini, kalau you pergi ke airport Kota Bharu pun you can see the activities of helicopter standing workers there, so kita perlukan satu tempat untuk menyediakan penghantaran keperluan-keperluan utama dan juga anak-anak buah buruh-buruh di situ. So jarak di antara kawasan ini dengan Kemaman supply base ialah 230km dan jarak di antara kawasan ini dengan Songkla pun lebih kurang 230-260km. Jadi jarak yang paling hampir ialah Kota Bharu 180km. So economic vise mereka operator ni lebih suka menjimatkan kos mereka kerana aktiviti ni ada long term basics so mereka lebih prefer untuk ada satu kemudahan di Kota Bharu. So kita strategically try to look at ourself in this proud development. So this is look local inisiative. Jabatan Laut ready agree they ready give the approval dan also landing right, Jabatan Laut melibatkan hak pendaratan which is both state government and Jabatan Laut ready agree. They will start very soon the initial investment is 100milion and the same time kita juga akan bina lima tangki simpanan minyak, storage, open petroleum storage yang ada kapasiti menyimpan dua tangki, ada kapasiti menyimpan 15juta liter minyak petrol dan dua storage lagi ada kapasiti menyimpan 15juta liter diesel dan satu tangki lagi boleh simpan 7juta liter petrol.
Q :
Dato’ Husam : Kedah alhamdulillah sambutan bukan Melayu terhadap PAS di Kedah begitu tinggi dan perbincangan awal di kalangan satu dua orang pimpinan utama ialah kita akan allocate post exco kepada calon atau wakil rakyat bukan Melayu untuk mengekalkan status quo bahawa ada participation bukan Melayu dalam kerajaan negeri Kedah jika sekiranya tidak ada apa-apa halangan kita mencapai kejayaan.
Q :
Dato’ Husam : Di Terengganu UMNO sendiri tahu dia akan kalah. Lima Ketua Bahagian tak bertanding ini adalah satu langkah bunuh diri yang dibuat oleh Pak Lah dengan menganggap pengundi luar yang mereka import pada tahun 2004 boleh top up orang panggil frustration ini. Tapi on the ground rakyat Terengganu bukan sahaja bangkit kerana isu-isu tempatan tidak ada delivery seperti yang mereka harapkan tetapi juga oleh kerana unsur perpecahan dalaman yang ketara dan jentera PAS kali ini mempunyai persiapan mental untuk menghadapi pengundi-pengundi klon tadi dan saya kira pengetahuan umum ialah kerajaan Terengganu akan bertukar tangan dengan izin Allah. I think is a general feeling. So tinggal lagi how we going to manage saat-saat akhir semasa pengundian. Pada waktu sekarang alhamdulillah sambutan adalah begitu menggalakkan. Jarang orang tanya tentang Perlis dan kalau saudara tanya tentang Perlis pun saya kata no komen. Pasal orang Perlis ni kalau nampak kita nak menang dia undur sedikit, so biarlah orang Perlis rasa relax dan Shahidan Kassim rasa dia boleh menang lagi. Tetapi saya rasa sedikit sebanyak ada peningkatan sokongan di Perlis tetapi saya bimbang ialah Pak Lah sendiri majoriti dia turun separuh saya ingat this is too bad to for him. Dia dok sibuk datang Kelantan macam pilihanraya ni Kelantan saja negeri lain tak ada pilihanraya sampai di Perak UMNO Perak complain Anwar Ibrahim pergi crowd itu besar, Pak Lah tak datang-datang, asyik Kota Bharu-Kota Bharu. Jadi ada dua hari lagilah kalau Pak Lah rasa nak relax sikit tak payah datang ke Kelantan dia boleh pergi ke Perak dan negeri-negeri lain.
Q :
Dato’ Husam : I think, I don’t like this question, that make me thirsty. Saudara boleh ambil ni sebagai souvenir saya sebelum election. Kita buat print out askar-askar yang ada dua nama yang telah mengundi pos dan nama mereka ada dalam daftar awam, dan mungkin mereka sendiri tak sempat mengundi tapi orang lain yang mengundi bagi pihak mereka. Jadi SPR belum lagi datang dengan penjelasan, yang keluar hari ini rumah Pengerusi SPR kena tabur cat. Saya ingat that is important, but I think this is bigger than rumah kena cat apalah, gimik-gimik macam tu saya rasa unnecessary gimik. Kalau betul orang hantar cat pun simpanlah lepas pilihanraya baru cerita. Ini lebih urgent, yang lebih kena attend kena selesaikan. Rumah tabur cat ni budak-budak main, common lah, sape nak pergi lempar cat rumah Tan Sri. Cat tu mungkin cat dakwat yang SPR tak jadi guna ke…cat colour merah? Cat boleh beli mana-mana India pun ada jual cat.
Q :
Dato’ Husam : Yes, I think hari ini petang sikit kita boleh bagi surat rasmi kita pada SPR tentang isu ini.
Q :
Dato’ Husam : Position parti lain saya tak perasan. Yang ni yang Kelantan saja.
Q:
Dato’ Husam : Tak fikir pula saya soalan ini, tak boleh komenlah, saya tak fikir lagi. Patut-patut Pengerusi SPR letak jaweatan tapi Mafrel pula letak jawatan terbalik pula, frust la tu, dia frust. Tapi nampak BN pun happy, tu pelik saya. Patutnya BN pun frust. Tapi dia nampak happy pula bila dakwat itu batal. Dalam investigation biasa yang terima manfaat tu dia kalau ada macam pembunuhan ke, so yang terima benefit daripada tu biasa tu yang suspect mula-mula polis cari. Sekarang ni bila dakwat batal ramai orang sedih, kecewa, rasa berat hati…macam Dr Agus sorry to code him, immediately malam tu dia call dan dia menangis by phone. So that his feeling kerana pembatalan dakwat tu. Dr Agus bukan ahli PAS. Dia hanya lecturer biasa, Kelantanese. Sebelum ni dia biasa dengan saya, rapat dengan dia kerana dia dulu pengundi saya di Kijang. Tapi dia tak pernah affiliate dengan PAS secara terbuka. Tapi bila SPR umumkan pembatalan dakwat tersebut immediately dia call saya dan menangis by phone. So Pak Lah yang ada telinga besar tadi kena dengarlah rintihan-rintihan, tangisan-tangisan seperti ni. Kalau telinga besar tutup telinga tak jadi juga.
Q :
Dato’ Husam : Public arrest tu bolehlah sikit. Tapi saya ni jenis penakut sikit. Pagi esok, pagi Jumaat pukul 3 pagi kita sembahyang hajat. Bagi Malaikat arrest dia lah lagi baiklah insyaallah. Kalau doa kita mustajab Malaikat boleh arrest dia, terbuka pintu hati dia tak nak buat jahat dan kalau dia buat jahat selamat hari tu tak mesti dia selamat bila-bila. Hari mengundi selamat, tapi esok lusa mungkin ada benda-benda tak baik berlaku kerana doa orang yang dizalimi akan berterusan kita kena doa terus bukan doa tu jalan satu hari minta terus datang, bukan macam kita magik. Tapi doa-doa pejuang-pejuang yang dianiaya ini akan dimakbul oleh Allah swt. Saya rasa ini pun satu pendekatan, kalau misal kata ada orang awam yang berjumpa dengan bukti-bukti kukuh mereka nak tahan, saya tak boleh buat apa kerana saya bukan Ketua Polis Negara. Tapi saya sendiri tak boleh lah, saya tak berani. Arahan, kita tak ada arahan tapi kalau berlaku juga itu spontan maknanya kita nak buat macam mana.
Hari ini hari terakhir kan, so esok tak payah jumpa lah kan. So saya doakan saudara/i semua dapat melaksanakan tugas dengan saksama pada saat-saat terakhir ini. Dan saya berharap insyaallah keharmonian yang kita bentuk di Kelantan ini berkekalan. Dan kita akan adakan satu majlis meraikan saudara/i semua jika kita menang sekali lagi di Kelantan. So hopefully kalau ada invitation boleh datanglah.
Kalau andaikata kami tewas kerana factor-faktor di luar kawalan saya harap penyokong-penyokong kita bersabar. Okey, terima kasih.
Arak: Pak Lah suka diarak dan pekena Arak
Posted on Friday, March 07 @ 08:42:02 MYT by SongkokPutih
Oleh alhusseyn
"Pak Lah yang suka diarak kesana kemari rupa-rupanya memang sungguh dia suka kena arak dan 'pekena' ARAK -air Syetan itu!
Orang utara suka kata: Jom mai pi 'pekena' arak - dan mungkin itulah yang diungkapkan oleh presiden Korea Selatan , Moh Hoo-Hyun sewaktu lawatanya kesana pada23 Ogos 2004 yang lalu.Gambar tersebut telah dirakamkan oleh Ahn Young Joon dari AFP/Getty Images
Pernah sekali itu konon-kononya Umno marah apabila iklan arak diStraits Times sebelah menyebelah dengan gambarnya.Ini berikutan laporan penyiaran iklan arak yang dimuatkan bersebelahan dengan muka Abdullah sendiri dalam akhbar New Straits Times (NST) seperti yang dilaporkan oleh laman web Agendadaily, dengan tajuk :
Perdana Menteri terkejut tengok iklan bir di NST…
Alahai ...lihatlah lakonan para pembodek! Tengoklah sendiri telatah para pemimpin Umno yang kononnya amat marah dan membantah tentang penyiaran iklan tersebut
Alahai lakonan para pembodek! Tengoklah sendiri telatah para pemimpin Umno yang kononnya amat marah dan dan membantah tentang penyiaran iklan tersebut
Apakah riaksi orang-orang Umno bila melihat gambar Abdullah sendiri menatang arak seperti gambar disini? Marahkan juru gambar atau patut marahkan diri sendiri kerana menyokong Abdullah memBABI buta selama ini!
Pak Lah yang terkenal dengan imej 'Mr Clean' seorang IMAM HADHARI dan Pengerusi OIC -satu badan Islam antara bangsa , sanggup mencemarkan imej beliau sendiri. Selain kes suka 'meraba' dan berparti dan berpesta , rupa-rupanya dia juga kaki deguk arak ....
Beginikah rupanya Imam Hadari yang disanjung selama ini?Mereka yang menyanjungi Pak Lah patut melihat photo ini supaya dapat mengenali peribadi beliau yang sebenarnya.Patutlah dia selalu tidur....rupa-rupanya kaki dengung!
Dato’ Husam : I want to sleep, before I know the result. Because I’m too sleepy right now. Lepas voting I think I want to sleep 24 hour, pukul 11 baru bangun.
HUSAM, NIAT NAK TIDUR 24 JAM ADALAH NIAT NAK BUAT DOSA (NIAT NAK TINGGAL SOLAT). KALAU TAK BUAT DAH BERDOSA DENGAN NIAT, KALAU BUAT TAMBAH LAGI DOSA MEMBUAT.
Magnum sumbang RM5 juta khas untuk kempen Pak Lah di Kepala Batas
Posted on Thursday, March 06 @ 21:47:25 EST by reformis
KOMEN: Gambar-gambar Pak Lah Badawi melayan mesra tetamu, termasuk Michelle Yeoh, dalam majlis di rumahnya sudah tersebar di merata tempat. Okeylah, itu watak Pak Lah yang penyayang dengan semua orang!
Sekarang terdedah pula Pak Lah menerima sumbangan taukeh-taukeh judi membantu kempen BN, khususnya di kawasan Parlimen Kepala Batas sendiri. Daripada syarikat judi 4 Nombor Ekor, Pak Lah menerima RM5 juta, begitu juga dengan Najib, dan Johari Baharom. Pegawai 4 No Ekor itu sendiri yang membawa duit berkenaan ke rumah Pak Lah di Kepala Batas.
Soalnya, itu sudah tak jadi perkara besar yang mengejutkan lagi. Orang ramai mungkin sudah tak kisah dengan perangai Pak Lah yang boleh buat apa saja atas nama agama. Soal sumbangan judi bukannya isu besar, macam minum air sejuk saja buat Imam Hadhari ini.
Syarikat judi biayai kempen pilihan raya BN
Harakahdaily
Thu | Mar 06, 08 | 5:14:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Bukan menjadi satu rahsia apabila syarikat-syarikat judi menghulurkan bantuan dana kepada jentera pilihan raya BN khususnya dalam menghadapi saat-saat genting pilihan raya umum.
-->
Keghairahan taukeh-taukeh judi menyalurkan bantuan kewangan kepada BN tidak sukar untuk difahami memandangkan dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan di peringkat pusat dan negeri, hayat syarikat-syarikat judi ini akan terjamin sama ada dalam konteks perlesenan perniagaan mahupun perlesenan premis perjudian.
Harakahdaily menerima maklumat berhubung modus operandi taukeh-taukeh judi dalam membiayai kempen pilihan raya BN termasuk Umno.
Menurut sumber, bagi calon-calon beragama Islam, pembiayaan dibuat secara tunai dan diserahkan kepada calon atau wakil mereka di premis ataupun di penthouse milik syarikat perjudian; manakala bagi pemimpin-pemimpin BN bukan beragama Islam, pembayaran dibuat menerusi cek.
Taktik ini dirancang bagi mengelak pembiayaan syarikat judi kepada calon-calon BN beragama Islam dikesan.
Menurut sumber, sehari sebelum Parlimen dibubarkan, satu syarikat judi tempatan yang diterajui seorang warganegara asing telah menyalurkan jutaan ringgit kepada calon-calon BN tertentu.
Wang dalam bentuk tunai dikeluarkan melalui Bank Negara dan diserahkan kepada calon atau wakil calon di penthouse milik syarikat terbabit bertempat di Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini.
Antara calon-calon BN beragama Islam yang mendapat pembiayaan syarikat judi itu adalah pendokong Islam Hadhari di Pulau Pinang, pelopor konsep Melayu glokal di Pahang dan seorang ahli Kabinet BN yang bertanding di kawasan Parlimen di Kedah.
Pembiayaan untuk seorang calon bukan Islam dibuat melalui cek dan dihantar ke ibu pejabat parti komponen BN itu, dekat sini.
Jumlah pembiayaan kepada empat pemimpin BN itu dilaporkan mencecah RM17 juta.
Syarikat judi terbabit juga, menurut sumber menyalurkan kewangan kepada individu-individu tertentu yang lantang mengkritik Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang kempen pilihan raya. Jumlah sumbangan dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
Pembiayaan syarikat judi terhadap kempen pilihan raya BN menimbulkan dua isu. Pertama, dari segi pelanggaran had perbelanjaan berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu RM50,000 di peringkat Dewan Undangan Negeri dan RM100,000 di peringkat Parlimen.
Kedua dari segi hukum syarak yang mengharamkan segala bentuk hasil daripada aktiviti perjudian.
Sekarang ni bila dakwat batal ramai orang sedih, kecewa, rasa berat hati…macam Dr Agus sorry to code him, immediately malam tu dia call dan dia menangis by phone. So that his feeling kerana pembatalan dakwat tu. Dr Agus bukan ahli PAS. Dia hanya lecturer biasa, Kelantanese. Sebelum ni dia biasa dengan saya, rapat dengan dia kerana dia dulu pengundi saya di Kijang. Tapi dia tak pernah affiliate dengan PAS secara terbuka. Tapi bila SPR umumkan pembatalan dakwat tersebut immediately dia call saya dan menangis by phone. So Pak Lah yang ada telinga besar tadi kena dengarlah rintihan-rintihan, tangisan-tangisan seperti ni. Kalau telinga besar tutup telinga tak jadi juga.
MAT AGUS MENANGIS? BIAR BETUL? KALAU BETUL, HUSAM MEMANG TAK BETUL, SANGGUP MENYUSAHKAN KAWAN DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA. LIHATLAH NANTI, MAT AGUS AKAN DIKENA TINDAKAN OLEH UKM! KAN BETUL APA AMBO KATA DULU, HUSAM HEBAT MASA JADI MP KERANA DIA BAYAR MAT AGUS BUAT RESEARCH DAN SEDIA SPEECH UNTUK DIA?
Dato’ Husam : Public arrest tu bolehlah sikit. Tapi saya ni jenis penakut sikit. Pagi esok, pagi Jumaat pukul 3 pagi kita sembahyang hajat. Bagi Malaikat arrest dia lah lagi baiklah insyaallah. Kalau doa kita mustajab Malaikat boleh arrest dia.
MACAM MANA MALAIKAT TANGKAP PENGUNDI HANTU, HUSAM WEI? MELALUT DAH HUSAM NI.
Dan kita akan adakan satu majlis meraikan saudara/i semua jika kita menang sekali lagi di Kelantan. So hopefully kalau ada invitation boleh datanglah.
Kalau andaikata kami tewas kerana factor-faktor di luar kawalan saya harap penyokong-penyokong kita bersabar.
DUA AYAT NI:
1. jika kita menang sekali lagi di Kelantan
2. Kalau andaikata kami tewas
AYAT2 ORANG NGAKU KALAH ATAU KURANG2 TAK YAKIN MENANG. SIAP MINTA PENYOKONG2 BERSABAR LAGI TU, MACAM DAH TAU AKAN KALAH JE BUNYINYA!!
Dato’ Husam : Public arrest tu bolehlah sikit. Tapi saya ni jenis penakut sikit.
MEMANG HUSAM PENAKUT PUN!! SIAP NGAKU PULAK TU DIA PENAKUT, HA HA HA.
kalau dia buat jahat selamat hari tu tak mesti dia selamat bila-bila.
SAMA LA DENGAN ENTA HUSAM, ENTA BUAT JAHAT KAT ORANG MASIH SELAMAT SEKARANG TAK MESTI SELAMAT SAMPAI BILA2.
doa orang yang dizalimi, doa-doa pejuang-pejuang yang dianiaya ini akan dimakbul oleh Allah swt.
SAMA JUGA DOA ORANG2 DIZALIMI ENTA MACAM ANA DAN KWN2 ANA ANA YAKIN AKAN DIMAKBUL OLEH ALLAH JUGA.
Semuanya sudah bersiap sedia... mlm ni saya nak rehat... tunggu operasi pilihanraya esok. Esok tak tahu lagi macam mana... bimbangnya kelancaran komunikasi terganggu hingga gagal menguruskan statistik esok.
InsyaAllah... 2008 benar2 menjadi tahun melakukan perubahan di Kelantan.
dan bagi kami di Bachok, yang sekian lama tersohor sebagai antara jajahan termundur di Kelantan turut menanamkan tekad untuk melakukan perubahan yang besar... dengan matlamat yang berpijak di bumi nyata, bukannya hanya sekadar merenung indahnya cahaya bulan purnama yg sebenarnya hanyalah membiaskan cahaya dari matahari.
Selamat mengundi kepada seluruh warga Kelantan.... undi anda akan menentukan masa depan Kelantan yang lebih gemilang.
SATU UNDI UNTUK KELANTAN
KELANTAN BARU... KELANTAN MAJU
BACHOK BARU... BACHOK MAJU
DATO' AWANG ADEK MENTERI BESAR BARU KITA.... ORGHE KAMPUNG KITA!
Pak Lah minum arak? Zaman sekarang semua orang minum air arak...termasuk anda..tak percaya..bahkan penjual makanan dan minuman pun gunakan air arak..kalau di majlis kenduri minuman untuk tetamu juga di sediakan air arak..sebenarnya kita gunakan air tong yang diarak(usung) kesana dan kesini dari kedai kerumah...dari kedai ke restoran..yang pastinya air yang di arak kesana dan kesini itulah menjadi minuman yang popular sekarang ini...Itu hanyalah gurauan bos kami bila melihat kami mengusung air tong.
Post a Comment