Monday, June 30, 2008

MUNCUL KEMBALI (29)

RM100 juta bantu golongan berpendapat rendah di bandar: wajarkah?

PASTI majoriti rakyat negara ini akan menyambut dengan gembira apabila kerajaan memperuntukkan RM100 juta melalui Skim Mikro Bandar Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.
Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan berpeluang mendapat kemudahan itu dan ianya dikatakan susulan kepada Skim Kredit Aamanah Ikhtiar yang disalurkan oleh AIM sejak dua dekad lalu kepada isi rumah miskin yang mana stakat ini pinjaman mencecah RM2.25 bilion (RM2,250 juta) telah dikeluarkan kepada 181,215 isi miskin luar bandar di seluruh negara.
Pinjaman bagi Skim Mikro Bandar Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar akan dimulakan di Lembah Kelang yang mana sebanyak 19,000 isi rumah akan mendapat kemudahan itu menjelang akhir tahun ini. Ianya kemudian akan akan dikembangkan ke bandar-bandar utama seluruh negara.
Secara sepintas lalu dan tersuratnya skim itu cukup baik dan tanda bukti betapa prihatin dan ambil pedulinya kerajaan terhadap kesusahan rakyat. Tetapi dari segi tersirat dan kewajarannya, terutama bagi tujuan agar rakyat menerima hakikat bahawa hari tidak selalunya cerad dan kemanisan bukan bermakna selamanya kenikmatan, ianya agak kurang wajar.
Sejak merdeka dan setelah angka kemerdekaan negara akan mencecah angka 51 tahun pada 31 Ogos tidak lama lagi, pelbagai kemudahan, hak keistimewaan dan tongkat disediakan untuk rakyat, terutama di kalangan kaum Bumiputera supaya mereka bebas dari cengkaman kemiskinan.
Tetapi antara rakyat negara ini yang menerima pelbagai hak keistimewaan dengan golongan yang tidak menerima hak keistimewaan, hakikatnya mereka yang tidak menerima hak keistimewaanlah yang lebih berjaya dalam hidup kerana mereka lebih gigih berusaha dan bijak pula mengurus hidup di samping sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan beringat untuk hadapi masa susah ketika senang.
Mereka yang menerima hak keistimewaan kebanyakannya terleka dengan segala kesistimewaan, aneka subsidi dan belaian kemanjaan, menjadikan mereka terus berada pada tahap yang sedia ada walaupun dengan segala hak keistimewaan yang diterima sepatutnya mereka mudah bebas dari kemiskinan dan mempunyai peluang yang lebih luas dan lebih pelbagai-bagai untuk lebih berjaya.
Kegagalan mereka merdeka dari kemiskinan adalah kerana mereka yakin bahawa seandainya mereka susah, mereka akan dibantu dalam bentuk subsidi, hak keistimewaan dan tongkat. Justeru itu mereka jadi tidak terdesak untuk lebih kuat berusaha, apatah lagi untuk beringat bagi menghadapi kesusahan ketika berada dalam kesenangan.
Walhal al-Quran ada menyebut bahawa bersama kesenangan ada kesusahan di samping kesusahan ada kesenangan, malah dalam surah Yusuff umpamanya ada peringatan supaya umat manusia berjimatingat subur bagi menghadapi musim kemarau.
Sebenarnya kesusahan yang ditanggung ada lebih banyak faedahnya kepada kehidupan manusia. Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah mendoakan supaya baginda hidup sebagai seorang yang kaya raya, sebaliknya baginda bukan sahaja berdoa agar dihidupkan dalam keadaan miskin tetapi juga baginda mahu dimatikan dalam keadaan miskin.
Kalau kita dibiasakan dengan kesusahan, pasti sekadar kenaikan harga minyak kerana subsidi bahan bakar itu dikurangkan untuk digunakan bagi pengsubsidian bahan makanan, tidak akan ada siapa yang akan mengeluh kerana harga runcit minyak di negara kita masih lagi jauh lebih rendah berbanding dengan harga runcit minyak di negara negara-negara lain dalam Asean khususnya, kecuali di Brunei.
Oleh itu bagi saya, peruintukkan RM100 juta bagi membantu golongan berpendapat rendah di bandar adalah suatu lagi bentuk tambahan program memanjakan rakyat negara ini yang akan menjadikan rakyat semakin manja, semakin bergantung kepada subsidi dan tongkat yang tidak akan membantu rakyat untuk jadi lebih kuat berusaha, tidak akan lebih bijak mengurus hidup dan tidak akan bersedia untuk berjimat cermat menghadapi kemungkinan kesusahan kerana jika datang kesusahan dan kesukaran mereka akan menangih agar kerajaan yang akan menanggungnya.

No comments: