Friday, March 14, 2008

MKJ RESPON (23)

MASA terus menapak ke depan dan menoleh, apatah lagi mengundur ke belakang. Apa yang terjadi akan tetap terjadi. Dieeronokkan atau pun disedihkan pun apa yang berlaku di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah, Kelantan dan sebagainya telah berlaku dan akan berlaku.

Akan bahagiakan kita dari apa yang telah berlaku atau akan celakakah kita kerana? Ianya menjadi persoalan banyak orang yang rajin guna otak untuk berfikir dan merenung apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku.

Pun yang kena diperakukan, yang kena diredhakan ialah sama ada bahagia atau celaka kita kena hadapinya dengan penuh persediaan. Masa dan keadaan tidak akan kesian dan bersimpati dengan kita untuk terus berlalu mengikut lumrah, yang kena urus dan mengisi masa serta menfaatkannya adalah kita.

Sesungguhnya apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku ada hikmahnya, ada unsur-unsur pendidikan, informasi dan ilmu bagi yang benar-benar mampu membina dan membentuk diri sebagai manusia sejati dan tidak hanya manusia dalam bentuk rupa semata-mata.

Kita kena sedar dan terima hakikat bahawa barangsiapa yang tidak mengalami rasa letih dan sakit, maka dia tidak akan dapat menilai betapa berharganya masa sihat. Barangsiapa yang tidak pernah rasa lapar, dia tidak akan merasakan kenikmatan sebenar kekenyangan.

Barangsiapa yang tidak pernah merasa dijajah, dia tidak akan rasa nikmatnya kemerdekaan. Siapa yang tidak pernah merasa kalah, maka dia tidak akan dapat menilai betapa tinggi harga sebuah kemenangan. Sesungguhnya bersama datang musibah, dalam petaka dan bala ada peringatan.

Ertinya kekalahan Umno/BN pada negeri-negeri yang tidak sepatutnya Umno/BN kalah adalah merupakan suatu bentuk ujian...selain dari untuk menyedar dabn mengingatkan kita supaya sedar dari kealpaan, ianya juga merupakan kifarah demi untuk kebaikan kita.

Kalah untuk nantinya akan menjadikan kita lebih baik dan akan bangkit dari kekalahan dengan kualiti iman dan taqwa yang lebih mantap, maka adalah lebih baik kita kalah daripada menang, apatah lagi kalau kerana kemenangan menyebabkan kita terkepung dalam pelbagai masalah dan kemungkinan buruk.

Seperti biasa, sebelum berundur diri, saya akan memberi respon kepada komen-komen yang hantar sebagaimana berikut;

4 comments:
1. wak hamad said...
Kisah pelancong Singapura disangka pengundi hantu di Terengganu Oleh Berita Harian Singapura Jumaat, 14 Mac 2008 MEREKA seronok ingin melancong ke Terengganu sambil merasai bahang pilihan raya di negeri itu pada hari mengundi Sabtu lalu.Namun, 'bahang' itu terlalu hangat bagi rombongan seramai 26 pelancong dari Singapura itu.Sedang mereka dalam perjalanan ke Kuala Terengganu sekitar 4.30 pagi pada 8 Mac lalu, bas yang mereka naiki menjadi 'mangsa' serangan batu oleh beberapa penduduk di situ.Menceritakan pengalaman agak menakutkan itu, salah seorang pelancong, Cik Mokhtar Bebe, 55 tahun, berkata semua penumpang sedang lena tidur apabila mereka dikejutkan oleh bunyi yang kuat.'Ketika itu, kami fikir ia satu kemalangan. Mungkin batu tercampak. Tetapi kurang lima minit kemudian, beberapa ketul batu lagi menghujani kaca tingkap bas kami,' ujar suri rumah sepenuh masa itu.Pegawai pelancongan Babus Salam Holidays, yang memimpin rombongan itu, Cik Kalsom Ismail, berkata beliau menjenguk ke luar tingkap dan ternampak sekumpulan penunggang motosikal yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.Rombongan tersebut ketika itu berada di kawasan Kampong Rusila di Marang.'Mereka tunggu di tepi jalan. Begitu ramai, tak boleh dikira,' katanya.Keadaan di Marang semasa hari mengundi agak tegang dengan 22 penyokong parti pembangkang ditahan polis kerana bertindak agresif dan menahan dua bas serta menyerang kenderaan polis di Kampung Rusila.Menurut Cik Kalsom, 53 tahun, semasa kejadian itu, mereka memutuskan untuk tidak memberhentikan bas kerana bimbang keselamatan para penumpang.Namun, beberapa minit kemudian, mereka berhenti untuk mendapatkan bantuan polis yang kebetulan berada di situ.'Rupanya bukan bas kami sahaja, dalam 10 bas lagi turut jadi mangsa,' tambah Cik Kalsom.Polis dan pihak tentera kemudian mengiringi kira-kira 10 bas itu sepanjang perjalanan.Meskipun dengan kehadiran pihak polis dan tentera, serangan batu itu tidak berhenti.Malah, kerana bas bergerak perlahan, ia lebih teruk diserang.'Mujur tiada sesiapa yang cedera,' kata Cik Kalsom, sambil menambah bas berdaftar di Kuala Lumpur itu mengalami kerosakkan bernilai lebih $5,000.SAPO NAK TANGGUNG DOSA TU WEH?



MKJ RESPON: Bagi saya perlakuan sedemikian tidak ada moral Islam, Ianya adalah suatu bentuk kegagalan dakwah dan kerja-kerja pengislamisasian pengikut/penyokong. Ianya adalah perbuatan yang sangat berdosa. Mungkin mereka yang melakukan keganasan tidak tahu perbuatan mereka itu satu perbuatan dosa kerana mereka dikuliahkan boleh mengumpat, boleh kata udu ko orang...apatah lagi melakukan keganasan. Segala-galanya dicatat oleh malaikat untuknya nanti akan dibentangkan dalam perbicaraan di Padang Mahsyar.


March 14, 2008 3:05 AM
2. wak hamad said...
Alhamdulillah Wak Berbesar hati dapat bertemu dengan tokoh besar media negara Abg Li selepas kuliah tok guru pagi tadi. Pertemuan di kaki lima dekat klinik merican jln hulu pasar berlangsung dalam suasana santai - duduk atas kaki lima dan ini menyerlahkan martabat abe li yang senang kkira mudah bbaso.Rasanya calon-calon hak menyohor dalam poster 'senang kkira mudah bbaso' pun tidaklah sesenang itu untuk sama-sama menghirup udara pagi di kaki lima sesama rakyat marheain.InshaAllah wak akan terus menyokong usaha abg li dalam mewujudkan media secara Islam - tak menawak, tak bbohong, tak da propaganda dan tak da unsur-unsur maksiat.Hak nyatanya abg li napok koho muda berbanding wak bertemu pada pertengahan tahun 1990an dahulu.Mesti abg li ada mmaka ni.Jumpa lagi ....



MKJ RESPON: Saya bukan tokoh media Wak...hanya sekadar pejuang kecil bidang kemediaan. Bergerak secara kecil dan berusaha secara kecil-kecilan...ikut kemampuan. Saya dari golongan marhaen. Kaki lima...kedai tunggeng mamak adalah dunia saya.


Macam mana pun saya minta maaf kerana saya terlupa nak pelawa Wak minum dalam pertemuan singkat itu. Saya agak kalut kerana menjawat panggillan dan SMS dari para pengedar kerana Fajar Islam kena dihantar lewat sehari dari sepatutnya.


Petugas-petugas unit jualan minta cuti untuk hilang penat....saya pula tak suka anak buah buat tugas dalam keadaan terpaksa kerana nanti kalau dalam keadaan terpaksa dan tidak berapa redha...dipecut kenderaan dengan laju...berlaku kemalangan...mereka dan saya juga yang susah.


Sepatutnya selepas Kuliah Tok Guru saya bersama juru layout akan ke Raub untuk hantar 4,000 naskah Fajar Islam. Macam mana pun bila buka pejabat cari suis van tak jumpa...pegawaui pemasaran yang minta cuti dihubungi tetapi HP dioffkan.


Bukan mudah jadi taukeh. Sebagai taukeh kita nak semua cepat dan penghantaran bekalan kepada pelanggan kena sampai dengan cepat dan menepati date-line kerana pelanggan adalah raja dan kita pengeluar produk adalah hamba.


Macam mana pun para petugas ada pandangan sendiri, mereka utamakan rehat dari kerja kerana kalau buat kerja kuat pun gaji mereka tak akan bertambah. Taukeh untuk ke ruigi gaji tetap kena bayar. Taukeh dalam resah tetap kena ceria jugak.


Nantilah pada suatu ketika...apabila keadaan mungkin lebih stabil dengan pertamabhan jumlah petugas yang lerbih ramai...saya akan banyak masa free....bila Wak datang bolehlah kita perkena kari kabing Kampung Morak atau sup ayam kampung di Wakaf Che Yeh atau mee udang galah Lemal atau pun goreng ayam kampung maih panas Geting.


Tambah muda? Pelik juga kalau umur semakin tua tapi wajah nampak muda. Agaknya kerana saya botakkan kepala dan cukur janggut...nampak mudalah sikit. Tapi umur tetap dah lanjut. Kalau saya bukan orang susah...pada usia sekarang sepatutnya saya habiskan di masjid surau dah.


Tapi kerana saya bukan orang senang dan masa depan anak-anak serta cucu-cucu kena juga diperhitungkan...saya kena jugalah terus membanting tulang. Anak-anak saya tidak ada seorang pun yang makan gaji walaupun macam-macam temuduga dihadiri.


Rakan yang lebih rendah kelulusan dapat kerja tetapi anak saya tak dapat. Mungkin kerana saya tak mahu semasa temuguda kena ada campuratngan kalangan tertentu supaya dapat kerja yang dipohon...malah surat sokongan pun saya larang mereka bawa untuk hadiri temudgua.


Saya mahu mereka diambil bekerja kerana mereka layak...bukan kerana surat sokongan atau campurtangan orang dalam supaya gajinya benar-benar halal. Walaupun dari segi kelulusan cukup syarat tetapi dari sudut orangnya tak layak...lebih baik tak dapat kerjalah kerana punca rezeki bukan hanya dengan makan gaji sahaja.


Walaupun sebagai penghulu bini saya sering beri sokongan kepada anak-anak orang lain untuk dapatkan pekerjaan tetapi saya larang anak-anak sendiri diambil surat sokongan atau diminta bantuan orang dalam. Dengan syarikat sendiri pun saya tak guna anak-anak dan menantu sebagai pekerja takut nanti saya tak akan berlaku adil dengan melebih-istimewakan anak-anak dan menantu sendiri.


Macam mana pun akhirnya mereka yang akan memiliki syarikat-syarikat yang saya bangunkan dan saya sering beritahu masing-masing kena bersedia untuk itu.

March 14, 2008 3:13 AM
3. Anonymous said...
Bila melihat melayu pulau pinang begitu bersemangat marahkan DAP sedih ada nak tergelak pun ada..baru lah diri kita nampak bodo..kita pilih...kita pangkah..pah tu kita marah..mulo kita tak kaba dok pilih hak bare tak pakai kija...lani baru kaba..emm rasanya pakat jerit dalam hati belaka hak mana sokong pas dan pkr.



MKJ RESPON: Sebelum terantuk tak tengadah. Yang pasti kemenangan BA realitinya tak seindah mimpi. Mudah-mudahan bangsaku akan mula sedar bahawa dalam soal kuasa....ianya bukan barang benda yang boleh buat main-main...bukan bolerh nak cuba-cuba.


Bayangkan macam mana kalau kita sebagai bangsa pertuanan tanpa DEB...mampukah kita saingi bangsa lain dalm pencapaian ekonomi. Mungkin betul kata Pas bahawa DEB bukan untuk orang Pas tetapi hakikat DEB itu untuk orang Melayu...untuk kaum Bumiputera.


Sebenarnya ramai juga di kalangan orang Pas yang berjaya dalam bidang ekonomi kerana DEB...tapi kerana dianggap DEB tu milik Umno, maka enggan diperakukan. Yang tak perakukan itu pun orang lain...yang terima faedah hanya membantukan diri.


Sebenarnya DEB bukan milik Umno...sebaliknya ianya adalah dasar kerajaan untuk Bumiputera. Antara Umno dengan kerajaan berbeza walaupun kerajaan ditubuhkan ekoran dari mandat yang diberikan kepada Umno selaku parti leader kepada Barisan Nasional.

March 14, 2008 5:29 AM
4. rajaman62 said...
Hak nyatanya abg li napok koho muda berbanding wak bertemu pada pertengahan tahun 1990an dahulu.Mesti abg li ada mmaka ni.............Jangan dok puji lebih-lebih sangangt Wak weii ke Abg Li tu, lamo nya pasang sora lagi!!! Maaf le Abg Li, gurau je. Memang saya pun boleh agak yang Abg Li ni janis manusia mudah bbasa, kalau kaya pun jenis tak agah. Semoga Abg LI terus cemerlang dalam berdakwah melalui penerbitan.Abg Li...kita tukar topik k.Nampaaknya bersunguh benar penduduk Melayu Pulau Mutiar berhimpun tanda protes pembatalan DEB oleh kerajaan negeri.Mungkin inilah perubahan yang diingini oleh PKR dan PAS dengan membunuh kepimpinan yang sedia ada dan diganti dengan kepimpinan yang terang2 anti Islam. Baru angkat sumpah sudah kurang ajar.Sedarlah bangsa ku, PKR diasaskan dari perasaan kecewa, sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan agama demi untuk mencapai apa yang dihajati. Di mana mereka sekarang??? (disaat penduduk menangis hiba lantaran maruan bangsa diperkosa).Sepatutnya Sang Sapurba Al....tampil kehadapan mempertahankan hak Melayu kerana itu juga negerinya, tapi apa boleh buat takut Si Kulup yang x parnah bersunat tu terguris hati kalau di tegur. Dasar pengkhianat bangsa.Sekian
.


MKJ RESPON: Saya memang ada mmaka....pakai baju dan seluar....kerap pakai kain pelaikat dan jubah...termasuk bila ke pejabat. Tak mungkin pasang sorang lagi kerana saya ni tak pernah amak minum kopi tambah tenaga kelakian ni. Bini suruh tambah sokmo...mungkin menganying kerana saya ni jenis tak cukup minat dengan perempuan untuk dijadikan bini. Sekadar kawe tu ramai...kebetulan saya ni anak tunggal kepada seorang ayah.


Saya cepat mesra dan akan sayang bila kenal dan mesra. Maklumlah kemaruk adik beradik katakan. Pernahlah juga jadi kes bila nampak saya ni mesra dan sayang...kenalan wanita salah faham...mula melihat sayang saya tu dari sudut asmaradana.


Pada suatu ketika...saya pernah minta bini saya yang terangkan kepada si kenalan tadi supaya terangkan sifat semula jadi saya. Antara dalam keadaan susah dan seserabut mana pun saya akan sentasa tersengih dan nampak ceria sokmo.


Di Bachok untuk suatu ketika saya boleh ada 10 gewan (bukan kekasih) serentak. Waktu itu bila saya ke Bachok masing-masing akan jemput ke rumah dan berlumba-lumba sediakan sambal belacan terbaik.


Mereka panggil saya Pakcik Meli dan antara yang panggil saya pakcik tu adalah ayah ibu dan tokcik serta mokwe kenalan-kenalan wanita saya tu. Ada yang ajak saya kahwin, malah makbapak dan tokcik serta mokwe mereka pun mahukan saya jadi suami kepada anak dan cucu mereka.


Kebanyakannya saya carikan pasangan yang sepadan untuk mereka dengan kerjasama bini saya. Setakat inilah tak kurang dari 25 pasangan yang dah berjaya disatukan dan mereka hidup aman bahagia.


Saya kalau berkawan dengan seseorang wanita saya akan turut berkawan dengan ibubapa, tokcik-mokwe dan abang-kakak dan adik-adik serta jiran tetangga mereka sekali. Saya akan pelawa mereka ke rumah untuk melihat kedaifan kehidupan kami sekeluarga.


Terlanjur pula saya bercerita tentang diri sendiri. Mungkin ada faedahnya juga untuk kita saling lebih memahami. Insyaallah melalui bidang penerbitan...selain dari untuk mencari dan berkongsi rezeki...saya akan gunakannya untuk dakwah.


Tentang masalah Pulau Pinang tu atas nama Melayu saya pun amat sedih. Tapi sesekali terfikir juga kenapa kita di luar Pulau Pianng kena bersedihkan sedangkan itulah yang orang Pulau Pinang pilih.


Demikian halnya dengan kes Perak...mulanya saya pun tumpang rasa serabut. Tapi bila fikirkan memang dah itu pilihan orang Perak dan juga Selangor...bakpo kita dari luar negeri-negeri berkenaan nak serabut ketika rakyat negeri-negeri berkenaan berbangga dengan pilihan mereka dan tentulah mereka tak serabut pun dengan apa yang berlaku.


Siapa yang jadi pemerintah mereka bukan jadi persoalan bagi mereka asalkaj hjangan orang Umno...jangan berada dibawah Islam Hadhari. Bagi mereka Umno dengan Islam Hadharinya lebih sesat dari DAP.


Tokoh yang menganggap Umno/Islam Hdahri tu lebih tak elok, lebih sesat dari DAP adalah tokoh-tokoh besar dan banyak baca kitab...banyak tahu tentang hukum hakam...yang Allah dan Rasul larang mengumpat pun dia boleh galakkan. Orang macam kita ni ada dan baca berapa buah kitab sangat untuk sanggah ahlil-kitab?
March 14, 2008 7:31 AM

JUMPA LAGI!!!!!!

32 comments:

Anonymous said...

hok ni molek kalau demo baca ore umno belajar nak kenal tuhe;

Sukar diakui, namun.. setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.. Mujur barangkali UMNO dan BN masih menguasai sebahagian besar Kerajaan Negeri dan turut kekal memerintah Malaysia... Moga-moga ada kalangan kita di peringkat atas pimpinan UMNO mampu menterjemahkan signal yg terbit dari keputusan PRU12 kali ini utk memperbetulkan kembali UMNO. Ibarat menelan ubat yang pahit namun baik utk melegakan kesihatan. Tolong sampaikan suara hati rakyat ini kepada Pak Lah dan MT UMNO. Kita harus bersyukur ke hadrat Illahi, kerana kuasaNya lah maka undi protes kali ini walaupun memberi kesan besar dengan kehilangan 5 negeri ke tangan pembangkang, namun Allah s.w.t Maha Kuasa dan Bijaksana bilamana tidak menyeluruhkan kesepakatan undi protes kali ini.. Jika tidak keranaNya maka hanyut dan hancur dan karamlah bahtera UMNO dan BN dilautan politik Malaysia utk selamanya...
http://www.cybertroopers.net/modules.php?name=News&file=article&sid=176

guano ore demo meli baru sedar kuasa tuhe ko

Anonymous said...

MimPi Wak Hamad selepas PR12 ini

Di Petik daripada melikapakjangak

Kawe nok tamboh ckit hok Wak Hamad mimpi...

1.Tok guru tak mengajar lagi di Medan Ilmu, kalau sihat tok guru akan naik mengajar di atas kelab pas di dewan zul. MPKB tak jadi wak yeh Pas lagi gi pasang khemah di Jalan dato pati.-xdok hal kalu tok guru nok ngajar ilmu agama,UMNO blh bui…

2.Semua kereta EXCO kena serah balik kepada kerajaan termasuk kereta tok guru dok naik selama kening.-termasuk kereta Mercedes hok Tok Guru duk naik loni

3.Ore Pas hak kuat-kuat akan berasa malu yg amat sangat, ore Pas hak tak kuat akan istihar sokong BN Jugak.-xpo orang UMNO blh terima asal demo tobat nasuha

4.Rombakan kabinet pas kelantan akan di buat. Pesuruhjaya dan timbalan nya mungkin akan dipegang oleh pemimpin yang sekarang dilihat tongo. Hak napok cerdik akan senyap tupah dok kira berapa banyak paedah di dapati sepanjang pas memerintah.-Romboklah nok rombak gak,nasi jadi bubur doh

5.Semua jawatan politik, tok ngulu,halaqat, penyelia halaqat, urusetia penerangan dan yg sewaktu dengannya termasuk ahli majlis daerah akan terlucut. Tak dak kijo habis puak tu dan mungkin ada yang jjupa abe meli mitak kerja di Melimediaplus.-xdok dohla tok ngulu Pas hok mangok selamo keni…

6.Ore UMNO dan Bn akan mangok khasnya kakitangan kerajaan hak tak leh akat muka kena nganjing ka ore Pas la ni.-ni bare tentu…slamo ni demo duk pelekeh kito..arini kito sekeh palo demo pulok…

7.Ore Pas tertanya-tanya bakpo kita kalah? Bakpo rakyat tak undi kita , ada salah begapo kita dengan rakyat?-doh demo byk wk dosa dgn rakyat..kecek pelawok sokmo…

8.Hasil post mortem yang dibuat antara sebab pas kalah ialah orang Pas tidak hidup zuhud serupa tok guru.gi dengar tok guru ngajar tapi perangai tak serupa tok guru.-padea muko…dgr tok guru ngajar tp ngato koorang no 1…

9.Tok wakil Pas hak menang berasa malu nak masuk ke dalam kawasan kota Darulnaim dan ke DUN. Muka berasa tebal 14 inci sewaktu nak gi angkat sumpah.-doh selamo kenni duk jeh orang UMNO keno demo baru muko tu letok punggung…

10.YAB Datok Awang adek akan keluar statmen ajak pembangkang bekerjasama memajukan kelantan.-xajok xapo…org lagu ni xleh wk sain..kekoh kito semula…

11.Banyak lembu akan disembelih oleh ore UMNO meraikan kemenangan di Kelantan.-ni bare tentu..xmenepun lembu tumbang banyok doh….

12.Ku LI dan Mat Yaakob kata dia bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah Taala dapat tengok Kelantan di perintah oleh BN semula.-hola ni pemimpin hok main peranan penting bakpo Pas blh meretoh kelate…

13.Komen Tok Guru ialah " Nabi pun pernah kalah dalam peperangan. apa susahnya? Kita hormati keputusan rakyat dan Pas akan memastikan BN hanya menang sepenggal sahaja"-dea lagi kecek besar…nok bnding dgn Nabi panggil xdgr


‘’Hok tentu Pas kaloh kerana keegoaan mereka sendiri dan terlalu banyak wak dosa dengan Tuhan”

Posted by kujian at 3/06/2008 10:44:00 AM 7 comments

Bahan gelak antarabangsa. Tengah tunggu mimpi terbaru wak hamad umno?

Anonymous said...

Tajunm Respon . . .

Abe Li kata : maka adalah lebih baik kita kalah daripada menang, ...

Syukur alhamdulillah, itulah hikmahnya.Orang yang dah biasa kaya tak tahu betapa enaknya ubi kayu. Orang sesak pulak dok mikir lagu mana la rasa spagetti. Semasa di bawah Gerakan dulu kita tak tahupun bahawa di PP tu ada orang Melayu, tapi bila DAP memerentah, baru kita nampak, rupanya ramai Melayu di atas pulau itu. Dimanakah mereka selama ini? Dimanakah suara mereka? Tenangkah mereka selama ini? Kenyangkah mereka? Lenakah tidur mereka? Atau, adakah mereka sedang mengigau sekarang ini? Tiba-tiba sahaja bangkit dan bercakap tentang hak, tentang masa depan, tentang kuasa, tentang itu tentang ini. Mengapa baru sekarang?

Anonymous said...

Ore hak mene jangan dok agah...rasanya lebih mudah jadi ore kalah...ore mene akan berdepan dengan realiti..hak selama ni dok dalam angan-angan dan mencanang mimpi pada rakyat.Apakah ore mene dapat memuaskan hati semua rakyat..atau sekadar untuk segelintir kroninya sahaja.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR 16 Mac - Belum pun seminggu menggalas jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengadu `terperanjat’ dengan beban kerja barunya itu.

Beliau meluahkan perasaan demikian kerana tidak menjangkakan peranan sebagai seorang Menteri Besar akan menuntutnya bekerja bagi tempoh yang lama setiap hari.

Menurutnya, beliau tidak ada masa untuk berehat selepas memegang jawatan itu setelah terpaksa berada di pejabat seawal 6 pagi setiap hari.

Keadaan itu, katanya, nyata berbeza selepas meninggalkan dunia korporat apabila beliau lebih banyak berehat.

“Saya tidak sangka kerja sebegini banyak (selaku Menteri Besar) tetapi saya akan tetap bekerja,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

-Apakah bebanan tugas MB kelantan sesibuk MB Selangor.Kalau melihat prestasi selama 18 tahun Kelantan lagu tu jah perintahan Islam denagan ore utan tak ada beza belah mana.

Anonymous said...

SELEPAS melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 ini, hati saya mula bertanya, apa akan terjadi pada masa depan bangsaku ini? Terutamanya masyarakat Melayu Pulau Pinang. Sesal di atas sikap pengundi terdiri daripada penyokong parti Pas dan PKR, kebanyakannya Melayu yang mengundi bukan atas dasar fikiran sendiri tetapi di atas dasar disuruh atau dipujuk mengundi DAP.

Terdapat juga penyokong Pas yang lengkap berkopiah putih dengan bangganya mengibarkan bendera DAP pada hari mengundi seolah-olah jika DAP menang, maka parti itulah yang diharapkan untuk membela Islam dan menegakkan hukum Islam di bumi Allah ini.

Sekarang ini sudah ramai orang Islam baru mulai sedar akan kesilapan mereka mengundi DAP tetapi untuk apa? Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum pilihan raya, Pas dan DAP menafikan yang mereka mempunyai kerjasama, ini adalah untuk mengabui mata penyokong masing-masing. Selepas pilihan raya terbukti dan nyata bahawa mereka sebenarnya mempunyai pakatan rahsia dengan menubuhkan kerajaan campuran di beberapa buah negeri.

Contohnya di negeri Perak, Menteri Besar terdiri dari parti Pas sedangkan DAP mempunyai kerusi yang lebih dari Pas dan PKR. Nyata di sini DAP sebenarnya menjadi ‘Menteri Besar’ melalui wakil Pas. Mereka telah lupa bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah berkata: ‘‘Langkah mayat saya dulu sebelum Pas boleh menubuhkan negara Islam’’ dan Presiden Pas pernah berkata bahawa Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah pemimpin yang telah mencapai tarikh luput. Tetapi hari ini masing-masing lupa dan sesungguhnya Melayu mudah lupa.

Teras perjuangan Pas adalah untuk menegakkan hukum Allah tetapi jika mereka mengadakan hubungan dengan DAP yang ternyata menolak Islam, bolehkah agenda mereka terlaksana?

– ANAK JATI Pulau Pinang.

Anonymous said...

PERTEMUAN MB SELANGOR DENGAN PENDUDUK PANGSAPURU PERMAI SG.BESI

Beliau juga mengarahkan mana-mana penyokong Keadilan dan orang ramai yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli Keadilan hendaklah berbuat demikian dengan segera dan seberapa ramai yang boleh.


Fairuz yang juga turut sama memberi ucapan ringkas menjelaskan bahawa apa yang berlaku di Pulau Pinang (tunjuk perasaan oleh Umno) adalah kerja mereka yang tidak faham dan mahu menerima hakikat kekalahan mereka.


Mengenai dakwaan pembangkang (pemimpin BN) mengatakan Kerajaan Pulau Pinang menolak DEB ianya tidak benar sebalik apa yang berlaku ialah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan apa yang beliau tidak setuju ialah mengenai pelaksanaan DEB itu sendiri yang penuh rasuah, berlaku kronisme dan juga ketidaktelusan dalam pengagihannya.


"Soal DEB ini juga tidak perlu berbangkit lagi kerana perlaksanaannya sudah lama tamat," ujar beliau disambut dengan tepukan gemuruh. Majlis sambutan itu sunyi daripada rakaman kamera tv dan kehadiran wartawan akhbar gergasi seperti mana lazimnya
-BENARKAH LIM SEBAIK ITU? APAKAH ORANG MALAYSIA SEKARANG SUDAH TIDAK PEKA LAGI DENGAN MATLAMAT SEBENAR DEB DAN HANYA MEMANDANG REMEH PERKARA ITU...BETAPA ORANG MELAYU SEKARANG SUDAH LUPA DAN MENGGANGAP DEB TIDAK MEMPUNYAI APA-APA NILAI UNTUK ORANG MELAYU..DAN BETAPA MELAYU MUDAH LEKA DENGAN KATA-KATA PEMIMPIN DAP..YANG SELAMA INI MEMUSUHI ISLAM...MELAYUKU MUDAH LUPA.

Anonymous said...

Sejak bila pulak juak-juak umno ni suka bercakap tentang Islam? Bila kalah baru teringat pada Islam? Atau sekadar nak memburuk-burukkan parti Islam? Yang kalah tu terimalah seadanya. Pinjam kata kairi," jangan nak jadi beruk-beruk di jalan raya". Cukuplah...cukuplah

Anonymous said...

Hak ore kalah...ore tak cara dah..hak duduk geger lani ni ore hak mene..Ya ka nak..nak menegak kan Islam ...nampak gaya serupa nak mampuh Islam..

Anonymous said...

Beruk-beruk di jalan raya tu perangai puak Pas lah tak leh nampak bas lalu...semua bawa hantu..dia tak tahu hantu-hantu tulah hak kelik ngundi pasnya..

fadly ramly said...

Aku dapat maklumat peraih undi bagi Pas untuk pilihanraya baru-baru ini pun terima bayaran RM1000.... Mana Pas dapat duit ni? Dari derma jihad ke atau dari bantuan asing?

Anonymous said...

Ketakutan PAS Pada DAP & PKR

PAS Negeri Perak telah membuat aduan polis berhubung risalah yang bersifat provokasi yang disebar kepada orang ramai kononnya ia dibuat oleh PAS Negeri Perak.

Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki telah membuat aduan polis dan meminta pihak polis membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat menyebarkan risalah tersebut.

Risalah itu yang kononnya dikeluarkan PAS Perak mengandungi kenyataan kerajaan Perak sekarang ini adalah Kerajaan PAS dan Kerajaan Islam yang akan melaksanakan empat perkara.

Empat perkara yang hendak dliaksanakan itu, menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil.

- NAMPAKNYA PAS LEBIH MENJAGA HATI RAKAN SEKONGKOL NYA...BUKANKAH ITU ANTARA AGENDA YANG SERING DILAUNG-LAUNGKAN SELAMA INI...KALAU TAK BERANI BUAT MAKNANYA KERAJAAN SEKARANG TAK ADA BEZANYA DENGAN KERAJAAN ORAN UTAN DULU...

fadly ramly said...

Aku mengucapkan "syabas" kepada bekas ahli koporat yang kini jadi ahli politik yang keparat, Tan Sri Khalid yang menjadi MB Selangor, lepas ini kita dapat air freelah, jangan cakap saja Tan Sri, do it!

Aku ada terbaca NST pagi ini, yang mengatakan yang DEB telah mengkayakan Tan Sri sehingga dia menjadi mewah dan popular, tapi sayang, dia kata dia tak mahu DEB ada di selangor dan akan mengikuti jejak langkah Lim JR nak mansuhkan DEB.Aku amat terkejut beruk di buatnya.

Aku kenal Tan Sri sejak aku zaman remaja lagi, namanya memang popular di sana sini, seorang bisnes man yang berjaya, PNB, Kumpulan Guthrie memang dalam poket beliau. Aku pernah makan semeja dengan dia, dia ni baik orang nya dan ada wawasan dan pemikiran terbuka.

Tapi sayang.........itu dulu, sekarang dah jadi anak emas Abang Nuar, member baik Lim Kit Siang dan Lim JR dan Tuan Guru Hadi Awang.

Kita akan tengok lakonan mantap Tan Sri Khalid selama 4 tahun ini...

fadly ramly said...

Pas mengharapkan anak Kelantan yang berada di luar negeri ini yang mahu pulang berkonvoi mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 8 Mac ini ditimpa musibah.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata kepulangan anak Kelantan dari perantauan yang ditaja Pergerakan Pemuda UMNO itu semata-mata mahu mengundi BN.

Katanya, tujuan mereka yang menjatuhkan kerajaan Islam yang dibangunkan Pas itu tidak diberkati dan kemungkinan mereka ditimpa kecelakaan di jalan raya nanti.

Berita Harian, 22 Februari 2008

Kata memperjuangkan Islam... Tapi mendoakan benda yang buruk untuk sesama Islam... Ni Islam jenis apa yang dibawa oleh Pas ni?

fadly ramly said...

Hadi Awang mengeluar kan kenaytaan konon nya bakal MB Umno 'menderhaka' dalam isu perlantikan MB.

Kita cuma mapu tersenyum kerana, ternyata pas masih bersikap seperti dahulu walau pun telah memenangi beberapa buah negeri!!!

Apakah pas ini jenis yang jelas melihat kelemahan org lain sedang kan kelemahan sendiri mereka tutup rapat???

Kalau mahu dikira derhaka, sudah pasti tindakan LKS yg juga sekutu rapat pas itu lebih dahulu patut dipanggil penderhaka. LKS yg terang2 ingkar, bila mengarah kan kesemua ADUN DAP di Perak memboikot acara sultan. Apakah itu pas bukan anggap derhaka????

Ternyata sikap assobiyah pas, semakin parah sehingga menyalah semua pihak lain dan membenarkan semua yg dilakukan oleh pihak dan kawan sendiri!!!

Kita tidak kisah gelaran apa pun yang Pas mahu lebel kan tetapi biar lah pendirian itu jelas dan tidak memihak !!! Jika itulah sikap pemimpin pas..apakah itu dikatakan ajaran isalm sejati???

fadly ramly said...

Pas mmg terkenal dengan sikap menghalal kan cara!!! Demi untuk menang PRU mereka akan laku apa saja...!!!!

Contoh yg jelas, isu akidah pun mereka permain kan termasuk lah mengkafir kan umno krn menjalin kerjasama dengan parti2 bukan melayu!!!!

Tp sekarang apa sudah jadi...nampak nya demi kuasa, pas rela menjadi lembu DAP di Perak!!

fadly ramly said...

Nak tahu sikap Pas sebenarnya, tanya bekas ahlinya macam Ustaz Omar Khalid dan Datuk Nakhaie Ahmad(Pengerusi Yadim)

Nak tahu sikap PKR? Tanya Chandra Muzaffar dan Ruslan Kassim

Nak Tahu DAP macam mana? Tanya Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas ahlinya yang lain...

PAS + PKR + DAP = 2 KALI LIMA!!!

fadly ramly said...

PARTI MELAYU BUKAN DOMINEN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG



Dalam satu penulisan saudara Lutfi Othman yang memulakan mukadimahnya dengan menyebut :
Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP. Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS.

Pengakuan ini dibuat sendiri oleh sauara Lutfi Othman , pengarang lidah rasmi tabloid harakah.Saya memetik kata-katanya yag perlu kita renungi dan kita amati sebagai bangsa Melayu.


Di sini beliau banyak meyentuh bahawa kuasa politik perlu dibahagikan samarata dengan kaum lain dan Melayu tidak aka ada keistimewaan. Apakah Lutfi sudah lupa akan perjuangan asal PAS yang mahu meneggakan Negara Islam dan utuk merealisasikan perjuangan ii parti Melayu perlu menjadi parti dominen dalam satu pakatan.


Apa yang berlaku sekarang adalah hak keistimewaan orang Melayu kini dicabul dan diserahakan bulat-bulat oleh Parti PAS (kononnya memperjuangkan Islam)

Kata beliau lagi : campuran merupakan dinamika poilitik demokrasi normal. Sementara sistem BN dengan parti-partinya tunduk di bawah UMNO adalah suatu yang tidak normal, dan akhirnya mendatangkan kebekuan dalam politik di negara ini.

Justeru apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang sihat. Perbahasan terbuka mengenai kehendak parti-parti yang terlibat dan akhirnya diharapkan akan mencapai kesepakatan. Ia bukan suatu yang tidak stabil, tetapi merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Malah ia lebih baik berlaku sekarang, sebagai suatu latihan dan pelajaran bagi parti-parti pembangkang dalam persediaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika rakyat memerlukannya pada suatu hari kelak.

Sedangkan dalam kerajaan campuran, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan PKR adalah setaraf. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada bilangan kerusi yang diperolehi.

Sebagai kerajaan-kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tentu akan berlaku pelbagai kesilapan. Tetapi pengundi tidak harus menyesal kerana pilihan raya umum ke-12 membuka lembaran baru kepada cara berpolitik yang lebih demokratik dan adil.

Tidak ada patah balik. Walaupun mungkin BN boleh memperbaiki diri dan memenangi semula beberapa kerusi yang ia terlepas, tetapi rakyat negara ini tidak wajar pandang ke belakang. Sesungguhnya BN sudah bobrok dan perlu diganti untuk dirawat. Ia mesti menyesuaikan dengan iklim baru politik.

Jelas beliau lagi tentang kekuatan tersendiri gabugan Pembangkang - PKR, PAS dan DAP sebagai parti berasingan mempunyai kekuatan sendiri berbanding dengan BN yang tergabung dalam parti. Apa yang menjadi kemarahan orang Cina kepada MCA dan >gerakan adalah kelemahan mereka ketika berdepan dengan Umno.

Sementara PAS pula juga berdiri setaraf dengan PKR dan DAP. Ketika PAS berada dalam BN, ia hanya mampu memiliki Menteri Besar di Kelantan. Tetapi dalam kerajaan campuran PAS-DAP-PKR, bukan saja PAS berpeluang menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah, tetapi juga di Perak. Justeru pada masa akan datang, parti kecil juga berpeluang menerajui pucuk pimpinan mana-mana negeri, mengikut kesesuaian politik semasa.

Selain itu setiap parti, PAS, DAP dan PKR tidak berasaskan kaum walaupun PAS adalah parti satu agama, DAP pula keahilannya adalah dominant Cina.

Tetapi seseorang Cina Islam boleh menyertai PAS, sementara seorang Melayu boleh menyertai DAP. Tidak seperti BN, hanya Gerakan dan PPP yang berbilang kaum. .

Tidak wajar menyesal Dalam hal ini, pengundi tidak wajar menyesal mengundi PAS-DAP-PKR kerana perjuangannya adalah jauh lebih bersih daripada BN. Sebaliknya pengundi-pengundi BNlah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah.

Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon. Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya.

Selama ini ia mampu menang adalah kerana kekuatan jentara dan strategi, dan kurang atas sebab asas perjuangan.

Dipetik daripada Detikdaily.

Nota: Apakah saudara Lutfi tahu apa yang dituliskan atau menulis hanya untuk meyedapkan hati beliau sendiri apabila rakyat telah mula marah da meyesal mengundi parti pembangkang. Hanya beberapa hari sahaja mereka memeggang kuasa di lima negeri telah mula menampakkan betapa lemahnya parti PAS dan PKR yang terpaksa tunduk kepada DAP, salahkah pengundi merasa menyesal mengundi barisan pembangkang baru-baru ini dan mereka kini merasakan menyerahkan hak istimewa orang Melayu kepada pembangkang. Fikirkanlah……

fadly ramly said...

SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.

Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi 'kerajaan yang memerintah'. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.

Persoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?

Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.

Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.


Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.

Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.


Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.

Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan 'gangguan-gangguan' yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya 'mengambil alih' tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.

fadly ramly said...

Perbezaan pendapat DEB antara PAS, DAP dan PKR

PKR :

* Berpendapat perlaksanaan DEB gagal memberi kebaikan secara menyeluruh kepada semua kaum di negara ini termasuk orang Melayu
* Menyediakan satu dasar baru yang lebih telus dan terbuka tanpa membezakan kaum untuk memberi bantuan
* Mansuhkan dasar-dasar DEB

PAS

* Mengakui perlaksanaan DEB yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak 1971 berjaya memastikan ekuiti orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi tidak dipinggirkan
* Mengekalkan dasar-dasar DEB.

DAP

* Melupuskan DEB dan membebaskan pentadbiran negeri dari DEB yang didakwa lebih membantu orang Melayu di samping dikatakan menjadi punca kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.
* Menyemarakkan sentimen perkauman dan menutup pintu kesenangan orang Melayu.
* Mansuhkan dasar-dasar DEB

Anonymous said...

Baru a' Kau Tahu Guan Eng!

SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.


Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi 'kerajaan yang memerintah'. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.


Persoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?

Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.


Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.


Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.

Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.


Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.


Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan 'gangguan-gangguan' yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya 'mengambil alih' tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.

fadly ramly said...

TAHNIAH kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menggerakkan tindakan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apa Anwar peduli, sebab dia sudah kaya. Kalau negara huru-hara, dia boleh bawa anak isteri ke luar negara, kawan baik pun ramai di sana, pergi jahanam dengan Malaysia.

Tahniah kepada Anwar kerana berjaya mendalangi demonstrasi dan perhimpunan haram semata-mata kerana kuasa. Hindraf pun disokong juga. Mungkin orang Melayu pun boleh ikut sama pada ketika tanah rizab sudah tidak ada, hak dalam ekonomi pun sudah sama rata.

Melayu Pulau Pinang pun sudah mula merayu kepada pemimpin bukan Melayu supaya mereka tidak terperosok ke penjuru. Lepas ini di mana pula, mungkin Perak dan Selangor juga, tapi apa nak dikata, orang Melayu sendiri yang rela, nak kata apa, padan muka?

Tahniah kepada Anwar kerana telah menanamkan azam di dada saya untuk mendidik anak-anak sendiri supaya sentiasa berhati-hati dan jangan mudah lupa diri, hidup mati insya-Allah di sini, menyokong DAP dan PKR jangan sekali! Hai orang Melayu, merekakah pemimpin yang kita mahu?

fadly ramly said...

BA (Barisan Alternatif) Selangor adalah pakatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendukung cita-cita dan aspirasi dengan cogan kata:
Membela dan berkhidmat untuk rakyat;
Sedia mentadbir Negeri Selangor.

Tema perubahan yang dibawa oleh BA Selangor adalah:
Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan

Tonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat.
BA yakin bahawa negara ini kaya dengan pelbagai sumber terutamanya minyak dan gas. Malangnya kekayaan ini tidak dapat dinikmati seperti sepatutnya oleh rakyat jelata.
Di atas keyakinan ini, langkah pertama yang akan dilakukan oleh BA jika diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan adalah menurunkan harga minyak dan gas. Kesan segera yang bakal berlaku adalah kawalan terhadap kenaikan harga barang. Harga barangan dan perkhidmatan yang murah sudah pasti akan memberi nikmat langsung dan merata kepada rakyat.

Pada masa yang sama, BA Selangor yakin bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil pendapatan.

Pengurusan kekayaan negeri yang tidak berhemah dengan berlakunya pelbagai pembaziran telah menafikan rakyat nikmat yang sepatutnya mereka kecapi. Akibatnya rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi dan membebankan.

Kesan daripada jurang ekonomi yang semakin meruncing telah mewujudkan pelbagai gejala sosial dan berlakunya jenayah yang berleluasa.
Jika dipilih, kami mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini. Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri.

Melalui dasar dan pelaksanaan pentadbiran beramanah, kami akan memberi khidmat cemerlang dengan mengurangkan kos sara hidup bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat berlipat ganda daripada hasil dan sumber kekayaan negeri.

Dengan itu tawaran-tawaran kami adalah:

Pentadbiran:
· Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.
· Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.
· Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Sosial dan Kebajikan Rakyat:
· Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi.
· Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.
· Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.
· Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.
· Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.
· Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.
· Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.
· Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).
· Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.
· Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.

Kesihatan Rakyat:
· Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).
· Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.
· Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.
· Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Ekonomi Rakyat:
· Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.
· Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
· Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.

Keselamatan Rakyat:
· Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.
· Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
· Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.
Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan.
Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat.

Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.

Anonymous said...

"Kita bukan nak buang DEB, kita nak hapuskan amalan kronisme dalam DEB."

kata Ketua Menteri sebuah kerajaan di Utara Tanah Air, yang mana Presiden parti nya adalah ayah beliau, setiausaha agung (jawatan paling penting parti .. parti apa yg jawatan paling kanan setiausaha agung bukan presiden) kepunyaan beliau, dan ketua wanita di pegang oleh isteri beliau.

Presiden Pok, S/U Anok, Ketua Wanita Menantu.

nak hapuskan kronisme? hehehehhe ... jo lo dah .. anok beranok ramai ramai gitu ore panggil nepotisme .. dia nak buang kronisme .. takpo la dia amal nepotisme pun, dia bukan menentang nepotisme .. dia menentang kronisme jah.

nak buang DEB royat la nak buang DEB, tak payah dok bagi alasan kiri kanan lagi.

takpe ..
ada orang melayu nak tolong takbir.

Anonymous said...

berkata juga menteri besar salah sebuah negeri termaju di Malaysia.

"Masa saya dalam DEB, DEB masih belum korup. Selepas saya keluar, DEB mula korup. saya hanya nak hapuskan korupsi ini, bukan DEB"

ho lah ..
budak budak Sekolah Sains, MRSM, IKM, Matrikulasi, UiTM, hok boleh loan MARA (ngaji ko, nego ko), Prosper .. lagu tu belako ..

maso dia tengah pakai, guna, boleh pekdoh .. masa tu mana ada korup lagi .. korup lepas dia dah dapat khijo besar ... mapuh gi lah ore lepas ni .. DEB takdok pun, aku jadi doktor doh .. enjineer doh .. loyar doh ... nego besa doh ... DEB kena hapus doh la .. sebab korup ... masa aku ambik loan nak ngaji sekolah dulu .. masa aku dok ngaji di sekolah sains, mrsm, matrik dulu .. DEB tak korup lagi .. lepas aku grad tu .. DEB korup .. jadi kena la buang DEB ni .. baru adil ..

bereh ..
sebab tu ada kata DEB korup tahun 70an .. ada kata start 80an .. ada kata start 90an .. 2000 ... ikut pada umur ore hok demo tanya.

ore melayu malu dah nak kait dgn tongkat DEB ni .. orang lain takleh rasa peduli apa .. janji aku dah lepas .. dah hebat .. malu la nak harap ko tongkat lagi.

nak buang .. buang je boss .. dok cari alasan gapo nyo. dale Quran takdok DEB nih .. dale hadis pun takdok. tak caya .. tanya tok tok guru .. mesti demo tu setuju dgn kawe ... dan MB salah satu negeri termaju.

Anonymous said...

Salammm...
Bakpo duk geger pasal DEB?
Bukankan DEB mula2 terhapus semasa pelancaran WPI kat johor?
org melayu yg mula2 hapuskan DEB, lagipun DEB yg betul2 untung keparat2 melayu.

Anonymous said...

Kalau dah hapus bakpo Kit Siang anak beranak nak hapuskan sekali lagi...Itu maknanya DEB masih lagi mempertahankan hak istimewa ore melayu.

Anonymous said...

Guana abe li banyak hari tak respon..sakit ke? atau tersangat sibuk dengan urusan busines.

Anonymous said...

Kalau dah hapus bakpo Kit Siang anak beranak nak hapuskan sekali lagi...Itu maknanya DEB masih lagi mempertahankan hak istimewa ore melayu.

.... DEMO DGR KO LIM GUAN ENG KATO NAK HAPUSKAN DENGAR MOLEK GU, DIA NAK HAPUSKAN BAB MANO....
KALAU DEMO DUK DGR UTUSAN, BERITA HARIAN, TV1, TV3...
PAH BILO2 PUN DEMO BODO.... BODO PAH KO TUA.
PAH WPI TU APO PULAK KOMEN DEMO.... MELAYU SENDIRI HAPUSKAN DEB APO CERITO, BAKPO X GEGER GEPAR???

Anonymous said...

.... DEMO DGR KO LIM GUAN ENG KATO NAK HAPUSKAN DENGAR MOLEK GU, DIA NAK HAPUSKAN BAB MANO....
KALAU DEMO DUK DGR UTUSAN, BERITA HARIAN, TV1, TV3...
PAH BILO2 PUN DEMO BODO.... BODO PAH KO TUA.
PAH WPI TU APO PULAK KOMEN DEMO.... MELAYU SENDIRI HAPUSKAN DEB APO CERITO, BAKPO X GEGER GEPAR???

March 18, 2008 6:03 PM

Sebab tu melayu mudah lupa diri kan?

wak hamad said...

Salamperjuangan... assalamualaikum.....

Harap bertenang ..jangan dok sibuk pasal DEB, kabinet baru, krisis di teganu lebih-lebih sangat.

Sempena maulidurrasul eloklah pas dan umno pakat buka kitab sirah apakah hak nabi nak serupa hak puak kita pakat dok buat.

Al fatihah untuk allahyarham tok guru hj Lah Lubuk Tapah.

nampaknya usaha melahirkan pengganti ulama mulut masin tak ada sangat hak banyak nya ulama mulut huduh.....hak tu banyak.

pandai-pandai hj hadi kata calon MB teganu derhaka.... Tuanku gi bbisik bila dengan demo?

Demo tu hak derhaka dengan rakyat teganu sapa kena reject tahun 2004 patut sedar kediri.....

tahun 2008 negeri lain buleh menang demo dok mengakok lagi...
bereti-bereti lah hj hadi weh...
bo la jadi liability kepada pas nya. buat abis pitis bayar elaun yb ... habuk pun tarak... la ni napok byk statmen akhbar mujur roslan sms tulis... harap ka demo tak ada ggapo pun...

maaf lah puak-puak ayah cik.

Anonymous said...

DEMO DGR KO LIM GUAN ENG KATO NAK HAPUSKAN DENGAR MOLEK GU, DIA NAK HAPUSKAN BAB MANO....
KALAU DEMO DUK DGR UTUSAN, BERITA HARIAN, TV1, TV3...
PAH BILO2 PUN DEMO BODO.... BODO PAH KO TUA.
PAH WPI TU APO PULAK KOMEN DEMO.... MELAYU SENDIRI HAPUSKAN DEB APO CERITO, BAKPO X GEGER GEPAR???


Ni sorang hak tak berapa ngaji tinggi, napok cerdik sangat tapi tak tau beza antara DEB dengan WPI. Hok baca utusan, berita harian, tgk TV3,TV1 bodo pah ko tua, tapi demo hok baca ..............BODO PAH MAPUH.