PEMBENTUKKAN KERAJAAN
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
SEJAK awal Kurun Masehi kerajaan yang terawal di Tanah Melayu telah pun wujud. Ianya mempunyai hubungan rapat dengan India dan China yang merupakan dua buah benua yang terawal membina ketamadunan.
Perhubungan antara Tanah Melayu dengan India dan China adalah dalam bentuk perhubungan perdagangan dan keagamaan. Kerana itulah kerajaan terawal yang diwujud di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ada pengaruh Hindu dan Buddha.
Antara kerajaan Melayu terawal ialah Langkasuka. Ianya terletak di Pattani yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Wilayah Selatan Thai.
Kerajaan Melayu Langkasuka muncul kira-kita dalam tahun 100 Masehi yang diasaskan oleh Mahadewa yang datang dari India.
Langkasuka ada hubungan dengan India dan China yang mana para pedagang dari kedua-dua benua datang ke Langkasuka dengan missi perdagangan.
Pedagang dari China membawa kain sutera, kapas dan tembikar ke Langkasuka manakala Langksuka pula menukarkannya dengan kayu wangi (gaharu) dan gading.
Kerajaan Langkasuka mula mengalami kemersosotan pada kurun kelima apabila ia diserang ilah Kerajaan Funan dan ianya menjadi sebahagian dari tanah jajahan Funan.
Kerajaan Funan diasaskan oleh Kaudinya dalam Kurun Masehi yang pertama dengan pusat pemnerintahannya di Vyadhapura, yakni Vietnam sekarang.
Kerajaan Funan mencapai era puncaknya dalam kurun keenam dan ketika itu empayar Funan meliputi Vietnam Selatan serta timur dan selatan Siam di samping utara Tanah Melayu.
Ia mengalami zaman kejatuhan menjelang akhir kurun keenam.
Pada 550 Masehi Funan dikalahkan oleh Kerajaan Cenla (Kompuchea). Walaupun merosot, Kerajaan Funam terus kekal sehingga ke kurun keenam belas.
Langkasuka berjaya melepaskan diri dari cengkaman Funan yang telah lemah dalam kurun keenam. Macam mana pun pada kurun ketujuh, Langkasuka jatuh pula ke bawah taklukkan Sriwijaya.
Sriwijaya diwujudkan dalam kurun ketujuh dan ianya bertahan sehingga ke kurun kertiga belas. Pusat pemerintahannya adalah di Palembang, Sumatera.
Ia merupakan Kerajaan Buddha dan terkekal sebagai kuasa kelautan dalam kurun ketujuh hingga kurun kesepuluh. Ia juga mempunyai hubungan dengan negeri China.
Pada 724 Masehi, Kerajaan China telagh mengurniakan gelaran kebesaran China kepada Raja Sriwijaya.
I-Tsing pernah melawat Sriwijaya dan tinggal selama empat tahun untuk membuat kajian mengenai Buddha. Sriwijaya mula mengalami zaman kejatuhan dalam kurun kesebelas.
Pada 1025 Kerajaan Cola (Selatan India) menyerang Sriwijaya dan sejak peristiwa itu ramai saudagar berpindah dari Sriwijaya ke ke destinasi niaga lain, khususnya Pulau Jawa.
Dalam pada itu selain dari Langsuka, muncul pula sebuah kerajaan Kedah berpusat di di lembah-lembah sungai di kaki Gunung Jerai atau dikenali dengan Lembah Bujang yang terkenal dengan terdapat banyak kesan-kesan peninggalan sejarah.
Antaranya adalah candi-candi Buddha dan Hindu (Syiwa), sekaligus membuktikan kuatnya pengaruh Buddha dan Hindu dalam kehidupan orang-orang tempatan.
Di Lembah Bujang juga dijumpai serpihan-serpihan tembikar bermutu tinggi dari Zaman Tang (600-900 Masehi)dan matawang dari Zaman Khalifah Abbassiah (750-1258 Masehi.
Kerajaan Kedah mula terkenal dalam kurun ke-2 dan ianya mengadakan hubungan dagang dengan saudagar dari China, India dan Funan.
Ekoran dari itu ramai saudagar dari India tinggal di lembah Sungai Merbuk dan Sungai Muda sementara menunggu ketibaan angin monsun timur-laut untuk pulang ke India.
Salah seorang daripada pengembara dan sarjana Buddha yang terkenal yakni I-Tsing pernah melawat Kedah yang menghasilkan kapur barus, kayu wangi, bijih timah dan emas.
Kerajaan Kedah mula mengalami kemerosotan pada awal kurun kesebelas dan punca utama kejatuhannya adalah ekoran serangan dari kerajaan Cola dari Selatan India dibawah pimpinan Raja Rajendra Cola.
Raja Kedah telah ditawan dan dibawa ke India.
Selain kerajaan Langkasuka dan Kedah, di Tanah Melayu juga wujud kerajaan Gangga Negara yang juga terkenal sebagai Kerajaan Beruas, terletajk di Deerah Dinding, Perak.
Seperti dengan kedua-dua negeri yang terdahulu, Kerajaan Gangga Negara juga dipengaruhi agama Hindu.
Macam mana pun data-data atau bahan-bahan peninggalan kerajaan berkenaan tidak ditemukan oleh para pengkaji sejarah menyebabkan amat sedikit diketahui mengenainya.
Selain dari Kerajaan Funan dan Sriwijaya, Tanah melayu Pernah juga terletak dibawah Kerajaan Majapahit yang diasaskan oleh Raden Wijaya atau juga dikenali dengan Kertajasa Jayavardhana.
Raden Wijayah merupakan menantu kepada Kertanegara dan pusat pemerintahannya terletak di Jawa Timur.
Pada kurun keempat belas, Majapahit mendapat era kemilangannya kerana adanya sumbangan dari panglima perangnya yang terkenal iatu Pateh Gajah Mada yang kemudiannya dilantik menjadi Ketua Menteri. Raja Majapahit yang terkenal ialah Hayam Wuruk (1350-1369.
Selepas penaklukkan Majapahit, Tanah Melayu berada dibawah penaklukkan Ayuthaya yang diasaskan oleh Rama Tribodi I yang memindahkan pusat pemerintahan Sukothtai (antara nama lama bagi Thailand) di utara ke selatan yakni ke Ayuthaya dalam tahun 1350 Masehi.
Setelah bertukar nama dan pusat pemerintahan dari Suktothai ke Ayuthaya, kerajaan Ayuthaya bukan sahaja berjaya menawan seluruh negera Siam (Thailand), tetapi juga berjaya menawan timur Burma, sebahagian dari Loas dan Kompuchea serta negeri-negeri di utara Semenajung Tanah Melayu.
Salah seorang raja Ayuthaya yang terkenal ialah Raja Neresuan yang mana ketika Neresuan menaiki takhta, berlaku peperangan antara Ayuthaya dengan Burma. Kematian Neresuan pada tahun 1605 Masehi menjadi Kerajaan Ayuthaya mengalami kemerosotan.
Pada pertengahan kurun kelapan belas, empayar Ayuthaya lenyap apabila Panglima Phya Taksin dengan bantuan bekas Panglima Perang kerajaan Abassiyah Turki bernama Panglima Ahmad bukan sahaja berjaya mempertahankan Ayuthaya dari serangan Burma tetapi berjaya menawan sebaagian dari Burma telah menaiki takhta sebagai raja dan telah mengasaskan Disnati bangkok yang kekal hingga sekarang apabila pusat pemerintahan dipindahkan dari Ayuthaya ke Bangkok. - BERSAMBUNG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment