BERJUMPA lagi. Mulai esok Insyaallah, saya aka mulakan semula mukkadimah setiap respon saya terhadap komen-komen yang dihantar dengan petikan al-Quran dan Hadis sesuai dengan isi yang diperkatakan.
Berikut adalah komen-komen yang dihantar oleh pengomen untuk diresponi;
13 comments:
1. wak hamad said...
March 12th, 2008 (1 hour ago) « 155 Comments »
The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.
The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.
DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.
As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.
Apa khabar org Pas Perak dan pengundi-pengundi DAP dari bangsa Melayu beragama Islam?
Orang UMNO org utan, Org DAP orang begapo pulok? Wak minta pakat-pakat mmikir...dan tolonglah berterima kasih kepada UMNO Perak yang membuat undang2 tubuh negeri memastikan MB orang Melayu Islam.
MKJ RESPON: Yang pasti realiti tak seinda mimpi. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Ianya adalah satu pengajaran bahawa waktu senang dan sihat sesiapa sahaja mahu berkawan...bila sakit terjelepek...sudahnya hanya tinggal darah daging sendiri yang akan menjaga kita.
Itulah orang tua-tua kata, hujan batu di negari orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Ia juga boleh diterjemahkan dalam bentuk setiakawan bila melihat apa yang berlaku di Perak dan merujuk kepada 2 TMB di Selangor.
Sebusuk-busuk daging dibasuh dan dimakan juga tetapi bila dah taik...walaupun harum semerbak. taik tetap dipandang pun dah meloyakan.
March 12, 2008 6:18 AM
2. wak hamad said...
PUNCA PAS TEGANU ALOH - DARI LAMA TRANUNGKITE
Tuan Guru patut muhasabah diri, kenapa dalam gelombang rakyat menolak BN, tetapi PAS gagal di TRG, sedangkan ianya menjadi target PAS, lebih dari Kedah sendiri. Tuan Guru juga perlu mendidik anak2 buahnya di Rusila supaya menjadi lebih berhemah, berakhlak mulia & cerdik agar tdk termasuk perangkap lawan, bukannya berperangai samseng dan kaki gaduh. Kita hendaklah menunjukkan akhlak yg mulia hatta kpd musuh, itulah ajaran Islam tulen. Sikap suka bergaduh dgn musuh adalah bawaan militan & syiah. Contohilah Tuan Guru Nik Aziz, yg amat dihormati hatta oleh org2 UMNO sendiri!
Kalau kita ambil analogi Ayoh Chik menang Parlimen Marang, maka beliau tetap relevan, maka juga bermakna Pak Lah juga masih relevan kerana masih menang di Kepala Batas!
Kita masih menangisi kehilangan Ustaz Fadzil Noor, yg amat hebat daya kepimpinannya & pandai politiknya. Beza antara Uztaz Fadzi & Tuan Guru Haji Hadi, adalah umpama beza Mahathir dgn Pak Lah bagi UMNO.
PUNCA PAS TERENGGANU TEWAS:
1) Calun Bermasalah.
Terdapat calun bermasalah yng tidak diterima oleh akar umbi tapi masih lagi diangkat menjadi calun. Calun ini memnag dikenal pasti tidak amanah dan menyelewengkan wang parti. Tambahan pula terkenal kerana menunujukkan kemewahan kepada orang-orang kampung tapi masih lagi dipilih kerana memakai JUBAH BESAR MELERET, BERJAMBANG LEBAT DAN SERBAN BESAR.
2) Tiada slogan seragam
Selogan p.raya berbagai-bagai ikut kawasan, kalau hulu Trg slogan YB Anak Haram, Kemaman runtuh Masjid, setiu Rampas tanah, Yg seragam hanyalah AWAS PENGUNDI HANTU AKAN KAMI KERJAKAN! Kalau dulu Cuba Try Sekali amat berkesan, bahkan negeri2 lain gunakan BN=Barang Naik secara menyelurh amat berkesan.
3) Pimpinan Ahli UMNO(CALON BESUT)
Isu ini yg dimainkan oleh UMNO pada kempen saat2 akhir dikawasan tertentu gagal ditangkis sama sekali bahkan tidak ada penafian oleh individu terlibat!!!
4) Tidak Menerima Cadangan Akar Umbi
Tuan Guru amat bergantung kepada nasihat orang2 kanannya dan samasekali tidak mendengar pandangan org2 bawahan dalam pemilihan calun. Walaupun ada calun2 yg digugurkan kerana terlalu parah tapi terdapat lagi muka2 lama yg bermasalah dan juga calun2 baru tapi berfikiran era 80an, dengan mengangap cukup saja dengan penampilan serban jubah dan ke masjid secara autmatik akan dipilih oleh rakyat. Bahkan mengejutkan juga kerana ada calun yg sanggup lobi membawa pimpinan hingga ke JORDAN dgn duit parti utk melobi. Ini berlaku dalam PAS terenggganu!!
5) Asas Wakil Rakyat
Seperti faktor diatas berjubah dan berserban bukanlah syarat wajib utk w.rakyat tapi wakil rakyat mestilah sntiasa boleh didekati tanpa jurang pemisah dengan rakyat. Contohnya Rasol Wahid disukai kerana sikapnya snetiasa berada dengan masyarakat, samada dikedai kopi atau dipasar. Tapi calun2 kita hanya berada di markas PAS saja, masjid UMNO pun tak masuk. Belum lagi tempat lain yg sepatutnya bermasyarakat. Memang akhlak Islam adalah asas tapi perkara2 tersebut juga perlu ada.
6) Isu Rusuhan Rusila
UMNO telah lama memainkan isu dengan kain rentang dimana-mana PAS PARTI RUSUHAN. Mereka memnag telah bersedia dengan pengundi hantu dan terus dihantar ketempat mengundi diiringi dengan polis dan dengan wartawan, memnag nyata mereka hendak kenakan PAS. Mereka berjaya mempengaruhi pengundi2 disebelah petang. PAS TRG patut belajar dengan PAS Kelantan bgaiamana menangani pengundi hantu sehingga hantu itu sendiri mengundi PAS. sepatutnya PAS Terengganu mempersiapkan peraih2 undi dengan kata psikologi hingga mereka takut untuk memnagkah BN. bukan dengan poster untuk bertempur. Kerana mereka gunakan budak2 kolej, budak2 ini boleh kita pengaruhi kerana mereka diperalatkan tapi perlu kepada perancangan lebih awal dan teraur.
KOMEN WAK:
PAS TEGANU PERLU MALU DENGAN SAMMY VELLU, ONG KA TING DAN KOH TSU KOON.WAK ADA DI RUSILA DENGAR HJ HADI MENGAJAR PADA 7 MAC 2008, SEHARI SEBELUM P RAYA. DOK NGAJAR SERUPA DULU LAGI.. WAL HAL ESOK NAK MENGUNDI...TAK DA IDEA NAK BUAT SERUPA KELANTAN MUNAJAT SUNGGUH2 DENGAN TUHAN.
ISU KULIAH PUN ISU LAMA ..DOK ULANGISU LAMA....HUDUD HUDUD HUDUD
KALU BULEH MEMERINTAH.
MEMANG WAJIB LAKSANA HUDUD TAPI TENGOK LAH FIQH AWLAWIYAT.
TAKKAN BILA MMEMERINTAH NAK BUAT HUDUD SAHAJA. BENDA LAIN BANYAK JUGAK HAK KENA BUAT.
HAK WAK NAPOKNYA KULIAH TU HANYA BERI UNTUNGKEPADA PENIAGA.ADA HAK JUAL TEMBAKAU JUAL ROKOK, JUAL IKAN DAN JUAL SAJI DAN MACAM2 ANEKA BARANG. SELAGI HJ HADI TAK BELAJAR DARIPADA SAMMY VELLU SELAGI TU LA PAS TEGANU TAK LEH MEMERINTAH. ORG PAS TEGANU KENA PPAKAT PERO LAGILAH ULAMA YANG
TAK IKUT PERKEMBANGAN ZAMAN. ORG UMNO TENGOK HARAKAHDAILY 4-5 KALI SEHARI PRESIDEN PAS TENGOK SEKALI SEHARI- DIA NGAKU SEDIRI KA LUTFI HARAKAH.
MOLEK JUGAK BN KUASAI LAGI TEGANU ADA JUGAK HASIL BOLEH TENGOK HIGHWAY SIAP. UNDI PAS BULEH BEGAPA KALAU PROJEK TAK DAK AKHLAK PUN TAK DAK.SETAKAT NAK BERJUAL DI RUSILA PAS KALAH PUN BULEH BERJUAL.
MKJ RESPON: Setiap yang berlaku adalah dengan takdir dan suratan-Nya yang siap dengan hikmah. manusia diberi akal fikiran adalah untuk mencar-gali hikmah di sebalik kejadian. Menang-kalah juga ada hikmahnya. Menang-kalah boleh batang pahala atau dosa.
Kalau menang membawa kepada keangkuhan dan kesombongan akan mendatangkan dosa dan kalau redga kerana kalah juga mendapat pahala. Kalau syukur dengan kemenangan dan akan guna kemenangan untuk kedaulatan Islam...bangsa dan negara akan berpahala dan kekalahan dipertikaikan kononnya angkara pengundi hantu...pihak lawan menipu...orang mati pun mengundi boleh membawa kepada berdosa...kerana ia boleh membawa kepada takdir dan suratan-Nya dipertikaikan.
March 12, 2008 6:42 AM
3. wak hamad said...
DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak
12/03/2008 8:34pm
KUALA LUMPUR 12 Mac – Sebanyak 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, petang esok.
Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini berkata, tindakan itu dibuat kerana pelantikan Ir. Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas sebagai Menteri Besar masih belum menerima mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
komen wak:
NAK DENGAR KOMEN ADUN SALOR DULU LAH.
MKJ RESPON: Masalah di Perak bukannya mudah untuk diselesaikan. Amalan demokrasi menetapkan yang menang majoriti adalah yang kena bertindak sebagai leader. Dalam pakatan DAP-PAS-PKR di Perak...DAP yang mempunyai kerusi yang lebih banyak. Dari sudut amalan demokrasinya...DAP yang kena leader.
Lantik wakil tokoh Pas sebagai MB bermakna menghina amalan demokrasi. Jika dilantik tokoh dari DAP bermakna melanggar perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak. Apa akan jadi? Sudahnya pasti BERSELERAK. Ianuya bukan sahaja akan jadi isu dalam negara tetapi pasti akan diambil peluang oleh pejuang hak asasi peringkat dunia.
Sudahnya nanti untuk tempoh satu penggal masa terpaksa dihabiskan untuk menegakkan antara tuntu8tan demnokrasi dan perlembagaan serta undang-undang tubuh negeri. Tumpuan untuk sempurnankan janji turunkan harga minyak dan harga barang...tak terbincang dan tersentuh pun.
Di Selangor pun orang istana kata selain dari MBnya adalah orang Melayu beragama Islam, TMBnya juga kena orang Melayu beragama Islam. Kalau tidak macam TMB boleh gantikan MB nak resmikan masjid dan sebagainya. Bolehkah orang DAP terima alasan itu atau kalangan wakil-wakil rakuyat bukan Melayu dalam PKR menerimanya. Maknanya di Selangor pun ada masalah juga tentang pemegangan kuasa dan agihan rampasan perang, masalah yang tidak mudah untuk dileraikan.
March 12, 2008 6:47 AM
4. wak hamad said...
lagi daripada laman terangkite:
1) Terdapat CALON PAS BERMASALAH yg tidak diterima oleh ahli2 pas sendiri sperti di RANTAU ABANG,ramai pengikut PAS yang tak setuju dengan calon yang dipilih.UNDI PAS kerana parti jer.Pilih lah yang macam WAKIL RAKYAT SURA SEKARANG,sangat di sukai semua golongan..TABIK PADA USTAZ WAN HASSAN
2) Ada PIMPINAN PAS YANG KALAH DLAM PRU11 LARIKAN DIRI,ketika PAS kalah teruk dlm PRU11,pimpinan PAS tidak datang menjenguk ahli2 di akar umbi,mereka bergerak sendirian.bila ada PILIHANRAYA,,baru nampak muka...mau jadi calon lah tu...cari sokongan...
RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI...
HAK MOLEKNYA SUSUN SEMULA DEWAN HARIAN PAS TEGANU KALAU SEMUA ADA BUAH ZAKAR (KECUALI KETUA DEWAN MUSLIMAT LA).
MKJ RESPON: Kita tunggu dan lihatlah apa yang bakal berlaku di Terengganu.
March 12, 2008 6:50 AM
5. rajaman62 said...
Malam ni selepas solat hajat di surau memohon kehadrat ilahi agar dipermudahkan segala urusan perlantikan MB Terengganu.
Masa yang terluang ini ingin saya untuk kongsi rasa, kongsi pengalaman dengan mereka yang menyilau blog ini.Sebenarnya masih terbuku dihati dengan sinario politik kini dan berita terbaru DAP akan pulau angkat sumpah perlantikan MB Perak yang dipilih dari PAS.
Sebenarnya apa yang hendak saya perkatakan di sini ialah WALAUPUN SUDAH SEDIA MAKLUM OLEH SEMUA KEPIMPINAN PAS BAHAWA DAP SECARA TERBUKA MENOLAK NEGARA YANG BERORIENTASIKAN ISLAM, NAMUN PAS TETAP BERKERJASAMA.
Siapa Kit Siang pada kacamata PAS, yang dulunya bagitu lantang tanpa segan silu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan harapan jawatan Perdana Menteri dapat dilantik secara bergilir.
Kini usaha Kit Siang ke arah itu sudah menampakkan hasilnya walaupun tidak dapat dimiliki secara mutlak
dan kini gandingan antara bapa dan anak dengan dibantu dua parti Melayu untuk mencapai matlamat yang satu.
Kenapa kepimpinan PAS tidak mengerti dengan alasan yang kerdil iaitu "Jika Nabi Muhamad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam iaitu kaum Yahudi sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP".
Kata peminpin PAS itu lagi "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan PAS tidak mendirikan negara Islam". (Kota Darul-naim menjadi saksi).
Semenjak tahun 1999 lagi Haji Hadi juga dengan lantang meminta semua rakyat bersatu bersama di bawah kepimpinan PAS, DAP dan PKR untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional untuk mendirikan kerajaan baru.
Jelasnya pada mereka ini bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hina- dina walaupun mereka tahu UMNO yang memertabatkan Islam di negara ini sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan UMNO. UMNO juga secara serius dan praktikal terus memperjuangkan KETUANAN MELAYU. Oleh sebab syarat dalam perlembagaan tubuh UMNO sendiri fasal 4(3) memperuntukkan setiap ahli bergabung mestilah menerima keputusan Majlis Tertinggi UMNO, maka semua parti komponen gabungan kongsi kuasa bersama UMNO sentiasa sahaja menghormati UMNO dan bersetuju dengan kepimpinan Melayu.
Rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa dengan membunuh UMNO maka ketuanan Melayu di bumi bertuan akan hilang. Kalau kurang tepat mohon Abang Li atau Wak Hamad perbetulkan firasat saya ini.
Sekian.
MKJ RESPON: Pas tidak utamakan bangsa (assobiyyah). Islam menjadi keutamaan Pas. Tengoklah mampu ko tidak orang Pas Islamkan orang DAP atau memastikan orang DAP akur kepada tuntutan Islam.
Apakah DAP akan tolong Pas kembangkang syiar Islam di Pulau Pinang melebihi dari apa yang dibat olek kerajaan Barisan Nasional ketika berkuasa di Pulau Mutiara itu. Kita tengok juga nanti betapa akan lebih Islamiknya Perak dan Selangor.
Kita juga nanti tengok apakah untuk mendapatkan tolak ansur DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dalam perjawatan politik...dalam ahli majlis mesyuarat majlis perbadanran dan majlis-majlis daerah di Kelantan...tidak akan ada yang mewakikli DAP.
Kalau tidak ada...kita tunggu tengok selama mana pakatan DAP-Pas khususnya akan mampu bertahan dan nantinya akan kita lihat betapa PKR akan menjadi parti yang tersepit di tengah-tengah antara Pas dengan DAP.
March 12, 2008 7:33 AM
6. Anonymous said...
Kalau benar serupo laporan wak royak...nampaknya pas dan dap takkan ada pesepakatan ...dan perak takkan dapat menjadi contoh Malaysia Baru seperti kata Abu Saif blogger orang perak.
MKJ RESPON: Keadaan sedang akan akan berlaku. Sama-sama kita tengok. Saya yakin dalam tempoh yang tak panjang mana...kopiah dan serban akan basah kerana dijadikan pengesat air mata orang Mealyu dan orang Islam Perak.
Tidak mustahil institusi keisdtanaan Perak akan menjadi sasaran cemuhan oleh pihak yang mahu dilihat antara institusi keistanaan dengan amalan demokrasi yang melibatkan suara ramai lebih patut dipatuhi. Kaeadaan yang sama juga akan berlaku di Selangor.
March 12, 2008 7:34 AM
7. Anonymous said...
Fajar islam ada ke kat kedai buku tingkat bawah KB Mall...saya berminat nak baca nampak isu pun menerik...
MKJ RESPON: Itu terbitan lepas. Isu yang akan mula diedar pagi Jumaat lagi menarik. Sepatutnya kita edar pagi ini tetapi kerana mesin cetak bukan kita punya sendiri... ianya sangkut. Nak beli sendiri harganya juta-juta.
Kita pakai konsep kalau menarik beritahu rakan-rakan...kurang menarik beritahu kami supaya yang tidak menarik boleh dibaiki.
March 12, 2008 8:30 AM
8. rajaman62 said...
Tapi yang tentunya semasa di rumah Dato Ilias tadi... Wak Hamad dan rakannya itu ditunjukkan/diberi maklumat yg agak mengejutkan oleh Dato Ilias. Ghapo dio... tungguuuuu!
Dan kpd Wak Hamad atau orghe2 PAS seperti Fadzli... krn kawe tahu lebih kurang benda2 yg cam tu lah maka bila kawe lihat gambar Nik Aziz menitik air mata atau gambar dia berdoa di setiap tiang letrik.... dale hati kawe hanya kata.... ciss!
NAK TUNGGU SAMPAI BILA CIKGU SHIFU WEH, RASANYA TAK SABAR NAK TAHU...
MKJ RESPON: Menunggu itu satu penyiksaan. Anak buah kata Wak ada datang ke pejabat semalam...tapi saya tak jumpa kerana ada urusan UiTM Machang. Kalau jumpa Wak barangkali saya boleh tau.
March 12, 2008 8:49 AM
9. Anonymous said...
Tajunm menulis . . .
Banyak pihak telah menyuarakan pandangan tentang pakatan yang dibentuk oleh PAS, DAP dan PKR. Ada yang mengalu-alukan, ada yang sangsi dan ada juga yang mengeji.
Apa pun, rakyat telah bersuara. Tak perlulah lagi bagi sesetengah pihak memberi pandangan negatif, sekadar untuk meraih simpati dan memuaskan hati sendiri. Tak perlulah mengemukakan pelbagai alasan lagi. Kalau nak bercakap juga, muhasabahlah diri sendiri. Rakyat telahpun membuat pilihan, oleh itu hormatilah keputusan tersebut.
Kukuh atau rapuh? Kita tunggulah dan pasti dapat dilihat dalam PRU13 nanti.
Ketiga-tiga parti sudah pasti akan membina satu pakatan yang teguh. Sudah pasti mereka tidak mahu memerentah untuk 5 tahun sahaja. Sudah tentu setiap langkah yang dibuat akan mengambil kira kepentingan dan kehendak semua pihak, semua bangsa. Pastinya juga setiap langkah yang diambil itu tidak dapat memenuhi kehendak setiap orang. Kita akan dapat melihatnya nanti sama ada ramai yang menerima atau lebih ramai yang menolak. 5 tahun bukannya lama.
Janji menifesto! Rakyat Malaysia adalah antara yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi di dunia. Rakyat boleh menilai janji mana yang boleh ditunaikan dan yang mana tidak. Rakyat tahu aspek mana yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan yang mana dalam bidang kuasa kerajaan pusat. Tidak perlulah kita api-apikan perasaan rakyat supaya menuntut kerajaan pakatan ini melaksanakan janji-janji mereka yang tidak dapat dilaksanakan; atas sebab sekatan undang-undang. Tak perlulah kita mendesak pakatan ini menurukan harga minyak. Namun, jika mereka menerajui kerajaan pusat, pastinya tindakan tersebut dapat dilaksanakan.
Sewajarnya, pakatan ini membina satu tembok yang kukuh. Kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, serta kerajaan BA di Selangor, Pulau Pinang dan Perak harus membentuk satu persekutuan di peringkat pusat. Setiap langkah yang hendak diambil harus disepakati di peringkat ini dan dilaksanakan di setiap negeri. Dengan cara ini rakyat dapat melihat suatu penyelarasan fikiran dan tindakan. Segala prasangka dan pertelagahan dapat diminimakan.
Sudah tentu dalam situasi ini banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Umum mengetahui, baik PAS, DAP atau PKR mempunyai asas perjuangan yang berbeza dan disokong oleh kalangan yang berbeza. Namun dalam keadaan masih lemah, wajarlah kepentingan sendiri diketepikan dahulu. Penyokong juga harus memahami keadaan ini. Langkah ini adalah penting untuk membentuk kerajaan yang kuat dan dapat bertindak atas kepentingan bersama.
Walau apapun, sama ada kerajaan pakatan ini benar-benar diterima rakyat atau tidak, akan terjawab 5 tahun lagi. Semua pihak dalam pakatan ini tidak harus merasa selesa. Corak pemerentahan dan tindakan akan dinilai sebelum ditentukan.
MKJ RESPON: Masalahnya kerajaan belum dapat ditubuhkan...dah ada ahli pakatan yang nak pulau majlis angkat sumnpah. Rakyat boleh terima kerajaan sama ada rapuh atau pun kukuh sehingga pilihanraya pernggal akan datang diadakan.
Di Perak nampaknya dijepit oleh masalah amalan demokrasi yang membabitkan suara rakyat dengan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Ini bukan perkara dan pertembungan yang kecil dan remeh temeh. Apa yang berlaku di Perak akan memawabaki pakatan di negeri-negeri lain juga.
Kalau perlembagaan dan undang-uandang tubuh dipkartikkan, akan ada pihak yang melihat amalan demokrasi dipersenda. Apakah mereka akan diam dan terima sahaja sedangkan untuk mendapat majoriti mereka bersekang mata siang malam sepanjang tempoh berkempen.
Kalau tuntutan demokrasi diterima-pakai pula, akan ada pula pihak yang akan melihat hak ketuanan dicabuli. Maknanya kini sedang berlaku keadaan ditelan mati emak di luah mati bapak di Perak sekarang yang akan mana apa yang berlaku di negeri berkenaan akan turut sama mewabaki negeri lain, kecuali kelantan dan Kedah.
Mudah-mudahan segala masalah akan selesai dengan mudah melalui sikap tolak ansur dan akan ada pihak yang sanggup mengalah...setidak-tidaknya supaya untuk tempoh empat atau lima tahun...masalah tidak akan terus jadi masalah kerana yang penting rakyat kena menerima faedah dari mandat yang diberikan.
March 12, 2008 9:13 AM
10. Anonymous said...
DAP bela orang Melayu?
SAYA adalah penyokong Pas yang mula menyokong perjuangan parti itu sejak awal remaja kerana tertarik dengan gagasan Islam.
Tetapi alangkah kecewanya saya apabila melihat Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berjabat tangan dan kelihatan gembira bersama para pemimpin DAP atas kejayaan menjatuhkan sebuah pemerintah yang seagama dengan mereka.
DAP kini sudah pun mengorak langkah di Pulau Pinang dengan menolak pelaksanaan DEB, yang sekali gus memperlihatkan matlamat mereka untuk menutup terus peluang orang Melayu dan Islam di negeri itu untuk maju dari segi ekonomi.
Malah prinsip Pas yang selama ini tidak bekerjasama dengan DAP juga seolah-olah dilupakan semata-mata ghairah untuk berkuasa sekalipun terpaksa menggadai nasib orang Melayu di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Di Perak dan Selangor, Menteri Besar kerajaan baru itu nanti ialah orang Melayu sebagaimana Undang-Undang Tubuh negeri.
Tetapi jelas sekali beliau hanya akan menjadi boneka DAP kerana DAP mempunyai jumlah kerusi terbanyak berbanding parti pembangkang lain.
Lantaran kuasa kerajaan pembangkang di Perak kini dipegang oleh mereka. Justeru tidak mustahil apa yang berlaku di Pulau Pinang bakal berlaku di Perak.
Saya sebagai seorang penyokong Pas amat kecewa dan terkejut dengan kesediaan parti itu bekerjasama dengan golongan DAP yang menentang gagasan negara Islam, sehingga akhirnya membentuk kerajaan negeri Perak.
Mengapa tidak mereka rasional, mengetepikan ideologi parti dan memikirkan nasib bangsa Melayu dan Islam di Perak, seandainya kerajaan yang diterajui oleh DAP berkuasa.
Tidak sedarkah mereka bahawa golongan ini hanya memperalatkan mereka untuk meraih kuasa?
Tidak sedarkah bahawa golongan ini sekadar mengambil kesempatan di atas perpecahan bangsa Melayu dan kini ketawa melihat kebodohan bangsa Melayu?
Saya masih ingat fatwa Haji Abdul Hadi Awang, yang menghukum orang UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi fikirlah apakah status pemimpin-pemimpin Pas yang bekerjasama dengan golongan kafir sekarang?
Saya dengan ini bertekad tidak lagi akan menyokong perjuangan Pas kerana jelas mereka sekadar memperalatkan Islam untuk kepentingan mereka sendiri.
Kepada wakil rakyat Pas di Perak, ingatlah balasan Allah kepada mereka yang bekerjasama dengan musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan ingatlah betapa besarnya dosa anda kepada kami umat Islam di Perak seandainya anda masih tegar dengan niat anda.
– AM PIAN,
Tapah.
MKJ RESPON: Kenapa pula DAP tidak boleh bantu Melayu dan daulatkan Islam? Kalau tidak masakan mereka menang kerusi lebih banyak...malah di Parlimen pun suara mereka lebih banyak dari suara parti-parti lain sebagai pembangkang.
Kalau Lim Kit Siang dan Karpal Singh suarakan apa sekali pun di parlimen nanti...orang Pas juga kena ikut angguk kerana terikat dengan kerjasama dalam pembentukkan kerajaan di negeri-negeri yang dimenangi pada PRU12.
Bagi orang Pas, DAP bukan musuh Islam...bagi mereka Umno yang kononnya mengasaskan ajaran sesat dengan Islam Hadahrinya adalah musuh Islam sebenar. Buktinya dengan DAP mereka jadikan rakan...dengan Umno mereka jadikan musuh.
Sebagai orang Perak yang kini dikuasai oleh sebuah kerajaan Islam...banyak faedahnya jika anda banyak menghantar maklumat semasa ke blog ini tentang bagaimana nikmatnya berada di bawah kerajaan Islam untuk dikongsi bersama. Anda akan lebih tahu berbanding dengan kami yang berada di luar Perak
March 12, 2008 4:03 PM
11. Anonymous said...
DAP bela orang Melayu?
SAYA amat menyesal dengan keputusan pilihan raya umum yang lalu. Saya juga terfikir kenapa rakyat terutama orang Melayu begitu mengikut perasaan tanpa memikirkan masa depan bangsa dan negara kita?
Kini DAP memerintah di Pulau Pinang dan dominan di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lihat sahaja Pulau Pinang, sebaik sahaja angkat sumpah, Ketua Menteri baru, Lim Guan Eng bertindak untuk membebaskan negeri itu daripada DEB. Dalam bahasa lain, ia bermakna pemansuhan. Inikah yang dikehendaki oleh orang Melayu terutama di Pulau Pinang?
Tahukah anda DEB digubal untuk memastikan orang Melayu yang sebahagian besar masih ketinggalan dalam menikmati sedikit keistimewaan dalam mendapatkan kontrak kerajaan. Jika ini dihapuskan, mampukah orang Melayu untuk memasuki tender dan berlawan dengan syarikat Cina yang diketahui lebih berjaya dan mempunyai kedudukan kewangan yang kuat?
Orang Cina juga seakan-akan tidak faham bahawa walaupun mereka tidak dapat kontrak terus daripada kerajaan tetapi bukankah kebanyakan kerja disubkan kepada mereka? Barang-barang pembinaan juga dibeli daripada peniaga Cina, yang menguasai industri tersebut dan rantaian pembekalan. Inilah sebabnya DEB digubal, jika kontrak dapat pada orang Melayu, orang Cina juga dapat hasil daripadanya. Tetapi jika dapat terus kepada orang Cina, mahukah mereka membeli barang binaan daripada orang Melayu?
Cubalah fikir dan sedar wahai orang Melayu yang tidak berfikir sebelum membuat keputusan. Kerajaan kita sentiasa menjaga hak kita sebagai rakyat asal negara ini dan dalam masa yang sama menjaga hak kaum lain. Jika selama ini kaum Cina dan India kononnya dipinggirkan, masakan boleh ramai usahawan Cina membuka dan memenuhi gedung, kedai di setiap bandar di Malaysia? Begitu juga orang India yang semakin ramai berjaya sebagai profesional seperti peguam, doktor dan usahawan.
Sekarang orang Melayu sendiri menderhaka kepada bangsa sendiri. Lihatlah apa akan jadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Saya rasa negeri itu akan jadi Singapura yang kedua jika kerajaan tidak tegas dengan pendirian yang diambil.
Janganlah masih melimpahkan kekayaan Kerajaan Pusat ke Pulau Pinang, sebaliknya jagalah rakyat yang menyokong kerajaan seperti di Terengganu, Sabah, Sarawak, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Tunjukkan kepada rakyat yang menyokong penuh kerajaan bahawa undi dan kepercayaan kami dihargai. Jika tidak anda akan lihat lebih banyak negeri di Malaysia akan terlepas kepada DAP.
Kaum Cina amat sukar difahami, mereka hanya akan bersama dengan orang yang boleh membawa untung kepada mereka. Inilah sikap mereka dulu, kini dan selamanya. Sebaliknya orang Melayu pula sudah lali dengan sikap mengagungkan kaum lain selain bangsa sendiri. Buruk sangatkah pihak kerajaan sehingga anda sanggup menggadai maruah dan negeri kepada kaum lain?
Adakah anda fikir setelah DAP menerajui Pulau Pinang, mereka akan memberi kontrak kepada orang Melayu? Tentu mereka akan menjaga penyokong DAP dan kaum mereka sendiri?
Siapa juga yang menerajui kerajaan akan menjaga orangnya sendiri, jadi janganlah mengatakan kerajaan sekarang hanya memberi kontrak kepada kroninya sahaja. Perkara ini juga berlaku di Kelantan, dan akan berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.
Sedarlah wahai orang Melayu, ingatlah pepatah kita ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Hang Tuah pernah berkata: ‘‘Takkan Melayu hilang di dunia’’, tetapi orang Melayu kehilangan hak dan negara.
– ANAK MELAYU TANAH MELAYU.
MKJ RESPON: Pulau Pinang dan pastinya negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan parti alternatif dan perlukan DEB. Bagi kaum Bumiputera di negeri-negeri terbabit DEB tidak ada makna apa-apa. Kerana DEB harga minyak naik dan harga barangan keperluan gagakl disekat.
Mungkin mereka akan menikmati dasar baru yakni DSUSK (Dasar Sama Rata Untuk Semua Kaum). Misalnya kalau di sesuatu pekan ada pasaraya milik orang Cina, maka di sana juga akan ada pasarya milik orang Melayu dan milik India atau dalam sesebuah pasararaya, pemegang sahamnya adalah terdirio dari orang Cina, Melayu damn Idia dengan nilai pegangan saham adalah sama banyak.
Kalau kerajaan baru yang diberti mandat berbuat demikian, apa faedahnya lagi DEB yang terlalu memanjakan kaum Bumiputera dalam bersaing untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam bidang ekonomi yang menjadi nadi dan gernyut nafas paling penting bagi kemakmuran sesebuah negara.
Orang Pas dan PKR seluruh negara kena memberi sokongan padu kepada pembebasan DEB oleh kerajaan Pulau Pinang kerana DEB itu sendiri adalah assobiyah sifatnya, malah demi penentangan assobiyah , Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor juga patut dibebaskan dari DEB.
March 12, 2008 4:11 PM
12. wak hamad said...
Tetapi alangkah kecewanya saya apabila melihat Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berjabat tangan dan kelihatan gembira bersama para pemimpin DAP atas kejayaan menjatuhkan sebuah pemerintah yang seagama dengan mereka.
WAK PUN TERKEJUT JUGAK TAK SEMPAT ANGKAT SUMPAH LAGI MB, USTAZ MAT AWANG DAH PAKAI TIE WALAUPUN NAMPAK TIE SENGET. BAKPO WAJIB KENA PAKAI TIE KE KALU NAK MENGADAP
RAJA, BASO BABUK PJ PERAK NI,
KENAPA TAK LEH PERTAHAN PAKAI JUBAH SERUPA SEKALA? TUANKU TAK MARAH EH PAKAI JUBAH ASALKAN BUKAN JUBAH BUSUK. ORG AKAN NAMPAK BELUM APA-APA SUDAH BERLAGAK.
MKJ RESPON: Jangan pula nanti ada yang mabuk air sejuk dah lah Wak weiii. Saya pun tergeletek hati bila tengok Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Awang kita pakai tie. Nampak janggallah.
March 12, 2008 4:28 PM
13. wak hamad said...
Rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa dengan membunuh UMNO maka ketuanan Melayu di bumi bertuan akan hilang. Kalau kurang tepat mohon Abang Li atau Wak Hamad perbetulkan firasat saya ini.
BUSUK-BUSUK UMNO PUN RETI MANDI WAJIB...COMEL-COMEL TOKOH DAP PUN
TOLAK KEESAAN ALLAH DAN KERASULAN NABI MUHAMMAD.
PAH TU BAKPO TOKOH PAS BULEH BERDAKAP DENGAN TOKOH DAP TAPI TAK SER BERSALAM DENGAN ORG UMNO?
SBB NAMPAK UNTUNG DARI SUDUT POLITIK, NAK KUASA, NAK CARI PITIH , ITULAH SAUDAGAR KUASA YANG RELA DISUMPAH ANAK CUCU ASALKAN TEMBOLOK KENYANG...HUKUM 'HARAM BERPAKAT DENGAN BUKAN ISLAM' DAH DILUPAKAN, TUJUAN DAN CITA-CITA PAS UNTUK MELAKSANAKAN PERUNDANGAN ISLAM PUN SUDAH JADI BAHAN SEJARAH.
WALLAHU AKLAM.
MKJ RESPON: Dalam Umno ada lagu yang mana antara untaiaan katanya berbunyi: ANAK KECIL MAIN API...TERBAKAR HATINYA YANG SEPI...dalam keadaan sekarang ini barangkali boleh dinyanyi: ORANG TUA MAIN API...TERBAKAR RAKYAT DAN NEGERI.
JUMPA LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday, March 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
PAS memang dah lama kufur.
alasan aku :
1) HAJI HADI kata UMNO bersekongkol dengan MCA dan MIC tu kufur, haram makan sembelihan mereka. tapi alasan aku, ALLAH SWT sendiri telah menyatakan JANGAN bermusuh dengan kufur yang telah MENGIKAT PERJANJIAN SETIA (kontrak sosial) dengan kita, lagipun apa yang BN buat tu betul...kita masih menjadi pemimpin dan org bukan Muslim berkongsi kuasa memimpin pengikut mereka dan kita tak pernah ada masalah...kecuali bila si HADI ni membuat fatwa melalui AMANAH TAGHUT dia SEDEKAD lepas.Adakah seorang ulamak tersohor dunia, (kata mereka antara TOP ulamak di dunia!) boleh tak baca Quran??? dia ikut kitab taghut mana tu?
2) HAJI HADI memang biadap dan kurang ajar serta celupar, buktinya dia angkuh dan sombong. ini artikel dari TKO:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan empat perkara penting yang menjadi isu sekarang dalam sidang medianya selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.
Perkara itu adalah:
1) Beliau sendiri telah menandatangani surat bagi pihak PAS kepada Sultan Selangor menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
2) PAS hanya berunding dengan PKR dalam isu Exco Kedah dan telah memberikan tiga kerusi untuk PKR tentukan wakilnya dalam kerajaan negeri. Terserah kepada PKR untuk memilih exconya dan PAS telah menyatakan kesediaannya jika salah satunya adalah dari DAP.
3) PAS tidak menolak sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana dasar itu ada juga kebaikannya. Bagaimanapun, PAS bersetuju dengan dasar-dasar baik yang dikemukakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya telah dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan termasuk dasar mengisytiharkan harta, tender terbuka dan sebagainya.
4) Buat masa sekarang, beliau tidak ada masa dan minat untuk berunding dengan Umno sehinggalah kesemua kerajaan negeri BA selamat ditubuhkan. Selepas itu, PAS bersedia untuk berunding dengan Umno untuk kepentingan negara.
okay, dia kata dia tak ada masa...nanti dia tau laa...
rumusan :
sebenarnya jangan dia ingat dia menang tu, ALLAH favour dia lebih dari pak lah...
ALLAH sengaja nak menyeksa dia dengan kesombongan dia selama ni.
WAHAI HAJI HADI...Insaflah!
nampak nya pas akan berpeluk erat
dgn dap utk bentuk kjaan di perak...
ni aku nak tanya..
akan jd kapir kah barua2 pas
bila berdakap dengan dap untuk bentuk kjaaan???
muhahaha kalu ikut fakwa separuh gila pas
terang2 pas akan jd kapir sebab
bersengkoNkol dgn dap yg musuh islam tu utk betuk kjaan..
tp muahaha fatwa pas macam biskut jee
kejap kapir..tp bila pas sendiri yg buat hukum nya akan bertubah jd harus kalau pun tak jd wajib...
aku heran cam mana org melayu leh percaya parti pas yg terang2 main2 kan hukum islam tu???
SEKALI LAGI AKU NAK TANYA..
JADI KAPIR ATAU TIDAK PAS PELUK2 GAN DAP UTK BENTUK KJAAN DI PERAK??? KAPIR KE TIDAK????
PAS MMG MUNAPIK!!!
Memang jadi munafik ler... PAS.
Sekarang kerajaan campuran berlaku di Perak walaupun dilantik WAKIL PAS sebagai MB. Tetapi Melayu yg jadi mangsa bila PAS menjadi alat dan segala keputusan mutlak di buat oleh DAP secara tidak langsung.
Nampak jer MB dari PAS tapi faham2 jer lah.. majoriti kemenangan siapa.. Tak kerana syarat di Perak.. DAP lah MB..
DAP memang dah rancang lama untuk dapatkan Perak kerana Perak adalah negeri yg banyak sumbernya dan kali ni berjaya. Setelah undi Melayu berpecah kpd BN, PAS, PKR.. yg untungnya DAP..
Majoriti Melayu Perak tak sangka yg DAP menang.. suara dari rakyat melayu d Perak tak kira dari BN, PAS, PKR. Kebanyakan kini mula berfikir sesuatu akan berlaku selepas nie..
Siapa nak bela suara2 melayu? Nak harapkan MB PAS.. cuma jadi "dummy" jer..
Ramai telah mula berfikir nasib Melayu d Perak... itulah suara orang Melayu di sana yg sedang mula diperkatakan... Kalau ada suara orang perak disini.. need more info sikit..
p/s: Orang melayu PKR menjadi alat DAP untuk memecahkan Melayu Perak secara tidak sedar.
Yang rugi, MELAYU. DAP merancang, Melayu Meruncing
Sebagai muslim, jgnlah kita mudah mengkafirkan/memunafikkan sesiapa.
Melainkan muslim tersebut secara terangan berkata, keluar dari mulutnya perkataan sedemikian. Jgn kerana ikutkan perasaan, kita lupa utk bela saudara semuslim kita.
Pernah berlaku zaman Saidina Ali-Muawiyah berselisih pendapat, dtg org Rom menerusi utusan mereka menawarkan pertolongan kpd Muawiyah tetapi apa balasan Muawiyah kpd utusan Rom? (Bermaksud lebih kurang begini: "Kamu (org ROM) jgn masuk campur dlm urusan kami! kami (muslim) ini berselisih sesama kami, sesama adik beradik kami shj. Perkara kecil. Jika diikutkan, kami lebih bersedia mengumpulkan kekuatan kami, adik beradik kami mengerang negara kamu (ROME) dari berperang sesama sendiri." (lebih kurang camu la)
Sbb itu kena beringat, dlm tiap perkataan yg kita lafazkan... silap haribulan memakan diri, menjerut leher sendiri.
Ambil pengajaran dari Fatah - Hamas di Palestin. Yg merana siapa? rakyat Palestin. Seronok Israel tgk org Islam bertekak sesama adik beradik.Crying or Very sad
Inilah natijahnya bila Melayu mengutamakan ideologi dari memandang realiti. X kan x perasan mimik muka Pengerusi DAP Perak masa sidang media? Muka penuh dgn riak bongkak dan dendam. Ntah macamana nasib Melayu Perak selepas ini. Seharusnya ini menjadi pengajaran buat semua Muslim...
Pulau Pinang -Kaum Cina Bersatu dan Melayu terpaksa Merayu
Kerajaan negeri baru Pulau Pinang telah ditubuhkan di mana menyaksikan Lim Guan Eng kini menerajui negeri tersebut. Kita juga dapat melihat bagaimana Pemangku Pengerusi Gerakan yang juga bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut hadir dalam apa juga majlis yang diadakan mahupun dalam majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang Baru ini untuk memberikan sokongan kepada kerajaan baru DAP.
DAP juga telah menyeru agar Pemangku Parti Gerakan Datuk Koh Soo Khoon agar menarik kembali hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Pemangku Pengerusi Gerakan. Hubungan merka begitu akrab , dimana kita boleh membuat kesimpulan orang-orang Cina di Pulau Pinang kini telah bersatu.
Lain pula dengan kaum Melayu yang telah membuat kunjungan hormat dengan Ketua Menteri Baru dan merayu agar hak mereka sebagai orang Melayu jangan dipinggirkan. Orang Melayu di Pulau Pinang terpaksa merayu untuk hidup untuk terus bernafas di negeri kelahiran mereka. Ini tidak pernah berlaku sewaktu BN tunggak pimpinan di negeri itu.
DEB yang memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu kini telah tiada lagi. DEB yang dirancang untuk menaikan ekonomi orang Melayu kini telah dikuburkan oleh pemerintah gabungan dua parti pembangkang , DAP dan PKR.
Bangsa Melayu kini perlu membayar kembali kesilapan dan kerakusan mereka yang mengundi tanpa memikirkan nasib anak bangsa mereka dan mengundi kerana sifat sakit hati apabila terlalu banyak menerima fitnah-fitnah dari mereka-mereka yang gilakan kuasa.
Kini , sistem tender terbuka yang mahu diamalkan oleh Pemerintah baru Pulau Pinang sememangnya kelihatan seperti adil, namun kita lupa akan kemampuan syarikat.-syarikat orang Melayu tidak akan dapat untuk bersaing dalam mendapatkan tender yang akan dibuka.Cina akan terus memperkukuhkan kedudukkan mereka di Pulau Pinang.
Pulau Pinang kini kian hampir mengikuti jejak langkan abang mereka , Singapura , Orang Melayu akan sekali lagi menggigit jari khususnya anak jati Pulau Pinang.
Majlis angkat sumpah MB Perak dibatalkan
13/03/2008 4:53pm
IPOH 13 Mac – Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Besar yang dijadualkan petang ini dibatalkan.
Pembatalan itu dipercayai masalah pembahagian kerusi exco di kalangan kerajaan gabungan yang terdiri daripada DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari Pas, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar petang ini.
reo minyak di 5 negeri turun: kelantan minyak urut, perak minyak lintah, kedah minyak gamat, pulau pinang minyak buah pala, selangor minyak rambut.
tahniah kerana berjaya mrenurunkan harga minyak-minyak berkenaan
rego minyak kini turun di 5 negeri: kelantan minyak urut, perak minyak lintah, kedah minyak gamat, pulau pinang minyak buah pala, selangor minyak rambut.
tahniah dan syabahs BA kerana berjaya menurunkan harga minyak-minyak berkenaan
MASALAH TAMAK UNTUK MEMBAHAGI WANG ROMPAKAN TERJADI
HUH TERINGAT CERITA P. RAMLEE.
SATU ENGKAU PUNYA
SATU AKU PUNYA
- SATU HASSAN ALI PUNYA(TMB), SATU TAN SERI KHALID PUNYA(MB) - HABIS AKU PUNYA TMB MANA...KATA DAP.
HARGA MINYAK TURUN!
Berkuatkuasa pada 11/03/2008.
BA telah menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak seperti yang terkandung dalam manifesto pilihanraya 2008 bagi negeri-negeri berikut sahaja:
1. KEDAH - Minyak Gamat
2. PENANG - Minyak Pala
3. Kelantan - Minyak Mestika
4. PERAK - Minyak Kelapa
5. Selangor - Minyak Rambut
Diskaun 50% juga akan diberikan kepada sesiapa yang menjadi ahli!
>>Kickdefella kata.....
PAS Bukan PARIA!
Pinggan tak letak, nasi tak dingin. Kit Siang tak hendak, rakyat tak ingin!.
Usaha memPARIAkan PAS adalah usaha memPARIAkan rakyat. Jika Lim Kit Siang gagal mengawal emosinya jangan ingat rakyat pun tidak akan gagal mengawal emosi mereka.
Rakyat Malaysia sudah buktikan bahawa mereka menyanjung usaha meMalaysiakan politik Malaysia tetapi, Lim Kit Siang anak beranak jelas gagal memperjuangkan semangat Malaysia. Jelas, Lim Kit Siang masih melihat Barisan Rakyat masih Cina, Melayu, Cina, India, Cina, lain-lain, Cina, Islam.
Usaha mencemari bumi Maharajalela dan mengkhianati perjuangan Pasir Salak jelas sekali mencabar rakyat Malaysia.
Di dalam pemilihan Menteri Besar dibumi tumpahnya darah J.W.W Birch, Sultan Perak berhak membuat pilihan dengan memilih yang Baginda fikirkan terbaik. Dalam hal ini, Tuanku telah memilih seorang Jurutera bertauliah berbanding dengan seorang Bekas Posmen. Baginda tentu mahukan yang terbaik untuk negeri baginda dan rakyat di bawah naungannya. Apakah pembatalan upacara angkat sumpah ini sebagai petanda baginda sudah murka di atas ketiadaan muafakat dikalangan tiga parti yang berlagak mahu bersatu menubuhkan kerajaan.
Di dalam hal ini, jelas sekali, apapun terjadi, nampaknya kemenangan 8 Mac 2008 kepada rakyat kini tidak lain sekadar menang sorak, kampung tergadai. Terima kasih kepada Lim Kit Siang anak beranak......
>>Kawe kata....
Pade muko.... muko sapa?... muko kou, aku dan kamu2 semua orghe Melayu.
Tak payahlah nak ulas ghapo2 dah, mugo selama ini perkara2 seperti inilah yg UMNO/BN uruskan dalam senario pilitik tanahair yg penuh tekanan dari suku-sakat DAP yg terang2 diluar BN atau dari keturunan mrk yg ada dalam BN.
Sekarang Kickdefella baru nak mempersoalkan Lim Kit Siang anak beranak.... kenapa? kau baru kenal ke dia?
TAKBIRlah sementara masih ada kesempatan ini sebelum kau betul2 jadi paria atau pun mungkin lebih teruk drp orang utan.
Teruskanlah TAKBIR mu apabila satu persatu kerusi dimenangi DAP sedangkan PAS & PKR hanya menang sorak.
Ibarat.... PAS & PKR berpanas berpeluh bergulai, DAP yg makan isi dengan nasi briani... PAS & PKR cicah kuah dgn roti.
Post a Comment