DALAM kesibukan memastikan kelancaran perniagaan, saya cuba ambil sedikit masa untuk memberi respon kepada komen-komen yang dihantar. Bukan mudah untuk menerbit dan mengedar akhbar dengan penggunaan tenaga yang sangat terhadap dan modal juga terhad. Terpaksa kena jadi boss dan kuli sendiri untuk melepasi ujian pertama selama enam bulan.
Jadual ke masjid pun dah mula terganggu...baru siap tiga halaman akhbar dah masuk masuk waktu Zohor dan waktu nampaknya berjalan cukup laju. Kadang-kadang terfikir juga untuk apa saya terus membuang masa, tetapi oleh kerana kerja juga meruppakan satu ibadah, maka semangat saya jadi kuat untuk terus berjuang kerana hasil penaty lelah saya, sekurang-kurang 20 petugas dapat mencari rezeki bagi menyara keluarga masing-masing dan ratusan orang lagi memndapat peluang mendapat hasil kerana menjadi peruncit akhbar-akhbar yang diterbitkan.
Mudah-mudahan cerlang-cerlupnya saya ke masjid untuk berjemaah akan ditampung oleh sumber ibadah lain. betullah kata orang kalau nak beribadat, buat ketika banyak masa lapang sementara belum dihambat dan diasak oleh kesibukkan.
Berikut adalah komen-komen yang diterima untuk diresponi;
1. wak hamad said...
MKJ RESPON: Waalaikumusallam! Dengar orang alim ni saya tak berapa berani. Saya tak muncul lama dalam blog ni pun dah tersebar khabar kononnya saya diserang lumpuh kerana tentang tok guru. Kalu lagu tu gat ramailah hak lumpuhnya boktan tak sokong tok guru. Macam mana sama-sama kita sedekahkah al-Fatihan untuk Tok Guru Haji Lloh Lubuk Tapah yang telah berpulang ke rahmatullah. Ramai sungguh manusia yang ziarahi jenazahnya...dari Iraq, Iran dan negara-negara Arab di samping Sultan Brunei dan Sultan Kelantan turut ziarah. Negara kehilangan ulamak yang tidak terlibat dalam politik secara langsung. Apalah agaknya nasib pusat pengajian pondok Lubuk Tapah selepas ini?
ABG LI,
WAK PUN MEMANG TAK BERANI JUGAK KALU YAKIN TOK ALIM TU DOK ALIK BETUL. DAH WAK YAKIN TOK ALIM TU JENIS GELEWAK DEPAN GOL WAK RASA KENA BUAT SESUATU LA SUPAYA DIA TIDAK LAGI SEPAK GOL SEDIRI.
SURAT TERBUKA MB KELANTAN KEPADA TOK ALIM TU SEPATUT SUDAH CUKUP UNTUK DIA SEDAR DIRI SAPA DIA SEBENARNYA.LEBIH PATUT LAGI DIA DOK MAIN DENGAN CUCU AJA LAH KALAU BUAT MENYUSAHKAN PUAK PAS SEDIRI.
AMBO ADA ANTAR RENCANA KA ABG LI. TAK TAHU LA ANG LI TERIMA KA DAK.
KALU TAK KENA ATAWA TAK MOLEK ABG LI KENA ROYAK SBB WAK MASIH MENTAH LAGI DALAM PENULISAN.
NAK TELEFON PUN RASA TAKUT MENYUSAH ANG LI SBB ANG LI RASA SIBUK SOKMO LA NI.
JUMPA LAGI.....
WAK HAMAD
MKJ RESPON: Kepada yang berpolitik dengan melihatnya secara selapis memang seronoklah dengan kemenangan yang diraih oleh BA. Ada yang taksub kata kononnya kerana keramatnya Tok Guru. saya rasa tak guru tak mahu pun beliau dianggap beliau keramat atau pun kemenangan yang diraih kerana kehebatannya. Kalah-menang sebenarnya kerana menang sudah suratan dan takdirnya. Mengkeranakan yang lain dari kerana Allah boleh bawa syirik.
Saya tidak yakin kemenangan yang diraih dan pembentukkan kerajaan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor selari dengan apa yang Pas pendukung dan pejuang Pas perjuangkankan. Di Perak dari 11 anggota kabinet negeri, hanya tujuh sahaja yang beragama Islam. Di Pulau Piang tak payah cakaplah, di Selangor cuba kira sendirilah.
Saya yakin kecuali kemenangan di Kelantan dan kedah, kemenangan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor bukan sesuatu yang cukup menyeronokkan pendukung dan penyokong pas walaupun bagi PKR ianya tidak ada masalah. Pendekatan, tatacara dan tujuan berpolitik Pas dengan PKR tidak sama.
Apa yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor akhirnya akan menjadi api dalam sekam kepada Pas di negeri-negeri lain, termasuk di Kelantan. Kita tunggu pilihanraya umum ke-13 kira-kira empat tahun lagi atau pun bila diadakan pilihanraya kecil dalam tempoh terdekat.
Tulisan Wak dah saya terima, dua-duanya kita pakai untuk terbitan bilangan 4 Fajar islam yang kini dalam proses layout. Tulisan mengenai Kelab Pas dipakai dua halaman (fullcolour). Ulasan buku juga dipakai. Wak memang boleh menulis.
Kalau boleh saya mahu Wak tulis mengenai Pas Pahang, Umno Pahang, PKR Pahang dan juga mengenai tokoh-tokoh di Pahang. Kalau dapat gambar tapak bermulanya penubuhan Rejimen Ke-10 (RJK-10) Parti Komunis Malaya (PKM) lagi baik. Imam masjid Temerloh adalah antara pendukung perjuangan.
Kalau dapat gali tentang Abu Samah Mohd. Kasim yang sekampung dengan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman dan tanya macam mana sikap Abu Samah masa kecil dan macam mana dari bekas tentera dan bekas orang kuat Pemuda Umno Temerloh boleh masuk PKM adalah antara cerita yang pembaca nak tahu. saya dapat maklum Abu samah adalah titih Datuk Bahaman. Mukhtar Mahmud baginda (bekas S/U Najib) adalah iparnya.
Saya juga perlukan kisah tentang Tan Sri Ghazali Shafie dan tokoh-tokoh seperti Siti Zaharah sulaiman dan sebagainya.
March 29, 2008 4:59 AM
2. Anonymous said...
HUSAM JAHAT. SANGGUP BUANG DR NIK MAZIAN DARI JADI EXCO SEMATA2 KERANA DR NIK MAZIAN LAWAN YES MAN DIA (MUHAMMAD HUSIN) SBG KETUA BAHAGIAN PASIR PUTEH DANS EMATA2 KERANA DR NIK MAZIAN CERDIK DAN BERPOTENSI MENYAINGINYA. HASSAN MOHAMOOD BEKAS BOSS HUSAM SBG KETUA PEMUDA NEGERI DULU PUN DIPECAT KERANA TAK SANGGUP JADI YES MAN DIA. HUSAM JAHAT.
KALAU HUSAM NAK PECAT, PECATLAH ORANG MACAM MEJAR ANIZAM DAN ANUAR TAN SI CINA BARUA TU.
MKJ RESPON: Dalam politik ni adakalanya kena jahat dan buat jahat baru boleh berjaya. Lagi pun kerana kita tidak tahu apa keperluannya, maka penggguguran exco dibuat, maka kita anggap pengguguran akibat perbuatan jahat.
Yang gugurkan anggota exco MB, bukannya Dato' Haji Husam yang cuma seorang exco dan pada peringkat parti di negeri pula dia hanya Timbalan Pesuruhjaya, bukannya pesuruhjaya. Kalau pun dia yang dorong dan buat kerja yang anda kata jahat tu, bala yang menimpa pada kacamata rakyat bukan atas kepalanya tetapi atas kepala Tok Guru sebagai MB.
Nak main politik kena tergamak buat segalanya. Orang macam saya yang tak tergamak dalam banyak perkara, sangat tak sesuai jadi orang politik. Dulu mungkin betul Ustaz Hassan boss Husam, sekrang Husam boss Ustaz Hassan. Itulah tendang terajang politik namanya.
March 29, 2008 5:08 AM
3. Anonymous said...
SETUJU KOMEN 2!!
KOMPOSISI EXCO PUN TAK ADIL:
PENGKALAN CHEPA DAPAT MB DAN 2 EXCO: NIK AZIZ, NIK AMAR DAN WAN UBAIDAH
TUMPAT DAPAT 1 TMB DAN 1 EXCO: AHMAD DAN CHE ABDULLAH
KOTA BHARU DAPAT 2 EXCO: ANUAR TAN DAN TAKIYUDIN
TANAH MERAH DAPAT 2 EXCO: ANIZAM DAN PATAH
KUBANG KERIAN DAPAT 1 EXCO: HUSAM
MACHANG DAPAT 1 EXCO: FADLI
BACHOK, RANTAU PANJANG, PASIR MAS, PASIR PUTEH, KUALA KRAI, JELI, GUA MUSANG DAN KETEREH TAK DAPAT APA SATU, MANA ADIL!!!
MKJ RESPON: Agaknya orang Bachok, Rantau Panjang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli, Gua Musang dan Ketereh tak ada yang setanding kecerdikkannya dengan kemampuan untuk jadi exco berbanding dengan orang Pengkalan Chepa, kota Bharu, kubang Kerian, Tanah Merah, Machang dan tumpat.
Kita rasa Ustyaz Nasaruddin Haji Daud hebat...cepat hafal bila baca sesuatu, boleh pula syarah kepada orang ramai dengan mudah tapi beliau tak dilantik sebagai exco pun. Barangkali Ustaz Nasaruddin dan yang lain-lain tak masuk kumpulan yang membolehkan mereka dipilih sebagai exco. Agaknya masih belum rezekilah tu. Kalau dalam Umno barangkali kes-kes macam ni boleh bawa balah tapi dalam Pas tak mungkin berlaku kerana orang Pas zuhud-zuhud belaka...masing-masing tak babukkan kedudukkan dan sttaus?
March 29, 2008 5:09 AM
4. Anonymous said...
Sedarlah PAS, jangan cakap besar. Kalau bukan sebab pengundi muda dari luar, dah gerenti PAS kalah di Kelantan baru ni. PAS menang bukan kerana rakyat nak pada PAS tapi kerana rakyat nak protes (tak nak) pada BN saja!!!
MKJ RESPON: Izinkan saya sanggah. Bukan KERANA pengundi luar tapi KERANA takdir dan suratan-Nya. Kita jangan salah KERANA, boleh rosak aqidah jadinya. Bukan sahaja kekalahan suatu ujian, kemenangan juga adalah suatu ujian...tidak sem,estinya kemenangan membawa bahagia dan selesa tetapi kemenangan juga boleh bawa petaka. Rujuk saja kes di Perak...dan untuk Umno pula sila rujuk kes Terengganu dan Perlis.
March 29, 2008 5:14 AM
5. wak hamad said...
WAK hajat nak tulis pasal komposisi exco kelantan tapi ada hal tulis dah . Org Jalan Dato Pati kena ingat dan faham apa yg datuk him royak di PUTIK.
Pas kena atar telegram ucap terima kasih kepada Pak Lah kerana sanggup jadi PM dan sanggup jadi Presiden. Kalau org lain pegang rasanya tinggal gemulah dah pas kelantan.
Tapi jangan bimbang lambat bangat Pas Kelantan akan aloh bila puak hak besar kepala,kecek agah terima pula pembalasan dari Tuhan.
Kepada Pas Gua Musang, Krai, Rantau Panjang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Peringat hak tak dak wakil dalam kerajaan sbg EXCO demo tak sah gobarla sbb di akhirat tak payah jawab banyak.
Sa lagi pasal potfolio, wak puji TS Khalid di selangor sbb pasal potfolio dia jelas satu-satu sbg contoh EXCO adat Melayu, EXCO Kilang haram , EXCO Pemodenan pertanian, EXCO Pengurusan Bangunan, dll.
Sepatut di kelantan ada EXCO koloh masjid, EXCO jamban tak cuci, EXCO lokang ssumbat, EXCO sapah sarap, EXCO jong cari kerja ka rakyat, EXCO orang papa dll.
Ini boleh menaikkan imej kelantan sbb sbg contoh apabila ada exco koloh masjid mestilah semua koloh di masjid termasuk koloh masjid pulau melaka tak berlumut, berdaki lagi.
EXCO sapah sarap akan round tiga kali saehari di dalam kawa bandar cek ada sapoh ka dok..ada org buat kerja ka dok.
EXCO jong cari kerja akan memastikan smua data penggangur ada di dalam PC dan tolong sapai suk untuk cari kerja ka rakyat kelantan. EXCO org papa akan bui no telefon tangan supaya semua org papa buleh kontak untuk mitak tolong.
Kalau bo nak menyohor dgn potfolio, kerja round dan ambil gambar bui ka Husam saja gak, nya popular husam sore lah. Kita nak semua EXCO popular kerana buat kerja bukan popular kerana makan gaji bole(adik beradik buta).
Penggal kelima ni kita nak tgk perubahan, kalu tak berubah wak akan godam serupa penggal lalu jugak lah.
MKJ: Kalau Fadli baca komen wak...tak tau lah saya apa komennya. Tapi tak apa Wak, lebih baik kita dibenci dan dilihat sebagai pengkhianat demi untuk masa depan bangsa dan negara. Soal agama tak payah risau kerana Allah tuan kepada Islam...Allah tak akan biarkan Islam musnah.
March 29, 2008 8:10 AM
6. Anonymous said...
Meli, guano Abe Tah Bukit Tuku demo tak dilantik EXCO wei? Ahli Parlimen denga ADUN jauh besar Ahli Parlimen wei! Tidak demo kata dia dijanji EXCO kan?
MKJ RESPON: Nampaknya orang yang saya ramal (bukan sahaja Abe Tah tetapi Ustaz Nasaruddin pun) tak dilantik exco. Mungkin ada pihak yang ingat nama-nama yang saya ramal tu kalau dilantik exco akan punggah berlori-lori emas dan permata ke rumah saya sebagai tanda terima kasih kalau pun tidak akan diberikan beribu-ribu hektar hutan dara di Ulu Sat.
Macam mana pun saya moral dan harga diri saya tak semurah itu. Kalau harta milik orang ramai ditawarkan kepada saya tak akan saya terima. Lebih baik saya berpuasa setiap hari sepanjang tahun kerana tak ada taik gigi nak telan kerana terlalu papa dari menyalahgunakan walaupun hanya sekeping kulit dari sekatan balak milik rakyat dan negeri ini.
March 29, 2008 8:37 AM
7. Anonymous said...
SAPO DIO 35 ORE HAK AKAN DAPAT DATUK DARI TUANKU ESOK MELI WEH?
MKJ RESPON: Antaranya Pengerusi SBJ. Orang politik nampaknya takdok sorang abuk hak boleh bintang yang bawa gelaran datuk. Dulu orang kuat dalam Pas kata ramai exco dan tok wakil beli gelaran 'datuk', dia suruh saya tulis tapi kerana waktu tu dekat pilihanraya, saya tak tulislah takut nanti jadi apa-apa kononnya kerana tulisan saya tu pulak. Tahun ni takdok tok wakil dapat datuk mungkin kerana tak sempat nak beli kalau betullah datuk boleh dibeli. Hak kata datuk boleh dibeli tu bukan saya kata...tapi orang dalam Pas yang suruh saya tulis.
March 29, 2008 8:38 AM
8. Anonymous said...
Tuan Ramli: Apa komen Tun Mahathir mahu sistem kuota UMNO dihapus? Bukan dia yang perkenal dulu? Apa komen Tun Mahathir kutuk salah guna wang ihsan Terengganu? Bukan dia yang tukar royalti kepada wang ihsan dulu? Tun Mahathir lawan Tun Mahathir??
MKJ RESPON: Setiap dosa antaranya akan dihukum di dunia lagi. Pandangan Dr Mahathir yang berbeza dengan ketika dia jadi PM dulu adalah kerana kifarah terhadap perbuatan-perbutannya yang telah menyebabkan Umno jadi macam sekarang.
Bagi saya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa menanggung padah daripada tindak tanduk Dr Mahathir dulu. Kalaulah bukan kerana Pak Lah (dengan izin-NYA) yang jadi PM dan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, mungkin Lim Kit Siang dah jadi Perdana Menteri Malaysia.
Pak Lah mampu bangkit dan dalam tempoh yang singkat ekoran dari saling bertingkahnya kenyataan Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh, rakyat akan nampak kemampuan Pak Lah dan betapa Pak lah terpaksa berdepan dengan masalah yang dicipta oleh Dr Mahathir. Kalau Dr Mahathir memilih untuk menghabiskan masa berasaranya di masjid atau surau, perlakuan masa lalunya barangkali akan lupus dari ingatan Melayu mudah lupa. Macam mana pun kerana beliau cuba bermain api...rasa benci rakyat terhadapnya mungkin akan mekar dan marak kembali.
March 29, 2008 8:41 AM
9. Anonymous said...
APA ORANG2 DI AKSB SEMUA SENYAP SUNYI LANI? APA JADI SIASATAN BPR DI SANA???
MKJ RESPON: Agaknya isu dah selesai. Boss baru dah berjaya uruskan AKSB dengan baik dan sejajar dengan apa yang Islam mahukan. Macam mana pun orang AKSB patut pergi ke Klinik Ho dan buka paip di luar kilinik berkenaan mereka pasti terkejut.
Kebetulan masa hantar cucu yang demam ke klinik berkenaan baru-baru kereta saya meragam, berasao berkepul-kepul kerana saya lupa tambah air. Saya minta air dari pihak klinik dan ditunjuk paip. Saya terkejut bila namnpak airnya merah. Bila dirujuk pada pihak klinik...itulah keadaan air paip menyebabkan pihaknya terpaksa memasang alat penapis. Kononnya keadaan itu berlaku selepas pertukaran paip lama kepada paip baru dibuat. Yang peliknya kenapa bila batang paip ditukar...mutu air jadi begitu teruk?
Saya tulis ini bukan kerana aduan pihak kilinik kerana saya alami sendiri. Pihak klinik barangkali tidak kisah kerana mampu menggunakan penapis air. macam mana dengan mereka yang tidak mampu di kawasan terbabit. Orang AKSB kena cheks segera.
March 29, 2008 8:42 AM
10. Anonymous said...
Kickdefella pak lawak, konon Pak Lah letak jawatan Jumaat semalam. Mari kita gelakkan Kickdefella
MKJ RESPON: Tak ada sebab untuk Pak lah letak jawapan. Kemenangan 1/3 dalam pilihanraya bukannya kemenangan yang lemah dan longlai. Ia seperkara yang lazim belaku di mana-mana negara pun. Kemenangan 2/3 hanya diraih oleh Umno selama 11 penggal. Oleh kerana tak biasa, maka bila dalam PRU12 untuk kali pertamanya Umno/BN menang dengan 1/3 dianggap luar biasa.
Kalau digelakkan Kickdefella keadaan tidak akan berubah. Pak Lah tetap akan jadi PM, malah akan terus bersemangat untuk melawan padah dan musibah peninggalan Dr Mahathir. Tidak ramai tokoh di negara ini yang akan ada ketabahan dan kesabaran untuk melawan padah dan musibah peninggalan Dr Mahathir dengan Ku Li pula cuba mengaut di air keuh dan orang Pas pula ambil kesempatan alok Ku Li.
Ada yang kata Ku Li akan jadi PM dan Ku Li 'lah yang paling layak jadi PM dalam keadaan sekarang ni. Bagi saya segala-galanya sudah terlambat buat Ku Li. Pendekatan, taktik dan teknik Ku Li berpolitik sudah basi dan dah tamat tempoh. Ini masanya untuk Ku Li lebih rajin membilang tasbih.
Saturday, March 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hari ni wak rasa lego sebab sekor buta tak napok org pas buleh fato di kelantan. Tiap kali puja umor wak ppagi ari lagi check sapo buleh dato. Pagi tadi wak chck pukul 4 pagi dalam laman web. tak dok dan wak berasa mujor lah .
Kes gilaka dato nilah org pas jadi manggok bila dapat dato. kecek pun lain macam. Seingat wak dalam satu mesyuarat badan perhubungan sebelum menang tahun 1990 dahulu satu ketetapan di buat bahawa kalau sultan nak bui dato , org Pas akan tolak dengan terhormat, kalau sultan nak bui JP Jaksa Pendamai , orangPas sudi terima sebab buleh tolong orang...laku saing surat akuan begapo gapo.
Tapi gak lepas menang pakat nak belako ka dato. Mujur la tahun ni tak dak hak buleh dan patutnya lepas-lepas ni bo la terima dato. Hak terima dah tak payah atar kelik lah.
Pernah wak pergi rumah saing - orang pas hak buleh dato , dia tak da di rumah. Wak pun tanya adik dia ustaz gi kemana? Adik dia jawab dato tubik. Aloh lahhhhh....mabuk air sejuk sungguh adik saing wak tu. Sapa la ni pun wak panggil ustaz jah kalu kecek dengan dia kecuali di khalayak ramai.
Wak juga asa lapang dada sebab sultan ingatkan tok wakilhak menang jangan agah tapi buat kerja, kalu tak faham tanya demikian titah sultan di istana pagi ni.
Jumpa lagi......
Dulu pun sebelum bene tahun 1990 dalam mesyuarat PAS Kelantan buat ketetapan kata mana2 wakil rakyat PAS yang bene semua gaji dan elaunnya mesti dibagi kepada parti dan terpulang kepada parti nak bagi balik kpd dia berapa byk sebab duit tu asalnya bukan hak dia. Cuba tanya pimpinan ke mana pergi ketetapan tu.
CiK MeLi...Tahniah buat come back dok dunia bloggers.
simpati di atas terkuburnya Meli jangak version 1 tp krn tak kenal putus asa mel jangak gen 2 kembali
tp usiklah cerit politik dalama mcm dulu...ramai nk tahu
jgn ulas isu semasa supo blog2 lain
buat la luar biasa sikit
mohon komen hari 11 september hari memperinagti kehancuran amerika
Post a Comment