Macam mana pun saya akan cuba juga luangkan masa untuk blog ini. Seandainya saya tidak berapa ligat dalam melayani komen yang dihantar, saya minta maaf banyak-banyak. Saya akan cuba luang masa sekadar yang terdaya, yang pasti kerana usia yang semakin lanjut menjadikan saya tidak segagah dulu lagi.
Berikut adalah komen-komen yang dihantar;
15 comments:
1. Anonymous said...
Tajunm Respon...Assalamualaikum Abe Li,Blog Abe Li ni meriah sebab ramai yang memberi pendapat dan komen-komen yang rasanya jarang sangat ataupun tidak ada kaitan dengan cacatan Abe Li. Tetapi bila buka hari ni, kosong terus. Nak kata takdak isu, tak juga, sebab di Terengganu dok panas lagi. Berkaitan dengan Melayu ni, ramai juga yang dah tulis. Mat Saleh kata Melayu pemalas. Bahasanya banyak yang dipinjam dari luar. Tidak mementingkan masa, dan banyak lagi yang mungkin banyak tak betul dari hok betul. Elok juga kalau Abe Li tulis gak. Saya pun nak tahu juga apa yang lain dari yang lainnya. Kalau boleh Abe Li buat siasatan dan kajian semula mengenai perjuangan Samsiah Fakih dan ahli KMM yang lain. Manalah tahu kalau pihak Inggeris telah menganiaya mereka tu.
MKJ RESPON: Waalaikumussalam! Blog ni agak sejuk kerana pilihanraya dah pun selesai. Sama ada semua pihak bersetuju atau menyesal dengan keputusan PRU-12, keadaan sudah terjadi. Sebelum pilihanraya masing-masing ambil kesempatan untuk berkempen.
Saya akan tulis mengenai Melayu kerana saya juga Melayu dan saya sayangkan bangsa saya. Berdasarkan maklumat yang saya ada sebenarnya Melayu bangsa yang hebat dan Tanah Melayu sebuah negara yang kaya raya, yang mempunyai simpnanan emas yang banyak.
Saya menulis buku mengenai kehebatan Melayu dan akan diterbitkan sedikit masa lagi. apa yang dipostingkan dalam blog ini adalah antara isi kandungan buku saya. Mengenai Samsiah Fakeh dan lain-lain yang menyertai Rejimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya (PKM), saya ada juga menulis buku berjudul 'RJK10 PKM: PETUALANG ATAU PEJUANG' yang juga akan saya terbitkan tak lama lagi.
Saya berjumpa sendiri dengan Haji Abdullah CD (Pengerusi PKM), Haji Rashid Maidin, Haji Abu Samah Mohd. Kassim, Hajah Suriani Abdullah dan beberapa orang yang lain untuk mendapatkan isi kandungan buku berkenaan, malah saya turut membuat kejadian tentang kehebatan Kerajaan Melayu Pattani dan kebangkitan Islam di Pattani serta kemusnahannya.
Kisah tentang anggota Melayu PKM saya ada tulis dalam FAJAR ISLAM bermula pada terbitan bnilangan 1 dan kini sedang masuk ke bilangan 4. Anda boleh ikutinya dengan menjadi pembaca tetap Fajar Islam atau tunggu bila buku mengenainya mula diedarkan tak lama lagi.
March 26, 2008 10:30 AM
2. Anonymous said...
Apa pasal Abe Li macam dah hilang semangat<>
MKJ RESPON: Bukan hilang semangat tetapi saya perlu beri komitmen kepada perniagaan yang belum stabil dengan jumlah kakitangan yang tidak cukup. Iklan pengambilan kakitangan tambahan bagi menampung keperluan baru dibuat. Dalam usia yang semakin lanjut saya tidak segagah dulu lagi.
Soal parti politik ni saya tak begitu ambil kisah sangat. Saya bukan orang parti politik. Macam mana secara jujur saya melihat apa yang berlaku dalam PRU12 menyebabkan masa depan Melayu terancam. Bagaimanapun ini hanya pendapat saya dan anda boleh untuk tidak setuju dengan saya. Secara jujur saya mahu tegaskan bahawa keputusan PRU12 bukan sesuatu yang mengembirakan saya kecuali bagi keputusan di Kelantan dan Kedah.
March 26, 2008 6:40 PM
3. Anonymous said...
Pade muko nak sokong Umno sangat. Molek-molek dok alik Pas, dok alik hak boleh masuk syurga pilih Umno, hak boleh disumbat dalam neraka
MKJ RESPON: Sebenarnya saya bukan orang parti politik. Saya ada keahlian Umno kerana ada orang yang daftarkan tanpa pengetahuan saya. Dalam masa yang sama saya juga ahli Pas, siap ada sijil sekali. Tak pelik kalau nama saya berdaftar kerana bini saya tok ngulu Pas dan tulisan-tulisan saya sebelum selesainya pilihanraya umum kesebelas lebih mirip kepada Pas.
Soal saya akan masuk syurga atau neraka...susah nak saya pastikan kerana syurga-neraka kepunyaan Allah dan kita semua juga kepunyaannya dan macam mana pengakhiran kita akan ditentu dan ditakdrikan-Nya. Saya tak mampu merubah takdir.
March 26, 2008 6:42 PM
4. Anonymous said...
abe li sokong umno sungguh ko. betul abe li ahli umno. payah saya nak percaya. ambo kenal sangat abe li walaupun abe li tak kenal mano saya. abe li jenis tak berehi ambik kesempatan. masa pilihanraya umum 1990 abe li banyak tolong pas, bila menang abe ghaibkan diri. kalu tak silap abe li antara orang yang akan ditempatkan di urus setia penerangan tapi abe li tak muncul.
MKJ RESPON: Susah untuk saya pastikan. Macam mana pun saya ingin ulangi bahawa saya bukan orang parti politik dan saya tidak berminat berparti politijk tetapi saya bukan buta kayu dalam berpolitik.
Anda berhak nilai diri saya tetapi saya tidak berhak nilai diri sendiri. Kalau pun betul saya tolong Pas pada pilihanraya umum 1990 itu secara kebetulan sahaja dan saya tidak pernah anggap ianya sebagai pertolongan.
Saya tak nenyeh muka untuk diberi tempat di Urusetia Penerangan bila Pas + S46 menahg mewah pada tahun 1990 kerana saya tak ada kaitan apa-apa dengan Pas. Saya bukan ahli Pas atau mana-mana parti ketika itu. Saya hanya seorang pemberita cabut sahaja.
Macam mana pun bila saya dicari dan diminta bekerja atas nama nama kebajikan di Urusetia Penerangan, saya dah pun menyumbang tenaga saya kepada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri selama kira-kira lapan tahun, satu tempoh masa yang agak lama untuk satu bekerja pada satu tempat. Saya ni mudah jemu buat kerja yang statik sifatnya.
March 26, 2008 6:45 PM
5. Anonymous said...
Sungguh ko khabar dok tersebar keputusan PRU-12 menjadikan rumahtangga abe li kuca kacir. kononnya kak lah (tok ngulu kak lah) dalam proses minta cerai. orang pas sokong kak lah boktan abe li bukan orang pas lagi
MKJ RESPON: Tak ada kucar kacir pun. Rumahtangga kami macam dulu juga. Macam mana anda jadi lebih tau tentang bini saya lebih dari saya tau? Kalau proses minta cerai dibuat secara senyap saya tak tau 'lah. Lagi pun saya banyak habiskan masa dengan perniagaan saya sekarang ni. Kami jarang bertemu kerana dia sibuk dengan urusan parti. Balik ke rumah lazimnya saya akan cepat terlina kerana terlalu letih dan kami tidak banyak masa untuk berbincang tentang apa perkara sekali pun. Kalau betul orang Pas sokong bini saya minta cerai....pasti mereka dah rujuk pada hukum hakam dan tentulah bagi mereka ianya satu perbuatan yang mendatangkan pahala.
March 26, 2008 6:47 PM
6.Anonymous said...
Kalu kak lah mintak cerai...saya akan lamar abe li untuk jadi suami. saya lebih muda dan lebih comel dari kak. ngaji U lagi.
MKJ RESPON: Bawa mengucap. Anda tak benar-benar kenal siapa saya. Kalau pun saya barangkali nampak riang dan mudah tersengih tetapi dalam menjalani hidup ini, anda belum tentu riang dan boleh tersengih di samping saya. Kalau anda berhajat mahu berumahtangga, saya akan uruskan pasangan untuk anda. Dah banyak pasangan yang saya dan bini saya satukan, mereka hidup aman bahagia.
March 26, 2008 6:49 PM
7. Anonymous said...
kalu tak ada peluang jadi bini nombor 1, saya dapat jadi nombor 2 pun jadilah. abe li punya pasal saya sanggup.
MKJ RESPON: Satu bini pun saya tak mampu nak tanggung, apa lagi nak berbini dua. Nak suruh saya mampus?
March 26, 2008 6:50 PM
8. Anonymous said...
Saya pula sanggup jadi bini no.3. saya sukakak Abe Li yang berterus seratng dan gentlamen orangnya
MKJ RESPON: Anda nampaknya terlalu tak benar-benar kenali saya. Macam orang pas tak benar-benar kenal saya, ditawar kerja dengan Urusetia Penerangan, padahnya saya yang dianggap akan memberi faedah, sebaliknya menyumbang padah.
March 26, 2008 6:51 PM
9. Anonymous said...
Ana pula kalu tak leh jadi hak no.1, 2 dan 3, jadi nombor 4 pun tak apa dah.
MKJ RESPON: Terima kasih saja. Saya ni kalau disuruh buat kerja sampai tak tidur semalaman pun saya sanggaup. Kalau soal berbini ni minta maaf. Saya berpengalaman berbapa dan beribu tiri. Saya tak mahu anak-anak saya alami apa yang pernah saya alami.
March 26, 2008 6:52 PM
10. Anonymous said...
Guano dok ppakat berebut abe li nyo. Kak Lah mintak cerai khabar bukan kerana kes PRU-12 tapi kes Abe Li takdok gas doh. macam kucing patah gigi boleh tengok ikan tawar...tokleh nak mamah. Kah!kah!kah! Maaa abe Li adik Sor ggurau
MKJ RESPON: Bukan berebut...barangkali mereka persenda saya. Tak apalah...terima kasih atas segalanya.
March 26, 2008 6:55 PM
11. Anonymous said...
Jange dok menganying (persenda) Abe Li gat. Mentang-mentang dia dok alik parti kalah. Dia pun ada hati dan perasaan. lagi pulak orang macam Abe Li payah nak baco. dia suko dok alik kalah. orang seni payah nak faham sikit.
MKJ RESPON: Menganyinglah nak menganying pun...saya tak akan luak apa-apa. Saya setuju dengan anda...saya lebih suka dok alik kalah kerana saya tak harapkan sebarang faedah dari pihak yang menang. Saya lebih seronok mencipta kemenangan dalam apa yang saya usahakan tanpa babitkan, susahkan sesiapa atau bebankan sesiapa kerana saya. Lebih baik saya terbeban dari saya membebankan orang.
March 26, 2008 7:05 PM
12. Anonymous said...
Jangan dok mengaying gat ko abe li, mentang-mentang dia dok alik kalah. Abe Li getek pelik, suka dok alik kalah. Orang seni ni payahlah nak faham
MKJ RESPON: Mugo serupo jah ni. Buang masa kalu saya respon jugak.
March 26, 2008 7:14 PM
13. Anonymous said...
Saya tak menganying. Saya sungguh-sungguh. Kalu bini Abe Li minta cerai saya sanggup lamar Abe Li. Saya benci dan anti betina agah. Hak buluh wat masuk bini dalam syurga adalah suami...bukannya parti. Kalu benar kak lah minta cerai boktan abe li tak sokong pas lagi, maknanya kak kak lah bini abe li punah akidah, orang pas kena tanggung dosa sama.
MKJ RESPON: Bini saya takdok mintak cerai. Dari mana anda dapat cerita tak betul macam ni?Bini saya asal dari S46...bila S46 dia pilih Pas dan saya tak paksa dia nak pilih parti mana. Masa bersekolah dulu dia duduk dalam pondok Allahyarham Haji daud Padang Mukum dan terdedah kepada sistem pengajian pondok secara tidak langsung. Walaupun tak alim tak mengaji khusus ilmu agama saya yakin bini saya tak 'lah terlalu jahil sangat.
March 26, 2008 7:18 PM
14. Anonymous said...
Aku tak ccayo kak lah lagu tu. Setahu aku kak lah bukan main sayang ko abe li. Ni fitnah ni. Abe Li dengan kak lah jange ikut ere.
MKJ RESPON: Insyaallah saya boleh kawal keadaan. Soal fitnah untuk rumahtangga kami ni bukan perkara baru. Susah jugak untuk dipastikan puncanya kenapa kami suami isteri jadi sasaran.
March 26, 2008 7:20 PM
15. Anonymous said...
Anonymous said...Kalu kak lah mintak cerai...saya akan lamar abe li untuk jadi suami. saya lebih muda dan lebih comel dari kak. ngaji U lagi.March 26, 2008 6:49 PMAnonymous Anonymous said...kalu tak ada peluang jadi bini nombor 1, saya dapat jadi nombor 2 pun jadilah. abe li punya pasal saya sanggup.March 26, 2008 6:50 PMAnonymous Anonymous said...Saya pula sanggup jadi bini no.3. saya sukakak Abe Li yang berterus seratng dan gentlamen orangnyaMarch 26, 2008 6:51 PMAnonymous Anonymous said...Ana pula kalu tak leh jadi hak no.1, 2 dan 3, jadi nombor 4 pun tak apa dah.March 26, 2008 6:52 PM...........NAMPAK SEPERTI ORANG YANG SAMA JE....KALU BOLEH, ABE LI CEK DULU NOMBOR YANG DIHANTAR SEBELUM RESPON.
MKJ RESPON: Saya tak ambil serius. Banyak pihak yang mahu suka-suka melalui blog yang dikendalikan bagi tujuan informasi. Lagi pun saya tak reti mana dalam soal teknikal ni. Nak cek lagu mana.
SEKIAN, JUMPA LAGI! (Nota: saya minta maaf kerana rencana mengenai Melayu tak dapat disambung. Saya kena pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga)
March 27, 2008 3:20 AMPost a Comment
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom
10 comments:
MKJ RESPON: Waalaikumusallam! Dengar orang alim ni saya tak berapa berani. Saya tak muncul lama dalam blog ni pun dah tersebar khabar kononnya saya diserang lumpuh kerana tentang tok guru. Kalu lagu tu gat ramailah hak lumpuhnya boktan tak sokong tok guru. Macam mana sama-sama kita sedekahkah al-Fatihan untuk Tok Guru Haji Lloh Lubuk Tapah yang telah berpulang ke rahmatullah. Ramai sungguh manusia yang ziarahi jenazahnya...dari Iraq, Iran dan negara-negara Arab di samping Sultan Brunei dan Sultan Kelantan turut ziarah. Negara kehilangan ulamak yang tidak terlibat dalam politik secara langsung. Apalah agaknya nasib pusat pengajian pondok Lubuk Tapah selepas ini?
ABG LI,
WAK PUN MEMANG TAK BERANI JUGAK KALU YAKIN TOK ALIM TU DOK ALIK BETUL. DAH WAK YAKIN TOK ALIM TU JENIS GELEWAK DEPAN GOL WAK RASA KENA BUAT SESUATU LA SUPAYA DIA TIDAK LAGI SEPAK GOL SEDIRI.
SURAT TERBUKA MB KELANTAN KEPADA TOK ALIM TU SEPATUT SUDAH CUKUP UNTUK DIA SEDAR DIRI SAPA DIA SEBENARNYA.LEBIH PATUT LAGI DIA DOK MAIN DENGAN CUCU AJA LAH KALAU BUAT MENYUSAHKAN PUAK PAS SEDIRI.
AMBO ADA ANTAR RENCANA KA ABG LI. TAK TAHU LA ANG LI TERIMA KA DAK.
KALU TAK KENA ATAWA TAK MOLEK ABG LI KENA ROYAK SBB WAK MASIH MENTAH LAGI DALAM PENULISAN.
NAK TELEFON PUN RASA TAKUT MENYUSAH ANG LI SBB ANG LI RASA SIBUK SOKMO LA NI.
JUMPA LAGI.....
WAK HAMAD
HUSAM JAHAT. SANGGUP BUANG DR NIK MAZIAN DARI JADI EXCO SEMATA2 KERANA DR NIK MAZIAN LAWAN YES MAN DIA (MUHAMMAD HUSIN) SBG KETUA BAHAGIAN PASIR PUTEH DANS EMATA2 KERANA DR NIK MAZIAN CERDIK DAN BERPOTENSI MENYAINGINYA. HASSAN MOHAMOOD BEKAS BOSS HUSAM SBG KETUA PEMUDA NEGERI DULU PUN DIPECAT KERANA TAK SANGGUP JADI YES MAN DIA. HUSAM JAHAT.
KALAU HUSAM NAK PECAT, PECATLAH ORANG MACAM MEJAR ANIZAM DAN ANUAR TAN SI CINA BARUA TU.
SETUJU KOMEN 2!!
KOMPOSISI EXCO PUN TAK ADIL:
PENGKALAN CHEPA DAPAT MB DAN 2 EXCO: NIK AZIZ, NIK AMAR DAN WAN UBAIDAH
TUMPAT DAPAT 1 TMB DAN 1 EXCO: AHMAD DAN CHE ABDULLAH
KOTA BHARU DAPAT 2 EXCO: ANUAR TAN DAN TAKIYUDIN
TANAH MERAH DAPAT 2 EXCO: ANIZAM DAN PATAH
KUBANG KERIAN DAPAT 1 EXCO: HUSAM
MACHANG DAPAT 1 EXCO: FADLI
BACHOK, RANTAU PANJANG, PASIR MAS, PASIR PUTEH, KUALA KRAI, JELI, GUA MUSANG DAN KETEREH TAK DAPAT APA SATU, MANA ADIL!!!
Sedarlah PAS, jangan cakap besar. Kalau bukan sebab pengundi muda dari luar, dah gerenti PAS kalah di Kelantan baru ni. PAS menang bukan kerana rakyat nak pada PAS tapi kerana rakyat nak protes (tak nak) pada BN saja!!!
WAK hajat nak tulis pasal komposisi exco kelantan tapi ada hal tulis dah . Org Jalan Dato Pati kena ingat dan faham apa yg datuk him royak di PUTIK.
Pas kena atar telegram ucap terima kasih kepada Pak Lah kerana sanggup jadi PM dan sanggup jadi Presiden. Kalau org lain pegang rasanya tinggal gemulah dah pas kelantan.
Tapi jangan bimbang lambat bangat Pas Kelantan akan aloh bila puak hak besar kepala,kecek agah terima pula pembalasan dari Tuhan.
Kepada Pas Gua Musang, Krai, Rantau Panjang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Peringat hak tak dak wakil dalam kerajaan sbg EXCO demo tak sah gobarla sbb di akhirat tak payah jawab banyak.
Sa lagi pasal potfolio, wak puji TS Khalid di selangor sbb pasal potfolio dia jelas satu-satu sbg contoh EXCO adat Melayu, EXCO Kilang haram , EXCO Pemodenan pertanian, EXCO Pengurusan Bangunan, dll.
Sepatut di kelantan ada EXCO koloh masjid, EXCO jamban tak cuci, EXCO lokang ssumbat, EXCO sapah sarap, EXCO jong cari kerja ka rakyat, EXCO orang papa dll.
Ini boleh menaikkan imej kelantan sbb sbg contoh apabila ada exco koloh masjid mestilah semua koloh di masjid termasuk koloh masjid pulau melaka tak berlumut, berdaki lagi.
EXCO sapah sarap akan round tiga kali saehari di dalam kawa bandar cek ada sapoh ka dok..ada org buat kerja ka dok. E
XCO jong cari kerja akan memastikan smua data penggangur ada di dalam PC dan tolong sapai suk untuk cari kerja ka rakyat kelantan. EXCO org papa akan bui no telefon tangan supaya semua org papa buleh kontak untuk mitak tolong.
Kalau bo nak menyohor dgn potfolio, kerja round dan ambil gambar bui ka Husam saja gak, nya popular husam sore lah. Kita nak semua EXCO popular kerana buat kerja bukan popular kerana makan gaji bole(adik beradik buta).
Penggal kelima ni kita nak tgk perubahan, kalu tak berubah wak akan godam serupa penggal lalu jugak lah.
Meli, guano Abe Tah Bukit Tuku demo tak dilantik EXCO wei? Ahli Parlimen denga ADUN jauh besar Ahli Parlimen wei! Tidak demo kata dia dijanji EXCO kan?
SAPO DIO 35 ORE HAK AKAN DAPAT DATUK DARI TUANKU ESOK MELI WEH?
Tuan Ramli: Apa komen Tun Mahathir mahu sistem kuota UMNO dihapus? Bukan dia yang perkenal dulu? Apa komen Tun Mahathir kutuk salah guna wang ihsan Terengganu? Bukan dia yang tukar royalti kepada wang ihsan dulu? Tun Mahathir lawan Tun Mahathir??
APA ORANG2 DI AKSB SEMUA SENYAP SUNYI LANI? APA JADI SIASATAN BPR DI SANA???
Kickdefella pak lawak, konon Pak Lah letak jawatan Jumaat semalam. Mari kita gelakkan Kickdefella.
Post a Comment