Atas permintaan ramai, Siri Membangun Bersama Islam (MBI) yang pernah usahakan suatu ketika dulu akan kembali ke pasaran. Kali ini dengan judul SIAPA PENGGANTI TOK GURU NIK AZIZ SEBAGAI MB KELANTAN?. Harga senaskah cuma RM3.00. Untuk permulaan sebanyak 10,000 dicetak (cetakan pertama) untuk edaran di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Turut diterbitkan adalah Siri Al-Falah, juga untuk permulaan dicetak 10,000 naskah. Judulnya UMNO KENA KELUAR ICU. Harga senaskah cuma RM2.00. Kami kenakan harga mampu milik.
Kedua-uanya penerbitan berkala bersaiz 280 x 356 mm. Setiap halaman dimuatkan dengan gambar YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz dalam pelbagai gaya.
Banyak yang orang ramai tidak tahu tentang beliau digarapkan dalam siri ini dan banyak gambar-gambar beliau yang tidak ada dalam simpanan orang lain dan tidak pernah tersiar di mana-mana media penulis jadikan hiasan MBI.
Demikian juga dengan Siri Al-Falah, banyak tulisan dan gambar yang belum tersiar di media massa dimuatkan. Penerbitan mesti milik para peminat politik tanahair sama ada peminat politik haluan kanan atau kiri.
Kepada mereka di luar Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berminat mendapatkan naskah siri MBI dan Siri Al-Falah, bolehlah menempahnya dengan menghantar wang Pos atas nama MELI INDUSTRY (berpalang). Tambah RM1 dari harga asal untuk belanja Pos.
Untuk tempahan 100 naskah ke atas/untuk tujuan perdangangan, potongan sebanyak 25% akan diberikan. Tempahan awal untuk maksud dagangan perlu dimaklumkan kepada penerbit. Hantarkan pesanan berserta pembayaran kepada;
MELI INDUSTRY
Lot 147-D, Jalan Sultanah Zainab
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
Faks: 09-7475385. Tel: 09-7475387. H/P:017-9871322 (24 jam
Email: meli_industry@yahoo.co.uk
1 comment:
Tahniah En Ramli
banyak benda boleh ulas dan keluaran berkala ala-ala buku lg senang....janji menarik.....
wak hamad
Post a Comment