Menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang
TINDAK tanduk kerajaan pakatan pembangkang di beberapa buah negeri, termasuk dalam mengatur program 100 hari pakatan pembangkang menjadi kerajaan di neger-negeri yang dimenangi pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang baru lepas secara jelas lagi jilah membuktikan bahawa menjadi kerajaan tidaklah semudah menjadi pembangkang.
Menteri-menteri besar/ketua menteri pakatan pembangkang pastinya mula nampak bahawa kalau diibaratkan permainan bolasepak, apabila mereka sendiri beraksi di padang, terbukti tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dihadapi sebenarnya tidak semudah sebagaimana ketika menjadi penonton yang cukup bermodal dan bersebab untuk krtitik serta mencari kelemahan dan kesilapan, semuanya dilihat banyak yang tidak kena dari yang kena.
Demikian jugalah bagi pimpinan kerajaan pakatan pembangkang ketika menjadi pembangkang dulu, apa yang kerajaan buat semuanya dilihat tidak kena belaka. Kononnya macam-macam pelan, perancangan, rangka, kerangka dan program yang berjuta kali lebih dapat dilakukan jika pihak diberi mandat menjadi kerajaan.
Tetapi hanya setelah 100 hari menjadi kerajaan, bukan sahaja berpuluh, beratus atau beribu masalah yang timbul, sebaliknya semacam ratusan ribu masalah sedang melanda, malah rakyat sebagai pemberi mandat dapat melihat betapa tokoh dan parti pembangkang yang diberi mandat sebagai kerajaan sebenarnya tidak sehebat seperti apa yang dicakap, dijanji dan dikhayalkan sebagai pembangkang.
Kerajaan pakatan pembangkang bertiang serikan DAP di Pulau Pinang umpamanya yang kononnya ketua menterinya mahu menjadi sezuhud Khalifah Umar Ibnu Aziz yang turut diperaku dan duar-uarkan oleh pimpinan Pas tentang kezuhudannya, berdepan dengan masalah demonstrasi rakyat kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mahu diterima-pakai di negeri itu.
Kerajaaan pakatan pembangkang di Perak yang bermnteri-besarkan tokoh Pas yang sebenarnya berasaskan nasib baik kerana undang-undang tubuh tidak membolehkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar di negeri berkenaan dengan bilanagn besar barisan exco terdiri dari tokoh DAP bagi membuat keputusan majoriti di peringkat exco, awal-awal lagi bertembung dengan istana, termasuk dalam pemecatan seorang pegawai kanan kerajaan oleh menteri besar yang terpaksa ditarik balik atas arahan istana.
Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang bertunjangkan PKR dan pada awal penubuhannya memeranjatkan rakyat negara terutama di kalangan pemberi mandat di Selangor apabila mempersetujukan projek raksasa termakan babi dan kegagalan merealisasikan menifesto pilihanraya termasuk pembekalan air percuma, kini dimasalahkan lagi dengan isu wang derma yang diminta dari syarikat-syarikat swasta yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri telah dimasukkan ke dalam akaun PKR.
Derma diminta menggunakan surat 'berkepala-suratkan' urusan kerajaan tetapi dermanya dimasukan ke dalam akaun parti. Ianya secara jelas merupakan suatu bentuk salah guna yang sangat keji dan jijik, sekali gus pemberi mandat akan menganggap mereka telah membuat pemilihan dan perhitungan yang sangat silat dan amat tidak tepat dalam pemberian mandat.
Atas nama pembangkang, PKR sama juga seperti parti-parti pembangkang yang lain, melaung dan melolong ke setiap pelosok tanah air kononnya anti penyelewengan dan penentang salah guna. Bila PKR sendiri terbabit dalam salah guna, bukankah ianya bak kata pepatah mengata dulang paku serpih serta umpama mebepuk air di dulang dan meludah ke langit.
Kerajaan pakatan pembangkang di Kedah berpasakkan Pas yang agak bersih sebelum ini berbanding dengan negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tetap terpalit dengan masalah yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada para pemberi mandat akan melihat mereka membuat telah kesilapan dalam pemilihan.
Apabila menteri besar Azizan Abdul Razak menzahirkan kedegilannya untuk meneruskan hasrat menebang balak di kawasan tadahan air di negeri itu walaupun hasrat ersebut ditentang oleh banyak pihak, malah Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih berpengalaman sebagai peneraju kerajaan juga mahu hasrat itu dikaji semula, maka umum dapat melihat kualiti sebenar Kerajaan Pas Kedah.
Memusnahkan kawasan tadahan air bermakna sengaja menggamit petaka kepada negeri Kedah yang mana padah yang lebih parah akan ditanggung oleh generasi akan datang yang pastikan nantinya akan datang ke kubur menteri besar nanti bukan untuk sedekahkan surah al-Fatihan dan Qulhuallah, tetapi untuk diludah dan diseranah.
Baru 100 hari memerintah sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan pakatan pembangkang. Macam manalah agaknya kerajaan-kerajaan terbabit yang nampak macam tidur sebantal tetapi mimpin lain-lain mahu menghadapi tempoh 2,600 atau 3,250 sebelum tibanya pilihanraua umum ke-13.
Berbanding dengan kerajaan sedia, kesanggupan rakyat memberi mandat kepada pakatan pembangkang membentuk kerajaan adalah kerana mereka mahu melihat dan menerima bakti pentadbiran yang lebih baik dari kerajaan sedia ada yang tidak akan ada yang menolak untuk memperakukan bahawa adalah antara kerajaan terbaik di dunia.
Kalau rekod pencapaian kerajaan pakatan pembangkang menyamai rekod pencapaian yang dicapai oleh kerajaan sedia ada pun akan dilihat sebagai suatu kegagalan kerajaan pakatan pembangkang, lebih-lebih lagilah kalau pencapaannya jauh tertinggal di belakang, rakyat selaku pemberi mandat akan melihatnya sebagai sangat tidak berjaya dan laungan serta lolongan pembangkang akan dilihat tidak lebih dari umpama tong kosong, bunyi kuat tetapi tidak berisi.
Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment