Keluar Umno: Tun Dr Mahathir telah menghukum diri sendiri
SAYA tidak terkejut sedikit pun membaca blog sahabat akrab saya, Saudara Mohd. Sayuti Omar dan juga bila membaca SMS yang dihantar berhubung tindakan mantan Perdana Menteri keempat negara, Tun Dr Mahathir keluar dari Umno, malah pada saya (jika laporan itu benar) ianya adalah suatu tindakan yang wajar dan sangat patut, malah seluruh bangsa Melayu, terutama orang Umno kena bersujud syukur kerananya.
Pada era keperdana-menterian Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang juga orang nombor satu paling berkuasa dalam Umno ketika itu, Dr Mahathir pernah dipecat dari Umno kerana tindak-tanduknya menghina Tunku (catatanya terkandung dalam buku SA BELUM DAN SA LEPAS 13 MEI karya Tunku) dan nampaknya pada era keperdana-menterian dan kepresidenan-Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir telah bertindak pecat diri sendiri.
Dr Mahatir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun tiga bulan lapan hari (bermula pada 16hb. Julai 1981 hingga 31hb. Oktober 2003) sempat mempengerusikan kabinet sebanyak 883 kali dengan mesyuarat kabinet pertama yang dipengerusikannya adalah pada 22 Julai 1981 yakni enam hari selepas dengan rasminya beliau menjadi perdana menteri, pernah membuat kejutan mengumumkan persaraan secara tiba-tiba ketika berucap pada perhimpunan Umno tidak lama sebelum beliau benar-benar bersara.
Sambil 'teriak berjebek-jebek' (tengok gambar), beliau mengumumkan kebersaraannya. Ketika itu saya yang masih lagi bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan sedang menonton siaran berita tv di sebuah hotel terkemuka di Yala kerana menyertai rombongan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru dato' haji Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat Selatan Thai.
Penyokong paling setia beliau, Rafidah Aziz menerkam sehingga berlaku kes patah tumit kasut, malah kKetua Pergerakan wanita itu turut sama 'teriak berjebek-jebek' dan jelas terdengar pertanyaan Rafidah 'WHY?' yang mana keliru dengan pengumuman secara tiba-tiba Dr Mahathir dan peristiwa itu tersiar secara langsung di kaca tv. Pertanyaan 'WHY?' Rafidah itu menjadi antara bahan jooke para penceramah parti pembangkang.
Waktu itu Dr Mahathir dibenci oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, termasuk oleh orang Umno sendiri ekoran tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, malah dipecat juga keahlian Umno kerana kes liwat yang 'sampai tujuh kali mati dan tujuh kali hidup semula' pun tidak akan dipercayai oleh sesiapa pun, kecuali di kalangan pembodek Dr Mahathir.
Peristiwa luarbiasa dan mengaibkan itu diandaikan oleh banyak orang sebagai 'hukuman tunai' terhadap dosa-dosa penganiayaan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar dan keluarga yang diaibkan dengan tatacara yang sangat hina.
Kebencian pihak pembangkang, terutama Pas, memuncak kerana beliau bukan sahaja secara terang-terangan menentang pelaksanaan Hukum Hudud tetapi juga telah memperlekeh, malah mengancam akan dikenakan tindakan jika Hudud dilaksanakan juga.
Kononnya kalau nak makan sup tangan, datanglah ke Kelantan selain dari beliau dibenci kerana mempersendakan sunnah berjanggut. Beliau juga dengan tujuan persenda tentunya menegaskan jika hukum Hudud dilaksanakan, air Sungai Kelantan akan bau busuk ekoran pembuangan tangan yang dikerat.
Oleh kerana sebelumnya beliau pernah kehilangan Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Tun Ghafar Baba bagi jawatan yang serupa, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM, malah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno sehingga maraknya reformasi, menjadikan rakyat terbanyak melihat Dr Mahathir bukanlah seorang yang baik sebagai seorang pemimpin.
Macam mana pun tidak ada yang berani membuat penentangan terbuka kerana pada era keperdana-menterian, ramai yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penentang berlaku bagaikan api dalam sekam kerana ramai takut dikenakan ISA.
Pengumuman perletakan jawatan yang diyakini dibuat diluar sadarnya dipercayai sebagai tanda antara ketermakbulan doa Datuk Seri Anwar dan keluarga yang teraniaya kerana doa mereka yang teraniaya akan dimakbulkan-Nya.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah antara tokoh yang memujuk Dr Mahathir supaya menarik balik keputusan meletak jawatan. Umno waktu itu dalam keadaan kronik dan rosak teruk ekoran kebangkitan reformasi dan semangat Anwarisme.
Menyedari bahawa kerosakan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu dibaiki, Dr Mahathir telah mengambil keputusan bersara walaupun kelihatannya kalau boleh beliau mahu mati atas nama Perdana Menteri dan memilih Datuk Seri Abdullah yang emndapat gelaran 'MR CLEAN' sebagai pengganti.
Dibawah kepimpinan Abdullah, bukan sahaja Umno/BN kembali stabil tetapi kerajaan Umno/BN kembali kuat dan mantap. Terengganu yang dirampas Pas pada era keperdana-menterian Dr Mahathir berjaya dirampas kembali oleh Umno/BN dan Kelantan sebagai kubu terkuat Pas juga juga nyaris-nyaris berjaya dirampas.
Dr Mahathir mula tidak menyenangi Datuk Seri Abdullah ekoran pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang diura-ura akan dibawa masuk semula ke dalam Umno oleh Datuk Seri Abdullah). Menjelang pilihanraya umum ke-12, penentangan Dr Mahathir terhadap kepimpinan datuk Seri Abdullah dibuat secara lebih terbuka.
Tindakan Datuk Seri Abdullah yang lebih terbuka, termasuk soal-soal yang berkaitan dengan kehakiman, menjadi penentang Dr Mahathir semakin terbuka dan agak anihnya pengumuman keluar dari Umno dibuat selepas dua hari beliau sendiri menegaskan mahu didakwa berhubung dengan klip video V.K. Linggam.
Saya amat bersetuju dengan SMS yang dihantar bahawa tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno itu lebih bersifat beliau telah menghukum diri beliau sendiri pada era pemerintahan perdana menteri yang beliau sendiri pilih menggantikannya.
Saya juga yakin dengan Dr Mahathir tidak lagi berada dalam Umno, parti terbesar milik orang melayu itu akan kembali pulih imej dan reputasinya yang pernah dikotori oleh sikap dan tindak tanduk Dr Mahathir, menjadikan Umno dibenci, malah kerananya telah wujud dua parti serpihan Umno yakni Parti Melayu Semangat 46 dan KeADILan.
Pengunduran Dr Mahathir dan diharap akan disusuli oleh anak-anaknya juga secara tidak langsung akan membawa rahmat kepada Umno dan akan lebih memudahkan Datuk Seri Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan tulen Umno membaik-pulih Umno tanpa adanya masalah duri dalam daging, gunting dalam lipatan, kemuncup di kaki seluar dan sampah dalam mata.
Saya yakin tanpa Dr Mahathir dalam Umno, Datuk Seri Anwar dan para penyokongnya tidak akan berat hati untuk kembali kepada Umno kerana Datuk Seri Anwar itu sendiri memang berbaka Umno.
Paling penting, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jangan berhenti semata-mata kerana tuntutan Dr Mahathir yang merasakan dirinya (syok sendiri) masih lagi intan permata, walhal kelasnya sekarang belum tentu senilai pun dengan serpihan kaca sahaja lagi atas nama Dr Mahathir yang bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
NOTA KHAS:
Kepada mereka yang berminat untuk dapatkan buku DR MAHATHIR SELEPAS BERSARA karya saya YANG DITERBITKAN SEMULA DENGAN KEMAS-KINI, BOLEHLAH MENGHANTAR PESANAN MENGGUNAKAN WANG POS BERPALANG ATAS NAMA MELI INDUSTRY (BERPALANG) DAN DIHANTAR KE;
MELI INDUSTRY
LOT 147-B, JALAN SULTANAH ZAINAB,
15050 KOTA BHARU,
KELANTAN.
SENASKAH CUMA RM20.00 TERMASUK BELANJA POS. - RM/kj
Monday, May 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Oarng Umno tidak akan ikut babuk macam Dr Mahathir babuk. Khabarnya Sanusi Junid pun ikut babuk. Meli takdok maklumat ke?
Paling penting, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jangan berhenti semata-mata kerana tuntutan Dr Mahathir yang merasakan dirinya (syok sendiri) masih lagi intan pertama, walhal kelasnya sekarang belum tentu senilai pun dengan serpihan kaca sahaja lagi atas nama Dr Mahathir yang bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
ADA BENARNYA PENDAPAT ABG LI TU DAN SAYA BERPENDAPAT UMNO SEMAKIN KUKUH TANPA DR M. NAMUN YANG JELAS SEANDAINYA DR M PERGI MENGADAP TUHAN BERSAMA PENGISTIHARANNYA KELUAR DARI UMNO, IA TETAP DIKENANG SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN TERBILANG YANG TIADA TANDINGAN.
SUDAH MENJADI LUMRAH KEPADA PEMINPIN BESAR NEGARA KELUAR DARI PARTI YANG DI TERAJUINYA APABILA USIA SAMPAI DI HUJUNG SENJA.
Kepada En. Ramli dan peminat blognya.
Pertama saya ucapkan tahniah kepada En. Ramli kerana menerbitkan semula blognya.
Keduanya saya minta semua pihak pihak hendaklah bersabar dalam masa 40 hari dari TDM umumkan keluarkan dirinya sendiri dari parti yang ditubuhnya sendiri. Sebab masa 40 hari itu biasanya di kaitkan dengan .............. sebelum ke.........
Post a Comment