Kebetulan bekas pengarang Mingguan Wasilah dibawah urusterbit Hasrat Tinta Sdn Bhd, Haji Nasir Hassan pun ada datang ke pejabat dan bila saya maklumkan tentang perkara yang sama, beliau pun kata itulah cerita yang didengar dan itulah juga sangkaannya.
Saya tidak pernah kenal, apatah lagi berjumpa mata atau berbual dengan Datuk Hishamuddin, lebih-lebih lagi berbincang untuk urusan penjualan Mingguan Wasilah dengannya. Yang pernah menyatakan hasrat mahukan permit (itu pun melalui orang tengah) adalah Ustaz Azizan Razak (kini MB Kedah), tapi tak menjadi kerana orang tengah tuntut bayaran berkali ganda lebih tinggi dari yang saya tuntut. Kes ambil kesempatan di kalangan orang Pas bukan seperkara yang luar biasa sebenarnya. Bila masuk kes pitih...kopiah sanggup dikilas. Saya ada pengalaman dalam hal-hal begini dengan puak ni.
Lagi pun mana mungkin permit Mingguan Wasilah dijual kerana permit tidak boleh dijual-beli. Kalau dijual syarikat (Meli Mediaplus) selaku syarikat penerbit itu agaknya dibolehkan oleh peraturan. Di bawah Meli Mediaplus bukan setakat ada Mingguan Wasilah tetapi ada permit majalah ANEKA PERISTIWA dan majalah GELETEK.
Bekas big boss saya, Dato' Tengku Adenan Tengku Mansor pernah mengambil alih syarikat penerbitan akhbar Harian Watan pada nilai RM5 juta dengan membeli syarikat penerbitnya yakni Kumpulan Akhbar Watan (KJ) Sdn Bhd.
Ertinya kalau ada yang sanggup beli Meli Mediaplus dengan harga RM15 juta ke atas, sama ada Datuk Hishamuddin ke atau sesiapa sahaja yang berminat, saya boleh pertimbangkan. Dengan itu saya akan dapatkan permit yang lebih banyak lagi dan lebih ramai yang akan dapat tumpang cari makan.
Kalau kurang daripada RM15 juta dan bayarannya pula bukan dalam bentuk paid and carry, lebih baik lupakan sahaja hasrat nak beli Mingguan Wasilah. Ertinya cerita tentang saya dah jual Mingguan Wasilah adalah cerita YANG SANGAT KARUT lagi MARUK.
Sebelum undurkan diri, saya ambil kesempatan memberi respon terhadap komen-komen yang dihantar. Komen-komen itu adalah;
4 comments:
1. wak hamad said...
NAK DENGAR KOMEN WAK HAMAD, KENAPA GITULALU ORE DEMO LONI........Assalamualaikum kepada semua penyilau kelih blogabg meli.Wak pun agak sibuk la ni maka dengan kesempatan yang ada suka lah wak mencoret sepatah dua kalau sudi dibaca.Ada org nak dengar komen wak pasal babi. Sebelum tu wak nak royak wak dah dengar ucapan puak-puak PR di stadium melawati selangor, di dataran stadium kota bharu dan di masjid rusila bagi meraikan kemenangan pakatan rakyat.Kesimpulannya wak yakin lepas PRU ke 13 tinggal pulau pinang buleh ke Pakatan Rakyat , hak lain kelik semula kepada BN.Walaupun berkudis atau berkurap BN, rakyat akan pilih balik BN kerana PR ni napoknya jenis tak berapa kabar. Contohnya di Selangor tulah..Banyak lagi kerja patut buat nya gi ddulu lagi umum pasal gok babi.Kita kena faham bahawa kemenangan PR bukan kemenangan Islam...tak dak kena mengena sikit abuk dengan Islam. Ia adalah kemenangan puak-puak nak cari makan serupa BN jugak.Kalau nak tahu apa beza banyaklah wak kena tulis tapi hak mudahnyaacu fikir berapa ramai org masuk Islam kes pas memerintah kelantan dan selepas PR menang di selangor,kedah, perak, pulau pinang dan teganu(1999-2004).Zaman nabi dulu semakin nabi berjuang semakin ramai org akui Allah Tuhan Dia, Nabi Muhammad Rasulullah- masuk Islam la tu. Puak PR ni makin kuat berjuang makin kaya raya wakil rakyat.Di Kelantan dari dulu janji nak buat Hisbah siasat harta wakil rakyat tak buat sapa ke la ni. Di negeri lainpun ccaya la ka wak tak nbuat juggak.. Bbual jah nak umum harta EXCO ka rakyat. kalau umum tobat lillah ramai hak undur tak ser sokongPR sbb pemimpin kaya raya bedoah lalu, tapi penyokong di bawah sesak dansusah seperti anak bini tahanan ISA. Tak da sapa dduli kalu susah kes main parti..kalu kaya baru ada rega.Sebabnya Pas bukan parti hak tiru cara hidup nabi Muhammad...perasan jah kalu ngaku ikut nabi . Dengan penyokong tadah tempurung mitak derma tapi pemimpin ramai hak kaya raya dan bertaraf jutawan...Islam hak tok cik atau che wa dia ajar la lau tu.Pusing kok mana pun kita jangan terkejut jika lepas ni ada cadangan nak perhimpun satu tempat kilang arak, pusat minum arak, pusat judi, pusat melacur, pusat rumah urut, pusat lesbian, pusat gay dan apa-apa lagi kerana kemenangan PR adalah kemenangan PR bukan kemenangan agama Islam.Sekian,jumpa lagi....InshaAllah
MKJ RESPON: Waalaikumusallam! Saya setuju dengan Wak...kemenangan PR bukan kemenangan agama Islam. Tidak ada apa yang agama Islam boleh banggakan dengan kemenangan PR. Walaupun babi makhluk ciptaan Allah tetapi ianya haram dimakan, malah bersentuhan dengan haiwan itu pun kena samak.
Dalam keadaan rakyat jelata mahu tengok sebanyak mana kelab-kelab malam, pusat-pusat hiburan, pusat-pusat perjudian akan bertukar menjadi masjid, surau atau madrasah, dalam rakyat jelata duk tunggu seramai mana para pelacur akan bertukar menjadi ustazah, kaki judi dan kaki botol bertukar jadi siak dengan kemenangan PR, tumpuan diberikan kepada pemeliharaan babi.
Saya akan terperanjat bila sudah ada gurauan untuk menjawab pertanyaan anda nak ke mana? Jawapan yang diberikan adalah ke NEGERI BABI yang merujuk kepada Selangor. Saya juga terkejut bila ada yang menjawab pertanyaan datang dari mana kepada satu rombongan yang melawat Kelantan dan minum di sebuah warong mamak. Ada yang jawab mereka datang dari NEGERI BABI, juga merujuk kepada Selangor.
Walaupun saya hanya dengar dan tidak masuk campur dalam perbualan-perbualan berkenaan, saya nampak bahawa kalau diibarat berbekwoh menikah anak, sabut belum lagi kering lagi dah berlaku balah yang boleh bawa kepada perceraian.
Tentulah MB Selangor dan exco Melayu kini mula sedar bahawa menjadi sebuah kerajaan jauh lebih payah dari menjadi pembangkang. Kalau tak layan tuntutanprojek raksasa ternakan babi, nanti akan kehilangan sokongan, lagi majoriti exco pula bukannya dari kalangan mereka yang anggap babi tu menatang haram.
Kalau dipenuhkan tuntutan yang pastinya akan menjadi antara sumber pendapatan negeri, rakyat yang tidak yakin babi yang memang haiwan spesis pengotor dan disebutkan dalam al-Quran haram dimakan dagingnya boleh mendatangkan lebih banyak faedah dari padah.
Setiap benda yang Allah haramkan rata-rata banyak mendatangkan padah dari faedah kepada manusia. Kalau Kerajaan PR Selangor nampak projek raksasa ternakan babi boleh mendatangkan faedah, maknanya secara tidak langsung ianya cuba untuk menjadi lebih bijak dari Allah.
Empat atau lima tahun untuk nantinya dihakimi oleh para pengundi bukan satu jangka masa yang panjang. Saya yakin BABI akan membawa padah kepada Kerajaan PR Selangor yang mula tidak mengembirakan kalangan rakyat jelata yang sedia tahu bahawa babi adalah menatang haram yang secara jelas disebut dalam Quran.
April 10, 2008 7:23 AM
2. fadly ramly said...
http://www.geocities.com/freedom_malaysia/amanathadi.htmlAmanat Haji HadiThe truth about PAS and the amanat (in Malay).--------------------------------------------------------------------------------PENGENALANAmanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 20 TAHUN BERLALU?Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENGMengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADISelepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITIHukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah "Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh" yang diberikan makna "Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak". Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai "Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: "Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara". Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin" ataupun pakai hukum "Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua". Rela berpura-pura dengan hukum Allah.Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATASelain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS". Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?PENUTUPPenyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.
MKJ RESPON: Dengan sesama manusia bolehlah kelentong, boleh berdalih dan boleh untuk tidak mengaku ditujukan kepada sesiapa. Macam mana pun Allah tahu apa yang terselit di hati manusia.
Kewajipan anda ialah menulis mengenainya dengan niat supaya orang ramai sedar dan tidak terus hanyut dengan Amanat Haji Hadi. Tuntutan fardhu kifayah untuk anda dah selesai. Terpulanglah kepada nasib orang ramai sama ada lebih percayakan Haji Hadi atau Ahli Jawatankuasa fatwa Kebangsaan.
Kalau mereka terpedaya kerana tidak tahu dan kerana kejahilan mereka, barangkali Allah boleh ampunkan tetapi bagi yang tahu bahawa Amanat haji Hadi songsang tetapi tetap disokong, dipertahankan dan tidak ditolak atas nama kepentingan politik....eloklah dirujuk al-Quran dan Hadis dari kelas mana manusia jenis ini.
April 10, 2008 9:49 PM3. fadly ramly said...
Nak cakap sikit pasal projek khinzir raksaksaProjek Khinzir Raksasa (PKR) yang dilaksanakan oleh gabungan kerajaan pakatan tiga parti di Selangor bolehlah disifatkan sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat oleh kerajaan yang ada kini, di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat.“Hadiah’ ini pula sebenarnya bukan diberi khas dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebaliknya ia adalah pemberian dalam keadaan yang terpaksa.Saya difahamkan, Menteri Besar dan PKR tiada pilihan lain terhadap cadangan yang dibawa oleh Teresa Kok, seorang ahli mesyuarat kerajaan negeri yang baru, MB terpaksa aqkur dengan kehendak DAP kerana parti itu ada meletakkan syarat.Syaratnya ialah, jika projek PKR ini ditolak, maka DAP tidak keberatan untuk menarik diri daripada kerajaan campuran. Jika ini berlaku, maka Parti Keadilan Rakyat akan terancam. Mereka akan kehilangan 18 kerusi yang kini diwakili DAP. DAP pula sudah mengetahui dan yakin bahawa PKR pasti tidak bersedia kehilangan kawan.Jika benarlah apa yang saya dengar iaitu DAP lebih berkuasa daripada MB, maka tunggulah masanya rakyat Selangor pasti akan mendapat lebih banyak hadiah lagi.Wakil-wakil PAS kenapa senyap sahaja?
MKJ RESPON: Tiga exco Pas pun khabarnya turut sokong sama. Inilah yang dikatakan menang sorak kampung tergadai. Di Kelantan pula untuk pengetahuan anda...ada pasararaya jual ayam tak sembelih. Harganya murah....RM5 sahaja seekor.
Orang ramai berebut-rebut pakat beli. Entah dah berapa tan taik dah diberak kerana makan ayam tak sembelih....baru disedari rupanya ayam murah yang dijual mampus tak sembelih.
Walaupun ayam haiwan yang halal dimakan tetapi kalau ianya tidak disembelih atau cara penyembelihannya tidak betul...ia tetap haram dimakan.
Kenapa pasaraya berani buat kerja macam tu dan ianya tidak pula disita? Pasararaya berani kerana pihak berkuasa tidak boleh buat apa-apa. Ada kuasa yang lebih karma melindungi pasararaya dan menjadikan taring penguatkuasa tumpul gelebek macam mucung babi.
Pasararaya yang melakukan kerja terkutuk itu adalah pasaraya yang dimegahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan saudara mara dengan Kerajaan Selangor yang rasa cukup hebat dengan projek raksasa ternakan babi.
April 10, 2008 9:51 PM
4. fadly ramly said...
Bagaimana Anwar akan jadi PM?Laman web pembangkang kelihatan begitu teruja dengan ramalan Dato' Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang diwar-warkan lebih kurang 6 bulan dari tarikh 8 Mac 2008.Adakah laporan akhbar The Jerusalem Post yang mana artikel bertajuk "Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister" yang telah disiarkan pada 20 Mac 2008 yang menjadi rujukan mereka?Ini adalah satu spekulasi yang tidak boleh diterima sama sekali kerana jika Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecik sekalipun pada Mei ini, adakah satu kepastian 100% bahawa dia akan menang?Sudah banyak kali terbukti pembangkang tidak akan menang di mana-mana pilihanraya kecik yang telah dibuktikan berkali-kali sebelum ini.Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan Anwar Ibrahim menang di kawasan yang akan ditandinginya kelak malah akan bertungkus-lumus menghantar jentera untuk memastikan kemenangan di pilihanraya kecil itu akan berpihak pada BN.Dakyah Pas bahawa keputusan PRU 2008 memberi isyarat politik segmentasi dan perkauman ditolak oleh rakyat juga satu dakyah tidak berasaskan kepada realiti.Bagaimana pula dengan isu perkauman yang dimainkan oleh DAP di mana mereka mengatakan undi MCA sama seperti undi UMNO?Apakah itu bukan satu kenyataan yang bersifat perkauman untuk menimbulkan kebencian kepada MCA di kalangan orang Cina di Malaysia?Satu lagi persoalan ialah walaupun ditakdirkan Anwar memenangi pilihanraya kecil , bagaimana cara beliau akan menjadi Perdana Menteri kerana pembangkang masih belum cukup kerusi untuk menerajui kerajaan Malaysia?Adakah dengan cara membeli ahli Parlimen Barisan Nasional seperti yang telah diwar-warkan oleh banyak pihak?Jika itu benar, maknanya ianya bukan atas dasar demokrasi tetapi kerana politik wang yang mana beliau pernah dipenjarakan di atas sebab yang sama sebelum ini.
MKJ RESPON: Kalau ahli-ahli parlimen BN sanggup dibeli, nilai dan standard mereka sama seperti ayam mampus tak disembelih dan sama seperti projek raksana ternakkan babi di mata majoriti rakyat negara ini.
Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri sama seperti kedudukan Presiden Afghanistan, Iraq dan Palestin nak buat apa. Siapa jadi PM tak apa asalkan ada kuasa dan bukan jadi lembu yang dicucuk hidung.
Saya yakin Pak Lah sebagai PM tidak mudah digugat. Gagal menang 2/3 dalam keadaan dikhianati oleh bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed dan pelbagai pihak dalam parti sendiri bukan bermakna kerajaan pimpinannya lemah. Memerintah dengan 1/3 adalah lumarh bagi negara-negara pengamal demokrasi di dunia, jarang yang bentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 macam di Malaysia.
Dulu ada yang kata Pak Lah gembala babi...beliau tak sanggah pun. Sekarang ni sapa yang main dengan babi dan akan masuk gok babi untuk upacara perasmian tapak ternakan haiwan kaki pendek mucung gelebek tu. Jangan nanti belakang rumah orang Melayu sekitar projek raksasa babi akan kandang babi kerana pulangan ternakan babi sangat lumayan walaupun pentenakkan dilakukan secara kecil-kecilan.
JUMPA LAGI NANTI KALAU ADA KESEMPATAN!
April 10, 2008 9:52 PM
Post a Comment
15 comments:
Rencana dari MSO
Menurut Ustaz Ibrahim Azmi, bekas ahli Parlimen Hulu Nerus Terengganu dan bekas ahli pemikiran Jabatan Penerangan Khas Umno (Jack) (sudah dimansuhkan), kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan seperti najis anjing.
Menurutnya najis babi, sekadar dibersih dan disabunkan sudah kira selesai.
Begitukah caranya abe Li? Betulkah tak payah di samak?
Pemimpin Pas dicabar menyatakan pendirian mereka berhubung ideologi asas parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang kini ditentang hebat oleh kepimpinan DAP.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata sikap tenggelam timbul pemimpin parti berkenaan berhubung isu berkenaan menimbulkan seribu satu persoalan.
Soal beliau adakah kepimpinan Pas hari ini cuba berdolak dalih atau sebaliknya semata-mata untuk menyembunyikan pekara yang sebenarnya dalam usaha menjaga hubungan dengan rakan di dalam parti pembangkang yang ditubuhkan baru-baru ini.
"Kita cukup hairan ke manakah hilangya taring kepimimpinan Pas yang sebelum ini cukup lantang melaung-laugkan perkara ini.
"Apakah ada udang di sebalik batu atau mereka sedang memikirkan jalan untuk memastikan pengikut mereka terus setia bersama parti.
"Jika inilah senarionya, amat malanglah kepada pengikut parti pembangkang terbabit yang dipermain-mainkan oleh pemimpin mereka", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Isu penubuhan Negara Islam yang menjadi asas perjuangan parti itu mula ditimbulkan oleh Karpal Singh setelah Pas, DAP dan PKR duduk bersama di dalam Pakatan Rakyat.
Malah Karpal lantang bertanya Pas apa lagi isu yang lebih besar daripada Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia sebagai menjawab gesaan pemimpin Pas untuk beliau menutup mulut.
Jelas Karpal negara Islam menjadi isu awam yang paling penting kerana Malaysia kini sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan jaminan perlembagaan semua agama boleh diamalkan secara aman dan harmoni.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusya berkata Pas perlu bermuhasabah dengan sebaik-baiknya untuk menilai kembali perjuangan mereka yang kini terpesong jauh.
"Bukanlah niat saya untuk mencampuri hal ehwal dalam parti pembangkang terbabit, cuma mahukan sedikit penjelasan untuk memastikan rakyat tidak terkeliru", ujarnya.
Dalam pada itu beliau yang mewakili Pemuda UMNO mendoakan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diserang angin ahmar pagi tadi segera sembuh.
Ini kerana katanya rakyat memerlukan wakil rakyat yang sihat untuk memastikan segala tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
"Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendoakan agar Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang dan ADUN di DUN Rhu Rendang sembuh seperti sediakala", katanya.
dulu kata orang UMNO kafir kerana bersekongkol dgn MIC MCA, dikatakan kafir tapi bila PAS bersekongkol dgn DAP,PKR nak cakap apa lak..... tulah allah dah balik kan apa yang selama ini kata org UMNO kafir sekarang terkena batang hidung sendiri....dimana pegangan PAS selama ini...dulu saya menghormati perjuangan PAS kerena membawa Parti tu pada perjuangan islam sekarang bukan perjuangan ISLAM. Parti PAS sekarang memperjuang hak orang bukan ISLAM tulah dia PAS sekarang
Dalam Malaysia todi today, iaitu sebuah laman gosip siber yang melalaikan rakyat Malaysia, terutama golongan apek, aya dan kulop, terdapat usaha tersembunyi untuk mengapi-apikan rakyat agar merobohkan kota Melaka.
Mereka ini mendapat tajaan dari syarikat maya dan diketuai oleh RPK. Sekarang ini mereka tengah mengasah parang dan memalu belakang Anwar. Tujuannya supaya Anwar menjadi ghairah. Ia adalah satu bentuk perang psikologi maya dalam perancangan dan akan dilancarkan pada bila-bila masa. Musuh mereka dari dulu, kini dan selamanya adalah anak generasi siber yang menentang sikap hipokrasi siber.
Walaupun berita ini belum keluar dari mulut malaysia todi today tetapi pada ramalan saya RPK tiada pilihan lain selain melancarkan juga propaganda yang telah lebih sepuluh tahun tertangguh.
Satu Malaysia tahu yang RPK adalah pakar ramalan tipu. Sebabnya begini. Dia suka buat ramalan supaya kalau dalam seratus ramalan yang dia buat, dan walaupun hanya ada satu yang betul maka itu sudah cukup untuk dia menunjukkan pada Anwar \"look honey, I told you already my predictions are always right\". Tersengih-sengaihlah si Anwar mendengarnya diikuti dengan puji-pujian \"wau.. baguslah beb\". Iaitu merujuk pada RPK.
Kadang -kadang saya tidak faham kenapa ada ramai orang sanggup ditipu hidup-hidup seperti dalam ramalan RPK. Tidakkah mereka yang kena tipu itu sedar bahawa manusia hanya boleh meramalkan dan kalau ia benar berlaku maka itu hanyalah satu kebetulan. Maksud saya begini. Kalaulah RPK manusia biasa itu mahu meramalkan malam nanti hujan akan turun maka kalau benar hujan turun, itu masih kerana ada unsur kebetulan dan bukan kerana RPK pandai jadi juru tilik. Apa punya bodohlah semua yang pandai-pandai itu yang jadi mangsa.
Yang hairannya ialah kenapa ramai orang Malaysia yang mempunyai kepandaian dan IQ tinggi dalam semua bidang, pangkat tinggi-tinggi tetapi bab ramalan ini juga yang menjadi salah satu cara untuk mereka menambahkan kepandaian, naik pangkat dan tambah kekayaan. Bolehkah? Tak tahulah di mana kewajarannya.
Tidak dinafikan tenung nasib ada disebutkan dalam al-Quran dan semestinya ada kepentingannya bagi manusia di situ. Sama ada ia satu bentuk manipulasi, penipuan atau apa saja kita tidak berapa pasti. Apa yang pasti itu menjadi hobi dan hak beliau untuk menggunakan kaedah tersebut sebagai sumber rezeki. Ironinya, ramalan RPK tentang Anwar selama ini banyak yang meleset, baik ketika Anwar masih dalam UMNO atau telah merantau di luar sana. Namun siapek, aya dan kulop masih taksub dengan perkara yang di luar kemampuan manusia menentukannya (menilik nasib baik dan buruk seseorang). Mungkin mereka \"over dose\" agaknya.
Kepada RPK, tiada apa untungnya untuk anda melaga-lagakan rakyat Malaysia yang telah hidup aman damai sejak sekin lama. Kalaulah negara ini bocor sana, koyak sini yang rugi adalah engkau dan anak pinak engkau juga. Mana kau nak berniaga kau punya minuman malaysia todi today? Kat USA pasti tak laku kerana Mat Salleh sekarang tak pakai juru tilik tetapi mereka guna super computer. Sebab itu mereka selalu betul.
Kesimpulanya, apabila RPK dipengaruhi oleh aroma anggur peram, dia akan mula manderam dan puji Anwar beratus-ratus kali dalam satu bulatan. Maklumat itu didapatkan menerusi bekas tali barut Anwar. maka dalam keadaan sedemikian itu, bermulalah sesi melabelkan orang itu dan ini semua tak bagus. Mereka saja yang boleh membicarakan sesuatu isu secara bernas semasa dibawah pengaruh aroma. Orang lain semua salah. Macamlah semua apa yang ada kat Malaysia ini dia dan orang yang mengaku pandai berpolitik itu yang buat. Setakat menulis memang handal tetapi bab lain kosong.
RPK dan orang yang sewaktu dengannya ini tiada kerja lain selain jadi pencuci kaki orang Melayu. dan hanya layak menjadi pencuci mulut syaitan dan Iblis siber.
Rasa sakit dalam hati beliau sukar nak sembuh walaupun telah banyak cara dilakukannya.
Bayangkan betapa sakitnya hati beliau apabila melihat semua bangsa dapat hidup aman damai.
Tidak dinafikan, RPK ada banyak otak tetapi dia tidak gunakan otaknya ke jalan yang membina. Dia ada pengalaman sepuluh tahun dipenjara dalam ruang gosip siber tetapi dia tidak gunakan pengalaman tersebut untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada dibelenggu oleh Iblis siber.
Orang Malaysia semua kaum telah lama hidup dalam aman dan pergeseran kecil-kecilan adalah asam garam kehidupan. Terpulanglah kepada rakyat untuk membezakan antara kebenaran, manipulasi fakta, gosip, dan kempen murahan. Tepuk dada, tanyalah hati masing-masing. Hidup Malaysia!
PAS sekutu DAP...
DAP: Apa lagi selain negara Islam?
Apr 9, 08 4:43pm
Apa lagi isu yang lebih besar daripada hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia? - pengerusi DAP Karpal Singh menjawab gesaan agar beliau "menutup mulut" daripada mengulas isu tersebut.
Menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak, hari ini dilaporkan berkata "saya harap dia (Karpal) jangan bercakap lagi mengenai hal ini jika dia belum benar-benar faham apa itu hukum hudud."
Menjawab tempelakan itu, Karpal berkata negara Islam menjadi isu
awam yang paling penting kerana Malaysia kini sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan jaminan perlembagaan semua agama boleh diamalkan secara aman dan harmoni.
"Isu ini tidak boleh, dan tidak wajar, disapu bawah permaidani," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.
"Jika usaha PAS menukar Malaysia menjadi negara Islam menjadi kenyataan, ia bermakna undang-undang hudud akan dikenakan terhadap bukan Islam."
Kenyataan Karpal ini, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, siri terbaru dalam perang mulut antara DAP dengan PAS susulan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat pada 1 April.
Azizan menggesanya tidak meneruskan isu itu selepas Karpal menjawab kenyataan menteri besar Kelantan, yang juga mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz pada Ahad.
Berikut rentetan 'perang mulut' dua parti pembangkang itu:
1 April: Tiga pemimpin utama pembangkang mengumumkan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat. Pengumuman itu disertai penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.
2 April: Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub dilaporkan berkata "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."
3 April: Kenyataan ini disokong Pemuda PAS Kelantan.
4 April: Merujuk kenyataan Ahmad dan setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir, Kit Siang berkata PAS belum mengambil iktibar krisis dalam Barisan Alternatif sehingga mendorong DAP meninggalkan pakatan tersebut pada 2001
5 April: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Abdul Hadi bertanggungjawab atas kenyataan Ahmad.
Karpal dilaporkan berkata: "Bagaimana mungkin PAS menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR."
6 April: Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Karpal memperkecil-kecilkan usaha PAS mempromosikan pentadbiran Islam di negeri itu.
Kenyataan Ahmad, setakat ini, menerima dukungan Pemuda PAS, sekurang-kurangnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
7 April: Karpal menafikan tuduhan Nik Abdul Aziz. Karpal berkata: "Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam.
"Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud."
Ahmad - yang dilaporkan memulakan kenyataan kontroversi itu minggu lalu - berkata beliau tidak bermaksud memaksa DAP dan PKR menerima PAS sebagai teras utama Pakatan dan menyalahkan media atas kekeliruan yang berlarutan.
Datuk Husam Musa, naib presiden PAS dan exco Kelantan, memberi jaminan negara Islam hanya menjadi idealisme parti itu dan tidak terdapat dalam agenda Pakatan Rakyat.
8 April: Pemuda PAS Kedah meminta Karpal tidak membesar-besarkan isu tersebut, sementara menteri besarnya Azizan Abdul Razak menggesa pengerusi DAP tidak bercakap sesuatu isu yang tidak difahaminya, termasuk isu hudud.
http://www.malaysiakini.com/news/81130
sapa perBODOH sapa?
Erti Sebuah Persahabatan..
Bersahabat bukan hanya dibibir
Ia memerlukan keikhlasan
Ia tidak perlu ada wasangka
dan tidak perlu juga curiga
Apa ertinya sebuah persahabatan
Andai dalam diri kita tertanam iri hati
Terbungkus rapi syak
Kerana semua itu mampu menguntumkan kebencian.
Andai masih ada lagi sisa kasih sayang...
Marilah kita sama-sama melontarnya jauh ke laut azam
Biar pantainya bertukar pertama
dan lautnya bertukar mutiara.
Sesukar manapun hidup kita
Sepedih mana sekalipun keputusan teman
Jangan dihukum dengan nesta
Jangan dibunuh dengan cerca
Kerana,
Kita manusia yang punyai kelemahan sendiri
Juga gagal mentafsir naluri teman
Tidak mampu menterjemahkan puisi rakan
Apatah lagi untuk menjala mimpi.
Oleh itu,
Ampunlah yang bernama seorang teman
Hormatilah tindakan dan pendiriannya
Kerana tidak rugi untuk mendayungkan keyakinan
Kerana pasti akan membuahkan kelegaan.
Tunduk sujud pada ketaksuban
Orang Melayu ada sifat sentimental dan taat. Lihat pada Tuah yang terkenal dengan ketaatannya walaupun pada kita adakalanya nampak tidak bertempat.
Generasi Tuah masih ada. Kini mereka tumpahkan taat setia tidak berbelah bagi kepada UMNO, PAS, PKR. Mereka tak tahu erti membantah dan dalam kamus mereka tak ada definisi taksub.
Apa yang mereka patuhkan lebih bersifat tradisi dan tiada kaitan dengan apa yang ada dalam pemikiran mereka.
Cuma, UMNO semenjak dua menjak ini nampak sudah berpisah daripada tradisi tersebut di mana kepatuhan secara membabi buta sudah dikesampingkan sedikit tetapi dalam PKR dan PAS mereka masih tunduk sujud pada ketaksuban..
Tunduk sujud pada DAP
Orang Melayu ada sifat sentimental dan taat setia tapi sememangnya tidak bertempat.Taat setia sememangnya bagus itu menjamin keutuhan sesebuah parti.Tapi macam mana pulak serangan PAS terhadap UMNO (sesama Islam tu), PAS terlalu kesat kata-katanya sedangkan ia mendakwa sebuah parti yang barlandaskan al-Quran dan Hadis semestinya perlu menjaga kesopanan , tatasusila, bercakap benar,kesabaran,janji-janji mesti ditepati dan pelbagai nilai2 murni serta menegur kesalahan orang dengan cara yang membina dan berhemah.Bukannya sepak teranjang. Di sinilah letaknya cermin diri yang penting untuk di nilai.
Tetapi dalam PKR dan PAS mereka masih tunduk sujud pada ketaksuban..tunduk la pada DAP..mana lebih baik DAP atau UMNO ????
penulis rasakan terkilan bila beberapa pemimpin pas menolak untuk bersatu dengan umno. bukan ke umat islam menyuruh kita berbaik daripada bermusuhan. kenyataan presiden Pas Hj Hadi Awang amat mengecewakan. Bila dia kata"kami tidak akan bersatu dengan umno". Apakah ini di namakan islam. Begitu juga Dato Harun Din, "sesiapa ahli Pas cuba rapat dengan ahli umno, dia akan dikeluarkan daripada parti". Ingat lah sabda rasul:
"Sekiranya kamu mendapati rakan seislam bermusuhan, mintalah mereka berbaik di antara satu sama lain. Dan sekiranya salah satu di antara mereka menolaknya, maka perangilah mereka."
tak mau bersatu pasti kerana ada unsur-unsur keangkuhan, kerana bimbang kuasa politik tergugat. Denngan bukan Islam boleh bekerjasama, dengan sesama Islam enggan bekerjsama. Ambil hukum dari Quran, hadis dan kkitab mana?
Nik Aziz dengan Haji Hadi tentunya ada alasan mereka sendiri untuk boleh berkerjsama dengan DAP tetapi tidak boleh sepakat dengan Umno
Dalam banyak pihak membahas kewajaran pelaksanaan Projek Mega Babi di Sepang, ramai yang terlupa memandang kehadapan untuk berfikir sejenak agenda tersembunyi DAP harbi.
Pernahkah anda terfikir kenapa kerajaan Selangor yang didominasi oleh DAP harbi memilih Sepang sebagai tapak untuk Projek Mega Babi di Selangor?
Untuk pengetahuan semua, berdasarkan bancian bancian penduduk di Sepang bagi tahun 2008:
* Melayu :58.71%
* Cina :23.26%
* India :17.86%
* Lain-lain :0.18%
Berdasar fakta di atas, ternyata Melayu adalah kaum majoriti di Sepang dan adalah tidak wajar project mega babi dijalankan di situ. Ini kerana orang Melayu memang memandang jijik babi serta ianya haram di sisi Islam. Hakikatnya, DAP mempunya agenda tersembunyi apabila cuba mempercepat projek mega babi bernilai RM 100 juta di Sepang.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Sepang adalah antara Daerah yang paling berkembang pesat di Selangor. Sepang adalah merupakan antara satu-satunya dahulunya daerah dalam Selangor yang mempunyai prasarana yang bertaraf antarabangsa iaitu:
* Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
* Sepang FI International Circuit
* Cyberjaya - MSC yang pertama dan terbesar di Malaysia
* Sepang GoldCoast - Projek bertaraf antarabangsa terbaru di Sepang
Jika di lihat prasarana-prasarana bertaraf antarabangsa yang telah terdapat di Sepang, tidak hairanlah dalam tempoh 10-20 tahun akan datang, Sepang mungkin akan menjadi bandar yang maju serta terkenal di serata dunia. Ini menyebabkan harga hartanah di kawasan Sepang akan meningkat berlipat kali ganda.
Kedudukan strategik Sepang bersebelah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia menjadikan salah satu tempat yang menjadi impian ramai pelabur dan pembeli hartanah di kawasan Sepang walaupun kemudahan instrastruktur di Sepang adalah kurang berbanding bandar-bandar lain di Selangor.
Dilaporkan bahawa terdapat lebih 250 berstatus MSC dan 67 buah syarikat bertaraf “multinational” beroperasi di Cyberjaya.
* Nokia (M) Sdn Bhd
* SITA
* SAP Learning Technologies (M) Sdn Bhd
* Siemens Multimedia Sdn Bhd
* Motorola Multimedia Sdn Bhd
* Alcatel Networks MSC Malaysia Sdn Bhd
* Lotus Development Services (M) Sdn Bhd
* Lucent Technologies (M) Sdn Bhd
* Oracle MSC Malaysia Sdn Bhd
* Ericsson Expertise Centre Malaysia Sdn Bhd
* Ericsson Academy Sdn Bhd
* Ericsson Business Consulting Sdn Bhd
* EHPT Sdn Bhd
* Asia Pacific Information Service (DHL)
* Baan Education Asia Pacific
* Shell Information Technology International Sdn Bhd
* British American Tobacco GSD (Kuala Lumpur) Sdn Bhd
* Reach Internet Services(MSC Malaysia) Sdn Bhd
* Rockwell Automation (M) Sdn.Bhd.
* Unisys MSC Malaysia Sdn Bhd
* Alcatel MSC Malaysia Sdn Bhd
* IBM (M) Sdn Bhd
* Computer Associates (M) Sdn Bhd
* Lotus Engineering Malaysia Sdn Bhd
* Biodata Information Technology Malaysia Sdn Bhd
* Scope International (M) Sdn Bhd
* Huawei Technologies Sdn Bhd
* Fortum Sendi Prima Sdn Bhd
* IT-365 Malaysia Sdn Bhd
* Satyam Computer Services Ltd
* SmartTrust Sdn Bhd
* AVEVA Asia Pacific Sdn Bhd
* Schlumberger Technologies (M) Sdn Bhd
* Shell Global Solutions (Malaysia) Sdn Bhd
* HSBC Electronic Data Processing (Malaysia) Sdn Bhd
* WIPRO Limited
* BMW Asia Technology Centre Sdn Bhd
* Prudential Services Asia Sdn Bhd
* Silicon Graphics Sdn Bhd
* Panasonic R&D Centre Sdn Bhd
* ZTE (Malaysia ) Corporation Sdn Bhd
* ExxonMobil Business Support Centre Malaysia Sdn Bhd
* Amway2u.com Sdn Bhd
* e2 Power Sdn. Bhd
* Getronics Technology Sdn Bhd
* Motorola Technology Sdn Bhd (SCO Division)
* Fujitsu (Malaysia) Sdn Bhd
* Bloomberg (M) Sdn Bhd
* Intel Malaysia Design Center (MSC Malaysia) Sdn Bhd
* Reuters (M) Sdn Bhd
* Fujitsu Telecommunication Asia Sdn Bhd
* Pernec Multimedia R&D Center Sdn Bhd
* BT Multimedia Sdn Bhd
* Sun Microsystems (M) Sdn Bhd
* NTT (MSC Malaysia) Sdn Bhd
* EDS MSC Malaysia Sdn Bhd
* Compaq Multimedia Sdn Bhd
* Microsoft Knowledge Capital Center Sdn Bhd
* Comptel Communications Sdn. Bhd.
* Tecnomen (M) Sdn. Bhd.
* Castlewood Systems (M) Sdn Bhd
* Marconi 3G Sdn Bhd
* CISCO MSC Malaysia Division
* Canal+ Technologies Sdn Bhd
* NEC Systems Integration Malaysia Sdn Bhd
* TATA CONSULTANCY SERVICES MALAYSIA SDN BHD
* Petronas eLearning Solutions Sdn Bhd
* Aljjazeera International (Malaysia) Sdn Bhd
Tetapi apa yang menyedihkan ialah lebih 90% daripada pekerja syarikat bertaraf “multinational” ini adalah bukan Melayu. Apabila dipersoalkan kenapa pekerja Melayu tidak sampai 10%, alasan yang biasa diberikan oleh pihak pengurusan bukan Melayu dalam syarikat “multinational” ini ialah kekurangan calon Melayu yang berkelayakan. Hakikat yang sebenarya 50% pekerja bukan Melayu yang bekerja dalam syarikat “multinational” ini tidak berkelayakan tetapi tetap diambil untuk bekerja,
Pemimpin DAP kafir harbi dan penyokong pro DAP ini melihat bahawa kawasan Sepang bakal menjadi sebuah bandaraya terkemuka dengan pelbagai prasarana yang bertaraf antarabangsa. Tetapi, sayang kerana kebanyakan kawasan Sepang dipenuhi oleh kampung-kampung Melayu. Lebih menyakitkan hati mereka, tanah-tanah di Sepang ini pula banyak berstatus “Malay Reserved Land”. Ini bermakna amat sukar bagi mereka menguasai Sepang di masa depan.
Salah satu tujuan utama mereka merancang project mega babi bernilai RM 100 juta di Sepang ialah untuk menghalau keluar orang Melayu dari situ. Walau secanggih bagaimana teknologi yang digunakan untuk ladang babi itu, perkara yang paling asas ialah umat Islam sememangnya jijik dengan lembu pendek berkaki empat itu.
Selepas kejayaan projek mega babi ini, sudah pasti akan wujud industri sampingan berasaskan babi ini di kawasan tersebut. Industri ini termasuklah :
1. Industri Gelatin babi
2. Industri Minyak berasaskan babi
3. Industri Pakaian berasaskan kulit babi
4. Industri Baja kompo berasaskan tahi babi
5. Industri makanan haiwan ternakan berasaskan sisa lebihan babi seperti perut
6. Industri berus berasaskan bulu-bulu babi
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak applikasi yang boleh dihasilkan daripada babi-babi ini. Apabila RM 100 juta telah dilaburkan di Sepang, maka kita akan melihat banyak industri sampingan berasaskan babi akan tumbuh di sekitar kawasan ini.
Apabila keadaan ini berlaku, maka umat Islam Melayu yang tinggal di kawasan tersebut akan merasa tidak selesa kerana jijik serta status haram babi. Mereka akan mula berpindah keluar daripada kawasan Sepang dan ini akan menyebabkan banyak kawasan terbiar dan hendak dijual oleh orang Melayu dengan harga yang rendah. Kesempatan ini akan diambil oleh puak pro-DAP yang ‘racist’ untuk meningkatkan pegangan hartanah mereka di Sepang.
Disebabkan kewujudan prasarana dan intrastruktur yang bertaraf antarabangsa di Sepang, maka nilai hartanah akan meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan orang-orang Melayu yang pernah memiliki hartanah di kawasan tersebut tidak dapat menikmati kelebihan ini dan akan mengalami kerugian yang amat besar.
Hanya golongan yang suka memakan babi sahaja yang akan membeli hartanah di Sepang kerana mereka tidak merasa jijik mempunyai penempatan di ladang babi. Lebih-lebih lagi dengan teknologi canggih dan terkini maka kuranglah masalah alam sekitar.
Sungguh hebat percaturan politik DAP kafir harbi ini. Pada masa yang sama, DAP kafir harbi ini menggunakan MB boneka mereka untuk menyalahkan kerajaan Selangor belumnya. Hakikat yang sebenarnya ialah projek ladang babi pada masa itu hanyalah pada peringkat kajian dan bukan berskala besar.
Apa yang pasti hasil daripada projek mega ladang babi di Sepang ialah satu kaum akan mendapat keuntungan yang besar, manakala orang Melayu Islam pula akan mendapat kerugian yang paling besar.
Inikah keadilan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada mereka yang telah mengundi mereka… ops.. terlupa adakah ini hukuman kepada rakyat Sepang kerana tidak memilih calon PKR dan PAS dalam PRU-12?
Sedih bila dikenangkan dengan apa yang dah jadi dengan masyarakat kita. Kita sesama Melayu, mengucap syahadah yang sama, berkiblatkan yang sama. Tetapi sesama kita, caci mencaci, maki hamun, cari salah, dengki, khianat, dendam, fitnah, doakan keburukan. Kepentingan politik peribadi melebihi kepentingan umat secara keseluruhannya. Sampai bila keadaan ini akan berterusan?
Kepada satu pihak, walau apa pun yang dilakukan, ingatlah bahawa sesuatu itu tidak sempurna dan sentiasa ada cacat celanya. Jangan sembunyikan kebenaran.
Kepada satu pihak lagi, walau setinggi dan sehebat mana pun ilmu yang ada, ingatlah bahawa tidak ada yang maksum selain Rasul. Jangan bersifat 'diri sendiri lebih Islam dari orang lain'.
Serulah kepada perpaduan dan tinggalkanlah perpecahan.
Ingatlah bahawa Rasul pernah berkata," di akhir zaman umatku akan berpecah kepada 72 golongan dan hanya satu golongan yang akan berjaya". ( kalau salah tolong betulkan).
Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk menempatkan diri ke dalam golongan yang satu itu...
Antara PAS dan Anwar
SECARA peribadi saya menganggap keputusan PRU12 ada kebaikan dan keburukkannya kepada negara Msia amnya dan org Melayu khususnya. Sudah pasti semua MB yang baru bagi negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan exco yang dilantik akan membuat kerja yang "cemerlang" dalam jangka masa yang terdekat, ini kerana semua mata rakyat dan musuh-musuh mereka, iaitu BN, akan memerhati semua tindak tanduk yang akan mereka lakukan. Ini secara tidak langsung dapat "mendidik" BN bagaimana mereka harus mentadbir negeri dan Kerajaan Pusat, jika tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi pada PRU13.
Masalah besar yang mungkin akan dihadapi oleh pakatan BA ialah hubungan antara PAS dan DAP, yang akan menjadi seperti duri dalam daging. Dan yang paling besar ialah bantuan kewangan dari kerajaan pusat kepada negeri yang diterajui oleh BA akan "disekat" atau disalur tidak melalui kerajaan negeri. BN akan memberi alasan mereka sendiri sementara BA pula akan meradang dan menganggap ianya tidak adil dan zalim. Maka waktu itu anda akan lihat, terutamanya orang Melayu akan leka berbalah di dalam internet, blogblog, di kedai kopi, di masjid dan sebagainya mengenai isu ini, siapa yang benar, siapa yang zalim.
Dalam perbalahan ini ada dua unsur penting, satu pihak yang berkuasa di negeri yang memerlukan sumber kewangan khazanah negara, tetapi suka mengata, mencerca, memaki malah mencarut terhadap pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara. Sementara pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara pula tidak mahu menyalurkan secara adil khazanah negara yang ia kuasai kepada pihak yang suka mencerca dia. Adalah jelas pihak yang berkuasa ke atas khazanah negara zalim dan tidak adil dalam hal ini.
Tetapi jika mengikut Al-Quran Surah al-Hujurat ayat 11, Allah melarang kita mencela satu sama lain dan memanggil dengan gelaran buruk dan jika tidak bertaubat mereka adalah orang yang zalim. Ini bermakna kedua-dua pihak di atas adalah zalim atau lebih tepat saling zalim menzalimi antara satu sama lain.
Kalau kita kaji balik sejarah perkara ini berlaku sejak orang Melayu mula berpolitik atau lebih tepat antara PAS dan UMNO. Tunku Abdul Rahman ada menulis di dalam bukunya bagaimana PAS sewaktu pilihan raya mengedar gambar yang di ubahsuai yang menunjukkan babi panggang terletak di atas meja di mana dia dan beberapa pemimpin Cina sedang menjamu selera dan juga bagaimana ia dicerca dan difitnah termasuklah sewaktu 13 Mei dikatakan dia sedang berjudi (ini adalah apa yang ditulis Tunku di dalam bukunya dan saya tidak mengatakan ianya benar atau ianya tidak benar).
Tetapi dalam buku-buku yang Tunku tulis tidak pula disebut bagaimana ia menzalimi kerajaan PAS Kelantan. Datuk Asri pada 1967, sewaktu menjadi MB Kelantan telah berjumpa dengan Tunku sendiri di KL untuk meminjam wang untku membayar gaji k/tangan awam Kelantan kerana kerajaan PAS Kelantan waktu itu ketiadaan wang. Tetapi PAS mendakwa Tunku tidak endah dengan permintaan Datuk Asri sedangkan waktu itu beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Isu ini sudah pasti dijaja oleh PAS utk menunjukkan kezaliman UMNO. Adakah patut selepas kita cerca seseorang kemudian apabila kita ada masalah kita dgn rendah hati pergi jumpa org tsbt utk meminjam wang? Dan adakah patut sebagai pemimpin yg berkuasa ke atas khazanah negara tidak membantu saudaranya yang seIslam yg dalam kesempitan apatah lagi menjelang Hari Raya? Isu antara Datuk Asri dgn Tunku ada disentuh oleh sdr Sayuti Omar di dlm bukunya "Kelantan Selepas Pantang" (m/s 20). Dlm isu ini sdr Sayuti menggunakan perkataan "Demikianlah sikap kejam UMNO ke atas k'jaan PAS". Sebenarnya sama-sama zalim, sama-sama kejam tetapi masing2 hanya nampak kezaliman pihak lain, kezaliman dari diri sendiri tak nak mengaku.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi terus berlaku, pada zaman KuLi menjadi Menteri Kewangan (KuLi ) yang memimpin UMNO merampas Kelantan pd 1978), pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan (lihat artikel di bawah mengenai apa yg PAS kata pd Anwar). Dan kemuncaknya pada zaman Mahathir slepas Anwar dipecat. Ulama UMNO di label sebagai ular dlm semak, syaitan bisu, barua dll, Abdullah Badawi digelar sebagai penjaga babi, Mahathir dan Siti Hasmah dikatakan akan saling melumur najis kemuka pasangan masing-masing pada tahun 2014, Mahathir dicarut dgn carutan paling berat sekali, dlm keadaan macamni ........ dengar cerita Nik Aziz minta geran RM600 juta dari k'jaan pusat yg dipimpin Mahathir utk selesai masalah air di Kelantan w/pun dikatakan Mahathir setuju tetapi k'jaan Kelantan tidak menerimanya, kejamnya Mahathir ...... Dalam kempen PRU12 baru-baru ini, UMNO telah dilabel sebagai Orang Utan dan sejarah akan terus berulang apabila negeri2 dibawah BA ingin mendapat hak mereka terhadap khazanah negara yg dikuasai oleh Orang U*** ini, tetapi mereka akan dipinggirkan dan mereka akan marah dan mereka juga akan menjadi Orang U***.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara PAS dan UMNO. Inilah antara sikap burok yg ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong kedua-dua pihak.
Tetapi isu yang lebih besar yang ingin saya perkatakan di sini ialah mengenai Anwar Ibrahim.
Dr Chandra Muzaffar yg pernah bekerja rapat dgn Anwar dlm PKR telah berkata yg maksudnya l/kurang, jika Anwar menjadi pemimpin, negara ini akan hancur.
Ezam pula dlm Utusan Msia 12 Mac, meminta PAS berhati-hati dgn PKR kerana melalui pengalamannya, iaitu antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR, beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.
Dalam tahun 2003 saya pernah menulis satu artikel yg bertajuk "Pertembungan antara ulamak, pemimpin dan cendekiawan Islam di dalam politik M'sia" untuk group ABIMLINK dan HIZBI-NET. Salah satu tajuk dibawah artikel itu ialah "Pertembungan antara PAS dan DSAI". Saya rasa ia masih relevan lagi. Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang poda bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yg dikebasnya utk diberi pd perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh, bukan isu ratu cantik yg Ustaz Ismail Kamus kata ia nak menghalalkan sesuatu yg haram dan sehingga Mufti Selangor Utz Ishak Baharom dipecat, bukan sebab ia baik dengan Yahudi, tetapi bagi saya isu yg paling besar sekali ialah apabila ia menganggap Salman Rusdie sebagai "profound writer", (seperti yg didakwa oleh sdr Lutfi Othman, yg sekarang ini merupakan Ketua Pengarang Akhbar Harakah). Salman Rusdie telah menulis buku Satanic Verses yg menghina Allah, Nabi Muhammad dan Al-Quran.
Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tn Guru Hj Hadi Awang mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.
6.2 Pertembungan antara PAS dan DSAI
Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan .Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-
PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).
Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-
a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M'sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?
b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?
c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.
d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.
Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.
Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya.
Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?
Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.
Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.
Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.
Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan.
Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.
Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam M'sia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam? Jadi gambaran media asing terhadap Islam di M'sia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.
k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.
l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.
iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?". Antara kandungannya :-
a) Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.
b) Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.
c) Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.
d) Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.
e) Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.
iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.
a) Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.
b) Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.
c) Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.
d) Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.
e) Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.
v) Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.
a) Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke M'sia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.
b) Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.
c) ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.
vi) Majalah Tamadun Ogos 97.
a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".
b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.
- Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.
- Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?
- Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.
- Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.
c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.
vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-
a) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!
b) pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.
viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-
a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10
- Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.
- Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".
b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.
ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."
x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'.
Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.
xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad". Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.
Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.
Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-
i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
- cuba 'menghalamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel
- cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat
- mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad
- baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
- apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,
- menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada
- menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia
- tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama
- ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu
- maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul
- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar
- disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini
(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)
ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
- lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme
- ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka
- kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan
- UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah
- sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain
- berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi
- menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya
- mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya
- silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran
iii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-
- kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar
- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM
- dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan
- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba
- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba
iv) Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis
- dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin
- mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya
- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa
- mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas
- mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya
- (ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)
iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang p/raya.
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
- keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan
- keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan
- lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh
- takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar
- PAS lebih selesa jika Mahathir kekal
- ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh
- cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti
-cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol
- budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi
Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia.
PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini? Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar. Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?
6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM
Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah :-
- MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)
- Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)
- Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)
- Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)
- Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)
- Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)
PAS juga :
- Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)
- Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)
- sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)
Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5?
Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.
Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik? Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?
Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat
http://shuhmy.multiply.com/journal/
Kebajikan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu keluarga miskin negeri tersebut seharusnya dicontohi oleh kerajaan Negeri Selangor yang mengumumkan bahawa mereka meluluskan peruntukan penternakan babi secara besar-besaran baru-baru ini.
Kerajaan Terengganu telah meluluskan peruntukan serta-merta berjumlah RM6.4 juta bagi membantu keluarga miskin di negeri ini membaik pulih bumbung-bumbung rumah mereka dengan menggantikan bumbung-bumbung atap zink atau nipah yang telah rosak kepada atap asbestos.
Peruntukan yang diberikan sama rata dikesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) iaitu sebanyak RM200,000 akan diagihkan menerusi wakil-wakil rakyat manakala kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat dari kalangan pembangkang pula akan diserahkan kepada pegawai penyelaras DUN.
Selain itu Kerajaan Negeri Terengganu juga akan mewartakan enam kawasan di Pulau Redang sebagai santuari penyu dalam usaha untuk memelihara spesies itu yang diancam kepupusan.
Ia amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan perancangan yang ternyata 'bias' yang dilakukan oleh kerajaan Selangor di mana hanya satu pihak sahaja yang akan mendapat faedah daripada projek yang menelan nilai jutaan ringgit itu selain daripada bantahan daripada segenap penduduk setempat.
Seharusnya sebagai kerajaan yang memerintah sesebuah negeri, keseimbangan seharusnya dicapai bagi memuaskan hati penduduk pelbagai kaum di negeri terbabit. Sensitiviti setiap kaum seharusnya diambil kira dan tidak boleh dipandang remeh. Ini bagi memudahkan perjalanan sesuatu projek agar ia berjalan lancar.
Rakyat pasti tidak akan membantah jika projek dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri akan mendatangkan faedah buat mereka dan tidak mengundang kemudaratan buat mana-mana pihak. Jika terdapat bantahan daripada satu pihak sekalipun, ini bermakna tindakan yang diambil itu tidak wajar dilaksanakan dan harus diselidik kembali.
Sejarah Jelek Anwar Ibrahim - Pengkhianat Bangsa & Negara!!!!!!!
Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”.
Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.
Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Dato’ Seri Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!
Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Dr. Mahathir!
Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”!
Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Mahathir akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.
Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.
Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah, “Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Mahathir berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar!
Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir!
Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Mahathir dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Mahathir, bertambah kuat pertalian politik Mahathir-Anwar!
Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, menjadi senjata muktamad kemenangan Mahathir ke atas Ku Li. Dan, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden.
Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar. Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia Cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.
Perkara ini “unprecedented” dan Mahathir sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Mahathir masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden.
Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan factor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Mahathir dalam mempersoalkan sikap Mahathir terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad!
Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya!
Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!
Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Mahathir menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Mahathir.
Apabila sesekali Mahathir terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Mahathir tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Mahathir masih mahukanya atau tidak?
Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian p dia berkata… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…”
Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk dating ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?
Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Apabila hasratnya telah menjadi cakapan umum, Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang suka menyebelahi calun yang akan menang, sudah menjadi satu dilema sekali lagi. Megat Junid turut menyakinkan Mahathir, Anwar akan menang!
Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur! Anwar menang, Pak Ghaffar kalah! UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu!
Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Mahathir-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tui Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!
Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Mahathir. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Mahathir pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Mahathir dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa!
Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu? Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir?Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya!
Anwar akan berasa tidak selamar atau “insecured” kalau Mahathir tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Mahathir bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Mahathir pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar .
Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya. Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Mahathir di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.
Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Mahathir bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. Mahathir menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.
Post a Comment