Saturday, June 21, 2008

MUNCUL KEMBALI (22)

Umno/BN kena berhenti buang masa layan pihak yang tidak setia

SEJARAH tanah air kita dan juga dunia menunjukan kemusnahan sesebuah kerajaan bukan kerana kerajaan yang ada lemah tetapi kerana adanya unsur-unsur tidak jujur, tamak, sabotaj dan khianat dari dalam.
Keagungan Kerajaan Islam Usmani berpusat di Turki musnah dan diganti dengan pembentukkan Republik Turky yang sekular adalah kerana adanya unsur-unsur tidak jujur, sabotaj, khianat dan tamak dari dalam.
Demikian juga dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Islam Pattani, kejatuhan Kerajaan Melayu Islam Melaka, kesengsaraan hidup rakyat Palestin, penjajahan ke atas Iraq, pencerobohan ke atas Afghanistan dan sebagainya adalah kerana adnyaa unsur-unsur khianat, tamak , sabotaj dan tidak jujur dari dalam.
Begitu juga halnya dengan apa yang berlaku kepada Kerajaan Umno/BN pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) baru-baru ini, kegagalan mendapat majority 2/3 adalah kerana adanya unsurr-unsur yang serupa.
Kalau diteliti jumlah undi yang dipungut oleh Umno, jelas membuktikan Umno tidak kalah dalam PRU-12, malah jumlah undi keseluruhan yang dipungut mencatatkan peningkatan yang ketara berbanding dengan Pas sebagai lawan utamanya yang mengalami kemerosotan yang juga ketara.
Yang kalah adalah parti-parti komponen BN yang lain, khususnya MCA, MIC dan GERAKAN kerana undi mereka pergi kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukannya mengalir kepada Pas.
Kekurangan majoriti kemenangan Umno/BN dan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) bukan kekalahan Umno sebenarnya dan juga bukan kemenangan Pas sebagaimana yang disangkakan oleh kebanyakan di antara rakyat Negara ini yang tidak mengambil daya usaha membuat anaslisa terhadap keputusan PRU-12.
Kekalahan Umno/BN adalah kekalahan MCA, MIC dan GERAKAN dan kemenangan yang diaraih oleh PR adalah kemenangan DAP dan PKR. Selain dari Pas, parti-parti dalam PR seperti DAP dan PKR bukannya ‘Islamic Party’.
Walaupun pahit menjadam untuk perakukan, hakikat tetap hakikat bahawa ada unsur-unsur khianat, tamak, sabotaj dan tidak jujur dari dalam di kalangan MCA, MIC dan GERAKAN kepada parti-parti itu sendiri khasnya dan dan juga kepada BN amnya.
Jika hal ini tidak dibendung dan dibanteras, ianya boleh menjadi umpama tsunami, gempa bumi dan ribut taufan yang boleh mengancam kerajaan yang ada. Fokus utama yang disasarkan bagi maksud pengkhianatan dan sabotaj adalah tokoh yang dilihat sebagai paksi, pasak, tunjang dan tiang seri kepada kekuatan sesebuah kerajaan.
Dalam konteks negara kita, fokus utama pengkhianatan dan sabotaj termasuk dari dalam Umno/BN sendiri adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, oleh Tengku Razaleigh Hamzah, oleh Mukhriz Mahathir, oleh Sanusi Junid dan sebagainya samalah sebagaimana agen-agen Amerika Syarikat lakukan keatas Osama Ben Laden dan Saddam Hussein.
Di samping itu ada kalangan yang memainkan peranan sebagaimana yang dimainkan oleh zionis ddengan bantuan Amerika Syarikat yang mempersengketakan antara Hamas dengan Fatah di Palestin dan Puak Sunni dengan Syiah sama ada di Iraq , Iran mahu pun Lubnan.
\dlam kes Negara kita, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba diapi-apikan supaya bangkit melawan Datuk Seri Abbullah dengan semacam dijanjikan bahawa pengaruh Mahathirsme, Tengku Rzaleighsme, Sanusisme, Mukhrisme dan sebagainya akan berpihak kepadanya.
Macam mana pun nampaknya Naib tidak mudah dikelabukan matanya kerana beliau semacam menyedari hakikat bahawa jawatan tidak terlalu penting tetapi peluang untuk mencorak kepimpinan supaya rakyat berpusa hati dengan kepimpinan yang kena diutamakan.
Beliau pasti sedar kalaupun beliau menjadi perdana menteri tetapi sama sahaja seperti Hamid Karzai menjadi Presiden Afghanistan dan rakyat Iraq yang menjadi boneka Amerika Syarikat menjadi Presiden Negara Teluk itu, apa peluang yang beliau ada untuk mencorak kepimpinan berteraskan Najibsme.
Tokoh-tokoh seperti Mahathir, Tengku Razaleigh, Sanusi, Mukhriz dan yang sepsis dengannya pasti terduduk apabila Najib menegas beliau adalah anak kepada seorang tokoh yang masuk Umno untuk mengukuh dan memantap parti itu, tak ‘kanlah pula beliau sebagai anak akan menjadi pemusnah kepada kemantapan Umno.
Ertinya Datuk Seri Abdullah kini dibenteng kukuh oleh Najib dan beliau tidak perlu ragu-ragu untuk bertindak lebih agresif membendung pengkhianatan, pensabotajan serta sikap tamak dan tidak jujur dari dalam parti.
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) barangkali perlu digunakan sebagai langkah ‘cegah sebelum parah’. Walaupun tidak boleh dinafikan akan ada yang akan mengadakan perhimpunan haram/demonstrasi jika Mahathir diISAkan tetapi jumlahnya pasti hanya kecil sahaja dan sangat mudah untuk ditangani.
Sebaliknya semua bekas tahanan ISA, isteri, anak-anak, ibubapa, sanak saudara serta rakan taulan pasti akan berpihak kepada tindakan kerajaan, malah Datuk Seri Abdullah akan dilihat sebagai membuat keputusan bijak dan wajar.
Kalau perlu Datuk Seri Abdullah terpaksa mengISAkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun, pasti kemarahan majoriti rakyat tidak akan sama dengan marahnya majoriti ketika Penasihat PKR itu digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari Umno dulu.
Demikian juga jika Mukhriz, Sanusi Junid atau Yong Teck Lee yang menampakkan ciri-ciri cuba berperanan sebagai pengkhianat dan pesnsatobaj dari dalam kerana hilang kejujuran di samping memuncaknya sikap dan sifat tamak diambil tindakan sewajarnya, kemarahan rakyat tidak akan seberapa.
\seandainya mereka dibiarkan terus menjadi telunjuk menjolok mata, api dibiarkan berada dalam sekam, gunting terus berada dalam lipatan dan duri terus berada dalam daging ianya akan membawa lebih banyak padah daripada faedah.
Apa yang sedang dilakukan oleh kalangan yang mahukan Datuk Seri Abdullah berundur dari kepemimpinannya secara tidak langsung menampakkan keghairahan pihak yang mendesak itu betapa pelahap dan berkendaknya mereka pada jawatan berkenaan.
Tokoh atau puak sedemikian sikap dan sifatnya adalah yang terkategori sebagai tokoh dan puak yang dilarang dilantik ke jawatan pemerintahan dan hal ini boleh dirujuk kepada hadis bilangan 1897 hingga 2027 kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I, II, III dan IV setebal 222 halaman.
Kesimpulannya, Umno/BN, khususnya Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN kena berhenti buang masa layan pihak yang tidak setia atau berkompromi dengan pihak yang tamak dan hilang kejujuran.
Demi kepentingan rakyat dan negara, jangan ragu-ragu untuk guna ISA atau apa-apa juga peraturan dan undang-undang supaya Negara terus stabil dan rakyat jelata terus dalam keadaan aman, makmur dan penuh harmoni

No comments: