Tuesday, April 1, 2008

Cerpen April(1)

Cerpen berjudul

EMBIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!
oleh
RAMLI ABDUL HALIM


SUDAH empat bilion empat ratus empat puluh empat juta empat ratus empat puluh empat ribu empat ratus empat tempat dijajat, sampai peluh tidak pernah sejat, berlecer sampai ke keting, tetapi belum ada yang sudi membeli apa yang dijual, yang dikandar sampai bongkok belakang-belakang dan sengal belikat-belikat, pinggang pun rasa tak berapa sedap.
Pongoh tidak berkiranya gagal dikawal.
Mukanya merah-meran, setiap orang yang terserempak dengannya yang bersikap seolah-olah tidak pernah kenal dengannya terasa mahu dijer-kah, dimaki dan diseranah, disumpah baham tanah.
Tapi entah bala dan entah jentaka apa, bila saja rasa nak marah dan menjerkah pada orang yang nak dimarah dan dijerkahnya, dia akan mengembik macam kambing neruk.
Ada yang kata dia kena sumpahan kambing, dia kena musibah dan kifarah kerana hasrat mulia seorang ushawan mahu majukan ternakan itu, dicantas untuk meraih kejayaan mudah.
"Kambing bukan macam balak. Kambing adalah haiwan bertuah kerana pernah menjadi haiwan yang diternak oleh Rasulullah s.a.w. Menjadi gembala kambing adalah antara pekerjaan Rasulullah s.a.w. selain dari berniaga" dia teringat keluhan seorang usahawan yang dicantas, yang terpaksa akur kepada kehilangan hak terhadap perusahaan ternakan kambing yang dirintisnya.
"Kalau buat tak betul dengan kambing, kalau guna pitih tak berapa comel ternak kambing, ka-lau aniaya orang yang usahakan ternakan kambing, mu akan lebih cepat kena bala berbanding dengan seleweng kawasan balak" tokok usa-hawan itu penuh dengan nada hampa dan kecewa.
Macam mana pun dia hanya ketawa terbahak-bahak mendengar keluhan kecewa orang yang berjaya dihampa dan dikecewakannya.
Baginya menghampa, mengecewakan dan membuatkan orang lain gagal bagi menjadi seorang yang berjaya adalah merupakan suatu kejayaan yang kena diketawakan.
Tidak ada kejayaan hakiki kalau orang lain juga berjaya, malah tidak akan ada apa hebat, istimewa dan lebihnya kalau dalam dia menikmati kejayaan, orang lain juga berjaya dan bergembira dengan kejayaan yang diraih. Itu prinsipnya.
Power, kedudukan dan pengaruhnya menjadikan dia sentiasa menang dalam setiap apa yang dia mahu menang dan dia yakin dia akan terus menang.
Demi kerana power, kerana kedudukan kukuh dan pengaruhnya, dia rela kehilangan sahabat, dia rela berpaling belakang, tunggeng punggung bulat dan lepas kentut ikan perkasam kalau segala rangka dan kerangka bagi menambah power dan mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya disekat dan digugat.
Tidak ada siapa yang layak menegur, menasihat, memberi pandangan dan memperingatkan-nya dalam apa juga perkara, kecuali think-tank yang telah dilantik khas untuk ‘yes’kan segala apa yang dimahukannya, tidak boleh kata no.
Mana-mana yang berani kata no, alamat periuk nasi orang yang nokan apa yang dimahukannya akan penuh dengan pasir, malah tidak mustahil akan penuh dengan taik yang sudah pun berulat nyunyak-nyuyak.
"Embikkkkkkkkkkkkkk!"
Dia mengembik lagi bila sampai ke tempat yang ke empat bilion empat ratus empat puluh empat juta empat ratus empat puluh empat ribu empat ratus empat puluh empat tempat, belum ada yang mahu beli barang yang dikandar dan dijualnya.
"Taik! Taik! Taik!. Embikkkkkkkkk! Embikkkkkkkk!
"Apanya yang dijual?" tanya seorang yang berselisih dengannya.
"Taik"
"Aku tanya molek ni"
"Ana jawab pun molek"
"Apa yang dijual, yang dikandar?"
"Taik"
"Ulang sekali lagi. Tak berapa cerat"
"Ana kandar dan jual taik"
"Gila! Mu ni gila! Tuiiiii! Majal aku hari ni. Pagi-pagi dan terparak orang gila, tuiiii!"
"Embikkkkkkkkkkkk!"
Marahnya bukan main bila orang yang jauh lebih lekeh, yang antara dia dengan orang yang mahu dimarahnya itu berbeza macam langit dengan bumi dari segi status, menganggap dia gila, malah sampai meludah tanda menghina.
Hasil saman dua blogger yang tidak hirau-jubur-taik dengan apa yang dimahukan dah dapat dekat dua bilion.
Dengan pitih yang begitu sakan, dia patut dimuliakan, bukannya dihina.
Kandar dan jual taik bukan soal dia tak ada duit, bukan boktan takdok pitih, baginya pitih tak habis nak tankedaroh dah.
Dia sendiri pun kadang-kadang tak berapa tahu-mana bakpo dia mesti kandar dan jual taik, taik kambing sebenarnya, sedangkan dia banyak pitih, ada power, ada kedudukan dan ada pengaruh, dia dari jenis gonye tak berkocak, tolak tak rebah.
Cuma seingatnya, bila projek ternakan kambing yang dijadikan hakmiliknya secara tidak betul gagal dan gok pun terpaksa dijual, tiba-tiba dia jadi tukang kandar dan jual taik kambing.
"Taik, kambing! Taik, kambing!. Seghial jah secupak. Toksir beli secupak beli segantang, toksir segantang beli semua sekandaran" dia cuba tiru gaya juruacara pada majlis ceramah dalam memungut derma, kononnya kalau tak mahu derma RM1, dermalah RM10, kalau tak bawa duit, derma jam, cincing, gelang, rantai dan apa-apa sahaja yang berharga, semua diterima asalkan jangan bubuh anak batu atau hampas budu.
Walapun sudah empat bilion empat ratus empat puluh empat juta empat ratus empat puluh empat ribu empat ratus empat puluh empat tempat dijajat, tak ada siapa pun yang nampak pelahap nak beli taik kambing yang dikandar dan dijualnya.
Sebaliknya ada yang pandangnya semacam, ada yang memandangnnya dengan jijik dan ada yang kelihnya dengan penuh kebimbangan kerana dianggap dia gila, menjadikan dia naik marah dan mahu jerkah.
Tapi dia sendiri pelik, asal saja rasa marah dan mahu jerkah orang yang mahu dimarahinya, dia akan mengembik, lagaknya macam fotostat fe’el perangai kambing neruk.
Apakah dia dah kena sumpahan kambing? Untuk mencari jawapannya, dia akan tanya sendiri pada setiap ekor kambing yang dijumpai.
Embikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Nota:
Cerpen ini akan disiarkan dalam AL-HAQ, akhbar mingguan yang diurusterbit oleh Meli Industry. Berslogan BEBAS & BERKECUALI, Al-Haq mengupas segala isu secara bebas dan berkecuali.

5 comments:

Anonymous said...

Cerpen Embikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk demo sengal pah ko tulang hitam. Demo tuju ko sapo? Demo ni kalu mugo-mugo lagu ni jadi kio bena. Dalam kelalok demo katok.

Anonymous said...

Menatang mu meli nyo duk bbabat pulok doh. aku tau mu sindir ko boss aku, baso menatang sungguh mu ni.

Anonymous said...

Wah, hebat sungguh cerpen Abe Li kali ni. Tepat ke sasaran! Caya la!!

Anonymous said...

Karut mu Meli. Bakpo asal nak marah dan dan jerkah embikkkkkkkkk selalunya? Mu macam gambarkan orang hak mu katok tu gila sampai tak tau bakpo dia mengembik, pah tu nak tau bakpo mengembik nak tanya setiap ekor kambing yang ditemui. Parakmu katok. Sakit ppalo aku mmikir boktan cerpenmu ni. Dalam nota mu kata nak siar dalam Al-Haq. Bukan ke al-Haq tu suratkobar Nuar Musa?

Teachers In My School said...

BAGUS BLOG NI..... HIDUP PAS....
MACAM MANER DENGAN PERNIAGAAN KAMBING??