Saturday, July 5, 2008

MUNCUL KEMBALI (30)

Mubahalah pasti boleh selesaikan masalah


BILA kes membabitkan pihak yang dituduh dan yang menuduh adalah orang Islam dan prosedur perundangan yang ada kalau pun mampu membuat keputusan tetapi ianya tidak benar-benar memuaskan hati pihak yang terbabit, maka menggunakan Mubahalah adalah langkah yang terbaik dan terbijak.
Melalui Mubahalah bermakna segala kebuntutan dan pergantungan harapan diserahkan kepada Allah agar segala masalah, kebuntuan dan kekusutan akan terselesai dan terlerai dengan adil dan saksama, pihak yang benar-benar bersalah akan terhukum dan yang tidak bersalah akan terlepas dari hukuman.
Tidak ada yang lebih adil dan saksama selain dari keadilan dan kesaksamaan Allah. Itu yang kena diimani oleh setiap umat Islam. Andainya diragui, apatah lagi tidak yakin Mubahalah akan memberi keadilan dan kesaksamaan, tentulah seseorang umat Islam sudah tidak layak lagi mengaku bergama Islam.
Saya nampak dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim – Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Mubahalah menjadi sesuatu yang bukan lagi harus, sebaliknya wajib diguna-pakai kerana ianya membabitkan imej sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, malah Islam merupakan agama resmi bagi negara ini.
Keputusan mahkamah, apatah lagi jika keputusan dibuat oleh mahkamah sivil miskipun ianya tepat, adil dan saksama, tentulah mahu tidak mahu akan timbul juga keraguan, malah akan wujud dua puak yakni yang menerima keputusan dan yang tidak menerima keputusan sesuatu penghakiman.
Secara tidak langsung ianya akan meletakkan rakyat negara ini dalam keraguan di samping institusi kehakiman, perundangan, kemahkmahan dan penguatkuasaan undang-undang tidak akan dihormati, malah akan diprejudisi.
Keadaan sedemikian bukan sahaja tidak baik kepada negara dan kehidupan bermasyarakat kerana ianya akan wujudkan sikap berpuak-puak, tetapi juga ianya boleh menjejaskan kualiti akidah di kalangan umat Islam yang boleh terserkup dengan perlakuan penyibaran fitnah, mengumpat, mengaib dan merosakan maruah seseorang.
Umat Islam tulen akan percaya, malah akan beriman kepada keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Demikian juga apabila timbul kes liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupkan kes kedua seumpamanya bagi tokoh refirmasi yang ramai penyokong itu, hikmah yang jelas dan nyata berlaku serta dizahirkan ialah apabila munculnya suara seorang mufti agar kes berkenaan diselesaikan menggunakan Mubahalah.
Segala-galanya berlaku kerana memang itulah yang telah digerak-gerikan oleh Allah. Cadangan Mubahalah datang dari mufti kepada sebuah negeri yang paling kecil bagi negara ini tetapi pemikiran dan suara serta gagasannya cukup besar. Ianya bukan sesuatu yang pelik dan luar biasa kerana Islam pun asalnya dikembang secara kecil-kecilan.
Mufti berkenaan pula seorang yang tidak menyertai mana-mana parti politik, sekurang-kurangnya pada waktu ini. Kalau cadangan penggunaan Mubahalah datang dari pimpinan politik, maka walaupun sealim mana pun dia, akan ada kumpulan manusia akan melihat penyuara itu ada tujuan politik.
Allah telah mentakdirkan cadangan itu datang dari seorang mufti yang bersih dari kecenderungan politik dan ianya sewajibnyalah dilihat secara berhikmah dan sepatutnya kes yang boleh menjejaskan imej rakyat dan negara ini diselesaikan dengan mengguna-pakai Muhabalah.Walaupun ia mungkin kes pertama yang diselesaikan melalui Mubahalah tetapi yakinlah jika ia dilaksanakan tentunya ia akan memberi banyak kebaikan kepada rakyat dan negara ini bagi jangka pendek dan jangka panjang supaya kes yang membabitkan keaiban dan kerosakan maruah seseorang tidak lagi menjadi suatu budaya di negara ini, apatah lagi di kalangan rakyatnya yang beragama Islam

No comments: