Thursday, June 19, 2008

MUNCUL KEMBALI (21)

Ujian buat kepemimpinan Pak Lah

LAPORAN media cetak dan elektronik tentang Mahkamah Pilihanraya Kangar memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Abdullah Hassan pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) lepas dikosongkan, secara tidak langsung meredakan kalau pun tidak menenggelamkan seketika isu kenaikan harga minyak.
Pembelotan Presiden Parti Progragrsif Rakyat Sabah (SAPP), Datuk Yong Tekck Lee yang turut dibuat liputan meluas oleh media cetak dan elektronik juga menjadikan ianya seolah-olah akan menjadi titik mula kepada ternoktahnya keghairahan memperkatakan tentang minyak yang tidak boleh diturunkan kerana ianya bukan masalah Malaysia sahaja, sebaliknya ianya adalah merupakan masalah dunia.
Bermula hari ini tumpuan pastinya akan terfokus ke Sanglang kerana pilihanraya kecil yang bakal diadakan akan menentukan apakah desakan pembangkang dan kalangan yang umpama duri dalam daging, gunting dalam lipatan serta telunjuk mencucuk mata dalam Umno dan BN supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan mewakili suara majoriti rakyat atau lebih bersifat kepentingan politik sempit dan jumud semata-mata.
Juga akan menjadi mesej sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertunggangkan PKR ada masa depan politik atau sebaliknya, sama ada apa yang dicakapkannya tentang pertukaran kerajaan yang asyik terpinda tarikh hanya bersifat palu tong kosong semata-mata atau sebaliknya.
Pertemuan semula Abdullah Hassan (BN) dan Hashim Jasin dalam pilihanraya kecil(sekiranya kedua-dua parti masih mencalonkan mereka ) bukan lagi akan mengukur siapa yang lebih menjadi pilihan rakyat antara keduanya tetapi pilihanraya kecil itu akan menjadi suatu mesej tentang parti mana sebenarnya antara Umno/BN adengan Pas/PKR yang menjadi pilihan majoriti rakyat negara ini.
Pilihanraya itu juga nanti akan menjadi mesej sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menerima pelbagai tekanan, termasuk dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Miukhriz serta dari parti SAPP yang merupakan antara parti kompen BN supaya meletak jawatan, memang diinginkan oleh majoriti rakyat atau sebaliknya.
Secara lojiknya , melihat kepada kemarahan rakyat ekoran kenaikan minyak serta pelbagai serangan diterima oleh Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, terutama dari kalangan tokoh-tokoh berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir dan Razaleigh Hamzah di sampoping aura Datuk Seri Anwar Ibrahim, harapan Umno/BN untuk menang di Sanglang adalah sangat tipis.
Tetapi kalau dilihat secara yang tersirat, tidak mustahil Pas/PKR, khususnya Hashim Jasin secara peribadi yang gagal mempertahankan kerusinya dalam PRU12 apabila hanya memungut 3,235 undi manakala lawannya Abddulah yang menang dengan majoriti 149 undi memungut 3,384 undi, akan malu besar apabila setelah berjaya membatalkan keputusan melalui mahkamah, beliau tersungkur lagi pada pilhanraya kecil nanti.
Bagi saya jika majoriti Abdullah atau mana-mana tokoh yang dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil itu naik dari 149 kepada 150 undi yakni meninmgkat satu undi sahaja, nilai kelebihan itu sama dengan satu juta undi.
Macam mana pun rasa yakin Umo/BN akan menang dengan majoriti tidak kurang dari 1,490 undi kerana rakyat akan membuktikan bahawa majoriti rakyat bukan sahaja mahukan Umno/BN kekakal memerintah tetapi juga Pak Lah perlu kekal sebagai Perdana Menteri dan beliau hanya berhenti apabila negara dalam keadaan stabil sama ada dari sudut politik mahu pun ekonominya.
Andainya beliau akur kepada desakan supaya berundur pada waktu ini, terutama selepas secara gentlemnn diumumkan kenaikan harga minyak, satu tindakan yang anti populariti sifatnya, sejarah negara akan mencatatkan beliau sebagai pemimpin yang bukan sahaja dayus dan pengecut tetapi akan dilihat sebagai lari dari medan juang.
Kemenangan di Sanglang nanti akan memberi mesej bahawa kerajaan dibawah kepimpinan Pak Lah boleh digerakkan mengikut pelan, rangka dan kerangka Pak Lah tanpa terikut dengan gaya dan pendekatan perdana menteri sebelumnya.
Manakala atas nama Pengerusi BN pula, beliau bukan sahaja boleh bertindak melalui persetujuan dalam mesyuarat pimpnan parti komponen dengan memecat tokoh-tokoh macam Yong Teck Lee tetapi rakyat terbanyak tetap akan berpihak kepada beliau jika SAPP itu sendiri ditendang keluar dari BN, kecuali jika SAPP tanpa Yong Teck Lee lagi. Tak guna jumlah bilangan kompenen banyak kalau ianya bertindak menikam dari belakang. Kualiti lebih dari kuantiti.
Sebagai Presiden Umno pula beliau boleh memecat dengan persetujuan MKT mana-mana tokoh, khusus tokoh-tokoh seperti Mirzan Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah dan majoriti rakyat akan melihat apa pun tindakan yang dibuat sebagai langkah bijaksana dan wajar.
Justeru itu keputusan pilihan kecil Sanglang nanti sangat penting dan para pengundi Sanglang kena membuat keputusan mulai sekarang lagi parti mana yang akan diberi mandat kerana keputusan mereka secara umumnya akan mewakili maoriti rakyat negara ini.

No comments: