Saya tidak berhasrat mahu mendorong penyilau-kelih blog ini memilih mana-mana parti kerana bagi saya sama ada pembangkang atau kerajaan, kedua-duanya tetap mempunyai peranan dan fungsi yang sama demi untuk kepentingan negara.
Bagi saya mengundi pembangkang mahu pun parti kerajaan akan ada pahala dan dosanya, bergantung kepada kita sama ada mengundi untuk mendapat pahala atau dosa kerana segala-galanya bermula dari niat.
Di sini saya mahu ulangi supaya pagi-pagi esok, kita pergi ke tempat mengundi dalam keadaan berwudhu' dan berdoa agar Allah memberi petunjuk agar kita membuat pilihan yang tepat dan mendatangkan pahala.
Jangan lupa memangkah dengan membaca Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah serta bersedia dalam bentuk fizikal dan mental untuk menerima keputusan sebagaimana yang telah disurat dan ditkadirkan-Nya.
Berkempen dan membuat pilihan hanyalah berbentuk ikhiar yang dituntut, namun kalah menang akan tertakluk kepada apa yang telah tersurat dan ditakdirkan-Nya. Mempersoalkan keputusan yang tidak selari dengan apa yang kita harap, firasat dan jangkanan bermakna kita mempertikaikan suratan dan takdir-Nya.
Kalangan yang beriman dan bertaqawa tidak akan manggak dengan kemenangan yang diarih dan tidak akan berdukacita, bersedi, berwalang hati, ada rasa murih, curiga dan wasangka berhubung proses kekalahan kerana segalanya tidak akan berlaku tanpa izin-Nya.
Bila Allah surat dan takdirkan kita kalah, secara hakikat dan makrifatnya itulah yang terbaik untuk kita dan jika kita menang, juga secara hakikat dan makrifatnya itulah yang terbaik untuk kita.
Kalau menang boleh mendatangkan dosa dengan kemungkinan kita akan jadi sombong, angkuh, bongkak, takbur, lupa diri dan mengambil kesempatan memenuhi kepentingan diri dan kroni, maka kalah adalah lebih baik kerana jika kita redha menerima kekalahan kita tetap akan mendapat pahala, namun kita tidak redha dan menuding sana-sini sebagau unca kekalahan kita tanpa kita sendiri memuhasabah diri mencari kelemahan sendiri, kita bukan sahaja kalah tetapi berdosa dalam kalah.
Antaranya mungkin dalam terlalu sibuk berkempen kita lewat tunai sembahyang kalau pun tidak ada adakalanya sampai kita terlupa sembahyang...kita terlupa untuk berzikir, bertasbih dan beristighafar seperti biasa menjadi kesibukan kita berkempen kita berenggang dari Allah. Jika itu berlaku ia juga boleh menyumbang kepada kemungkinan kita kalah.
Semasa berkempen ada kemungkinan kita menggunakan cara, pendekatan atau menggunakan perkataan-perkataan terlarang dari sudut Islam, juga boleh menyumbang kepada kemungkinan kita kalah. Ertinya kalau kalah ada hikmah, kalau menang pun ada hikmahnya.
Dengan harapan semuga kita ke tempat mengundi dan mengundi dengan dada yang lapang, perasaan yang tenteraman dan fikiran yang tenang esok, maka saya teruskan dengan komen-komen yang dihantar untuk diresponi, dimulakan dengan 2 daripada 4 komen yang dihantar melalui posting RKJ RESPON (15) yang belum saya respon yakni;
1. Naufal said...
Bangunan UMNO Negeri Kelantan dibanjiri oleh kaum cina di sekitar Kota Bharu. Seramai 300 orang kebanyakkan menerima SMS Palsu dan panggilan telefon dari orang tidak dikenali supaya datang ke Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk menyemak daftar Pemilih dan diberi wang sebanyak RM 50 daripada Dato’ Fatmi (Calon Parlimen Kota Bharu) dan Ir Tan Ken Ten (DUN Kota Lama).Ini merupakan satu SMS yang tidak bertanggungjawab yang merupakan satu psywar pihak PAS untuk memecahkan undi Kaum Cina kepada Barisan Nasional. Satu Laporan Polis telah dibuat di Pejabat Polis Daerah Kota Bharu berkenaan SMS Palsu ini. PAS sekarang telah terdesak dan sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan ini. Adakah ini mainan Husam????..Ini kerana pada pukul 2.00 pagi telah muncul di Blog anak didik Husam iaitu Kickdefella berkenaan cerita ini. Cerita yang mengatakan Kickdefella melalui jalan di bangunan UMNO adalah tidak masuk akal. Siapa yang tidak kenal dengan Kickdefella, Ahli UMNO yang dibayar oleh PAS ini?? Mungkin husam telah lama merancang tentang ini...tetapi sesiapa yang menghantar SMS jahat dan palsu ini telah menganiyai pengundi Cina yang tua, tidak berdaya untuk datang menuntut wang yang entah dari mana. Beginilah sifat Parti PAS yang bertopengkan ISLAM. Beginikah sikap / mainan Politik PAS?..Kemana hala tuju parti PAS selepas ini??..PAS sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan politik mereka..mereka mengamalkan politik menghalalkan cara. Adakah ini Parti yang anda Pilih..?????????? Fikirkanlah.
MKJ RESPON: Taktik dan taknik sedemikian tidak akan dilakukan oleh mereka yang bermoral, yang ada iman dan taqwa. Pilihanraya adalan sesuatu yang serius...bukan satu bidang jenakarama.
Ingatlah bahawa kalau kemenangan yang diraih kerana tipu...kerana perlakuan yang tidak jujur, maka kemenangan itu tidak halal...wakil rakyat yang menang akan menang dalam keadaan tidak halal...elaaun yang diterima tidak halal dan ianya akan berada dalam keadaan tidak halal selagi ianya tidak bertaubat nasuha dan menyerahkan kembali kerusi yang dimenangi.
Ini berdasarkan pandangan saya yang tidak berapa banyak ilmu dalam bidang agama dan saya mohon alim ulamak menafikannya jika pandangan saya tidak betul. Bagi saya kalau kita mendakwa berpolitik secara Islam tetapi melakukan penipuan dan tindakan yang tidak dihalalkan oleh Islam, kita akan dikifarahkan dengan kekalahan.
Seronok kerana berjaya membuat penipuan bukan suatu kercerdikkan dan kebijaksanaan sebenarnya tetapi ianya adalah suatu kebodohan, kebangangan dan kebahlolan kerana apa yang dilakukan adalah berdosa. Orang yang buat dosa bukan cerdik walaupun kepalanya botak tanpa seurat rambut tanda cerdik dan memiliki berkandaran diploma dan degree sebagai tanda kencedekiawanannya.
Apa yang belaku sebagaimnana yang anda laporakan adalah hasil pemikiran, rangka dan kerangka berpolitik, propaganda dan geraksaraf mereka yang terdesak serta mereka yang rosak moral, iman dan taqwa...parti politik bukan dapat laba tetapi akan ditimpa dan petaka oleh ahli atau pekerja parti jenis sedemikian itu.
March 6, 2008 10:55 PM
2. sham said...
Walaupun saya bukan org Kelantan, tapi saya seronok dapat membaca pelbagai komen dan pandangan di dlm blog ini yang dapat memberi sedikit-sebanyak pengetahuan mengenai kelantan kpd saya.
MKJ RESPON: Tujuan blog ini pun adalah untuk menyalurkan informasi-informasi berguna untuk penyilau-kelih blog ini atau yang membaca fotostat print-out teksnya.
Anda pun boleh hantar komen apa sagaja (bukan sekadar isu-isu yang berkaitan dengan politik sahaja) untuk tatapan bersama. Kalau yang anak komen itu menjadi ilmu baru kepada penyilau-kelih blog ini, maka anda akan dapat pahala kerana telah mengilmukan orang lain dengan ilmu yang anda miliki.
Berikut pula adalah komen-komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON (16) yakni;
10 comments:
1. Anonymous said...
Transkrip sidang media Dato' Husam Musa 06/03/08 Written by Siti Masitah Mohamed Friday, 07 March 2008 Dato; Husam : Assalamualaikum…Pada pagi ini saya ambil kesempatan bagi pihak PAS negeri Kelantan untuk ucap terima kasih kepada Tun Mahathir dalam interview khas eksklusif dengan Malaysiakini yang disiarkan pada malam tadi telah meramalkan insyaallah Kelantan akan kekal dengan PAS pada 8hb ini. Berdasarkan pengamatan beliau, beliau yakin Barisan Nasional tidak akan berjaya merampas, dia bukan datang nak pujuk orang Kelantan tapi dia datang nak serkup Kelantan. Jadi ini adalah satu approach yang tidak diterima rakyat Kelantan. Orang Kelantan dia suka orang yang berbudi bahasa. Kalau kasar, kalau tunjuk angkuh ataupun gedebe bagi bahasa Kelantan, dia tak heran. Kalau baik hati orang panggil jughuh la orang Kelantan panggil, itu dia mudah terpaut. Jadi kenyataan Tun Dr Mahathir itu sekali lagi pada pendapat saya, adalah refleksi daripada gambaran umum yang diperolehi di semua peringkat bahawa PAS di Kelantan dan di seluruh Malaysia serta parti-parti pembangkang yang lain sedang mendahului Barisan Nasional di sesetengah tempat dan sedang mendapat sambutan hangat di tempat- tempat yang selama ini tidak menjadi harapan PAS seperti Parlimen Titiwangsa yang telah saya sebutkan. Kedua saya ingin update saudara/i mengenai dengan pengundi luar Kelantan. Angka terbaru yang keluar pada pagi ini ialah registered dengan ibu pejabat UMNO tingkat 26 bangunan PWTC pukul 6 pagi tadi ialah 21,000 orang. Dan mereka akan dilepaskan balik dengan bas secara rasmi oleh Jeneral Husaini pada jam 9pagi esok di Bukit Jalil. Alhamdulillah kita mempunyai senarai penuh 21,000 orang pengundi ini dan kita yakin mereka adalah pengundi yang smart. Sebahagian besar adalah penyokong PAS tapi mereka pergi ambil voucer wang tunai untuk didermakan kepada pengundi-pengundi di kampung mereka masing-masing. Insyallah. Yang penting disini ialah Presiden UMNO telah menyebut ada 80,000 orang pengundi luar Kelantan yang akan balik dan angka yang sama disebut oleh menantu beliau, saudara Khairy. Kali ni nampak ada persamaan antara figure bapa mertua dengan menantu, sekarang bila 21,000 yang berdaftar dengan PTWC tingkat 26 bermakna ada 60,000 lagi short jadi 60,000 ini dijangka pengundi yang tidak legitimate yang akan diangkut ke Kelantan dengan berbagai cara dan kita akan mengawasi mereka sepenuhnya dengan cara baik, kita tak ada kuasa nak halang mereka cara kekerasan. Antara lain kita akan letakkan sepanduk-sepanduk yang lebih kurang maksud supaya mereka insaf dan takut dengan laknat Allah kerana mereka bukan pengundi yang sah dan mereka datang untuk mengalahkan suara rakyat ini satu perbuatan durjana yang tidak patut diizinkan dan perbuatan ini tidak akan diampunkan oleh pengundi-pengundi yang sah dunia dan akhirat. Oleh itu kita berharap mereka dapat berfikir semula. Sebahagian daripada 60,000 pengundi ini adalah pada pendapat saya ini pengundi bertindih, Alhamdulillah pada pagi ini kita dapat senarai penuh pengundi tentera secara pos di seluruh negarta di semua kem-kem yang telah tidak dibekalkan oleh SPR tetapi Alhamdulillah rangkaain kita diseluruh negara mempunyai akses tersebut dan kita mempunyai senarai penuh nama-nama ini bersekali no IC tentera mereka dan sebahagian telah dapat kita mengesan mempunyai nama bertindih sebagai pengundi awam bermakna seorang pengundi mempunyai peluang mengundi sebanyak dua kali dan ini boleh ditafsirkan sebagai satu kedudukan di mana elector role kita telah dijangkiti satu virus yang sangat dahsyat yang boleh meruntuhkan sistem demokrasi kita yang membawa keamanan dan kemakmuran untuk kita selama 50 tahun sejak kita merdeka. Langkah yang kita ambil hari ini ialah menghantar senarai ini kepada peti-peti undi untuk mereka menyemak secara manual pertindihan ini dan ditandakan di atas buku daftar pemilih yang akan digunakan oleh poly agent kita sebagai rujukan di pusat mengundi dan Insyaallah kita cuba berunding dengan SPR di pusat mengundi untuk menghalang mereka secara baik daripada mengundi kerana mereka mempunyai dua nama di undi pos satu dan undi awam satu dan mereka telahpun sepatutnya mereka mengikut peratuaran mengundi secara pos. Kalau kita menghalang pengundi ini secara berperaturan dan secara rundingan kerana kita mengenalpasti mereka, mengecam mereka dan mungkin kita juga merakam pergerakan ataupun gambar mereka secara sulit macam yang berlaku pada Chua Soi Lek di mana secara tidak disedari ada satu cctv yang merakamkan aksi pengundian ataupun pengundi ini. Kita yakin Insyaalah kita akan dapat mengurangkan potensi pengundi yang diseludupkan atau zombie atau klon voters ini daripadA mengundi. Ada soalan sebelum kita pergi lebih lanjut. Q : Dato’ Husam : We communicating with them, keep up date us gerakan mereka, siapa bos mereka. Alhamdulillah ini saya rasa ini satu contoh orang Kelantan adalah smart voters kalau tidak tak ada challenge, tak ada…saya boleh updatekan saudara perkembangan bilik gerakan BN ini dengan kerusi-kerusi yang mereka kategorikan sebagai kerusi hitam, kerusi kelabu dan kerusi putih. Bagi mereka ada 7 kerusi hitam legam, Insyaallah Alhamdulliallah, dan 13 kerusi kelabu. Hitam campur kelabu jadi 20 kerusi. Dan hitam kelabu itu kategori mereka, tadi hitam-solid… black… black is beautiful tapi lepas tu yang hitam manis, hitam manis ni saya tambah hitam manis lah, tapi dalam kategori dia kelabu; ada 13 dan hitam kelabu ada 6, so means 26 state seat yang kita pertarungkan pada kategori bilik gerakan BN sehingga hari ini. Ialah kawasan hitam, dan hitam kelabu bercampur kelabu. Parlimen yang hitam bagi UMNO ada 2, yang kelabu bagi UMNO adalah 6, yang kelabu hitam ada 2 jadi lebih kurang ada 10 kerusi Parlimen yang boleh dikategorikan sebagai suram oleh UMNO. Dan kalau saudara rasa tak percaya dengan maklumat saya, saudara boleh tanya dengan pemimpin UMNO saya rasa bila mesej ini sampai footage ini disampaikan kepada bilik gerakan UMNO yang sedang observe PC kita, Insyaallah tepat apa yang telah saya sebutkan. Q : Dato’ Husam : Kelabu is not 50-50, kelabu is PAS leading. Hitam tu memang dia tak boleh penetrate jadi kita ada masa dua hari lagi untuk menutup kubu kita Insyaallah dan mengekalkan momentum yang sedia ada serta fokus kita ialah pada pengundi yang tidak legitimate tadi secara yang bijaksana Insyaallah kita akan boleh capai kemenangan walaupun usaha-usaha yang begitu dahsyat telah dilakukan untuk merampas Kelantan dengan cara-cara di luar garis pertandingan biasa. Q : Dato’ Husam : Jangan tanya soalan berat, berat (ketawa). Masalah kita untuk beri secara terus terang kedudukan di seluruh negara ialah kita bimbang ada sadback dari segi kebimbangan pengundi bukan Melayu yang sedang berjinak dengan PAS dan parti-parti pembangkang Meraka pada asasnya tak nak BN hilang kauasa tetapi mereka suka ada perimbangan antara pembangkang dan kerajaan mereka lebih prefer satu balance di mana kerusi majorit BN dikurangkan. Tetapi tidak sampai kepada satu keadaan kerajaan berubah jadi saya tak boleh berterus terang disini. Tetapi pada keseluruhannya fenomena tiga bangsa besar, tiga ras besar, bukan bangsa, bangsa kita adalah bangsa Malaysia tiga ras besar di negara kita pertama kali bergabung tenaga adalah fenomena baru. Yang sangat kita hargai dan ini adalah tanda positif PAS boleh diterima untuk menerajui multiracial society dalam negara kita dan kita mempunyai asas multiracial approach yang menguntungkan semua pihak. Saya rasa kerana itu saya tidak akan memberikan angka tersebut tetapi telah saya sebutkan tiga empat bulan yang lepas bahawa kali ini pertandingan adalah serata dan setara kita tak ada satu negeri tumpuan yang utama tetapi kita ada kebangkitan yang setara di seluruh negara. Kebangkitan ini bukan kerana PAS kuat, DAP kuat, Keadilan kuat tetapi kerana kebangkitan dan tuntutan rakyat terhadap kelekaan dan kelenaan BN selama empat tahun yang telah menodai harapan tinggi pada tahun 2004, dalam isu-isu rasuah, jenayah, kebajikan rakyat isu-isu governance termasuk pengagihan projek-projek yang tertumpu pada kronisme kroni-kroni tertentu dan tidak melalui proses prudent. Erosion dalam judiciary juga dan janji-janji reform dalam polis telah diabaikan. Jadi satu needs satu keperluan untuk kita bangkit. Q : Dato’ Husam : Tiap-tiap malam dia jalan dengan saya dan dia yang pandu saya masuk, dia buat declarasion terbuka. Saya ingat usaha untuk memecahbelahkan PAS saya rasa childish pada peringkat ni. Q : Dato’ Husam : ….gas ni saya, saya sayang nak beritahu nanti UMNO gila nak ambil Kelantan pula, tapi natural resources yang ada di Kelantan adalah satu factual yang tidak boleh dinafikan dan sebab itu kita menekankan wakil rakyat yang hendak dipilih mestilah seseorang yang mempunyai latar belakang kejujuran dan amanah. Sekiranya mereka peniaga-peniaga yang mempunyai track rekod yang agak buruk seperti menjual projek ada masalah kewangan, ada hutang yang besar, blacklisted dengan bank-bank, ada sivil … …di mahkamah kerana projek yang dijual bertindan. Ini satu ancaman kepada khazanah negeri Kelantan. Kita edarkan pada hari ini finding yang telah proven bukan satu imagination dan ini sebahagian ada di siar dalam media juga cuma kita compilekan dan put in order. Macam kawasan joint development authority dengan Thailand ini adalah fakta yang telah diketahui umum ada 13 trilion…..gas yang boleh tahan pengeluarannya untuk 7 generasi, dan hasil royalty minyak yang kita projected jika 5 percent dibayar kepada kerjaaan negeri Kelantan daripada… Malaysia kita tak ambil …Thailand kerana ini adalah JV 50-50 Malaysia – Thailand, 5% of that 50% royalty yang akan dibayar untuk 7 generasi tadi dengan harga current prize 7.8 dolar satu metrik…..dengan harga minyak satu barrel dia akan mendatangkan royalty pada negeri Kelantan untuk 7 generasi bukan sekarang ya, bukan esok boleh dapat terus unutk keseluruhan jangka masa tersebut iailah 121 trilion, bukan billion. Nanti Pak Lah terkejut pula, biasa dia suka billion saja, sekarang dah naik trillion. Jadi oleh kerana itu kita memerlukan satu kerajaan yang jujur yang boleh menjaga amanah ini dan model Terengganu tidak relevan dengan Kelantan. Model Terengganu ialah hasil minyak 1.2 bilion satu tahun, dia masih duduk dalam ranking kedua termiskin di Malaysia dan rumah-rumah rakyat masih lagi miskin, sampan yang digunakan masih lagi sampan tradisi pakai kolek, pergi tangkap ikan pakai perahu kecil lautnya luas, hasil laut begitu banyak, nelayan hanya pergi pagi balik petang, ini tidak ada satu transformation struktur masyarakat ke arah industri perikanan dan industri lain yang relevan dengan mereka. Format ini ataupun model ini adalah tidak sesuai dengan negeri Kelantan, di mana fokus utama kerajaan Terengganu ialah membina projek cepat, instant projek secara runding terus yang dianggap projek-projek mega yang tidak berpijak di alam nyata, masjid-masjid yang besar tapi rakyat masih lagi miskin. Di bawah prinsip Islam kerajaan tidak boleh bermewah dengan projek-projek mega sebelum kemudahan asasi rakyat dipenuhi jika sekiranya negeri tersebut mempunyai sumber yang mencukupi. Ini prinsip governance Islam. Pada masa Saidina Umar Al Khattab memerintah wilayah Islam telah berlaku semasa kemarau di mana setengah penduduk di setengah wilayah Islam itu tidak mempunyai makanan yang cukup kerana bekalan makanan kekurangan dalam pasaran. Kerajaan Islam di bawah Saidina Umar telah mengeluarkan satu degree kerajaan bahawa binatang ternakan tidak diizinkan makan gandum dan buah tamar sehingga semua rakyat dia, Islam atau bukan Islam mencukupi keperluan asas mereka. Jadi kalau Saidina Umar hidup di Terengganu saya rasa beratlah kerajaan Terengganu pasal dia bina masjid dengan harga beratus juta tapi rumah-rumah rakyat masih lagi daif. Kalau saudara tak percaya boleh pergi sekitar Darul Iman, Wisma Darul Iman atau menara Darul Iman naik tingkat 8, 9 kita dah boleh nampak rumah-rumah yang uzur dan daif di sekeliling wisma tersebut yang menjadi manifestasi bahawa ada satu jurang diantara yang mendapat kekayaan dengan projek segera dengan rakyat yang menunggu sudah hampir 50 tahun sejak kita merdeka.Q : Gas found..Dato’ Husam : ……adalah di betul-betul di luar pantai Kelantan, pantai Bachok, pantai Pengkalan Chepa, PM301 betul-betul dalam perairan Kelantan, sekurang-kurang ada 6 telaga yang telad disahkan ditemui, telaga gas yang sesuai untuk pengeluaran. Ikut jadual yang ada pada Petronas dia akan naik 2009, 2010, 2011, 2012 so started by 2009 kita jangka kita dapat royalty daripada gas. Q : Dato’ Husam : We’ll negotiate after we win this coming election this is one of the main agenda, after election, insyaallah. Q : Dato’ Husam : If we had that discussion I no need to review, I tak tahu tapi we have some link not discussion but sometimes, sometimes dia punya lampu nyala-nyala sikit macam tu lah Q : Dato’ Husam : Pak Lah won’t confirm anything, that….flight dia kadang-kadang tak boleh confirm. Q : Dato’ Husam : Itu kita kira satu telaga ke enam telaga. PM301 I think…tapi kalau you pergi Utusan Online buat search Petronas lepas tu dia punya you click media release you’ll find it, PM301. I think dalam Petronas release pun ada. You can find yourself. Q :Dato’ Husam : I want to sleep, before I know the result. Because I’m too sleepy right now. Lepas voting I think I want to sleep 24 hour, pukul 11 baru bangun. Q : Dato’ Husam : Normally we go to the pejabat PAS, Jalan Dato’ Pati. Q : Dato’ Husam : Okey yang kita luluskan dengan kerjasama Jabatan Laut, kita menggunakan jeti Jabatan Laut di Kuala Besar, sebagai starter kita luluskan kepada Kuala Besar supply base untuk memulakan pembinaan supply base bagi kegunaan exploration pengelauran production dekat joint development authority tu satu dan yang juga telah memulakan pengeluarn di kawasan Tochu Malay Basin yang telahpun mengeluarkan minyak dan gas sekali dan TMB ini adalah kawasan pertindihan Kelantan dan Vietnam, their ready started production there. Kalau tak silap saya dalam web tu ada lebih 80ribu tong sehari pengeluaran minyak but that not sure because I do this search masa saya jadi ahli Parlimen dulu so dah empat tahun setengah. My memory not that sharp, macam Tun Mahathir jugalah masuk court tak berapa ingat. Okey, back to this question, bila ada pengeluaran di dua pelantar ini, kalau you pergi ke airport Kota Bharu pun you can see the activities of helicopter standing workers there, so kita perlukan satu tempat untuk menyediakan penghantaran keperluan-keperluan utama dan juga anak-anak buah buruh-buruh di situ. So jarak di antara kawasan ini dengan Kemaman supply base ialah 230km dan jarak di antara kawasan ini dengan Songkla pun lebih kurang 230-260km. Jadi jarak yang paling hampir ialah Kota Bharu 180km. So economic vise mereka operator ni lebih suka menjimatkan kos mereka kerana aktiviti ni ada long term basics so mereka lebih prefer untuk ada satu kemudahan di Kota Bharu. So kita strategically try to look at ourself in this proud development. So this is look local inisiative. Jabatan Laut ready agree they ready give the approval dan also landing right, Jabatan Laut melibatkan hak pendaratan which is both state government and Jabatan Laut ready agree. They will start very soon the initial investment is 100milion and the same time kita juga akan bina lima tangki simpanan minyak, storage, open petroleum storage yang ada kapasiti menyimpan dua tangki, ada kapasiti menyimpan 15juta liter minyak petrol dan dua storage lagi ada kapasiti menyimpan 15juta liter diesel dan satu tangki lagi boleh simpan 7juta liter petrol. Q : Dato’ Husam : Kedah alhamdulillah sambutan bukan Melayu terhadap PAS di Kedah begitu tinggi dan perbincangan awal di kalangan satu dua orang pimpinan utama ialah kita akan allocate post exco kepada calon atau wakil rakyat bukan Melayu untuk mengekalkan status quo bahawa ada participation bukan Melayu dalam kerajaan negeri Kedah jika sekiranya tidak ada apa-apa halangan kita mencapai kejayaan. Q : Dato’ Husam : Di Terengganu UMNO sendiri tahu dia akan kalah. Lima Ketua Bahagian tak bertanding ini adalah satu langkah bunuh diri yang dibuat oleh Pak Lah dengan menganggap pengundi luar yang mereka import pada tahun 2004 boleh top up orang panggil frustration ini. Tapi on the ground rakyat Terengganu bukan sahaja bangkit kerana isu-isu tempatan tidak ada delivery seperti yang mereka harapkan tetapi juga oleh kerana unsur perpecahan dalaman yang ketara dan jentera PAS kali ini mempunyai persiapan mental untuk menghadapi pengundi-pengundi klon tadi dan saya kira pengetahuan umum ialah kerajaan Terengganu akan bertukar tangan dengan izin Allah. I think is a general feeling. So tinggal lagi how we going to manage saat-saat akhir semasa pengundian. Pada waktu sekarang alhamdulillah sambutan adalah begitu menggalakkan. Jarang orang tanya tentang Perlis dan kalau saudara tanya tentang Perlis pun saya kata no komen. Pasal orang Perlis ni kalau nampak kita nak menang dia undur sedikit, so biarlah orang Perlis rasa relax dan Shahidan Kassim rasa dia boleh menang lagi. Tetapi saya rasa sedikit sebanyak ada peningkatan sokongan di Perlis tetapi saya bimbang ialah Pak Lah sendiri majoriti dia turun separuh saya ingat this is too bad to for him. Dia dok sibuk datang Kelantan macam pilihanraya ni Kelantan saja negeri lain tak ada pilihanraya sampai di Perak UMNO Perak complain Anwar Ibrahim pergi crowd itu besar, Pak Lah tak datang-datang, asyik Kota Bharu-Kota Bharu. Jadi ada dua hari lagilah kalau Pak Lah rasa nak relax sikit tak payah datang ke Kelantan dia boleh pergi ke Perak dan negeri-negeri lain. Q :Dato’ Husam : I think, I don’t like this question, that make me thirsty. Saudara boleh ambil ni sebagai souvenir saya sebelum election. Kita buat print out askar-askar yang ada dua nama yang telah mengundi pos dan nama mereka ada dalam daftar awam, dan mungkin mereka sendiri tak sempat mengundi tapi orang lain yang mengundi bagi pihak mereka. Jadi SPR belum lagi datang dengan penjelasan, yang keluar hari ini rumah Pengerusi SPR kena tabur cat. Saya ingat that is important, but I think this is bigger than rumah kena cat apalah, gimik-gimik macam tu saya rasa unnecessary gimik. Kalau betul orang hantar cat pun simpanlah lepas pilihanraya baru cerita. Ini lebih urgent, yang lebih kena attend kena selesaikan. Rumah tabur cat ni budak-budak main, common lah, sape nak pergi lempar cat rumah Tan Sri. Cat tu mungkin cat dakwat yang SPR tak jadi guna ke…cat colour merah? Cat boleh beli mana-mana India pun ada jual cat. Q : Dato’ Husam : Yes, I think hari ini petang sikit kita boleh bagi surat rasmi kita pada SPR tentang isu ini. Q : Dato’ Husam : Position parti lain saya tak perasan. Yang ni yang Kelantan saja. Q: Dato’ Husam : Tak fikir pula saya soalan ini, tak boleh komenlah, saya tak fikir lagi. Patut-patut Pengerusi SPR letak jaweatan tapi Mafrel pula letak jawatan terbalik pula, frust la tu, dia frust. Tapi nampak BN pun happy, tu pelik saya. Patutnya BN pun frust. Tapi dia nampak happy pula bila dakwat itu batal. Dalam investigation biasa yang terima manfaat tu dia kalau ada macam pembunuhan ke, so yang terima benefit daripada tu biasa tu yang suspect mula-mula polis cari. Sekarang ni bila dakwat batal ramai orang sedih, kecewa, rasa berat hati…macam Dr Agus sorry to code him, immediately malam tu dia call dan dia menangis by phone. So that his feeling kerana pembatalan dakwat tu. Dr Agus bukan ahli PAS. Dia hanya lecturer biasa, Kelantanese. Sebelum ni dia biasa dengan saya, rapat dengan dia kerana dia dulu pengundi saya di Kijang. Tapi dia tak pernah affiliate dengan PAS secara terbuka. Tapi bila SPR umumkan pembatalan dakwat tersebut immediately dia call saya dan menangis by phone. So Pak Lah yang ada telinga besar tadi kena dengarlah rintihan-rintihan, tangisan-tangisan seperti ni. Kalau telinga besar tutup telinga tak jadi juga. Q : Dato’ Husam : Public arrest tu bolehlah sikit. Tapi saya ni jenis penakut sikit. Pagi esok, pagi Jumaat pukul 3 pagi kita sembahyang hajat. Bagi Malaikat arrest dia lah lagi baiklah insyaallah. Kalau doa kita mustajab Malaikat boleh arrest dia, terbuka pintu hati dia tak nak buat jahat dan kalau dia buat jahat selamat hari tu tak mesti dia selamat bila-bila. Hari mengundi selamat, tapi esok lusa mungkin ada benda-benda tak baik berlaku kerana doa orang yang dizalimi akan berterusan kita kena doa terus bukan doa tu jalan satu hari minta terus datang, bukan macam kita magik. Tapi doa-doa pejuang-pejuang yang dianiaya ini akan dimakbul oleh Allah swt. Saya rasa ini pun satu pendekatan, kalau misal kata ada orang awam yang berjumpa dengan bukti-bukti kukuh mereka nak tahan, saya tak boleh buat apa kerana saya bukan Ketua Polis Negara. Tapi saya sendiri tak boleh lah, saya tak berani. Arahan, kita tak ada arahan tapi kalau berlaku juga itu spontan maknanya kita nak buat macam mana. Hari ini hari terakhir kan, so esok tak payah jumpa lah kan. So saya doakan saudara/i semua dapat melaksanakan tugas dengan saksama pada saat-saat terakhir ini. Dan saya berharap insyaallah keharmonian yang kita bentuk di Kelantan ini berkekalan. Dan kita akan adakan satu majlis meraikan saudara/i semua jika kita menang sekali lagi di Kelantan. So hopefully kalau ada invitation boleh datanglah. Kalau andaikata kami tewas kerana factor-faktor di luar kawalan saya harap penyokong-penyokong kita bersabar. Okey, terima kasih.
MKJ RESPON: Sepatut pemimpin yang kena lebih berani....jangan hanya berani memperalatkan orang. Pemimpin jenis mudah terkencing dalam kain berdepan dengan suasana yang tidak melabakan diri sendiri dan bergantung kepada taktik dan teknik memperalatkan orang lain untuk kelabaan diri akan cepat tersembam di tengah jalan.
Umpamanya niat nak memperalatkan Ibrahim Ali, apakah boleh Ibrahim Ali diperalatkan atau usaha memperalatkan Ibrahim Ali umpama memijak mata cok-cangkul yang akan mengandas dahi sendiri.
Demikian juga adalah mahu memperalatkan PKR bagi menyembunyi keyakinan bahawa kawasan-kawasan tertentu yang sah kalah jika Pas letak calon, maka PKR diberi kerusi lebih banyak dari biasa, ianya juga umpama memijak mata cok-cangkul.
March 6, 2008 8:01 PM
2. Anonymous said...
Arak: Pak Lah suka diarak dan pekena ArakPosted on Friday, March 07 @ 08:42:02 MYT by SongkokPutih Oleh alhusseyn"Pak Lah yang suka diarak kesana kemari rupa-rupanya memang sungguh dia suka kena arak dan 'pekena' ARAK -air Syetan itu!Orang utara suka kata: Jom mai pi 'pekena' arak - dan mungkin itulah yang diungkapkan oleh presiden Korea Selatan , Moh Hoo-Hyun sewaktu lawatanya kesana pada23 Ogos 2004 yang lalu.Gambar tersebut telah dirakamkan oleh Ahn Young Joon dari AFP/Getty Images Pernah sekali itu konon-kononya Umno marah apabila iklan arak diStraits Times sebelah menyebelah dengan gambarnya.Ini berikutan laporan penyiaran iklan arak yang dimuatkan bersebelahan dengan muka Abdullah sendiri dalam akhbar New Straits Times (NST) seperti yang dilaporkan oleh laman web Agendadaily, dengan tajuk : Perdana Menteri terkejut tengok iklan bir di NST…Alahai ...lihatlah lakonan para pembodek! Tengoklah sendiri telatah para pemimpin Umno yang kononnya amat marah dan membantah tentang penyiaran iklan tersebutAlahai lakonan para pembodek! Tengoklah sendiri telatah para pemimpin Umno yang kononnya amat marah dan dan membantah tentang penyiaran iklan tersebutApakah riaksi orang-orang Umno bila melihat gambar Abdullah sendiri menatang arak seperti gambar disini? Marahkan juru gambar atau patut marahkan diri sendiri kerana menyokong Abdullah memBABI buta selama ini!Pak Lah yang terkenal dengan imej 'Mr Clean' seorang IMAM HADHARI dan Pengerusi OIC -satu badan Islam antara bangsa , sanggup mencemarkan imej beliau sendiri. Selain kes suka 'meraba' dan berparti dan berpesta , rupa-rupanya dia juga kaki deguk arak .... Beginikah rupanya Imam Hadari yang disanjung selama ini?Mereka yang menyanjungi Pak Lah patut melihat photo ini supaya dapat mengenali peribadi beliau yang sebenarnya.Patutlah dia selalu tidur....rupa-rupanya kaki dengung!
MKJ RESPON: Betulkah Pak Lah pekena arak?. Membuat tudingan secara terus adalah satu tudingan yang sangat berat...sama seperti kita dilarang menuding dengan menuduh kafir bagi seseorang yang kita tahu memang dia kafir.
Lebih baik bersederhana dalam berpolitik dan berparti politik. Jangan rapuh mulut buat tuduhan kerana malaikat catat setiap apa yang kita buat dan cakap. Dosa membuat tudingan langsung tidak akan gugur dengan hanya meminta ampun dari Allah sebelum memohon dan menerima ampun dari orang yang dituding.
March 6, 2008 8:15 PM
3. Anonymous said...
Dato’ Husam : I want to sleep, before I know the result. Because I’m too sleepy right now. Lepas voting I think I want to sleep 24 hour, pukul 11 baru bangun. HUSAM, NIAT NAK TIDUR 24 JAM ADALAH NIAT NAK BUAT DOSA (NIAT NAK TINGGAL SOLAT). KALAU TAK BUAT DAH BERDOSA DENGAN NIAT, KALAU BUAT TAMBAH LAGI DOSA MEMBUAT.
MKJ RESPON: Saya rasa mulai esok beliau tidak akan sibuk macam sebelum ini lagi, beliau juga tidak akan lagi dikelilingi pak had-pak had ceton tembus macam sekarang ini. Waktu itulah baru akan dilihat betaopa bernilainya bini, anak-anak, adik beradik, ibu-ibu dan bapa-bapa saudara, sepupu dan jiran sekampung serta gu-gu yang sebelum ini dilihat tidak mendatangkan laba.
Saya dimaklumkan Salor adalah merupakan antara kawasan yang Pas akan kalah. Orang kalah tidak akan banyak memberi faedah....gu pun akan mula buat balah.
March 6, 2008 8:18 PM
4. Anonymous said...
Magnum sumbang RM5 juta khas untuk kempen Pak Lah di Kepala BatasPosted on Thursday, March 06 @ 21:47:25 EST by reformis KOMEN: Gambar-gambar Pak Lah Badawi melayan mesra tetamu, termasuk Michelle Yeoh, dalam majlis di rumahnya sudah tersebar di merata tempat. Okeylah, itu watak Pak Lah yang penyayang dengan semua orang!Sekarang terdedah pula Pak Lah menerima sumbangan taukeh-taukeh judi membantu kempen BN, khususnya di kawasan Parlimen Kepala Batas sendiri. Daripada syarikat judi 4 Nombor Ekor, Pak Lah menerima RM5 juta, begitu juga dengan Najib, dan Johari Baharom. Pegawai 4 No Ekor itu sendiri yang membawa duit berkenaan ke rumah Pak Lah di Kepala Batas.Soalnya, itu sudah tak jadi perkara besar yang mengejutkan lagi. Orang ramai mungkin sudah tak kisah dengan perangai Pak Lah yang boleh buat apa saja atas nama agama. Soal sumbangan judi bukannya isu besar, macam minum air sejuk saja buat Imam Hadhari ini. Syarikat judi biayai kempen pilihan raya BN Harakahdaily Thu Mar 06, 08 5:14:47 pm MYT KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Bukan menjadi satu rahsia apabila syarikat-syarikat judi menghulurkan bantuan dana kepada jentera pilihan raya BN khususnya dalam menghadapi saat-saat genting pilihan raya umum. --> Keghairahan taukeh-taukeh judi menyalurkan bantuan kewangan kepada BN tidak sukar untuk difahami memandangkan dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan di peringkat pusat dan negeri, hayat syarikat-syarikat judi ini akan terjamin sama ada dalam konteks perlesenan perniagaan mahupun perlesenan premis perjudian. Harakahdaily menerima maklumat berhubung modus operandi taukeh-taukeh judi dalam membiayai kempen pilihan raya BN termasuk Umno. Menurut sumber, bagi calon-calon beragama Islam, pembiayaan dibuat secara tunai dan diserahkan kepada calon atau wakil mereka di premis ataupun di penthouse milik syarikat perjudian; manakala bagi pemimpin-pemimpin BN bukan beragama Islam, pembayaran dibuat menerusi cek. Taktik ini dirancang bagi mengelak pembiayaan syarikat judi kepada calon-calon BN beragama Islam dikesan. Menurut sumber, sehari sebelum Parlimen dibubarkan, satu syarikat judi tempatan yang diterajui seorang warganegara asing telah menyalurkan jutaan ringgit kepada calon-calon BN tertentu. Wang dalam bentuk tunai dikeluarkan melalui Bank Negara dan diserahkan kepada calon atau wakil calon di penthouse milik syarikat terbabit bertempat di Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini. Antara calon-calon BN beragama Islam yang mendapat pembiayaan syarikat judi itu adalah pendokong Islam Hadhari di Pulau Pinang, pelopor konsep Melayu glokal di Pahang dan seorang ahli Kabinet BN yang bertanding di kawasan Parlimen di Kedah. Pembiayaan untuk seorang calon bukan Islam dibuat melalui cek dan dihantar ke ibu pejabat parti komponen BN itu, dekat sini. Jumlah pembiayaan kepada empat pemimpin BN itu dilaporkan mencecah RM17 juta. Syarikat judi terbabit juga, menurut sumber menyalurkan kewangan kepada individu-individu tertentu yang lantang mengkritik Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang kempen pilihan raya. Jumlah sumbangan dianggarkan mencecah jutaan ringgit. Pembiayaan syarikat judi terhadap kempen pilihan raya BN menimbulkan dua isu. Pertama, dari segi pelanggaran had perbelanjaan berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu RM50,000 di peringkat Dewan Undangan Negeri dan RM100,000 di peringkat Parlimen. Kedua dari segi hukum syarak yang mengharamkan segala bentuk hasil daripada aktiviti perjudian.
MKJ RESPON: Kenapa syarikat judi sanggup buang wang begitu banyak? Kalau betullah begitu keadaannya...pasti kerajaan pimpinan Pak Lah akan tumbang. Minum arak lagi...terima duit judi lagi...mana adanya moral lagi seorang Pak Lah?
Soalnya betul ke atau hanya serangan politik dan ada muslihat politik. Jahil sangatkah Pak Lah yang membesar dalam didikan gama dari datuknya seorang ulamak dan bapanya pula adalah mudir sekolah agama?
March 6, 2008 8:52 PM
5. Anonymous said...
Sekarang ni bila dakwat batal ramai orang sedih, kecewa, rasa berat hati…macam Dr Agus sorry to code him, immediately malam tu dia call dan dia menangis by phone. So that his feeling kerana pembatalan dakwat tu. Dr Agus bukan ahli PAS. Dia hanya lecturer biasa, Kelantanese. Sebelum ni dia biasa dengan saya, rapat dengan dia kerana dia dulu pengundi saya di Kijang. Tapi dia tak pernah affiliate dengan PAS secara terbuka. Tapi bila SPR umumkan pembatalan dakwat tersebut immediately dia call saya dan menangis by phone. So Pak Lah yang ada telinga besar tadi kena dengarlah rintihan-rintihan, tangisan-tangisan seperti ni. Kalau telinga besar tutup telinga tak jadi juga. MAT AGUS MENANGIS? BIAR BETUL? KALAU BETUL, HUSAM MEMANG TAK BETUL, SANGGUP MENYUSAHKAN KAWAN DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA. LIHATLAH NANTI, MAT AGUS AKAN DIKENA TINDAKAN OLEH UKM! KAN BETUL APA AMBO KATA DULU, HUSAM HEBAT MASA JADI MP KERANA DIA BAYAR MAT AGUS BUAT RESEARCH DAN SEDIA SPEECH UNTUK DIA?
MKJ RESPON: Seorang pemegang Ph D boleh menangis hanya kerana pembatalan dakwat cat kuku pengundi. Hebat sangatkah seorang yang mendakwa seorang pemegang Ph D boleh jadi macam budak? Saya rasa Dr Agus akan bermasalah dengan UKM jika cerita sedemikian itu sampai ke UKM.
Yang batalkan keputusan dakwatkan kuku pengundi tu bukan Pak lah pun tetapi SPR kerana ianya bercangggah dengan perundangan dan boleh menghalang hak mengundi apabila ada pihak yang beli dakwat berkenaan untuk dicalit pengundi secara jahat sebelum lagi pergi mengundi. Bila nak mengundi tentulah ia ditolak kerana dah ada cat.
Kes pembelian dakwat itu sedang dalam penyiasatan polis, malah kononnya sudah dikenalpasti dan tangkapan pasat akan dapat dibuat tidak lama ladi.
March 7, 2008 4:07 AM
6. Anonymous said...
Dato’ Husam : Public arrest tu bolehlah sikit. Tapi saya ni jenis penakut sikit. Pagi esok, pagi Jumaat pukul 3 pagi kita sembahyang hajat. Bagi Malaikat arrest dia lah lagi baiklah insyaallah. Kalau doa kita mustajab Malaikat boleh arrest dia.MACAM MANA MALAIKAT TANGKAP PENGUNDI HANTU, HUSAM WEI? MELALUT DAH HUSAM NI.
MKJ RESPON: Macamlah malaikat tu saing sobat dua. Kabo ko dok wei? Guano berkecek macam orang maghu ni?
7. Anonymous said...
Dan kita akan adakan satu majlis meraikan saudara/i semua jika kita menang sekali lagi di Kelantan. So hopefully kalau ada invitation boleh datanglah. Kalau andaikata kami tewas kerana factor-faktor di luar kawalan saya harap penyokong-penyokong kita bersabar. DUA AYAT NI:1. jika kita menang sekali lagi di Kelantan2. Kalau andaikata kami tewas AYAT2 ORANG NGAKU KALAH ATAU KURANG2 TAK YAKIN MENANG. SIAP MINTA PENYOKONG2 BERSABAR LAGI TU, MACAM DAH TAU AKAN KALAH JE BUNYINYA!!
MKJ RESPON: Kalah saya dicari sendiri.
March 7, 2008 4:15 AM
8. Anonymous said...
Dato’ Husam : Public arrest tu bolehlah sikit. Tapi saya ni jenis penakut sikit. MEMANG HUSAM PENAKUT PUN!! SIAP NGAKU PULAK TU DIA PENAKUT, HA HA HA.
MKJ RESPON: Mengaku takut kes nak minta simpati? Dah terlambat. Nasi dah jadi mengoleh potpet doh.
9. Anonymous said...
kalau dia buat jahat selamat hari tu tak mesti dia selamat bila-bila. SAMA LA DENGAN ENTA HUSAM, ENTA BUAT JAHAT KAT ORANG MASIH SELAMAT SEKARANG TAK MESTI SELAMAT SAMPAI BILA2.doa orang yang dizalimi, doa-doa pejuang-pejuang yang dianiaya ini akan dimakbul oleh Allah swt.SAMA JUGA DOA ORANG2 DIZALIMI ENTA MACAM ANA DAN KWN2 ANA ANA YAKIN AKAN DIMAKBUL OLEH ALLAH JUGA.
MKJ RESPON: Anda dizalimi? Macam tak percaya tokoh hebat parti Islam...yang seolah-olah boleh nampak senarai penghuni syurga dan neraka boleh zalimi orang. Tapi anda sendiri mengaku...saya yakin tadok laba apa-apa kalu annda belawok dengan maksud mahu rosakkan sokongan terhadapnya oleh orang salor.
Gu-gu saya ramai juga mengundi di DUN Salor. Bila sebut calon Pas ganti Bunyamin Hamzah....nyo ppakat tonye belako.
March 7, 2008 4:20 AM
19. Shifu67 said...
Semuanya sudah bersiap sedia... mlm ni saya nak rehat... tunggu operasi pilihanraya esok. Esok tak tahu lagi macam mana... bimbangnya kelancaran komunikasi terganggu hingga gagal menguruskan statistik esok.InsyaAllah... 2008 benar2 menjadi tahun melakukan perubahan di Kelantan. dan bagi kami di Bachok, yang sekian lama tersohor sebagai antara jajahan termundur di Kelantan turut menanamkan tekad untuk melakukan perubahan yang besar... dengan matlamat yang berpijak di bumi nyata, bukannya hanya sekadar merenung indahnya cahaya bulan purnama yg sebenarnya hanyalah membiaskan cahaya dari matahari.Selamat mengundi kepada seluruh warga Kelantan.... undi anda akan menentukan masa depan Kelantan yang lebih gemilang.SATU UNDI UNTUK KELANTANKELANTAN BARU... KELANTAN MAJUBACHOK BARU... BACHOK MAJUDATO' AWANG ADEK MENTERI BESAR BARU KITA.... ORGHE KAMPUNG KITA!
MKJ RESPON: Saya hanya boleh perhati dari jauh. Saya tidak berminat berparti politik. Tapi saya angkat tabik dan minta maaf awal-awal lagi...kerajaan Umno/BN kelantan nanti tetap akan saya redas dan redah tanpa kompromi jika nanti akan lebih banyak beretorik.
Entahlah Cikgu saya ni pelik sikit...saya suka berpihak kepada yang kalah. Masa Umno/BN perintah Kelantan dulu saya berpihak kepada Pas walaupun saya bukan ahli parti...bila Pas jadi kerajaan di Kelantan saya kurang berpihak lagi.
JUMPA LAGI!!!!
\March 7, 2008 2:13 AM
Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to
No comments:
Post a Comment