Monday, June 23, 2008

MUNCUL KEMBALI (24)


Kursus tatacara menyediakan resume dikalangan siswaah dan lepasan sekolah kena diadakan


SEBAGAI seorang majikan walaupun bilangan pekerja saya kecil sahaja, pendedahan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad tentang terdapat segelintir siswazah di negara ini kurang memahami cara menyediakan resume (biodata diri) menyebabkan mereka gagal mendapatkan jawatan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing menarik minat saya yang seakan terpanggil pula untuk memberi respon. Bagi saya Kementerian Sumber Manusia, khususnya Datuk Noraini sendiri perlu mengambil inisiatif mengadakan siri kursus penyediaan resume dan tatacara permohonan kerja kepada para sisawazah dan lepasan sekolah supaya ketidak-fahaman pencari kerja tentang penyediaan resume dan tatacara permohonan tidak terus menjadi satu fenomena dan menyebabkan usaha mereka untuk mendapatkan pekerjaan serimng gagal. Sekolah dan juga pusat-pusat pengajian awam mahu pun swasta juga perlu memberi pendedahan tentang cara penyediaan resume dan tatacara permohonan kerja yang betul kerana bakal majikan tidak akan bergantung sangat kepada sijil, diploma dan ijazah calon tetapi akan berpandu kepada ketepatan prosedur permohonan yang dibuat untuk dipanggil seseorang pemohon itu ditemuduga dan sterusnya diterima sebagai pekerja. Berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai majikan, sebenarnya bukan segelintir siswazah di negara ini yang kurang memahami cara penyediaan resume sebagaimana yang didedahkan oleh Noraini, tetapi sebilangan besar daripada mereka bukan hanya tidak faham cara menyediakan resume tetapi juga tidak turut jahail tentang cara dan prosedur menghantar permohonan. Sebagai contoh, baru-baru ini melalui akhbar mingguan terbitan saya, diiklankan kekosongan jawatan untuk menjadi tenaga pengerak bagi beberapa penerbitan mingguan dan majalah bulanan lagi yang bakal diterbitkan. Yang diperlukan sekitar 30 orang tetapi yang membuat ohon lebih 1,000. Bagaimanapun daripada lebih 1,000 permohonan yang diterima, yang boleh dianggap sempurna penyediaan resume dan memenuhi tatacara dan prosedur permohonan tidak sampai pun sepuluh walaupun 99.9 peratus yang membuat permohonan adalah pemegang diploma dan ijazah, rata-rata dari pusat-pusat penagjian tinggi dalam negeri. Kebanyakannya yang membuat permohonan itu menghantar resume kerana antara syarat permohonannya mesti disertakan dengan resume. Macam mana pun 99.9 peratus penyediaan resume itu sendiri dibuat dalam keadaan yang menampakan pembuat resumenya tidak benar-benar tahu apa itu resume di samping tidak disertakan surat lampiran dan nama jawatan yang dipohon. Ada juga yang hanya hantar salinan nombor kad pengenalan dan lsalinan esen memandu di samping dicatat pada salinan kad pengenalan itu (tulis tangan) bahawa pemohon adalah lepasan universiti tertentu tetapi gagal mendapat pekerjaan walaupun sudah lima tahun bergelar graduan. Melihat kepada cara para siswazah yang resumenya saya terima, maka dapatlah saya membuat agakan kenapa mereka masih menganggur walaupun sudah lama bergelar graduan, malah pastinya mereka akan terus menghadapi masalah bukan sahaja tidak mendapat pekerjaan yang dipohon, malah tidak dipanggil temuduga pun. Cara penyediaan resume dan tatacara permohonan yang tidak menepati ciri yang sepatutnya tentulah menjadi antara faktor kenapa bakal majikan tidak yakin dengan kebolehan pemohon yang tidak akan membuang masa untuk mengadakan sessi temuduga. Sebenarnya penyediaan resume dan tatacara permohonan akan mencerminkan sikap dan keupayaan sebenar pemohonan untuk melakukan tugasan jika diambil bekerja. Sama ada majikan tertarik untuk dipanggil temuduga atau sebaliknya, bergantung kepada permohonan yang dibuat oleh pemohon memenuhi prosedur atau tidak. Bagi memastikan ketidak-fahaman lepas pusat pengajian tinggi dan lepasan sekolah dalam menyediakan resume dan prosedur membuat permohonan kerja, maka bagi mereka yang sudah bergelar lepasan pusat pengajian tinggi atau lepas sekolah, kursus tentang bagaimana menyediakan resume dan prosedur membuat permohonan patut dianjur oleh pelbagai pihak, termasuk oleh Kementerian Sumber Manusia. Manakala pihak sekolah menengah dan pihak pusat pengajian tinggi awam dan swasta pula patut menjadikan penyediaan resume dan permohonan kerja mengikut prosedur sebagai antara pembelajaran selingan bagi membantu pelajar masing-masing memiliki kemahiran menyedia resume yang menepati ciri dan memiliki pengetahuan dalam membuat permohonan kerja mengikut prosedur yang betul

No comments: