BOLEHKAH PENGUNDI MENIPU?
PENGUNDI hantu...orang yang dah mati pun mengundi adalah antara dakwaan-dakwaan popular dan paling berpengaruh pembangkang dengan rata-rata pendukung dan penyokon, terutama dari Pas yakin parti itu kalah adalah kerana faktor-faktor tadi sehingga mereka semacam terlupa dengan peranan dan fungsi takdir.
Untuk melihat sejauh mana debek, tidak bermoral, jahat, korupsi dan tidak telus serta tidak tulusnya SPR yang menjadi sasaran prejudisme dan prangkasme, maka saya yang tidak berminat kepada parti politik turut mengundi pada pagi ini.
Sebelum pergi ke tempat mengundi saya buat semakan dulu melalui internet perkhimdatan SEMAKAN MAKLUMAT PEMILIH, 'PUSAT DAN SALURAN MENGUNDI' yang disediakan oleh pihak SPR dan diwartarkan pada 5 Februari 2008 dan maklumatnya adalah sepertiku berikut;
MEDAN KETERANGAN
Kad Pengenalan 561020035201 / 5245715
Nama RAMLI BIN AB HALIM
Tahun Lahir 1956
Jantina L
Lokaliti 021 / 09 / 11 / 006 - JALAN SULTANAH ZAINAB (KUBOR KUDA)
Daerah Mengundi 021 / 09 / 11 - KUBOR KUDA
DUN 021 / 09 - KOTA LAMA
Parlimen 021 - KOTA BHARU
Negeri KELANTAN
Pusat Mengundi SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SIREH
Saluran 3
Masa Mengundi 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri 1362
Bagi tujuan semakan penyelidikan rambang, saya cuba buat semakan berkomputer di bangsal Pas dan saya diberikan maklumat-maklumat yang serupa. Semakan juga saya buat di bangsa Umno/Barisan Nasional dan diberikan sekeping kertas yang mengandungi maklumat yang sama.
Bila masukkan ke kawasan penyemakan maklumat pengundi oleh petugas-petuas SPR, saya tidak pergi jauh dari pegawai bertugas, saya tengok apa yang dilakukan kepada nama saya, rupanya digaris sebagai tanda bahawa saya telah membuat semakan untuk mengundi.
Walaupun saya tahu daerah mengundi saya adalah KUBUR KUDA, tapi saya sengaja buat semakan dengan pegawaI bertugas yang membuat semakan untuk daerah mengundi Kampung Sireh. Saya diberi nombor saluran tetapi disuruh menyerahkan kad pengenalan dan nombor saluran kepada pegawai yang bertugas untuk semakan pemilih daerah mengunddi KUBUR KKUDA.
Walaupun saya masih lagi menggunakan kad pengenalan lama dan belum menukar ke Mykad, namun tidak ada mana-mana penyemak sama ada di bangsal Pas, Umno mahu pun yang bertanya atau mempersoalkannya. Saya hanya memakai jubah lusuh supaya saya kelihatan macam orang yang cetek pengetahuan dan informasi.
Kecuali pegawai bertaraf jaga yang kerjanya adalah tunjuk arah saluran mengundi yang agak kurang ajar ketika menyapa saya yang mungkin pada tanggapannya saya kurang betul, pegawai-pegawai lain nampaknya cukup profesional, ramah dan sentiasa ceria dan bermuka manis melaksanakan tugas.
Bila masuk untuk dapatkan kertas undi...pegawai yang membuat semakan dan pengesahan (dianya seorang perempuan) merunguT dengan wajah ceria dan mengulum senyemum "tak tukar kad pengenalan lagi?"
Saya hanya sengih dan bersedia untuk keluar bilik tenpat mengundi sekiranya saya tidak dibenarkan mengundi keraya saya masih pakai kad pengenalan lama dan belum menukarkannya kepada MyKad. Pegawai berkenaan membuat semakan dan menggariskan nama nama saya dalam buku daftar pemilik sebagai tanda saya telah mendaftar untuk mengundi.
Dua lagi pegawai semejanya (seorang lagi perempuan dan seorang lelaki) saya dapati memerhati muka saya dan melihat kad pengenalan saya berulangkali. Akgaknya dia nak pastikan sama ada saya adalah pemilik kad pengenalan atau orang yang menyamar. Keduanya berhak ragu dan curiga kerana dalam kad pengenakan saya ada rambut dan janggut sedangkan wajah terbaru saya tanpa rambut dan tanpa janggut.
Saya sengaja tukar imej dengan hasrat untuk melihat macam mana cara petugas-petugas SPR menjalankan tugas sehingga mereka diragukan, malah kemuncak kepada rasa tidak puashati terhadap suruhanjaya itu, rumah pengerusinya disimbah cat merah.
Bila namanya saya disebut untuk didengar oleh pegawai-peagawai bertukar dan pemerhati yang mewakili parti-parti yang bertanding, saya selamba mengambil kad pengenalan saya sebelum diunjukkan kertas undi.
Kenapa saya diberi kertas undi juga walaupun wajah saya tidak serupa dengan wajah dalam kad pengenalan? Kerana saya tidak galat bila nama saya disebut. Kalau saya bukan pemilik kad pengenalan saya, pastilah saya akan terpinga-pinnga kerana yang disebut itu bukan nama saya. Maknanya berasaskan sedikit ilmu saikologi, kita boleh kenalpasti pengundi datang sebagai penpiu atau sebagai pengundi sebenar.
Berdasarkan penyelidikan simple dan mudah saya itu, maka saya berani membuat kesimpulan bahawa dakawaan berlakunya penipuan melalui proses orang lain mengundi bagi pihak orang lain atau orang mati pun masih juga mengundi adalah merupakan dakwaan karut marut dan khayalan semata.
Tidak ada peluang dan ruang untuk menipu
Saya berani menegaskan bahawa SPR profesional dan bebas dari debek, ewek, tidak bermoral, jahat, korupsi dan tidak telus serta tidak tulus. Jika keberkeculaian SPR sebagai badan bebas yang mengendlikan pilihanraya di negara ini diprejudis dan diprasangka buruk, maka yang rosak akal dan keprofesionalannyasehingga tergamak prejudis dan prasangka adalah mereka yang prejudis dan prangsa itu sendiri.
Walaupun saya yakin Kerajaan Pas Kelantan akan tumbang pada pilihanraya kali, namun saya percaya calon Parlimen dan DUN yang saya berikan undi saya...yang saya serahkan mandat untuk memberi khidmat kewakilan-rakyatan bagi tempoh lima tahun akan datang, pasti akan menang cemerlang.
Walaupun saya beri undi...kalau kualiti perkhidmatan untuk tempoh lima tahun akan datang tidak memuaskan...maka saya tetap akan redas dan redah tanpa kompromi melalui teguran dan kritikan, termasuk melalui blog ini.
Gunalah mandat saya bersama mandat para pengundi yang lain untuk membawa suara rakyat ke parlimen dan dewan undangan negeri tanpa terlalu mengutamakan kepentingan politik sempit, jumud dan taksub dalam berbahas.
Walaupun atas nama wakil rakyat parti pembangkang, namun peranan dan fungsinya tetap sama, kedua-duanya boleh menyumbang ke arah kesejahtearan negeri, negara dan rakyat. bila rakyat seronok dengan khidmat wakil-wakil rakyat, maka dengan sendiri parti yang diwakili akan diminati majoriti.
Sekian, bersama-samalah kita bersedia dengan mental fizikal untuk terima keputusan PRU12 supaya hospital kerajaan dan swsata tidak penuh sesak dengan pesakit yang sakit mengejut kerana keputusan PRU12 tidak sama dengan yang diharapkan dan diusahakan atau yang diberi jaminan agar kita percaya tanpa sekelumit keraguan pun.
- RAMLI ABDUL HALIM
11.49 am
Friday, March 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
Asalamualaikum....jumpa lagi
Ingat tak nak menulis lagi nak tunggu pukul 9 malam ni tapi rasa tk sedap lepas baca cerita abe meli mengundi maka wak nak cerita la hak bahagian wak pulok.
Wak sampai di depan SK Ketereh jam 7.30 setelah bergegas gerak anak - anak supaya bangun awal pagi tadi. Bertolak dari hotel penginapan di KB jam 7.00 pagi.
Dalam perjalanan Wak terima mesej dari saing di KT supaya undi Pas.
Setiba wak di depan SMK ketereh kerani-kerani SPR napak ada hak baru sampai berlenggeng-lenggeng.
Nak tunggu pukul 8.00 pagi Wak ajak anak jate wak sama-sama baca Yaa Sin dalam kereta. Hati wak jadi sebak beberapa kali sebelum sempat abis baca yaa sin. Teringat apakah aku baca Yaa sin ka Pas supaya Pas kalah dengan mudah serupa baca yaa sin ka ore sakit berat.
Lepas selesai baca Yaa sin wak ajak bini dan anak-anak turun gi nanti dalam kawasan sekolah.
Masa tu ada dah dua tiga orang pakcik makcik masuk ke dalam sekolah dan gi beratur di saluran 2. Orang SPR nampak senyum molek belaka dan tanya adakah Wak dah semak di bangsal SPR. Wak kata wak print sendiri dia suruh gi semak jugak. Wak kata tak berubah eh muga nombor siri serupa jah semak di mana-mana pun.
Seorang lagi petugas SPR kata "tak apa lah" maka wak pun gi berbaris dpan pintu saluran 1. No satu beratur wak dan di belakang wak bini wak lah. Dok semetar mari cikgu pencen dok depan wak dengan dua ore budah betina serupa bohsia la kalu di KL.
Wak kata beratur dengan suara kasar sikit geram ka budak hak napok tak berapa pok.
Pak Cik Cikgu Pencen tu royak ka Wak dia nak masuk dulu. Wak jenis tak leh ore main ilat, wak kata "Ambo tunggu pukul 7.30 lagi," napok berubah air muka dia.
Tepat jam 8.00 masuklah wak ke dalam kelas dan nampok kelam kabut sikit kerani nak cari nama dan no siri wak dan kerana hak nak tebuk kertas undi tak biasa napok kekok benar dia. Wak tak marah lah muga dia pun tak biasa.
Hak sore tu tanya wak dari KL ka, wak kata dari Kuantan. Dia tanya bakali napok pelik sbb wak galas beg laptop di belakang.
Lepas bui kertas undi wak terus ambil dan pangkah calon hak wak nak lah.
Lepas bini wak baru pakcik cikgu pencen tu masuk. Wak jenis pantang kalau ada hak nak potong-potong trip lain la kalu OKU atau orang tua taklarat.
Wak rasa kerani tempat wak ambil kertas undi tu tak check-check pun IC Wak. Lepas royak no siri dalam daftar pemilih dia pakai cari dan baca nama terus.
Lepas tubik dari sekolah dan lepas peridup enjin kereta wak napok calon BN DUN Kota Lanas. Wak gi bersalam , berpeluk dan ucap tahniah serta good luck.
Pah tu masa tu mari pak cik hak nak potong trip wak masa nak ngundi ttawar pitih ka Wak. Wak suruh dia bui ka mak mertua wak lah.
Sebelum jam 9.00 pagi Wak sampai kelik ka hotel dan lepas makan-makan wak ingat nak tubik round2. Tapi mata ngatuk maka wak tidur lah.. Sedar-sedar pukul 1 tgh dah.
Sebelum jenera wak terima mesej dari seorang DR USM dia kata dia bertugas di sekolah mata air mace sbg wakil MALFREL. Wak kata bertugas mmolek lah.
Petang semalam wak sampai dan pusing-pusing KB. Lalu depan pejabat Abe meli tapi napok tutuk kemah kemin, wak lajak gi pusing bwah gertak dekat TESCO tapi tak singgah di TESCO.
Wak jadi sayu bila ingat ka lembah sireh. Bertewah nak buat pembangunan sapai abis licin tanah hak ore melayu dok wak kija menanam dan pelihara lembu dulu-dulu. Bakpo tak gi buat tempat lain. Nampak nya kerajaan cemburu benar dengan KB, kalu buleh sekaki pun takser tinggal dah nak bina bangunan abih.
Malam tadi wak tengok gambar-gambar Tok Guru menangis di Stadium. Dalam hati wak kata alangkah moleknya kalau pakat menangis 4 tahun lalu.
Wak juga sempat gi ronda-ronda berjumpa gu-gu lama petang semalam. Singgah rumah abg calon Pas demo suruh tunggu makan kambing bakar, kambing tak sembelih lagi waktu maghrib tu, maka wak tak tunggu lah.
Demo pakat kata sakit lagi UMNO nak memerintah Kelantan.
Sakit tak sakit pun pukul 8 malam ni tahu lah. Kalau tak da aral wak nak berjalan dari hotel tempat wak duduk gi ke pejabat Pas di jalan dato pati malam ni nak tengok lagu mana jadi malam ni.
Hak terangnya InshaAllah puak mana menang pun Wak nanti kelih nak gomol nak katok kalu buat kerja tak betul.
Wak cuti lama - seminggu InshaAllah akan berjumpa dengan abe Meli.
WAK HAMAD
Wak mengundi di SK Seri Ketereh bukan SMK Ketereh. Ari ni cuaca napok pelik..jenis-jenis hujan panas. Tengok-tengok blog teganukite dapat tahu anak hj Hadi kena rigat.
MItak jauh dari bala la puak kita belaka. Kalah ka menang ka laku 3 tahun jah. Lepas 3 tahun kena serah balik ke rakyat mandat. Kalau ada rezeki menang lagi kalau tak da rezeki sbg YB kalah lah.
3 tahun tak lama mana. maka hak menang tak payah agah, hak alah tak sah rasa dukacita. Hak Tuhan bui comel belaka dah.
WAK HAMAD
Harap Wak Hamad tak masuk ICU. Abg Meli pun saya hanya mampu ucap takziah.
Agaknya rakyat Kelantan JUMUD dan JAHIL sebab tolak UMNO. Abg Meli dan Wak Hamad sahaj yang cerdik.
Alhamdulillah.. tak ramai rakyat Kelantan yang suka hiburan.
Satu lagi..Dato Husam Menang Besar...
....bangun! bangun! demo sedang bermimpi Wak HAmad.
TAkbir!
FADZLI 12:48 am
Tok Guru Menangis kerana Allah.. UMNO menangis sebab calon Menteri BEsar kena hisap curut harga RM5.00 pulok lepas nih.
Satu lagih.. jangan lupo hari jumaat ni kuliah Tok Guru tempat biasa.
Alhamdulillah pendekatan reserve psikologi wak berjaya!
Hahahahhahaha Wak turut ada bersama di pajabat Pas sekejap tadi.
banyak benda buleh tulis....
buleh buat buku....kalau wak ada masa.
syukran lillah!syukran lillah ! syukran lillah!
Kepada semua yang menang jangan lupa sujud syukur.
Kemenangan tersebut hanya untuk 4 tahun .. lepas 4 tahun berjumpa
balik dengan rakyat minta mandat lagi.
kepada yang kalah ... kalau kalah menyebabkan tuan/puan jauh dari
neraka bersyukurlah dengan kekalahan itu.
Jumpa lagi
2.30 pagi 9 Mac 2008
WAK HAMAD
HA HA HA
MARILAH SAMA2 KITA GELAKKAN MELI
HA HA HA
Tajunm respon. . .
HA,HA,HA.....
Gelakkan Wak Hamad pulak. Reserve psychology pulak dah. Ramaila bolah kata gitu. Awe Adek pun buleh kata.
Gelak sekali lagi...HA,HA,HA.....
Masa untuk menuntut janji..... "JANJI walaupun tidak dituntut WAJIB ditunaikan"
Kepada yang menang tahniah di ucapkan ...kepada puak-puak kita hak kalah terimalah suratan qadak dan qadar Allah dengan berlapang dada...Allah yang lebih mengetahui apakah hikmah di sebalik kekalalah ini...Mungkin ini adalah satu cara untuk rakyat kelantan menilai sekali lagi kerajaan pimpinan ulamak YANG TELAH BANYAK BERJANJI SEBELUM ORE KELATE MEMANGKAH DAN APABILA KUASA SUDAH ADA DALAM TANGAN APAKAH KERAJAAN ULAMAK MAMPU MENUNAIKAN JANJI ATAU SEKADAR JANJI MANIS MASA BERCINTA SAJA..KIATA PAKAT TENGOKLAH.
Jering
tok soh kiro hok ore pas la. ore BN janji banyok doh nipu. alik kawe sedi tok wokil nipu jugok di dun wakah baghu. bilo mene dulu, gomo ssore. hoh, baghu tahuuuuu.
Tak payah lah dok gelakkan sesiapa..apalah yang ada pada seorang manusia yang bernama meli atau wak hamad...hanya dapat menyumbangkan 1 undi seperti ore ramai-ramai...takutya pah ni dalam dok gelakkan ore bn kalah kita tak kaba kampong tergadai.. dalam situasi sekarang tidak mustahil lim kit siang mampu jadi pm..
Sebelum check out hotel kejap lagi wak rasa sedikit terkilan kerana Pas yang berusia lebih 50 tahun gagal memimpin pembangkang untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat. Jika Pak Lah wajar berundur secara terhormat pemimpin Pas jug awajar meletakkan diri di tempat yang sepatutnya .
Sebagai contoh kenyataan HARAKAHdaily semalam bahawa presiden sedang berihat di rumah ketika ahli sedang berpeluh buah zakar di bangsal panas semalam wajar dijadikan renungan.
(Keadaan di Rusila terkawal, petugas diminta beri tumpuan
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Sat | Mar 08, 08 | 2:36:20 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Harakahdaily mendapat makluman terkini keadaan di Rusila, apabila Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir memaklumkan bahawa keadaan di sana terkawal.
"Saya baru menerima panggilan dari Tuan Guru Presiden PAS dari Ruslia. Keadaan di sana kini terkawal. Petugas-petugas PAS diarahkan kembali bertugas dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pilihan raya,"katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Tambahnya, anak Tuan Guru, Mohd Khalil sebelum ini ditahan oleh pihak polis untuk direkod kenyataannya.
"Beliau kini berada di Hospital KT kerana menerima rawatan kecederaan ringan yang dialaminya,"katanya lagi.
Menurutnya, Tuan Guru menasihatkan semua ahli-ahli dan penyokong parti di tempat-tempat lain agar memberi tumpuan kepada tugas masing-masing dan jangan memberi ruang kepada pihak BN untuk mengambil kesempatan dari keresahan dan kegusaran yang dialami.
"Tuan Guru Presiden sendiri kini berihat di rumah dan sedang menguasai suasana di sana. Masjid Ruslia melalui sistem siar rayanya sedang mengarahkan orang-ramai agar keluar mengundi seperti biasa,"jelasnya lagi. - mks)
Kepada kerajaan baru di kelantan Ustaz mat mustafa harap dipertimbangkan untuk dilantik sbg TMB seterus sbg MB apabila Tok Guru berundur secara total nanti. Persiapan pelapis mesti jelas.
Imej ketokguruan Ustaz mat dijangka mampu menghalang badai BN yang akan mengganas dalam PRU ke 13. Ingatlah ibarat harimaul uka BN pastinya akan mengganas di lur jangkaan kita.
Jangan anggap mudah soal pengganti tok guru!kalau tidak nahas yang menanti.
Kemenangan ini adalah untuk jangka masa 3 tahun sahaja. Selepas 3 tahun rakyat akan bagi keputusan samada wajar dilanjutkan atau tidak tempoh pekhdimatan.
Sewajarnya pihak yang menang memastikan harapan pemberi mandat selaku tuan punya sebenar gelaran YB dalam konteks demokrasi dipatuhi bagi memudahkan penilaian 3 tahun lagi.
Harapnya juga tidak ada lagi kes tok guru kena berjerit di khalayak ramai untuk mempertahankan kelantan . YB-YB yang baru menang lah yang sepatutnya memikul amanah menjaga maruah tok guru dan memastikan air mata tok guru tidak tumpah lagi lantaran eweknya kerja-kerja YB yang menang.
kepada pihak yang nak gelakkan wak dan abg meli gelaklah asal gelak anda mebahagiakan dan wak juga bahagia dengan cara wak. Napok tak betul wak akan bedal tak kira sapo inshaAllah sbb wak tak ada kepentingan begapo cuma nak tengok org kelantan hidup dengan cara nabi hidup selepas pas hak dok takbir siang malam menang lagi di Kelantan.
Bo lah jual tanah ke cina, sub projek ke cina, ambil komisyen dan lain-lain kerja hak tak betul.
Usrah kena peridup dengan lebih kemas di peringkat bawah lagi sapai peringkat atas. Jangan dok agah bila berjumpa ore - semua ore tak kira umno atau pas rakyat tok guru belaka. Kalau tak ser jaga imej islam jagalah imej dan air muka tok guru sekurang-kurangnya.
JANGAN DOK JADI BABOK SEPERTI LEPAS MENANG TAHUN 1999 DAHULU.
jumpa lagi
9.51 9 mac 2008
WAK HAMAD
PAS & PKR menang sorak... DAP yang kutip hasil! Lim Kit Siang sudah bersiap sedia untuk menjadi Perdana Menteri.
Saki baki calon MAC, Gerakan & MIC tak akan tunggu dalam BN lagi kerusi UMNO sudah kalah!
Anwar Ibrahim hanya akan boleh bertanding bulan Mei... dalam baru dok rancang supaya boleh jadi PM, akhirnya semua akan terlopong saja kerana DAP dah tentu tak akan tunggu hingga Anwar lepas...
Maka.... TAKBIR lah buat kali yang terakhir ini, sementara kesempatan masih ada!
Kita jangan kutuk Wak Hamad lebih2 sangat.. nanti nasuk ICU sapa nak gi tengok dia. Tak apalah dia nak kata reverse psikologi ke apa ke... kita sekarang kenal siapa talam dua muka. Tetiba pula Wak Hamad bangga jadi ahli PAS. Shifu pulak masih tak bangun2 dari mimpi. DAP perintah Penang sahaja sedangkan KElantan, PErak, Terengganu di bawah PAS, Selangor dibawah PKR. Sama juga masa BN memerintah Penang bawah Gerakan yang juga cina. Terengganu walaupun Melayu perintah tetapi cina kutip hasil (patrick Badawi). Anwar Ibrahim tak perlu bertanding, 5 negeri boleh offer dia jawatan Senator sehingga pilihanraya akan datang.
Memang Kesian dengan Wak Hamad, dia pernah kata saya tak matang berpolitik.. tetapi sehingga kini samada kalah atau menang saya tidak pernah sokong BN. Walaupun bukan orang parti tetapi saya juga tidak kedekut tenaga dan masa untuk mempastikan kemenangan BArisan Alternatif Selangor/ Wilayah.
Cuma saya nak tanya Wak Hamad, apakhabar bekas calon2 BNyang Wak Hamad ramalkan menang besar? Wak dah ucap tahniah ke belum kepada Datuk Paduka Husam Musa. Satu lagi Wak tak tolong "YB" Awang Adek berkemas ke Kota Darul Naim ker? Jangan lupa dengar kuliah TG Nik Aziz tempat biasa setiap jumaat.
Kesian Pak Lah, nak tawan negeri orang, negeri sendiri tersungkor. Itulah kesan ISLAM HADHARI... siang mengaji, malam menari.
Kepada Shifu, saya tahu kekecewaan Anda. Kita tak perlu tunggu Anwar jadi PM, kita ramai pemimpin yang dari jenis tak tidur merata2. KAlau dulu kita boleh takbir di kelantan,.. sekarang di Kedah, Perak dan Selangor kita boleh TAKBIR.... dan kita bersedia untuk TALQIN kan UMNO.
Pengajarannya... jangan sombong, jangan angkuh, jangan zalim, jangan suka tidur, jangan lawan Allah, jangan guna harta rakyat macam harta mak bapak sendiri...
p/s: mungkin Wak HAmad akan menempel semula dengan PAS setelah dahan tempat mereka bergantung patah riuk..tapi tak mengapa PAS bukan macam UMNO.
ALLAHU AKBAR
FADZLI
Adakah benar SPR tidak telus?
Kenapa tak ada seorang pun yang mempertikaikan keputusan SPR sedangkan parti pembankang dapat menakluk banyak negeri..Kenapa tidak seorang pun ahli pembangkang yang menpertikaikan keputusan kemenangan ini...bayangkan kalau pada saat ini parti pembangkang yang kalah..entah apa sumpah seranah yang akan di hamburkan pada SPR dan rasanya macam-macam jenis hantu raya,hantu jerakung hantu kopek lanjut yang keluar mengundi... Banyak lah hantu korang..
Adakah benar SPR tidak telus?
Kenapa tak ada seorang pun yang mempertikaikan keputusan SPR sedangkan parti pembankang dapat menakluk banyak negeri..Kenapa tidak seorang pun ahli pembangkang yang menpertikaikan keputusan kemenangan ini...bayangkan kalau pada saat ini parti pembangkang yang kalah..entah apa sumpah seranah yang akan di hamburkan pada SPR dan rasanya macam-macam jenis hantu raya,hantu jerakung hantu kopek lanjut yang keluar mengundi... Banyak lah hantu korang..
Nampaknya ada hikmah disebalik kekalahan BN lima buah negeri, kita akan lihat dalam masa terdekat sejauh mana berlakunya pakatan antara DAP. PKR dan PAS.
Dalam sedar atau tidak, kemenangan PKR adalah sesuatu yang dijangka kerana ramai dikalangan calon yang bertanding terdiri daripada ahli DAP.
Percaturan pembahagian kuasa dalam DUN antara negeri-negeri yang dikuasai pembangkang tidak akan sama, contohnya kedah, tidak akan terima DAP berada sebaris dengan PAS dan PKR dalam kerajaan negeri. Adakah negeri-negeri lain yang dikuasai pembangkang akan mengikutinya.
Maka terpahatlah dalam sejarah seandainya PAS,DAP,PKR duduk sebaris menyaksikan UMNO sebagai pembangkang.
Redhalah kita, kubur kita akan dikencing oleh anak cucu kita kerana alpa.
ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.
Sekian.
Bolehkah Pas menjadi gembala kepada DAP sebagaimana UMNo menjadi gembala kepada MCA,MIC dan Gerakan....atau nanti PAS yang akan di gembalakan DAP.... maka mampuslah orang melayu....yang majoritinya orang islam walaupun ada segelintir orang "utan".
bLOG- Tarmizi Mohd Jam
PAS mendakwa 190 buah bas dan 2,000 kereta yang membawa "pengundi hantu" telah dan sedang menuju ke Terengganu dan Kelantan untuk memastikan kemenangan BN.
"Ini angka yang dapat dikesan (oleh PAS), mungkin lebih ramai lagi," kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.
Beliau mendakwa, projek membawa masuk pengundi-pengundi ini dijalankan oleh sebuah syarikat agensi pelancongan yang mendapat kontrak daripada sebuah yayasan milik kerajaan negeri itu.
Dalam sidang medianya pagi tadi, Mustafa mendakwa lagi, sebahagian besar mereka yang menaiki bas itu pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk pelajar dari luar negara.
MUNGKINKAH KERANA PENGUNDI HANTU PAS MENANG DI KELANTAN...DAN BEBERAPA TEMPAT DI TRENGGANU...SEBUAH PARTI ISLAM SEPATUTNYA LEBIH TAKUTKAN ALLAH...TAPI NAMPAKNYA MEREKA LEBIH TAKUTKAN HANTU..
Lama dah dok ikuti ruangan ni tapi rasonya biarlah nak lok ko puak-puak hak sedia ada. Rasa nak join lama dah, tapi saja nak tunggu tarikh sesuai nak masuk mcm mlm ni.
Gi mano habih puak-puak wak hamad dgn kuncu-kuncu dia. pandai sungguh demo semua buat ramalan deh. Mimpi la, macamlah firasat demo tu betul-betul mari dari ilham Tuhan belaka.
Kawe org Kelate dok kerja KL lama dah. Ngundi ssini (Selayang, Kg Nakhoda). Sedih sangat bila ramai(?) dlm blog ni hak masuk bui komen nak tengok PAS kalah. Ada hak tak sedar diri tu sanggup kata minggu ni last dah Tok Guru ngaja ko orang-orang PAS KB. Ada jugak hak gatal mulut sedap buat ramalan ni minggu terakhir puak-puak DUN PAS merasa masuk Kota Darulnaim.
Hari ni gi mmano habih puak-puak hak menjangkakan Awang Adek jadi MB? Masuk la sini kalu setia dan gentleman, mari pakat pujuk calon bakal MB hak tengah bersedih tak jadi merasa MB tu. Mana kesetiaan puak demo, masa kalah pakat lari doh?
Lain kali insaf la sikit. Jaga mulut jgn celupar. Ikhlaskan niat kerana Allah, rasional sikit dan tanya diri tu: Bakpo nya demo macam benci dan jijik sangat pada PAS? Ggapo hinanya parti PAS hak demo dok dendam, benci dan berdoa suruh kalah tu? Tuhan terima ko jihad mengarut puak demo tu?
Kalu Allah tanya di Padang Mahsyar, bakpo anti sangat pada PAS, mulut demokena kunci dah, tangan demo akan berkecek dan kaki akan jadi saksi depan Yang Maha Berkuasa di Yaumid-din nanti.
Sila buat senarai amo nak baca, mana kepincangan PAS? Mano kemungkaran PAS? Kalu demo saja nak cari salah segelintir pemimpin PAS dalam pendekatan mereka, nescaya ambo rasa tak padan lagi dengan sebakul segala macam kezaliman hak BN buat di bumi Malaysia ni pada musuh-musuhnya, dengan segala kejahatan dibuat oleh SPR, polis, media dan sekutu-sekutunya menyerang kiri kanan atas bawah, tak ubah seperti:
Orang bergocoh yg mengikat kaki tangan musuh-musuhnya lalu digodam, digocoh sampai lembik lotek.
Tak ubah jugak seperti Yahudi yg melancarkan segala kekuatan ketenteraannya ke atas umat mustadh'afiin di Palestine dengan segala bantuan USA dan sekutunya.
Juga sama seperti bermain bola dengan segala pegawai perlawanan masuk dok dalik kita dengan referinya, linesman dll dalam keadaan pasukan lawan diikat kaki tangan dan tak pakai kasut serta tiang gol luas litar. Dan paling nyata, apa hak puak BN dok timpakan pada PAS selama ini bagaikan kekuatan tentera Abrahah yg angkuh nak langgar kaabah, subhanallah, Allahuakbar.
Tergamak puak demo nak merawat Kelate. Rawatlah dulu pemimpin mcm Rafidah Aziz, Samy Veloo, Khairi, Najib, Paklah dan seumpamanya itu.
Ingatlah hidup di dunia tak lama. Akhirat dengan dunia senipis kulit bawang. Allah sangat benci orang sombong dan riak. Kalu tak kerana ada calon Sabah Sarawak, dah jelas hari ni bercelidar puak BN lari hunggar tak cukup tanah sebab bumi Malaysia dah diperintah BA, maka teramat gentarlah puak korup dalam BN takut pemerintah baru ini akan bongkar segala bentuk makneka kezaliman, penipuan dan kerosakan mereka selama ini ditelanjangkan! Allahuakbar.
Ore kg.Nakhoda saamah tak sokong awang adek..demo dok sokong nasharuddin mugo nasharuddin tu waris demo ko? Gapa dah jasa di abui ka ore bachok..mugo lepas kita kita boleh tengok...demo tak apalah dah duduk kl tapi kita hak dok bachok ni..lah hak nanggung apa yang pegundi luar buat..
Kalu Allah tanya di Padang Mahsyar, bakpo anti sangat pada PAS, mulut demokena kunci dah, tangan demo akan berkecek dan kaki akan jadi saksi depan Yang Maha Berkuasa di Yaumid-din nanti.
-BAKPA TUHAN NAK TANYA PAS KA UMNONYA...pAS TU PARTI JAH..PAS TU BUKE AGAMA.. ZAMAN NABI MULO TAK DAK PAS PUN...
Lama dah dok ikuti ruangan ni tapi rasonya biarlah nak lok ko puak-puak hak sedia ada. Rasa nak join lama dah, tapi saja nak tunggu tarikh sesuai nak masuk mcm mlm ni.
Gi mano habih puak-puak wak hamad dgn kuncu-kuncu dia. pandai sungguh demo semua buat ramalan deh. Mimpi la, macamlah firasat demo tu betul-betul mari dari ilham Tuhan belaka.
Kawe org Kelate dok kerja KL lama dah. Ngundi ssini (Selayang, Kg Nakhoda). Sedih sangat bila ramai(?) dlm blog ni hak masuk bui komen nak tengok PAS kalah. Ada hak tak sedar diri tu sanggup kata minggu ni last dah Tok Guru ngaja ko orang-orang PAS KB. Ada jugak hak gatal mulut sedap buat ramalan ni minggu terakhir puak-puak DUN PAS merasa masuk Kota Darulnaim.
Hari ni gi mmano habih puak-puak hak menjangkakan Awang Adek jadi MB? Masuk la sini kalu setia dan gentleman, mari pakat pujuk calon bakal MB hak tengah bersedih tak jadi merasa MB tu. Mana kesetiaan puak demo, masa kalah pakat lari doh?
Lain kali insaf la sikit. Jaga mulut jgn celupar. Ikhlaskan niat kerana Allah, rasional sikit dan tanya diri tu: Bakpo nya demo macam benci dan jijik sangat pada PAS? Ggapo hinanya parti PAS hak demo dok dendam, benci dan berdoa suruh kalah tu? Tuhan terima ko jihad mengarut puak demo tu?
Kalu Allah tanya di Padang Mahsyar, bakpo anti sangat pada PAS, mulut demokena kunci dah, tangan demo akan berkecek dan kaki akan jadi saksi depan Yang Maha Berkuasa di Yaumid-din nanti.
Sila buat senarai amo nak baca, mana kepincangan PAS? Mano kemungkaran PAS? Kalu demo saja nak cari salah segelintir pemimpin PAS dalam pendekatan mereka, nescaya ambo rasa tak padan lagi dengan sebakul segala macam kezaliman hak BN buat di bumi Malaysia ni pada musuh-musuhnya, dengan segala kejahatan dibuat oleh SPR, polis, media dan sekutu-sekutunya menyerang kiri kanan atas bawah, tak ubah seperti:
Orang bergocoh yg mengikat kaki tangan musuh-musuhnya lalu digodam, digocoh sampai lembik lotek.
Tak ubah jugak seperti Yahudi yg melancarkan segala kekuatan ketenteraannya ke atas umat mustadh'afiin di Palestine dengan segala bantuan USA dan sekutunya.
Juga sama seperti bermain bola dengan segala pegawai perlawanan masuk dok dalik kita dengan referinya, linesman dll dalam keadaan pasukan lawan diikat kaki tangan dan tak pakai kasut serta tiang gol luas litar. Dan paling nyata, apa hak puak BN dok timpakan pada PAS selama ini bagaikan kekuatan tentera Abrahah yg angkuh nak langgar kaabah, subhanallah, Allahuakbar.
Tergamak puak demo nak merawat Kelate. Rawatlah dulu pemimpin mcm Rafidah Aziz, Samy Veloo, Khairi, Najib, Paklah dan seumpamanya itu.
Ingatlah hidup di dunia tak lama. Akhirat dengan dunia senipis kulit bawang. Allah sangat benci orang sombong dan riak. Kalu tak kerana ada calon Sabah Sarawak, dah jelas hari ni bercelidar puak BN lari hunggar tak cukup tanah sebab bumi Malaysia dah diperintah BA, maka teramat gentarlah puak korup dalam BN takut pemerintah baru ini akan bongkar segala bentuk makneka kezaliman, penipuan dan kerosakan mereka selama ini ditelanjangkan! Allahuakbar.
Ni ambo nak jawab semula...
tuhan memang tak tanya parti begapo benda. Tapi Tuhan tanya segala sifat amalan benci kesumat puak demo ko PAS tuh. Membenci sesama hamba Allah. Sama-sama umat Islam pulak tu. Memang zaman Nabi PAS belumwujud. Tapi Nabi berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi. PAS memang sekadar alat, parti yg berjuang nak menegakkan hukum Allah di bumi ini, sebagai mewarisi para anbia.
Demo banding perlembagaan PAS dengan UMNO. Banding pulak tokoh-tokoh PAS dengan tokoh-tokoh UMNO. Pahtuh, kelih pulak pendekatan PAs gunakan berbanding pendekatan zalim dan hipokrit hubaya UMNO sejak berzaman dulu dengan bertopeng membela melayu dan Islam. Bila berkecek dengan cina dan India, cakap lain. Bila berdepan dengan melayu, lain pulak.
Demo banding la sendiri segala macam tohmahan UMNO buat ko PAS, segala macam sekatan dikenakan. Walaupun dengan segala kekurangan yg ada, serta dihimpit pelbagai tekanan dan dikekang dengan segala macam kuasa atas bawah, alhamdulillah PAS masih berjaya.
Satu lagi nak royat. Ambo sokong Nasruddin bukan sebab dia waris waroh ambo. Ambo tak kata benci Awang Adik. Ambo sokong Nasarudin sebab dia salah seorang dari sekian banyak pejuang yng mempertahankan Islam. tak kira la dia tu oghe luar ko arang dalam.
Masa zaman Nabi dulu, Bilal bin Rabah orang Habsyi kulit hitam. Salman al-Farisi orang baka Farsi. Zaid Harithah pulak budak keturunan hamba kulit hitam gelapjugak. Pah tuh, Nabi tolak ko puak ni sebab dia bukan arab tulin? Bukan Quraisy tulin.
Islam itu sejagat. Pas hanya alat yg memperjuangkan kesejagatan Islam ini utk mendaulatkan hukum Allah di muka bumi Malaysia. Memang ada kekurangannya, sebab tekanan kiri kanan. pitih tak banyak. Glamour tak banyak sebab kurang (bahkan takdok) promosi media perdana. SetakatHarakah, Siasah dan Wasilah tolong tonjolkan PAS, tak terlawan dengan paparan mediacetak dan elektronik yg ditunggangi UMNO selama ini.
Tapi dalam keletihan, kesedihan, kesakitan dan serba serbinya kekurangan tu rahmat Allah mari jugak. Ambo ak kisah kalu PAS tak menang jugak. Allah tak tanya di akhirat "mu menang ko kalah". Kita dihisab adakah menegakkan kalam Allah atau tidak, itu sahaja selain amalan lain yg dilakukan.
Pada Oghe Bacok, toksah sedih sangat. Ust Nasurudin tak pinggirkan demo semata-mata demo UMNO. Bukannya perangai Nasurudin mcm UMNO hak suka sekat budget orang macam US dan sekutunya selalu kenakan sekatan ekonomi pada pihak musuhnya.
DEMO KATA.....
Pahtuh, kelih pulak pendekatan PAs gunakan berbanding pendekatan zalim dan hipokrit hubaya UMNO sejak berzaman dulu dengan bertopeng membela melayu dan Islam. Bila berkecek dengan cina dan India, cakap lain. Bila berdepan dengan melayu, lain pulak.
KAWE KATA....
Pahtuh, kelih pulak pendekatan UMNO gunakan berbanding pendekatan zalim dan hipokrit hubaya PAS sejak berzaman dulu dengan bertopeng membela melayu dan Islam. Bila berkecek dengan cina dan India, cakap lain. Bila berdepan dengan melayu, lain pulak.
DEMO KATA...
Demo banding la sendiri segala macam tohmahan UMNO buat ko PAS....
KAWE KATA...
Demo banding la sendiri segala macam tohmahan PAS buat ko UMNO....
NAK TAMBAH SIKIT LAGI....
Demo ni bekecek serupo tak orghe tak kaba... masa kalah pun demo salah ko UMNO, masa menang pun demo ko UMNO. Bijak sungguh buah mulut demo... orghe belako yg tak betul!
So lagi... demo bui peringatan tu molek la... tapi demo serupo tak kaba bahawa ghapo yg demo kata tu jugok kena atas batu kepalo PAS, malahan andainya PAS melakukan perkara yg demo kata UMNO buat tak betul tu... bangkali puok PAS boleh dosa dua kali ganda berbanding UMNO, mugo demo kei orghe alim ulama. Kalu demo beraso orghe PAS tak buat perkara2 lagu tu... sah demo buke orghe malahan lebih teruk dari 'orang utan'
Orghe PAS ni... bila menang dia kata dia menang kerana itulah kehendak Allah, kerana doa orghe yg memperjuangkan islam makbul, kerana itu kerana begini.....
tapi.... kalau dia menang.... dia kata orghe lain tipu, ada pengundi hantu, SPR tak telus.... kerana itu kerana begini..... hinggakan dia lupa bahawa bila dia kalah juga adalah kerana kehendak Allah dan doa orghe lain juga dimakbulkan.
Hj. Hadi hari ni menang semula.... tak de dengar dah la ayat pengundi hantu...
cuma yg paling lucu ialah apabila Mat Sabu kalah sedangkan semua calon DUNnya PAS menang.... Kalau selepas ini Mat Sabu tak faham2 lagi tak tau laaa!
Orghe PAS ni... bila MENANG dia kata dia menang kerana itulah kehendak Allah, kerana doa orghe yg memperjuangkan islam makbul, kerana itu kerana begini.....
tapi.... kalau dia KALAH.... dia akan kata orghe lain tipu, ada pengundi hantu, SPR tak telus.... kerana itu kerana begini..... hinggakan dia lupa bahawa bila dia kalah juga adalah kerana kehendak Allah dan doa orghe lain juga dimakbulkan.
Hj. Hadi hari ni menang semula.... tak de dengar dah la ayat pengundi hantu...
cuma yg paling lucu ialah apabila Mat Sabu kalah sedangkan semua calon DUNnya PAS menang.... Kalau selepas ini Mat Sabu tak faham2 lagi tak tau laaa!
Ambo nak cerito sikit....
Puak2 BN ni tabur duit mmg banyak utk bawa balik anak2 perantau, sampai buka khemah 15 butir kat Bukit Jalil nak bui pitih saguhati buat bubuh minyak utk bawa balik anak2 perantau hak sedia bas pun ado....
kalu hak gi tu pengundi berdaftar boleh la RM200 sorang.....
tp hak x sedap nyo kata kaunter tu kata buka dari jam 8am - 9pm.
kawe gi pulul 5 kaunter tu tutup doh kecuali kaunter tanah merah dan kota bharu jah masih buka....
bakali puak2 hak jaga amanah nak bui pitih tu telah pecah amanah pitih nya gomol ko dio....
sebab itulah ambo ngan ore hak x puashati sepakat nak balik jugak tp x sir pakah BN....
Ahli UMNO.
SPR memang tidak telus, kalau telus sudah pasti Terengganu, Pahang, Perlis juga pasti dalam tangan BA. Silap2 Najib, Pak Lah dan Khairy juga tumbang.
Kenapa BA Menang Kalau SPR tidak Telus? Kerana JENTERA kami berjaya mengatasi penipuan2 SPR.
Satu lagi saya nak beritahu orang UMNO kalau demo belum tahu. Lim Kit Siang tidak boleh jadi PM sebab perlembagaan tidak membenarkan. Jadi jangan lah cipta "hantu" untuk menakutkan orang Melayu. Sebenarnya yang menjahanamkan orang Melayu bukan Cina dan Bukan Hindu tetapi UMNO. Berapa banyak UMNO jual balak kepada Cina. UMNO rampas royalti Minyak Melayu Terengganu dan diserah kepada Cina Patrick Lim @ Badawi. UMNO lah yang menangkap orang2 Melayu dan sumbat dalam ISA. UMNO lah yang ditunggang gerakan di Penang sehinggakan menyerah Penang kepada Cina sedangkan UMNO paling banyak kerusi di Penang (dulu).
Ketua2 Hakim Malaysia di beli oleh Hindu zaman UMNO. Menteri UMNO Adnan Mansor menggunakan Hindu Lingam dan Vincent Tan untuk membeli Ketua2 Hakim. ADAKAH ANDA MASIH PERCAYA UMNO MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU?? jangan jadi bodoh untuk mempercayai itu. Sedarlah bukan PAS yang Jumud dan Jahil tetapi anda dalam UMNOlah yang sebenarnya tidak sedar ditipu hidup2 oleh Pemimpin2 UMNO.
Walaupun diserang dari segenap penjuru sehinggakan semua media elektronik dari TV1 sampai TV9 campur Astro. Semua channel RADIO. Apa yang buruk semuanya pembangkang, yang baik semua BN. Tidak diberi ruang langsung untuk menjawab. Surat Khabar pun sama. Nasib baik Surat Khabar Abg Meli tidak (kalau tidak tak ada orang nak beli). Yang Jahat Anwar Ibrahim, Yang baik Najib. Yang Warak Pak Lah, Yang Jahil TG Nik Aziz. Padahal siapa yang guna harta kerajaan untuk berkempen? Kapal Terbang, Helikopter, RTM, sehinggakan ada yang guna jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkempen untuk BN. Lebih malang lagi ada yang sanggup menggadaikan Negara dengan mencetak IC palsu untuk orang siam, burma dan indon. Apakah Perangai UMNO macam ni lebih baik berbanding DAP? BODOH kalau anda percaya sedemikian.
Saya pun simpati dengan nasib BN. Kesiannn. Tapi itulah pengajarannya kepada orang yang mempermainkan ke intelektualan rakyat. Orang yang angkuh dan sombong. Balasan kepada orang yang lebih dengar cakap menantu dari rakyat. Balasan kepada orang yang mencipta Agama ISLAM Hadhari yang sesat dan menyesatkan. Lihat orang yang berpegang kepada ISLAM yang sebenar bukan sahaja Menang Besar di Kelantan malah dapat perintah Kedah dan Perak juga.
Kalau orang UMNO tak insaf lagi tak tahulah apa nak kata. Apa2 pun yang dapat saya kata kepada Abg Meli dan Wak Hamad... orang2 Kelantan tidaklah jahil dan jumud seperti yang anda katakan. mereka tahu memilih antara MB yang hisap curut RM500 sebatang dengan MB yang bertaraf ulamak. Rakyat Kelantan juga tahu antara ISLAM dan ISLAM HADHARI yang mana ugama wahyu. Orang Kelantan tahu memilih hiburan antara SOLAT dan PERKAMPUNGAN HADHARI. Orang KELANTAN tahu siapa yang dapat menguruskan Hasil Minyak yang bakal dinikmati dengan baik. Cuma adalah seorang dua opportunis yang bila nampak PAS macam nak kalah dia sokong UMNO, lepas PAS menang besar dia kata berjaya diapunya reverse psikologi. Itu biasalah manusia cicak mengkarung ada di mana2.
Apa2 pun TAHNIAH RAKYAT KELATE khas nya. Dan kami di KL dan SELANGOR juga sudah terlepas dari cengkaman2 penyangak.
ALLAHU AKBAR
FADZLI
Baru menang sehari sudah kecek banyak...ambo kenan juga pas menang.. ini menunjukkan kekuasaan Alah..Allah nak uji boleh kah dema buat negara kebajikan hak serupa demo dok laung selama kening...pah ni minyak turun rega..barang turun rega nak tengok yuran sek maahad kena bayar lagi ka dak...ore warga emas ada elaun...nak tengok supermarket berapa butir hak naik lagi...bangunan pas nama pulak nak buatnya...
Satu lagi saya nak beritahu orang UMNO kalau demo belum tahu. Lim Kit Siang tidak boleh jadi PM sebab perlembagaan tidak membenarkan.
-Tolong fadzli terangkan lebih lanjut perenggan di atas...tak jelas.
Kalau orang UMNO tak insaf lagi tak tahulah apa nak kata. Apa2 pun yang dapat saya kata kepada Abg Meli dan Wak Hamad... orang2 Kelantan tidaklah jahil dan jumud seperti yang anda katakan. mereka tahu memilih antara MB yang hisap curut RM500 sebatang dengan MB yang bertaraf ulamak.
-Bakpa dok deki dengan awang adek nak hisap cerutnya...padelah dengan gaji dia dia nak hisap cerut rm500 pun...awang adek bui tuisyen bahasa inggeris percuma ka budak-budak sek di bachok ni 10 ribu sebulan..jasa hak lain mace tambak pantai..halang hakisan hak dengan rakyat taksah kiralah... Ambo rasa dah mugo lani kita boleh tok wakil hak tak hisap cerut...bakali banyok lagi boleh bui ka rakyat.
Post a Comment