Thursday, June 19, 2008

CERPEN BERJUDUL 'AUTASME'

AUTASME
Oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

MAHA Autasme yang mahu menjadi maha kepada segala maha ketawa terbahak-bahak, terloncat-loncat, terkenyeh-kenyeh, terkising-kenyeh macam beruk kena belacan, macam anak kera muda boleh cermin.
Sekali ketawa duburnya tidak lekat unjat pasti terkentut. Pun demikian halnya bila terlompat dan punggungnya sedikit tertonggeng, pasti terkentut.
Bau kentutnya pula bukan setakat busuk tetapi lengkap dengan banganya sekali. Busuk pahit.
Sesekali kentutnya ada bau komisyen pembinaan mahalebuhraya, komisyen penswastaan mahatelekom, mahatenaganasional, mahaperkhidmatanpos.
Sesekali ada kentutnya bersulam bau taik kronisme dan proksisme. Yang pasti kentutnya maha busuk dan bapak bagi segala busuk lagi membusukkan.
Walaupun dia tau kentutnya busuk dan dia sendiri nyaris-nyaris termuntah menghidunya, dia tetap berkentut dan terkentut serta terkentut pada setiap kali dia ketawa, terloncat atau tertunggeng punggung.
Orang nak muntah-kedarah, mau pening nak mampus, nak lembik-lotek macam kain buruk pengesat kaki kerana terhidu kentutnya dia tak peduli, dia akan dan terus tetap akan ketawa, dia tetap akan dan terus mengilai.
Dia ketawa kerana dia cukup senang hati, seronok dan terhibur apabila perangkap dan teori autasme, sikap mulut manis dubur masam, telunjuk lurus kelingking berkaitnya terus menjadi.
Teringatkan betapa mangsa autanya meratap, menangis, neraung, merayu dan meronta-ronta sambil merintih NO! dan terlontar pertanyaan WHY? dan WHY ABOUT YOU? meyakinkannya bahawa beruk-beruk dan kera serta kakoh dan kalangan yang spesisnya dengannya dan yang hampir terlucut pelekah akan memilih untuk terus memperkukuhkan sendiri pelekah di tengkuk masing-masing bagi membolehkannya merentap dan menyenjah bila dia mahu berbuat demikian.
Beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengannya yang terauta oleh autasmenya masih bersedia untuk terpusir butir mata dan terjelir lidah cekit nak mampus oleh perbuatannya, kerana rentapan dan senjahannya.
Kembang hidungnya yang menang sudah mempelepah-nyior bentuknya bukan main apabila airmata sandiwara hasil peminuman tiga botol mineral water sebelum tangisan agak menjadi ditadah, disedut dan dijilat dengan lahap oleh ampu-man dan ampu-women yang memang telah diprogramkan sebagai pengampu dan penjilat pundat dan pantat berkerapu berkurapnya.
Perangkap dan teori autasmenya akan terus diperagakan bertujuan membaik-pulih imejnya yang tercemar dan ternajis kerana angkaranya sendiri yang sepanjang berada pada kedudukan mahanya sering asyik memperbodoh, memperlekeh, memperleceh bukan sahaja sekelian makhluk Allah tetapi juga Allah dan Rasul-Nya serta hukum Allah, dia pula mahu dianggap serba jagat.
Dia juga sering memasang perangkap autasmenya dan menwarwarkan teori autasmenya sebagai sesuatu teori yang maha baik di kalangan yang baik, yang maha berhemah di kalangan yang berhemah, yang maha berwawasan dari sekelian wawasan dan maha perfect dari segala perfect.
Justeru itu, melalui autasme dan gerakan autasme, dia mau segala kemahuan, segala ungkapan dan segala tindak tanduknya dianggap betul belaka.
Dia juga mahu dianggap kentutnya yang lebih busuk-kohong dari bangkai 100 ekor gajah dianggap harum semerbak setanggi dan kasturi.
Dia mahu dia yang bertukar antara ‘sabda’ dengan ‘firman’ bagi merujuk hadis nabi mahu dianggap lebih alim, lebih warak, lebih cendekiawan tentang Islam, tentang ilmu al-Quran dan Hadis berbanding dengan tokoh yang hafal 30 juzuk al-Quran yang mengandungi 114 surah serta 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf.
Dia mahu orang yang lebih alim, lebih cendekiawan darinya dianggap jahil dan para barua dan pokna serta pak-had-ceton-tembus yang terauta oleh perangkap d autasmenya berbuat apa sahaja supaya secara rela atau terpaksa memahakannya.
Dia mahu dilihat oleh sekelian beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengannya bahawa dia lebih layak masuk syurga kerana jasa-jasanya membina masjid, menyediakan pelbagai kemudahan bagi keperluan duniawi dan sekularisme manakala neraka adalah untuk penentangnya.
Dia mahu diusahakan supaya tokoh yang bukan sahaja setiap waktu akan menunaikan sembahyang fardhu berjemaah tetapi tidak pernah lupa sembahyang sunat tahjud, sunat taubat, sunat tasbih dan dhuha sebagai pembawa ajaran sesat dan menyalah-gunakan agama bagi kepentingan politik, bagi kepentingan peribadi dan kroni.
Yang menentang arus, yang menyanggah kemahuannya, teori dan impian bersalut nyanyuk nak mampusnya akan dikenakan tindakan, tanpa pastikan dengan sepasti-pastinya kesalahan yang dilakukan, musuhnya akan disumbat dalam gok, tanpa dipedulikan soal kemanusiaan, soal keadilan dan sebagainya asalkan dia sedap duduk.
Maha Auta mahu dianggap tanpanya rimba tidak akan lagi menjadi rimba, laut tidak akan mampu lagi menjadi laut, bumi tidak akan lagi menjadi bumi dan langit tidak akan lagi menjadi langit.
Bila autanya tidak menjadi, maka akan dibuat kejutan kononnya kemahaannya akan dinoktahkan, dia akan menoktahkan dirinya sebagai Maha Auta yang sebenarnya adalah antara autanya, kepura-puraannya merajuk dengan para pengampunya yang telah sedia dilatih akan segera meratap supaya dia menarik balik dari menitikkan tanda noktah perkhidmatan keautaannya..
Ratapan yang bersalut autasme para pengampu lengkap dengan tanda seru NO! dan pertanyaan WHY?, ada yang terkam bersama pujukan dan ampusme sampai patah tumit kasut.
Kerana kononnya dipujuk (sebenarnya ianya adalah di antara perangkap dan teori autasmenya) oleh mereka yang memang telah diprogramkan lebih awal, maka penitik-noktahan itu ditarik balik.
Dalam tangis dan mimik muka pilu bersalut autasme, dia ketawa dalam hati hingga terkentut dan terbelahak kerana autasmenya terus menjadi hasil bantuan penuh ampu dan bodek beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengan yang yang masih bersedia memperkukuhkan pelekah di tengkuk masing-masing dan bersedia untuk terpusir butir mata dan terjelir lidah tercekit dekat nak mampus kerana rentapan dan senjahannya sebagai Maha Aautasme.
Maha Autasme terus ketawa terbahak-bahak, terhingguk-hingguk, terloncat-loncat, terhegeh-hegeh, tersengih-sengih, terkising-kising, terkenyeh-kenyeh dengan iringan kentut yang busuknya lebih banga dan busuk-pahit dari bangkai 100 ekor gajah apabila Sang Maha Lembek-Lotek termimpi dalam tidur dan dalam bangun kerana terauta oleh perangkap dan teori autarismenya untuk mengambil kerusi maha bagi segala maha yang secara auta dijanjikannya.
Walhal pada hakikatnya impian Maha Lembek-Lotek itu hanyalah mimpi siang hari yang tidak mungkin akan jadi kenyataan kerana Maha Auta pernah mengubah aku-janjinya dalam tempoh kurang dari setengah minit, inikan pula mengambil tempoh masa beribu kali lebih panjang.

No comments: