Tuesday, March 11, 2008

MKJ RESPON (21)

LEGA sikit, kerja dah siap. Malam esok Fajar Islam akan dicetak dan pagi Khamis dah boleh berada di pasaran. Kelewatan diterbitkan atas sebab-sebab teknikal dan isu yang dijdaikan bahan kalau dicetak ikut date-line sepatutnya agak basi, membolehkan Fajar Islam dimuatkan dengan laporan mengenai Datuk Ibrahim Ali yang adakan sidang akhbar di Hotel Perdana.

Walaupun antara kami tidak mesra dan Datuk Ibrahim Ali pernah hantar surat lawyer untuk menyaman saya bersama bekas ADUN Wakaf Bharu, Haji Ramli Abu Bakar (Abe Li) ketika saya masih dengan Harian Watan dulu, namun saya berteima kasih kerana Datuk Ibrahim Ali sudi jemput sama akhbar sekecil Fajar Islam ke sidang akhbarnya.

Kami profesional. Walaupun antara saya sebagai pemilik dan ketua pengarang, sama ada Fajar Islam, Mingguan Wasilah mahu pun AL-HAQ yang akan diurusterbit dan Insyaallah kalau tak ada aral melintang akan mula terbit minggu depan setelah penerbitan sebelum PRU12 terpaksa ditangguhkan, dengan tokoh-tkoh tertentu kurang ngam, namun ruang laporan akan tetap disediakan macam orang lain jugak.

Walaupun kecil dan baru, namun akhbar-akhbar mingguan mahu pun majalah yang saya terbitkan menggunakan tenaga-tenaga berpengalaman dan nama besar dalam bidang pemberitaan, kewartawanan dan keeditoran/kepengarangan. Terima kasih atas kesudian rakan-rakan dalam media media yang sudi membantu.

Sebagaimana biasa, sebelum berundur diri, saya akan memberi respon kepada komen-komen yang dihantar sebagaimana berikut;

6 comments:
1. Anonymous said...
Salam....
Abg Meli..... guano pelik
MKJ RESPOND (20) xdok begapo hantar repond kosong jah
pelik bin ajaib ni.... ko xser respond doh?


MKJ RESPON: Tengok betul-betul dulu sebelum nak rasa pelik. Insyaallah selagi ada kudrat dan masa, saya akan memberi respon kepada komen-komen yang dihantar seperti biasa.

March 10, 2008 8:32 PM
2. Anonymous said...
Tajunm Respon . . .

Abe Li, nak keccek pasa orghe tino Abe Li sikit.

Terima kasih dan tahniah ko Abe Li kerana membenarkan orghe tino Abe Li bergiat aktif dalam PAS sehingga dilantik sebagai Tok Ngulu.

Hok dok gege dale blog ni Abe Li nak ambik hati ko? Mungkin juga penulis tu adalah puak UMNO/BN yang tak kene dengan kegiatan orghe tino Abe Li. Reverse Psychology jugak la tu!

Saya rasa, biarlah kalu dia nak aktif gak, dah minat dia nak buat macam mana. Takut nya nanti, tak berasap dapur kita, sebab kkeduh hati, protes la tu. Alamatnya make nasi bukuh la kita.

Tapi tak tahu lah pulak, takut Abe Li pun mari kene dia tak aktif lagi, sebab Abe Li sendiri pun dah istihar nak terjun dale UMNO. Napok gayanya rugilah parti saya ni.

Walau bagaimanapun saya rasa Abe Li ni jenis yang gentleman. Tak kan termakan dengan bobokan seperti tu. Tok soh dok ambik hati sangat la Abe Li wei . . . .

MKJ RESPON: Saya tak jadi masalah. Saya profesional. Masalahnya bini saya pun sekarang ni silau-kelih jugak blog ni. Dia lebih tau saya ni macam mana. Sekarang dia lebih banyak masa di rumah...termendap depan komputer. Saya banyak di pejabat penerbitan saya...kalau malam akhbar date-line, pukul 3.00 pagi saya masih di pejabat.

Malam esok umpamnya...akhbar akan dicetak paling awal pun pukul 3.00 pagi dan saya akan berada di kilang cetak pada waktu itu. Maknanya sebelum saya buka blog untuk diberi respon...dia dah baca komen-komen yang dihantar terlebih dahulu.

Semalam semasa balik kampung...bila saya cakap supaya dia berhenti sahaja aktif dalam politik...berhenti dari menjadi tok penghulu sebelum orang memberhentikannya...dia kata dia memang dah ada cadangan untuk itu. Dia tahu ada yang tak suka dia aktif, malah DUN Kota Lama pernah dilabel sebagai 'over aktif'.

Hati seorang perempuan tidak macam hati seorang lelaki. Nampaknya sepanjang hari ini dia dah mula tidak melayan panggilan-panggilan telefon, termasuk telefon dari orang besar politik DUN Kota Lama. Anak mukim datang ke rumah pun dia suruh anak beritahu dia tidur dan tidak keluar layan macam biasa.

Bila saya tanya kenapa bila dah menang berubah laku? Dia kata dia nak berehat panjang. Ada apa-apa masalah dalam kawasan DUN dia suruh orang yang ada masalah terus jumpa wakil rakyat dan petugas MTD.

Saya yakin dia berkecil hati kerana kes saya, maka dia disuruh berhenti walhal semasa dilantik sebagai penghulu dia bukan minta pun. Sebenarnuya kami tidak saling mencampuri urusan masing-masing, dia dengan dunia politiknya dan saya dengan dunia kemediaan. Di rumah kami tak bercakap soal politik.

Saya nampak dia berjauh hati. Dia tahu walaupun saya tidak suruh tetapi sayalah yang mendorong dia menyertai Pas apabila S46 dibuabrkan walaupun rakan lama saya di bidang kemediaan saudara Rahimie Yusoff (ketika itu Setiausaha Akhbar Datuk Annuar Musa datang ke rumah ajak dia aktif dalam Umno).

Saya tidak akan paksa dia membuat keputusan. Dia fikirlah sendiri kerana dia bukan budak-budak lagi...dah masuk usia senja pun...cucu pun dah ada empat. Soal kalau berhenti jadi tok penghulu dapur tak berasap tu bokali tak sampai begitu moore lalu.

Kalu katalah perniagaan saya lingkup sekalipun, kebun getah pesaka gumulah ayah ada la juga sikit-sikit. Pah tu pula saya ni anak tunggal. Dalam kebun getah tu pula ada banyak pokok depu yang dah matang.

Lagi pun dia jadi tok pengulu pun baru nak masuk tiga tahun. Kami berkahwin tahun 1979, kira-kira 29 tahun yang lampau. Maknanya kami hidup bersama sudah 26 tahun sebelum dia jadi penghulu. Dapur kami berasap sokmo.

Bila dia baca komen menampakkan dia pelhap sangat jadi tok pengulu...itulah agaknya dia terkilan dan berkecil hati...tambahan desakan supaya saya suru dia letak jawatan tu pula dibuiat apabila Pas menang dengan agak mewah...sedangkan semasa tempoh kempen...kerana komitmennya kerana DUN Kota Lama disenarai oleh Pas sendiri akan kalah, kakak ipar mati pun dia tak balik ziarah...mak dia sakit pun hanya tanya khabar adiknya melalui telefon...tak dijenguk...baru semalam dia ajak saya balik jenguk maknya dan berjumpa dengan abangnya yang bininya mati.

Berapa orang dalam Pas hak sanggup sekomitmen setara tumo? Boktan bengang ko saya, maka dia sebagai bini saya turut dijadikan sasaran sedangkan saya tidak pernah serang bini sesiapa. Pernah ke saya sarankan supaya bini tok wakil rakyat Pas misalnya berhenti makan gaji dengan kerajaan pusat kerana suami asyik maki pimpinan pusat?

Kalu saya masuk Umno pun Pas tak akan rugi apa-apa kerana saya. Saya ni jarang mengundi pun. Kalu jadi orang Umno...saya akan bedal jugak kalau saya rasa ada hak patut dibedal. Lagi pun sebelum bedal Pas...lama doh Umno saya bedal nyo. Orang Umno tak maroh macam orang Pas marah pun


March 11, 2008 12:23 AM
3. saya anak malaysia said...
Salam. Blog ini antara blog yang wajib saya ziarah setiap kali saya on laptop. Saya cuba memaksa diri untuk membaca komen yang ditulis kerana hendak mencari point, maklumat atau hujah yang cuba disampaikan. Saya yakin mereka yang membaca blog ini adalah mereka yang bijak pandai, mengaji tinggi (kata ore kelate) tapi minta maaf saya sebut di sini, tidak ada adab. Tidak tahu akhlak. Apa Melayu kita kurang bahasa yang sopan, sehingga terpaksa menggunakan bahasa yang menjijikkan di sini sedangkan yang menaip dan membaca saya pasti, paling kurang ada diploma, pernah ngaji sampai tahap SPM. Berhati-hati menggunakan bahasa kerana ianya melambangkan siapa kita.

Saya hendak berkongsi artikel dari seorang sahabat yang berasal dari Perak mengenai negerinya yang mendapat MB baru. Saya tak akan 'cut and paste', jadi cuba link ini: http://saifulislam.com/?p=1563#more-1563
Semuga ada manfaatnya.. Minta maaf andai terkasar bahasa, semuga kita jadi manusia yang lebih baik hari ini dari hari semalam. Wallahu'alam.


MKJ RESPON: Jadi pengendali blog...pengendali akhbar atau majalah kena hadapi dengan macam-macam kerenah. Saya dah biasa hadapi keadaan sebegini.

March 11, 2008 1:30 AM
4. Anonymous said...
RAKYAT Kelantan yang memenuhi bas-bas disediakan BN rupanya ‘kelik ngundi’ Pas! Mereka sia-siakan anak jati Kelantan cemerlang seperti Dr. Awang Adek!


MKJ RESPON: Saya yakin Datuk Awang Adek akan disenatorkan dan akan dianggota-kabinetkan. Benih yang baik...jatuh ke laut akan jadi pulau.

March 11, 2008 1:44 AM
5. Shifu67 said...
Tengahari tadi... ada call dari Wak Hamad. Wak ni memang round sungguh nampaknya.

Katanya dia ada di rumah Dato Ilias... Wak ni memang round sungguh nampaknya. Bangkali jadual lawatan dia hari ni kawasan Bachok. Dah dia datang jale2 kat rumah boss kawe, maka kawe pun ambil kesempatan la gi sana jugok. Haaa... kpd sesapa yg kata atau percaya antara Wak Hamad dan Abe Li tu orghe yg sama... memang jenis hati berkarat hijau sungguh la.

Kawe ingatkan Wak ni orghe tuo... tapi bila jumpa, ensomm lagi orghenya, cuma kawe lagi ensom la.. hehehe (gurau Wak dehhh)

Dia dtg bersama rakannya yg mengenali Dato Ilias... (yang juga saling mengetahui orghe parti ghapo).

Di rumah Dato Ilias, macam biasa ada yg berkunjung dan bercerita begitu begini... berteori, bagi pendapat, bagi pendapat dan kekadang terlepas cakap/bahasa yg kurang enak didengar.

Kawe duk dengar saja kerana kawe memang tak suka bahagian membuat ulasan ni terutama kalau hanya berdasarkan dengar2 cakap.... tak ada fakta. Lagi pun kawe pegawai yg menguruskan sebahagian besar data & maklumat DUN Jelawat yg diperlukan oleh Dato Ilias. Bila kita menguruskan data & maklumat ni, kena faham2 la macam mana keadaannya... dan sebagai pegawai yg menguruskannya selalunya adalah lebih baik kita jangan cakap apa-apa, kita hanya berikan data & maklumat yg diminta sahaja... kpd orghe yg layak sahaja. Kalau pegawai data dok buat bekecek di kedai kopi, habis jaja sepanjang jale... mampuh la tokey.

Tak sempat sembang2 pun dgn Wak Hamad... hanya sekadar bertanya perkara2 asas tentang diri masing2.

Bila mrk beredar... tak sempat pulak tanya... lepas tu ke mana pulak jadual lawatan mrk... mungkin rumah Cikgu Aziz di Kedai Gunong atau mungkin jumpa Nasharuddin (Nasaruddin duduk kata mana eii semasa bertanding di Bachok ni?)

Tapi yang tentunya semasa di rumah Dato Ilias tadi... Wak Hamad dan rakannya itu ditunjukkan/diberi maklumat yg agak mengejutkan oleh Dato Ilias. Ghapo dio... tungguuuuu!

Dan kpd Wak Hamad atau orghe2 PAS seperti Fadzli... krn kawe tahu lebih kurang benda2 yg cam tu lah maka bila kawe lihat gambar Nik Aziz menitik air mata atau gambar dia berdoa di setiap tiang letrik.... dale hati kawe hanya kata.... ciss!


MKJ RESPON: Wak Hamad tak datang pun ke pejabat saya. Esok saya ada awal di pejabat. Kalau datang bolehlah sama-sama kita pekena kari kambing kampung Morak

March 11, 2008 2:35 AM
6. rajaman62 said...
Yang paling mengejutkan ialah bagaimana DAP dapat melonjakkan kuasa politiknya dengan bantuan Pas dan PKR.

Kini DAP yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia memerintah Pulau Pinang dan dominan di Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Begitu juga dengan sentimen perkauman tebal para pengundi Cina dan India yang ‘bersatu’ menerusi undi kaum masing-masing, di sebalik BN melayan banyak tuntutan mereka.

Maknanya yang ‘menang’ dalam percaturan ini ialah politik Cina dan yang kalah orang Melayu – makin berpecah dan kelihatan lemah kuasa politik.

............SESUATU YANG TIDAK DIRELAKAN BUMI YANG KITA PIJAK DAN LANGIT YANG KITA JUNJUNG INI SUATU HARI NANTI MENJADI MILIK ORANG LAIN......

Yang paling mengerunkan, kebangkitan kombinasi PAS.DAP.PKR kerana DAP dengan PAP Singapura daripada benih yang sama dimana fahaman kontemporari parti-parti ini adalah Yahudi.

Kalau dihayati maksud hadis yang diriwayatkan oleh MUSLIM " Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. beliau berkata Bahawa Rasulllah s.a.w. telah bersabda : Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejenkal demi sejenkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk lubang biawak pun kamu akan mengekori mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah NasYahudi dan Nasrani yang engkau meksudkan?, Nabi S.a.w menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.

Huraian hadis ini secara ringkasnya ialah Yahudi sentiasa mencari jalan untuk merosak, melemah dan melumpuhkan kekuatan orang-orang Islam.

Bumi yang kita pijak ini dibina dengan air mata, darah dan keringat dengan sekelip mata menjadi milik orang. Relakah kita.............

Abang Li, perbanyakkan penerbitan ke arah membenihkan bibit-bibit kesedaran demi untuk mengekalkan ketuanan Melayu di bumi bertuah ini. sekian.


MKJ RESPON: Saya akan cuba usahakan. Tetapi siapa sangatlah saya untuk memikul tanggungjawab yang sedemikian besar. Saya dah katakan sebelum ini pun...kalau tidak kena gayanya kita akan jadi macam bangsa Palestin akhirnya.Bagi saya keputusan PRU12 adalah sesuatu yang menakutkan gara-gara kegahirahan merebut kuasa dan pengaruh di kalangan orang politik.

Saya banyak mengkaji sejarah Kerajaan Melayu Pattani dan saya juga banyak mendapat maklumat dari pejuang-pejuang kemerdekaan yang memilih perjuangan bersenjata yang dilabel sebagai komunis Melayu.

Hasil kajian saya itu saya siarkan secara bersiri dalam Fajar Islam. Syarikat saya juga sedang dalam proses menerbitkan sebuah buku yang ditulis okleh Ustan Halim Bashah mengenai sejarah Kerajaan Melayu Islam Pattani.

Saya melihat ciri-ciri kemusnahan bangsa Melayu kini mula nampak cula. Macam mana pun siapalah saya untuk bercakap tentang masa depan bangsa Melayu...tentang bahaya yang sedang dihadapi oleh orang Melayu.

Barangkali saya boleh dilihat sebagai mengapi-apikan semangat perkauman atau kerana pada pilihanraya kali ini saya agak pro Umno/BN dan kebetulan Umno/BN kalah, maka saya cuba untuk takut-takutkan mereka yang telah menyebabkan Umno/BN kalah.

Bagaimanapun hakikat yang kena diperakukan bahawa walaupun di sudut mana di dunia ini kita berada, semangat kesukuan tetapi wujud. Kalau pun seluruh rakyat Malaysia berjaya diIslamkan pun...semangat keBANGSAan tetap wujud di kalangan bangsa yang pelbagai di negara kita, malah sesama Islam pun akan berpuak-puak.

Soalnya apakah kita mampu mengislamkan atau setidak-tidaknya memberi kefgahaman tentang Islam kepada orang bukan Islam di negara ini supaya menerima apa yang Islam dan orang Islam buat adalah mendatangkan faedah kepada semua bangsa yang menganut pelbagai fahaman agama sedangkan sesama Islam pun kita tak sehaluan?

Mampukah hanya dengan seorang orang Islam (Pas) di DUN Pulau Pinang menuntut hak-hak keislaman dari sebuah parti yang pemimpinnya kata kalau mahu laksanakan pemerintahan cara Islam...langkah mayat dia dulu?

Seandainya dibawah BN keadaan di Pulau Pinang sudah cukup buruk bagi umat Islam, apakah yang telah sedia buruk itu patut ditambah-burukkan lagi kerana permainan peranan orang politik yang melihat kuasa adalah segalanya.

Apakah di Perak dan Selangor akan menjadi lebih baik dari sudut kepentingan Islam dan Melayu selepas ini? Siapa yang boleh lebih bersuara daam kerajaan yang dibentuk sedangkan majoritinya bukan kita.

Barangkali kita boleh bergantung kepada undang-undang tubuh bagi memelihara kepentingan bangsa pertuanan tetapi macam mana dengan amalan demokrasi. Apakah pihak yang menang dalam proses demokrasi boleh ditundukkan oleh undang-undang tubuh tanpa timbulnya revoltisme?

Mungkin saya dilihat terlalu bersemangat perkauman. Macam mana pun biarlah apa yang saya catatkan ini sekadar untuk perbincangan dalam blog ini sahaja dan ia tak sesuai untuk tatapan umum.

Ambil masa melawat Pattani dan lihatlah macam tapak kekuasaan Melayu dan Islam rata menjadi tanah gara-gara angkara sesama sendiri gilakan kuasa. Yang merintihnya adalah anak cucu Melayu Pattani masa kini angkara bangsa Melayu mabuk kuasa masa lalu, yang terus berjuang untuk satu perjuangan yang tidak mungkin akan menang kerana perjuangan tanpa dibantu oleh sebarang kekuatan selain dari rasa dendam yang mendalam.

Bila bahang pilihan raya mulai reda...bila pihak yang menang sudah tak larat lagi untuk cebih-tonye pihak yang kalah dan pihak kalah pula sudah mati rasa dengan sindiran dan gelak pihak yang menang...masing-masinh pasti akan berfikir dengan rasional dan waktu itu mereka akan nampak macam apa yang saya nampak.

Saya boleh menulis kerana menulis adalah bidang saya, saya boleh terbit akhbar, majalah dan buku kerana itulah punca rezeki saya...tapi bukan mudah untuk sedarkan semua orang...apatah lagi bila yang hijau melabelkan kita cat biru dan yang biru pula melabelkan kita cat hijau.

Macam mana pun saya tetap akan berusaha ke arah itu, Insyaallah!


7. Anonymous said...
RAKYAT Kelantan yang memenuhi bas-bas disediakan BN rupanya ‘kelik ngundi’ Pas! Mereka sia-siakan anak jati Kelantan cemerlang seperti Dr. Awang Adek!

Tulah ore kata...ore bachok sendiri pun nya nya pakat undi ore negeri semile..pah sapa nak tolong ore bachok...kalu ore bachok sediri kita tok se
.

MKJ RESPON: Kita tak akan nampak apa faedahnya seseorang yang kita tak suka semasa dia hidup...apatah lagi kalau kita yang asyik kena belanja dia minum pagi setiap hari. Tapi bila dia dah mati baru kita rasa bahawa kita kehilangan orang yang barangkali memberikan kita memperolehi pahala pahala kerana belanja sarapan paginya setiap hari atau mungkin dia mudah disuruh buat sesuatu perkara dengan harapan kita akan belanja dia minum.

Orang Bachok khususnya dan Kelantan amnya akan nampak nilai Datuk Awang Adek yang diberi gelaran Awang Agas oleh pihak lawan apabila dia tidak lagi ada kuasa untuk memberi sumbangan sebagaimana dia menjadi timbalan menteri dan wakil rakyat dulu. Macam mana pun orang Bachok kena tanggunglah sendiri kerana mereka yang buat pilihan dan pasti ada hikmahnya
.

March 11, 2008 3:39 AM
Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom

March 11, 2008 2:35 AM
Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom

JUMPA LAGI!!!!!!!!

7 comments:

Unknown said...

BN Terengganu terselamat dengan bantuan pengundi hantu
Awang Harun
Mon | Mar 10, 08 | 04:54:23 PM

MARANG, 10 Mac (Hrkh) - Nasib Barisan Nasional Terengganu lebih baik kerana tidak seburuk rakan-rakannya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang mengakibatkan berlaku pertukaran kerajaan negeri.....

>> Nampaknya hanya di Ghanu saja lagi yg terdengar cerita pasal pengundi hantu ni. Maklumlah PAS masih kalah disini. Sedang PAS Ghanu masih terkial2 untuk meneruskan cerita dongeng pasal pengundi hantu dan ketidak telusan SPR... rakan2 mrk yg lain dah tutup cerita itu.

>>Rakan PAS Ghanu di Kelantan, Kedah, Perak & Selangor dah buka cerita betapa kemenangan mereka kerana mendapat pertolongan kuasa Allah yg kononnya memakbulkan doa 'pejuang2 Islam'. Mereka dah tutup cerita pasal pengundi hantu.

>>Hanya PAS Ghanu sahaja lagi yg masih percayakan hantu dan mereka sekali lagi lupa bahawa bukan mrk sahaja yg pandai berdoa, malahan mungkin doa mrk tidak dimakbulkan oleh Allah kerana perangai samseng ajaran tok guru buncit mrk sendiri.

>>Tapi sebenarnya PAS ni serupa sahaja.... bila kalah mrk tak ingat langsung dengan kehendak takdir dan kekuasaan Allah... kat Kelantan dan Kedah tu hanya kerana mrk menang sahaja baru ingat ke Tuhe (Allah)... kalau kalah, iman mrk sama je dgn yg ada di Ghanu tu...

Anonymous said...

Di kawasan saya di P.64 dan N.27, pengundi Melayu mengundi DAP untuk menambahkan kemenangan Lim Kit Siang dan Su Keong Siong tanpa pernah mengenali dan bersemuka dengan mereka berdua.

Tetapi undian diberikan kerana Lim Kit Siang merupakan seorang Ahli Parlimen yang sangat efektif. Beliau memainkan peranan yang penting dalam membela nasib rakyat melalui PERANANnya di Parlimen dan dikenali sebagai the sworn enemy of corruption, abuses of power and gross mismanagement . Pengundi beliau di P.64 berbangga menghantar Ahli Parlimen yang paling aktif, malah menjawat jawatan Ketua Pembangkang dengan berkesan. Ia jauh lebih membanggakan berbanding dengan pengundi di P.41 yang menghantar sang penidur dan punca kemerosotan partinya sendiri.

Begitu juga dengan Thomas Su yang menjadi ADUN di N.27 Pasir Pinji harus mengambil peluang dari mood 2008 untuk mendekati penduduk Melayu di Kampung Pasir Puteh dan PAS Kawasan boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah dalam memobilisasikan Thomas Su agar lebih mesra dengan pengundi Melayu.

Ia adalah peluang belajar untuk semua.

DAP dan PAS yang lebih berkepelbagaian, bersama PKR yang boleh banyak berperanan untuk menjadi pendamai antara dua dimensi DAP dan PAS… akan menghasilkan formula terbaik untuk Malaysia.

aalimraan-54.jpg

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya” (Aal Imraan 3 : 54)

Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Abang li...setelah saya baca petikan di atas, sedih pilu sampai ke sum-sum tulang dan hati kecil tertanya-tanya adakah bangsa ku telah didominasikan oleh bayangan Yahudi.

wak hamad said...

WAK HAMAD NI BARE BETUL KO DOK....
NAK GI NGUNDI NYA GALAS BAG LAPTOP... BULEH MASUK KO WAK DLM DEWAN TU TPT NGUNDI TU?
TOK SOH DUK BUAL LA WAKKKKKKKKK,
WAK HAMAD NGAN MELI BARANG SAMO, ORE SERUPAAAAAA.


Penjelasan,

Masa wak sampai depan sekolah tempat mengundi tu ore tak ramai lagi. Wak memang biasa bawak sokmo laptop takut nak tinggal dalam kereta sbb ada alat scanner yang boleh tahu dalam kereta ada laptop atau tidak. Bukan kesan laptop saja tetapi kesan sama semua muga hak ada gelombang serupa walkie talkie dan telefon.

Banyak kes pecah kereta di KL kerana ore nak curi laptop dan memandangkan di Kelantan Darul Islam pun tidak laksana hudud wak takut lah nak tinggal laptop dalam kereta. Tu ja ya Wak bawak bukan nak menyohor.

Benda lagu tu tidak dilarang untuk di bawa masuk. Polis hak dok jaga saluran tu tengok saja tak kata apa-apa eh.

Mengikut akta pilihanraya laptop buleh di bawa masuk. Kamera pun buleh bawak masuk. Masa pilihanraya tahun hak dulu wak ambil gambar lagi , minta tolong polis ambil gambar wak masuk kertas undi dalam peti undi. Untuk kenang-kenangan sbb pilihanraya ni jenis 4 tahun sekali bukan hari-hari.

Hak tak leh bawa masuk ialah semuya benda yang ada lambang parti tak kiralah topi ka payung ka ,t shirt ka , botol air mineral ka , ibu kambing ka.

Sekian untuk makluman semua.

wak hamad said...

Semalam aturcara wak agak padat, pagi dalampukul 9 gi ke pejabat abg meli tapi masih tutup, lepas tu gi makannasi dagang dengan bekas penyelia sebuah dun di wakaf stan, lepas tu gi berjumpa mata dengan pegawai penerangan UMNO berbual panjang jugak, lepas tu gi rumah dato Illias di teratak pulau , wak hello ka cikgu saiful cikgu saiful pun sapa rumah Datuk Ilias berkecek lebih kure,

lepas tu gi makan tengahari dengan bekas wakil calon pas di kepala gertak pasir mas salor, lepas tu gi wkaf stan sekali lagi atar saing wak tu dan alah balik dalam pukul 3 lebih singgah di pejabat abg meli.

Penyambut tetamu kata Cik Li baru tubik dan wak faham org media ni sibuk sokmo maka wak kirim salam la. InshaAllah wak akan gi lagi ke pejabat abg li.

wak hamad said...

Kepada yang sedang bergembira dengan kemenangan Pas di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sukacita dinyatakan

bahawa kemenangan tersebut bukan bererti kemenangan ugama Allah. Ia hanyalah kemenangan segolonganmanusia yangmengaku

beriman kepada Allah tetapi tidak mengzahirkan keimanan tersebut melalui perbuatan dalam konteks perbuatan orang-orang menang.

Dalam konteks Kelantan selepas berteriak tangis pada dinihari 7 Mac lalu di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, penyokong Pas sebahagiannya

kembali menjadi angkuh, sombong, berkecek besar, ego dan tak sedar ke diri. Tindakan menganjing, mengejek orang-orangUMNO sangat

berleluasa dan ini bukanlah akhlak orang yang beriman.

Dalam konteks negeri pula kemenangan Pas hanyalah sambungan kepada mandat yang diberikan pada penggal lalu. Menyambung empat

penggal kegagalan kepada satu penggal yang baru.

Gagal untuk melaksanakan hukum hudud dengan alasan kerajaan pusat tidak membenarkannya (malangnya usaha menyedarkan rakyat tentang kepenting hukum hudud pun macam dah dilupakan), gagal untuk mentarbiah rakyat Kelantan agar

tidak merokok, tidak makan gula membuang sampah di merata-rata, jaga kebersihan masjid dan surau,
gagal untuk memberikan pekhidmatan yang efisyen kepada rakyat- kalau nak tahu sila berurusan dengan Pejabat kerajaan Negeri),
gagal untuk merubah akhlak rakyat supaya berakhlak dengan akhlak Islam
dan gagal untuk merubah aqidah rakyat supaya beramai-ramai kembali kepada agama tauhid.

Tidak ada apa - apa yang luar biasanya dengan kemenangan tersebut. Berhala dan rumah penyembahan agama bukan Islam semakin bercambah, mat rempit dan mat pit semakin bertambah , jenayah juga amat menggerunkan , sampah masih menjadi landscape bandar-bandar di Kelantan.

Maka untuk penggal kelimanya penyokong Pas di Kelantan akan terus syok sendiri dan tenggelam dalam ilusi "puak kita syurga belako dah".

Ini berlainan sekali dengan kejayaan Islam apabila Nabi Muhammad s.a.w. mentadbir Negara Madinah. Keberkatan turun mencurah,

perpaduan dan ikatan persaudaraan terjalin kejap , tidak ada penghinaan dan ejekan satu pihak kepada satu pihak yang lain. Manusia mengutamakan saudaranya sehingga sanggup kehausan dan kelaparan asalkan saudaranya dapat meneguk sesudu air dan secebis buah kurma.

Agenda pembasmian kemiskinan nabi membuatkan rakyat Madinah merasa sungguh bertuah bernaung di bawah limpah nikmat agama Ilahi bukannya merasa terpencil dan menjadi alat politikus meraih undi seperti di negeri Kelantan ku ini.

Bergembiralah wahai orang-orang Pas sebelum datang saat-saat disumpah generasi anak cucu kerana bumi yang dipijak dah jadi milik orang.
ejek lah sesama seugama asalkan bangsa asing menjadi ketua, walaupun terpaksa menebalkan muka memohon menjadi exco agama atau menjadi mb sekadar memenuhi kehendak undang-undang tubuh negeri.


Orang-orang UMNO memang bangsat, jangan dekati mereka, himpitlah yang punya kuasa walau sekadar menjadi pengemis di muka tangga
kuasa. Selamat bergembira wahai orang Pas di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Orang-orang Pas di Kelantan bolehlah untuk terus merasa senang kerana majoriti sudah bertambah berlipat kali ganda dan tak mungkin roboh

lagi kubu kuasa di Kota Darulnaim, gelak-gelaklah orang UMNO kerana mereka bukan saudara, saudara kita ialah mereka yang yang punya

banyak kuasa, banyak sponsor untuk membiayai perbalahan sesama bangsa.

Anonymous said...

sudah sudah lah, pilihanraya dah lepas, sape kalah sape menang pun dah tahu. Tak kan duk pertikai lagi rakyat pilih.

Anonymous said...

cikgu shifu dan abe li
katanya dtk lias nak petisyen keputusan pilihan raya. betulkah, katanya ramai orang jelawat terima cek perbendaharaan Kelantan masa pilihan raya hari tu, pas tu calon Pas pula bagi tong sampah kepada peniaga kat pasar jelawat masa kempen - minta maaf dari saya Imam Samudra